Saturday, June 30, 2012

"Saya budak baru belajar, pimpinlah, didiklah saya kearah yang lebih baik.. Saya menyokong dan bersama dalam perjuangan menegakkan dasar Islam.. Allahu Akbar" - Hairie Othman...

"Saya budak baru belajar, pimpinlah, didiklah saya kearah yang lebih baik.. Saya menyokong dan bersama dalam perjuangan menegakkan dasar Islam.. Allahu Akbar" - Hairie Othman...

Sumber El-Arabiya melaporkan bahawa negara China, Rusia, Iran dan Syria akan mengadakan latihan ketenteraan secara bersama di bumi Syria dalam masa terdekat.

Sumber El-Arabiya melaporkan bahawa negara China, Rusia, Iran dan Syria akan mengadakan latihan ketenteraan secara bersama di bumi Syria dalam masa terdekat.

Latihan tersebut akan melibatkan kesemua senjata-senjata berat termasuk pelancar roket, meriam jarak jauh, kereta kebal, jet-jet tempur dan lain-lain.

Suatu latihan ketenteraan terbesar dalam sejarah bila mana lebih 90 ribu tentera akan terlibat, lebih 1000 buah kereta kebal dan jet-jet tempur akan turut serta digunakan dalam latihan ini.

Kesemua negara tersebut sebenarnya sudah lama memusuhi kaum muslimin. Maka tidak hairan apabila ulama ada meramalkan bahawa akan berlaku peperangan besar/armagadon akhir zaman tidak lama nanti.

Ia akan menyaksikan umat Islam akan dipimpin oleh seorang pemimpin yang akan berperang menghadapi kesemua negara-negara musyrikin/mulhidin tersebut.

Syeikh Muhammad 'Arifi pernah menyebut di dalam khutbahnya bahawa kota Dimasyq di akhir zaman adalah pusat dan kota pertahanan utama bagi umat Islam. Di sanalah pejuang-pejuang Islam akan berkumpul, meninggalkan keluarga dan harta benda semata-mata mahu meninggikan agama Allah S.W.T.

Di sana jugalah pusat kekuatan tentera muslimin ketika hebatnya peperangan yang akan berlaku ketika itu.

Sabda Rasullullah S.A.W :

"Kota pertahanan umat Islam pada hari 'malhamah' ( peperangan yang besar) di akhir zaman nanti ialah di suatu kota yang berhampiran dengan sebuah bandar di suatu lembah yang subur dengan pelbagai tanaman yang dipanggil Dimasyq. Dan ia adalah sebaik-baik kota di negeri Syam(syria sekarang) ketika itu.."- Al-hadith

Apakah motif disebalik latihan ini? Apakah ia sekadar suatu kebetulan atau sebaliknya?

sumber:Rakyat Malaysia bersama Revolusi Syria

:::TUKAR GAMBAR PRESIDEN DENGAN NAMA ALLAH ::

Perjuangan Ibarat Mata Rantai. Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir.

gantung" Ambiga... :

Isu "gantung" Ambiga... ::.kikiki.:: Takut hilang undi ke, Pak Cik?.. Lain kali, cakap siang pandang-pandang... TERKINI : Datuk Mohamad Aziz memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau atas semangat setiakawan dalam BN, menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP.

Ceramah Hj Mohamad Sabu Di JENGKA, Pahang


Gambar Terkini Ceramah Hj Mohamad Sabu Di JENGKA, Pahang Sebentar Tadi... Insya-Allah, Pahang Juga Bakal Berubah. Sedangkan Johor Tempat Lahirnya UMNO Boleh PAS Rampas 2 Kerusi DUN, Inikan Pula Pahang, Tempat Tumpah Darah Adnan Yaakob... ::.kikiki.::
 

Bigboh di Grik Perak.

Syukur Alhamdulillah..sambutan rakyat terengganu di program himpinan hijau hari ni..

abang K dapat tahu, jemaah yg menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original ) di Grik,Perak malam ni mencecah 40K..

abang K dapat tahu,
jemaah yg menghadiri kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Original )
di Grik,Perak malam ni mencecah 40K..
Alhamdulilah..berkat diri kalian yang dapat hadir..

setiap orang yang mengaku Islam wajib berazam dalam hati dia,untuk melihat undang2 Allah s.w.t terlaksana dalam negara.

:::KITA MUHASABAH KITA DI MANA :::
setiap orang yang mengaku Islam
wajib berazam dalam hati dia,untuk melihat undang2 Allah s.w.t terlaksana dalam negara.
kalau tidak ada niat macam tu,dia berdosa pada Allah ..
dan jangan kita menyebelahi golongan,yang memberi halangan daripada tertegaknya undang2 Allah.
Ustaz Azhar Idrus ( Original ).
sumber : http://www.youtube.com/watch?v=ZmGi77cf7IU

dimanakah roh Islam,roh saudara Islam..??

:::JOM BERFIKIR:::
dimanakah roh Islam,roh saudara Islam..??
mereka satu ugama,satu akidah,bertuhankan 
TUHAN YANG SATU,sama dengan kita,bernabikan Nabi Muhammad.
Nabi bagitahulama dah,1400 tahun dulu lagi..
akhir zaman,umat Islam ramai,
tapi umpama buih selepas Banjir..tidak ada manafaat.
akibat terlampau cintakan dunia..nauzubillah.
moga kita dipilih dan sentiasa diberi kesedaran oleh Allah.

