ROME: Kebanyakan ahli politik yang kalah akibat skandal seks pasti kelihatan kesal.
Bagaimanapun, tidak Silvio Berlusconi.
Ketika mengulas mengenai parti bunga-bunganya’ semalam, bekas Perdana Menteri Itali itu berkata: “Saya akan menganjurnya lagi.” Berlusconi, 75, berkata demikian ketika hadir mengejut pada perbicaraannya di Milan.
Dia dituduh menyalah guna kuasa ketika menjadi perdana menteri dan membayar pelacur, Karima El Mahroug yang ketika itu masih bawah umur, untuk mendapatkan khidmat seks.
Bercakap kepada wartawan ketika perbicaraan berhenti rehat, Berlusconi yang tidak pernah hadir pada perbicaraan sebelum ini, menolak tuduhan kononnya parti itu yang diadakan di besmen vilanya, penuh dengan kegiatan seks.
“Saya akan menganjurkannya lagi. Ia tidak seburuk seperti yang anda lihat di televisyen dan pawagam,” katanya.
Pendakwa raya sebelum ini berkata, Berlusconi mengadakan seks dengan 33 wanita dalam beberapa parti ‘bunga-bunga’ yang dianjurkannya dalam masa dua bulan.
Seorang model, Imane Fadil berkata Isnin lalu, bekas Perdana Menteri Itali itu membayar wanita supaya berpakaian seperti paderi dan mengadakan tarian tiang.
Dia mendakwa memperoleh bayaran beribu- ribu dolar daripada Berlusconi selepas menghadiri parti berkenaan. - Agensi
'via Blog this'