Friday, August 15, 2014

Husam minta Khalid jangan peralatkan Pas

Naib Presiden Pas Husam Musa yang dikenali sebagai tokoh yang "autentik" dan tidak mudah membuat kenyataan mengulas berhubung kemelut di Selangor, akhirnya tampil juga untuk memberi respons terhadap apa yang berlaku. Mungkin beliau sudah tidak boleh "ork" (boleh tahan) dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Dengan penuh berhati-hati Husam telah memberi pandangan jilan kepada Abdul Khalid Ibrahim menerusi surat terbuka kepada Khalid dengan apa yang berlaku yang disifatkan MB bebas itu sebagai telah memperalatkan Pas untuk kepentingan politiknya.

Kata Husam, Khalid sebagai seorang insan gentlemen dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau menumpang Pas dan tahu yang Presiden Pas telah menghulurkan "ranting zaitun" kepadanya saat Khalid kelemasan.

Bekas Exco kanan Kerajaan Kelantan itu tidak lupa menyedarkan Khalid bahawa bekas MB Pakatan Rakyat itu sudah hilang legitimasinya sebagai MB apabila tidak mendapat majoriti di Dewan dan tindakannya terus kekal di kerusi MB mencemarkan institusi raja.

Dalam pada itu Husam berpendapat Pas tidak perlu timbul tenggelam dengan Khalid Ibrahim sehingga mengorbankan prinsip dan namanya yang lebih besar dari Khalid. Pas sebagai sebuah parti politik tidak wajar membeli kuda yang kalah lumba untuk dijadikan alat.

Naib Presiden Pas itu lantas menggesa Khalid agar meletak jawatan secara terhormat sambil mengingatkan meletak jawatan dalam keadaan sekarang bukan berakhir sebuah kerjaya politik. Bagi Husam masa depan Khalid dalam politik masih ada kalau pengudurannya dibuat dengan penuh bermaruah.

"Kerjaya politik itu bukan berakhir dengan meletak jawatan, tetapi kerjayaan politik berakhir bila ia dibuat secara tidak terhormat," demikian tegas Husam.

Kertas siasatan pelajar 'like' I Love Israel siap


  • PDRM

NIBONG TEBAL - Kertas siasatan kes seorang pelajar tingkatan lima menekan butang 'Like' I Love Israel laman sosial Facebook telah dihantar kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP) hari ini.
  
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes itu mengikut Akta Hasutan dan menyerahkan kepada KUP untuk semakan dan tindakan selanjutnya.
  
"Kami telah rekodkan lima keterangan iaitu dua daripada guru sekolah berkenaan dan tiga daripada rakan pelajar itu...sama ada pelajar itu akan didakwa atau tidak bergantung kepada keputusan KUP," katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Asisten Komisioner Shafien Mamat di sini hari ini.
  
Rabu lepas, seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini disiasat mengikut Akta Hasutan berikutan tindakannya menekan butang  'Like' I Love Israel di laman sosial Facebook yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan warga sekolah itu.
  
Media juga melaporkan bahawa seorang guru dari sekolah sama turut mengkritik tindakan pelajar itu di akaun Facebook miliknya sehingga mengundang komen daripada pengguna lain yang mengecam termasuk mencadangkan pelajar itu dibakar.
  
Abdul Rahim berkata polis turut menyiasat berhubung ancaman yang didakwa diterima pelajar berkenaan. - Bernama

MH17: Pakar forensik umum nama 20 mangsa


  • MH17

THE HAGUE- NETHERLANDS. Seramai 127 mangsa nahas pesawat MH17 yang dikenal pasti termasuk 20 nama baru diumum oleh pakar forensik Belanda kepada waris semalam.

Menurut laporan sebuah stesen penyiaran di sana , daripada 20 mangsa tersebut, 15 daripadanya terdiri daripada warganegara Belanda.

“Manakala mayat-mayat yang lain tidak diumumkan,” menurut laman web NOS.

Pesawat penerbangan MAS MH17 dilaporkan ditembak jatuh di sempadan Ukraine-Rusia  ketika pesawat tersebut terbang menuju ke Kuala Lumpur dari Amsterdam.

Tragedi nahas tersebut mengorbankan kesemua 298 penumpang termasuk anak kapalnya.

Operasi pencarian mayat di lokasi nahas dihentikan sekali lagi pada minggu lalu berikutan pergolakan semakin memuncak berlaku antara Kiev dan puak pemisah pro-Rusia.

Dalam perkembangan lain, kerajaan Malaysia mengumumkan mayat mangsa warga Malaysia bagi nahas MH17 dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 22 Ogos depan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah mengisytiharkan tarikh tersebut sebagai Hari Berkabung Negara bagi seluruh Malaysia.

PKR dakwa pengambilan pelajar IPTA menurun


  • Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (kiri) dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menunjukkan laman web Higher Education Complaint and Appeal Portal (HEAP) di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAINAhli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen (kiri) dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menunjukkan laman web Higher Education Complaint and Appeal Portal (HEAP) di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN

PETALING JAYA - Jumlah pengambilan pelajar yang layak ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2014-2015 didakwa menurun sehingga 50 peratus kepada 37,467 orang daripada 67,388 pelajar yang layak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, jumlah kemasukan itu jelas berbeza berbanding bagi sesi 2013-2014 yang membabitkan 80 peratus kepada 41,573 pelajar daripada 57,802 permohonan.

"Kita menjangkakan tahun ini seramai 30,000 pelajar yang layak tidak mendapat tempat di IPTA.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 5,000 tempat di IPTA telah dikurang pada tahun ini dan pengurang kouta itu dibuat melibatkan semua kaum," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Selasa lalu yang mengumumkan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf untuk sesi akademik 2014/2015.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

Sementara itu, Wong Chen turut mempersoalkan pengurangan pengambilan pelajar itu berbanding peningkatan populasi rakyat di negara ini.

"Populasi Malaysia bertambah setiap tahun, tetapi ruang (kemasukan pelajar IPTA) semakin menurun, ini bercanggah.

"Adakah isu ini fiskal (kewangan) atau apa isu sebenar penurunan ini?

"Kita suspek penurunan ini disebabkan belanjawan negara," dakwanya.

Dalam pada itu, Tze Tzin mendakwa kerajaan telah menolak tanggungjawab pendidikan mereka dan memberikannya kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

"Ia umpama memberi bisnes kepada pengusaha IPTS. Isu IPTS pula yuran sangat tinggi dan ramai tidak mampu masuk IPTS, maka pelajar terpaksa meminjam dengan PTPTN, apabila keluar terpaksa menanggung beban hutang tinggi," katanya.

Asri nasihat Anwar atau Khalid bersara politik?


  • Anwar VS Khalid

SHAH ALAM - Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM),  Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin menasihati seorang ‘ahli politik’ daripada pembangkang agar bersara daripada persada politik.

Asri berkata, suasana kelam-kabut serta kucar-kacir yang berlaku di negeri Selangor sekarang berpunca daripadanya kerana ahli politik tersebut dilihat hanya mementingkan kehendaknya sahaja.

“Demi kehendak seseorang, satu negeri jadi kelam-kabut dan hiruk-pikuk.. cukuplah.. berehatlah daripada politik,” tulisnya di laman sosial Facebook miliknya.

Tulisan Asri ini berkemungkinan merujuk kepada orang kuat daripada PKR, yang merencanakan pertukaran jawatan menteri besar Selangor.

