Sunday, August 10, 2014

Bagaimana pandangan anda tentang facebook...? Sanggup atau tidak kita tinggalkanya atau kita terus mengambil manfaat darinya ...!!

Bagaimana pandangan anda tentang facebook...? Sanggup atau tidak kita tinggalkanya atau  kita terus mengambil manfaat darinya ...!!!

Pancaroba

10 AUG 2014 Dia adalah President Turkey.

Sebelumnya dia adalah Perdana Menteri Turkey.

Presiden Sebelumnya Abdullah Gul.

Mana pergi duit zakat?


  • Hamizul Abdul HamidHamizul Abdul Hamid

RAMADAN baru dua minggu meninggalkan kita. Sepanjang Ramadan lalu, sama seperti tahun-tahun sebelum ini, isu zakat menjadi antara topik perbincangan memandangkan bulan mulia itu turut menjadi bulan untuk pembayaran zakat fitrah.
Bagi tahun ini, isu zakat mula diperkatakan sebelum Ramadan lagi, terutama apabila isu gelandangan kota yang menjadi debat panas bulan lalu. Apa yang boleh disimpulkan, masih ada persepsi negatif dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia kepada pusat pemungut zakat.
Ramai mempersoalkan ke mana duit zakat menghilang apabila saban hari pembayar zakat ini dihidangkan dengan cerita kemiskinan tegar dan kesempitan hidup orang Islam lain. Untuk mendapatkan jawapan lebih jelas, ikuti temu bual bersama Eksekutif Dakwah Lembaga Zakat Selangor (LZS), Hamizul Abdul Hamid.

Kenapa masih ramai mempunyai persepsi bahawa zakat yang dibayar mereka tidak sampai kepada golongan asnaf?

Kenapa jadi begini, kerana mereka tidak melihat sendiri maklumat dan informasi oleh LZS. Setiap tiga bulan sekali kita ada keluarkan majalah berbentuk buletin diterbitkan untuk menghebahkan segala aktiviti yang dijalankan LZS.

Semua orang boleh dapatkan buletin itu yang kita letakkan di masjid-masjid, di pejabat LZS dan diagihkan percuma kepada orang ramai jika kita ada aktiviti di luar.

Memandangkan masyarakat sekarang mempunyai telefon pintar dan kemudahan internet, mereka juga boleh dapatkan segala maklumat di laman web kami yang dikemas kini setiap hari.

Mereka boleh ikuti LZS di Facebook juga. Kalau mereka ini golongan yang prihatin dengan aktiviti LZS, tidak timbul isu ke mana duit mereka (disalurkan). Kita tidak menyembunyikan apa-apa, jika masih tidak berpuas hati boleh datang sendiri ke pejabat LZS untuk dapatkan maklumat.

Ada pihak persoalkan mengapa pusat zakat tidak membelanjakan kesemua duit kutipan setiap tahun?

Setiap tahun ada masanya kutipan (zakat) berkurangan. Kalau bulan puasa agak tinggi dan hujung tahun juga tinggi.

Di LZS, walaupun duit zakat diterima kurang, tetapi agihannya tetap sama, tiada yang kita kurangkan. Kenapa duit zakat tidak habis diagihkan kerana seperti saya katakan tadi, Disember antara bulan yang tertinggi kita terima duit zakat, jadi kita tidak akan sempat habiskan (dalam tahun sama).

Jadi duit itu kita bawa ke tahun depan. Mungkin ada pihak merasakan kita sengaja tidak habiskan duit tersebut. Sebenarnya duit yang lebih tadi kita tampung untuk pembayaran pada tahun depan.

Orang tidak tahu, orang tidak pernah tanya kenapa LZS tidak mampu habiskan duit itu. Tetapi mereka menyimpan persepsi LZS sengaja menyimpan duit tersebut. Kita tahu itu bukan duit kita, itu duit zakat.

Duit itu kita gunakan semula untuk tampung pembayaran zakat di bulan-bulan yang rendah pembayaran zakat. Hari akhir Disember pun kita masih terima zakat sehingga RM30 juta hingga RM40 juta.

 Apa cabaran pusat zakat untuk mengutip dan mengagih zakat?
Saya lihat sekarang ini, alhamdulillah, ramai orang mempunyai kesedaran tinggi (untuk membayar zakat). Lagi satu di negara kita, mereka yang bayar zakat boleh elak bayar cukai pendapatan, jadi orang Islam lebih memilih untuk bayar zakat. Orang yang bayar zakat mereka lebih merasakan nikmat.

