Wednesday, March 2, 2011

1,086 penjawat awam bankrap, ramai dibelenggu hutang



02/03/2011 3:17pm

PUTRAJAYA 1 Mac. - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.
Beliau berkata, pada tahun 2009 sahaja, Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.
"Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam, dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib,” katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Justeru Vui Keong berkata, taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu-isu berkaitan dengan hutang dan kebankrapan.
Beliau berkata, ia juga bagi memberi penerangan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang telah diluluskan oleh Parlimen tahun lepas dan telah mula dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama, serta taklimat mengenai Bantuan Guaman untuk penjawat awam.
"Ahli-ahli Cuepacs yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun boleh mendapat perkhidmatan guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman dalam kes-kes seperti petisyen perceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan lain-lain masalah kekeluargaan.
"Sekiranya pendapatan lebih RM25,000 tetapi tidak lebih RM30,000 mereka hanya akan dikenakan bayaran minimum,” katanya. - BernamaUtusan Malaysia Online - Terkini

Istilah 'wang pembayar cukai'

Dr. Asri Zainal Abidin
Istilah memainkan peranan penting dalam menyedarkan penggunanya dan pendengar.
Seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
najib visit kerdau 270211 01Rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.
Maka di sini disebutkan beberapa perkara;
Samada kita sedar atau tidak, setiap rakyat negara ini membayar cukar kepada kerajaan. Ini merangkumi cukai pendapatan, cukai langsung dan tidak langsung.
Harga barangan yang kita beli dalam negara ini sebenarnya kita bayar bersama harga cukai. Di Malaysia kita membeli kereta dengan harga yang tinggi disebabkan faktor cukai.
mee seller stall hawker 141006Begitu juga segala barangan, makanan dan stesyen TV yang dibeli merangkumi harga cukai. Maka, setiap rakyat kena tahu bahawa mereka sebenarnya setiap hari membayar cukai kepada kerajaan. Justeru wang kerajaan adalah wang rakyat.
Maka, wang yang dibelanja oleh mana-mana kerajaan; samada BN atau Pakatan rakyat atau istana-istana dalam negara adalah wang rakyat yang membayar cukai secara langsung atau tidak langsung, sedar ataupun tidak sedar.
Bazir wang rakyat
Istilah 'wang pembayar cukai' atau taxpayers money, atau harta awam sepatutnya sentiasa dipakai dalam media dan ungkapan rakyat. Justeru, apabila kerajaan membelanja untuk sesuatu projek atau menyalurkan harta kepada mana-mana pihak, hendaklah dilapor atau disebut “kerajaan menggunakan wang pembayar cukai atau harta rakyat untuk projek itu dan ini”.
klcc new year celebration fireworks 2Jika berlaku pembaziran, hendaklah dilapor dan disebutkan “kerajaan telah membazirkan wang pembayar cukai, atau merosakkan harta awam, merugikan wang rakyat”.
Ungkapan ini penting supaya orang-orang politik sedar bahawa bantuan dan peruntukan yang mereka salurkan kepada rakyat bukan wang poket mereka, atau harta peribadi mereka sehingga mereka boleh mendabik dada bangga. Sebaliknya, ia sememang harta rakyat.
Begitulah rakyat, mereka tidak boleh tertipu dengan merasakan seorang-olah bantuan yang diumumkan oleh orang-orang politik itu dari 'harta persendirian' tokoh politik tersebut, sebaliknya ia memang harta rakyat yang diuruskan oleh orang-orang politik.
Peminta sedekah
Ini boleh mengelakkan perasaan rakyat yang merasakan mereka bagaikan peminta sedekah kepada kerajaan dan mengelakkan orang-orang politik lupa diri terhadap wang awam yang mereka belanja atau istiharkan dalam kempen politik mereka.
malaysia poor indian community poverty 230807Sesebuah kerajaan bukan dipuji kerana mereka berbelanja dengan wang rakyat atau wang pembayar cukai itu, tetapi mereka dipuji kerana pengurusan yang cemerlang dan amanah dalam mengendalikan harta awam atau harta rakyat.
Ertinya, jika kerajaan berjaya mengendalikan harta rakyat dengan cemerlang dan amanah, maka kerajaan itu dipuji dan disokong, begitu juga sebaliknya.
Istilah 'taxpayer money', atau 'taxpayer funds' atau 'taxpayers dollars' sering digunakan dalam media negara maju apabia memperkatakan tentang pembelanjaan ataupun pembaziran oleh pihak kerajaan.
Istilah seperti ini sebenarnya boleh membantu mengelakkan kecuaian kerajaan dan dalam masa yang sama boleh menyedarkan rakyat tentang hakikat wang yang digunakan oleh pihak kerajaan. Istilah ini juga patut dihidupkan dalam negara kita.