Kolonel Dr Abdul Hamid Umar Zakaria, seorang bekas tentera rejim Asad (pernah berkhidmat di hospital tentera di bandar Halab dan kini telah berpaling tadah

Kolonel Dr Abdul Hamid Umar Zakaria, seorang bekas tentera rejim Asad (pernah berkhidmat di hospital tentera di bandar Halab dan kini telah berpaling tadah demi membantu perjuangan rakyat) di dalam suatu temubual bersama Saluran Al-Jazeera TV telah membongkar rahsia bahawa: Rejim Asad telah melakukan suatu jenayah perang terbesar abad ini ke atas rakyat Syria (termasuk anggota tentera yang berkhidmat untuk rejim).
Di hospital kerajaan, telah dilantik satu jawatankuasa khas bagi menangani kes-kes kecemasan yang berlaku terhadap tentera dan rakyat yang cedera dengan cara yang kejam. Beliau menyatakan, sekiranya ada dikalangan orang awam (rakyat) yang cedera ringan dan di hantar ke hospital, maka jawatankuasa ini akan bertindak mencuri anggota badan mangsa sebelum membunuhnya dengan kejam. Sekiranya kecederaan yang dialami adalah kecederaan yang parah, maka mangsa akan dibunuh terus tanpa belas kasihan.
Adapun anggota tentera kerajaan yang cedera, sekiranya kecederaan yang menimpa adalah ringan, mereka akan dirawat selama sehari atau dua hari dan dihantar kembali bertugas bagi pihak rejim sebelum mereka benar-benar sembuh.
Sekiranya kecederaan yang dialami oleh tentera kerajaan agak parah, mereka akan dibunuh dengan cara menyuntik ke dalam badan mereka cecair kalsium yang membunuh, atau dengan menyuntik cecair yang mengurangkan kadar gula yang akhirnya membawa kepada kematian.
Ini dilakukan bagi mengurangkan kos perubatan yang akan ditanggung oleh kerajaan (rejim Asad). Mayat tentera kemudiannya akan dibungkus dengan bendera Syria dan dihantar kepada keluarganya untuk diuruskan.

sumber : Syria Care: Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=318647268222118&set=a.242211945865651.59469.241317679288411&type=1&ref=nf

Tahukah kita kenapa wilayah Homs merupakan di antara wilayah yang teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar khususnya daerah Baba Amr?

Tahukah kita kenapa wilayah Homs merupakan di antara wilayah yang teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar khususnya daerah Baba Amr?

Apakah yang menyebabkan kota tersebut teruk diserang dan dibedil?

Dalam sejarah, sebenarnya di kota ini ialah tempat bersemadinya jasad lebih 400 orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah berjuang membebaskan wilayah-wilayah ini daripada cengkaman Rom atau Parsi termasuklah Sayyidina Khalid al-Walid r.a

Sebelum tercetusnya perang Qadisiyyah pada 636 M, sahabat Nabi s.a.w yang bernama Saad ibn Abi Waqqas telah meminta bantuan tambahan daripada Khalifah Umar al-Khattab r.a bagi tujuan menghadapi peperangan dengan tentera Parsi.

Lalu Saidina Umar telah menyahutnya, tetapi dengan mengirim hanya 2 orang sahaja seraya berkata dalam suratnya kepada Saad "aku kirimkan kamu 2 orang ini yang mana ia sama seperti aku kirimkan 2000 orang tentera, iaitu Tulaihah Bin Khuwailid dan Amar Bin Ma'ad Yakreb.." - riwayat Thabarani

Setelah tercetusnya pertempuran, Amr Bin Maad Yakreb telah memperlihatkan kehebatan yang sangat mengkagumkan kaum muslimin. Beliau telah berjaya memimpin peperangan dengan jayanya dan telah membunuh begitu ramai tentera Parsi yang kemudiannya berakhir dengan kemenangan kaum muslimin.

Beliau telah meninggal dunia di Baba Amr dalam wilayah Homs yang mengambil nama sempena nama beliau. Kuburnya berada di kawasan perkuburan al-Kutaib iaitu suatu kawasan perkuburan kedua terbesar selepas perkuburan al-Baqi' di Madinah.

Di bandar tersebut jugalah telah dimakamkan sekurang-kurangnya 400 jasad sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang telah sama-sama berjuang hingga sampai ke wilayah ini demi membawa risalah Islam. Termasuklah sebahagian pejuang-pejuang Qadisiyyah yang telah mengalahkan kerajaan Parsi tahun 636 M tersebut.

Baba Amr- Kota ini sangat dibenci oleh rejim Basyar dan Iran khususnya lantaran tokoh dan pejuang-pejuang dari kalangan sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang menyebabkan kekalahan kaum parsi dalam peperangan Qadisiyyah dahulu telah dimakamkan di sini.

Kini ia telah menjadi tempat bagi kaum Parsi/Iran dan sekutu-sekutunya untuk membalas dendam terhadap kekalahan silam mereka suatu ketika dahulu.

Semoga Allah memelihara pejuang-pejuang Syria yang merupakan 'cucu-cicit' Saidina Khalid al-walid yang pasti akan mempertahankan bumi Syam ini sehingga ke titisan darah terakhir mereka.

Puluhan Ribu memenuhi Padang Taman Dahlia, Johor Bharu sempena Himpunan Hijau Peringkat Negeri Johor


Terkini - Puluhan Ribu memenuhi Padang Taman Dahlia, Johor Bharu sempena Himpunan Hijau Peringkat Negeri Johor. Hampir 20 ribu rakyat Johor berhimpun mendengar amanat Tok Guru Nik Aziz, Datuk Paduka Husam Musa, Prof Dato Dr Mahdfoz,Yb Salahudin Ayob, Mazlan Aliman & Dato Tamrin Ghafar Baba.
 

gambar solat maghrib di penjara Turah. (semasa Syeikh Yusuf Qardhawi dipenjarakan bersama pimpinan ikhwan yang lain

عجبا لسجون مصر! دخلها سيدنا يوسف عليه السلام وخرج منها بعدها ملكا علي مصر ودخلها مرسي وخرج رئيسا علي مصر..!