Pengalaman saya, individu yang bayar zakat ini mengakui, kehidupan mereka lebih baik, lebih tenang. Ini semua berkat mereka bayar zakat. Dulu ramai juga yang susah nak bayar zakat kerana mereka ada perasaan sayang duit mereka, tamak, tidak mahu berkongsi dengan orang lain tetapi apabila mereka sudah mula bayar, ALLAH mudahkan rezeki mereka.

Cabaran paling besar bagi semua institusi zakat seluruh Malaysia bagi saya ialah untuk meyakinkan orang tentang agihan zakat, kerana orang terus bertanya ke mana duit zakat. Itu cabaran paling besar. Kita ambil konteks di Selangor. Selangor adalah antara negeri yang paling banyak saluran untuk menghebahkan mengenai saluran zakat. Kita keluarkan buku yang menceritakan kisah asnaf yang menerima bantuan duit zakat, sehingga mereka ini pula (mampu) membayar zakat.

Selangor antara negeri yang terkedepan menghebahkan perkara seperti ini tetapi masih mempunyai masalah dengan keyakinan orang ramai.

Bayangkan negeri yang tidak begitu aktif, lebih berat persepsi (negatif) oleh masyarakat. Ini cabaran institusi zakat seluruh Malaysia, bagaimana untuk meyakinkan orang tentang keberkesanan agihan zakat.

Apabila keyakinan umat Islam tinggi terhadap pusat zakat, maka secara automatik mereka tidak akan liat untuk membayar zakat.

Tetapi kenapa masih ramai fakir miskin sedangkan kutipan zakat setiap tahun adalah tinggi?

Semua umat Islam kena faham, dalam Islam tidak pernah ada satu pun hadis yang menyebut ALLAH  SWT dan Rasulullah SAW hendak basmi kemiskinan. Apa yang ada ialah menangani (kemiskinan). Sebab itu pada zaman Rasulullah SAW turut ada orang miskin. Bukan miskin yang biasa-biasa tetapi miskin tegar. Mereka ini yang disebut sebagai ahlul suffah. Mereka makan daripada pemberian orang, tapi adakah ahlul suffah itu hina?

 Kita kena faham dalam Islam harta kekayaan itu ada bermacam-macam (jenis). Kekayaan itu bukannya dari segi harta sahaja, kekayaan sebenar adalah orang yang kaya jiwa. Jadi nak dibasmi kemiskinan bukan melihat kepada kekayaan harta tetapi kekayaan jiwa.

Contohnya zaman Rasulullah SAW dahulu, ada Abu Hurairah yang miskin harta dilantik sebagai pengurus Baitulmal. Abu Hurairah adalah orang yang sangat tinggi ilmunya. Ramai sahabat Rasulullah SAW yang miskin harta tetapi kaya jiwa.

 Kalau ada orang bandingkan dengan zaman Umar Abdul Aziz (yang diceritakan dalam sejarah Islam sebagai zaman tiada langsung golongan layak menerima zakat), kenapa jadi begitu sebenarnya ketika pihak yang mahu mengagihkan zakat kepada yang layak (semasa zaman Umar Abdul Aziz), tiada siapa yang mahu menerimanya kerana mereka merasakan cukup dengan apa yang mereka ada.

 Mereka ini zuhud dengan menolak kekayaan. Pada zaman itu, amil bawa duit zakat untuk diserahkan kepada yang layak tapi mereka tidak mahu terima. Tetapi ramai yang tidak faham. Itu yang dimaksudkan dalam Islam, kaya sebenar bukan kaya harta tetapi kaya jiwa.

Adakah LZS mengambil langkah turun padang menjejak asnaf?

 Sudah lama kita buat, sejak 2003 lagi, kita perkenalkannya pada 2000. Di Selangor jumlah asnaf fakir miskin ada 33,000 keluarga. Ini tidak termasuk lagi asnaf mualaf dan sebagainya.

 Apa pandangan ustaz bagi golongan yang tidak percaya kepada lembaga zakat dan membayar terus kepada asnaf?

