Wednesday, July 7, 2010

DAP kemuka usul 'Deepak, Rosmah taja Bala'

Siapa taja Raja Petra Kamarudin disuruh siasat,tapi siapa taja Bala didiamkan saja.
Sekarang siasat pula siapa yang taja Bala di UK. Siapa itu Deepak? Apa kaitannya dengan
rosmah? Kenapa Rosmah suruh Deepak taja Bala di UK? jeng! jeng! jeng! Siasat jangan
tak siasat!

Kembara Jr@Blogspot: DAP kemuka usul 'Deepak, Rosmah taja Bala'

Peguam Kesal Polis Panggil Azzamudin Buat Kawad Cam Secara Tergesa-gesa

Polispun manusia juga. Ada yang baik ada yang jahat. Kalau dah selalu buat tak baik lama-lama
 akan terdedah juga. Yang dah mati tak boleh nak cerita. yang tak mati boleh lah cerita, itupun
cuba disembunyikan supaya orang tak tahu. macam-macam cara diusahakan untuk menegakkan
benang basah. dibawah ini salah satu cubaan mereka untuk menipu.
Sila klik kat sini
RAKYAT MARHAEN: Peguam Kesal Polis Panggil Azzamudin Buat Kawad Cam Secara Tergesa-gesa

Gadis Penan dirogol, ketua polis S'wak naik angin..jangan mare nanti kena jual...!!!!

Apalah yang nak disorokkan. Kalau salah tangkap, dakwa saja.
mungkin jauh dipendalaman susah polis mau siasat. kena pulak dalam hutan.
agaknya itu sebab polis malas mau siasat.

RAKYAT MARHAEN: Gadis Penan dirogol, ketua polis S'wak naik angin..jangan mare nanti kena jual...!!!!

PI Bala dakwa Razak Baginda tidak bersalah..jeng.jeng..jeng..!!! cerita menarik maa..!!

Bala kata Razak Baginda tidak bersalah jadi siapa yang salah? Razak baginda hanya jadi kambing hitam
untuk menutup kesalahan orang lain. Siasat lagi sampai dapat orang yang bertanggung jawab membunuh
Altantuya.
RAKYAT MARHAEN: PI Bala dakwa Razak Baginda tidak bersalah..jeng.jeng..jeng..!!! cerita menarik maa..!!

Cucuh karan badan isteri

SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang berang kerana ditegah isterinya mengambil anak perempuan tunggal mereka berusia enam tahun bertindak ganas apabila mencucuh alat renjatan elektrik ke tubuh wanita berkenaan sehingga pengsan.
Sebelum kejadian di sebuah kondominium di Bukit Puchong di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin, pasangan yang dalam proses perceraian itu bertengkar mengenai hak penjagaan anak mereka di hadapan rumah mangsa.

Difahamkan, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun, namun tinggal berasingan sejak empat bulan lalu selepas dikatakan tidak lagi serasi dan tiada sefahaman.

Menurut sumber polis, semuanya bermula apabila suspek berusia lewat 30-an menghubungi isterinya, awal 30-an, bagi memaklumkan hasratnya menjemput anak perempuan mereka untuk tinggal bersama dengan alasan bagi menjamin masa depan kanak-kanak berkenaan.

“Bagaimanapun, tindakan itu kurang disenangi mangsa sebelum wanita terbabit meminta suaminya datang berbincang di rumah,” katanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah mangsa, berlaku pertengkaran lebih 30 minit kerana masing-masing berkeras mahu menjaga kanak-kanak berkenaan.
“Selepas gagal mencapai kata sepakat, mangsa beredar untuk masuk ke rumahnya. Tindakannya itu menyebabkan suspek berang sebelum mengeluarkan alat renjatan elektrik dibawanya.

“Suspek mencucuh alat berkenaan ke tubuh mangsa menyebabkan dia terjatuh dan kepala mangsa terhantuk pada lantai di kaki lima rumahnya menyebabkan dia pengsan,” katanya.
Sumber itu berkata, suspek yang panik melarikan diri sebelum jiran yang melihat kejadian terbabit segera menghubungi polis.

“Beberapa minit kemudian, polis tiba di tempat kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurut sumber itu, mangsa bagaimanapun, hanya dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas sedar, semalam.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut. Difahamkan, suspek masih gagal dikesan sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya

Warga emas degil dijel, denda RM10,000


SHAH ALAM – Seorang warga emas degil merasuah seorang pegawai polis dikenakan penjara 15 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam. 

Chang Too Kau @ Chong Eng Chuan, 66, mengaku salah memberi suapan RM500 kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Inspektor Alfian Mohd Zainal supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana melindungi seorang wanita Vietnam yang memiliki pas lawatan tamat tempoh berada di Malaysia. 

