Thursday, October 14, 2010
Mujur ada ' Datuk' spare
Sultan Kelantan tarik balik anugerah 'Datuk' ketua Perkasa dan tiga lagi individu
Biar ke tali gantung
KUALA LUMPUR: “Seperti mana azab dilalui ibu saya yang dibunuh kejam, saya mahu semua penjenayah yang bertanggungjawab (melakukan pembunuhan) dibalas dengan hukuman mati di tali gantung,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, selepas empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Banting, Selangor, semalam, atas tuduhan membunuh ibunya dan tiga individu lain.
Ketika dihubungi semalam, dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku masih bersedih dengan kehilangan ibunya dan hatinya masih berat untuk percaya dengan apa yang berlaku.
“Ada kalanya saya takut untuk membaca akhbar atau mendengar cerita bagaimana kejamnya ibu dan tiga mangsa lain diperlakukan penjenayah. Mereka tidak berperikemanusiaan dan berhati syaitan.
“Saya cuma berharap polis dapat membuktikan jenayah terancang dilakukan semua suspek bagi membolehkan hukuman berat dan setimpal dijatuhkan kepada mereka,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.
Rita berkata, sekuat mana sekali pun hatinya cuba menahan air mata daripada menitis, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu penderitaan dan kesedihan dialami.
“Kehilangan ibu merentap kebahagiaan kami adik-beradik yang amat manja dan menjadikan ibu sebagai tempat menumpang kasih sejak kecil.
“Sukar dijelaskan apa yang kami rasa selepas kehilangan ibu, namun apa cara sekali pun cita-cita dan impian ibu perlu diteruskan. Hanya doa tidak henti dipohon supaya roh ibu ditempatkan di kalangan hamba yang dilindungi Allah,” katanya.
Ditanya berhubung aktiviti harian selain cabaran perlu dihadapi bagi meneruskan perniagaan kosmetik Nouvelles Visages (NV), Rita memberitahu masih banyak yang perlu dipelajarinya.
“Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama membabitkan perjalanan dan kewangan syarikat. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana masih ada pekerja lama yang setia di belakang untuk membantu dan membimbing terutama berkaitan urusan perniagaan syarikat,” katanya.
Menurutnya, kesibukannya untuk menyesuaikan diri dengan situasi terbabit menyebabkan dia belum berpeluang berjumpa stokis produk NV yang terus menyokong produk diasaskan ibunya itu.
“Mengikut perancangan, saya akan berjumpa semua stokis pada Januari depan selepas semua urusan berkaitan pengurusan syarikat diselesaikan.
“Tindakan membekukan sementara aset kewangan milik ibu sedikit sebanyak turut menyukarkan kami untuk menyelesaikan beberapa masalah membabitkan pinjaman dan urusan perniagaan lain,” kata Rita.
Selain Sosilawati, tiga lagi mangsa pembunuhan kejam itu ialah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.
Sementara itu, Radin Pangat Ishak, 66, bapa mentua Noorhisham berharap apa yang dilakukan semua tertuduh ke atas menantunya bakal diadili seadil-adilnya di mahkamah dan dia yakin sistem perundangan negara ini tidak akan melepaskan orang yang bersalah begitu saja.
“Kami tunggu dan lihat apa keputusannya. Saya serahkan semuanya kepada pihak perundangan negara. Jika mereka didapati bersalah, saya berharap mereka dijatuhkan hukuman yang berat sesuai dengan kesalahan dilakukan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Radin Pangat berkata, dia dan keluarga tidak berputus asa dan tetap melakukan solat hajat dan doa selamat memohon supaya keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan bukan milik menantunya itu.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melihatkan penderitaan anak dan cucu yang kehilangan tempat bergantung, sayu hati saya. Disebabkan itu kami sekeluarga memohon supaya Noorhisham hidup. Bagaimanapun, jika sah keputusan DNA itu berpadanan dengan menantu saya, kami sekeluarga reda,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga terutama isteri Noorhisham, Suzana, 38, dan tiga anaknya masih berharap keajaiban berlaku selagi ujian DNA tidak disahkan sepadan dengan pegawai bank berkenaan.
Ketika dihubungi semalam, dia yang mesra dengan panggilan Rita mengaku masih bersedih dengan kehilangan ibunya dan hatinya masih berat untuk percaya dengan apa yang berlaku.
