Sunday, May 10, 2015

Najib: Kenyataan Tun M berbelit-belit

Najib Tun Razak

TAWAU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kebelakangan ini berbelit-belit.

“..sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion,” katanya katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini, hari ini.

Najib menegaskan, kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan, ketika Tabung Haji (TH) membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana TH boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan TH menjual tanah berkenaan.

Najib berkata, melalui penjualan semula aset berkenaan, TH boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit TH sendiri kerana jika aset itu tetap milik TH, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.

Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar. - Bernama

Saya tidak akan letak jawatan

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

TAWAU - [DIKEMASKINI] Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
  
Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau akan tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
  
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.
  
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
  
Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.
  
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".             
  
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.
  
Justeru, kata Najib takkan satu suara lebih besar daripada suara yang didengarnya daripada hadirin dan juga rakyat di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan pagi tadi serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
  
Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.
  
"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.
  
"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," katanya.
  
Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.
  
Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.
  
Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.
  
"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.
  
"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.
  
Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.
  
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno.

Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".            

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Najib berkata beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadiri pada majlis di sini dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.

"Takkan satu suara (Dr Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara," katanya.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan.

Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri", yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti.

Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," katanya. - Bernama

Elak kontroversi beli tanah TH-1MDB dipanjangkan

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

KOTA BELUD - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji (TH) daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipanjangkan.

Beliau berkata ini kerana isu itu telah diputar-belitkan untuk memperlihatkan seolah-olah dalam urusan itu Tabung Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Tabung Haji bahawa ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB.

Najib berkata menjual tanah itu kepada sektor swasta merupakan urusan komersial yang baik, membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh singkat. 

"Jadi, ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," katanya.

Semalam, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Tabung Haji mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tawaran daripada beberapa pembeli yang berminat. - Bernama

Dr M Lakukan 'Bailout' Ketika Jadi PM - Salleh


Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 9:56 AM
Datuk Seri Salleh Tun Said

KOTA KINABALU: Tanah yang dibeli oleh Tabung Haji dari 1MDB bukan 'bailout' (menyelamat) jika dibandingkan dengan tiga langkah menyelamat utama yang dilakukan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, kata Speaker Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

"Perkataa 'bailout' adalah istilah negatif dan telah sengaja digunakan atau disalahgunakan untuk menyindir bahawa ada sesuatu yang tidak kena berlaku," kata Salleh, yang juga Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno negeri Sabah di dalam blognya.


Salleh membangkitkan isu-isu 'bailout' di bawah era Dr Mahathir, memetik kes Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), yang dikatakan muflis kerana rekod pinjaman BMF yang buruk di Hong Kong, sambil menambah Petronas terpaksa menyuntik wang untuk menyelamatkan bank tersebut.

"'Bailout' berlaku apabila wang dipam ke dalam sebuah organisasi yang sakit tanpa sebarang pulangan ke atas wang itu.

"Sama ada anda menerima dividen atau anda tidak mendapatkan wang anda kembali.

"Perwaja adalah 'bailout' kerana jika wang tidak dipam ke dalam syarikat itu, ia akan muflis.

"Sekali lagi, tidak ada pulangan wang kerajaan yang dipam ke dalam Perwaja," katanya.

Salleh berkata kerajaan membeli balik saham MAS daripada Tajudin Ramli dan itu juga merupakan 'bailout'.

"Jika kerajaan tidak membeli saham tersebut, Tajuddin akan muflis. Kerajaan terpaksa membeli balik saham pada cara di atas harga pasaran," katanya.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa pembelian Konsortium Perkapalan Berhad oleh Petronas bukan 'bailout'.

Beliau berkata Mirzan Mahathir mahukannya pada harga RM2 bilion untuk membolehkannya menampung hutang RM1.7 bilion beliau.

"Tetapi Petronas hanya bersetuju untuk membayar RM1 bilion. Jadi Mirzan hilang RM1 bilion dalam perjanjian itu manakala Petronas kemudian menjual syarikat itu untuk keuntungan besar beratus-ratus juta."

Beliau berkata, keadaan seperti itu yang tidak boleh dianggap sebagai 'bailout' tetapi 'pembelian', walaupun jika Petronas tidak membeli syarikat itu, Mirzan akan menjadi muflis.

"Oleh itu, apabila Tabung Haji membeli aset dari 1MDB pada harga diskaun sedikit berbanding nilai pasaran, adakah anda memanggilnya 'bailout' apabila Tabung Haji tidak mengepam wang ke dalam 1MDB tanpa pulangan sekalipun, seperti yang berlaku dalam semua contoh-contoh lain di atas?" dia bertanya.