Ajaibnya penjara Mesir!! Nabi Yusuf masuk penjara keluar darinya menjadi raja agung, Mursi masuk penjara keluar menjadi perdana menteri..
[Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh]

p/s: gambar solat maghrib di penjara Turah.
(semasa Syeikh Yusuf Qardhawi dipenjarakan bersama pimpinan ikhwan yang lain)

Ajaibnya penjara Mesir!! Nabi Yusuf masuk penjara keluar darinya menjadi raja agung, Dr Mursi masuk penjara keluar menjadi perdana menteri



عجبا لسجون مصر! دخلها سيدنا يوسف عليه السلام وخرج منها بعدها ملكا علي مصر ودخلها مرسي وخرج رئيسا علي مصر..!

Ajaibnya penjara Mesir!! Nabi Yusuf masuk penjara keluar darinya menjadi raja agung, Dr Mursi masuk penjara keluar menjadi 
perdana menteri

[Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyeh]

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dikunjungi oleh pelakon Hairie Othman di hotel penginapan beliau di Shah Alam sebentar tadi.

Salah satu cara bagaimana Kerajaan UMNO/BN bantu orang MELAYU di Kelantan;

Satu signal jelas dari rakyat Johor membuktikan Johor bukan lagi aset simpanan tetap UMNO

Satu signal jelas dari rakyat Johor membuktikan Johor bukan lagi aset simpanan tetap UMNO.. Puluhan ribu rakyat Johor menghadiri Perhimpunan Hijau di Dataran Dahlia di Johor Bharu malam ini. Gelombang Tsunami kedua yang lebih besar bakal melanda UMNO/BN pada PRU 13 ini, disebabkan gelombang ini lah Najib masih tidak berani untuk bubar Parlimen

YAB Tuan Guru selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang sebentar tadi

YAB Tuan Guru selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Pasir Gudang sebentar tadi

YAB Tuan Guru menerima borang keahlian PAS daripada pelakon Hairie Othman di Johor Bharu sebentar tadi.

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kini Berada Pada Paksinya Sendiri


Dari Pemerhatian Kacamata ADMIN... Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kini Berada Pada Paksinya Sendiri. Kekuatan Pakatan Rakyat Kini Terarah Kepada PAS Berbanding Rakan-Rakan Gabungannya. Ini Dilihat Daripada Aktiviti Dan Ceramah Yang Dianjurkan Begitu Kerap Dan Semakin Mendapat Tempat Dihati Rakyat. Dapat Dilihat Ribuan Rakyat Yang Hadir Pada Setiap Kali Penganjuran Ceramahnya. Kemuncak Sambutan Rakyat Adalah Dengan Road Tour Himpunan Hijau Ke Putrajaya Yang Mencipta Satu Fenomena Baru Dalam Siri Himpunan Rakyat Bersama Pemimpin-Pemimpin PAS Dimana Sambutannya Diluar Jangkaan.... Rekod Cemerlang PAS Juga Terbukti Meyakinkan Bilamana Tiada Satupun Wakil Rakyatnya Melompat Parti (Melainkan Seorang Yang Dipecat) Berbanding Dengan PKR Yang Menjuarai "Lompat-Melompat" Diikuti Dengan DAP... Atas Faktor Inilah Keyakinan Rakyat Kepada PAS Berada Pada Tahap Tertinggi Dan Diyakini "Kesetiaan" Wakil-Wakil Rakyatnya... Apapun, Tahniah Juga Kepada Keadilan Yang Kini Dalam Proses Memutihkan Ahli Parti Yang Belot Dan Seterusnya Mengadakan Road Tour Siri Ceramah Merdeka Rakyat Keseluruh Negeri Disambing DAP. Inilah Hebatnya Parti Gabungan Pakatan Rakyat Yang Bekerjasama Untuk Menumbangkan UMNO & BN... LIKE Jika Anda Bersetuju Dengan ADMIN @ KOMEN Jika Anda Ada Hujah Sebaliknya...
 

Penyembelihan beramai2 terbaru di bandar Douma Syria 28/6/2012

Penyembelihan beramai2 terbaru di bandar Douma Syria 28/6/2012

.................


