Showing posts with label Badrulamin. Show all posts
Showing posts with label Badrulamin. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

JAIS siasat Badrulamin

Dr Badrulamin (dua dari kiri) hadir bersama mereka yang ditahan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang untuk memberi
keterangan berhubung perhimpunan anjuran Global Ikhwan, semalam. - Foto Mohd Yusni AriffinDr Badrulamin (dua dari kiri) hadir bersama mereka yang ditahan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang untuk memberi keterangan berhubung perhimpunan anjuran Global Ikhwan, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin Cubaan hidupkan semula Al-Arqam
  • Pemimpin PKR disyaki terbabit kembangkan ajaran Aurad Muhammadiah 
    Shah Alam: Pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron akan disiasat kerana disyaki terbabit dalam kumpulan mengembangkan ajaran Aurad Muhammadiah dan menghidupkan semula alArqam. 


    Sumber Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), berkata siasatan mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu kerana kehadirannya dalam program anjuran Global Ikhwan Sdn Bhd di Rawang malam kelmarin, menunjukkan beliau menyokong kumpulan yang diharamkan itu.

    Nafi pembabitan Katanya, walaupun Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan bekas Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor itu menafikannya, pembabitan beliau tetap akan disiasat.

    Untuk berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/
  • Friday, November 2, 2012

    Jawapan DR Badrul Amin penahanan beliau dalam isu Al Arqam



     



    Badrulamin: Saya hadir program jemputan Global Ikhwan, bukan Al-Arqam



    berikut adalah penjelasan dari Dr. Badrulamin sendiri..

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr Badrulamin Bahron yang turut ditahan dalam serbuan terhadap konsert didakwa cubaan menghidupkan kembali ajaran sesat Al-Arqam hari ini menegaskan hanya hadir sebagai tetamu jemputan syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd, dan bukannya Al-Arqam.

    Dalam kenyataannya, Badrulamin menjelaskan, keluarganya merupakan pelanggan Global Ikhwan dan pihaknya menerima jemputan untuk menghadiri majlis tersebut secara umum, dan bukannya atas jemputan khusus.

    “Jemputan hanya bersifat umum dan tiada jemputan khusus untuk saya ... saya datang bersama isteri dan anak-anak untuk makan sambil menikmati persembahan kesenian Islam dan bersantai.

    “Saya diletakkan di meja tamu sebab rasa hormat mereka, dan memang khemah lain tiada meja pun ... ahli jemaah (Global) Ikhwan mengenali saya dan isteri kerana (kami) sering membeli keperluan dapur di pasaraya Ikhwan ... ia menyediakan produk makanan buatan orang Islam,” kata Badrulamin .

    Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini menyebut Badrulamin antara tetamu kehormat sempena sambutan ulang tahun kelahiran pengasas ajaran sesat tersebut, Ashaari Muhammad, atau lebih dikenali sebagai Abuya.

    Akhbar berkenaan turut menyebut serbuan yang dilakukan Jais kira-kira jam 10 malam di Bandar Country Homes, Rawang itu bertemakan “Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib” turut dihadiri kira-kira 3,500 orang.

    Jurucakap Jais berkata,”konsert ini didapati melanggar arahan mufti di bawah Seksyen 12C Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu membantu menghidupkan Al-Arqam.”

    Badrulamin turut menafikan sebarang penglibatan dirinya dengan Al-Arqam dan Global Ikhwan, malah menafikan mempunyai sebarang jawatan dalam pertubuhan tersebut.

    “Saya langsung tiada kaitan apa-apa dengan organisasi Ikhwan, jauh sekali dari memegang sebarang jawatan.

    “Kehadiran saya tidak ada sebarang agenda peribadi mahupun politik,” katanya lagi.

    Al-Arqam telah diharamkan di negara ini pada 1994. Selepas kematian pengasasnya pada 2010, pengikut ajaran sesat ini pernah mengadakan konsert selama empat hari dan menggambarkan Abuya bukan meninggal dunia, sebaliknya hanya “ghaib” dan akan kembali dalam masa terdekat ~ The Malaysian Insider