Namun, rencana tersebut terhenti di tengah jalan sehingga menyebabkan suasana politik di negeri Selangor kini menjadi kelam-kabut.

Namun oleh kerana Asri tidak menyatakan dengan jelas individu yang dimaksudkan, pengikut beliau tertanya-tanya sama ada beliau menujukan kenyataan itu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Perkembangan terbaru politik di Selangor menyaksikan Abdul Khalid Ibrahim masih memegang jawatan sebagai menteri besar, namun nasibnya mungkin diputuskan pada 17 Ogos ini menerusi hasil mesyuarat Pas Pusat.

Kata putus daripada Pas itu nanti, berkemungkinan menyaksikan sedikit sebanyak perubahan yang akan berlaku di Selangor.

Sama-sama kita nantikan!

Khalid tak tolak kemungkinan Dun Selangor dibubar


  • Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIMAbdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.
  
Bagaimanapun, beliau berkata segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.
  
"Itu (semua keputusan termasuk bubar Dun) perlu dibincangkan dengan Sultan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis tahlil dan doa selamat sempena ulang tahun ke-50 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Masjid Negeri di sini, malam ini.
  
Abdul Khalid enggan mengulas ketika ditanya sama ada beliau berbincang dengan empat anggota exco kerajaan negeri daripada Pas untuk membubarkan Dun pada November ini.

Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa mendapat sokongan majoriti 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dirinya dan dua Adun Pas iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), untuk dilantik sebagai menteri besar yang baharu.
  
Dr Wan Azizah, yang juga Adun Kajang, mendakwa 30 Adun termasuk Saari dan Hasnul menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid sebagai menteri besar.
  
Kedudukan terkini Dun Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah Pas dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1). - Bernama

Pak cik yang keliru


MOHD SABRI SAID | .
BUTTERWORTH: Saksi keenam pendakwa, Mohd Nazir didapati membuat laporan polis sebelum Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah mengatakan Mat Indera seorang wira.

Beliau ketika disoal oleh Peguam Pembela, Hanida Maidin tetap tegas mengatakan 'ya' selepas menonton TV3 terus marah lantas mahu menyaman Haji Mohamad kerana sanggup menyanjung seorang pengganas Komunis yang membunuh polis Melayu ketika trajedi Bukit Kepong.

Padahal, soal Hanifa, berita TV3 jam 8.00 malam pada 21 Ogos 2011 Haji Mohamad Sabu belum pun memulakan ceramahnya kebetulan tarikh tersebut merupakan bulan Ramadan.

Bukan sahaja ceramah dimulakan lambat sebab bulan Ramadan bahkan jam 8.00 malam solat Terawih pun belum bermula  sedangkan ceramah diatur selepas solat Terawih.

Selain diasak dengan soalan, Nazir yang berkerusi roda turut tidak mengiftiraf Pakar Sejarah tanah air, Profesor Ramlan Adam yang terbabit dengan buku yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Johor yang membariskan beberapa orang tokoh pejuang tanah air menentang penjajahan British antaranya ialah Mat Indera.

Pembicaraan akan bersambung pada 12 September 2014 di Mahkamah Petaling Jaya ekoran saksi ke tujuh, Ketua Polis Paguh, D.J Raj yang bertugas sewaktu peristiwa Bukit Kepong dalam keadaan uzur.

Manakala pada tarikh 22 dan 23 September 2014 semua kes kembali ke Mahkamah Seksyen Butterworth.

Selain Hanifa, peguam pembela lain ialah Aminudin Zulkipli dan Nazar Khan. Peguam pendakwa pula dibarisi oleh Yusaini Amir dan Dato' Razali Che Ani.

Pembicaraan dibuat di hadapan Hakim Akmal Hisyam.

Yang berikut antara beberapa soalan yang dikemukakan oleh Hanifa.

Hanipa: Tadi pak cik kata, pakcik buat laporan polis setelah menonton berita di TV3 berkenaan isu ucapan Hj Mat Sabu pada 21 hb Ogos 2011 jam 8 malam?

Saksi: Ya, benar

Hanipa: Pak cik pasti apa yang pak cik kata dalam laporan polis tu betul?

Saksi: Ya.

Hanipa: Pak cik, ini Mahkamah keterangan diberikan secara bersumpah, pak cik masih nak pertahankan keterangan pak cik itu?

Saksi: Ya saya pasti.

Hanipa: Baiklah, saya ingin tanya. Adakah pak cik sedar pada 21 ogos itu tidak ada lagi berita tentang isu Bukit Kepong itu di TV3 kerana isu ini buat kali pertama disiarkan oleh Utusan pada 27 Ogos 2011 dan selepas itu baru TV3 siarkan, apa jawapan pak cik?

Saksi: Itu saya tak pasti.

Hanipa: Pakcik, tarikh 21 Ogos tu tarikh Hj Mat Sabu ceramah, masa itu bula Ramadan dan ceramah dibuat selepas solat tarawikh bukan jam 8 malam. Jadi macam manakah pak cik boleh tonton berita di TV3 pada 21 Ogos jam 8 malam yang pak cik katakan sedutan ucapan Mat sabu sedangkan pada tarikh itu dan pada jam 8 malam ceramah pun tak mula lagi?

Saksi diam termenung dan nampak keliru.

Hanipa: Pak cik bagaimana pak cik boleh tonton ucapan yang belum diucapkan oleh Mat Sabu?

Saksi: Saya tak tahu lah itu kena tanya TV3.

Hanipa: Pak cik setuju tak keterangan pakcik ni pelik kan. Pak cik tonton berita di TV3 jam 8 malam yang pak cik katakan siaran ucapan mat Sabu pada jam 8 malam sedangkan 8 malam tu Mat sabu pun belum beri ucapan, ceramah juga belum mula?

Saksi: Itu saya tak pasti lah tuan hakim.

Saksi juga lihat agak tertekan dengan soalan balas Hanipa apabila beliau meminta hakim tak benarkan Hanipa menyoal isu penentangan penjajahan oleh tokoh-tokoh seperti Tok Janggut.

Hanipa: Pakcik kenal tak Tok Janggut?

Saksi: Ya saya kenal

Hanipa: Tok Janggut lawan penjajah British kan?

Saksi: Ya.

Hanipa: Dia dihukum gantung oleh penjajah British kan?

Saksi: Ya. Tuan Hakim boleh tak minta peguambela jangan tanya saya tentang Tok Janggut.

Hakim : Pak cik kena jawab soalan peguam.

Hanipa: Maaf pakcik. Pak cik kena jawab. Ini lah yang berlaku pak cik apabila kita bawa isu tafsiran sejarah dalam Mahkamah. Soalan saya. Adakah Tok Janggut atau penjajah British yang hero?

Saksi: Tok Janggut

Hanipa: Pakcik, bila berlaku isu Bukit Kepong?

Saksi: 23 februari 1950

Hanipa: Masa tu negara kita dijajah kan pakcik?

Saksi: Ya.

Hanipa: Oleh siapa pak cik ?

Saksi: Saya tak pasti

Hanipa: Oleh British kan?

Saksi: Ya.

Hanipa: Dan ada orang dalam negara kita masa itu yang jaga kepentingan British?

Saksi: Ya

Hanipa: Dan ada rakyat negara ini yang lawan British dan mereka yang jaga kepentingan British?

