Saturday, May 5, 2012

Selangor mahu SPRM siasat rasuah Scorpene RM3 bilion

Selangor mahu SPRM siasat rasuah Scorpene RM3 bilion - KeadilanDaily.com | KeadilanDaily.com:

SHAH ALAM 5 Mei: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), memulakan siasatan terhadap dakwaan bahawa perdana menteri meminta RM3 bilion, untuk Perimekar daripada anak syarikat pembuat kapal Perancis, DCN.
“Perkara ini tidak boleh diambil ringan oleh pihak berkuasa Malaysia terutama SPRM memandangkan orang yang tertuduh sekarang memegang jawatan tertinggi dalam Kerajaan Malaysia serta Pengerusi Barisan Nasional Selangor.
“Saya mewakili rakyat Selangor, menyeru kepada SPRM untuk memulakan penyiasatan dalam isu ini kerana ianya melibatkan rasuah berbillion ringgit dan salah guna kuasa untuk pembelian dua kapal selam Scorpene.
Katanya, sekiranya SPRM mempunyai masalah teknikal dari segi undang-undang dalam memulakan penyiasatan, kerajaan Selangor bersedia membantu suruhanjaya berkenaan mendapat nasihat dari pakar undang-undang antarabangsa.
Ia katanya, termasuk menggunakan dana anti-rasuah dari Geran Selangorku yang boleh digunakan untuk menjayakan usaha tersebut.
“Sebagai sebuah kerajaan negeri yang mementingkan ketelusan dan pertanggujawaban, Selangor komited dalam memerangi rasuah disemua peringkat dan tidak boleh hanya memeluk tubuh dalam isu yang sebegini serius,” katanya.
Malaysiakini melaporkan, pendakwa perancis yang menyiasat urusniaga Scorpene mendakwa menemui bukti bahawa Datuk Seri Najib Razak yang merupakan menteri pertahanan ketika itu meminta AS$1 bilion untuk Perimekar daripada DCNI-anak syarikat pembuat kapal Perancis, DCN.
Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan Suaram, satu faks menunjukkan Najib meminta jumlah tersebut sebagai syarat mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29957

Syarikat Razak Baginda di HK mencurigakan

Harakahdaily,04 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.


(Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong)

Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.

Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.

Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.

Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.

Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.

Temuramah Najib
Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemuramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda.

“Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan,” tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka.

Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya.

Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris.

Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.
Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings.

Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.

Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:

Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta;

Dan kedua ialah mengenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.

Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta).

Yang  ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi.

Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia.

“Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda,” tambahnya.

Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, “Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera.”

“Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda,” tulis beliau.

Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong.

Muslimat bakar Utusan simbolik tolak fitnah lucah

Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir,04 Mei 2012

KOTA BHARU:
 Dewan Muslimat PAS Kelantan hari ini membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang sering membuat laporan lucah dan fitnah.

Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.

Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Tindakan membakar akhbar milik Umno itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.

Ilvira ketika membentangkan usul itu memberitahu, Utusan telah banyak menabur fitnah dan tidak mempamerkan akhbar yang mampu mendidik minda rakyat.

Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.

Sebelum ini akhbar itu katanya pernah diboikot ekoran laporan karikatur yang menghina hukum hudud.

“Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,”ujarnya.

Katanya, seharusnya perkara itu tidak berlaku terhadap sebuah akhbar yang didakwa sebagai akhbar arus perdana.

Tuduh orang zina kena 80 sebatan – Mufti

Aslani M,05 Mei 2012

KOTA BHARU: Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.

“Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang  saksi,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.

Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan “Bersatu Demi Islam”. Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.

Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.

Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.

Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.

Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu  bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.

“Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.

“Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja,” ujarnya.

Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.

Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.

Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan.

Saf gesa boikot media guna politik lucah

Mohd Azmi Abdul Hamid,05 Mei 2012
Saf Anti Fitnah (Saf) mengutuk sekeras-kerasnya pengulangan strategi politik lucah yang dipapar dalam media perdana khususnya Utusan Malaysia dan media yang sealiran dengannya dan pelbagai media siber yang didalangi oleh parti pemerintah.

Saf terkejut dengan reaksi pelbagai pihak NGO dan pakar undang-undang yang dengan mudah mengenepikan  prinsip bahawa beban bukti bukan di atas yang tertuduh tetapi adalah dipihak yang menuduh.