هنا دوما ... هنا تخاذلت الامم والشعوب عن نصرتنا 

28-06-2012

Bahasa Perancis prob tidak mencungkil Scorpene pautan kepada Altantuya

Bahasa Perancis prob tidak mencungkil Scorpene pautan kepada Altantuya

Sedangkan laporan berita bahawa kertas pendakwaan Perancis mendedahkan bahawa Altantuya Shaariibuu, tidak pernah memasuki Perancis, tiada menyebut bahawa seorang saksi mendakwa bahawa sebuah syarikat Malta dibayar untuk bergerak dengan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.
Semasa temu bual antara pembuat kapal selam yang berpangkalan di Paris DCNS bekas pengarah kewangan Gérard-Philippe Menayas dan polis Perancis, ia telah mendedahkan bahawa Gifen dibayar perbelanjaan perjalanan Razak dengan jurubahasa beliau "Puan Altantuya Sharibuu".
Menurut kepada Menayas, Encik Jean-Marie Boivin dari Thales Antarabangsa memberitahu beliau bahawa Souvageot Mr dari Armaris telah meminta beliau untuk mengambil menjaga perbelanjaan Razak melalui Gifen sebagai firmanya tidak boleh melakukannya.
Menurut laporan berita, Boivin menubuhkan Gifen di Malta - atau syarikat tersebut telah ditubuhkan di negara-negara yang berbeza - untuk mengelak Pertubuhan bagi Pembangunan Ekonomi dan Sosial (OECD) kaedah-kaedah yang membuat urus niaga itu satu jenayah.
"Saya meminta pengesahan daripada Christian de Bearegard, orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan syarikat pemasaran di DCNI tetapi dia memberitahu saya bahawa dia tidak tahu apa-apa permintaan," Menayas kepada polis Perancis.
"Encik Boivin rahsia saya pada tahun 2005-2006 atau kira-kira 3 tahun selepas peristiwa itu, semasa mesyuarat yang kerap kita," katanya.
Butiran ini telah diwahyukan di dalam kertas dokumen siasatan polis Perancis 136 (muka surat 8-11) 153 yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan dibebaskan dalam talian oleh Sentinel Asia.
Bagaimana dana disalurkan
Gifen didakwa salah satu syarikat yang dipindahkan dana sehingga Euro800 juta (RM3194 juta) kepada Perimekar Sdn Bhd (€ 550,000,000 (RM2, 195mil) dan Terasasi (€ 150 juta (RM599 juta).
Thales dan Amaris adalah anak syarikat DCNS yang berurusan dengan rakan sejawatannya dari Malaysia pada jualan kapal selam.
Kedua-dua syarikat Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong yang dimiliki oleh Razak dan keluarganya, yang mempunyai hubungan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Razak (kiri) didakwa dengan pembunuhan Altantuya pada tahun 2006 tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri manakala dua bekas pengawal peribadi Najib menghadapi tali gantung algojo bagi yang menyebabkan kematian beliau.
Najib ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan menyelia pembelian dua kapal selam kelas Scorpene dalam urus niaga bernilai RM7.3 bilion dengan DCNS dimeterai pada tahun 2002.
Sementara itu, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memberi respons kepada satu artikel Percuma Malaysia Hari ini (FMT) bertajuk "Perancis prob: Altantuya tidak pernah memasuki Perancis".
Gabriel berkata manakala FMT mengambil maklumat daripada 54 dokumen, portal berita itu tidak melaporkan lain sekeping maklumat yang penting daripada dokumen yang sama, yang berbunyi:
"Menyedari khususnya bahawa seseorang dengan nama SHAARIYBUU Bayasgalan dilahirkan pada 26 Februari 1979 di Mongolia telah dikeluarkan kad residensinya sementara di wilayah Perancis yang sah dari 27 Ogos 2004 hingga 26 November 2004. Alamat mengisytiharkan 18 rue Houdon di Paris 18 "
Altantuya yang banyak terlibat
Gabriel (kanan) berkata ia telah menjadi sangat mungkin bahawa Atantuya telah mengembara di bawah nama yang berbeza, yang mengatakan bahawa Suaram mendapati laporan mengenai FMT "mengelirukan dan tidak ikhlas".
Beliau menambah bahawa dokumen 136 juga memetik Menayas sebagai berkata bahawa Boivin menyebut syarikat Malta sebagai membayar untuk perjalanan Razak dan Altantuya.
"Jadi ia telah menjadi agak jelas menunjukkan bahawa Altantuya adalah amat terlibat dalam Skandal yang Scorpene, dan malah telah menyokong fakta untuk menunjukkan bahawa dia sememangnya di Perancis," kata Jibril.
"Soalan yang merayu untuk dijawab sekarang ialah apakah peranan sebenar dalam rundingan keseluruhan?" dia bertanya.
Gabriel menggesa kerajaan untuk menghentikan "permainan penafian" dan memberi jawapan kepada soalan-soalan yang telah cerucuk dari ayat-ayat yang terkini siasatan Scorpene.
Suaram telah memfailkan kes mahkamah di Perancis terhadap DCNS kerana didakwa membayar komisen haram kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam jualan kapal selam.

Anak terpaksa diberi makan sagu kerana dihimpit kemiskinan

Anak terpaksa diberi makan sagu kerana dihimpit kemiskinan - Terengganu - Sinar Harian:


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 Jun 2012
'Mak makanan apa ni',
Suharni bersama anak-anak dan suaminya, Zuki, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
DUNGUN – Luluh hati seorang ibu tatkala melihat anaknya terpaksa diberi makan sagu untuk mengisi perut kosong setelah bekalan beras di dapur kehabisan.

Namun, kemiskinan hidup menyebabkan Suharni Basir, 43, yang pernah tinggal di sebuah pondok usang di kampung Gong Beting dekat sini, tiada pilihan melainkan menghidangkan makanan yang pada masa kini hanya sesuai untuk makanan ternakan sahaja, demi memastikan lima anaknya berusia tujuh hingga 13 tahun itu tidak mati kelaparan.

Kisah duka keluarga malang ini dikongsi Suharni bersama Sinar Harian, setelah dia yang mendirikan rumah tangga bersama Zuki Hashim, 45, sejak lebih 10 tahun lalu, tidak lagi sanggup melalui detik getir ini setelah pelbagai bantuan gagal dinikmatinya, biarpun dari segi zahir mereka lebih daripada layak untuk menerimanya.

Menurut Suharni, hidangan sagu menjadi rutin kehidupan buat keluarganya yang sentiasa dihimpit kemiskinan itu.