 Orang yang hendak membayar zakat kena faham ulama telah membahas mengenai pembayaran zakat ini secara panjang lebar, maknanya ada pro dan kontra (jika membayar terus kepada asnaf). Jadi kalau orang Islam tidak ambil berat, di akhirat ALLAH akan mempersoalkan amil kerana tidak melakukan kerjanya.

 Tugas amil ada disebut dalam al-Quran. Pada zaman Rasulullah SAW, baginda ambil berat isu ini. Baginda melantik Umar al-Khattab menjadi amil kerana Umar orang terpelajar.

Sebab itu kita lantik amil untuk mengira bayaran zakat yang dikenakan terhadap seseorang. Orang yang bayar zakat kepada amil mengikut sunah Rasulullah SAW, manakala orang yang tidak membayar zakat melalui amil telah menyanggah sunah Rasulullah SAW.

 Mereka yang bayar zakat bukan melalui amil kena pastikan pihak yang mahu dibayar itu adalah golongan asnaf atau tidak, kena pastikan betul-betul kerana dia sudah mengambil alih tugas amil.

Tugas amil sebenarnya untuk pastikan seseorang itu layak terima zakat. Kalau dia agih sahaja dan kebetulan pihak yang diberikan zakat itu bukan terdiri daripada golongan asnaf yang layak, ia tidak akan dikira sebagai bayaran zakat.

 Duit zakat kita bukan hanya untuk satu atau dua golongan asnaf sahaja, tetapi lapan asnaf yang sepatutnya terima duit kita itu. Jadi adakah kita tidak mahu ikut apa yang disebut dalam al-Quran (Surah At-Taubah, ayat 60) berkenaan perkara ini?

 Zakat kita tidak banyak, lainlah kalau zakat syarikat. Sedangkan Umar al-Khattab berkata jika mahu berikan zakat kepada mereka (asnaf), kayakan mereka.

Kalau bayaran zakat itu dikumpulkan dan diuruskan di bawah satu agensi, ia jadi banyak. Jadi duit itu kita akan diberikan kepada semua (lapan golongan) asnaf secara sama rata. Jadi masyarakat boleh fikir mana lebih baik, beri sendiri (terus kepada asnaf) atau bayar kepada kami.

 Ramai yang tidak sedar (perkara ini), sebaliknya mereka bangga kerana bayar sendiri, padahal mereka telah melanggar roh zakat yang sebenarnya. Tetapi jika mahu juga berikan zakat sendiri, dibolehkan jika orang ramai boleh melihat pihak yang menguruskan zakat itu tidak amanah.

 Contohnya, jika LZS kutip RM500 juta, tetapi agih RM100 juta sahaja, dan pada masa sama orang dapat tengok yang kaya bukan penerima zakat, tapi amil pula yang kaya, ini situasi yang digalakkan bayar sendiri (terus kepada asnaf).

Jepun peringati peristiwa bom atom di Nagasaki



SEJUMLAH burung merpati terbang di sekitar lokasi majlis memorial mangsa bom atom yang berlangsung di Taman Keamanan Nagasaki, Jepun semalam.


NAGASAKI - Berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di Jepun untuk memperingati ulang tahun ke-69 serangan bom atom Amerika Syarikat (AS) ke atas bandar ini semalam.
Orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan kepada lebih 70,000 orang yang maut dalam letupan awal dan impak susulan bom tersebut.
Upacara itu diadakan berhampiran lokasi AS bom yang diberi nama Fat Man itu digugurkan di sini pukul 11.02 pagi pada 9 Ogos 1945.
Jepun menyerah diri enam hari kemudian sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Pengeboman Nagasaki turut berlaku tiga hari selepas letupan bom atom pertama menggegarkan bandar Hiroshima yang meragut 140,000 nyawa. - AFP

Abdul Khalid terima keputusan parti


  • Abdul Khalid terima keputusan parti

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan pemecatan keahliannya dari PKR seperti yang diumumkan sebentar tadi.

“Saya terima keputusan oleh PKR untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

“Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab, PKR sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadap saya.

“PKR telah gagal menjelaskan secara khusus artikel mana dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli,” katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Petang tadi, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.
 
Selain itu, kata Tee Kwong lagi, Abdul Khalid juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi, Abdul Khalid menambah, beliau tidak diberi peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil.

"Walaupun saya telah memohon penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin pada 15 Ogos ini, namun tiada jawapan balas diberikan.