Apakah dengan hanya memaparkan sebuah video atau gambar maka seseorang itu sudah didapati bersalah dan dipaksa untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah? Adakah sistem keadilan dan hukuman di negara ini sudah menjadi sedemikian murah dan buruk?

Kami mendapati jika media dibenarkan untuk mengulangi amalan politik jijik ini dan seorang itu dengan mudah dituduh bersalah dengan menyebar dan menyiarkan video lucah, sahlah bahawa pihak berkuasa bersekongkol untuk mengguna strategi paling kotor untuk menyerang musuh politik menjelang PRU 13 ini.

Sejak dari isu ini diguna tahun lalu, nampaknya kali ini  serangan ke atas peribadi musuh politik dengan cara sangat kotor ini didukung bukan sahaja oleh media malah oleh parti pemerintah dan juga dibenarkan oleh pihak yang berkuasa.

Di kala pemimpin BN menyatakan pihak pembangkang tidak ada modal bila kepincangan kerajaan didedahkan satu- persatu dengan berfakta, jelas mengguna strategi kotor dengan serangan politik lucah dianggap modal paling berkesan oleh parti pemerintah.

Hipokrasi paling jelas dapat dilihat bila modal politik lucah dianggap modal yang dimilikki oleh pemimpin-pemimpin yang diguna secara berterusan sebagai senjata terdesak untuk mempertahankan saki baki kuasa yang masih ada.

Paling malang ahli ugama secara beramai-ramai tidak menyuarakan bantahan terhadap budaya jijik yang terang-terangan diharam oleh Islam. Belum ada lagi teguran yang kedengaran dikeluarkan oleh mana mana pihak dari ahli ugama sama ada dari kalangan ahli parti mahupun yang bertugas dalam agensi agama, kecuali Mufti Perlis yang menyuarakan pandangan beliau dalam suatu wacana di Kelantan baru-baru ini.

Saf menegaskan bahawa akhbar Utusan Malayisa yang menerajui politik kotor ini hendaklah diambil tindakan yang tegas agar ia tidak terus menyumbang kepada budaya politik kotor di negara ini. Para ulama harus bangkit dan memimpin perhimpunan umat untuk mengisytiharkan pendirian mereka dengan tegas dan jelas terhadap gelagat yang amat mengaibkan ini.

Membiarkan media seperti Utusan Malaysia dan TV3 terus menerus menggunakan politik lucah akan mengesahkan memang politik lucah menjadi amalan di negara ini.

Saf menuntut agar seluruh rakyat melancarkan boikot menyeluruh  di seluruh negara terhadap media sama ada media perdana mahupun media siber yang terus meneruskan mengguna politik jijik.

Saf menyelar pihak parti pemerintah yang terus menerus melaksanakan strategi terdesak yang melibatkan bukan sahaja penipuan dalam pendaftaran pengundi malah juga penyebaran budaya fitnah lucah untuk menyerang peribadi pihak lawan.

Adakah ini yang dimaksudkan oleh Tan Sri Muhyuddin bahawa PRU 13 kali ini merupakan 'ibu segala pilihanraya' yang akan melibatkan 'ibu segala penipuan' dan 'ibu segala strategi kotor' yang akan digunakan?

Saf tidak nampak cara paling berkesan untuk menghapuskan budaya politik lucah yang memalukan negara selain dari menterjemahkan tindakan rakyat dalam kotak undi akan datang.

Budaya politik lucah dan budaya politik wang menjadi strategi seiring yang nampaknya sudah sejati dengan parti pemerintah.

Rakyat harus merasa malu dengan budaya politik lucah yang bermain dalam gelanggang politik Malaysia. Seganas dan autokratik politik pemerintah di negara seperti Myanmar, Bangladesh, Syria dan beberapa negara Asia Barat, politik fitnah dan lucah tidak menjadi budaya dalam persaingan kuasa.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Pengerusi Saf.

