Saturday, September 5, 2015

Bil Pembersihan Untuk Bersih 4 Dihantar Ke Alamat Salah


Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 11:20 AM

PETALING JAYA: Bil pembersihan RM65,000 untuk penganjur Bersih 4 dihantar ke alamat yang salah.

Kesilapan itu dimaklumkan kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan , Datuk Abdul Rahman Dahlan apabila beliau menyiarkan gambar sebuah rumah dan menyatakan bahawa bil telah dihantar ke pejabat Bersih yang terletak di sebuah kawasan perumahan.

"Hari ini pegawai saya pergi ke pejabat berdaftar Bersih untuk menghantar bil pembersihan sebanyak RM65 ribu. Ia dikunci dan tidak dijaga," katanya di akaun Twitter @mpkotabelud , Jumaat.

Dia kemudian menyiarkan gambar sebuah rumah dua tingkat yang usang.

"Dan ini adalah pejabat Bersih yang sama sekali tidak kelihatan 'bersih'," katanya.

Aktivis Bersih 2.0 Mandeep Singh kemudian menulis di akaun Twitternya @mandeepkarpall kepada Rahman tentang kesilapan itu.

"@mpkotabelud untuk makluman anda, ini bukan @pejabat bersih2. Tertanya-tanya, siapa yang pilih anda jadi menteri?" dia membidas.

Sebagai jawapan, Rahman berkata, mereka akan cuba menghantar sekali lagi bil itu pada minggu depan.

"Kami akan cuba lagi untuk menghantar invois RM65k kepada Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih 2.0) dan Bersih minggu depan. #payup!" beliau menulis di Twitter.

Bersih telah dikenakan bil pembersihan sebanyak RM65,000, di mana Rahman berkata ia adalah kos untuk membersihkan kawasan-kawasan yang digunakan oleh penunjuk perasaan semasa perhimpunan di Kuala Lumpur minggu lalu.

Ini, katanya, adalah tambahan kepada kos pembaikan harta benda yang rosak.

Penganjur Bersih 4 bagaimanapun, berkata mereka akan mencabar mana-mana bil pembersihan yang dihantar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menyifatkan tindakan sedemikian sebagai 'tidak masuk akal'.

Mereka menuntut untuk mengetahui sama ada bil seperti itu turut dihantar kepada penganjur perhimpunan atau acara-acara lain atau hanya untuk Bersih.

Karaoke propaganda

Reuters
Seoul: Perang propaganda nampaknya tercetus lagi di Korea Selatan, hanya beberapa minggu selepas Seoul memainkan lagu K-pop dan anti-Pyongyang menggunakan pembesar suara di sempadan dengan Korea Utara.

Ahli Parlimen Hong Moon-pyo dari parti pemerintah Saenuri berkata, lagu berkenaan yang dianggap ‘racun’ dimainkan di beberapa pusat karaoke di Seoul.

Antaranya lagu ‘Hidup Jeneral Kim Jong Il’ - ayah pemimpin Korea Utara sekarang, Kim Jong Un.

“Mesin karaoke ini mampu mempengaruhi mental kita. Tak ubah seperti cendawan beracun yang mampu menyakitkan 50 juta rakyat Korea Selatan,” kata Hong.

Katanya, setakat ini hanya dua premis dikenal pasti mempunyai lagu berkenaan, di kawasan yang mempunyai ramai berbangsa Korea dari timur laut China serta warga Korea Utara yang berpaling tadah.

“Perkara ini terdedah selepas pendatang etnik Korea dari China diupah melawat premis karaoke di kawasan terbabit.

“Isu ini tidak patut dipandang remeh. Menyanyi lagu yang memuji Korea Utara mampu meresapi pemikiran dan melemahkan kita.

“Lagu propaganda klasik tidak sepatutnya dinyanyikan di sini dan sama saja teruknya dengan program senjata nuklear Korea Utara,” katanya.

Sejak 1948, undang-undang Keselamatan Kebangsaan Korea Selatan melarang penyebaran propaganda Korea Utara.

