Tuesday, April 20, 2010

lawak

Petikkan dari http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com

Dengaq apa kata Ustaz Mutalib Maarof


Ustaz Mutalib tempelak Ezam





Petikkan video diatas adalah dari kuliah tafsir Nurul Ikhsan oleh Ustaz Mutalib Maarof di Yayasan Annadhoh Penanti. Kitab yang di rujuk adalah Tafsir Nurul Ikhsan (surah alBaqoroh ayat 204 hingga 207).

"Babi, Liwat, Dubur": Kejadian baling botol cetus ketegangan



Lim Hong Siang | Apr 18, 2010 03:48:50 pm

 
"Liwat", "Anwar, Babi!", "Dubur", "Anwar bodoh"... Demikianlah jeritan daripada sekumpulan pemuda di tepi padang, untuk mengganggu ceramah yang diadakan oleh Pakatan Rakyat, semalam.  Malah, pertembungan fizikal nyaris berlaku apabila air botol dilontarkan ke arah padang, apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tiba pada 11.15pm.
Kira-kira 30 orang pemuda UMNO berada di luar pagar padang Pekan Kerling, memekik dan mengganggu sepanjang ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat, yang membariskan ahli panel seperti Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil  Ayup, EXCO Selangor Xavier Jeyakumar, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar dan sebagainya.
Malah, ketibaan Anwar Ibrahim disambut dengan pekikan "Anwar babi" oleh pemuda UMNO, sementara dibalas dengan laungan "Reformasi" daripada penyokong PR.  Suasana menjadi tegang apabila air botol dilontarkan dari luar ke dalam padang, mencungkil kemarahan beberapa orang penyokong PR.
Lantas beberapa orang penyokong PR meluru ke arah kumpulan pemuda tersebut, walaupun cuba dihalang dan ditenangkan oleh rakan PR-nya.  Pada ketika ini, polis yang sebelum ini membiarkan kelakuan tersebut masuk campur tangan untuk meleraikan kedua-dua pihak.  Keadaan hanya reda sepenuhnya selepas ketibaan sebuah trak Light Strike Force, kira-kira lima minit kemudian.
"Menyorok belakang punggung Saiful"
Kira-kira 100 meter dari luar padang, satu ceramah politik anjuran Bilik Gerakan UMNO cawangan Pekan Kerling yang bertemakan "Penipuan Pakatan Rakyat", menarik kehadiran kira-kira 150 orang.  Ceramah tersebut berjalan lancar tanpa gangguan oleh mana-mana pihak.  Antara isu yang dibangkitkan oleh penceramahnya termasuklah "Ketuanan Melayu", dan "Parti Kelentong Rakyat". 【UMNO  ulangi retorik Ketuanan Melayu】
Ceramah politik PR pula diganggu sepanjang perjalanannya.  Melihat kepada gelagat pemuda UMNO, Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar menyindir, "Kita ubah dari yang buruk kepada yang baik.  Bukan berubah daripada yang buruk, kepada yang macam beruk."
Beliau sambung, "BN mampu berubah, ubah apa?  Ini saya nak bagi tahu.  Terjerit macam orang gila.  Ketua kamu, Presiden UMNO-Barisan Nasional, Perdana Menteri, lantik agen Yahudi, Zionis, nasihatkan kerajaan persekutuan..."
Shamsul Iskandar membangkitkan isu APCO, mengkritik bagaimana wang dibelanjakan untuk melantik syarikat berlatar belakangkan Yahudi sebagai penasihat.  "Sebab itu, mereka tak ada isu, mereka menyorok belakang punggung Saiful."
"Bagi RM100, dia jerit setengah mampus"
Anwar juga menyelar UMNO kerana mengupah pemuda untuk berpekik di tepi padang, "Orang bacul kekuatan dia, diupah 50 ringgit, bangsanya boleh gadai."
"Dia boleh jerit.  Dia jerit, dia hina saya, aibkan saya.  Dia ingat saya rasa apa?  Tahu siapa yang pertahankan saya?  Bukan kutu haprak di tepi jalan ini, yang pertahankan saya Sheikh Yusuf al-Qaradawi," kata Anwar sambil mempertahankan bahawa dirinya tidak bersalah dalam kes liwat seperti yang dituduh Saiful Bukhari.
Anwar (gambar kiri) juga mengambil kesempatan untuk menyindir, "Vincent Tan, satu gunung, satu bukit...(dapat) Ini pemuda UMNO jerit, dia dapat tanah mana?  Taukeh judi dapat satu bukit, Genting, 16 ribu ekar, taukeh judi kedua, satu bukit, Bukit Tinggi.  Yang pemuda UMNO ini dapat apa?  Pemimpin dia dapat, yang bawah dapat 100 ringgit, dia jerit setengah mampus."
Kata-katanya dibalas dengan sorakan daripada kira-kira 500 hadirin, "Sebab itu, kita jangan lawan cara mereka.  Tanya saya, jangan lawan cara mereka.  Orang ini jahil.  Orang ini tak ada ilmu.  Orang ini you bayar dia 100 ringgit, suruh dia maki, dia maki.  Kemudian esok kalau kita bayar 200 ringgit, dia maki balik (orang yang beri 100 ringgit)."
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Melayu.