Too Kau didakwa memberi rasuah kepada pegawai daripada Cawangan Trafik Bandar Baru Salak Tinggi itu kira-kira jam 12.30 tengah malam di Jalan Banting – Nilai, Sepang pada 29 April lalu. 

Semasa sekatan jalan raya polis menahan sebuah kereta Proton Satria yang dipandu seorang lelaki Melayu membawa tiga warganegara Vietnam. 

Bagaimanapun hanya seorang daripada penumpang itu memiliki pasport sah sementara dua lagi hanya mengemukakan salinan. 

Polis mengarahkan mereka menghubungi majikan iaitu tertuduh datang bersama anak perempuannya. 

Setelah diperiksa seorang daripada warga asing itu memiliki pas lawatan tamat tempoh. 

Warga emas itu kemudian berkali-kali menyogok dengan memberi RM500 kepada pegawai itu agar tidak mengambil tindakan terhadapnya. 

Bagaimanapun pegawai berkenaan menolak rasuah itu dan tertuduh ditangkap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut serta dalam operasi sekatan jalan raya itu. 

Too Kau yang berniaga secara kecil-kecilan menjual perkakas logam merayu hukuman ringan setelah insaf terhadap perbuatannya. 

Selain tidak berpendapatan tetap dia juga menghidap darah tinggi, sakit buah pinggang dan lemah badan akibat tua serta menjaga seorang anak sakit mental. 

Menurutnya, wanita tidak memiliki pas lawatan itu ialah isteri kepada salah seorang daripada pekerjanya. 

Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan dia dipenjara lagi lima bulan sekiranya gagal melunaskan denda.

Pas lapor polis jika Shafie berdegil



SHAH ALAM - Pas memberi amaran akan membuat laporan polis sekiranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tidak menarik balik kenyataannya yang menghina parti itu sebagai ajaran sesat. 

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, laporan polis akan dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin serta Solat Hajat oleh satu juta ahli parti itu di seluruh negara. 

Katanya, dakwaan Shafie itu sebagai kenyataan yang biadab dan keterlaluan. Justeru, beliau mencabar Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna atas dakwaan mengapa membuat kenyataan begitu. 

“Apakah beliau kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa?” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam. 

Menurutnya, dalam Perlembagaan Pas Fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam” sementara Fasal 7 (1) Adapun hukum tertinggi sekali dalam pegangan Pas ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul, ijmak ulama dan qias yang terang dan nyata. 

“UMNO pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?” katanya mengulas dakwaan Shafie yang juga Naib Presiden UMNO dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat UMNO bahagian Kulai Jaya kelmarin yang menuduh Pas, parti ajaran sesat. 

Menurutnya, Pas tidak mahu mengajak Shafie menerangkan apa maksud Islam, al-Quran,sunnah, ijmak dan qias yang diperjuangkan parti itu.

Jangan siar berita fitnah



SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan akhbar supaya tidak menyiarkan bahan-bahan karut-marut dan berunsur fitnah, kerana itu hanya akan menjejaskan imej negara dan rakyat. 

Sebaliknya, Perdana Menteri me- nyeru supaya pengamal media meng- utamakan pembentukan akal budi murni dengan laporan berasaskan fakta dan kredibiliti. 

“Saya boleh terima apa sahaja cerita, asalkan ceritanya benar, ada kredibiliti dan bukannya rekaan, fitnah. Jangan reka cerita, jangan buat pembohongan, bidaah (dusta). Nak sebut kelemahan saya, saya boleh terima tapi jangan nak kata sesuatu yang tidak benar. 

“Kerajaan pimpinan saya sedia dikritik sekiranya ada yang tidak betul, tetapi sebarang kritikan mestilah berasaskan fakta dan bukan semata-mata fitnah yang boleh mengelirukan orang ramai,” katanya berucap ketika merasmikan akhbar S:inar Harian Nasional: dan melancarkan Program Karangkraf Peduli, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam. 

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Maglin Dennis d’Cruz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. 

Najib berkata, laporan karut-marut dan fitnah tidak akan membantu ke arah Malaysia yang makmur dan bersatu padu, malah boleh merosakkan akal budi masyarakat. 

Beliau turut memuji :Sinar Harian: yang edarannya telah mencecah hampir 200,000 sehari, walau pun baru berusia empat tahun, sambil berkata: “Saya tidak sekat apa yang Sinar (Harian) hendak siarkan, tetapi pastikan apa yang dilaporkan ada benar, bukan fitnah.” 

Perdana Menteri, yang dibawa melawat ke setiap bahagian penerbitan :Sinar Harian: dan majalah, kagum dengan peralatan canggih di bahagian percetakan dan memuji seluruh kakitangan berjumlah 1,500 yang memperlihatkan komitmen dan inovatif. 