Saksi: Ya.

Hanipa: Jadi saya katakan apabila Hj Mat Sabu kata mereka yang serang Bukit Kepong itu adalah hero kerana mereka serang pihak yang jaga kepentingan British itu munasabah kan pakcik?

Saksi: Saya tak pasti.

HARAKAHDAILY 15/8/2014

Sultan Selangor menitahkan Abdul Khalid supaya tidak buat sebarang kenyataan


15/08/2014 9:41pm

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak mengeluarkan sebarang keputusan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.
Menurut Abdul Khalid, Sultan Srlangor juga bertitah supaya beliau tidak membuat pengumuman berkenaan jawatan itu sehingga tarikh menghadap baginda pada 27 Ogos nanti. - KOSMO!


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_34.htm#ixzz3AT62Ovee 
Hakcipta terpelihara 

Pancaroba

Pusat minta PAS S'gor serah laporan dua Adun


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua Adun PAS negeri itu yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad petang ini dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas tindakan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang bertindak menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah hari ini bagi menunjukkan sokongan majoriti dalam Dun Selangor pagi tadi.

Kedua-dua mereka turut menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Pandangan serupa dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

- HARAKAHDAILY 14/8/2014

MH17: Masih tunggu keputusan keluarga


  • MH17

SEREMBAN –  Kerajaan negeri turut membuat persediaan bagi menanti ketibaan jenazah Pramugari Kanan Malaysia Airline MH17, Mastura Mustafa yang dijangka dibawa pulang tidak lama lagi sekali gus membantu keluarga mangsa menguruskannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun pihaknya masih menunggu keputusan daripada keluarga Allahyarham berhubung pengurusan jenazah sebaik sahaja ia sampai di negeri ini.

“Kita masih menunggu keputusan daripada keluarga sama ada mahu bawa jenazah pulang ke rumah terlebih dahulu ataupun terus ke Masjid At-Taqwa, Kampung Paroi untuk disolatkan dan kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Paroi Jaya.

“Keputusan itu kita serahkan kepada keluarga, manakala kerajaan negeri akan memberi bantuan sepenuhnya bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Beberapa jabatan sudah diberi tugasan masing-masing bagi membantu,” katanya pada sidang media selepas hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Pentadbiran Daerah Seremban diadakan di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban, di sini semalam.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Abdullah Hanafi dan Pegawai Daerah Seremban, Hasnul Mohamed.

Sementara itu beliau berkata, sambutan hari kemerdekaan di negeri ini disambut sederhana sebagai tanda simpati dan dukacita dengan beberapa tragedi yang menimpa negara.

“Sambutan kemerdekaan adalah hari yang penuh bermakna untuk negara kita, namun disebabkan kita masih bersedih dan berdukacita dengan tragedi yang berlaku, sambutan kali ini akan tetap diteruskan tetapi dalam keadaan sederhana serta penuh bermakna.

“Upacara perbarisan yang merupakan acara tradisi setiap kali sambutan kemerdekaan akan dijalankan seperti biasa tetapi kita tidak adakan sambutan menjelang malam 31 Ogos,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata,  majlis penyerahan jalur gemilang kepada semua sektor dan jabatan akan diadakan bagi memastikan sambutan bulan kemerdekaan tetap diingati walaupun dalam keadaan sederhana.

Komen jelik terhadap Agong: Effi didenda RM10,000


  • mahkamah

KUALA LUMPUR - Seorang blogger hari ini didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong melalui Twitter.
  
Hakim Zulqarnain Hassan mengenakan denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Effi Nazrel Saharudin, 35, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah semasa kes disebut semula hari ini.
  
Beliau turut memerintahkan Effi Nazrel yang turut dikenali sebagai "10befiend" dalam akaun Twitternya menjalani hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan itu, jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.
  
Pada 5 Jun lalu, blogger itu mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menghantar komen jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong dalam akaun Twitternya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
  
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah kondominium di Taman Puncak Desa, Kepong dekat sini masing-masing pukul 11.21 pagi dan 11.23 pagi pada 1 Jun 2013.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut subseksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
  
Terdahulu, peguam Syaredzan Johan yang mewakili Effi Nazrel memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai 'tech-writter' atau wartawan portal teknologi hanya bergaji RM3,000 sebulan dan perlu menanggung keluarga.
  
"Selain itu, pengakuan bersalah OKS (Orang Kena Saman) telah menjimatkan masa dan kos mahkamah serta OKS menyesali serta berjanji untuk lebih berhati-hati dalam menghantar sebarang komentar," katanya.
  
Timbalan Pendakwa Raya Nazrul Nizam Mohd Zameri berkata sekiranya OKS dikenakan hukuman denda, pihaknya memohon jumlah denda yang dikenakan bukan sahaja memberi peringatan kepada OKS tetapi juga kepada masyarakat. - Bernama

Baru berlajar A,B,C...cikgupun beranak....


Cemas!!! Guru Lahirkan Anak Di Sekolah, Pengetua Jadi Bidan

/
Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium, Seri Kembangan menerima kejutan hari ini apabila seorang guru di sekolah itu melahirkan anak ketika bertugas.

Pengetua sekolah berkenaan yang tidak diketahui namanya, bertindak menjadi bidan dan membantu guru berkenaan melahirkan anak serta menyambut bayi berkenaan.

Gambar dan kejadian dilaporkan di laman Facebook Friends of BN-Barisan Nasional hari ini.


Difahamkan tali pusat bayi berkenaan terpaksa dipotong agak lambat kerana menunggu pihak ambulans dan pihak perubatan tiba di sekolah tersebut.

Ibu dan bayi berkenaan disahkan selamat

Pas tetap tolak Wan Azizah


  • Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailDatuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

KUALA LUMPUR - Pas tetap dengan keputusan menolak Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang telah memberi perkenan kepada Abdul Khalid untuk kekal memegang jawatan berkenaan.

"Alasan kami mengenai penolakan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor telah diberikan kepada pimpinan PKR menerus pertemuan secara tertutup baru-baru ini.

"Abdul Khalid diterima sultan sehingga satu masa. Kalau orang lain jadi menteri besar pun kita akan bersama dengan kerajaan," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Lajnah Politik Pas, malam ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, mesyuarat yang diadakan selama dua jam turut membincangkan mengenai tindakan dua Adun Pas Selangor yang menyokong Wan Azizah walaupun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama.

"Kita akan menjalankan siasatan terlebih dahulu dan bakal memanggil mereka untuk memberikan penjelasan," katanya.

Ditanya mengenai kedudukan empat Exco Selangor daripada parti berkenaan, ia turut dibincangkan namun keputusan akhir hanya akan diumumkan selepas Mesyuarat Pimpinan Pas Pusat Ahad ini.

"Menurut Undang-Undang Tubuh Negeri, sekurang -kurangnya empat Exco perlu wujud untuk menggerakkan pentadbiran di negeri ini.

"Mereka bertugas disebabkan rakyat dan bukan kerana kepentingan peribadi," katanya.

Buktikan Adun Pas bukan sebagai boneka pentadbiran


  • Lim Guan EngLim Guan Eng

GEORGETOWN - Kerajaan negeri dicabar memberi jawatan Exco kepada Adun tunggal Pas, Datuk Salleh Man Mat Aji sebagai tanda kesepakatan dalam pentadbiran PR.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam Umno Pulau Pinang, Datuk Ir Dr Shaik Hussein Mydin berkata, ia satu peluang untuk kerajaan negeri membuktikan keikhlasan mereka menghargai Pas dalam pakatan itu.