Secara teknikal, Korea Utara dan Selatan masih berperang berikutan Perang Korea 1950 hingga 1953 berakhir dengan gencatan senjata, bukan perjanjian damai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:07 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75279#sthash.T6RgeKrh.dpuf

Jalan 175km

Budapest: Lebih 1,000 migran yang terkandas beberapa hari di stesen kereta api utama Budapest semalam meninggalkan bangunan itu dan berjalan kaki ke sempadan Austria.
Kumpulan itu termasuk orang yang berkerusi roda serta bertongkat, selain ibu bapa mendukung anak mereka nekad memulakan perjalanan sejauh 175 kilometer itu.
Ada yang menunjukkan isyarat keamanan dan ada juga membawa gambar Canselor Jerman, Angela Merkel yang baru-baru ini mengumumkan Berlin melonggarkan syarat permohonan suaka untuk orang Syria.
Osama, 23, dari Syria berkata: “Kami sangat gembira kerana akhirnya ada sinar harapan. Kami akan ke Austria.
“Anak-anak semua kepenatan. Hungary terlalu teruk dan kami memang tiada pilihan selain meneruskan perjalanan.”
Mereka antara kira-kira 2,000 yang terkandas di kem pelarian sementara di stesen Keleti berikutan pihak berkuasa kereta api menghalang mereka menaiki kereta api ke Austria dan Jerman disebabkan tiada visa Kesatuan Eropah (EU).
Polis melihat migran berkenaan berjalan melalui ibu negara Hungary tetapi tidak menghalang mereka walaupun menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di jalan menuju ke kota itu.
Baru-baru ini ahli Parlimen Hungary membahaskan langkah antimigrasi termasuk melarang pendatang melintas sempadan secara haram serta meluluskan pembinaan pagar di sempadan dengan Serbia.
Hungary menyertai Itali dan Greece sebagai sasaran migran yang mahu ke Eropah dengan 50,000 orang memasuki negara itu pada Ogos saja.
Jumlah tertinggi 3,300 migran direkodkan memasuki Hungary kelmarin, kata agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:06 AM


RATUSAN migran berjalan di Jambatan Elisabet selepas meninggalkan zon transit di stesen kereta api Budapest.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75273#sthash.6BH3rHHR.dpuf

Pendatang Islam murtad di Jerman

Berlin: Paderi Kristian mengambil kesempatan mengkristiankan pendatang Islam yang mahu memasuki Eropah dan sehingga kini ratusan pendatang dari Iran dan Afghanistan sudah dibaptiskan di Gereja Trinity, di bandar raya ini.
Antaranya, Mohammed Ali Zonoobi dari Syiraz, Iran, yang menundukkan kepala apabila Paderi Gottfried Martens merenjis air suci ke atas rambutnya sambil berkata: “Adakah kamu akan berpisah daripada syaitan? Adakah kamu akan berpisah daripada Islam?”
“Ya,” jawab Mohammed Ali lalu Martens membaptiskan lelaki itu dan kini nama tukang kayu itu ialah Martin, beragama Kristian, tidak lagi umat Islam. Dia tiba di Jerman bersama isteri dan dua anaknya lima bulan lalu. Isterinya, Afsaneh juga memeluk Kristian dan kini bernama Katarina.
Tidak dapat dipastikan sama ada mereka menukar agama kerana percayakan Kristian atau mahu meningkatkan peluang mendapat suaka politik dengan alasan akan dihukum, termasuk kemungkinan hukuman mati kerana murtad jika kembali ke negara asal.
Paderi Martens menyedari ada yang sanggup memeluk Kristian bagi meningkatkan peluang tinggal di Jerman namun apa saja sebab mereka tidak penting kepadanya.
“Ramai yang yakin Kristian akan mengubah kehidupan mereka dan saya jangka hanya 10 peratus tidak akan ke gereja selepas dikristiankan.
Menjadi Kristian tidak menjamin mereka dibenar tinggal di Jerman namun, dengan hukuman mati atau penjara yang lama di Iran dan Afghanistan untuk mereka yang murtad, tidak mungkin Jerman akan menghantar pulang pelarian yang memeluk Kristian.
Tiada yang mengakui kesediaan memeluk Kristian itu akan meningkatkan peluang mendapat suaka politik kerana ia akan menyebabkan permohonan mereka ditolak.
Menurut Martens jumlah pelarian yang memeluk Kristian dengannya meningkat mendadak dalam tempoh dua tahun daripada 150 orang kepada 600 orang kini kerana terpengaruh dengan cerita Martens boleh membantu mempercepatkan proses permohonan suaka politik mereka.
Gereja Lutheran di Hannover dan Rhineland juga melaporkan peningkatan pelarian Iran memeluk Kristian dan menurut Martens, ada 80 lagi pelarian, sebahagian besarnya dari Iran dan sebilangan kecil dari Afghanistan menunggu untuk dibaptiskan.
Jumlah pelarian yang mahu tinggal di Jerman tahun ini meningkat empat kali ganda berbanding tahun lalu kepada 800,000 orang dari Syria, Iraq, Afghanistan dan Pakistan yang memohon suaka politik.
Pelarian dari Syria yang diancam perang saudara berpeluang besar dibenar tinggal di Jerman berbanding mereka dari Iran atau Afghanistan yang stabil. - AP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2015 @ 8:10 PM