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Hussamuddin berkata, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa akhbar :Sinar Harian: memihak dalam laporannya. 

“Kami tidak dimodali atau didalangi oleh mana-mana parti politik, pertubuhan atau individu. Sebab itulah kami boleh mengekalkan konsep bebas hingga hari ini,” katanya.

Polis kenalpasti 10 'sekolah panas'



KUALA LUMPUR - Sepuluh sekolah menengah di sekitar ibu negara dikenalpasti sebagai sekolah bermasalah atau ‘sekolah panas’ kerana masalah disiplin, jenayah dan sosial di kalangan pelajarnya.        

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, polis telah menyenaraikan sekolah-sekolah berkenaan agar usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah itu dan memastikan sekolah sifar jenayah. 

“Berikutan banyak kes jenayah dan sosial berlaku membabitkan pelajar sekolah, kami bertindak mengenalpasti sekolah panas agar kami dapat memberi fokus dan menjalankan kempen pencegahan jenayah secara kerap di sekolah-sekolah berkenaan. 

“Kami tidak mahu umumkan sekolah mana yang terlibat kerana ia tidak elok untuk imej dan reputasi sekolah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Maluri, di sini semalam. 

Beliau berkata, aktiviti seperti pameran, ceramah, dialog dan edaran risalah pencegahan jenayah akan diadakan dari semasa ke semasa di sekolah panas yang telah dikenalpasti itu bagi mengingatkan pelajar agar menjauhkan diri daripada masalah sosial dan jenayah. 

Muhammad Sabtu berkata seorang pegawai polis berpangkat ASP turut ditugaskan ke sekolah berkenaan sebagai “liaison officer” untuk memantau serta berbincang bersama pihak sekolah termasuk menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. 

Sedia putus hubungan diplomatik dengan Israel



Posted on the July 6th, 2010 under BeritaLuar Negara by johnjimat
15/7
Ankara tuntut Tel Aviv mohon maaf serang Mavi Marmara
ANKARA: Turki akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel kecuali negara itu memohon maaf atas tindakan komandonya menyerang kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, ka-ta Menteri Luar, Ahmet Davutoglu, semalam.
Dalam serbuan itu, lapan warga Turki dan seorang rakyat Amerika keturunan Turki terbunuh. Bagaimanapun, Israel segera menolak sebarang langkah meminta maaf sampai bila-bila.
Hubungan akan diputuskan kecuali Israel memohon maaf atau ia menerima keputusan untuk menjalankan satu siasatan antarabangsa terhadap serangan 31 Mei lalu ke atas konvoi bantuan ke Gaza, kata Davutoglu dalam edisi akhbar Hurriyet.
Turki sehingga kini masih menggesa siasatan antarabangsa dilakukan ke atas serbuan berkenaan namun sementara menunggu, Davutoglu tidak membantah suruhanjaya yang ditubuhkan sendiri Israel bagi menyiasat serbuan terbabit.
Jika suruhanjaya ini membuat kesimpulan bahawa serbuan itu tidak wajar dan jika mereka memohon maaf, ia sudah mencukupi, katanya, walaupun beliau menegaskan bahawa Turki mahukan pampasan daripada negara Yahudi itu.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula menolak sebarang permohonan maaf, Jumaat lalu dan seorang pegawai kanan kerajaan Israel berkata selepas kenyataan Davutoglu bahawa Israel tidak akan membuat permohonan maaf kerana ia tindakan mempertahankan diri.
Davutoglu yang bercakap kepada Hurriyet dalam pesawat pulang dari lawatan ke Kyrgyzstan juga berkata, Turki menutup ruang udaranya kepada semua pesawat tentera Israel sebagai maklum balas serbuan itu.
Keputusan itu bukan diambil untuk satu atau dua pesawat, kata menteri terbabit, menambah bahawa penutupan itu mungkin dilanjutkan terhadap pesawat awam.
Minggu lalu, Turki menutup ruang udaranya kepada dua pesawat tentera, namun pihak berkuasa berkata ia tidak akan menguatkuasakan secara umum larangan itu.
Serbuan ke atas kapal bantuan Mavi Marmara dimiliki Turki mengorbankan lapan warga Turki dan seorang warga Turki-Amerika mencetuskan Ankara memanggil semula dutanya dari Tel Aviv dan membatalkan tiga latihan ketenteraan bersama.
Davutoglu menegaskan, beliau menjadi wakil menjelaskan pendirian Turki ketika rundingan di Brussels bersama Menteri Perdagangan Israel, Benjamin Ben Eliezer, Rabu lalu, dalam apa yang dikatakan hubungan peringkat tinggi pertama sejak krisis itu meletus.
Kami tidak akan menunggu begitu lama terhadap Israel untuk mendapatkan jawapan, beliau menambah. AFP
Sumber : Bharian.com.my

