Sunday, December 23, 2012

Lima terkorban selepas bom kereta meletup



BEIRUT 23 Dis. - Sebuah bom kereta meletup di wilayah Qaboun di timur Damsyik semalam menyebabkan lima orang terbunuh dan beberapa lagi cedera.
Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, pertempuran itu berlaku selepas pemberontak bertempur dengan pasukan tentera Palestin yang pro-Presiden Bashar al-Assad di daerah selatan Hajar al-Aswad dan berdekatan kem pelarian Palestin di Yarmuk.
Pemantau memberitahu, 44,000 orang telah terbunuh di Syria selepas tercetusnya pemberontak anti rejim sejak Mac tahun lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121223/lu_06/Lima-terkorban-selepas-bom-kereta-meletup#ixzz2FrlYVh2g
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Minta SPRM siasat salah guna kuasa atau penyelewengan

Minta SPRM siasat salah guna kuasa atau penyelewenganSalman (tengah) bersama ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak yang turut membuat laporan di SPRM, kelmarin.
IPOH – Isu kelulusan 606 hektar kawasan pembalakan tanah kerajaan di Mukim Belukar Semang di Pengkalan Hulu dilaporkan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.

Laporan itu dibuat Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Perak, Salman Salleh di ibu pejabat SPRM, di sini pada jam 3 petang.

Salman berkata, laporan itu dibuat bagi mendesak SPRM menjalankan siasatan kemungkinan berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Kerajaan Negeri untuk seorang individu.

Beliau mendakwa, banyak keraguan timbul apabila kelulusan sebanyak 606 hektar tanah kawasan membalak tanah kerajaan kepada tiga syarikat milik seorang individu seperti yang didedahkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di
persidangan Dun baru-baru ini.

“Kelulusan dikeluarkan Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 30 November 2012 dan terdapat tiga kelulusan berlainan kepada tiga syarikat selain surat akuan tukul besi yang berturutan nombornya iaitu 6317, 6318 dan 6319 pada tarikh sama.

“Apa yang peliknya ketiga-tiga syarikat tersebut iaitu Dinamik Lafaz Sdn Bhd, Embun Kesuma Sdn Bhd dan Waja Kinrara Sdn Bhd dimiliki seorang pemilik iaitu Jonathan Chung Jun Fun sebagai pengarahnya yang baru berusia 28 tahun.

“Setiap syarikat telah diluluskan lebih kurang 202 hektar dalam tempoh enam bulan bagi menebang semua balak-balak yang berada di situ dan jumlah keseluruhannya sebanyak 606 hektar,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas membuat laporan di Ibu pejabat SPRM, semalam.

Salman berkata, lebih mengejutkan apabila semakan dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat tersebut baru didaftarkan pada tahun ini iaitu pada 5 Januari 2012, 10 Januari 2012 dan 15 Februari 2012.

“Kita telah semak ketiga-tiga syarikat berkenaan didaftarkan di alamat yang sama iaitu di 47A, Jalan Chung Ah Ming, Pasir Puteh, Ipoh.

“Kami menggesa siasatan yang menyeluruh dan kemungkinan ada unsur-unsur salah guna kuasa selain berharap ianya berjalan dengan adil,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya turut akan mendedahkan kelulusan pada 1 Oktober 2012 di bekas Hutan Simpan Bikam, Mukim Changkat Jering, Sungkai Perak Selatan kepada tiga syarikat yang berkaitan

Hampir 50 tahun tak mengundi

Hampir 50 tahun tak mengundiBahran menunjukkan salinan permohonan dan butiran peribadi bagi mendapatkan taraf warganegara
SABAK BERNAM - Selepas 47 tahun menanti, seorang penduduk di Kampung Teluk Kemboja gusar apabila permohonan warganegara masih menjadi tanda tanya dan tidak mendapat respons pihak berkenaan.

Bahran Yahya,59, berkata permasalahan tersebut bermula apabila ibu dan ayahnya berhijrah ke Indonesia bagi menguruskan kebun sekitar 1951.