Diskaun 50 peratus bayar saman trafik dilanjutkan hingga 10 Mac - Hishamuddin

SH
PUTRAJAYA -- Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi pembayaran saman trafik bermula semalam sehingga 10 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rintihan orang ramai yang ingin menjelaskan saman itu tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan masalah sistem tergendala serta kesesakan di kaunter untuk membuat pembayaran.

"Mereka nak bayar saman tetapi sistem tergendala kerana ramai sangat nak bayar masa itu. Jadi untuk mereka yang ikhlas dan jujur untuk membayar saman tetapi tidak dapat membayar dalam dua ke tiga hari lalu, jadi kita buat keputusan untuk memanjangkan tempoh 10 hari lagi," katanya kepada pemberita di
sini hari ini.

Sejak Ogos tahun lepas kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan.

Bagaimanapun, hanya 1.5 juta saman diselesaikan pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam semalam, iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis.

Hishammuddin berkata keputusan melanjutkan tempoh bayaran saman itu adalah muktamad dan tidak akan mengubah keputusan asal kerajaan untuk menyenaraihitamkan kenderaan yang gagal menjelaskan saman selepas tarikh yang ditetapkan.

Sehubungan itu, Hishammuddin mengingatkan pesalah trafik yang belum menjelaskan saman masing-masing untuk berbuat demikian sepanjang tempoh lanjutan itu untuk mengelakkan kenderaan masing-masing daripada disenarai hitam. Katanya proses pembayaran dalam tempoh lanjutan ini akan dipantau dengan teliti.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai pertikaian kesahihan kesalahan pula dinasihatkan membuat rayuan serta mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa. -- BERNAMA

Mahkamah Persekutuan izin peribumi cabar kerajaan Sarawak

ISU PENGAMBILAN TANAH HAK ADAT BUMIPUTERA
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, buat julung-julung kalinya, memutuskan untuk membenarkan kaum peribumi Sarawak mencabar kerajaan negeri itu berhubung isu pengambilan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).
Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, yang mengetuai panel tiga hakim, mencapai keputusan untuk mendengar dua saman sivil secara serentak pada 28 April ini, lapor laman berita The Malaysian Insider, semalam.Encik Bato Bagan dan Encik Jalang Paran membawa kerajaan negeri Sarawak ke mahkamah berhubung pengambilan NCR.Sebelum ini, mereka gagal berbuat demikian melalui Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.Encik Bato mahu menyaman kerajaan negeri Sarawak mengenai isu kehilangan tanahnya berhubung rancangan melaksanakan projek haidroelektrik Empangan Bakun pada 1997.Saman Encik Jalang pula ialah terhadap penjualan tanah nenek moyangnya oleh kerajaan negeri itu kepada sebuah syarikat swasta atas alasan membolehkan pembinaan sebuah kilang pulpa kayu, sekitar 1990-an.Bagaimanapun, Tun Zaki berkata Mahkamah Persekutuan hanya akan memberi tumpuan pada satu persoalan - iaitu, sama ada Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Sarawak bercanggah dengan Artikel 5, yang dibaca bersama Artikel 13, Perlembagaan Persekutuan.Hakim itu menegaskan bahawa terdapat banyak kes NCR yang dibawa ke mahkamah sejak beberapa tahun lalu tetapi masih belum diselesaikan.Tun Zaki berkata beliau percaya soalan ke atas sama ada Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Sarawak telah bercanggah dengan Artikel 5 dan 13 Perlembagaan Persekutuan - undang-undang tertinggi di Malaysia - mencukupi untuk menangani asas isu NCR itu.Peguam bela dua anggota peribumi Sarawak itu, Encik Baru Bian, memberitahu wartawan bahawa keputusan semalam itu adalah yang kali pertama dilakukan ke atas undang-undang statut tertentu itu dalam Mahkamah Persekutuan, dan akan menentukan bagaimana tanah milik peribumi di Sarawak ditangani mulai sekarang.'Seksyen 5 memberi kerajaan negeri kuasa mengambil tanah-tanah mereka,' katanya.Beliau berkata kira-kira 200 kes NCR telah difailkan di mahkamah sejauh ini dan menambah bahawa beliau secara peribadi menangani sekitar setengah daripada jumlah itu.Encik Baru, yang juga ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, berkata bagaimana Mahkamah Persekutuan menangani kes ini akan mempunyai kesan politik yang besar kerana ia ada kaitan dengan cara hidup kaum peribumi Sarawak itu.Semasa memberi hujahnya mengenai hak kaum peribumi membuat rayuan sebelum itu, rakan Encik Baru, Encik Sulaiman Abdullah, berkata tanah NCR itu tidak boleh dilihat daripada konteks yang sama dengan kes pengambilalihan tanah biasa di Semenanjung Malaysia.Menurutnya, ini kerana kaum peribumi melihat tanah sebagai sumber kehidupan mereka dan bukan setakat tempat membina rumah.Justeru, kerajaan negeri harus menawarkan pilihan yang wajar, melebihi pampasan kewangan, jika ia mahu mengambil tanah berkenaan bagi tujuan pembangunan, tambah beliau.