Dosa UMNO keluarkan lesen arak dari dulu ,kini dan selamanya


Arak: Umno lebih berdosa banding Zaid, kata PAS

Oleh G. Manimaran
KUALA LUMPUR, 20 April — Umno, yang menerajui kerajaan pusat yang memberi kelulusan kilang arak lebih banyak berdosa berbanding calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang sudah mengakui telah bertaubat atas perbuatannya mengambil alkohol, tegas PAS hari ini.
Sehubungan itu, Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, Umno-BN seharusnya tidak menggunakan isu minum arak sebagai bahan kempen pilihan raya kerana beberapa perdana menteri sebelum ini juga pernah minum arak.
“Saya pernah berada dalam kerajaan, saya tahu,” kata beliau yang bersama kerajaan persekutuan antara 1974 dan 1978.
“Seorang perdana menteri kecuali iaitu Tun Abdullah Badawi (yang bersara tahun lalu),” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini hari ini.
Malah menurut Mustafa, pemimpin-pemimpin Umno tidak pernah terlepas daripada budaya rasuah, seks, arak atau judi.
“Mereka terlibat dalam salah satu masalah, sekurang-kurangnya satu masalah ini sama ada rasuah, perempuan, arak atau judi,” katanya.
Mengenai dosa berterusan dalam soal arak ini, Mustafa berkata, soal minum arak membabitkan Zaid, bekas Ahli Parlimen Kota Baru hanya bersifat peribadi.
“Soal Zaid minum arak adalah soal peribadi, beliau bertaubat dan menyesal, minta maaf... itu antara dia dan Tuhan.
“Tetapi kerajaan Umno-BN ini meluluskan permit operasi, keluar dan jual, masih ada lagi... ini dosa yang berterusan, lebih teruk berbanding dengan dosa Zaid,” katanya.
Oleh itu kata beliau, Umno-BN membuat kesilapan besar kerana terlalu ghairah menggunakan isu arah Zaid sedangkan mereka lupa “dosa mereka di mana arak dibuat, dijual dan dihidang... dosa yang lebih besar.”
Mustafa berkata, PAS tidak akan menggunakan isu minum ini sebagai modal kempen sehingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.
“Kita tak main isu ini, kalau ada pun isu rasuah sahaja... pemimpin-pemimpin Umno jangan ‘overboard’, jangan sembarangan serang calon,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada penyokong PAS tidak akan mengundi calon Pakatan Rakyat ini, Mustapa berkata, penyokong-penyokong akan mematuhi keputusan parti dan sokongan mereka tidak akan terjejas.
“Kitab tahu siapa Zaid, orang Melayu pun tahu... undi PAS tidak terjejas sebagai orang PAS tahu antara soal Islam dan peribadi,” kata Mustafa sambil berulang Zaid sudah pun memohon maaf atas kesilapannya.
Daripada 65,000 pengundi yang layak mengundi kali ini kira-kira 8,000 merupakan penyokong tegar PAS.
Beliau juga tahu bahawa ada pemimpin Umno yang minum arak dan pernah melihat melihat mengambil arak.
Bagaimanapun beliau enggan menyatakan nama mereka.
Mustafa berkata, Umno-BN akan menggunakan apa sahaja untuk membunuh karektor seseorang calon.
“Umno akan menggunakan apa sahaja isu, isu-isu yang tiada kelas... isu yang paling tiada kelas,” kata beliau dengan merujuk kepada tindakan Umno-BN menggunakan isu minum arak membabitkan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.
Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat iaitu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga Pengerusi PKR Selangor, memberitahu bahawa Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