“Saya dilahirkan di Indonesia ketika ibu dan ayah menguruskan kebun di sana, menyebabkan saya tidak mendapat taraf warganegara setelah pulang ke Malaysia sebaik ayah meninggal dunia.
"Saya berulang kali ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan status permohonan warganegara namun sehingga kini tiada kata putus diberikan malah diminta terus menunggu," katanya.

Menurutnya, permohonan tersebut dibuat sejak 1965, namun sehingga kini, statusnya masih terus menjadi tanda tanya.

"Ibu ayah orang Malaysia, cuma saya yang lahir di sana, begitu juga dengan abang.

"Kami sama-sama memohon tetapi abang terlebih dahulu mendapat taraf warganegara sedangkan saya masih tertunggu-tunggu," katanya.

Bahran berkata, masalah itu menyebabkan dia dan keluarga berdepan pelbagai masalah selain menghadapi kesukaran memohon sebarang bantuan untuk meringankan beban memandangkan pendapatan bekerja kampung tidak seberapa.

"Banyak pihak menolak permohonan bantuan kerana bukan warganegara dan sememangnya memberi kesan pada kehidupan kami yang serba kekurangan.

“Pendapatan saya tidak menentu malah isteri saya juga sakit jantung sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, dia juga berkeinginan untuk mengundi dalam pilihan raya sepertimana orang lain, namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana belum diiktiraf sebagai warganegara.

"Saya berharap permohonan warganegara ini mendapat perhatian daripada pihak berkenaan sekali gus mempercepatkan lagi prosesnya," katanya.

4 tahun tumpang kawan



KAMAL... tidak kesal nasib hidup.
KAMAL... tidak kesal nasib hidup.
KUALA LUMPUR: “Sudah empat tahun saya hidup menumpang di rumah kawan. Apabila menyedari layanan mereka kian berubah, saya cari kediaman lain untuk berteduh,” kata pelakon veteran, Nurul Kamal Mohamad Zainuddin, 60, yang mempunyai masalah ketiadaan tempat tinggal sejak 2008.
Lebih dikenali dengan panggilan Kamal Pendek, dia antara beberapa artis di usia emas yang hidup dalam keadaan serba kekurangan sedangkan ketika muda, nama mereka menjadi sebutan peminat seni tanah air.
Selain Kamal Pendek, beberapa rakan seangkatannya seperti Datuk Yahya Sulong, 84, Karim Latiff, 76, Azean Irdawaty, 62, Abdullah Khalit Omar, 65, atau lebih popular dengan nama JD Khalid antara ‘orang lama’ yang sepatutnya mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak berkaitan seperti Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M).

Wartawan Metro Ahad berkesempatan menemubual keempat-empat artis veteran ini dengan harapan kisah sedih mereka dapat membuka mata pihak berkaitan.


“BUKAN saya minta perjalanan hidup begini, namun ia ujian buat saya. Meskipun sedih dengan penerimaan orang terhadap diri ini, saya reda dan tidak pernah menyesal dengan takdir ditentukan Allah SWT,” kata pelakon veteran, Kamal Pendek, 60, yang kini menumpang di bilik Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia.

News Corp milik Murdoch rugi RM6 bilion

Rupert Murdoch
Rupert Murdoch

LONDON - News Corporation, milik jutawan media Rupert Murdoch, mengumumkan bisnes penerbitannya mengalami kerugian AS$2.1 bilion (lebih RM6 bilion) dalam tahun kewangan yang terakhirnya.

Pulangan syarikat itu merosot sebanyak lima peratus ekoran penutupan News of the World, yang terpaksa ditutup ekoran skandal penggodam telefon.

Syarikat penerbitan ini juga merancang untuk memisahkan bisnes penerbitan filem dan televisyen, lapor BBC.

Sayap penerbitan, yang menurut News Corporation meraih keuntungan AS$678 juta pada tahun lalu, bakal dikenali sebagai New News Corp.