Sirul Terikat 'Kod Berdiam Diri'


Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 6:45 PM

PETALING JAYA: Pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu terus diselubungi misteri apabila salah seorang pembunuhnya, Sirul Azhar Umar memilih untuk mematuhi kod berdiam diri.
Dalam satu temu bual dengan Sydney Morning Herald, Sirul, bekas komando polis, berkata beliau tidak pasti sama ada sudah bersedia untuk mendedahkan perkara itu lagi.
"Saya adalah seorang ahli pasukan polis dan terikat dengan kod berdiam diri," katanya dalam satu temubual di keselamatan maksimum Blaxland unit di Villawood, Australia baru-baru ini.
Sirul sebelum itu memberitahu media tempatan pada wawancara telefon pada Februari bahawa dia telah "serius mempertimbangkan" untuk memberitahu maklumat tentang pembunuhan pada 2006 itu.
Sirul bagaimanapun terus mendakwa bahawa dia hanya orang suruhan dalam pembunuhan itu.

"Saya yang bertindak di bawah arahan. Orang-orang yang mahu membunuh Cik Shariibuu masih bebas.

"Saya mahu peluang untuk menebus maruah keluarga saya ... Saya kambing hitam itu." katanya dalam temu bual itu sebelum menambah bahawa di bawah kod komando "anda tidak memberitahu".

Sirul melarikan diri ke Australia untuk tinggal bersama saudara-saudaranya sebelum dia dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan, dan kemudian telah ditangkap oleh Interpol di Queensland.

Beliau gagal hadir di Mahkamah Persekutuan, yang menjatuhkan hukuman dan bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, 38, mati kerana membunuh Oktober 2006 Altantuya berusia 26 tahun.

PM Perlu Telus, Jujur Jelas Isu Libatkan Tabung Haji - Ketua Umno Bahagian


Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 2:12 PM

PETALING JAYA: Beberapa jam sebelum sambutan ulang tahun ke-69 Umno pada Isnin, ketua Umno bahagian akan mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi bagi menjelaskan isu terkini membabitkan wang rakyat.
Pertemuan yang dijadualkan berlaku pada tengah hari di Seri Perdana, Putrajaya itu adalah yang kedua seumpamanya dalam tempoh dua bulan.
Pertama kali ia diadakan susulan isu kontroversi berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kali ini, juga melibatkan syarikat berkenaan tetapi mengheret satu lagi entiti yang dekat dihati rakyat - Tabung Haji (TH).
Pada pukul 3 petang hari sama juga, akan berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijangka membincangkan prestasi Umno pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh, selain isu semasa bekaitan 1MDB dan TH.
Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, semua pemimpin bahagian menantikan tarikh dan masa yang ditetapkan itu kerana ia penting untuk meredakan kekeliruan di peringkat akar umbi.
"Kita harap sangat, Presiden parti akan jelaskan sejujur-jujurnya dan dengan telus semua persoalan yang timbul melibatkan Tabung Haji.
"Jika tidak, sukar untuk kami di peringkat bahagian nak jelaskan kepada ahli akar umbi yang rata-rata kesal dan marah dengan perkembangan terbaharu ini, semuanya kerana mereka tidak faham hal sebenar," katanya ketika dihubungi mStar Online, Ahad.
Ismail berkata, walaupun dikatakan ia pertemuan biasa dengan pemimpin tertinggi parti, pihaknya tetap menunggu penjelasan berkaitan isu 1MDB dan TH kerana apa yang diperkatakan itu dapat membantu menangkis tohmahan pembangkang.
"Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kita perlu cari jalan terbaik untuk selesaikan hal ini dan tanpa penjelasan telus mengenai apa yang berlaku sukar untuk jentera parti menangkis hujah pihak yang cuba menggoyahkan keutuhan Umno," katanya.
Sementara itu, bagi Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, suasana di peringkat akar umbi Umno disifatkan dalam keadaan tidak baik susulan isu terkini yang diperkatakan ketika ini.
"Tidak baik, isu 1MDB dah teruk, sekarang lagi teruk apabila timbul pula hal pembabitan Tabung Haji," katanya.
Mengenai pertemuan dengan Perdana Menteri pula, beliau mahu mengambil sikap tunggu dan lihat, bagaimanapun masih tetap dengan pendirian untuk memperjuangkan kelangsungan Umno.
"Saya akan tengok dulu suasana pada pertemuan itu sebelum bertanyakan hal semasa," katanya.
Selain dikritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kontroversi 1MDB, pentadbiran negara juga diheret dengan pelbagai isu yang menimbulkan keresahan rakyat termasuk pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang menjadi modal pembangkang pada dua PRK yang diadakan baru-baru ini.
Pada Mac lalu, Najib bertemu 160 daripada 191 ketua Umno bahagian serta sayap parti bagi memberi taklimat mengenai isu berkaitan 1MDB.
Perdana Menteri turut mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan audit ke atas 1MDB dan setakat ini hasilnya belum didedahkan kepada umum.