Bung ! tak payah minta izin, Kalau minta izin gerenti tak dapat kawin!


Ahli Parlimen Kinabatangan Mengaku Salah Di Mahkamah

>> TUESDAY, APRIL 20, 2010


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin.

Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi kemudiannya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.

Ekoran itu, pada 21 Disember 2009, Bung dan Zizie,31, akhirnya mengaku kepada wartawan The Star dan mStar Online bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan di manakah pernikahan tersebut berlangsung.

Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman SMS bahawa benar beliau telah menikahi Zizie.

"Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie pula.

Malah dalam temuramah itu, Zizie turut dipetik sebagai berkata, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.

Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara telah dirakamkan pihak media sedang berjalan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dan yang terbaru, gambar mereka berdua dirakamkan di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Naik kereta pelan-pelan kalau tak mahu kena denda RM 1000


Kompaun JPJ naik 333 peratus


Kesalahan penggunaan plat kenderaan juga bakal dikenakan kompaun yang lebih tinggi selepas pindaan Akta Jabatan Pengangkutan Jalan diluluskan di Dewan Rakyat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Para pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya perlu lebih berhati-hati selepas ini berikutan kadar kompaun maksimum kesalahan jalan raya akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000 tidak lama lagi.
Kenaikan kira-kira 333 peratus itu berikutan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang akan dikuatkuasakan kelak.
Peruntukan itu adalah antara 51 Fasal pindaan yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri di Dewan Rakyat semalam.
Antara pindaan lain yang dicadangkan termasuk menaikkan umur kelayakan memohon lesen memandu motosikal daripada 16 tahun kepada 17 tahun. Penalti bagi kesalahan melanggar umur kelayakan itu juga dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,000 kepada tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000.

Komandan kem PLKN dibuang




KEM PLKN Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang dilihat dari udara.


KUALA LUMPUR – Khidmat Komandan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating, Pahang ditamatkan ekoran kecuaiannya sehingga seorang pelajar yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya meloloskan diri ‘melawat’ kem berkenaan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan disiplin ke atas Leftenan Komander Azri Ideris itu dianggap wajar memandangkan kes yang sangat memalukan itu tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berdasarkan siasatan dalaman diketuai oleh Pengarah PLKN Zon Pahang, Lt. Kol. Salleh Hassan.
“Siasatan dalaman tersebut jelas membuktikan kecuaian pegawai tersebut. Justeru soal menuding jari kepada Abdul Hadi tidak seharusnya timbul memandangkan kejadian itu bukan kesilapan beliau.
“Ini bukan satu kesilapan oleh dia (Abdul Hadi) kerana ia datang daripada komandan kem tersebut, maka Ketua Pengarah ketika itu berpendapat lawatan itu telah mendapat restu.
“Apabila kita mendapat tahu bahawa berlaku penyamaran di situ, maka kita mengambil tindakan disiplin terhadap komandan tersebut atas kesilapan yang telah dilakukannya,’’ kata beliau.

Mufti Harussani bersekongkol dengan akhbar Haram




Malaysiakini hari ini melaporkan, Mufti Perak Harussani berkata, bahawa "orang yang sokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, tidak beriman"

Beliau menafikan telah menamakan Khalid Samad secara khusus.Kenyataan tersebut dikeluarkan secara umum melalui sebuah 
akhbar tabloid haram 

Maka adakah Yussuf Al-Qaradhawi itu tergulung sebagai orang yang tidak beriman kalau ikut piawaian sang Mufti ini? Lihat 
sini

Malah, Mufti ini turut menuduh PAS sebagai tidak beriman kerana PAS membuat ketetapan bahawa tidak ada halangan untuk masyarakat bukan Islam untuk menggunakan nama Allah.