Hero Filem Tamil



Posted on the July 7th, 2010 under Funny JokeUnik by admin
15/7
Adakah anda biasa melihat cerita filim hindustan atau tamil?
Di bawah ini adalah contoh cerita.
Susahnya / liat nak mati :-)
Kredit dari CG eddy999

Najib rasmi MRSM Felda yang termoden di negara ini



07/07/2010 7:12pm

TANJUNG MALIM 7 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang termoden dan tercanggih di negara ini, MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak yang terletak di Feldajaya Trolak Utara di Sungkai di sini.
Perasmian institusi bernilai RM123 juta di tapak seluas 25 hektar itu yang merupakan institusi pendidikan pertama dalam kawasan tanah rancangan Felda dilakukan sempena sambutan Hari Peneroka 2010 yang berlangsung di perkarangan maktab itu.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Yusof Noor.
Lebih 10,000 peneroka dari tanah rancangan Felda seluruh negara menghadiri majlis itu yang berupa sambutan Hari Peneroka yang terbesar pernah diadakan.
MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak boleh menampung kapasiti 1,050 pelajar iaitu 210 pelajar bagi setiap tingkatan pada satu-satu masa.
Program pembelajaran ”International Baccalaureate” ditawarkan di MRSM Felda sebagai persediaan pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara, di mana program tersebut menggalakkan pelajar menjadi lebih interaktif, celik minda dan kreatif dalam mengharungi dunia globalisasi.
Dasar pengambilan pelajar ke MRSM Felda berkenaan adalah 80 peratus daripada kalangan anak-anak warga Felda, manakala 20 peratus lagi daripada kalangan anak-anak awam. – Bernama

Mahkamah dengar saman Anwar terhadap Khairy 8 Dis



07/07/2010 7:16pm

KUALA LUMPUR 7 Julai – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan dua hari mulai 8 Disember ini untuk mendengar saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Prasad Sandosham Abraham menetapkan tarikh itu hari ini selepas bertemu peguam Anwar, S. Prakash, dan Badrul Munir Bukhari, yang mewakili Khairy dalam kamarnya ketika kes itu disebut untuk pengurusan.
Anwar, 63, mengemukakan saman tersebut pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO, telah memfitnahnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak pada Ogos 2007, dan kenyataan berunsur fitnah itu telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik negara ini pada 3 Ogos 2007.
Katanya, kenyataan itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik yang tidak boleh dipercayai orang Melayu, tidak menitikberatkan perjuangan dan hak mereka, serta boleh mengkhianati bangsa itu semata-mata untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu di negara ini.
Anwar mendakwa Khairy juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar adalah seorang ejen Amerika Syarikat dan Yahudi yang bertujuan menghancurkan karier politiknya, selain berniat jahat ketika membuat kenyataan bohong, tidak berasas dan tidak benar itu. – Bernama

44 kes berhubung berita palsu dan hasutan disiasat



07/07/2010 7:19pm

KUALA LUMPUR 7 Julai - Sebanyak 44 kes berhubung berita palsu, memecahbelahkan masyarakat, berunsur hasutan dan program Internet yang menuduh pihak tertentu termasuk menghina raja-raja Melayu telah disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beberapa akta boleh diguna pakai bagi mengenakan tindakan terhadap pihak yang terlibat seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.
"Kementerian mengambil tindakan tegas terhadap pihak terbabit dan fail yang selesai siasatan akan dikemukakan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.
"Kementerian Dalam Negeri turut mempunyai rekod kes yang sama dalam perhatian mereka,” katanya kepada pemberita selepas taklimat bertajuk “Memperkasa Penghayatan 1Malaysia” pada majlis Jelajah Isu anjuran kementerian yang dihadiri kira-kira 500 warga kementerian termasuk ketua-ketua jabatan dan pegawai kanan.
Rais berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang menggesa pengamal media di negara ini supaya tidak merosakkan akal budi dan pemikiran masyarakat dengan menyiarkan cerita-cerita rekaan, pembohongan, fitnah ataupun dusta. – Bernama

Pemandu bebal punca kemalangan




SIKAP bebal pemandu yang mementingkan diri sendiri merupakan punca utama berlakunya kemalangan jalan raya. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU - Sikap bebal pemandu yang sengaja melanggar pelbagai peraturan jalan raya dikenal pasti menjadi punca utama peningkatan kadar kemalangan di negara ini.
Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, golongan itu sering memandu sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan orang lain sekali gus menghalang usaha kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan.
"Orang yang layak dikategorikan sebagai pemandu bebal ialah mereka yang melanggar peraturan jalan raya sesuka hati.
"Golongan ini tidak menggunakan lampu isyarat ketika menukar laluan dan memandu tanpa mengikut had laju yang ditetapkan," kata beliau.
Beliau ditemui selepas program Seminar Keselamatan Respect Your Limits anjuran PLUS Expressways Berhad dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di sini semalam