Perjanjian Tanah Tabung Haji Tidak Dibincang Di Kabinet - Dr Wee


Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 2:25 PM
Datuk Dr Wee Ka Siong

PETALING JAYA: Kabinet tidak membincangkan mengenai transaksi pembelian tanah Tun Razak Exchange (TRX) Lembaga Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Dalam satu kenyataan akhbar pada Ahad, Dr Wee berkata beliau tidak tahu tentang perjanjian tersebut dan hanya mendapat maklumat mengenai isu ini daripada media.

"Mungkin ini masa yang tidak baik untuk Tabung Haji membeli sebahagian daripada tanah Tun Razak Exchange (TRX) atau sebaliknya adalah bijak untuk ia mempertimbangkan prospek pelaburan lain dan bukannya terlibat dalam kontroversi 1MDB pada masa ini.

"Lembaga Pengarah 1MDB dan Lembaga Tabung Haji perlu menjawab semua pertanyaan yang dibangkitkan oleh orang ramai terutamanya pendeposit bagi kepentingan ketelusan dan tadbir urus yang baik," katanya.

Urus niaga itu mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan pertubuhan bukan kerajaan.

Tabung Haji mempertahankan keputusan untuk membeli tanah tersebut dengan berkata tanah berkenaan yang berkeluasan 0.66 hektar dibeli atas keputusan komersil dan bukan untuk 'bailout' atau menyelamatkan 1MDB.

Pada hari Sabtu, Tabung Haji berkata menerima tiga tawaran daripada pihak yang berminat membeli tanah tersebut dan dijangka memuktamadkan perjanjian dalam tempoh dua minggu.

Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata mereka bertindak atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menamatkan kontroversi yang telah menjadi berita utama sejak beberapa hari lepas.

Abim Minta Pegawai Tertinggi Tabung Haji Terlibat Letak Jawatan


Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 10:49 PM

PETALING JAYA: Pegawai tertinggi Lembaga Tabung Haji yang terlibat dalam perjanjian tanah dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mesti meletakkan jawatan untuk memulihkan keyakinan dalam tabung haji, kata Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Presiden Abim Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan berkata, langkah tersebut dapat memulihkan keyakinan orang ramai dalam pengurusan Tabung Haji.

"Langkah itu boleh dilihat sebagai dapat memulihkan keyakinan dalam pengurusan Tabung Haji. Walau bagaimanapun, untuk memastikan keyakinan ini dikekalkan, empat pegawai atasan yang terlibat dengan 1MDB perlu meletakkan jawatan, "katanya.

Pada hari Khamis, Tabung Haji berkata ia telah membeli sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB pada harga diskaun kira-kira 3% daripada nilai saksama daripada penilaian hartanah oleh sebuah firma penilaian bebas.

Tabung Haji telah mempertahankan keputusan untuk membeli tanah itu, berkata Tabung Haji itu forking RM188.5mil untuk 1.6 ekar (0.64ha) petak manakala nilai saksamanya adalah RM194mil.

Pengerusi dana Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengumumkan pada Sabtu bahawa Tabung Haji memutuskan untuk menjual semula plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli dari 1MDB itu.

Hari Ibu Paling Menyedihkan Buat Ibu Mangsa Nahas Helikopter


Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 11:37 AM
Datin Habibah Mahmud (kanan) bersama suaminya Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar.

BATU PAHAT: Sambutan Hari Ibu pada tahun ini menjadi sambutan yang paling menyayat hati buat Habsah Umar, 77, apabila beliau kehilangan anak ketiganya yang terlibat dalam nahas helikopter di Pakistan.

Hati Habsah hancur luluh setelah mengetahui bahawa anaknya, Datin Habibah Mahmud, adalah antara yang terbunuh selepas sebuah helikopter tentera yang dinaikinya terhempas dan merempuh sebuah sekolah di Naltar Valley pada Jumaat.