“Ketika menghidangkan sagu untuk diberi makan kepada anak-anak, mereka pernah tanya, mak, makanan apa ni?

“Hati saya luluh mendengarnya, tapi saya tetap pujuk anak supaya makan kerana kalau tidak makan sagu itu, kami akan mati kelaparan," katanya.

Suharni bersama anak-anak dan suaminya, Zuki, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Suharni berkata, dia terpaksa menjadikan pondok buruk yang hanya layak dijadikan kandang ternakan sebagai tempat berlindung daripada panas dan hujan kerana telah dihalau dari rumah didudukinya sekeluarga sebelum ini kerana gagal menjelaskan sewa rumah, biarpun kadar sewanya tidak sampai RM200 sebulan.

Katanya, dia terpaksa membawa empat anaknya mencari tempat berlindung sehinggalah menemui sebuah pondok usang yang terbiar itu.

“Saya pernah dihalau keluar rumah kerana gagal membayar sewa dan kami tujuh beranak terpaksa menumpang teduh di sebuah pondok buruk dalam semak tanpa kemudahan air dan elektrik.

“Kami tidur bertemankan pelita minyak tanah, tiada kemudahan air dan elektrik dan waktu malam kami dikerumuni nyamuk, bayangkanlah daifnya kehidupan kami ketika itu,” katanya.

Untuk meringankan beban suami yang hanya bergantung harap kepada kerja tukang rumah itu, dengan kudrat yang masih ada, Suharni terpaksa mengayuh basikal sejauh tiga kilometer setiap hari untuk bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan
pendapatan RM15 sehari.

Dengan duit itulah dia dapat membeli keperluan makanan jika suaminya gagal memperoleh pendapatan.

5 anak tidak dapat sekolah

DENGAN nada sebak Suharni meluahkan, lebih menyedihkan, kemiskinan hidup juga menyebabkan lima anaknya tidak dapat bersekolah, biarpun jauh di sudut hatinya ingin melihat kesemua permata hatinya itu berjaya dalam pelajaran seperti anak-anak jiran lain.

Katanya, segalanya berpunca setelah kesemua anaknya, Nazihan, 7, Nasarudin, 9, Nurshafiqah, 11, Zulfitri, 13, yang jika bersekolah antara tahun satu hingga tingkatan satu itu tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran kerana sewaktu dia melahirkan anak, dia tidak mempunyai wang untuk menjelaskan bil hospital.

“Kadang-kadang saya berendam air mata sebab tengok anak-anak orang lain semuanya bersekolah.

“Saya sudah berikhtiar untuk mendapatkan semula dokumen kelahiran diperlukan di Pejabat Pendaftaran, namun saya kecewa kerana masih gagal berurusan atas pelbagai alasan, selain tidak berkemampuan untuk menjelaskan denda dikenakan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang anak Suharni, Nashafiqah Zuki berkata, dia teringin menikmati alam persekolahan seperti kanak-kanak lain, namun masalah ketiadaan dokumen kelahiran menyebabkan dia gagal diterima masuk di sekolah rendah, biarpun jarak rumahnya dengan sekolah tidak sampai 50 meter.

“Saya teringin sangat nak sekolah seperti rakan lain, tapi tak dapat, nak buat macam mana,” katanya.

Suami Suharni, Zuki pula berkata, dia sudah puas berikhtiar, namun sehingga kini lima anaknya itu masih tidak dapat bersekolah kerana ketiadaan dokumen.

“Saya hanya bekerja sebagai tukang rumah, berapalah sangat pendapatan saya, hanya cukup makan sahaja.

“Nak selesai dokumen anak saya tu, kena pergi Kuala Lumpur, semuanya kena pakai duit, saya manalah mampu,” kata Zuki yang kini menyewa sebuah rumah papan berdekatan Sekolah Kebangsaan Kampung Nyiur, Paka.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyumbang melalui akaun Bank Simpanan Nasional Zuki Hashim: 11004-41-0003019-1.

Maklumat lanjut berkaitan keluarga malang ini boleh hubungi wartawan sinar di talian 019-9391369.

Zuki dan Suharni masih mengharapkan satu keajaiban tuhan untuk mengubah nasibnya setelah lima anaknya berusia antara tujuh hingga 13 tahun tidak bersekolah selain terpaksa menjadikan sagu sebagai makanan rutin harian susulan kemiskinan
hidup.

Rumah bocor, jari kena potong



Rumah bocor, jari kena potong
Hanafiah melihat ibu jari kaki Indon yang bertukar menjadi hitam akibat penyakit kencing manis yang dihidapnya sambil diperhatikan suaminya (belakang) di Kampung Paya Berenjut.
PAYA BERENJUT – Sudah jatuh ditimpa tangga. Derita seorang nenek tidak berkesudahan apabila berhadapan risiko kaki dipotong setelah digigit semut ketika berlindung daripada hujan.

Indon @ Pahang Husin, 75, yang tinggal bersama suaminya, Nik Abdul Rahman, 75 di sebuah rumah papan terpaksa berpindah ke kaki lima belakang rumahnya setiap kali hujan kerana kesemua ruang di dalam rumah basah akibat atap bocor di sana-sini.

Kata Indon yang juga mesra dengan panggilan Mek Pahang, kadangkala mereka terpaksa bermalam di kaki lima itu jika hujan turun semalaman sehingga menyebabkan kakinya digigit semut.

Ibu kepada sembilan anak yang menghidap kencing manis ini berkata, disebabkan gatal dia menggaru kesan gigitan semut pada ibu jari kaki kirinya sehingga luka.