Beliau berkata, berikutan kemelut PR di Selangor terutama apabila berlaku pertikaian utama antara DAP dan Pas, Ketua Menteri, Lim Guan Eng wajar memberi jawatan Exco kepada satu-satunya wakil Pas di Pulau Pinang.

“Ini peluang kerajaan negeri untuk membuktikan keikhlasan mereka menghargai kerjasama Pas kerana terbukti sebelum ini ia hanya digunakan apabila diperlukan sahaja. Jentera Pas digunakan untuk memenangi undi Melayu dan Islam di Pulau Pinang,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, Pas dilihat seolah-olah melukut di tepi gantang apabila gagal mendapat jawatan itu bawah dibuat pimpinan Guan Eng itu.

“Apabila tiba dalam pemberian jawatan, Pas hanya seperti melukut di tepi gantang. Jawatan exco agama pun tidak diberikan kepada Pas sedangkan wakil Pas dalam Dun ternyata jauh lebih arif dalam bidang agama berbanding Adun PR lain.

“Jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) juga diberikan kepada Pas setelah ada campur tangan pihak berkuasa Persekutuan walaupun sudah dijanjikan dalam manifesto PR semasa PRK Permatang Pasir,” katanya.

Menurutnya, hubungan DAP dengan Pas dilihat lebih buruk apabila Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan akan disaman Guan Eng kerana mempersoalkan proses tender projek terowong dasar laut.

“Kerajaan negeri langsung tiada rasa hormat terhadap ahli Pas sedangkan ia mampu diselesaikan di meja rundingan jika benar DAP ikhlas dalam pakatan itu.

“Ternyata Pas hanya digunakan sebagai boneka Melayu dan Islam. Digunakan apabila perlu demi menarik pengundi Melayu dan Islam di negeri ini,” katanya.

Nasrudin: Jangan gertak, buli Pas


  • Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan

SHAH ALAM - Pas mengingatkan rakan sekutunya dalam PR (PKR dan DAP) supaya tidak membuli dengan mengugut atau memberi kata dua kepada parti itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Pas bukan sebuah parti yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh rakan pakatannya.

“Sementara Pas mengamati senario ini (krisis politik di Selangor) sebelum memutuskan tindakannya pada 17 Ogos nanti, usahlah mengugut dan beri kata dua kepada Pas.

"Pas bukan parti hingusan di persada politik tanah air untuk dibuli sedemikian rupa,” katanya yang dipetik dari Facebooknya, hari ini.

Rabu lalu, Naib Presiden PKR, N Surendran menggesa agar Pas tidak perlu menunggu sehingga mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 17 Ogos ini untuk menyatakan pendirian mereka tentang krisis Menteri Besar Selangor.

"Memandangkan deklarasi sokongan Umno terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pas tidak perlu menanti hingga 17 Ogos ini untuk bermesyuarat.

"Pas perlu bersama DAP dan PKR sekarang," tegasnya.

Dalam pada itu, Nasruddin mengingatkan agar ahli Pas tidak melakukan sebarang pengkhianatan dengan melakukan sabotaj atau mengambil kesempatan di atas apa yang terjadi di Selangor sekarang.

“Sementara itu, Pas mesti memberikan sepenuh komitmen untuk menjaga kerajaan negeri sebagaimana yang diamanahkan oleh rakyat.

"Jangan porak perandakan pentadbiran kerajaan negeri dengan elemen sabotaj dan lainnya,” katanya.

Dua alternatif mampu tangani kemelut MB


  • kemelut politik

KOTA BHARU - Pembubaran Dun dan undi tidak percaya, antara alternatif yang mampu menangani kemelut jawatan Menteri Besar Selangor.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof berkata, kedua-dua tindakan yang selari dengan prinsip demokrasi negara ini perlu dilakukan bagi menyelesaikan kemelut politik Selangor selepas melalui beberapa episod termasuk penyingkiran enam Exco PKR dan DAP beberapa hari lalu.

“Walaupun bagi saya, pilihan raya negeri tindakan terbaik, namun sebagaimana kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia perlu dielakkan kerana akan menelan kos tinggi (RM50 juta) jika diadakan, selain turut membosankan rakyat.

“Berasaskan prinsip demokrasi, jika ada krisis sebegini, tiba di satu tahap, dua tindakan perlu dilakukan, sama ada melalui undi tidak percaya di Dun atau Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika masih menjadi menteri besar menasihati Sultan untuk membubarkan dewan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Wacana Minda, di sini, semalam.
Dalam pada itu, mengulas isu kerajaan campuran di Selangor, Mohammad Agus berkata, Pas akan berpecah dan menjadi parti paling rugi jika mengambil keputusan bergabung dengan Umno.

“Jika Pas keluar Pakatan Rakyat (PR) dan menyokong Abdul Khalid untuk bergabung dengan Umno, sekali gus membentuk kerajaan negeri, saya rasa itu sukar kerana Pas pasti akan berpecah,” katanya.

Mohammad Agus berkata, mustahil untuk sampai ke tahap penggabungan parti, lebih-lebih lagi sudah ada Adun Pas yang secara terbuka membuat pengakuan tidak akan mendukung kerjasama antara parti itu dan Umno.

“Sebaliknya perjalanan politik seterusnya adalah bagaimana Speaker memutuskan mengadakan sidang Dun dengan perkenan Tuanku untuk membuat undi tidak percaya,” katanya.

Mengulas mengenai hala tuju Selangor, Mohammad Agus berkata, masih banyak polemik yang akan tercetus selepas ini termasuk kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar, kewujudan kerajaan campuran dan  undi tidak percaya.

“Semuanya belum tentu, saya tidak boleh memberikan pandangan awal mengenai perkara itu, bagaimanapun yang pasti sesebuah negeri tidak akan mampu bertahan dengan hanya mempunyai jumlah Exco minimum, apatah lagi dengan status menteri besar yang bebas, dan belum ada kepastian majoriti ahli dewan,” katanya.

Menteri besar perlu anak jati Selangor


  • Muhammad Arif (dua, kanan) menyerahkan memorandum kepada Muhamad Munir.Muhammad Arif (dua, kanan) menyerahkan memorandum kepada Muhamad Munir.

SHAH ALAM – Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputera Anak Selangor (GIBS) melahirkan kebimbangan sekiranya jawatan Menteri Besar Selangor baharu yang mungkin diberikan kepada anak bukan kelahiran negeri itu.

Yang Dipertua GIBS, Dr Muhammad Arif Mohd Hashim berkata, jawatan menteri besar harus diberikan kepada individu dalam kalangan anak jati negeri Selangor.

"GIBS sudah menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan pelantikan jawatan Menteri Besar Selangor yang menjadi rebutan sejak akhir-akhir ini.

"Kami berharap memorandum tersebut disampaikan kepada baginda Sultan bagi memastikan segala perancangan dan pembangunan negeri ini dari aspek fizikal, rohani dan pembangunan dilaksanakan dengan penuh integriti, serta tidak mendahului kepentingan sesiapa," katanya.

Bagaimanapun, GIBS tidak akan menentang keputusan pelantikan menteri besar yang dibuat Sultan Selangor.