Ini termasuk dengan penerbitan buku Harper Collin, The Times, surat khabar The Sun di UK, Wall Street Journal, New York Post dan Australian.

Penerbitan TV dan perniagaan filem akan menjadi syarikat induk dan akan dikenali sebagai Fox Group.

Ini termasuk Fox News dan 20th Century Fox film studio.

Robert Thomson yang kini Editor Pengurusan Wall Street Journal bakal menjadi ketua syarikat penerbitan baru itu.

Beliau bakal menikmati gaji tahunan sebanyak AS$2 juta dan bonus tahunan yang berdasarkan prestasi syarikat manakala Murdoch pula akan bertindak sebagai pengerusi dan Ketua Eksekutifnya.

Lelaki didakwa senda al-Quran dibakar di lokap polis

Lelaki didakwa senda al-Quran dibakar di lokap polisKes bakar al-Quran melibatkan Rimsha Masih, 14, digugurkan bulan lalu selepas budaya pop pada masa ini . - Reuters mahkamah menilai laporan kesihatan mentalnya. Foto: AP
HYDERABAD, Pakistan – Kumpulan perusuh memecah masuk sebuah balai polis Pakistan dan membakar seorang lelaki yang dituduh mempersenda al-Quran, semalam.

Menurut imam kampung Seeta, Sindh, Maulvi Memon, lelaki itu, seorang pengembara, telah bermalam di sebuah masjid Khamis lalu dan senaskhah al-Quran ditemui hangus keesokan harinya.

"Dia bersendirian di masjid pada waktu malam. Tidak ada seorang pun yang sanggup melakukan perkara yang dahsyat seperti itu," kata Maulvi.

Orang kampung memukul lelaki itu dan kemudiannya menyerahkan dia kepada pihak polis.

Beberapa jam kemudian, sekitar 200 orang menyerbu balai polis dan mengheret lelaki itu keluar lalu membakarnya, kata Penguasa Kanan Polis Daerah Dadu, Usman Ghani.

Menurut Usman, dalam kejadian kira-kira 30 orang telah ditangkap kerana membunuh dan tujuh polis ditahan atas kecuaian.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan, sekurang-kurangnya 53 orang telah terbunuh di Pakistan sejak 1990 atas tuduhan kekufuran dan tuduhan-tuduhan lain yang lebih kerap.

Di Pakistan, hukuman bagi kufur adalah hukuman mati tetapi ia tidak ditakrif secara khusus oleh undang-undang.

Kes terbaru menyaksikan perhatian antarabangsa tertumpu kepada kes Rimsha Masih, seorang remaja Kristian yang dituduh membakar beberapa muka surat al-Quran dalam beg yang dibawanya.

Bagaimanapun, kes itu telah ditolak bulan lalu selepas jiran gadis itu memberitahu mahkamah bahawa Rimsha dianiaya.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, dua pegawai kanan Pakistan telah mencadangkan pembaharuan undang-undang telah ditembak mati. Salah seorang daripada mereka telah ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri.

Peguam yang mewakili kes berkenaan telah disalahkan manakala hakim yang mensabitkan dia bersalah terpaksa melarikan diri ke luar negara.

Ketegangan berterusan, Naib Presiden Mesir letak jawatan

Mahmoud Mekki
Mahmoud Mekki

KAHERAH - Naib Presiden Mesir, Mahmoud Mekki mengumumkan peletakan jawatan beliau semalam -  pada hari negara itu mengadakan proses pengundian peringkat kedua referendum draf perlembagaan, yang menjadi kontroversi dan ketegangan pula berterusan buat minggu keempat.

Mahmoud, yang juga seorang hakim, dilantik sebagai Naib Presiden pada Ogos lalu.

Katanya, dunia politik tidak sesuai dengan jiwanya yang berlatar belakangkan profesional.

Semalam, stesen televisyen negara itu turut mengumumkan gabenor bank pusat, Farouq al-Uqdah turut meletak jawatan tetapi perkara itu dinafikan oleh seorang anggota Kabinet.