Saudi pantau Facebook untuk elak bantahan

JEDDAH: Aktivis demokrasi di Arab Saudi berkata kerajaan negara itu sedang memantau media sosial dari dekat bagi menghentikan sebarang bantahan seperti yang berlaku di negara Arab lain sebelum ia berlaku.
Para aktivis telah membuka laman Facebook dan menyeru diadakan bantahan pada 11 dan 20 Mac, yang kesemuanya mendapat sokongan 17,000 orang, tetapi polis telah berjaya menghalang dua bantahan di Jeddah bulan lepas, menunjukkan betapa sukarnya usaha sebegitu dalam kerajaan konservatif itu.Dalam satu kes pasukan keselamatan mengerumuni sebuah lokasi yang diumumkan di Facebook, hingga membuat penunjuk perasaan beredar.Arab Saudi, pengeluar minyak terbesar dunia, melarang bantahan awam dan parti politik.Pada 2004, pasukan keselamatan Saudi telah menghalang bantahan-bantahan di Riyadh dan Jeddah anjuran satu kumpulan penentang Saudi di London.Minggu lalu, Raja Abdullah - sekutu kuat Amerika Syarikat - telah memerintahkan kenaikan gaji dan beberapa faedah lain bagi rakyat Saudi.Pemberian AS$37 bilion ($47.1 bilion) itu kelihatan sebagai satu usaha melindungi kerajaan Saudi daripada gelombang pemberontakan. Namun, para aktivis mahukan lebih daripada wang.Para aktivis berkata penyusunan semula kabinet mungkin boleh meredakan aktivisme di Internet jika ia berupaya menonjolkan muka baru.Dalam satu surat terbuka Ahad lalu, kira-kira 100 cendekiawan, aktivis dan ahli akademik menyeru Raja Abdullah membuat pembaharuan penting politik dan memberi rakyat lebih hak bersuara. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