“Kami sudah sedia maklum bahawa pelantikan jawatan menteri besar merupakan kuasa budi bicara Tuanku, seperti diperuntukkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Kami akan terus menyokong pelantikan menteri besar yang mendapat perkenan Tuanku,” jelasnya.

Penyerahan dilakukan di Istana Bukit Kayangan, di sini dan diterima Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani, Selasa lalu.

Dua Adun Pas berisiko langgar baiah parti


  • Datuk Dr Hasan Mohamed AliDatuk Dr Hasan Mohamed Ali

KUALA LUMPUR - Kehadiran dua Adun Pas dalam sidang media yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor dianggap melanggar baiah parti itu.

Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Ali berkata, Hasnul Baharuddin (Adun Morib) dan Saari Sungib (Hulu Klang) menyokong Dr Wan Azizah menunjukkan mereka membelakangi Pas dan melanggar prinsip serta peraturan baiah parti itu.

“Bagaimanapun, sokongan mereka itu harus dizahirkan dalam bentuk tulisan mahupun lisan yang mengesahkan kehadiran itu sebagai tanda sokongan atau sekadar memenuhi jemputan rakan PR. Perkara ini menimbulkan keraguan.


“Sekiranya benar mereka menyokong Dr Wan Azizah yang sebelum ini tidak diterima Majlis Syura, tidak mustahil kedua-dua Adun Pas ini bakal berdepan Jawatankuasa Disiplin parti itu,” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.

Beliau, yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, kedua-dua Adun Pas itu telah 'dicuri' dari parti mereka sebelum mesyuarat 17 Ogos ini bagi membuktikan Dr Wan Azizah mendapat majoriti.

“Pimpinan tertinggi Pas juga sebelum ini menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan (Tan Sri) Abdul Khalid (Ibrahim) terus mentadbir Selangor adalah pendapat peribadi beliau sahaja.

“Dalam organisasi Islam tidak sepatutnya ada pakatan yang menzahirkan di khalayak kenyataan seumpama itu kepada presiden,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hadi mempertahankan Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor atas alasan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Selain Abdul Hadi, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga mahu Selangor diterajui Abdul Khalid.

Sementara itu, Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, memuji langkah bijaksana yang dipilih Sultan Selangor mengekalkan Abdul Khalid sebagai menteri besar secara tertib mengikut lunas undang-undang demi kesejahteraan rakyat.

“Kita lihat betapa tenteramnya Abdul Khalid berdepan asakan bertubi-tubi sepanjang dua bulan ini. Kredibiliti dan integriti ini diperlukan untuk mentadbir negeri,” katanya.

Beliau berkata, Pas tidak perlu gentar sekiranya keluar atau masih bersama PR untuk berdepan pilihan raya negeri kerana parti itu dilihat teguh dan memegang prinsip mereka.

“Kekuatan Pas akan bertambah melalui pegangan prinsip istiqamah dan ini bakal menarik minat pengundi.

“Pas dalam apa bentuk sekali pun, sama ada bersendirian atau bersama PR, yakin dapat mengekalkan bahkan menambah kerusi Dun,” katanya.

Dr Zakir Naik layak digelar Ahmad Deedat 2


  • Dr Zakir Abdul Karim Naik

WALAUPUN latar belakangnya dalam bidang kedoktoran, namun dia lebih dikenali sebagai tokoh perbandingan agama di peringkat antarabangsa.

Malah, sepanjang pembabitannya dalam bidang ini, beliau berjaya mengislamkan ramai orang di serata dunia dengan kepetahan hujah yang disokong dengan bukti sains dan fakta.

Kembara dakwahnya juga ternyata berkesan dan efektif apabila forum ceramah beliau sentiasa menarik minat ribuan hadirin dari pelbagai latar belakang agama.

Tidak hairanlah jika pendakwah terkenal dunia ini berjaya mengumpulkan hampir enam juta pengikut di laman sosial Facebook miliknya!

Itulah huraian ringkas mengenai Dr Zakir Abdul Karim Naik atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Zakir Naik.

Namanya tidak perlu diperkenalkan dengan lebih terperinci lagi kerana beliau bukanlah ilmuwan picisan malah, rata-rata mengenali tokoh hebat ini.

Berasal dari Mumbai, India, beliau pernah memenuhi undangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dua tahun lalu.

Menariknya, ceramah beliau berjaya mengumpul lebih 12,000 tetamu yang hadir di seluruh negeri. Selain itu, beliau juga turut menyampaikan ceramah di Johor Bahru, Dewan Pisa Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Kuantan.

Malah, tahun lalu, pendakwah global ini juga turut dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1435M/2013 pada Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ini membuktikan, kehebatan tokoh ini bukan hanya diperakui di negara luar malah, penglibatannya turut mendapat pengiktirafan di negara kita!

Korban kerjaya asal

Dilahirkan pada 18 Oktober 1965, beliau sangat terkenal dengan teknik pidato serta debatnya sangat mantap dan berkesan.

Malah, setiap dakwahnya menggunakan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih serta beberapa kitab-kitab agama lain seperti Bible, Veda, Bhagwad Geeta dan Upandishads.

Bukan sahaja dalam melontarkan pandangan, malah beliau juga mempunyai kebolehan dalam mematahkan hujah pihak lawan dengan jawapan meyakinkan mengenai persoalan yang dikemukakan walaupun secara spontan.

Mula terlibat dalam bidang ini sejak 1991, sehingga 2002, beliau telah mengumpul lebih 1,000 ceramah di peringkat antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Arab Saudi, United Arab Emirates, Kuwait, Qatar, Bahrain, Oman, Afrika Selatan, Itali, Mauritius, Australia, Malaysia, Singapura, Hong-Kong, Thailand dan negaranya sendiri, India.

Menyelak pendidikan awal agamawan ini, beliau ditempatkan di St. Peter’s High School (I.C.S.E), Mumbai sebelum ke Kishinchand Chellaram College, Mumbai dan Topiwala National Medical College, Nair Hospital, Mumbai.

Setelah menamatkan pengajian dan berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) di University of Mumbai, India, hatinya mula berbelah bahagi.

Sehinggalah, pada 1991, beliau membuat keputusan untuk berundur dari kerjaya sebagai doktor perubatan dan berjinak dalam dunia dakwah.

Anugerah dari Ahmad Deedat

Setelah memilih bidang dakwah, beliau mula aktif dalam melibatkan diri dengan aktiviti dialog antara agama.

Antara dialog yang paling berjaya ialah ketika bersama Dr.William Campbell dari Amerika Syarikat, pada 1 April 2000.

Pencapaian cemerlangnya dalam ilmu agama kurang daripada lima tahun membawa gelaran hebat buatnya iaitu, 'Deedat Plus’ pada 1994.

Paling membanggakan, beliau turut menerima plag pada Mei 2005 sebagai anugerah daripada cendekiawan Islam, Ahmad Deedat yang terpahat "Son what you have done in 4 years had taken me 40 years to accomplish, Alhamdulillah.” ("Wahai anak muda, kamu hanya mengambil masa selama empat tahun untuk mencapai apa yang saya capai dalam tempoh 40 tahun. Alhamdulillah.”)

Selain aktif dalam aktiviti ceramah, beliau juga adalah Presiden Islamic Research Foundation (I.R.F) yang memiliki siaran Peace TV di Mumbai, Pengerusi I.R.F. Educational Trust, dan Presiden Islamic Dimensions, Mumbai.

