Friday, October 26, 2012

Ya Allah selamatkanlah rakyat Syria

Apa ada pada nama?

Bangladesh baik pulih 19 kuil Buddha



DHAKA 25 Okt. - Bangladesh mula membina semula 19 kuil Buddha yang dirosakkan dalam kejadian rusuhan oleh penduduk Islam ekoran bantahan terhadap penyiaran video yang menghina al-Quran di laman Facebook.
Pentadbir daerah, Ruhul Amin berkata, jurutera tentera akan mengubah suai kuil-kuil terbabit membabitkan kos hampir 120 juta taka (RM4.65 juta,) atas arahan Perdana Menteri, Sheikh Hasina yang melawat kawasan tersebut, baru-baru ini.
''Kerja-kerja baik pulih telah dimulakan. Kami sudah berbincang dengan pemimpin komuniti Buddha untuk melengkapkan reka bentuknya. Kuil berkenaan akan dibina sama seperti bentuk asalnya,'' kata Amin. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121026/lu_06/Bangladesh-baik-pulih-19-kuil-Buddha#ixzz2APnLQetm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dua lelaki serang ulama, dibunuh



MOSCOW 25 Okt. - Agensi Perisikan Rusia (FSB) berkata, dua lelaki yang terbunuh dalam operasi polis di wilayah Tatarstan yang kaya minyak, kelmarin terlibat dalam pembunuhan seorang ulama.
Kedua-dua suspek, Robert Valeyev dan Ruslan Kashapov merupakan dalang dalam serangan pada Julai lalu yang menyebabkan Mufti Tatarstan cedera dan timbalannya terbunuh.
Kedua-dua mereka merupakan pengkritik dan anggota kumpulan radikal yang menyokong kumpulan yang dikenali sebagai Salafisme.
Valeyev dan Kashapov dibunuh pada Rabu lalu dalam operasi polis di ibu negara wilayah itu, Kazan, yang turut mengorbankan seorang pegawai FSB.
FSB turut menyatakan bahawa kedua-dua lelaki itu merancang melakukan 'serangan besar' di Kazan semasa sambutan Aidiladha, esok. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121026/lu_07/Dua-lelaki-serang-ulama-dibunuh#ixzz2APn2K9Ty
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Johor tak dapat manfaat dari Iskandar Malaysia?



Abdul Aziz Mustafa,25 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berjaya meyakinkan projek pembangunan Iskandar Malaysia memberi limpahan manfaat kepada Johor, kata Salahuddin Ayub.

"Banyak dakwaan yang kita dengar kononnya projek Iskandar Malaysia mendorong aktiviti ekonomi yang dapat dimanfaatkan oleh Johor.

"Tetapi dakwaan itu dinafikan sendiri oleh laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan hasil kerajaan Johor pada 2011 menurun kepada RM841.77 juta berbanding RM1,023.17 juta pada 2010," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara juga melaporkan penurunan turut berlaku ke atas prestasi perbelanjaan kerajaan Johor kepada RM835.37 juta pada 2011 berbanding RM864.81 juta pada 2010.

Diminta mengulas mengenai jawapan kerajaan mengenai perkara berkaitan, Salahuddin menyifatkan jawapan tersebut sangat tidak meyakinkan.

"Jawapan tersebut lebih banyak berkisar kepada unjuran dan perancangan," katanya.

Di Dewan Rakyat minggu ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu meminta kerajaan menyatakan sejauh manakah usaha kerajaan untuk memastikan projek pembangunan Iskandar Malaysia tidak menjadi seperti projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang kini hidup segan mati tidak mahu dan sejauh manakah limpahan manfaat langsung projek Iskandar Malaysia itu kepada rakyat berpendapatan rendah.

Beliau juga mempersoalkan sejauh mana projek pembangunan Iskandar Malaysia boleh bersaing dengan Singapura untuk menarik pelaburan memandangkan visi besar projek tersebut.

Bagaimanapun, tidak diberikan statistik perbandingan antara pelaburan ke Singapura dan Iskandar Malaysia untuk menjawab persoalan itu.

Salahuddin juga mempersoalkan adakah syarikat-syarikat multinasional contohnya syarikat-syarikat telekomunikasi antarabangsa menjadikan Iskandar Malaysia sebagai apa yang dikatakan ibu pejabat serantau atau pusat sokongan teknikal dan pemasaran mereka.