Terdapat juga spekulasi mengatakan peletakan jawatan Mahmoud bermakna draf perlembagaan tidak akan diteruskan.

Mahmoud mengumumkan peletakan jawatannya hanya beberapa jam sebelum berakhirnya pengundian pusingan kedua semalam.

“Saya sedar yang dunia politik tidak sesuai dengan latar belakang profesional saya sebagai seorang hakim,” kata beliau.

Mahmoud yang berusia 58 tahun berkata, beliau sebenarnya mahu meletakkan jawatan pada 7 November lalu tetapi keadaan memaksanya untuk terus kekal.

Perlembagaan itu dijangka diluluskan.

Peringkat pertama pengundian diadakan minggu lalu.

Pembangkang menegaskan meskipun perlembagaan diluluskan ia tidak akan mengakhiri pergolakan yang sedang dialalui Mesir.

Presiden Mohammed Morsi dan penyokong berulang kali menegaskan draf itu akan menjamin demokrasi negara.

Iran janji bantu pelarian

DUBAI: Iran merancang menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin yang berlindung di kem pelarian Syria selepas kawasan itu ditawan pejuang antikerajaan baru-baru ini.

Duta Iran ke Syria, Mohammad Reza Sheibani, berkata bantuan itu akan dihantar ke Yarmouk yang terletak tidak jauh dari Damsyik.


“Kementerian Luar Iran dan Pertubuhan Bulan Sabit Merah akan menghantar bantuan kemanusiaan itu ke Yarmouk,” katanya, semalam.

Namun, Mohammad Reza tidak menyatakan bila bantuan berkanan akan mula dihantar. Yarmouk menjadi satu daripada medan perang terbaru dalam pertikaian politik Syria dan menjadi sasaran serangan tentera kerajaan.


Awal minggu lalu, pejuang menguasai kem pelarian di Yarmouk yang padat dengan pelarian Palestin serta penduduk Syria. Menurut kumpulan penentang kerajaan Syria, mereka sedang menjalankan rundingan untuk menyerahkan semula kem pelarian itu kepada pejuang anti-Bashar al-Assad yang berasal dari Palestin. Kira-kira 500,000 warga Palestin dan keturunan mereka menjadi penduduk Syria ketika ini.


Bagaimanapun, tidak semua mengambil sikap menentang Bashar.

Sebahagian daripada mereka menjadi penyokong Presiden Syria dalam pertikaian yang berlaku kini.


Iran adalah antara negara penyokong kuat Bashar sejak sebahagian daripada rakyat Syria bangkit dalam cubaan menggulingkan presiden berkenaan 21 bulan lalu. Pada masa sama, Iran adalah antara negara yang kuat memperjuangkan nasib Palestin. - Reuters

Jurukamera TV kerajaan ditembak ‘pengganas’

DAMSYIK: Seorang jurukamera yang bertugas untuk stesen televisyen kerajaan ditembak mati di luar rumahnya di Damsyik, lapor media semalam.

Kakitangan stesen Syrian Arab Television, Haidar al-Sumudi, diserang sekumpulan lelaki bersenjata di kawasan kediaman di Kfar Sousa.


Stesen itu melaporkan, seorang itu dijalankan kumpulan “pengganas” tetapi tidak menyatakan secara jelas bila kejadian berlaku.

Sebelum ini sekurang-kurangnya 17 wartawan dan 44 wartawan sambilan dibunuh sejak Syria dilanda konflik Mac tahun lalu.


Pertubuhan pemantau media antarabangsa, Reporters Without Borders, melaporkan angka itu adalah data terbaru. - AFP

Perlembagaan bakal lulus



Kaherah: Rakyat Mesir mengundi Perlembagaan baru dalam pusingan kedua yang diramal memberi kelulusan dengan penentang menyifatkan keputusan itu hanya membawa lebih banyak masalah pada masa depan.