Malah, sepanjang penglibatannya, beberapa buku telah berjaya dikarang termasuklah, Replies To The Most Common Question Asked by Non-Muslim, Quran And Modern Science – Compatible Or Incompatible, Concept Of God In Major Religions, Islam And Terrorism, Women’s Right In Islam – Protected Or Subjugated?, Al-Quran – Should It Be Read With Understanding? dan Is The Qur’an God’s Word?

Perpaduan umat Islam

Selain itu, beliau turut menjadi tetamu undangan dan memiliki rancangan bicara agama, Tonight With Dr Zakir Naik, di TV Alhijrah.

Dalam soal jawab agama sebelum ini, Dr Zakir juga turut memperkatakan mengenai perpaduan dalam kalangan umat Islam.

"Islam itu membawa kepada keamanan. Berpegang teguhlah pada tali Allah SWT. Jika jauh dari Islam, Muslim akan berpecah belah.

"Jika kita dekat dengan Al-Quran dan memahami apa yang terkandung di dalamnya, semua masalah boleh diselesaikan.

"Al-Quran ada penyelesaian kepada semua masalah manusia. Kita harus bersatu di bawah lembayung Al-Quran," jelasnya menerusi bicara TV berkenaan.

Malah, ulama terkemuka ini mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam di atas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam ke dalam bangsa majoriti Melayu.

PROFIL  Nama Penuh  : Zakir Abdul Karim Naik
Tarikh Lahir                   : 18 Oktober 1965
Tempat Lahir                 : Mumbai, Maharashtra, India
Pendidikan                    : Kishinchand Chellaram College, University of Mumbai
Pekerjaan                      : Pendakwah dan doktor perubatan
Ahli lembaga                 : Islamic Research Foundation
Isteri                              : Farhat Zakir Naik

6 soalan Imam Ghazali kepada muridnya


http://www.myannur.com | .
Ketika Imam Al Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya, lalu beliau bertanya: “Apa yang paling hampir dengan kita di dunia ini?” Ada murid-muridnya menjawab orang tua, guru, teman dan kaum kerabat. Semua itu benar kata Imam Ghazali tetapi yang paling hampir dengan kita adalah “mati” (Ali Imran: 185) kerana janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti mati.

“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?” Pertanyaan kedua Iman Ghazali. Ada yang menjawab negara China, matahari, bulan, dan bintang-bintang. Benar kata Imam Ghazali, lalu Iman Ghazali menjelaskan yang paling jauh adalah “masa Lalu” kerana walau apapun kenderaan kita, kita tetap tak boleh kembali ke masa lalu. Jagailah hari-hari kita.

“Apa yang paling besar di dunia ini?” Iman Ghazali bertanya lagi. Ada yang menjawab matahari,  gunung dan bumi. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Namun yang paling besar di dunia ini adalah “nafsu”(Al A’Raf: 179). Hati-hati dengan nafsu besar diri kita, agar jangan terjerumus ke neraka.

“Apa yang paling berat di dunia ini?” pertanyaan seterusnya dari Imam Ghazali. Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Benar, kata Imam Ghazali tetapi yang paling berat adalah “memegang amanah” (Al Ahzab : 72). Semua makhluk lain tidak berkesanggupan ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Manusia tetap menyanggupi permintaan Allah SWT untuk memegang amanah. Namun terlampau ramai yang cuai memegang amanah berat pada diri masing-masing sehingga boleh terjerumus ke neraka.

“Apa yang paling ringan di dunia ini?” pertanyaan kelima Imam Ghazali. Ada yang menjawab angin, debu, kapas dan daun-daun. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi  yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan solat”. Gara-gara kesibukan kita, mudah untuk kita meninggalkan solat.

“Apakah yang paling tajam di dunia ini?” pertanyaan terakhir Imam Ghazali. Serentak murid-murinya menjawab, pedang. Benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Ini kerana melalui lidah, mudah bagi manusia melukakan saudaranya sendiri. – Wallahua’lam…

Khalid mahu undi tidak percaya


HARAKAHDAILY | .
 SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri Selangor dilakukan bagi mengesahkan dakwaan Ahli Dewan Negeri (Adun) Kajang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa beliau telah mendapat sokongan majoriti Adun Selangor.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Abdul Khalid mahu dakwaan yang dibuat Dr Wan Azizah diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dun Selangor sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

"Kita maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.

"Sungguhpun begitu, dakwaan ini hendaklah perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor sebagaimana yang telah termaktub mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri," ujar Abdul Khalid.

Menurut beliau, proses itu perlu dibuat memandangkan Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peraturan, undang-undang serta proses perundangan yang perlu dipatuhi oleh rakyat, pemimpin dan pentadbir negeri.

Beliau juga berpendirian bahawa sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa.

"Kesemua usaha ini adalah tertakluk kepada kuasa DYMM Sultan Selangor," ujarnya.

Dalam satu sidang media yang dihadiri sebahagian Adun Selangor termasuk dua Adun PAS pagi tadi, Dr Wan Azizah mengumumkan telah menerima sokongan 30 Adun bagi membolehkan beliau menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar. - HARAKAHDAILY, 14/8/2014

Berundur sebelum tersungkur


  • kemelut politik

SHAH ALAM – Selangor berdepan persimpangan dalam menentukan hala tuju, kebijaksanaan politik dan intelektual dan jalan terbaik ialah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada kerusi menteri besar.

Penganalisis politik, Dr Jeniri Amir berpandangan, tidak ada logika untuk Abdul Khalid berkeras mempertahankan posisinya kerana dijangka Menteri Besar Selangor itu pasti tersungkur dan gagal meneruskan perjuangannya.

“Dalam pentadbiran sekarang hanya tinggal empat Exco Pas. Walaupun ia mematuhi syarat Undang-undang Tubuh Negeri Selangor namun diragui sampai bila mereka mampu bertahan?

“Pentadbiran kerajaan negeri akan berdepan kekusutan dan hanya Abdul Khalid mampu meleraikannya. Sekiranya beliau menjunjung tinggi prinsip dan undang-undang demokrasi sewajarnya belajar daripada krisis di Perak yang kini menjadi bahan jenaka dan Selangor kini pula dipimpin menteri besar bebas,” katanya.
Jeniri menjangkakan, Abdul Khalid tidak akan terus berada di kerusi menteri besar dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga perlu akur dengan keadaan yang meruncing di Selangor.

“Dengan tindakan menyingkirkan Exco dari PKR dan DAP, ia bukan sahaja tidak membawa untung kepada PR malah merugikan pengundi di Selangor.

"Perjuangan sekian lama barisan alternatif akan berkubur jika salah perhitungan,” katanya.

Pas tidak minat kerusi MB Selangor


  • Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa AliSetiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pas sekali lagi menegaskan tidak akan meminta sesiapa daripada parti itu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor kerana berpegang kepada persetujuan bersama PR bahawa jawatan itu diberi kepada PKR meskipun memiliki bilangan kerusi lebih dalam Dun Selangor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas tetap akan berpegang kepada janji supaya tidak menuntut jawatan itu.

"Perkara tersebut telah lama diputuskan," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat biro politik parti itu di ibu pejabat Pas di sini, malam tadi.

Mustafa juga menambah, Pas masih belum membuat sebarang keputusan penting berhubung pendirian parti mengenai kemelut Menteri Besar Selangor kerana perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang dijadual pada 17 Ogos ini.