Beliau juga mempersoalkan sejauh mana projek Iskandar Malaysia berjaya merancakkan perdagangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan pelabuhan-pelabuhan berdekatan di Johor.

"Perkara utama yang saya bangkitkan ialah sejauh manakah pekerja tempatan yang terlibat dalam bidang pengurusan dan profesional?

"KIta tidak mahu pekerja tempatan hanya menjadi pekerja bawahan sahaja. Kita tidak mahu mereka menjadi tukang sapu ataupun angkat sampah sahaja," katanya.

Jawapan mengenai perkara itu juga tidak diberikan kerana pihak kerajaan tidak ada data.

Serang Gaza: Israel bunuh pejuang Hamas



Terjemahan Mohamad Yahya,25 Okt 2012
GAZA: Israel membunuh seorang pejuang Hamas dalam pusingan kedua serangan udara ke atas Gaza Rabu lalu, sebagai  tindak balas kepada serangan roket di bandar selatan Israel yang mencederakan tiga orang.

Serbuan berasingan oleh Israel Selasa lalu membunuh tiga ahli kumpulan yang  mengawal wilayah pantai. Tentera Israel berkata serangan itu adalah tindak balas kepada 60 roket yang telah ditembak ke Israel bulan lalu.

Serangan itu disusuli lawatan oleh Amir Qatar yang mengakhiri pengasingan kepada kepimpinan Hamas Gaza, mengecewakan Israel dan saingannya, pemimpin Palestin yang disokong Barat.

Saksi di Gaza berkata, sekurang-kurangnya 10 roket telah ditembak ke Israel Rabu lalu, walaupun polis Israel menganggarnya sehingga 40 roket. Paramedik Israel berkata tiga orang mengalami kecederaan dari serpihan roket, yang turut merosakkan sebuah rumah.

Israel menutup sekolah-sekolah di kawasan berhampiran sempadan Gaza dan penduduk digesa untuk tidak keluar dari rumah.

Dua letupan kuat menggegarkan Gaza City sejurus selepas serangan yang membunuh pejuang Hamas, saksi berkata, sambil menambah Israel nampaknya telah mensasarkan militan yang menembak roket. Tiada sebarang kematian dilaporkan. Israel tidak memberi sebarang komen.

Pegawai Hamas juga melaporkan kereta-kereta kebal Israel melepaskan tembakan ke Gaza. Seorang jurucakap tentera mengesahkan laporan tersebut.

Keganasan merentas sempadan telah meningkat sejak letupan bom yang mencederakan seorang pegawai Israel yang membuat rondaan Selasa lalu. Hamas, yang telah mengawal Gaza sejak 2007, mengeluarkan kenyataan mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, bersama-sama dengan Popular Resistance Committees.

Dulu Umno dibunuh oleh pucuk pimpinannya, kali ini MCA akan membunuhnya



http://aspanaliasnet.blogspot.com,26 Okt 2012
Dalam keadaan terdesak pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan kata-kata yang memilukan kita semua dan tidak pula mereka menyedari yang dari kata-kata itu ia menampakan keterdesakan mereka. Akhirnya mereka sendiri membuatkan rakyat merasa bosan terhadap mereka. Belum pun hilang dengungan kata-kata Chua Soi Lek yang menghina hudud dan bercakap di dalam perhimpunan agong parti itu, tiba-tiba Mahathir pula berkata orang Melayu sedang merempat dalam negerinya sendiri.

Dr Mahathir telah melawak bodoh dengan mengajak rakyat menyokong UMNO yang bertanggungjawab menjadikan orang Melayu merempat. Dr M seolah-olah menuduh yang Pakatan Rakyat yang menyebabkan Melayu merempat sedangkan PR belum lagi memerintah kerajaan negara ini. PR akan hanya memerintah buat pertama kalinya selepas pilihanraya yang akan datang ini, jika mendapat keizinan Tuhan.

Mahathir seolah-olah sudah lupa yang Melayu kini merempat kerana kerajaan BN selama ini tidak berkemampuan untuk membangunkan orang Melayu yang kini merempat dari sudut pandangan Dr M.  BN lah yang bertanggungjawab menjadikan Melayu merempat di negara mereka sendiri. Seruan Dr Mahathir supaya rakyat menyokong UMNO untuk tidak merempat ini merupakan lawak jenaka terbaik bagi abad ke 21 ini. Bagi Mahathir penyelesaian dalam isu Melayu merempat ini ialah dengan menyokong UMNO yang bertanggungjawab merempatkan orang Melayu selama ini.