Bantahan di Oman masuk hari keempat

SOHAR (Oman): Tentera Oman telah melepaskan tembakan ke udara hingga mencederakan seorang perusuh ketika cuba menyuraikan satu perhimpunan yang menuntut pekerjaan dan pembaharuan politik di Sohar, bandar pelabuhan utara, dalam bantahan yang masuk hari keempat, kata saksi-saksi.
'Ada sekitar 200 hingga 300 orang di jalan raya. Pihak tentera telah menembak ke udara. Ramai yang lari. Orang yang ditembak itu telah cuba menenangkan tentera,' kata seorang penunjuk perasaan.Orang ramai bersurai tetapi berhimpun semula di satu bulatan berhampiran pelabuhan itu dan tentera akhirnya berundur, kata para saksi.Kelmarin, perusuh telah menghalang pintu masuk ke pelabuhan Sohar, yang mengeksport 160,000 tong minyak yang ditapis setiap hari. Bantahan mula merebak ke Muscat.Kegelisahan seperti di Sohar, pusat industri utama Oman itu, jarang berlaku dalam kerajaan yang biasanya tenang dan sudah empat dekad diperintah Sultan Qaboos bin Said.Dalam usaha meredakan ketegangan Sultan Qaboos telah menjanjikan 50,000 pekerjaan dan faedah pengangguran AS$390 (kira-kira $496) sebulan Ahad lalu. Beliau juga berjanji akan mengkaji peluasan kuasa satu majlis penasihat kuasi-parlimen.Di Bulatan Globe - pusat pemberontakan yang telah menarik 2,000 orang sepanjang tiga hari - lima kenderaan berperisai masih berkawal, tetapi tidak kelihatan sebarang pemberontak.Hingga enam orang maut di Sohar Ahad lepas apabila polis menembak ke arah perusuh yang membaling batu selepas gagal menyuraikan mereka menggunakan belantan dan gas pemedih mata.Seorang doktor dan beberapa jururawat di sebuah hospital kerajaan berkata enam orang mati, tetapi menteri kesihatan Oman berkata hanya seorang yang maut.Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik P.J. Crowley, kelmarin berkata pihaknya telah menghubungi kerajaan negara itu dan meminta mereka menyelesaikan perselisihan melalui dialog.Sultan Qaboos, yang berkuasa mutlak, menyusun semula kabinet Sabtu lalu, seminggu selepas satu bantahan kecil di ibu kota Muscat memberikan tanda awal kegelisahan dunia Arab boleh sampai ke Oman, yang ada jalinan politik dan tentera kuat dengan Amerika. -- Reuters.
Cyberita Online Luar Negara

DNA Anwar dikait dengan 'Lelaki Y'


DATUK SERI ANWAR: Peguamnya mahu bukti yang diserahkan polis diputuskan sebagai tidak boleh diterima atas alasan bahawa cara tidak betul telah digunakan bagi mendapatkan bukti-bukti itu. -- Foto CHINA PRESS


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis yang memberi keterangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata bahawa pemimpin pembangkang itu memiliki beberapa barangan yang mengandungi sisa DNA yang sama dengan kesan air mani yang terdapat pada pengadu yang mendakwa diliwat ahli politik itu.
Datuk Seri Anwar boleh menghadapi hukuman penjara 20 tahun jika didapati bersalah meliwat bekas pembantunya itu, Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan.Kes pihak pendakwaan tertumpu kepada usaha mengaitkan Datuk Seri Anwar kepada DNA yang didapati pada pengadu berusia 25 tahun itu dan pakaian miliknya.Sejauh ini, Datuk Seri Anwar enggan menyerahkan sampel DNA beliau kepada para penyiasat.Semalam, Timbalan Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Timbalan Superintenden (DSP) Yahya Abd Rahman, berkata pihaknya membekalkan berus gigi, ubat gigi, tuala kecil dan sabun mandi sahaja kepada setiap tahanan polis di mana-mana lokap.Menurut DSP Yahya, ketua pembangkang itu juga dibekalkan dengan barangan sama ketika ditahan di lokap IPK Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.Bagaimanapun, beliau telah menggunakan budi bicaranya membenarkan Datuk Seri Anwar membawa dua tuala dan sebotol air mineral ke dalam lokap di Tingkat 7 bangunan IPK itu.Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, adakah tahanan lain bersama Datuk Seri Anwar dalam sel lokap sama pada hari itu, DSP Yahya berkata hanya Datuk Seri Anwar seorang sahaja di sel berkenaan.Menurutnya, Datuk Seri Anwar dibawa keluar pada keesokan harinya, pada 17 Julai 2008, dan beliau mengarahkan dua anggota polis mengunci sel tersebut.Saksi pihak pendakwaan itu juga memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ketika beliau membuat pemeriksaan daripada luar sel selepas itu, beliau mendapati ada sebotol air mineral, tuala serta berus gigi dalam bilik itu.Minggu lalu, seorang ahli kimia kerajaan Malaysia memberitahu mahkamah ada sampel air mani yang ditemui pada Mohd Saiful mengandungi profil DNA yang dilabelkan milik 'Lelaki Y' yang, menurutnya, juga terdapat pada berus gigi, tuala kecil dan botol air yang diserahkan polis.Encik Karpal bagaimanapun berkata polis telah menggunakan kaedah tidak sah dalam mendapatkan barangan berkenaan daripada sel lokap Datuk Seri Anwar.'Kami mahu bukti ini diputuskan sebagai tidak boleh diterima, atas alasan bahawa cara tidak betul telah digunakan bagi mendapatkan bukti-bukti ini,' kata peguam veteran itu.Menurutnya, satu 'perbicaraan dalam perbicaraan' perlu diadakan dan beliau akan membuat penghujahan baginya hari ini.Datuk Seri Anwar didakwa meliwat Encik Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, antara 3.01 dengan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau menafikan tuduhan itu.Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara

Kapal perang AS menuju ke Libya

Utusan Malaysia Online - Terkini: "

02/03/2011 2:56am

WASHINGTON 2 Mac – Kapal perang Amerika Syarikat (AS), USS Kearsarge membawa beratus-ratus anggota Marin menuju ke Libya semalam ketika AS dan sekutunya Eropah meningkatkan tekanan ke atas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi.