Perlembagaan baru itu dirangka oleh golongan agama dan 57 peratus penduduk menyokongnya dalam undian pusingan pertama minggu lalu.
Penentang menyifatkan undian dua pusingan itu sebagai satu penipuan kerana ada beberapa kejadian penyelewengan berlaku dan menuntut undian diadakan semula. Namun, jawatankuasa yang memantau pengundian dua pusingan itu berkata, siasatan mereka tidak menunjukkan sebarang penyelewengan besar dalam undian 15 Disember lalu yang membabitkan separuh daripada 51 juta pengundi.


Pengundian bermula jam 8 pagi waktu tempatan dan ditutup pada jam 7 malam walaupun undian boleh dilanjutkan seperti minggu lalu.

Penyokong Presiden Mohamed Mursi, yang dipilih Jun lalu, berkata Perlembagaan adalah penting untuk menggerakkan Mesir ke arah demokrasi dua tahun selepas bekas Presiden Hosni Mubarak ditumbangkan dalam kebangkitan rakyat.

Mereka berkata ia akan membantu memulihkan kestabilan yang diperlukan untuk memulihkan ekonomi.
Jika ia diluluskan, pilihan raya Parlimen akan diadakan dalam masa dua bulan.
Bagaimanapun, pembangkang berkata Perlembagaan berkenaan memecahbelahkan penduduk dan menuduh Mursi memaksa kelulusan dokumen itu yang menyebelahi sekutunya dan mengetepikan hak penduduk Kristian yang membentuk 10 peratus penduduk, selain wanita.

“Saya mengundi ‘tidak’ kerana Mesir tidak boleh diperintah oleh satu pihak saja,” kata Karim Nahas, broker pasaran saham

Sekurang-kurangnya lapan orang maut ketika menyertai bantahan di luar Istana Presiden dengan penyokong dan penentang Mursi bergaduh di Iskandariah, Jumaat lalu.

Selain saling membaling batu ke arah lawan, dua bas turut dibakar.
REUTERS

Pegawai tentera China diarah elak arak

Beijing: Pegawai kanan tentera China tidak lagi boleh diberi sambutan mewah atau diberi minuman arak mengikut arahan pemimpin baru negara itu bertujuan mengelak rasuah dan berjimat, lapor media di sini semalam.

Memetik agensi berita Xinhua, akhbar China Daily melaporkan, arahan itu dikeluarkan kelmarin oleh Suruhanjaya Pusat Tentera (CMC).
Peraturan sama diberi kepada anggota Parti Komunis awal bulan ini oleh pemimpin tertinggi baru negara itu sebagai mesej jelas mereka serius membanteras rasuah.

Laporan Xinhua menyatakan, majlis sambutan bagi pegawai tinggi tidak lagi membabitkan arak atau layanan mewah termasuk sepanduk selamat datang, permaidani merah, jambakan bunga, perbarisan askar, persembahan tarian atau cendera mata.

CMC dipengerusikan oleh ketua baru Parti Komunis, Xi Jinping yang mengambil alih kuasa bulan lalu.

“Anggota CMC dikehendaki memastikan isteri, anak dan pembantu mereka berdisiplin serta tidak mengambil rasuah,” menurut laporan itu.

Selain itu, anggota suruhanjaya berkenaan dilarang menginap di hotel awam atau mewah ketika melakukan pemeriksaan kerja.
Xi yang bakal memulakan tugas sebagai Presiden China pada Mac depan berulang kali berikrar memerangi rasuah.

Ia ketika banyak pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pembabitan anggota parti dalam rasuah selain skandal politik.
AFP

Tiga Negara Diperintah Dajjal Sudah Bergabung- mai baca sat!


Isu sebenar yang berlaku di Syiria..

Kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, menerangkn keadaan saudara kita di sana..

Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad:

1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun..

Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYA TEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yang ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yang tidak direkod berpuluh2 ribu lagi kematian..

2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka berdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. di mana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran..

3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun.

Kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid dihina..orang Syiah mencabuli wanita ahli sunnah di dalam masjid.