“Ada kalanya saya takut untuk membaca akhbar atau mendengar cerita bagaimana kejamnya ibu dan tiga mangsa lain diperlakukan penjenayah. Mereka tidak berperikemanusiaan dan berhati syaitan.
“Saya cuma berharap polis dapat membuktikan jenayah terancang dilakukan semua suspek bagi membolehkan hukuman berat dan setimpal dijatuhkan kepada mereka,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.
Rita berkata, sekuat mana sekali pun hatinya cuba menahan air mata daripada menitis, hakikatnya hanya Tuhan yang tahu penderitaan dan kesedihan dialami.
“Kehilangan ibu merentap kebahagiaan kami adik-beradik yang amat manja dan menjadikan ibu sebagai tempat menumpang kasih sejak kecil.
“Sukar dijelaskan apa yang kami rasa selepas kehilangan ibu, namun apa cara sekali pun cita-cita dan impian ibu perlu diteruskan. Hanya doa tidak henti dipohon supaya roh ibu ditempatkan di kalangan hamba yang dilindungi Allah,” katanya.
Ditanya berhubung aktiviti harian selain cabaran perlu dihadapi bagi meneruskan perniagaan kosmetik Nouvelles Visages (NV), Rita memberitahu masih banyak yang perlu dipelajarinya.
“Banyak perkara yang perlu diselesaikan terutama membabitkan perjalanan dan kewangan syarikat. Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana masih ada pekerja lama yang setia di belakang untuk membantu dan membimbing terutama berkaitan urusan perniagaan syarikat,” katanya.
Menurutnya, kesibukannya untuk menyesuaikan diri dengan situasi terbabit menyebabkan dia belum berpeluang berjumpa stokis produk NV yang terus menyokong produk diasaskan ibunya itu.
“Mengikut perancangan, saya akan berjumpa semua stokis pada Januari depan selepas semua urusan berkaitan pengurusan syarikat diselesaikan.
“Tindakan membekukan sementara aset kewangan milik ibu sedikit sebanyak turut menyukarkan kami untuk menyelesaikan beberapa masalah membabitkan pinjaman dan urusan perniagaan lain,” kata Rita.
Selain Sosilawati, tiga lagi mangsa pembunuhan kejam itu ialah pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Mereka dipercayai dibunuh dan dibakar di sebuah ladang di Banting, sebelum abu mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau, pada 30 Ogos lalu.
Sementara itu, Radin Pangat Ishak, 66, bapa mentua Noorhisham berharap apa yang dilakukan semua tertuduh ke atas menantunya bakal diadili seadil-adilnya di mahkamah dan dia yakin sistem perundangan negara ini tidak akan melepaskan orang yang bersalah begitu saja.
“Kami tunggu dan lihat apa keputusannya. Saya serahkan semuanya kepada pihak perundangan negara. Jika mereka didapati bersalah, saya berharap mereka dijatuhkan hukuman yang berat sesuai dengan kesalahan dilakukan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Radin Pangat berkata, dia dan keluarga tidak berputus asa dan tetap melakukan solat hajat dan doa selamat memohon supaya keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) dikeluarkan bukan milik menantunya itu.
“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Melihatkan penderitaan anak dan cucu yang kehilangan tempat bergantung, sayu hati saya. Disebabkan itu kami sekeluarga memohon supaya Noorhisham hidup. Bagaimanapun, jika sah keputusan DNA itu berpadanan dengan menantu saya, kami sekeluarga reda,” katanya.
Katanya, mereka sekeluarga terutama isteri Noorhisham, Suzana, 38, dan tiga anaknya masih berharap keajaiban berlaku selagi ujian DNA tidak disahkan sepadan dengan pegawai bank berkenaan.
Obama ada pertalian saudara dengan Bush
NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mempunyai hubungan persaudaran dengan George W. Bush yang merupakan bekas Presiden AS, kata seorang ahli geneaologi di laman web Ancestry.com, Anastasia Tyler semalam.
Obama merupakan anggota Parti Demokrat manakala Bush yang melancarkan perang ke atas Iraq pada 2003 pula merupakan anggota Parti Republikan.
Anastasia mendedahkan, Obama dan Bush adalah sepupu ke-11 kerana mereka berkongsi poyang, Samuel Hinckley pada kurun ke-17.
Selain Bush, Obama turut mempunyai hubungan persaudaraan dengan seorang seteru politiknya iaitu bekas Gabenor Alaska, Sarah Palin.