"Makcik ke Klinik Kesihatan Geliga untuk ambil ubat luka bagi merawat ibu jari kaki tetapi doktor kata makcik menghidap kencing manis pula.

“Pada malam selepas balik dari klinik, mak cik mimpi datang seorang lelaki memberi mak cik pokok misai kucing dan beritahu supaya pokok itu dikisar dan airnya diminum," katanya.

Tanpa bertangguh, keesokan paginya, Indon terus mengambil pokok itu kebetulan ditanam di belakang rumah dan melakukan seperti diberitahu di dalam mimpinya.

"Selang beberapa hari selepas mengamalkan minum air rebusan pokok misai kucing, jururawat datang ke rumah dan katanya kencing manis mak cik dah tak dok (tiada).

"Pelik juga mak cik tapi itu semua kuasa ALLAH SWT dan luka di kaki juga beransur hilang.

"Tapi sejak dua bulan lepas mak cik tiba-tiba rasa koho lama koho dok rok (makin lama makin tidak larat) sehingga ada suatu hari mak cik tak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Kemaman,” katanya semalam.

Katanya, kini ibu jari kakinya itu bertukar menjadi hitam, apabila malam dia akan berasa tersangat sakit.

"Makcik jumpa doktor untuk dapatkan rawatan lanjut ibu jari kaki ini, doktor kata penyakit makcik dah makin teruk dan kaki kiri makcik terpaksa dipotong kerana luka itu juga sudah merebak," katanya.

Namun, Indon bernasib baik kerana ketika menghadapi dia diuji dengan masalah kesihatan, suaminya yang sebelum ini diserang angin ahmar tahun lalu kembali pulih.

Mereka kini mengharapkan keprihatinan anak yang tinggal bersebelahan rumahnya.

"Ramai juga tetangga yang datang menziarah dan menghulurkan wang, sumbangan itu kami guna membeli ubat manakala Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tidak pernah lupa menghulurkan bantuan bantuan beras dan wang," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pas Dun Chukai, Hanafiah Mat berkata, bagi meringankan beban ditanggung pasangan suami isteri itu, pihaknya bersama syarikat swasta bergotong-royong membaik pulih rumah tersebut yang kerjanya sudah dilakukan sejak kelmarin.

Gotong-royong tersebut turut disertai 50 sukarelawan daripada kedua-dua pihak dengan membabitkan keseluruhan RM15,000.

“Kesemua atap zink kita tukar dengan atap asbestos dan dinding reput juga ditukar dengan dinding baru, lantai reput dan berlubang kita gantikan dengan yang baru.

“Rumah ini juga akan dilengkapi kipas. Kita jangka dalam beberapa hari rumah ini siap sepenuhnya dan minggu depan mereka berdua boleh masuk rumah baru,” katanya.

Mahathir mahu Marina jauhi Bersih 2.0

Tun Dr Mahathir MohamadSHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum  yang bersih dan adil.

“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno.

Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat.

Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis.

Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah.

kerana meruntuhkan masjid,kini kerajaan umno Terengganu Darul Runtuh!!

Bekas Timbalan Pengarah Jakim sertai PAS

.UMNO PEMBELA RAKYAT??????

Tergelak saya membacanya...UMNO PEMBELA RAKYAT??????Shahrizat n family sapu projek NFC RM250 juta, bela rakyat?Isa Samad dpt 180 ribu lot saham FGVH, peneroka cuma 800 unit; bela rakyat?7 buah kampung di Pengerang bakal lenyap kerana projek kroni, bela rakyat?300 buah rumah penduduk Plentong Tengah, JB diroboh, bela rakyat? ~@Mazlan Aliman

Leftenan Adnan dengan Tok Guru Nik Aziz.

Didalam penjara beliau bukan sahaja didera, malahan telah dirogol



Ramadhan telah menghampiri kita, bagaimanakah nasib saudara kita didalam penjara? Jika Khalifah Mu'tasim Billah boleh menghantar tentera menyerang Rom kerana aurat muslimah dipersendakan, apakah bezanya dengan Dr. Aafia Siddiqui yang ditangkap oleh Amerika dengan bantuan Pakistan kemudian dijatuhkan hukuman 86 tahun penjara. Didalam penjara beliau bukan sahaja didera, malahan telah dirogol. Soalan kubur kita dah cukup lancar, tapi hakikatnya apakah setakat lancar saja tanpa perlu tindakan? - Apek
________
http://alturl.com/nx9ib
 —

Tom Cruise, Katie Holmes bercerai

LOS ANGELES: Pasangan ternama Hollywood, Tom Cruise dan Katie Holmes dilaporkan bercerai selepas lima tahun berkahwin, hari ini. 

Wakil Holmes memberitahu kepada majalah People bahawa penceraian itu berikutan masalah peribadi Katie dan ahli keluarganya.
“Buat masa ini, Katie akan memberi tumpuan dan melakukan yang terbaik ke atas anak perempuannya,” katanya.
Cruise yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-50 Selasa ini melangsungkan perkahwinan dengan Holmes di istana Itali pada November 2006 selepas mengisytiharkan perasaan cintanya kepada bekas bintang ‘Dawson’s Creek’ di ‘Oprah’. 

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suri yang kini berusia enam tahun. 

Ini adalah perkahwinan pertama bagi Holmes dan ketiga bagi Cruise. - AFP 

Alhamdulillah... Bukan Islam Lebih Mengenali Islam Dari Orang Islam...