Di Syiria tiada Hospital untuk bantu orang Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akan ditangkap dan dibunuh juga..

SYIAH buat kekejaman sebab dia berpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dapat sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dapat bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!!

*jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sebab bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dan brsatu..

*Beliau PESAN LAGI: Pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NAK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. kerana pemimpin yang benar2 kepada Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada membawa kpd Islam yg sbenar..

Sementara itu Prof. Dr. Yusuf Qardhawi  beberapa bulan lalu menyatakan seperti berikut;

Prof. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan, mereka yang telah menunaikan ibadat haji dan umrah wajar bagi mereka menggunakan wang tersebut untuk didermakan kepada saudara seagama di Syria yang amat memerlukan waktu ini.

Berdasarkan aulawiyat (keutamaan), menurut beliau situasi yang terdesak waktu ini di Syria dan di seluruh dunia menyaksikan umat Islam ditekan dan dizalimi memerlukan kepada keprihatinan dan pertolongan. Melainkan mereka yang buat pertama kali menunaikan ibadat haji kerana ia merupakan kefardhuan bagi setiap muslim sekali dalam seumur hidup.

Menurut Syeikh Qardhawi, beberapa kaedah yang digariskan oleh Islam perlu dinilai iaitu:

Pertama: Allah tidak akan menerima amalan sunat hingga ditunaikan amalan fardhu. Contohnya, setiap mereka yang mengerjakan umrah tanpa mengeluarkan zakat sebagai contoh, maka umrahnya ditolak oleh Allah.

Keutamaan mengeluarkan harta bagi mengerjakan umrah ialah perlu dibersihkan terlebih dahulu hartanya dengan kefardhuan zakat.

Kedua: Allah tidak akan menerima amalan sunat yang menjurus kepada perbuatan yang haram kerana menyelamatkan dosa dari yang haram perlu didahulukan berbanding memperoleh pahala dari amalan sunat.

Ketiga: Pintu kebaikan yang dikurniakan oleh Allah amat luas maka jangan disempitkannya kerana mereka yang mengerjakan haji secara berulang kali akan menutup peluang saudara Islam lain yang masih belum berkesempatan menunaikan ibadat ini.

Justeru, dua kesimpulan yang dibuat kepada mereka yang melakukan ibadat haji berulang kali:

1) Dapat menggunakan wang tersebut bagi membantu umat Islam yang kesusahan yang amat memerlukan bantuan.

2) Memberikan peluang kepada saudara Islam lain yang masih belum menunaikannya


Fakta wasukalu

Selama tempoh sekitar 70 tahun Zionis menjajah bumi Palestin, mereka telah membunuh sekitar 30 ribu umat Islam Palestin. Manakala rejim Syiah Nusairi (era Bashar) di Syria pula, dalam tempoh 2 tahun sahaja telah membunuh lebih daripada 50 ribu umat Islam Syria.

Jika dicampur jumlah mangsa tragedi Hama pada tahun 1982 (era Hafeez Asad) yang mengorbankan lebih 46 ribu umat Islam, maka jumlah keseluruhan umat Islam yang dibunuh Syiah di Syria ialah 96 ribu orang sejak tahun 1982 iaitu tempoh masa yang lebih singkat iaitu 30 tahun sahaja.

Kesimpulannya Syiah membunuh ASWJ dengan purata 3200 orang setahun selama 30 tahun manakala yahudi zionis Israel membunuh ASWJ dengan purata 428 orang setahun selama 70 tahun.