Ye ye dapat duit raya


Felda akan keluarkan duit raya untuk peneroka – Najib

07/07/2010 12:25pm

TANJUNG MALIM 7 Julai – Perdana Menteri hari ini beri jaminan bahawa Felda akan mengeluarkan “duit raya” bagi para penerokanya.
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat pada minggupertama bulan Ramadan nanti. – Utusan

Kegagalan bawa pulang Raja Petra cemar kewibawaan polis - Nallakaruppan



KUALA LUMPUR 6 Julai - Kegagalan polis membawa pulang Raja Petra Kamaruddin ke tanah air untuk dihadapkan ke mahkamah boleh menimbulkan kesan yang amat negatif terhadap kemampuan pasukan itu menangani kes melibatkan pengendali portal antikerajaan Malaysia Today itu.
Sehubungan itu, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan mahu pihak polis lebih serius dalam menangani kes tersebut termasuk meminta bantuan segera daripada Interpol serta pihak polis di London untuk memberkas Raja Petra.
Beliau berkata, selain memberi impak negatif kepada polis, kes itu jika dibiarkan akan menjadi ikutan kepada penjenayah lain iaitu melarikan diri ke luar negara sebagai jalan mudah untuk mengelakkan diri daripada diberkas.
''Secara peribadi saya bimbang dengan perkembangan kes Raja Petra. Walaupun mempunyai dua waran tangkap, sehingga kini pasukan polis gagal membawa pulang Raja Petra ke tanah air. Mustahil pihak polis tidak mengetahui lokasi Raja Petra.
"Kes ini sebenarnya menarik perhatian rakyat dan sudah tentu rakyat akan membuat penilaian terhadap kewibawaan polis. Jangan biarkan rakyat membuat penilaian tidak adil kepada pasukan polis kita,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas gambar yang memaparkan dua individu dikehendaki oleh pihak berkuasa negara ini iaitu Raja Petra dan P. Balasubramaniam seperti yang disiarkan di muka depanUtusan Malaysia hari ini.
Bersama mereka dalam gambar yang dipetik daripada laman web Malaysia-instinct.com itu ialah tiga individu lain iaitu Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, peguam Amarjit Singh Sidhu dan seorang individu tidak dikenali.
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari ketika mengulas gambar tersebut meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin PKR kerana terbukti parti itu melindungi dan dipercayai menaja Raja Petra dan Balasubramaniam di United Kingdom.
Nallakaruppan yakin pihak polis mampu menyelesaikan kes tersebut dengan baik kerana polis Malaysia merupakan antara pasukan yang terbaik di dunia.
"Polis kita berjaya menyelesaikan banyak kes termasuk yang rumit. Oleh itu saya yakin polis kita mampu membawa pulang Raja Petra supaya dia dapat dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera,'' ujarnya.
Ketika ditanya sama ada perlu atau tidak tindakan diambil terhadap pemimpin-pemimpin PKR atas dakwaan melindungi Raja Petra, beliau berkata, tidak adil baginya untuk mengaitkan PKR dalam kes tersebut.
"Tidak adil bagi saya untuk membuat sebarang kesimpulan, namun saya percaya polis mempunyai maklumat mengenainya,'' katanya lagi.
Nallakaruppan mendakwa Anwar mempunyai keupayaan kewangan yang amat besar dan mampu membiayai apa jua kegiatan demi masa depan politiknya.
''Anwar mampu membiayai 1,000 lagi Raja Petra kerana dia mempunyai keupayaan kewangan yang amat besar. Anwar sebenarnya pandai berpura-pura dengan mengatakan yang dia tidak berduit.
''Akibatnya ramai pengikutnya menghabiskan duit kerana terpedaya dengan lakonannya itu,'' katanya lagi.