Malaysia hantar 24 mayat



MATARAM, Jawa Tengah 4 Mei - Malaysia menghantar pulang mayat 24 pekerja Indonesia berasal dari Nusa Tengga Barat sejak Januari lalu, kata sebuah agensi pekerja asing Indonesia, semalam.
Agensi berita Jakarta Globe melaporkan Ketua Agensi Kebangsaan Penempatan dan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Syahrum berkata, ia termasuk mayat seorang pekerja yang tiba di kediamannya di Lombok Timur, kelmarin.
Beliau berkata, pekerja itu, Jurit maut dalam kemalangan jalan raya di Malaysia.
''Daripada 24 pekerja Indonesia yang meninggal dunia di Malaysia, 17 daripadanya berpunca akibat penyakit.
''Dua lagi maut dalam kemalangan di tempat kerja dan tiga yang lain maut akibat ditembak,'' katanya di sini, semalam.
Beliau berkata, sejumlah besar pekerja asing yang meninggal dunia adalah akibat penyakit, mungkin menunjukkan agensi pekerja tempatan gagal melakukan pemeriksaan kesihatan dengan baik sebelum mereka dihantar ke Malaysia.
Tiga rakyat Indonesia yang ditembak mati oleh polis Malaysia pada bulan lepas adalah kerana didakwa cuba melakukan rompakan.
Kes tersebut menggemparkan Indonesia apabila timbul dakwaan organ mereka diambil, dakwaan yang dinafikan oleh Kementerian Luar Indonesia. - Agensi

Lagi bantahan di Kedutaan Malaysia di Jakarta



Sebahagian daripada 500 peserta demonstrasi yang digerakkan oleh Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) berkumpul di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta bagi membantah isu curi organ tiga rakyatnya yang mati ditembak di Malaysia, dalam satu protes di Jakarta, semalam. - UTUSAN
JAKARTA 3 Mei - Laungan kebencian serta kata-kata nista oleh sejumlah rakyat Indonesia terhadap negara jiran Malaysia terus kedengaran di hadapan bangunan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.
Tunjuk perasaan oleh lebih 500 peserta demonstrasi yang digerakkan oleh Konfederasi Serikat Pekerja Seluruh Indonesia (KSPSI) itu terus-terusan mengecam dan merendah-rendahkan kedaulatan Malaysia.
Selama lebih dua jam, KSPSI mencetuskan provokasi dengan mengancam operasi syarikat-syarikat Malaysia serta keselamatan rakyatnya di republik ini.
Ungkapan Ganyang Malaysia serta desakan menghentikan penghantaran tenaga kerja Indonesia Ke Malaysia dan mengusir penempatan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta merupakan antara tuntutan yang dibuat oleh pertubuhan itu.
Pemimpin-pemimpin KSPSI yang mewakili beberapa wilayah Indonesia yang berucap pada perhimpunan itu dengan penuh bangga menyatakan bangsa Indonesia merupakan bangsa yang berdaulat dan memiliki keperibadian yang tinggi.
Bagaimanapun, tunjuk perasaan yang disertai kata-kata nista terhadap Malaysia itu langsung tidak mencerminkan nilai peradaban.
Hampir kesemua pemimpin itu juga mendesak kepimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhyohono agar segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.
Aksi demonstrasi berterusan itu diadakan di sini berikutan rasa tidak puas hati KSPSI terhadap penjelasan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa yang menegaskan Malaysia tidak pernah mencuri organ tiga rakyat negaranya yang mati ditembak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Minggu lalu, Ketua KSPSI, Yoris Raweyai memberitahu, pertubuhan itu tidak akan teragak-agak untuk melancarkan Sweeping terhadap rakyat Malaysia dan syarikat-syarikat Malaysia di Indonesia.
“Kalau pemerintah Indonesia tidak tegas menangani isu tembakan tiga rakyat Indonesia, kami akan turun ke jalan," kata Yoris yang juga anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Kelibat Yoris bagaimanapun tidak kelihatan pada demonstrasi itu, sebaliknya, Setiausaha Agung KSPSI, Rudi Prayitno yang mengetuai perhimpunan itu dibenarkan menemui Ketua Canselori Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Riaz Razak untuk menyampaikan pendirian pertubuhan itu sebelum peserta-peserta demonstrasi bersurai.

Bersih 3.0: 42 lagi diburu polis

Bersih 3.0: 42 lagi diburu polis - Nasional - Sinar Harian:


42 orang yang diburu polis (Set 4)
42 orang yang diburu polis (Set 1)
42 orang yang diburu polis (Set 4)
42 orang yang diburu polis (Set 2)
42 orang yang diburu polis (Set 4)
42 orang yang diburu polis (Set 3)
42 orang yang diburu polis (Set 4)
42 orang yang diburu polis (Set 4)

Aziz Desa masuk ICU

Aziz Desa masuk ICU - Semasa - Sinar Harian:



Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan d
Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan di ICU Hospital Pakar Perdana
KOTA BHARU - Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, kelmarin.
Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.
 