Kapal perang amfibia yang turut diiringi oleh dua lagi kapal tentera laut itu dijangka melalui Terusan Suez tidak lama lagi dari Laut Merah, menurut dua pegawai yang enggan dikenali.

USS Kearsarge yang membawa 800 anggota Marin dan mempunyai armada helikopter serta kemudahan perubatan boleh membatu usaha kemanusiaan selain operasi tentera. – AFP"

17.3j saman trafik disenarai hitam




ABDUL Aziz Yusof pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Mac - Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai hari ini.
Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir semalam.
Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, jumlah itu adalah baki daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan oleh pihaknya atas pelbagai kesalahan sejak 2001 sehingga semalam.
Menurutnya, daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun itu, sebanyak 31.9 juta saman dibayar oleh pengguna kenderaan sehingga semalam.
"Pengguna kenderaan yang belum menjelaskan saman tertunggak bagi semua kesalahan, mereka akan disenarai hitam bermula hari ini.
"Pengguna yang enggan membayar saman tertunggak selepas tarikh semalam perlu bersedia menerima implikasi jika disenarai hitam.
"Tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lalu yang diberikan oleh kerajaan sebagai kelonggaran untuk pengguna yang mempunyai saman tertunggak menjelaskan saman mereka sudah memadai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Semalam merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh kerajaan kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman tertunggak mereka masing-masing sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.
Menurut Abdul Aziz, sepanjang tempoh pembayaran saman yang diumumkan kerajaan sejak Ogos lalu, sebanyak 5.5 juta saman dijelaskan oleh pengguna kenderaan.
Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah 1.5 juta saman diselesaikan pada minggu terakhir tempoh tersebut iaitu sepanjang minggu lalu mulai 21 Februari sehingga tengah malam tadi.
Beliau memberitahu, pihaknya membuat anggaran sebanyak 187,417 saman dijelaskan sehari dalam seminggu sebelum tempoh itu tamat.
"Jumlah ini menunjukkan peningkatan enam kali ganda daripada hari pembayaran biasa.
"Semalam sahaja, sebanyak 375,248 saman berjaya dijelaskan sehingga pukul 12 tengah malam berikutan tarikh terakhir pembayaran sebelum tempoh menyenarai hitam dilaksanakan.
"Situasi ini menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang gemar menyelesaikan saman mereka pada saat-saat akhir," katanya.
Ditanya mengenai pesalah trafik yang disenarai hitam, Abdul Aziz berkata, mereka akan menghadapi kesukaran antaranya untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.
Beliau juga berkata, berkuat kuasa hari ini, orang awam yang dikenakan saman baru akan disenarai hitam jika gagal membayar saman tersebut dalam tempoh dua bulan.
"Ia akan berlaku secara automatik dalam sistem jadi bila disenarai hitam, seseorang itu tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka," katanya.
Mengenai aduan orang ramai yang sukar membayar saman berikutan sistem tergendala semalam, beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada penggunaan yang terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh sistem.Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Tiada lagi tolak ansur




PESALAH trafik beratur panjang untuk membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kelmarin.


KUALA LUMPUR – Kesemua 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pesalah trafik setelah tempoh tawaran diskaun 50 peratus berakhir kelmarin kini disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia berkuat kuasa serta-merta semalam sekali gus bermakna kesemua pesalah trafik terbabit tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu selagi tidak membayar saman tersebut sepenuhnya.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Aziz Yusof berkata, sebanyak 1.5 juta saman diselesaikan oleh pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam kelmarin iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis tamat.
Bagaimanapun katanya, masih ada 17.3 juta saman yang belum dibayar.
“Jadi untuk pemandu yang belum menyelesaikan saman, mereka telah disenarai hitam berkuat kuasa semalam,’’ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini.Kosmo! Online - Negara