"Sebaliknya jawatankuasa itu tetap mengadakan pendengaran tanpa mendengar penjelasan daripada saya terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Abdul Khalid menambah, beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaharu ini dan untuk mendengar pandangan baginda.

“Sehingga isu ini diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini,” katanya lagi.

Ke mana hutang RM70juta Khalid?


  • Datuk Saifuddin Nasution IsmailDatuk Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM - Tiada penjelasan penuh diberikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai hutangnya yang tertunggak sebanyak RM70juta.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail melalui ceramahnya semalam berkata, PKR tidak mungkin mengambil keputusan untuk melakukan pemecatan terhadap beliau sekiranya beliau memberikan penjelasan lengkap berhubung perlupusan hutangnya dengan Bank Islam.

"Bila ada isu atau perkara yang dibentang, kita akan bahas, tentang dan bincang habis-habisan sebelum keputusan dicapai.

"PKR tidak mungkin akan ambil tindakan berdasarkan sebab-sebab ringan.

"Khalid pernah berhutang sebanyak RM217juta untuk membeli lima peratus saham Guthrie pada tahun 1994.

"Hujung tahun lalu, kami mendapati wujud penyelesaian luar mahkamah berhubung kes tersebut dilaporkan kepada kami dan Februari 2014, mahkamah telah membuat keputusan bahawa hutang beliau sudah selesai di luar mahkamah," katanya.

Beliau berkata, keputusan bank untuk menghapuskira hutang Abdul Khalid yang berjumlah RM70juta menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

PKR turut meminta Abdul Khalid untuk tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung kes hapus kira hutang tersebut.

Namun kegagalan Abdul Khalid memberi penjelasan penuh mengenai baki hutangnya yang berjumlah RM70juta menimbulkan banyak dakwaan.

"Hutang yang begitu besar, bank cuma boleh hapus kira jika beberapa situasi berlaku. Yang pertama, ada pihak ketiga terlibat. Yang kedua, ada arahan dari Putrajaya yang mengarahkan bank untuk hapus kira hutang tersebut.

"Senang sahaja, jika ada pihak ketiga, namakan sahaja pihak tersebut untuk pengetahuan kami," jelasnya lagi.

Beliau berkata, Abdul Khalid banyak menimbulkan keraguan dalam beberapa isu utama yang melibatkan rakyat khususnya di Selangor.

Antara keraguan dan persoalan yang ditimbulkan semasa pemerintahan beliau ke atas Selangor ialah ptojek pembinaan Lebuhraya Kidex, pemberian dan kenaikan elaun Exco dan Adun, serta kenaikan takrif kegunaan air.

"Perbincangan mengenai prestasi pemimpin sentiasa, dititikberatkan. Masih banyak perkara yang perlu diperhalusi.

"Khalid banyak ingkar arahan parti bila berkaitan dengan isu smasa. Dia naikkan elaun bagi exco dan Adun Selangor, dia tandatangan perjanjian Langat 2 dengan terburu-buru dan naikkan takrif air dalam jangka masa 3 tahun.

"Semuanya langkah yang dia ambil, parti tidak mendapat penjelasan penuh dari dia," katanya lagi.

Kerajaan negeri Selangor telah dijatuhkan oleh PKR kata Aziz Bari



Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai berakhirnya kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, melainkan menteri besar baru dipilih dan dipersetujui Sultan.

Menurut bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, langkah PKR memecat Khalid menyebabkan kuasa menteri besar dan exco juga hilang, sekaligus menyebabkan tiada kerajaan di Selangor.

"Selangor sekarang tidak ada kerajaan, kerajaan negeri dijatuhkan oleh PKR, kerana apabila Khalid jatuh, seluruh exco juga jatuh.

"Jadi maknanya, Sultan yang sepatutnya memiliki kerajaan yang stabil, tetapi keadaan itu tidak berlaku sekarang kerana Khalid sudah dipecat," kata Aziz malam tadi.

Aziz berkata Khalid kini bukan lagi menteri besar Selangor dan PR perlu memutuskan nama pengganti.

"Bila dipecat, beliau bukan lagi menteri besar," katanya.

Mengenai hujah mengatakan Khalid masih sah sebagai menteri besar, Aziz berkata situasi Khalid ketika ini adalah berstatus menteri besar bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan bukan lagi daripada PR.