Nampaknya, Mufti telah meletakan dirinya dalam keadaan dimana beliau telah menuduh orang lain tidak beriman; dan kalau orang tersebut sebenarnya beriman, maka kufur itu kembali kepada dirinya sendiri.

Apa yang jelas disini adalah penglibatan beliau sendiri dengan sebuah penerbitan akhbar tabloid yang haram.Kita tidak mahu pula beliau dicop sebagai Mufti Haramsani kerana sanggup bersekongkol dengan satu penerbitan akhbar haram

Negara Islam ketawakan Eropah selamatkan Greece



BRUSSELS 18 April - Negara-negara Islam 'ketawa' dengan usaha Eropah bergelut dalam krisis hutang yang melemahkan Greece, sekali gus memberi kesan buruk kepada pasaran terbuka terbesar dunia, menurut ketua Forum Ekonomi Dunia Islam.
Tun Musa Hitam yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia berkata demikian kepadaAFP di Brussels ketika Kesatuan Eropah (EU) merancang memberi bantuan jaminan bagi membolehkan Athens membuat pembiayaan semula berpuluh-puluh bilion euro untuk pembayaran hutang dan menghapuskan komitmen belanjawan kepada anggota EU.
"Ia (tindakan menyelamat) sama seperti dilakukan oleh negara di timur, negara membangun. Kami ketawa kerana mereka tidak melakukan seperti apa yang mereka ajar kepada kami," kata Tun Musa mengulas keputusan EU untuk melindungi Greece berbanding merujukkan Athens kepada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
"Anda mendapati negara Eropah dapat menerima apa pun amalan, tetapi berhasil. Malangnya ia kini menyebabkan bencana yang menyebabkan nama dan martabat EU terancam, yang lebih penting ekonominya.
"Cara biasa untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan IMF. Negara-negara membangun melakukannya tetapi tidak EU. Ia mungkin ya, tidak atau mungkin setiap hari," katanya.
Musa berkata demikian selepas menteri kewangan EU bersetuju Ahad lalu, untuk menyuntik 30 bilion euro (RM129 bilion) kepada tabung negara Greece tahun ini jika diperlukan iaitu pada kadar pasaran sekitar lima peratus kadar faedah.
Dengan rundingan EU bersama IMF sedang dijalankan berhubung penglibatannya dan 15 bilion euro (RM65 bilion) pinjaman yang diharapkan pada 2010 dari Washington, Musa tetap menyalahkan sistem Barat sebagai punca malapetaka fiskal Greece.
"Kehilangan sikap 'tanggungjawab, ketelusan dan kewibawaan' jelas tidak ada dalam laporan palsu Greece kepada EU, yang ada dalam kewangan Islam," tegas Musa. - AFP

Royalti pasir naik kerana permintaan tinggi



19/04/2010 3:50pm

SEREMBAN 19 April - Kerajaan negeri terpaksa menaikkan bayaran royalti pasir berikutan kekurangan bekalan itu akibat permintaan tinggi dari Melaka dan Selangor.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini bekalan pasir untuk industri pembinaan di negeri itu mencukupi dan kerajaan negeri memantau permintaan bekalan itu agar ia tidak merencatkan industri itu.
Beliau berkata demikian , demikian pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang ke-12 di sini hari ini ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Lobak).
Katanya, tahun ini kerajaan negeri telah mengeluarkan 20 permit mengorek pasir iaitu lima di Seremban, tujuh di Tampin, empat di Kuala Pilah dan empat di Jelebu.
Beliau memberitahu permintaan yang sangat tinggi dari Melaka disebabkan negeri itu sedang menjalankan projek tambakan laut dan juga di Selangor yang kini sedang membesarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Bernama