Sementara mengulas mengenai kedudukan terkini Pas dalam PR, Mustafa berkata, pendirian Pas tidak pernah berganjak.

"Pas akan terus bersama PR," katanya lagi.

Adun sokong Azizah: Pas mahu siasat dahulu


  •  Mustafa Ali - Foto Sinar HarianMustafa Ali - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Pas Pusat memutuskan untuk melakukan siasatan terlebih dahulu ke atas tindakan dua Adunnya yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
 
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat malam ini setelah mendapati laporan terhadap kedua-dua Adun tersebut perlu dikemukakan terlebih dahulu sebelum tindakan diambil terhadap mereka.
 
Bercakap dalam sidang media, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, tindakan terhadap dua Adun tersebut hanya akan diputuskan setelah siasatan dijalankan.
 
"Kami masih cuba mendapatkan gambaran sebenar mengenai tindakan dua Adun yang menyokong pencalonan Wan Azizah.
 
"Kami masih tidak buat laporan ke atas dua Adun berkenaan,  kami ambil keputusan untuk siasat dulu. Akan ada tindakan susulan jika ada laporan," katanya.

Ada sebab Exco Pas terus bersama Khalid...







  • Datuk Mustafa AliDatuk Mustafa Ali

KUALA LUMPUR - Empat Exco Pas yang kekal mentadbir Selangor bersama Tan Sri Abdul Khalid bertujuan menjaga survival kerajaan PR sedia ada walaupun kesemua Exco DAP dan PKR dipecat Selasa lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu bertindak sedemikian bagi mengelak berlakunya kejatuhan kerajaan PR di negeri itu.

"Tindakan itu berlandaskan pentadbiran kerajaan negeri yang ditubuh mengikut Artikel  53 (2) (a) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang mensyaratkan minumum empat Exco untuk mentadbir negeri.

"Mereka (empat Exco Pas), yang menyertai pentadbiran negeri sekarang bukan disebabkan ada kepentingan diri, itu tidak benar.

"Oleh itu mereka bersama Abdul Khalid adalah untuk memastikan kerajaan PR tidak jatuh," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Pas, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata sekiranya Pas bertindak keluar daripada pentadbiran negeri Selangor, ia akan menjejaskan kepentingan rakyat Selangor.

"Kalau Exco-exco tidak masuk masuk mesyuarat, isu kepentingan rakyat tidak dapat dibuat, maka atas nama kebajikan rakyat pentadbiran negeri harus berjalan.

"Maka diputuskan Exco Pas perlu terus menjaga kepentingan ini," katanya.

Tambah Mustafa, pihaknya akan membuat keputusan muktamad terhadap segala isu berbangkit mengenai krisis politik di Selangor pada 17 Ogos ini.

Exco kerajaan Selangor daripada Pas adalah Iskandar Samad, Dr Halimah Ali, Dr Yunus Khairy dan Salehen Muhyi.

Kerajaan negeri Selangor memerlukan sekurang-kurangnya empat Exco untuk terus kekal.











Krisis Selangor: PAS tetap tolak Wan Azizah - Mustafa


2014/08/14 - 22:55:25

KUALA LUMPUR: PAS tetap menolak pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan itu dibuat oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat yang bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS di sini, malam tadi. Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Pada sidang media kemudian, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan penolakan pencalonan Dr Wan Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu bukan kerana jantina.

Katanya, sebab penolakan pencalonan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu sudah dinyatakan kepada semua 15 ADUN PAS di Selangor dan pucuk kepemimpinan PKR.

Bagaimanapun, Mustafa berkata PAS tidak akan menuntut dan menamakan wakil rakyatnya di DUN Selangor sebagai calon Menteri Besar.

"Dari dulu kita dah maklumkan bahawa PAS tidak akan menuntut untuk menduduki kerusi berkenaan ," katanya.

Mustafa juga berkata, PAS tetap menganggap kerajaan Selangor sedia ada sebagai kerajaan Pakatan Rakyat biarpun ditadbir seorang Menteri Besar Bebas dan hanya empat EXCO PAS selepas pemecatan dan peletakan jawatan enam anggota daripada PKR dan DAP.
Sehubungan itu, katanya, kedudukan EXCO PAS dalam kerajaan Selangor masih tidak berubah sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada Ahad ini.

"Kami masih anggap kerajaan Selangor sebagai kerajaan Pakatan, empat EXCO itu mewakili parti dan pakatan selepas enam EXCO daripada DAP dan PKR dipecat dan meletak jawatan," katanya.

‘Tak terbayang jasad jatuh 10,000 meter’



Petaling Jaya: “Kali pertama sampai di sana, memang sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana terlalu banyak persoalan kenapa harus berlaku kepada pesawat ini, sedangkan kita tak ada musuh.

“Bila melihat saja cebisan lambang Penerbangan Malaysia (MAS) pada bahagian ekor pesawat itu, saya sedih tidak dapat membayangkan bagaimana mangsa jatuh dari ketinggian 10,000 meter berselerakan di kawasan seluas 20 kilometer persegi ditengah ladang gandum itu,” kata Pengarang Berita Kanan Meja Khas Harian Metro Yusri Abdul Malek mengimbau detik ketika berpeluang menjejakkan kaki di kawasan nahas pesawat MH17 di Donestk pada 21 hingga 30 Julai lalu.


Menurut Yusri, untuk tiba di kawasan nahas di Timur Ukraine bukanlah perkara mudah kerana perlu menempuh perjalanan kira-kira 800 kilometer dari Kiev dengan menaiki kereta selama 12 jam.



“Sepanjang perjalanan kami diberitahu risiko tinggi sukar memasuki kawasan nahas kerana dikuasai pemberontak pro-Russia, namun saya bersama dua lagi rakan memberanikan diri menuju ke lokasi kejadian nahas.


“Sebanyak 13 sekatan terpaksa kami lalui yang sebahagiannya dikuasai tentera kerajaan Ukraine manakala selebihnya puak pemberontak pro-Russia,” katanya ketika berkongsi pengalaman bertugas di lokasi nahas MH17 di Ukraine dalam Program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas di sini, semalam.


“Sememangnya membuat liputan nahas di kawasan yang dikuasai puak pemberontak adalah sesuatu mencabar, namun sebagai wartawan saya melihat ini dari sudut positif kerana walaupun menghadapi pelbagai masalah tetapi akhirnya saya dapat juga buat liputan untuk tatapan rakyat Malaysia,” katanya ketika berkongsi pengalaman bertugas di lokasi nahas MH17 di Ukraine dalam Program Malaysia Hari Ini di Sri Pentas di sini, semalam.

Turut bersama Yusri berkongsi pengalaman masing-masing bertugas membuat liputan nahas itu ialah Wartawan Penyiaran TV3 Mohd Faiz Aizat Azali serta Jurukamera TV3 Razak Ibrahim.


Berkongsi pengalamannya membuat liputan selama dua minggu di Hilversum, Belanda dan Amsterdam, Mohd Faiz Aizat berkata, dia mempelajari banyak perkara termasuk akta yang menjaga hak privasi rakyat Belanda serta perasaan kebersamaan mereka ketika sesuatu kejadian menimpa.

“Di Belanda amat berlainan sekali, kita tidak boleh sesuka hati bertanya atau menemuramah mereka kerana kita berdepan sekatan akta privasi yang perlu diikut di mana apa saja maklumat diperolehi, kita sahkan semula dengan kedutaan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN).