Serangan secara rasmi Chua Soi Lek terhadap Islam dalam perhimpunan yang juga di datangi oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak, menunjukkan kebaculannya dan melambangkan beliau seorang yang tidak mempunyai ‘dignity’ sebagai pemimpin negara ini. Beliau mengiakan kata-kata dan serangan Soi Lek itu dengan berdiam diri mendengar kata-kata pemimpin Cina yang chauvinistic ini. najib tidak memberikan reaksi untuk mempertahankan agamanya dan ini tentulah oleh kerana hendak menjaga politik kepartian dan kepentingan dirinya sendiri.

Rupa-rupanya kepada Najib parti itu (MCA) lebih tinggi dan ditakuti oleh Najib. Beliau lebih takut kepada Chua Soi Lek yang terlibat dengan lakunan seks di sebuah Hotel di Batu Pahat Johor beberapa tahun dahulu dari takut kepada Tuhannya. Soi Lek lebih mulia dari agama dan undang-undang Tuhan. Jika kita tidak mahu melaksanakan hudud itu jangan kita menafikan yang hudud itu adalah satu undang-undang yang terbaik yang datang dari Tuhan. Kalau kita tidak mahu melaksanakannya kita mesti mengakui yang kita telah engkar terhadap seruan Tuhan tetapi jangan sampai menidakkan undang-undang dari Tuhan itu. Jangan sekali-kali kita mengharamkan yang halal dan menghalalkan perkara yang haram.

Najib sepatutnya tidak terikut-ikut dengan lagak Dr Mahathir yang suatu ketika dahulu mengejek-ngejek hudud sebagai undang-undang zalim dan tidak praktikal untuk dilaksanakan. Bila Najib berdiam diri dan tidak mempertahankan serangan terhadap hudud oleh rakan kongsinya MCA, beliau boleh di cap sebagai petualang terhadap agamanya. Kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan agama wajar memberikan Najib dan sekutunya pengajaran dengan mengalihkan kedudukan mereka dari menjadi peneraju kerajaan kepada pembangkang.

Sikap kurang ajar MCA itu jangan dipandang enteng kerana ia melibatkan Tuhan semesta Alam yang Maha Suci dan Maha Agong itu. Kita tidak perlu membunuh dan bertindak kasar tetapi sebaliknya kita bertindak dengan baik dan lembut. Apa yang perlu kita lakukan hanyalah pergi ke peti undi dan jangan kita memangkah lambang BN dan memberikan undi kita kepada parti-parti yang mempertahankan kesucian agamanya. Sepatutnya MCA bertindak dengan menghormati agama kami seperti yang ditunjukkan oleh DAP. DAP secara rasminya mengambil sikap menghormati agama Islam seperti mana Islam menghormati agama lain seperti yang dituntut oleh Islam itu sendiri.

Kita rakyat Malaysia wajar memberikan sokongan kepada siapa yang menghormati kita, kerana kita menghormati penganut agama lain dan ingin duduk dalam sebuah negara yang bersatu padu di antara semua kaum tanpa menyerang undang-undang agama yang kita anuti. UMNO sesungguhnya tidak bertanggungjawab kerana tidak menegur sikap angkuh Presiden MCA itu kepada agama dan Tuhan Maha Suci itu. Bukan sahaja pemimpin utama UMNO berdiam diri tetapi keseluruhan pimpinan parti kerajaan itu berdiam diri termasuk penyokong-penyokongnya sendiri.

Jika begini keadaannya maka amat kita khuatiri jika BN terus memerintah maka UMNO akan diperkuda oleh MCA dan ini akan membuatkan agama kita dan undang-undangnya di serang setiap masa. Kita khuatir jika BN memerintah lagi MCA akan menguasai kita termasuk agama kita sekali dan ia amat merbahaya kepada keutuhan hidup rakyat berbilang kaum selama ini. BN yang selama ini menuduh dan memfitnah DAP sebagai anti Islam sudah jelas hanya satu cara untuk memecahkan permuafakatan di antara kaum yang sedang terjalin melalui Pakatan Rakyat. Sekarang kita nampak dan boleh membuat pendirian yang ‘conclusive’ bahawa MCAlah yang paling ‘chauvinistic’ dan bukannya DAP.