Paderi Gottfried Martens menyalakan lilin ketika upacara mengkristiankan pendatang Islam dari Iran. Tiga dari knan ialah Mohammed Ali Zanoobi yang memohon suaka politik di Jerman. - Foto AP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75233#sthash.yRRSqOV6.dpuf

Dihukum tengok filem Amerika

Pyongyang: Sebuah video didedahkan semalam mendakwa menunjukkan dua lelaki dibacakan tuduhan di khalayak ramai bagi kesalahan menonton filem Amerika yang disimpan dalam pemacu USB sebelum disalin pada alat perakam cakera padat digital (DVD).
Dua lelaki berusia 30 dan 27 itu didakwa ‘bergelumang dengan ideologi kapitalisme yang korup’ yang dikatakan terbongkar hasil kerja ejen di Korea Selatan.
Video sepanjang 12 minit itu yang dirakam secara sulit kemudian menunjukkan dua tertuduh yang tidak diberi peluang bersuara dihantar ke kem tahanan untuk tempoh sembilan bulan.
Pendedahan rakaman itu - yang dianggarkan sekitar September 2013 - rentetan ketegangan di rantau berkenaan selepas Korea Utara mengugut tindakan ketenteraan terhadap jirannya. Persetujuan akhirnya dicapai pada 24 Ogos lalu hasil rundingan selama tiga hari.
Amnesty International melaporkan ribuan penduduk Korea Utara ditahan atas pelbagai tuduhan politik, tetapi bagi kes kecil pesalah dihantar ke kem tahanan untuk ‘pendidikan semula’ yang merangkumi sesi ideologi dan kerja berat.
Sejak memerintah, Kim Jong-un mengambil tindakan tegas terhadap media asing terutama Korea Selatan termasuk bagi drama televisyen dari negara itu.
Malah pada Oktober 2014, 50 orang dikatakan dihukum bunuh kerana menonton drama asing. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:07 AM


GAMBAR diambil daripada rakaman menunjukkan dua lelaki berkenaan (dalam bulatan) menerima hukuman.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75277#sthash.Jplv0sOK.dpuf

Indonesia batal bina kereta api laju

Jakarta: Kerajaan Indonesia membatalkan rancangan membina landasan kereta api laju pertama negara itu dan memilih sistem kereta api yang lebih perlahan serta murah.
Pembatalan itu juga memberi tamparan kepada Jepun dan China yang bersaing untuk merebut kontrak bernilai berbilion dolar berkenaan.
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) pada minggu ini dijangka mengumumkan negara mana yang dipilih untuk melaksanakan projek mega itu.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Ekonomi, Darmin Nasution semalam mengumumkan projek itu dibatalkan akibat kos dan pengurusan projek.
Darmin berkata, beliau memanggil duta Jepun semalam bagi mengucapkan terima kasih dan memberitahu Jakarta memilih kereta api kelajuan sederhana dan membuka bidaan kepada pesaing lain.
Beliau juga memanggil duta China bagi menyampaikan perkembangan sama.
Sejak beberapa bulan lalu, negara kuasa besar itu bersaing untuk mendapatkan kontrak membina landasan kereta api laju sepanjang 160 kilometer yang menghubungkan Jakarta dan Bandung.
Projek itu dianggap kejayaan pentadbiran Jokowi yang berjanji untuk menaik taraf sistem jalan raya, kereta api dan pelabuhan negara itu yang usang.
Satu penilaian bebas mengenai projek itu mendapati sistem kereta api laju tidak sesuai kerana jarak antara Jakarta dan Bandung yang pendek.
Sistem kereta api kelajuan sederhana walaupun sedikit perlahan tetapi ia 30 peratus lebih murah. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:08 AM


KERETA api laju milik China di Wuhan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/75281#sthash.mH01JF6j.dpuf

Sejarah hitam aibkan bola sepak Malaysia



PEMAIN UAE, Mohamed Ahmad (kiri) menewaskan Mohd, Afif Amiruddin (tiga dari kiri) dan Zamir Selamat (dua dari kiri) untuk menjaringkan gol ketujuh semasa UAE menentang Malaysia di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi kelmarin. Pada perlawanan itu, Malaysia tewas 10-0.