Perkara yang perlu kita fikirkan untuk mengaitkan Israel, AS, Negara Syiah Iran, Iraq dan Syria

1. Penyerahan Bukit Golan kepada israel
2. Penyiaran empat rangkaian agama Iran dari stesen di Israel
3. Peranan Amerika menyerahkan Iraq kepada kepimpinan Syiah
4. Kaitan yahudi Israel dengan yahudi iran. 70.000 yahudi Iran telah berpindah ke Israel selepas
    kejayaan revolusi Islam di Iran.
5. Darah yahudi dalam tubuh ahmadinejad
6. Sejarah syiah menurut ASWJ - Hasil tipu daya oleh seorang yahudi yaman. Syiah diasaskan oleh Abdullah Ibnu Saba' seorang Yahudi dari San'a Yaman.
7. Lihat peta di bawah. Dengan penyerahan Iraq kepada pemerintahan Syiah bermakna tiga negara dikuasai syiah seolah-olah bercantum dalam peta. Jika benar andaian gua bahawa syiah adalah proksi yahudi Israel bermakna keempat-empat negara dajjal sudah bergabung (saling bersambung) berdasarkan kedudukan peta politik.
8. dan kaitan Syam sebagai lokasi perang akhir zaman dan lokasi turun nabi Isa di akhir zaman. baca kisahnya di blog ini. akan disiarkan nanti. In Syaa Allah.



Walaupun Syam/Syria bukan tanah suci umat Islam seperti BaitulMuqadis namun ia adalah bumi ambiya di mana letaknya makam para ambiya seperti Nabi Nuh AS di Kerak dan makam nabi Sulaiman AS di Sarfah. ASWJ Syria juga perlu dibantu seperti mana bantuan kita kepada Palestine.

Ingat yahudi ingat syiah,
Amerika, Israel, Iran, Iraq, Syria, dan Lebanon adalah sekutu

Memang haram jadah. Syiah di Malaysia macam mana?
Apabila mereka berkembang, adakah ASWJ akan turut dimusuhi dan dibunuh?

artikel berkaitan
Kanak-Kanak Pencetus Kebangkitan ASWJ Syria Menentang Bashar Al-Asad

adiossumber

436 Pasangan Muda Nikah Beramai-Ramai di Gaza





Satu majlis perkahwinan besar-besaran yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan bagi Islam rural Sosial telah diadakan di Rafah, di selatan Semenanjung Gaza. Majlis tersebut telah dibiayai oleh Yayasan Sheikh Khalifa bin Zayed Aal Nahyan United Arab Emirate.

Majlis perkahwinan seperti di Gaza diadakan sebagai satu cara untuk mengurangkan kos yang tinggi perkahwinan individu dan diberi subsidi oleh organisasi Islam antarabangsa dan individu-individu dermawan. Setiap pasangan pada majlis di Rafah juga telah diberi $4,000 daripada dana yang disediakan oleh Yayasan untuk kerja-kerja kemanusiaan.

436 pasangan mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Kebangsaan Islam dan Yayasan Sheikh Khalifa atas usaha mereka diberkati. Mereka amat bersyukur diberikan keadaan yang 'sukar' dengan beban kewangan untuk menyewa dan melengkapkan kemudahan penginapan.

Keluarga dan kawan-kawan pasangan melahirkan kegembiraan yang besar ketika melihat orang kesayangan mereka menyertai majlis perkahwinan tersebut.Acara tersebut telah dihadiri oleh beribu-ribu tetamu. Pihak penganjur acara itu mengatakan bahawa terdapat skop untuk mengadakan majlis perkahwinan lebih besar di masa depan, yang mungkin boleh mengahwinkan sehingga 1,000 pasangan pada satu-satu masa.
sumber

Ummi pilih Dr. Zaman Khan

Ummi Hafilda dan Zaman Khan bakal ke jenjang pelamin dalam masa terdekat.

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami.
Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara.
"Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya.
"Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121223/dn_08/Ummi-pilih-Dr-Zaman-Khan#ixzz2FpOgtiBY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

20 cedera: Penyokong, pembangkang Mursi bertempur

ISKANDARIAH 22 Dis. - Sekurang-kurangnya 20 orang cedera apabila kumpulan penyokong Presiden Mesir, Mohamed Mursi bertempur dengan penyokong kumpulan pembangkang di sini, semalam.
Pertempuran tersebut berlaku menjelang satu undian terakhir ahli Parlimen terhadap pembentukan Perlembagaan berlandaskan undang-undang Islam yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan parti pembangkang.
Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menenangkan beribu-ribu penyokong kedua-dua kumpulan yang bertempur berhampiran sebuah masjid di Iskandariah. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121222/lu_01/20-cedera-Penyokong-pembangkang-Mursi-bertempur#ixzz2Fp224qxj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lima terkorban selepas bom kereta meletup