UMNO bisu dan kelu kerana ingin mangambil hati kaum Cina melalui MCA. Elok kita bertanya kepada pemimpin UMNO khususnya Najib dan Muhyiddin. Bagaimana UMNO dan BN hendak mendapatkan sokongan kaum Cina melalui MCA? Bagaimana? Kita bertanya kerana MCA itu sendiri tidak mendapat sokongan orang Cina. Jadi bagaimana UMNO hendak menggunakan MCA sebagai saluran untuk mendapatkan undi dan sokongan? Bukankah bodoh namanya itu.

Dalam keadaan sekarang UMNO akan mengalami apa yang disebut oleh perbilangan, ‘yang dikejar tidak dapat yang dijinjing berciciran’. Makna nya saki baki sokongan orang Melayu terhadap UMNO itu akan berkurangan kerana cemuhan terhadap agama Islam oleh MCA itu. Sokongan orang Cina pun tidak diperolehi. Oleh Najib yang tidak mahu menerima hakikat yang kaum Cina tidak menghormati kepimpinan beliau. Kaum Cina telah sepakat untuk memberikan sokongan kepada DAP yang jelas lebih telus dan boleh di harap untuk membela semua kaum. Kaum Cina telah bersatu untuk melihat sebuah kerajaan yang lebih bersih dan telus dan menepati kehendak rakyat untuk mencapai matlamat yang satu, iaitu perpaduan nasional yang sejati dan berkekalan.

Kalau diintai dan diselidik secara terperinci UMNO sedang tersepit dan tidak bergerak lagi. UMNO tidak dapat menunjukkan kehadiran di tengah masyarakat kerana parti itu dari segi teknikalnya telah mati di peringkat cawangan-cawangan. Di cawangan-cawangan UMNO hanya wujud di atas kertas tetapi tidak bergerak dengan mengadakan program-program yang selalu kita lihat tiga dekad dahulu. Yang bekerja dalam UMNO hanyalah Najib dan Muhyiddin sahaja. Percayalah UMNO sudah mati diperingkat ‘grass-root’. Urat-urat di bawah tidak lagi memberikan kesegaran kepada pucuk UMNO itu. Kalau urat sudah mati maka secara beransur-ansur tubuh akan mati akhirnya.

Penyokong-penyokong UMNO tidak payah menghentam saya kerana komen saya ini. Saya telah bergiat dalamnya sudah lama. Saya bergiat dalamnya sebelum mereka yang garang-garang dan mencarut ini belum lahir ke dunia ini lagi. UMNO sesungguhnya sedang dalam keadaan nazak dan sedang mengalami ‘brain death’. Kalau tidak benar cakap saya ini takkanlah UMNO sekarang menggunakan Dr Mahathir yang sekarang ini pun bercakap tidak tentu arahnya lagi. UMNO benar-benar tidak ada prospek lagi sebagai parti yang relevan selepas pilihanraya ini.

UMNO sudah lama terabai oleh pimpinannya kerana pimpinannya sibuk dengan ‘glamour’ dan menggunakan masa sepenuhnya untuk mencuri dan berniaga dan mereka ini menggunakan ahli-ahli biasa dalam UMNO itu sebagai tangga mereka untuk memanjat sahaja. Pemimpin UMNO hanya menggunakan ahli yang ramai seperti beruk belaan yang digunakan untuk mengambil upah memanjat kelapa sahaja. Apabila beruk-beruk belaan mereka sudah menjatuhkan buah-buah kelapa beruk-beruk itu akan ditambat dan diberi makan dalam tempurung sahaja. Begitulah sikap pimpinan UMNO hari ini…baik Mahathir, Najib dan Muhyiddin. Semuanya sama sahaja.

Kepada saki baki penyokong UMNO, janganlah mempertahankan UMNO itu dengan bertindak kasar kerana ia akan menambah kebencian masyarakat terhadap parti itu.  Buka minda seluas-luasnya dan berfikir selalu kenapa UMNO itu dipersepsikan sebagai parti yang hodoh dan tidak beretika dan tidak lagi berkelayakan untuk dihormati.

Jika kita hendak menggunakan kata-kata kesat sedikit. Chua Soi Lek ini ‘celaka’ orangnya. Dia menggunakan apa sahaja cara untuk kekal relevan, sedangkan beliau tidak menyedari yang beliau telah lama tidak relevan. Jika Najib membubarkan Parlimen dan memanggil pilihanraya tahun lepas, pada saat itu juga MCA akan terbukti tidak relevan. Jika pilihanraya di adakan esok, esok jugalah MCA tidak akan menjadi relevan lagi. Dalam masa yang tidak berapa lama lagi MCA akan menjadi sebuah parti yang ‘orphanage’. Parti itu akan jatuh dan akan memakan puluhan tahun untuk dibangunkan kembali.