"Apabila sudah pecat maknanya negeri Selangor dikendalikan oleh seorang menteri besar bebas, ini tidak boleh.

"Maknanya kena cari dan pilih seorang menteri besar baru serta beritahu kepada Sultan bahawa ini adalah calon kita," katanya.

Aziz menjelaskan peranan Sultan ketika ini sangat penting dan bertindak sebagai pengadil serta mempunyai hak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kerajaan negeri tidak stabil lagi.

"Yang penting ketika ini Sultan, baginda adalah pengadil.

"Sekarang kamu tidak ada lagi menteri besar, maknanya Sultan boleh bubar untuk orang ramai pilih dalam pilihan raya semula," katanya.

Namun, Aziz berkata pecat sahaja tidak mencukupi dalam usaha menyingkirkan Khalid, tetapi PKR perlu dapatkan sokongan daripada rakan dalam Pakatan, DAP dan PAS.

"PKR perlu yakinkan rakan dalam Pakatan untuk bawa usul tidak percaya kerana pecat sahaja tidak cukup, kerana kamu tidak tahu sama ada PAS atau DAP setuju dengan PKR.

"Ini bermakna, mereka perlu uji sama ada pemecatan itu memberi kesan kepada kedudukan Khalid kerana kita tidak tahu beliau mendapat sokongan majoriti atau tidak," katanya.

Menurut Aziz, bagi menggantikan Khalid, ia perlu mengikut proses Perlembagaan, iaitu dengan memberitahu Sultan kemudian membawa usul tidak percaya.

"Mereka perlu yakinkan rakan dalam Pakatan untuk pergi terus ke Sultan dan beritahu keputusan bersama itu secara jelas, mengatakan tidak lagi menyokong Khalid.

"Dan kemudiaan pada Isnin, boleh bawa usul ke Dewan untuk undi tidak percaya," katanya.

Menurut Aziz bagi pihak Khalid, sekiranya mahu terus menjadi menteri besar, beliau perlu membuktikan masih memiliki sokongan daripada wakil dalam DUN.

"Tetapi jika beliau ada sokongan pun, kerajaan bukan lagi kerajaan Pakatan, ini kerajaan Khalid.

"Secara asasnya, apabila PKR pecat Khalid, PKR sudah menarik semula sokongan kepada Khalid, jadi Khalid sekarang bebas, bukan lagi PKR.

"Apabila menjadi bebas, beliau tidak boleh jadi lagi menteri besar dan perlukan sokongan, jadi Khalid perlu bekerja tidak kisah daripada Umno atau mana-mana parti pun, untuk tunjukkan kepada Sultan bahawa beliau masih mempunyai sokongan," kata Aziz.

Krisis politik dalaman PKR ini dijangka mengulangi insiden yang berlaku di negeri Perak pada tahun 2009, di mana Sultan Azlan Shah bertindak menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Dr Zambry Kadir.

Isu tersebut mencetuskan kekecohan apabila Sultan Perak dikatakan tidak mendengar nasihat Nizar selaku menteri besar pada ketika itu supaya membubarkan DUN atas alasan demokrasi.

Krisis bermula apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PR melompat parti, memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Berbeza dengan situasi kali ini, Aziz berkata Sultan perlu masuk campur tangan dalam krisis di Selangor kerana kerajaan negeri berada dalam keadaan tidak stabil.

"Sebab itu saya katakan sebelum ini, di mana Sultan perlu campur tangan; sama ada memanggil Khalid untuk buktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti dalam dewan atau menyuruh Khalid letak jawatan,” katanya.

Dari sudut perundangan, PR masih sah pentadbir menguasai DUN, bagaimanapun kerajaan negeri Selangor bukan lagi di bawah pemerintahan mereka.

Kini PAS dan DAP memiliki 15 kerusi DUN sementara PKR 13 dan Khalid sebagai wakil bebas. BN pula memiliki 12 wakil dalam DUN Selangor ~ The Malaysian Insider

Guan Eng saman Nasrudin


Georgetown: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meneruskan tindakan undang-undang dan menyaman Ahli Parlimen Temerloh, Pahang Nasrudin Hassan yang gagal memohon maaf berkaitan kenyataan Nasrudin di laman sosial bertajuk ‘Apa beza Kidex dan Penang tunnel?’ pada 6 Ogos lalu, yang didakwa berunsur fitnah.