“Malah, kita dapat lihat ketika penerbangan pertama membawa jenazah dan mayat mangsa nahas tiba di bumi Belanda, orang bawa kereta sanggup berhenti ke tepi dan berdiri, semua penerbangan dihentikan, malah kedai makan juga ditutup,” katanya.


“Paling terharu sebaik saja pesawat mendarat, seluruh isi negara itu berdiri memberi penghormatan kepada mangsa tragedi MH17,” katanya.


Perkara sama turut disokong Razak yang mengagumi budaya Belanda di mana mereka mementingkan sikap hormat- menghormati tinggi.


“Walaupun berdepan banyak cabaran termasuk kekangan mendapatkan visual di kawasan larangan, namun mereka masih tetap mahu membantu saya mendapatkan sudut terbaik.


“Bagi saya orang Belanda begitu menghormati paling penting mereka tidak langsung menyalahkan Malaysia dengan apa yang berlaku, itu saya bangga,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Dua ADUN tak gentar tindakan


Oleh Hadzlan Hassan, Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Nur Saliawati Salberi

Shah Alam: Walaupun pimpinan PAS Pusat belum membuat ketetapan pendirian parti itu berhubung kemelut politik di negeri ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti berkenaan tampil menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Menteri Besar.

Dua ahlinya, ADUN Hulu Klang Shaari Sungib dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin tampil dalam sidang media PKR bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, semalam.


Shaari berkata, walaupun partinya masih belum membuat keputusan sama ada menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak, beliau tetap yakin Wan Azizah adalah calon yang layak.



“Saya percaya sokongan ini tidak merosakkan polisi Pakatan Rakyat (PR) mahupun PAS kerana saya mendukung polisi untuk terus menyokong PR bagi memerintah Selangor.


“Sokongan yang saya nyatakan ini sebahagian sumbangan sebagai ADUN untuk mendapatkan majoriti dan parti saya (PAS) perlu menghormati pendirian ini. Saya juga yakin akan ada lagi ADUN PAS akan melakukan perkara sama,” katanya.


Menurutnya, keputusan untuk menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar dilakukan selepas beliau mengambil kira pandangan beberapa pemimpin PAS berhubung isu berkenaan.

Beliau juga bersedia berdepan dengan sebarang tindakan disiplin daripada PAS.


Menurutnya, jika kepemimpinan tertinggi PAS masih menolak Wan Azizah sebagai Menteri Besar, beliau tetap dengan sokongannya dan bersedia untuk bergelar ADUN bebas.

Sementara itu, Hasnul berkata, sokongan dinyatakan terhadap Wan Azizah dibuat kerana mendakwa Abdul Khalid melakukan beberapa kesilapan dalam pentadbiran yang merosakkan PR.


Katanya, beliau tidak mahu terus menunggu dan melihat Abdul Khalid terus melakukan pelbagai kesilapan dalam pentadbirannya sebelum ini.


“Dalam tempoh dua hari, beliau (Abdul Khalid) sudah memecat enam Exconya daripada PKR dan DAP,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

2 warga Indonesia dikenal pasti



Jakarta: Dua daripada 12 korban nahas penerbangan MH17 warga negara Indonesia sudah dikenal pasti.

Pasukan Pengecaman Mangsa Nahas (DVI) Markas Besar Kepolisian Republik Indonesia yang bekerjasama dengan pasukan siasatan antarabangsa berjaya mengenal pasti dua warga Indonesia semalam.


Pengarah Eksekutif DVI Anton Castilani enggan mendedahkan identiti mereka, sebaliknya hanya memberitahu mayat itu ialah dua individu dewasa.



“Identiti mayat iaitu seorang lelaki dan wanita terpaksa dirahsiakan atas permintaan keluarga,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Tiga tertuduh boleh dipenjara 20 tahun


Kuala Kubu Bharu: Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan khianat dan bersubahat dengan menggunakan bom buatan sendiri untuk memusnahkan sebuah bank di Bandar Bukit Beruntung di sini, akhir bulan lalu.

Bagaimanapun, semua tertuduh, Syaiful Bahrin Komari, 30, Mohammad Balqish Balya, 31, masing-masing peniaga gerai makanan dan Ahdmad Saifuddin Hasan, 30, pekerja kontrak, mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.


Mengikut pertuduhan, Syaiful Bahrin didakwa melakukan khianat menggunakan bom buatan sendiri dengan niat untuk memusnahkan bangunan Public Bank di nombor 23 & 25, Jalan Melati 2B, Seksyen BB 11, Bandar Bukit Beruntung, Rawang, dekat sini, jam 5.10 pagi, 29 Julai lalu.



Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.


Sementara itu, dua lagi rakannya, Mohammad Balqish dan Ahdmad Saifuddin pula didakwa atas perbuatan bersubahat dengan Syaiful Bahrin untuk melakukan perbuatan itu.


Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 436 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Jidah Mohd Jusan tidak mencadangkan jaminan terhadap ketiga-ketiga tertuduh atas alasan kes itu serius.


Bagaimanapun, peguam Mohd Yusri Mohd Yusoff memohon mahkamah membenarkan semua anak guamnya diikat jamin kerana mereka mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Zulhelmy Hassan membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa mereka diserahkan kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.


Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 29 Ogos ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

Khalid cabar Wan Azizah


Shah Alam: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa memperoleh sokongan majoriti 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya membawa usul undi tidak percaya terhadapnya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau berkata, proses itu penting memandangkan kerajaan negeri Selangor mempunyai peraturan, undang-undang serta proses perundangan yang perlu dipatuhi semua pihak termasuk rakyat, pemerintah dan pentadbiran negeri.


“Saya maklum pengumuman Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor. Sungguhpun begitu, dakwaan ini perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya dalam DUN,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.



Abdul Khalid berkata, sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan Selangor akan berjalan seperti biasa.


“Semua usaha ini tertakluk kepada kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga Rodziah Ismail sah meletak jawatan sebagai ahli Exco kerajaan negeri berkuat-kuasa semalam.

Abdul Khalid berkata, peletakan jawatan Rodziah sah mengikut Artikel 53 (7) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.


“Artikel berkenaan menyatakan mana-mana ahli Exco boleh meletak jawatan pada bila-bila masa.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada Rodziah atas sumbangan dan khidmat diberikan sepanjang menjadi Exco kerajaan negeri Selangor,” katanya.


Sementara itu, dua hari selepas dipecat sebagai Exco kerajaan negeri, Datuk Teng Chang Khim memulangkan kereta Toyota Camry milik kerajaan negeri, semalam.


Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu menjadi bekas Exco pertama yang memulangkan kereta digunakan untuk urusan rasminya sebelum ini.


Kereta jenis Toyota Camry berwarna hitam itu digunakan ketika berkhidmat sebagai Exco dilihat sudah diletakkan di tempat letak kenderaan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira jam 11 pagi semalam.


Teng ketika dihubungi berkata, beliau memulangkan kenderaan rasmi itu walaupun masih belum menerima sebarang arahan rasmi daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohammed Khusrin Munawi.


“Saya sudah menghubungi pemandu saya dan memaklumkan kepadanya supaya tidak lagi mengambil saya di rumah dan kini saya hanya memandu kereta sendiri sejak malam semalam (kelmarin),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15