Beliau mengingati anak perempuannya itu sebagai seorang yang mesra, dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir serta tidak pernah gagal untuk membantu orang lain di sekelilingnya.

"Dia menghubungi saya dari Pakistan kira-kira dua minggu lalu dan itu merupakan kali terakhir kami bercakap," kata Habsah kepada The Star di rumahnya di Pekan Semerah di sini Sabtu.

Sambil menangis, ibu kepada sembilan anak itu berkata, Habibah sepatutnya kembali dan menetap di Malaysia dalam tempoh dua tahun lagi selepas suaminya bersara.

"Suaminya telah berkhidmat di Pakistan selama dua tahun dan mereka sepatutnya pulang selepas berkhidmat empat tahun pada tahun 2017.

"Saya terkejut apabila mengetahui mengenai berita ini di televisyen dan kami masih belum dimaklumkan sama ada jenazah beliau akan dibawa balik ke kampung halamannya di sini," kata Habsah.

Habsah berkata anak sulung Habibah telah berlepas ke Pakistan di sekitar pukul 1.30 petang Sabtu.

Ahli-ahli keluarga berkumpul di rumah mereka manakala rakan-rakan rapat juga dilihat singgah untuk menyampaikan ucapan takziah mereka.

Dilaporkan bahawa Habibah berada dalam helikopter bersama suaminya Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar, yang juga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, bersama-sama dengan beberapa diplomat lain dan pasangan mereka dalam program rasmi apabila helikopter terhempas.

Dr Hasrul Sani terselamat dan kini dirawat di Hospital Gilgit di Pakistan.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa mayat Habibah itu dijangka tiba di Malaysia pada Ahad atau Isnin dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor.

Bukan 'Bailout'! Tanah TH Dapat Tawaran Harga Lebih Tinggi - PM


Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 3:05 PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat Kampung Pirasan di Kota Belud, Ahad. -fotoBERNAMA

KOTA BELUD: Beberapa tawaran yang telah diterima untuk membeli tanah Lembaga Tabung Haji di Tun Razak Exchange menunjukkan pembelian yang dibuat oleh lembaga itu sebelum ini bukan untuk menyelamatkan (bailout) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, Tabung Haji telah menerima tawaran bagi pembelian tanah itu pada kadar yang lebih tinggi.

"Menjual tanah itu kepada sektor swasta merupakan urusan komersial yang baik, membolehkan Tabung Haji mengaut untung beberapa juta ringgit dalam tempoh singkat.

"Jadi, ia bukan langkah untuk menyelamatkan (1MDB). Tiada syarikat akan membeli sesuatu projek jika syarikat itu akan rugi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Belud di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Tabung Haji bahawa ia akan menjual semula tanah yang dibeli daripada 1MDB.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa Najib berkata kerajaan tidak mahu kontroversi urusan pembelian tanah oleh Tabung Haji daripada 1MDB dipanjangkan.

Beliau berkata ini kerana isu itu telah diputar-belitkan untuk memperlihatkan seolah-olah dalam urusan itu Tabung Haji telah menggunakan wang pendeposit untuk menyelamatkan 1MDB daripada masalah kewangan.

"Kami tidak mahu kontroversi ini dipanjangkan kerana ia akan mengambil banyak tenaga kami dari segi memberi tumpuan terhadap beberapa daripada program-program besar yang kami cadang untuk laksanakan."

Pada Sabtu, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata Tabung Haji mengambil keputusan untuk menjual semula tanah seluas 0.66 hektar bernilai RM188.5 juta di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, selepas menerima tawaran daripada beberapa pembeli yang berminat.

Pancaroba

Azeez: ‘Saya tidak akan letak jawatan’

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

KUALA LUMPUR – [DIKEMASKINI] Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandang sejak 2013.

Menurut Abdul Azeez, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH.

“Selama dua hari ini saya diam daripada memberikan sebarang maklum balas. Saya tunggu sebab saya nak tahu apa isu yang akan dimainkan.

“Rupa-rupanya isu politik dan mereka mahu kaitkan saya sebagai pengerusi TH. Apa kena mengena? Kalau saya rugikan duit TH, bolehlah desak saya letak jawatan,” katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendesak agar Abdul Azeez meletakkan jawatan sebagai pengerusi TH kerana dikatakan memberi kenyataan bercanggah berhubung pembelian tanah daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange.

Dalam pada itu, Abdul Azeez berkata, beliau juga telah membuktikan kredibiliti apabila berjaya menambah jumlah dividen yang diterima pendeposit di TH.