KUALA LUMPUR – Bekas pemain kebangsaan, Datuk Namat Abdullah menyifatkan bola sepak Malaysia mengalami malapetaka terburuk dalam sejarah negara selepas Harimau Malaya diaibkan dengan kekalahan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi, UAE kelmarin.
Pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 itu, pasukan bimbingan Dollah Salleh mengejutkan ramai pihak apabila sebahagian besar pemerhati bola sepak juga tidak dapat menerima keputusan tersebut.
Lebih memalukan, Dollah telah menggunakan ketiga-tiga penjaga gol iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Khairul Azhan Khalid dan Zamir Selamat sebagai pemain gantian tetapi malangnya, taktik tersebut tetap tidak berjaya mengekang gawang negara yang menyaksikan mereka dibolosi tujuh gol pada aksi separuh masa pertama.
Mengulas lanjut, Namat mendedahkan kekalahan itu akan menjadi satu sejarah hitam dalam bola sepak negara dan beliau menganggap ia berpunca daripada para pemain dan bukannya jurulatih.
“Jika kita ambil contoh situasi sekarang, saya fikir jurulatih asing pun tidak mampu menyelamatkan bola sepak kita jika berdasarkan kepada pemain-pemain yang sedia ada.
“Bukan mahu merendahkan kemam­puan pemain tempatan tetapi keputusan tersebut (10-0) menunjukkan bahawa kita masih lemah dan tidak memiliki ramai pemain berkualiti untuk bertan­ding di peringkat antarabangsa.
“Jurulatih memberi arahan dan pemain-pemain yang melaksanakan tugas. Mungkin mereka terlalu fokus kepada persaingan Liga Super atau Piala Malaysia berbanding memikirkan aksi bersama pasukan kebangsaan.
“Apa yang pasti, ini menunjukkan kita sebenarnya tiada pemain-pemain kerana kita sendiri saksikan Dollah telah menggunakan pemain-pemain yang sama sejak (menjuarai Piala AFF Suzuki) 2010 lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3komnNnXB 
Hakcipta terpelihara 

Tahan individu pijak gambar PM



Zulfitri (enam dari kiri) bersama ahli Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu memegang kain rentang bantahan terhadap tindakan individu yang memijak gambar pemimpin negara di Jitra semalam.


KUALA LUMPUR – Beberapa pemimpin UMNO Bahagian meminta pihak polis menahan segera dua peserta perhimpunan haram Bersih 4.0 yang memijak gambar pe­mimpin negara pada perhimpunan itu di ibu kota baru-baru ini.
Di Jitra, Kedah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulfitri Yaccob mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peserta perhimpunan ter­babit.
“Sebarang permohonan maaf tidak akan diterima ke­rana perkara sama akan terus berulang yang dilakukan oleh orang lain,” katanya selepas membuat laporan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3komQbGp2 
Hakcipta terpelihara 

Indonesia batal bina landasan kereta api laju



REUTERS - SEBUAH model kereta api laju pada pameran Fast Track di Jakarta, Indonesia pada 13 Ogos lalu.


JAKARTA – Indonesia bertindak di luar jangkaan dengan membatalkan projek kereta api laju pertamanya dan memilih tren lebih perlahan sekali gus memberi tamparan kepada Jepun dan China yang bersaing untuk mendapatkan kontrak pembinaan itu.
Presiden Joko Widodo dijangka mengumumkan bidaan yang berjaya untuk projek mega berharga berbilion-bilior dolar itu pada minggu ini.
Sebaliknya, Menteri Eknonomi Utama, Darmin Nasution memberitahu duta Jepun semalam bahawa projek kereta api laju itu dibatalkan.
Jepun dan China bersaing selama beberapa bulan untuk membina landasan kereta api laju itu yang menghubungkan Jakarta dan Bandung sejauh 160 kilometer.
“Bidaan yang dikemukakan kerajaan kami dan pemerintah China tidak diterima,” kata Duta Jepun, Tanizaki Yasuaki kepada wartawan semalam.
Ketua Staff Presiden, Teten Masduki memberitahu agensi berita AFP bahawa Widodo merumuskan bahawa kereta api berkelajuan sederhana akan memberi lebih nilai dan dapat mengurangkan kos pembinaan sebanyak 30 peratus.
“Beliau amat berhati-hati dalam membuat keputusan ini,” kata Teten.
Berita itu disifatkan tidak menggembirakan Jepun. Negara matahari terbit itu merupakan antara tiga pelabur utama di Indonesia dengan kepentingan besar dalam sektor automotif, perlombongan dan perkilangan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0905&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3koLxRudd 
Hakcipta terpelihara