Alhamdulillah... Bukan Islam Lebih Mengenali Islam Dari Orang Islam... Hebatnya Kesan Tarbiyyah Pakatan Rakyat Yang Mengajar Sahabat-Sahabat Mereka Yang Bukan Islam Mengenali Agama Islam Dan Bukannya Seperti UMNO Mengajar Bukan Islam Supaya Menjauhi Islam... Mudah-Mudahan Dato Chua Jui Meng Mendapat "HidayahNYA" Insya-Allah..- KBBUTV3

Video penuh : http://www.youtube.com/watch?v=EDsSQ_fFAio

umno gagal menjernihkan pandangan dan imej islam dikalangan non-muslim dlm BN..

Sebenarnya isu disini lebih dari isu hudud...tapi penyokong umno hanya nampak isu hudud..apa yg nk disampaikan di sini ialah proses perntarbiahan..matlamat dan manfaat 'berkawan' dgn parti non-muslim..umno dgn MCA/gerakan dan MICnya..PAS pula dgn DAP (dan sebahagian PKRnya)...namun ternyata, setelah lebih 50 tahun!, umno gagal menjernihkan pandangan dan imej islam dikalangan non-muslim dlm BN..

Adapun PAS yg terpaksa mengambil tugas besar berkawan dgn parti (DAP) yg dikatakan Umno sbg parti yg paling rasis dan anti-islam di Malaysia, namun disana nampak hasil dan kesannya...walaupun tidak banyak, namun tidak pula kurangnya...itupun baru tidak sampai sepenggal bersama dlm pakatan PR..sudah ada kesan positifnya...baik terhadap imej Islam sendiri mahupun khusus dalam hukum hudud....fikir2lah yo..

BONGKAR!! Siapa dibelakang Kassim Ahmad (pengarang buku 'anti-hadis')??

BONGKAR!! Siapa dibelakang Kassim Ahmad (pengarang buku 'anti-hadis')??

Jawapannya ada di dalam gambar ini...YA, segalanya sudah terjawab...jika selama ini kita tidak mengetahui 'penyokong' gerak kerja Kassim Ahmad, seorang yg seringkali mempersoal dan mengkritik sumber hadis, sehingga menulis sebuah buku mengkritik hadis...hari ini ianya terbongkar apabila ditemuramah oleh Malaysiakini...sama2 fikir dan muhasabah diri..

Sebanyak RM273,799.57 wang pembayar cukai dalam negara ini digunakan untuk percutian peribadi

Sebanyak RM273,799.57 wang pembayar cukai dalam negara ini digunakan untuk percutian peribadi dari 18 Mei hingga 25 Mei iaitu dua hari di Washington dan lima hari di Milan dengan menggunakan pesawat rasmi negara, demikian dijelaskan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong di parlimen.

Hahaha.... korang dapat BR1M RM500 tu boleh pergi Indonesia tak? hahahaha.... Tahniah Najib, pedulikan dia orang nie, bukan cerdik politik pun... bagus kau buat macam nie.... padan muka dia orang... sekali lagi Tahniah Najib!!! - Apek
 

Purnama Suara Pas Kelantan

Tuan Guru

Subhanallah..satu fenomena yg tak pernah dilihat di negeri kubu kuat Umno ini...

CATAT SEJARAH: Labih 20 ribu rakyat JOHOR membanjiri Perhimpunan Hijau PAS Peringkat Negeri Johor malam tadi (29.6.2012)...ALLAHUAKBAR!!!

*Subhanallah..satu fenomena yg tak pernah dilihat di negeri kubu kuat Umno ini...suasana seperti di Pantai Timur....melimpah lautan manusia!
 —

Suasana di Dataran Tahrir..Subhanallah..

Dr. Asri menziarahi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya

Nik Aziz di Malaysia dan Erdogan di Turki..

Seorang rakyat Mesir berbangsa Arab, rasa amat terharu dan kagum akan cara hidup seharian TGNA yang amat sempoi dan merendah diri, membeli minuman digerai minuman ditepi jalan, sehingga beliau membuat perbadingan dengan Erdogan Perdana Menteri Turkey .

Gambar tersebut beliau muat naikkan di akaun Facebooknya sambil sebar dan kongsi.

Katanya:

نيك عزيز في ماليزيا ، و أردوغان في تركيا . . . . إبراز الجانب الإنساني مطلوب ،

Ertinya: "Nik Aziz di Malaysia dan Erdogan di Turki...perlihatkan aspek ciri kemanusiaan yang dituntut.."
 

Isa Samad yg tak de seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham

Saham FGVH mencatatkan premium sebanyak 84 sen kpd RM 5.39 pada dagangan pertama hari ini. Ini bermakna tiap unit hanya ada lebihan 31 sen (rm5.39-rm5.08 ). Kiralah berapa UNTUNG yg di war2kan.800 unit x 31 sen = rm 248. Inilah jumlah untung berlipat lipat kali ganda yg dinikmati peneroka!
Isa Samad yg tak de seinci pun tanah, dapat 180,000 unit saham. Sokong dan ampu le peneroka pada Isa dan kroni2nya seperti Sabri Ahmad dpt 180,000 unit, Dr Omar Salim 150,000 unit, Dr Emir 150,000 unit.
Apapun, ANAK tetap konsisten menentang penyenaraian FGVH ke Bursa Msia. Warga Felda tidak boleh di perjudikan dengan pendekatan seperti ini kononnya utk membesarkan saiz pelaburan dan kecairan modal. Mazlan Aliman