Kepada UMNO dan MCA elok kita nasihatkan supaya lebih beradap dan jangan memaksa-maksa orang untuk menyokong mereka. Tunjukkanlah tauladan yang baik. Jangan menjadi perongos seperti Dr M dan Najib yang bercakap sombong dengan hidung yang tinggi.

Rakyat bukan bodoh lagi kerana rakyat sudah berpendidikan. Seperti diri saya ini, saya pun pergi juga ke sekolah sikit-sikit. Saya dan ramai lagi tidak buta huruf lagi. Kami boleh membaca sikit-sikit sekarang ini. Setakat hendak membaca dan menyelam air dalam tunggak itu boleh lah sikit-sikit.

Kami ini pandainya tak seberapa, tetapi cukup untuk membaca langkah orang seperti Dr M dan Najib itu. Rakyat yang lebih pandai tentunya boleh membaca apa yang tersedik di dalam hati pemimpin-pemimpin UMNO yang ‘desperate’ itu. Jika UMNO mati kali ini, ia bukannya kejadian ganjil kerana UMNO pernah di bunuh oleh pemimpin mereka sendiri.

Bezanya kali ini UMNO akan dibunuh oleh rakyat. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Angka korban keganasan di Myanmar meningkat 56 orang



YANGON 26 Okt. - Sekurang-kurangnya 56 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 2,000 buah rumah dibakar sejak keganasan terbaru di negeri bergolak, Rakhine di Myanmar, tercetus pada Ahad lalu.
Jurucakap kerajaan negeri, Myo Thant semalam berkata, kesemua mangsa yang terbunuh melibatkan penduduk beragama Buddha dan etnik Rohingya beragama Islam.
Katanya, angka korban dijangka meningkat dua kali ganda dan mungkin mencecah sehingga 50 orang.
“Sekurang-kurangnya 80 penduduk Buddha di sini dilaporkan cedera, namun tiada laporan tentang jumlah penduduk Islam yang cedera," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121026/lu_10/Angka-korban-keganasan-di-Myanmar-meningkat-56-orang#ixzz2APfQPr4d
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Semangat tolong menolong dalam BN

BN 's SHADOW CABINET

AES AES BABY

Nasib Felda

Hantu lwn hantu

AES

pirates cari bn

Aes aes baby

Menteri Bodoh UMNO kata Malaysia paling selamat?

Tragedi Raya Aidil Adha : Lembu bangkit kembali selepas disembelih ... subhanallah

kemana hilangnya wang RM207 Billion ?

Difahamkan kerajaan Jepun telah membayar RM207 Billion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan untuk dibayar kepada Buruh Paksa Zaman Jepun (1942 - 1946) seperti yang dituntut, tetapi kemana hilangnya wang ini? —

Sifat perikebinatangan atau perikemanusiaan?

Binatang yang sayangkan anaknya, namun ada ramai manusia di Malaysia yang membuang anak sehingga mencampakkan anak dari tingkat atas flat. Nantikan azab Allah di dunia dan akhirat.

Begini caranya kanak-kanak Sunni tidur di Syria



Begini caranya kanak-kanak Sunni tidur di Syria, mereka menyumbat telinga mereka dengan kapas akibat bunyi bom yang kuat.

syria

FSA dapat cekup seorang pemandu Helikopter tentera Assad yang terselamat semasa helikopternya terhempas di Aleppo. Mukanya hampir sama macam Presiden Bashar Assad al-zirafatun. 

Tunggulah Assad selepas ni giliran kau pula...
 October 18

Sarapan pagi untuk seorang diktator.

Sarapan pagi untuk seorang diktator. 

 October 19

Seorang pilot tentera udara Syria yang berjaya ditangkap oleh FSA selepas pesawatnya ditembak jatuh

|BM|PILOT SYRIA DITAWAN FSA|VIDEO: http://bit.ly/Qz8erB
Seorang pilot tentera udara Syria yang berjaya ditangkap oleh FSA selepas pesawatnya ditembak jatuh telah memberitahu Al-Jazeera bahawa dia tidak tahu bahawa sasaranya adalah orang awam. Dia menyangka mereka adalah pengganas Libya, Afghanistan dan Checnya. Kami tidak mengenal siapa sasaran sebenar di bawah kerana berada tinggi di udara, apa
bila mendarat hanya berada di pangkalan tentera dan disajikan dengan berita-berita dari TV dalam negara Syria.