Kos lawatan Pope melambung



LONDON 6 Julai – Kos yang ditanggung oleh pembayar cukai semasa lawatan pertama Pope Benedict XVI (gambar) ke Britain mungkin meningkat sebanyak 50 peratus, demikian menurut kerajaan hari ini, ketika pelbagai pengurangan perbelanjaan dibuat bagi menangani masalah defisit bajet.
Ketua Biskop Vincent Nichols, Ketua Katolik di England dan Wales berkata, lawatan itu yang dijadual pada September ini merupakan saat bersejarah termasuk ‘berdiri sebelah menyebelah’ dengan Ratu Elizabeth, gabenor tertinggi Gereja England.
Namun, kos lawatan itu dijangka meningkat antara 10 juta hingga 12 juta pound (RM48.8 juta hingga RM58.6 juta) berbanding anggaran awal kira-kira lapan juta pound (RM39 juta), kata wakil khas Perdana Menteri untuk lawatan Pope, Chris Patten kepada pemberita.
Sumbangan dari Gereja Roman Katolik juga dijangka bertambah daripada anggaran awal kira-kira tujuh juta pound (RM34.2 juta). Setakat ini sebanyak lima juta pound (RM24.4 juta) dikumpulkan, sebahagian besarnya dikutip daripada lima juta pengikut dan daripada sumbangan peribadi.
Kes keselamatan termasuk kawalan polis masih belum didedahkan.
Patten berkata, kos awal tidak mengambil kira ‘kerumitan dan sofistikasi’ lawatan yang merupakan gabungan elemen negara dan keagamaan.
Ahad lalu, kerajaan perpaduan meminta jabatan kerajaan memotong perbelanjaan sebanyak 40 peratus, lebih tinggi daripada yang diumumkan dalam belanjawan kecemasan pada bulan lalu.
Potongan belanja dan cukai yang tinggi diperlukan bagi menangani defisit bajet setinggi 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam usaha memulihkan keyakinan pasaran, selain mengelak England menjadi negara yang mempunyai hutang yang banyak seperti Greece. – REUTERS

Yahudi kuasai 42% Tebing Barat



TEL AVIV 6 Julai - Pendatang haram Yahudi dan pertubuhan mereka menguasai kira-kira 42 peratus daripada kawasan tanah di Tebing Barat, walaupun kawasan penempatan haram Yahudi hanya menguasai satu peratus daripada wilayah Palestin tersebut.
Pertubuhan hak asasi manusia Israel, B'tselem dalam laporannya hari ini berkata, meskipun kira-kira 66 peratus daripada kawasan penempatan haram ditakrifkan sebagai terletak di atas 'tanah kerajaan', namun tanah itu diperuntukkan bagi penempatan haram menerusi manipulasi dalam mentafsirkan semua undang-undang relevan di Tebing Barat.
Laporan berjudul By Hook and by Crook: Israel's Settlement Policy in the West Bankmendapati, dengan mengambil alih tanah tersebut, mereka yang bertanggungjawab terhadap penempatan haram Yahudi telah memperalatkan 'undang-undang antarabangsa dan tempatan, arahan tentera Israel dan undang-undang Israel sendiri secara sinis'.
Israel mendakwa rumah-rumah penempatan Yahudi dibina di Tebing Barat dibina di tanah milik kerajaan.
Bagaimanapun B'tselem berkata, pihaknya membandingkan data daripada Pentadbiran Sivil Israel bagi Tebing Barat dengan gambar-gambar dari udara dan mendapati 21 peratus dari kawasan binaan di penempatan haram itu terletak di tanah persendirian milik Palestin.
Laporan B'tselem itu berdasarkan laporan dan dokumen rasmi kerajaan, termasuk peta tentera dan Pentadbiran Sivil, laporan pengawal kewangan kerajaan dan pangkalan data yang didirikan oleh bekas pegawai di Kementerian Pertahanan Israel, Brigadier Baruch Spiegel.
Kementerian Kehakiman telah diminta mengulas mengenai laporan itu, menurut B'tselem.
Namun, pihak kementerian menjawab bahawa kerajaan tidak akan mengulas mengenai laporan itu 'kerana ia berunsur politik'. - dpa

Bersatu sokong PR jangan pecah belah


Kuasa politik Melayu mungkin hilang jika mereka berpecah-belah

MUHYIDDIN Yassin cuba menyumpit ke sasaran semasa lawatan ke perkampungan Orang Asli di Lenga, Pagoh, Johor, semalam. Turut sama isterinya, Puan Seri Noorainee Abd. Rahman (kanan).