“Sebelum ini, TH bayar dividen 5.5 peratus. Alhamdulillah, secara kebetulan sejak saya jadi pengerusi dan rakan-rakan lain dalam lembaga pengarah sertai TH, kita bayar dividen 6 peratus (bonus tahunan) tambah 2 peratus (bonus haji) jadi 8 peratus pada 2013.

“Tahun lalu pula kita bayar 6.25 peratus (bonus tahunan) tambah dua peratus (bonus haji) sebanyak 8.25 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Azeez meminta agar tiada pihak mengaitkan TH dengan kancah politik.

“Saya sedar sebagai ahli politik dan ahli Umno yang mempengerusikan TH, ada pihak yang tidak senang. Tapi percayalah saya bukan dilihat ahli Umno yang biasa.

“Saya ahli Umno dalam konteks parti dan fahaman politik saya. (Tetapi) dalam kerjaya, saya sentiasa berpaksikan ‘Habluminallah dan Habluminannas’ (hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan kita sesama manusia),” katanya.

Yakin anak selamat di Yaman

Yakin anak selamat di Yaman
Haaziq menunjukkan gambar ketika berada di Yaman kepada ibu dan bapanya.

BIARPUN pelbagai pergolakan dilaporkan namun Marzuki tetap tenang walaupun menerima pelbagai berita di media mengenai pergolakan di Yaman, namun hati Mohd Marzuki Taib, 50, masih tenang dan yakin anaknya di sana selamat.

Anaknya Mohd Haaziq, 23, sudah empat tahun belajar dalam bidang Pengajian Syariah Islamiah di Ribath Al-Fath, Huraudhah, Yaman.

"Dia sudah tamat pengajian namun tidak mahu pulang kerana masih ingin menuntut ilmu di sana, sehinggalah peperangan tercetus dan keadaan tidak terkawal," katanya.

Hasrat untuk menyambung pengajian terpaksa dibatalkan kerana banyak kawasan terputus hubungan biarpun jarak tempat anaknya belajar dengan kawasan bergolak agak jauh.

“Malah hasrat abangnya, Muhammad Hadi (24), yang pada awalnya ingin turut serta melawat negara tersebut dan menjenguk adiknya itu juga terpaksa dibatalkan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pasir Panjang di sini.

Bercerita mengenai sejarah pendidikan anaknya itu, pada awalnya dia menghantar Haaziq belajar di Madrasah Al-Hidayah, Lorong Haji Da, Batu Buruk, sementara menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Langkah itu adalah sebagai percubaan agar anaknya dapat meneruskan pengajian dalam bidang agama, seterusnya menyambung pengajian di Yaman, walaupun dia sebenarnya tidak menaruh harapan tinggi.

Anak-anaknya yang lain turut dihantar ke madrasah sama namun hanya untuk pengajian asas.

“Saya tidak sangka, dengan rela hati dia sendiri ingin meneruskan pembelajarannya di situ (Madrasah Al-Hidayah) dan mendapat sokongan daripada ustaz.

"Sebab sebelum ini, abangnya pernah beritahu saya, dia ingin mendalami bidang agama kerana ramai rakannya belajar di luar negara (Indonesia)," katanya.

Kata Marzuki, ketika itu dia belum terfikir untuk melepaskannya memandangkan dia anak sulung, meskipun dia bersekolah di SMA Ladang.

Sebaliknya, dia menghantar Muhammad Hadi untuk melanjutkan pelajaran ke Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas).

Marzuki berkata, anak sulungnya juga pernah melahirkan rasa cemburu apabila dia mengizinkan anak keduanya itu belajar di Yaman.

Menurut Marzuki, sistem pendidikan di negara ini bagus, cuma dia mahu salah seorang anaknya mendalami bidang agama kerana dengan ilmu agama yang kukuh sahaja dapat jadi pendinding pada masa hadapan.

“Jika asasnya, solat dijaga, insya- ALLAH yang lain tiada masalah. Malah jika pergi ke mana sekalipun, pergaulan dan batas akan dijaga dan kita sebagai ibu bapa tidak akan risau perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun, perasaan berbeza dialami isterinya, Zalina Mohamad, 43, apabila mendengar pergolakan yang berlaku di Yaman. Sebagai ibu hatinya tersentuh memikirkan keselamatan anak keduanya itu.

“Selagi whatsapp tidak dibalas, hati saya bimbang. Tetapi apabila menerima respons...saya lega. Siapa tak risau tidak melihat anak depan mata, apatah lagi dengar keadaan makin teruk di sana,” katanya.