Guan Eng berkata, notis saman itu dihantar kepada Nasrudin kelmarin selepas Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat itu tidak memohon maaf di atas kenyataannya dalam tempoh ditetapkan.

“Nasrudin tidak memohon maaf, malah membuat kenyataan lain dan ia akan dirujuk kepada peguam saya.

Notis dihantar semalam adalah berdasarkan kenyataan pertamanya.

“Notis saman itu diserahkan melalui peguam kepada Nasrudin dan mendesak dia membuat permohonan maaf secara terbuka kepada saya dalam dua akhbar utama, selain memberi masa 24 jam untuk menarik balik kenyataan yang dibuat dalam laman sosial serta tempoh tujuh hari membayar ganti rugi am, reputasi selain malu,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

2 rakyat kita dicam


Selain dua rakyat Malaysia, mangsa lain membabitkan 16 warga Belanda dan satu masing-masing Britain, Jerman dan Kanada. 
Pencarian cebisan bahagian badan mangsa di lokasi nahas Timur Ukraine terpaksa dihentikan akibat pertempuran antara tentera Ukraine dan pemberontak pro-Russia kian meruncing. 

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Tony Abbott dijangka ke Belanda, Isnin ini, bagi bertemu rakan sejawatnya Mark Rutte untuk memberi sokongan dalam usaha terus mengenal pasti mayat mangsa Penerbangan Malaysia MH17.
Foto
ANGGOTA pasukan polis Belanda sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Kharkiv, Ukraine menuju ke Belanda.

Menurut laporan Australian Associated Press yang memetik kenyataan dikeluarkan kerajaan Belanda, Abbott dijangka tiba di The Hague, Isnin ini dan menandatangani buku takziah.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/10

Terima tapi tak betul


Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan Lembaga Disiplin PKR yang memecatnya dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya selama ini.
Menurutnya melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Sabtu, 9 Ogos, keputusan oleh Parti Keadilan Rakyat untuk membatalkan keahliannya dalam parti adalah salah dan cacat dari segi undang-undang. Katanya, seperti dikatakannya dalam maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab sebelum ini, pihak parti sesungguhnya keliru dengan butir-butir pertuduhan yang mahu dikenakan terhadapnya.
Katanya, Pengerusi Lembaga Disiplin gagal menyatakan secara khusus peruntukan mana di dalam Perlembagaan Parti yang dicabulinya. Dalam kenyataan itu, beliau turut menyatakan permohonannya untuk penangguhan sesi penjelasan kepada Lembaga Disiplin dengan mencadangkan 15 Ogos 2014 sebagai tarikh yang sesuai. 

Bagaimanapun, katanya, tiada jawapan balas diberikan sebaliknya, Lembaga Disiplin tetap meneruskan pendengaran tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripadanya.
Foto

Terdahulu, di Petaling Jaya, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan Majlis Presiden Pakatan (MPP) untuk memecat Abdul Khalid.

Tan, yang juga Anggota Parlimen Wangsa Maju, juga berkata antara keputusan MPP yang diingkari Abdul Khalid ialah menangguhkan proses dan perbincangan projek Langat 2 serta kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor. 

"Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden PR yang dipersetujui beliau sendiri untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor. 

"Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya Kidex walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek itu kerana bertentangan dengan matlamat dan manifesto PR yang dibentangkan sewaktu pilihan raya umum lalu," katanya. 

Tan berkata, Abdul Khalid diberi 14 hari mulai hari ini untuk memfailkan rayuan jika merasakan pemecatan itu tidak wajar dan beliau dinafikan keadilan. 

"Jika Abdul Khalid membuat rayuan, MPP akan menubuhkan satu jawatankuasa berasingan bagi mendengar kes ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/09

MUI haram Muslimah pakai Jilboobs


Majlis Ulama Indonesia mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita yang mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat. - GAMBAR HIASAN

JAKARTA 9 Ogos - Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat.
MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia.
Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.
"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu," tegas Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin.
Menurut Ma'ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian.
"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual itu dilarang," kata beliau.
Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.
Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pelayar-pelayar media sosial itu. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140810/lu_05/MUI-haram-Muslimah-pakai-Jilboobs#ixzz39w3jGxUB
© Utusan Melayu (M) Bhd