Lihatlah sendiri dan hitung berapa elaun yg Isa Samad dapat


Lihatlah sendiri dan hitung berapa elaun yg Isa Samad dapat dengan deretan jawatan yg didedah dlm prosfektus FGVH. 100k sebulan atau 300k sebulan seperti dilaporkan?Peneroka Felda dapat apa? Kata-kata ' Sadeq Sigaraga dlm filem 3 Abdul....Jangan marah, nanti kena jual! Nampaknya peneroka dah nak kena jual!!! Mazlan Aliman
 

Korang tengok gambar

Korang tengok gambar kanan dengan gambar kiri, apakah lokasi gambar kanan sama dengan suasana di lokasi gambar kiri? (Aku blurkan gambar disebelah kiri utk elakkan korang salah tafsir yg mengarut-ngarut, sebab isu disini lokasi gambar itu sama atau tidak) - Apek

Rayu bina semula rumah terbakar




IBRAHIM termenung di luar setor tempat tidurnya bersebelahan rumahnya yang terbakar di Kampung Masjid Lama, Lepai, Pokok Sena semalam.


POKOK SENA - Seorang warga emas di Kampung Masjid Lama, Lepai di sini terpaksa menghabiskan sisa usianya tinggal dalam setor selepas rumahnya terbakar pada Mac lalu.
Ibrahim Hashim, 69, tinggal di situ bersama tiga anak lelakinya, Abd. Aziz, 46, Mohd. Nazri, 40, dan seorang anaknya yang mengalami sakit mental, Abd. Rashid, 45.
Menurutnya, dia tiada pilihan selain terpaksa berteduh di dalam setor terletak di sebelah rumahnya memandangkan kebakaran pada 6 Mac lalu memusnahkan keseluruhan rumah berstruktur kayu itu.
"Dahulu bilik itu dijadikan setor, tetapi kini tempat tidur kerana rumah yang terbakar belum dibaiki. Walaupun kurang selesa, kami terpaksa berkongsi empat beranak," katanya di sini semalam.

Osman Kering meninggal dunia




MOHAMMAD AL-ANAS (kanan) melihat wajah ayahnya buat kali terakhir selepas disembahyangkan di Masjid Al-Najihin, Bandar Seri Permaisuri, Cheras semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim (gambar kecil), 59, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini pada pukul 3.45 petang semalam.
Allahyarham yang menghidap penyakit batuk kering sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi.
Menurut anak sulung Allahyarham, Mohammad Al- Anas, 28, bapanya mengalami bengkak pada bahagian otak sejak Isnin lalu dan ia semakin teruk sejak beberapa hari lepas.
“Doktor beritahu bengkak tersebut disebabkan aliran darah dan oksigen tidak sampai ke otaknya dengan baik.
“Selain itu, paru-parunya berfungsi sebelah sahaja manakala sebelah lagi sudah lama rosak,” katanya ketika ditemui.

‎[BONGKAR] Daniyar Tidak berada Di Sandhurst Tetapi Bersembunyi Di Malaysia


‎[BONGKAR] Daniyar Tidak berada Di Sandhurst Tetapi Bersembunyi Di Malaysia
Itu dia!
Jelas satu penipuan.
Baju celoreng itu sahaja sudah membuktikan ia di Malaysia. Bukan di Sandhurst. Baju celoreng berbeza diantara askar Malaysia dengan UK.
Kemudian bangunan yang menjadi latarbelakang pemuda itu. Ia adalah padang kawad di Malaysia, bukan di Sandhurst.
Kemudian pemuda-pemuda (askar?) yang ada bersamanya di gambar pertama, siap bermisai dan tingginya rendek-rendek belaka. Ia pemuda Malaysia!
Logo di topi yang digunakan: logo Kolej Tentera Darat Malaysia!
Siapa punya kerja mengatur dan melakukan penipuan ini?
SUMBER : http://kerabubersuara.blogspot.com/2012/06/bongkar-daniyar-tidak-berada-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FRzVdP+%28Kerabu+Bersuara%29

suruh SPRM siasat AWANG ADEK


Awang adek beria2 kutuk PAS kelantan dua tiga hari neh. Kata nya ada penyelewengan lah apa lah.. tapi bukti tak bagi. Dah lebih dari 25 jam masa yang TGNA bagi, ada SPRM datang office TGNA amek keterangan atau buat siasatan? 

Takde pun. So, buat apa cakap2 pasal skandal rasuah apa seme kalau SPRM pun tak amek port nak siasat? Neh kami yang suruh SPRM siasat ko pula. Ko duduk dan tunggu disitu AWANG ADEK, satu persatu rahsia ko akan terbongkar.

1. Mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara  kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?

2. Mengapakah Chung Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?

3. Benarkah isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung Hon Cheong dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2122.00 sebulan?

4. Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?

5. Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/skandal-rasuah-terkini-5-soalan-untuk.html#ixzz1z9C6Ep00

- ACIK
Awang adek beria2 kutuk PAS kelantan dua tiga hari neh. Kata nya ada penyelewengan lah apa lah.. tapi bukti tak bagi. Dah lebih dari 25 jam masa yang TGNA bagi, ada SPRM datang office TGNA amek keterangan atau buat siasatan?

Takde pun. So, buat apa cakap2 pasal skandal rasuah apa seme kalau SPRM pun tak amek port nak siasat? Neh kami yang suruh SPRM siasat ko pula. Ko duduk dan tunggu disitu AWANG ADEK, satu persatu rahsia ko akan terbongkar.

1. Mengapakah pada 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00?

2. Mengapakah Chung Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999?

3. Benarkah isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung Hon Cheong dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2122.00 sebulan?

4. Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?

5. Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/skandal-rasuah-terkini-5-soalan-untuk.html#ixzz1z9C6Ep00

- ACIK