Menurutnya, Haaziq berhasrat untuk pergi semula ke Yaman jika ada peluang, tetapi jika tidak berkesempatan, mungkin dia akan menjadi tenaga pengajar di Madrasah Al-Hidayah, tempat dia belajar sebelum ini.

“Kami sebagai ibu dan bapanya akan menyokong apa sahaja perancangan masa depannya kerana yakin pilihannya itu adalah yang terbaik untuk dirinya,” katanya.

Salahkah rakyat prihatin dengan isu 1MDB, TH?

Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM - Penganalisis politik berpandangan bahawa sikap ambil berat rakyat Malaysia terhadap isu  1Malaysian Development Berhad (1MDB)  dan Tabung Haji (TH) adalah disebabkan mereka sayangkan negara dan prihatin ekonomi negara.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Agus Yusoff berkata, kritikan dan serangan rakyat terhadap isu tersebut bukan disebabkan ingin menjatuhkan kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, rakyat ingin mendapat jawapan konkrit daripada kerajaan, selain jaminan kerajaan mengenai keadaan ekonomi semasa.

“Saya dapati rakyat mengeluh kerana mereka tidak mendapat jawapan kepada isu yang timbul, tetapi alasan semata. Susah sangatkah untuk memberi jawapan yang boleh meyakinkan rakyat?” katanya menerusi Facebooknya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, banyak isu ekonomi yang timbul sekarang begitu menggusarkan rakyat termasuk isu tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Tentang GST, rakyat juga tidak marah jika pelaksanaannya sama seperti yang dijelaskan oleh kerajaan. Kerajaan menyatakan GST tidak akan membebankan rakyat kerana harga keperluan asas tidak naik; GST hanya untuk orang kaya; GST menurunkan cukai SST dari 10+6 peratus kepada hanya 6 peratus sahaja.

“Realitinya, apabila dilaksanakan harga barang keperluan naik. Hatta, harga kad prabayar yang dijanjikan tidak naik pun dikenakan GST. Kerajaan berjanji akan menyelesaikan masalah kad prabayar ini dengan Telco, tetapi sampai sekarang belum ada lagi pengumuman mengenai penyelesaiannya,” katanya.

Ujarnya lagi, apabila harga keperluan meningkat, rakyat marah dan menuntut penjelasan, maka dipersalahkan pula rakyat.

“Apabila rakyat mengeluh, keluarlah kenyataan rakyat tidak berterima kasih; pembangkang mengambil kesempatan dan lainnya. Isu rakyat telah ditukar menjadi isu politik kepartian. Mengapa sampai begitu?

“Melihat kembali, saya fikir wajar kita turut merenung kebuntuan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin,” katanya.

Sebelum ini, Muhyiddin ketika bercakap di Milan tentang isu 1MDB berkata, beliau sendiri buntu untuk menjawab isu tersebut.

Tabung Haji jual semula tanah dibeli daripada 1MDB di TRX





ABDUL Azeez bersama ahli lembaga pengarah pada sidang media berhubung isu TH dan 1MDB di Menara TH di sini hari ini. - Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) memutuskan untuk menjual semula satu plot tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada pertimbangan RM188.5 juta sebelum ini.



TH dijangka meraih keuntungan lebih RM5 juta daripada penjualan plot tanah itu seluas 1.56 ekar.



Pengerusi TH, Datuk Abdul Azeez Rahim, berkata setakat ini sudah ada tiga pihak sedia membeli tanah ini dan urusan jual beli tanah ini akan dilaksanakan TH minggu depan.







Katanya, keputusan penjualan itu juga sudah diputuskan dan dipersetujui semua ahli Lembaga Pengarah TH.



"Kita pegang tanah ini sebulan saja dan kita sudah setuju untuk jual semula dengan sedikit keuntungan yang akan kita peroleh," katanya pada sidang media di Menara TH, pagi ini.



Mengikut Azeez, TH juga akan dapat semula 100 peratus wang yang dibayar kepada 1MDB untuk pembelian tanah itu.



Mengulas lanjut beliau berkata, Azeez berkata, keputusan menjual semula tanah dibuat atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengelak penyebaran fitnah secara berterusan, selain meredakan persepsi kurang baik dalam kalangan pendeposit.



Ahli Lembaga Pengarah TH yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Syukur Hussein juga berkata keputusan menjual semula itu dibuat bagi menghentikan fitnah daripada berterusan.