LEDANG 6 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan kuasa politik yang dipegang orang Melayu selama ini mungkin hilang sekiranya masyarakat itu berpecah-belah sesama sendiri.
Tegas beliau, hanya dengan bersatu, orang Melayu dapat mengekalkan pelbagai pencapaian kemajuan yang dinikmati dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan pelajaran sejak negara merdeka lebih 50 tahun lalu.
Tegasnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mentadbir selama ini berjaya membuktikan pembangunan negara bukan sahaja dinikmati masyarakat bumiputera malah turut dirasai segenap bangsa lain.
"Perpaduan adalah penting, jangan kita pecah belah, di kampung juga jangan kita berbalah, jangan gaduh sesama sendiri.
"Kita perlu bersatu untuk maju terutama dalam soal politik kerana jika kita berpecah, kuasa politik yang kita ada pada hari ini juga boleh hilang," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj di Masjid Al Ansar, Kampung Parit Raja, Gersik, dekat sini, semalam.
Hadir sama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang, Tahir Taat dan Pegawai Daerah Ledang, Amran Abdul Rahman.
Sementara itu, menurut Muhyiddin, UMNO yang menerajui kerajaan BN berjaya menjadikan Malaysia sebagai negara Islam contoh di dunia.
"Walaupun perbezaan agama, budaya dan latar belakang berlainan, namun kita dapat hidup tanpa perselisihan yang boleh mewujudkan pergaduhan sehingga berlaku pertumpahan darah," katanya.
Tambahnya lagi, tuntutan fardu kifayah dalam Islam untuk membasmi kemiskinan juga berjaya dilaksanakan kerajaan BN dengan pelbagai pencapaian kemajuan lain dalam bidang ekonomi dan pelajaran.
Jelasnya, berbanding zaman penjajah, kira-kira 60 peratus rakyat negara ini terpaksa hidup dalam kemiskinan namun jumlah itu kini hanya tinggal tiga peratus sahaja.
"Berbanding banyak negara Islam yang lain, kita sudah berjaya menyelesaikan masalah pokok ini namun kita mahu meningkatkan lagi kemajuan umat Islam dalam bidang ekonomi," katanya.

Siapa taja RPK? Siapa taja Bala?


Anwar berdolak-dalikisu Raja Petra

KUALA LUMPUR 6 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba berdolak-dalik mengenai dakwaan penglibatan parti itu dalam menaja kehidupan pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin di London.
Ditanya mengenai tuduhan itu, Anwar tidak menjawabnya secara langsung sebaliknya mempersoalkan kredibiliti individu-individu yang membuat dakwaan tersebut seperti bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari.
Seperti mencabar pihak berkuasa, Anwar memperlekehkan keupayaan pihak polis dengan mengatakan beliau sendiri akan berjumpa dengan Raja Petra sekiranya berkesempatan ke London pada masa depan.
"Apa masalahnya, kita (PKR) lindungi (Raja Petra) di mana? Orang yang bercakap ini (Anuar) berapa banyak upah yang dia terima?" soalnya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Anuar meminta kerajaan menyiasat kaitan PKR dalam menaja kehidupan Raja Petra yang kini bersembunyi di London ekoran pertemuan beberapa pemimpin parti itu dengan pengendali portal berkenaan baru-baru ini.
Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pada Sabtu lalu menyatakan kerajaan mempunyai bukti Raja Petra dibiayai oleh PKR.
Anwar menambah, polis sepatutnya menumpukan perhatian kepada usaha membanteras aktiviti jenayah dalam negara.
"Satu Malaysia tahu dia (Raja Petra) di mana, dia muncul di tempat awam di London (selama) berbulan-bulan, polis masih cari," ujarnya.

Kalau ADUN BN lompat jadi huru-hara...


Desak siasat dakwaan 3 ADUN BN lompat parti

IPOH 6 Julai - Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda mendesak polis menjalankan siasatan segera berkaitan dakwaan terdapat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Naisonal (BN) akan melompat parti 13 Jun lalu.
Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan terhadap Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim dan Pengarah Strategi PKR negeri, Md. Nasib Rahim yang membuat dakwaan dianggap sebagai memfitnah, menipu dan menghasut tersebut.
Menurut Fauzi, perbuatan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan beliau dan rakyat Perak berasa bimbang, khuatir dan takut akan berlaku huru-hara di negeri ini.
"Saya yakin mereka telah melakukan fitnah terhadap ADUN-ADUN BN, menipu serta menghasut rakyat akan berlaku kejatuhan dan rampasan kerajaan negeri yang ada sekarang.
"Jika ini berlaku, negeri ini akan menjadi huru-hara dan menyusahkan rakyat dan pasukanpolis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Rapat di sini pada pukul 10.55 pagi ini.
Fauzi yang juga Pengerusi Pasukan Wawasan Rakyat Perak berkata, kenyataan Zulkifli dan Md. Nasib jelas satu dakwaan palsu dan berniat jahat terhadap rakyat Perak.
"Mereka menipu rakyat dengan begitu biadap, tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak.
"ADUN-ADUN BN tidak sebodoh itu, mereka tidak akan melompat parti kerana tahu perjuangan PKR," katanya.
Fauzi turut mendesak Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengambil tindakan saman malu terhadap PKR dan individu terbabit dalam pengakuan tersebut.
"Individu-individu yang terbabit dalam pakatan jahat ini harus segera memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Perak, Menteri Besar, Pas, DAP dan BN atas pembohongan, penipuan, fitnah dan hasutan jahat mereka itu," katanya.

Dia tu memba kami la...


