Wednesday, January 15, 2014

TRIAL & ERROR dalam mewujudkan Daulah Islam.



"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah kepimpinanya adalah sebaik- baik pasukan." Hadis direkodkan oleh Ahmad bin Hanbal dalam Al-Musnad. Ini adalah apa yang dijanjikan Nabi akan pembebasan Kota Konstantinopel.

Lebih kurang 10 percubaan dari tahun 654M di bawah kepimpinan tentera Muawiyah bin Abi Sufyan di zaman Khalifah Usman bin Affan, dan akhirnya Kejayaan menawan Kota Konstantinopel pada tahun 1453M ketika pemerintahan Sultan Muhammad al Fateh.

Kejayaan ini bukanlah diraih dengan mudah. Beberapa percubaan untuk menawan kota ini dilakukan oleh tentera Islam tetapi gagal. Antara rahsia kejayaan tentera al Fateh ialah menyelarikan cara dan akidah perjuangan jihadnya berlandaskan Al Quran & sunnah Nabi serta jalan sahabat.

Contohnya ketika Sultan Muhammad al Fateh memasuki jantung Kota Konstantinopel dan memberikan pengajaran kepada kristian barat mengenai erti keadilan dan kasih sayang yang sebenarnya. Inilah yang dikatakan selari dengan cara jihad yang ditegaskan oleh Abu Bakar As Siddiq ketika berpesan kepada tentera Islam dalam memperlakukan orang Rom iaitu
'jangan berlaku khianat ke atas mereka,jangan berlebih lebihan dan melampaui batas,jangan ingkar janji,jangan mencingcang mayat,tidak membunuh anak-anak kecil,orang tua dan wanita. Jangan menebang pohon-pohon kurma,jangan membakar dan menebang pohon yg sedang berbuah. Tidak menyembelih unta,kambing kecuali untuk diberi makan. Jika melihat orang yang ke tempat ibadahnya setiap hari,biarkanlah dan jangan diusik. Serta mengucapkan Bismillah ketika berangkat ke medan perang.

Jika kita fikir mudahnya untuk kita mendirikan sebuah daulah tanpa perancangan yang rapi,kita adalah silap. Usaha demi usaha dilakukan sebelum ini untuk menegakkan Daulah Islam seperti yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad s.a.w akhirnya berjaya dilakukan oleh al Fateh. Oleh itu kita harus persiapkan diri dengan mengikut Al quran,sunnah. Semaikan bersama rahsia perjuangan para sahabat dan pejuang Islam. Janganlah kita terlalu ghairah untuk tegakkan daulah dengan cara mengangkat senjata sahaja , sehingga kita lupa perlunya strategi yang rapi,hubungan diplomatik dan lain2 strategi.Wallahu'alam.
 

PDRC ancam kepung rumah anggota Kabinet Thai


Bangkok: Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) akan meningkatkan tekanan melalui protes termasuk mengepung kediaman Yingluck Shinawatra dan menteri utama Kabinet, selain menangkap mereka jika mereka tidak meletakkan jawatan, kata Setiausaha Agungnya, Suthep Thaugsuban (gambar), semalam.

Suthep membuat pengumuman itu ketika berucap di depan penyokongnya di persimpangan Asok.


Suthep juga mengundang lebih ramai orang turun ke jalan raya bagi menjayakan operasi “menutup” Bangkok yang dianjurkan PDRC.

Suthep berkata, dia akan mengetuai penunjuk perasaan dalam perarakan dari persimpangan Asok hingga ke penghujung jalan Sukhumvit, Phetchaburi dan Ekamai sebelum kembali ke Asok.


Dia juga akan mengetuai penunjuk perasaan untuk menguasai beberapa pejabat kerajaan.


Menurutnya, dalam tempoh dua hingga tiga hari berikutnya, penunjuk perasaan akan bertindak mengepung semua pejabat kerajaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Yingluck hampir mengalah

Bangkok: Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra dilaporkan hampir mengalah dengan tuntutan penunjuk perasaan antikerajaan kelmarin, tetapi mengubah fikiran pada saat akhir selepas dinasihati abangnya, Thaksin Shinawatra.
Sumber kerajaan berkata, bekas polis yang kemudian menjadi bilionair dan perdana menteri itu menghubungi Yingluck dan menggesanya agar bersabar dan tetap dengan pendirian untuk mengadakan pilihan raya pada 2 Februari ini. 
Kata sumber itu, Yingluck menghubungi Panglima Tentera Thailand Prayuth Chan-ocha melalui telefon menjelang operasi “menutup” Bangkok.