Sekarang kamu telah jatuh ke bandar yang kamu Bom dan apakah yang kamu lihat? Soal wartawan itu. Katanya dia terkejut kerana semuanya adalah rakyat Syria tidak seperti yang dia sangkakan. Tambahnya lagi, semua yang dia jawab adalah bebas dari tekanan mana-mana pihak, Al-Jazeera tidak dapat mengesahkan penyataannya itu. Di luarnya FSA menunjukkan sebahagian dari senjata dari pesawat yang ditembak jatuh buatan rusia seperti pelancar peluru berpandu dan meriam berkaliber berat. Laporan oleh Anita McNaught ekslusif dari bandar utara Al-Bab.

P/S: Dengar boleh, percaya jangan.

|INDONESIAN|VIDEO: http://bit.ly/Qz8erB
Seorang pilot Angkatan Udara Syria ditahan FSA setelah pesawatnya ditembak jatuh. Dikatakan ke Al Jazeera bahwa dia tidak tahu akan mengebom warga sipil.

Kapten Roni Ibrahim mengatakan, dia dan sesama pilot lainnya terisolasi dari realitas konflik. Ibrahim mengatakan, dia akan mengungkapkan apa saja meski Al Jazeera tidak mampu mengklarifikasi pernyataannya. Anita Mc Naught menyampaikan laporan eksklusif tersebut di kota Al Bab Utara.
Like ·  · Share · October 19

Mereka (FSA) berjaya menangkap pemandu pesawat pengebom

|BM|INTERVIEW FSA & PILOT Bashar|
VIDEO: http://bit.ly/TxpXAk

Mereka (FSA) berjaya menangkap pemandu pesawat pengebom
-Engkau yang mengebom Turki bukan?
*Bukan, sy hanya mengebom di Syria pada waktu malam, bukan waktu siang.
-Bodoh!, siang atau malam, ia tetap di Syria, kita semua warga Syria, kenapa engkau mengebom negara sendiri?
-Malah jika engkau mengebom Sunni atau (penganut) Kristian, kita ni adalah (warga) Arab bukan Yahood (bahasa Arab untuk Yahudi)? Kita adalah warga Syria, bodoh!
-Kenapa engkau mengebom kami?Sebab kepentingan Bashar?
*Ya, untuk Basyar.
-Baiklah, kami akan menghukum (membunuh) engkau disini, dimana Basyar untuk menolong engkau sekarang?
*Ianya hanyalah arahan (dari rejim Basyar)
-Arahan?Bodoh!. Sekarang ini arahan dari dari aku, pergi ke atas bumbung (bangunan) dah terjun, cepat!!!
*Maafkan saya, saya tidak boleh.
+Sheikh, lelaki ini membunuh demi duit.
-Engkau adalah kafir, bukan muslim, darah engkau mendidih apabila engkau mendengar kami takbir.
- (Semua takbir, "ALLAHU AKBAR")
-Engkau tidak bernilai langsung, kami akan menukarkan engkau dengan 100 tahanan wanita Sunni, jika mereka tidak memulangkan wanita kami (Sunni) kami akan membunuh engkau di situ juga (tempat penukaran)
+Ustaz, mereka (rejim Basyar) tidak akan menukarkan dia (tahanan), mereka akan menolaknya (tawaran penukaran tahanan), seperti rakan-rakan dia yang terdahulu.

|INDONESIAN|Interview FSA & PILOT Bashar|
VIDEO:http://bit.ly/TxpXAk

FSA menahan pilot Basyar:
- Kau mengebom di Turki, bodoh?
* Tidak, saya hanya menembak di Syria pada malam hari, bukan di siang hari.
- Kau bodoh! Siang atau malam, ini masih di Syria. Kita semua orang Syria! Mengapa kau mengebom negerimu?
- Meskipun yang kamu bom adalah Sunni atau Kristen, kita ini Arab atau Yahudi? Kita semua Syria! Kau bodoh!
- Mengapa kau mengebom kami? Demi Basyar?
* Demi Basyar. Ya.
- Baik. Kami akan mengeksekusi kau di sini. Dimana Basyar untuk menolongmu, sekarang?
* Tapi itu hanya perintah.
- Perintah, kau bodoh? Di sini adalah perintah kami, sekarang. Pergilah ke atap dan jatuhkan dirimu. Ayo, pergilah!
* Maaf, saya tidak bisa.
+ Syekh, pria ini membunuh demi uang!
- Kau kafir. Kau bukan muslim. Darahmu mendidih ketika mendengar takbir kami.
- Semua! Allahu akbar!
- Kau tidak lebih berharga dari seekor nyamuk di sini. Kami menjual kau untuk 100 gadis Sunni yang ditangkap. Jika mereka tidak membawa tawanan tersebut dalam 1 hari, kami akan tembak kau di tempat.
+ Ustadz, mereka tidak akan pernah setuju untuk menukar dia. Mereka menolak sebelumnya, seperti pada teman-temannya.
- Takbir!
Like ·  · Share · October 19

Senjata terbaru Assad



|BM|
Senjata terbaru Assad ialah Bom Kluster buatan Rusia (dilarang penggunaannya seluruh dunia), sesetengahnya meletup di udara dan sesetengahnya akan meletup di darat yang mana sebahagian kanak-kanak akan bermain dengan 'bom kecik' ini (yang belum meletup), menyebabkan kecederaan kebiasanya kehilangan tangan (akibat meletupnya bom kluster) dan kematian dikalangan kanak-kanak. Sesetengah bom klus...See More

Dua senjata yang paling mereka benci.

Dua senjata yang paling mereka benci.....
Buku di satu tangan, pistol di tangan lain..

Anak ini sedang berkata kepada dunia, "Jika kau tidak bisa melindungiku, Aku akan melindungi diriku sendiri."
· October 19

Pengeboman berterusan walaupun semasa solat Jumaat.

BM| TERKINI:
- 125 terbunuh di Syria hari ini.
- Pengeboman berterusan walaupun semasa solat Jumaat.
-Askar Syria yang berpaling tadah berkata: Tentera Assad mengalami kehilangan moral dan semangat yang teruk.
- Sunni mujahidin di Iraq menyerang bas Syiah dipenuhi dengan askar Pakistan yang pergi untuk menentang FSA di Syria, 4 Syiah dibunuh, semua yang lain cedera.
- Pemimpin Iraq AlHashimi berkata: Jika saya menjadi presiden, saya tidak akan membenarkan Sunni untuk memasuki Baghdad.
-Ketua Wisam Al-Hasan terbunuh hari ini dalam pengeboman besar di Lubbnan. Berut, General Al-Hassan adalah wira besar untuk Assad, dia menjaga lebih 30 agensi perisik Mossad Israel yang bekerja di Lubnan dan terbaru dia bertanggungjawab dlm menyembunyikan pengeboman yang dilakukan Assad di Lubnan. Syria TV berkata, "kami tidak bertanggungjawab terhadap itu".http://www.aljazeera.net/file/get/b6ae7e09-e9d9-42e1-9f3a-0aa51b6a1266

|INDONESIAN| TERKINI:
- 125 terbunuh di Syria hari ini.
- Pengeboman tetap berlangsung selama sholat Jumat.
- Tentara Syria yang cacat mengatakan, "Mental pasukan Assad sudah drop dan kehilangan semangat."
- Mujahidin Sunni di Irak menyerang sebuah bis Syiah penuh dengan tentara Pakistan yang akan 'berjihad' ke Syria. 4 Syiah terbunuh dan lainnya terluka.
- Jenderal Wisam Al Hasan terbunuh hari ini dalam pengeboman hebat di Lebanon, Beirut.
- Jenderal Al Hasan adalah seorang pahlawan besar bagi Assad. Dia mendapatkan lebih dari 30 agensi mata-mata Israel Mozad yang bekerja di Lebanon. Dan belakangan, ditemukan bahwa Assad bertanggungjawab dalam pengeboman di Lebanon. TV Syria mengatakan, "Kami tidak bertanggungjawab dalam kasus ini."
October 20

Penyembelihan Wanita dan Anak-Anak di Al Hirak, Dera'a

Penyembelihan Wanita dan Anak-Anak di Al Hirak, Dera'a

Tentara Assad menyerbu kota Al Hirak di Dera'a dan seperti biasa, sasarannya adalah para wanita dan anak-anak. Sebuah penyembelihan mengerikan yang mengakibatkan banyak nyawa melayang.

Semoga Allah memuliakan jiwa mereka dan menempatkan mereka di sorga/syurga yang tinggi....