BEIRUT 23 Dis. - Sebuah bom kereta meletup di wilayah Qaboun di timur Damsyik semalam menyebabkan lima orang terbunuh dan beberapa lagi cedera.
Menurut Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, pertempuran itu berlaku selepas pemberontak bertempur dengan pasukan tentera Palestin yang pro-Presiden Bashar al-Assad di daerah selatan Hajar al-Aswad dan berdekatan kem pelarian Palestin di Yarmuk.
Pemantau memberitahu, 44,000 orang telah terbunuh di Syria selepas tercetusnya pemberontak anti rejim sejak Mac tahun lalu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121223/lu_06/Lima-terkorban-selepas-bom-kereta-meletup#ixzz2Fp1aKAFC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rakyat Mesir undi draf perlembagaan



PENENTANG dan penyokong Presiden Mohamed Morsi bertempur di bandar pelabuhan Iskandariah kelmarin.


KAHERAH - Rakyat Mesir keluar mengundi semalam dalam pusingan terakhir pungutan suara draf perlembagaan baharu yang dicadangkan oleh Presiden Mohamed Morsi dan sekutu-sekutunya dari pergerakan Islam tetapi ditentang hebat oleh pembangkang sekular di negara itu.
Draf tersebut dijangka diluluskan selepas memperoleh 57 peratus sokongan dalam pusingan pertama pungutan suara tersebut seminggu lalu.
Namun, kemenangan tipis dan sambutan hambar daripada pengundi berdaftar dalam pengundian pertama digunakan oleh penentang Morsi dalam kempen mereka untuk menggagalkan referendum tersebut.
Mesir sebelum ini digegarkan oleh bantahan dengan kebanyakannya bertukar ganas sejak sebulan lalu.
Pada 5 Disember, lapan orang terbunuh manakala beratus-ratus lagi cedera dalam beberapa pertempuran antara penyokong dan penentang draf berkenaan di luar Istana Presiden di sini.
Menjelang pengundian semalam, lebih banyak pertempuran berlaku di Iskandariah yang merupakan bandar raya kedua terbesar di negara itu.
Seramai 62 orang termasuk 12 anggota polis cedera dalam kekacauan tersebut dengan 12 orang telah ditangkap.
Sekitar 250,000 anggota polis dan tentera dikerahkan untuk mengawal ketenteraman ketika referendum diadakan.
Draf perlembagaan itu dihasilkan oleh panel yang didominasi pergerakan Islam terbesar di Mesir, Ikwanul Muslimin yang menyokong Morsi.
Draf berkenaan ditentang oleh penduduk Kristian dan golongan liberal kerana dianggap menyisihkan hak asasi manusia dan hak wanita.
Keputusan awal pusingan terakhir pungutan suara itu dijangka diketahui hari ini.
"Saya mengundi menyokongnya kerana Mesir memerlukan sebuah perlembagaan yang stabil," kata seorang pemandu lori berusia 49 tahun, Mohamed Mamza semasa beratur untuk mengundi di Giza, dekat sini.
Di satu lokasi berhampiran, seorang pengundi lain, Sayyed Mostafa, 25, menyatakan, dia akan mengundi menentang draf perlembagaan tersebut.
"Draf ini tidak menghormati rakyat Mesir," tegasnya.
Jika draf perlembagaan baharu itu dikuatkuasakan, Morsi perlu mengadakan pilihan raya Parlimen dalam tempoh dua bulan lagi untuk menggantikan dewan berkenaan yang didominasi wakil rakyat Islam.
Parlimen Mesir diarahkan dibubar oleh Mahkamah Agung negara berkenaan pada Jun lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1223&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2Foo43F8W 
Hakcipta terpelihara