"Kita dah (sudah) bersetuju mengenai ini, supaya fitnah ini tidak berterusan, maka kita jual semula tanah," katanya.



Dalam pada itu, Azeez menjelaskan sekali lagi, pembelian tanah di TRX dibuat atas keputusan komersial dan bukan untuk 'bailout' atau menyelamatkan 1MDB. Penilaian dilakukan berdasarkan harga semasa oleh penilai profesional Jones Lang Wootton.



Abdul Azeez berkata, tawaran penjualan tanah berkenaan dibuat oleh 1MDB pada April 2013 pada harga RM220 juta dan selepas dua tahun dan dua sesi penilaian, ahli lembaga pengarah sebulat suara setuju dengan pembelian itu yang dimuktamadkan bulan lalu.



Pembelian tanah berkenaan, katanya, diunjurkan berpotensi memberikan pulangan keuntungan sebanyak sembilan peratus setahun, menepati sasaran pulangan pelaburan Tabung Haji sekurang-kurangnya enam peratus setahun.



Jika dilihat kepada nilai pembangunan kasar tanah berkenaan pada RM828 juta, ditolak kos pembangunan kasar sebanyak RM650.5 juta, Tabung Haji mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM177.5 juta.



Penilaian tanah berkenaan pada RM2,774 sekaki persegi adalah lebih rendah berbanding beberapa transaksi yang dilakukan di kawasan berhampiran yang melebihi RM3,000 sekaki persegi, termasuklah pembelian tanah Kedutaan Jerman oleh Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB).



Mengenai konflik kepentingan, katanya, perkara berkenaan tidak berlaku kerana Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail yang juga ahli Lembaga Pengarah 1MDB berkecuali dalam semua proses membuat keputusan berhubung pembelian tanah itu.



Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Johan Abdullah yang juga Pengerusi anak syarikat 1MDB, Edra Energy Sdn Bhd, serta panel pelaburan Tabung Haji, Tan Sri Abdul Samad Alias yang juga anggota panel penasihat 1MDB, juga tidak terbabit dalam proses kelulusan di pihak 1MDB.



Abdul Azeez memberi jaminan kepada pendeposit bahawa simpanan mereka dijamin penuh oleh kerajaan dan wang yang digunakan untuk pelaburan adalah agihan dana mengikut peruntukan aset yang telah diluluskan oleh lembaga pengarah, iaitu sekitar RM11 bilion.



Hingga kini, katanya, Tabung Haji sudah melabur RM5.6 billion daripada peruntukan itu.



Pulangan daripada pelaburan berkenaan digunakan untuk subsidi dan pengurusan haji selain pengagihan keuntungan melalui hibah bonus tahunan di mana Tabung Haji telah membayar purata lebih enam peratus sepanjang tempoh 10 tahun kebelakangan ini.



Tabung Haji menganggarkan subsidi haji tahun ini berjumlah sekurang-kurangnya RM120 juta dengan subsidi bagi setiap jemaah dianggarkan sebanyak RM7,290 bagi mengekalkan kos jemaah menunaikan haji pada RM9,980 berbanding kos sebenar yang berjumlah RM17,270.

Fahrin pilih ketua pramugari Emirates



Fahrin bersama Elena pada majlis pernikahan mereka di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai wanita yang bakal menjadi isteri pelakon Fahrin Ahmad, 36, akhirnya terjawab apabila hero filem Pilot Cafe itu selamat diijabkabulkan dengan ketua pramugari Emirates Airlines, Elena Hani Aleas, 37, dengan sekali lafaz di Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.
Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Shahriman Ali Pitchay dengan mas kahwin sebanyak RM80 tanpa sebarang hantaran.
Majlis yang diadakan serba ringkas itu turut dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri kaum keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pasangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3ZgLNZOWx 
Hakcipta terpelihara 

Kareena teruja temui 1,000 peminat di Malaysia


Kareena merakam gambar di hadapan peminat di Jalan Masjid India semalam.


KUALA LUMPUR – Bintang terkenal Bollywood, Kareena Kapoor Khan me­ngakui teruja apabila berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki di ibu negara semalam apabila disambut lebih 1,000 peminatnya ketika dia hadir untuk me­rasmikan sebuah kedai emas dekat Jalan Masjid India di sini, petang semalam.
Walaupun kehadiran aktres berusia 35 tahun itu bukan bertujuan untuk menjalani sesi penggambaran, namun para peminatnya sanggup menunggu berjam-jam semata-mata untuk melihat wajah pelakon pujaan mereka itu dengan lebih dekat.
Pada majlis petang semalam, Kareena yang popular menerusi filem Kabhi Khushi Kabhie Gham itu telah merasmikan pembukaan kedai emas Malabar Gold & Diamond yang ke-133.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3ZgLEMHmL 
Hakcipta terpelihara 

TH mahu jual semula tanah TRX


Abdul AZEEZ (tengah) memberi penjelasan mengenai isu pembelian tanah TRX oleh TH pada sidang akhbar di Menara TH, Kuala Lumpur semalam. Hadir sama Abdul Shukor (kanan) dan Johan.


KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) membuat keputusan mahu menjual semula tanah kontroversi berkeluasan 0.63 hektar (1.56 ekar) di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) di sini yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada nilai RM188.5 juta bulan lalu.
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH semalam memutuskan akan menjual tanah tersebut dalam tempoh terdekat setelah mendengar pandangan daripada pelbagai pihak.
Menurutnya, cadangan penjualan berkenaan juga dibuat atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengelak penyebaran fitnah secara berterusan, selain meredakan persepsi kurang baik dalam kalangan pendeposit.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0510&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3ZgKX3jEM 
Hakcipta terpelihara 

PRK Permatang Pauh terburuk


KHALID ABU BAKAR bersama  isteri, Puan Seri Imran Ibrahim semasa
KHALID ABU BAKAR bersama isteri, Puan Seri Imran Ibrahim semasa menghadiri majlis persaraan Zubaidah Md Ismail yang melambaikan tangan perpisahan di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ROY AZIS ABD AZIZ
KUALA LUMPUR 8 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh semalam adalah antara pilihan raya yang terburuk pernah diadakan.
Kata beliau, proses pengundian semalam dicemari dengan insiden pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan kepada pasukan keselamatan yang bertugas.
Malah jelasnya, sikap yang ditunjukkan sekumpulan penyokong parti politik semalam juga disifatkan sebagai sangat tidak bertamadun.
“Perkara yang terjadi pada pilihan raya semalam tidak sepatutnya berlaku. Malaysia dan penduduknya telah matang tetapi sikap seperti melontar batu ke arah pemberita, bergaduh dan menimbulkan provokasi ketika meraih undi adalah sangat tidak bertamadun.
“Saya boleh sifatkan pilihan raya semalam adalah antara yang terburuk. Mereka mempersoalkan tindakan polis sedangkan langkah-langkah yang diambil sentiasa dijalankan di mana-mana pilihan raya sama ada pilihan raya umum (PRU) atau PRK.
“Aktiviti flushing untuk mengesan objek-objek berbahaya seperti bom sememangnya diketahui akan dilakukan tetapi ada pihak sengaja mempersoalkan tindakan polis sehingga sanggup mengepung polis. Kenapa perlu pertikai kerana tindakan itu dilakukan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu,” katanya,
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Tugas Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) ekoran persaraan Pengarahnya, Datuk Zubaidah Md. Ismail di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.
PRK Permatang Pauh semalam dicemari dengan pelbagai insiden kekecohan yang menyaksikan beberapa orang cedera termasuk media dan petugas keselamatan diserang penyokong fanatik parti politik.
Malah, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof sendiri menyifatkan PRK berkenaan adalah paling ganas kerana tindakan penyokong yang terlalu agresif.
Dalam perkembangan sama, Khalid turut mencadangkan agar SPR mengharamkan aktiviti meraih undi pada hari pengundian bagi mengelakkan sebarang kekecohan seperti yang terjadi di Permatang Pauh.
“Saya mahu memberi pandangan kepada SPR untuk mengharamkan aktiviti meraih undi kerana tiada sebab perkara itu perlu dilakukan kerana tempoh bagi ahli setiap parti berkempen sudah ditetapkan.
“SPR boleh kaji pandangan untuk menghapuskan aktiviti itu supaya risiko untuk terjadinya aktiviti keganasan tidak berlaku. Hari akhir kempen sudah cukup untuk meraih undi malah bagi saya, kempen menyokong mana-mana parti telah dilakukan sepanjang tahun,” katanya.
Ditanya tentang jumlah laporan polis berhubung insiden keganasan berkenaan, Khalid memberitahu, pihaknya menerima lebih 100 laporan.
“Saya tidak sempat melihat jumlah sebenar laporan polis yang dibuat tetapi kertas siasatan setiap laporan yang dilakukan telah dibuka,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/prk-permatang-pauh-terburuk-1.89702#sthash.rdil7YHN.dpuf