“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang.
 
“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap penyakit tersebut.
 
“Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.
 
Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.
 
“Kerja saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak berfikir. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga kerajaan, saya masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.
 
Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu.
 
Bagaimanapun, pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.

4 peguam ditahan polis saman KPN, kerajaan

4 peguam ditahan polis saman KPN, kerajaan - Semasa - Sinar Harian:

KUALA LUMPUR - Empat peguam wanita yang ditahan polis ketika hendak berjumpa dengan anak guam mereka yang ditahan kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin tiga tahun lepas, hari ini memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan.

Fadiah Nadwa Fikri, 29, Murni Hidayah Anuar, 28, Puspawati Rosman, 31, dan Syuhaini Safwan, 28 memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, melalui Tetuan Daim & Gamany.

Mereka menamakan tiga pegawai penangkap, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, Timbalan Penguasa Polis DSP Jude Pereira, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan itu, mereka berkata pada 7 Mei 2009, pukul 9.35 malam mereka telah hadir di luar perkarangan Ibu Pejabat Daerah Brickfields (IPD).

Tujuan mereka adalah untuk memberi bantuan guaman kepada 14 anak guam mereka yang ditahan pada hari itu kerana mengadakan perhimpunan nyalaan lilin terhadap Wong Chin Huat, aktivis hak asasi yang ditahan mengikut Akta Hasutan.

Mereka pada masa itu peguam dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur, mendakwa telah dihalang memasuki kawasan IPD itu untuk bertemu anak guam atas alasan anak guam mereka telah menandatangani satu borang bagi melepaskan hak mereka untuk bertemu peguam.

Keempat-empat peguam itu mendakwa anak guam mereka ketika dihubungi melalui telefon bimbit menafikan mereka menandatangani borang itu.

Mereka mendakwa telah beberapa kali memohon untuk berjumpa dengan anak guam mereka tetapi gagal berjumpa.

Selepas itu seorang pegawai polis muncul bersama "loud hailer" membuat pengumuman supaya mereka bersurai di kawasan luar IPD itu namun mereka gagal berbuat demikian dan seterusnya mereka ditahan di dalam IPD itu.

Peguam-peguam itu mendakwa pada pukul 5 pagi, 8 Mei 2009 mereka dibawa menaiki kereta ke Balai Polis Travers dan dibebaskan dengan jaminan polis pukul 12 tengah hari.

Mereka mendakwa penahanan mereka itu tidak sah dan menyalahi undang-undang dan memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan kos.- Bernama

Mengapa Pas tidak boleh bersama Umno?

Mengapa Pas tidak boleh bersama Umno? - Entri Blog - Sinar Harian:

Masih ada lagi yang bertanya, mengapa Pas tidak boleh bersama Umno sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.

Jawapan saya berbentuk cerita.

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, “Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!” Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, “Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!” Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, “Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!”

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun di tangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu ‘dengan siapa’, tetapi ‘buat apa’. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustaz, ia tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ia tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

Umno ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau Pas turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda Pas akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. Pas juga akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila Pas bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab “sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman”. Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan Umno yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang terbaik. Ingat! Yang penting bukan soal ‘buat dengan siapa’ tetapi yang penting adalah ‘buat apa’?


* Dipetik dari blog Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat

Awal, Scha kini suami isteri

Kosmo! Online - Negara:



AWAL Ashaari menyarungkan cincin di jari manis Scha selepas majlis akad nikah mereka di Putrajaya semalam.


PELAKON Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, atau Awal Ashaari dan Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 29, selamat diijabkabulkan pada satu majlis yang berlangsung di Hotel Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya semalam.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Syed Mahadzir Syed Kechik Alyahya dengan disaksikan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd. Salman Idrus.
Scha yang kelihatan anggun dengan busana baju kurung moden berwarna putih menerima tujuh dulang hantaran manakala Awal yang segak berbaju Melayu menerima sembilan dulang hantaran.
Scha turut menerima RM2,050 sebagai mas kahwin tetapi pasangan tersebut enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum.