Sunday, January 12, 2014

Ahli Kongres AS jutawan



Anggota Kongres dari Parti Republikan, Darrell Issa, dilapor mempunyai aset bernilai RM1.95 bilion, menjadikannya sebagai ahli politik terkaya di Kongres. - AGENSI
NEW YORK 11 Jan. - Separuh daripada anggota Kongres Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terdiri daripada golongan jutawan, berdasarkan satu analisis kekayaan.
Data Pusat Maklum Balas Politik (CRP) di laman web OpenSecrets.org menyatakan, sekurang-kurangnya 268 daripada 534 ahli politik di Dewan Senat dan Dewan Perwakilan mempunyai nilai kekayaan kira-kira AS$1 juta (RM3.26 juta) atau lebih pada tahun lalu.
Anggota Kongres daripada Parti Demokrat dilihat lebih mewah daripada anggota Parti Republikan.
Analisis tersebut dilakukan ketika ahli-ahli politik berdebat berhubung faedah pengangguran nasional dan gaji minimum.
Purata kemewahan anggota Parti Demokrat dilaporkan sebanyak AS$1.04 juta (RM3.39 juta), manakala anggota Parti Republikan pula pada AS$1 juta (RM3.26 juta).
Anggota Dewan Senator pula didapati lebih kaya berbanding anggota Dewan Perwakilan dengan purata kemewahan AS$2.7 juta (RM8.82 juta), berbanding AS$896,000 (RM2.92 juta).
Anggota Kongres paling kaya adalah dari Parti Republikan, Darrell Issa.
Issa dari California, dilapor memiliki aset bernilai sehingga AS$598 juta (RM1.95 bilion), kekayaan yang dikumpul melalui penjualan sistem keselamatan kereta.
Ahli politik dari Parti Republikan California, David Valadao pula dilabel sebagai anggota Kongres paling 'miskin', kerana mempunyai hutang sehingga AS$12 juta (RM39.1 juta) ekoran pinjaman untuk ladang ternakan keluarganya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140112/lu_03/Ahli-Kongres-AS-jutawan#ixzz2q85Jjt8v
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Bekas PM Israel, Ariel Sharon meninggal dunia selepas koma 8 tahun

Bekas PM Israel, Ariel Sharon meninggal dunia selepas koma 8 tahunBAITULMAQDIS: Bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon meninggal dunia di sebuah hospital berhampiran Tel Aviv hari ini pada usia 85 tahun, selepas lapan tahun berada dalam keadaan koma, kata pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Bagaimanapun, tiada pengesahan serta-merta dari Hospitam Sheba, di mana meliau dirawat tetapi seorang jurucakap hospital berkata, satu kenyataan rasmi akan diberikan pada jam 3 petang (waktu tempatan).
Sharon berada dalam keadaan koma sejak 4 Januari 2006 selepas mengalami strok. Namun, keadaan beliau dilaporkan semakin parah sejak 1 Januari lalu apabila mengalami masalah buah pinggang yang serius selepas menjalani pembedahan. - AFP