VIDEO:http://bit.ly/RdtN3k (18SG)

Burung syurga

Burung syurga Nur Ahmad menemui syahid terbunuh semasa pengeboman tentera Assad di bandar Sabinah. Jalan pantas menuju ke Syurga Allah baginya. VIDEO:http://bit.ly/SaoAso

Al-fatiha...., semoga damai dia di syurga.

Khabar di Syria

Khabar di Syria hari ini seperti hari-hari biasa, 
Si kecil yg tidak berdosa terus-menerus menjadi mangsa, Kekejaman Bashar laknatullah yg masih berkuasa, 
Hanya do'a yang termampu dr kami di Malaysia/Indonesia.

Sabqa, Damascus. Today.

Syiah

Di manakah KIBLAT anda wahai Syiah Rafida? Subhanallah, agama penyembah apakah mereka ini? penyembah manusia? atau penyembah iblis? 

Tidak hairanlah jika di Syria mereka sanggup menyembah Assad dan bermati-matian mempertahankannya. Tidak cukup dengan itu tahanan-tahanan juga dipaksa mengakui Assad sebagai tuhan.

Syria

Sementara FSA pergi dari rumah ke rumah mencari askar-askar Assad, tiba-tiba muncul seorang wanita mengikuti Mujahideen dalam pemburuan mereka! VIDEO:http://on.fb.me/PNo7Qm

*Mana kaum Arab?Mana orang Muslim?Mana kebanggaan Islam?Jika Muslim lain meletakkan senjata(tidak mengikut untuk berjuang?, maka kami (kaum wanita) akan mengangkatnya (senjata) dan ajar mereka (kaum lelaki) erti perjuangan.
-T
api awak seorang jururawat, kenapa ikut kami? (Mujahidden)
*Aku tidak akan meninggalkan tugas aku sebagai seorang jururawat, tapi aku akan sentiasa melindungi pesakit-pesakit aku! Itu juga sebahagian dari tugas aku, dan jika kamu semua akan mati kelak, kenapa sesetengah orang pilih untuk mati tidak bermaruah, kenapa tidak mati seperti pejuang FISABILALLAH?
-Puan, puan duduk?Puan penat?
*Ya, aku sungguh penat.
-Mana kaum lelaki?
*Mereka semua dah 'mati'...

Syria

Lebih kurang 2 juta jemaah haji dari serata dunia telah tiba di Mekah untuk menunaikan Haji. Putera Ahmad Bin Abdul Aziz (Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri) menjawab sekiranya Arab Saudi melarang delegasi Iran dan Syria dari menunaikan haji? "Kami tidak boleh melarang orang Muslim dari menunaikan haji, melainkan mereka lambat memohon (kuota haji)". Kemudian beliau menjawab sekiranya terdapat rusuhan
 dan gangguan dari konvoi haji negara Iran pada tahun ini "Para jemaah haji dari Iran serta negara Iran telah berjanji dengan kita (Arab Saudi) untuk tidak akan menimbulkan sebarang masalah dan kami (anggota keselamatan Saudi) telah pun siap siaga (sekiranya berlaku rusuhan), kami tidak akan lupa rusuhan yang berlaku pada tahun 1987 yang mengorbankan 402 jemaah haji.


-135 orang awam Syria terbunuh di Syria semalam.
-60+ askar Syiah Basyar terbunuh semalam.

Beirut telah kembali aman selepas perisik Assad mengebom (membunuh) "Wisam Al Hasan" (Ketua Perisik Keselamatan Dalam Negeri, seorang SUNNI)

-Beirut telah kembali aman selepas perisik Assad mengebom (membunuh) "Wisam Al Hasan" (Ketua Perisik Keselamatan Dalam Negeri, seorang SUNNI). Beliau bertanggungjawab membongkarkan terdapat 30 perisik Israel di Lubnan dan beliau juga yang membongkarkan penglibatan Assad Bashar dalam pengeboman dan pembunuhan ketua-ketua Sunni di Lubnan, dia dibunuh 1 hari sebelum beliau mengemukakan bukti penglibatan Bashar ke mahkamah agung.

-Delegasi dari negara PAPAL (mewakili Pope) akan di Damsyik esok dan dijangka berjumpa dengan Bashar Al-Assad

-Admin SYRIA CARE telah berjumpa secara peribadi dengan salah seorang warga Syria yang terselamat dan akan menerbitkan kisah beliau esok, insyaALLAH.