“Dalam perbualan itu Yingluck memaklumkan bahawa dia bosan dengan krisis politik negara dan meminta cadangan daripada Prayuth.
Foto
PENUNJUK perasaan mengikat karikatur menyerupai Yingluck di belakang skuternya di Bangkok, semalam.

“Namun Prayuth enggan memberi sebarang cadangan dan berkata, Yingluck sendiri perlu membuat keputusan kerana apa saja yang berlaku dalam negara, ia menjadi tanggungjawab perdana menteri,” katanya.

Sumber itu berkata, Yingluck kemudian memberitahu Prayuth yang dia akan memberikan jawapan pada jam 4 petang.

“Ramai menjangka Yingluck akan mengumumkan peletakan jawatan tetapi dia mengadakan mesyuarat dengan pemimpin eksekutif Parti Phue Thai dan bercakap melalui Skype dengan Thaksin.

“Thaksin kemudian menasihatinya bahawa perlembagaan tidak membenarkan dia meletakkan jawatan,” katanya.

Pada pandangan Thaksin, katanya, penunjuk perasaan akan membawa kes Yingluck ke mahkamah kerana mengabaikan tugasnya.

“Dia mungkin berdepan hukuman penjara,” katanya.

Sementara itu, Prayuth memberitahu anggota bawahannya agar menghalang keganasan tercetus ketika demonstrasi antikerajaan.

Tentera perlu memakai pakaian preman ketika mengawal kebanyakan bangunan kerajaan bagi mengelak diserang pihak tertentu.- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Kakitangan awam turut sokong Suthep

Bangkok: Ribuan kakitangan perubatan menyertai demonstrasi antikerajaan dan mengepung satu daripada kawasan utama ibu negara Thai iaitu persimpangan Lat Phrao.
Mereka menuntut pembaharuan politik sebelum pilihan raya diadakan dan penubuhan mekanisme berkecuali untuk menyelia proses berkenaan serta mencegah rasuah dalam sistem demokrasi.
Kumpulan kakitangan perubatan itu berkata, pilihan raya 2 Februari perlu ditunda dan kerajaan sementara diketuai Yingluck Shinawatra perlu berundur bagi memberi laluan kepada pembaharuan politik.
Jurucakapnya berkata, jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan mereka, penunjuk perasaan akan meningkatkan demonstrasi untuk menggulingkan pentadbiran Yingluck.
Kumpulan itu diketuai bekas pegawai kanan kementerian kesihatan dan pakar perubatan, termasuk bekas Menteri Kesihatan Dr Mongkol na Songkla yang dilantik pada 2006.
Sementara itu, Setiausaha Kementerian Kesihatan Awam, Dr Narong Sahamethapat berkata, kementeriannya akan memantau rapat sebarang keganasan di tiga lokasi demonstrasi politik iaitu Buri Ram, Phitsanulok dan Ayutthaya.

- Agensi
Foto
SEORANG kakitangan kerajaan menutup telinga ketika rakannya meniup wisel sebagai tanda sokongan terhadap demonstrasi di Bangkok.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/15

Sejarah hitam umat



Kisah Andalusia, Turki Utjmaniyyah, Palestin, Bosnia, Kashmir adalah sebahagian daripada rentetan sejarah hitam umat sejagat.

Umat Islam di Malaysia seharusnya mengambil sebanyak mungkin pengajaran dari sejarah pertembungan tamadun dalam menghadapi ancaman pelbagai pihak di dalam negara mahupun tekanan antarabangsa. 

Kita perlu bijak memahami percaturan antarabangsa oleh musuh Islam, mereka kini tidak perlu menghantar tentera untuk merosakkan bangsa sesebuah negara, cukuplah mendoktrin generasi yang dengan sendirinya akan melaksanakan agenda penjajahan tersebut, kemudian barulah umatnya disembelih.

Baca lagi :

http://www.ismaweb.net/v4/2014/01/detik-detik-negara-islam-dihancurkan/