Anwar, Zaid perlu perjelaskan



KUALA LUMPUR 6 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai hubungan parti itu dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.
Bekas wakil rakyat PKR, Wee Choo Keong berkata, jika mereka tidak menjelaskan pendirian berhubung perkara itu, anggapan boleh dibuat yang PKR bersekongkol dengan Raja Petra memburukkan nama negara.
Tegasnya, sebagai pemimpin dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, Anwar dan Zaid sepatutnya tidak perlu didesak untuk berbuat demikian.
"Mereka berdua perlu jelaskan hubungan PKR dengan Raja Petra dan P. Balasubramaniam iaitu siapa yang menaja kedua-duanya untuk hidup dengan selesa di United Kingdom.
"Jika tiada kaitan langsung, sepatutnya pujuk mereka berdua pulang untuk mengadili apa yang mereka dakwa selama ini. Ia sebenarnya beri tanggapan buruk kepada rakyat bahawa PKR nampak seperti bersekongkol dengan mereka berdua memburukkan nama negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahli Parlimen Bebas Wangsa Maju itu diminta mengulas gambar Zaid, Raja Petra, Balasubramaniam dan dua individu lain yang disiarkan di laman web Malaysia-instinct.comsemalam.
Dipercayai, gambar itu dirakamkan di United Kingdom kerana kedua-dua individu berkenaan berada di negara tersebut.
Pada 30 Jun lalu, laman web Malaysia Today menyiarkan gambar Raja Petra bersama Zaid.
Raja Petra menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui Malaysia Today.
Balasubramaniam pula menghilangkan diri ke luar negara selepas memberi dua perakuan sumpah berbeza berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Choo Keong mempersoalkan adakah PKR mahu ahlinya dan seluruh rakyat negara ini berterusan menganggap parti itu dalang utama di sebalik kegiatan Raja Petra dan Balasubramaniam.
Selain itu, beliau juga mendesak kerajaan bersikap proaktif untuk membawa pulang kedua-dua individu yang dikehendaki itu untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
"Memang ada halangan tetapi percayalah tetap ada caranya. Persoalan masih lagi timbul siapa dan pihak manakah yang menaja mereka berdua kerana semua sudah sedia maklum bahawa kos hidup di United Kingdom amat tinggi," katanya.
Bekas Ketua Penerangan Keadilan Nasional (kini PKR), Ruslan Kassim pula menyelar Raja Petra dan Balasubramaniam yang disifatkan sebagai dayus dan bacul kerana memburukkan negara, tetapi pada masa sama tidak berani untuk diadili.
"Berani kerana benar, kena bertanggungjawab terhadap setiap dakwaan yang dibuat, jangan baling batu tetapi sembunyikan tangan. Kokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang tahi.
"Berdasarkan kepada gambar yang begitu mesra itu, jelas membuktikan bahawa Raja Petra dan Subramaniam mendokong dan didokong oleh PKR," katanya.
Ruslan yang kini Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga menyifatkan Anwar dan Zaid sebagai pemimpin licik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
"Anwar apabila berada di pentas negara ini bercakap berdegar-degar bahawa beliaulah pejuang kaum, Islam dan penentang segala usaha merosakkan negara ini. Tetapi hakikat adalah sebaliknya, jelaskan pendirian jangan berdiam diri (dalam isu Raja Petra dan Balasubramaniam)," katanya.

Wang bebas cukai AS bina penempatan haram Yahudi di tebing barat


07/07/2010 3:14am

WASHINGTON 7 Julai - Kumpulan badan amal Amerika Syarikat (AS) telah menyalurkan wang pengecualian cukai mereka untuk membantu kerja-kerja pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah yang dirampas oleh Israel di Tebing Barat, lapor New York Times semalam.
Sebagai langkah Washington untuk menamatkan urusan penempatan Yahudi selama empat dekad di tanah yang dirampas dari rakyat Palestin di Tebing Barat, perbendaharaan AS telah bertindak membantu melalui sumbangan dari hasil pengecualian cukai, kata laporan tersebut.
Hasil pemeriksaan ke atas rekod-rekod awam AS dan Israel, New York Times mendapati sekurang-kurangnya 40 buah kumpulan rakyat AS telah mengutip lebih dari AS$200 juta (RM649 juta) hasil pengecualian cukai yang disalurkan untuk pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis lebih sedekad lalu.
Wang itu sebahagian besarnya diguna untuk pembinaan sekolah, pusat rekreasi dan bangunan sinagog yang penyalurannya sah mengikut undang-undang percukaian.
Kerja pembinaan penempatan haram Yahudi yang menjadi kontroversi itu dijangka menjadi agenda utama dalam pertemuan antara Presiden Barack Obama dan Benjamin Netanyahu di White House semalam. - AFP