Palin pernah dipilih menjadi calon Naib Presiden AS pada pilihan raya Presiden 2008 bagi menjadi regu calon Presiden AS daripada parti Republikan, John McCain.
Menurut Anastasia, Obama dan Palin merupakan sepupu ke-10 menerusi moyang yang sama bernama John Smith yang merupakan seorang peneroka awal AS pada kurun ke-17 di negeri Massachusetts.
Smith adalah menantu Hinckley.
Jelasnya, penemuan itu dibuat selepas mengkaji sejarah keturunan tokoh-tokoh berkenaan termasuk persamaan dalam nama keluarga dan lokasi tempat tinggal. - AP
33 pelombong diselamatkan
SAN JOSE, Chile – Operasi menyelamatkan 33 orang pelombong yang terperangkap lebih 69 hari di dalam lombong emas dan tembaga bawah tanah San Jose, Chile sedalam 621.71 meter dari dalam permukaan Bumi dimulakan lewat malam kelmarin.
Dalam operasi menyelamat itu, seorang pelombong menjadi mangsa pertama diselamatkan dari lombong itu pada pukul 12.11 pagi waktu Chile. Menurut seorang anggota penyelamat, Manuel Gonzalez Roberto Rios, pelombong pertama yang dipilih menaiki kapsul penyelamat dari dalam tanah itu ialah Florencio Avalos Silva, 31, kerana dia dianggap mempunyai psikologi yang kuat.
Dia memakai topeng oksigen dan peralatan biometrik bagi memantau tindak balas tubuhnya semasa berdiri di dalam kapsul penyelamat yang dihantar menerusi sebuah terowong.
Ahli-ahli keluarganya bersorak dan membunyikan hon sebaik sahaja melihat Silva berjaya dibawa keluar dari terowong bawah tanah dengan menggunakan kapsul penyelamat itu.
Avalos terus memeluk isterinya selepas keluar dari kapsul itu sebelum dia berbual dengan Presiden Chile, Sebastian Pinera.
Dia yang nampak tenang kemudian dibawa untuk mendapatkan rawatan dan bantuan psikologi.
Dalam satu situasi lain yang menakjubkan, pelombong kedua yang diselamatkan memberikan cenderahati kepada pasukan penyelamat dan Pinera.
Pelombong kedua itu, Mario Sepulveda, 40, memeluk isterinya sebelum dia mengambil batu-batu daripada begnya dan memberinya kepada mereka yang berada di sekitar lombong itu sebagai cenderamata.
Dia kemudian menggenggam tangan dan sama-sama menyanyikan lagu Viva Chile.
“Sangat menakjubkan apabila mereka mampu menyelamatkan kami. Saya tidak pernah ragu-ragu bahawa kami semua dapat dikeluarkan dari lombong hidup-hidup,” kata Sepulveda dalam satu temu ramah di televisyen.
Pelombong warga Bolivia, Carlos Mamani Solis, 24, yang menjadi mangsa keempat diselamatkan dan berikrar bahawa dia tidak akan menjejakkan kakinya di dalam lombong.
Sementara itu, pelombong termuda, Jimmy Alejandro Sanchez Lagues, 19, mempunyai cara tersendiri meraikan hari bersejarah itu.
Dia mengibarkan bendera pasukan bola sepak kesukaannya, Universidad de Chile sebaik sahaja dia dikeluarkan daripada kapsul penyelamat yang diberi nama Phoenix 2 itu.
Operasi menyelamat turut diberhentikan buat seketika apabila kapsul penyelamat itu perlu dibaiki selepas mengalami sedikit kerosakan akibat geseran.
Pasukan penyelamat diberi masa selama 48 jam untuk menyempurnakan operasi menyelamat.
Presiden Chile memberitahu, lombong itu akan
Bas Ekspres Delima diserah kepada syarikat pemilik
SEREMBAN - Badan bas Ekspres Delima yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka Ahad lalu telah diserahkan kepada Syarikat Kuala Lumpur Malacca Ekspress Sdn. Bhd. di Melaka semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Supritendan Mizan Md. Dom berkata, kenderaan itu diserah kepada syarikat berkenaan berikutan siasatan telah selesai dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan polis.
"Kita juga telah menyerahkan sampel darah pemandu bas ekspres itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis," katanya di sini semalam.
Anugerah Datuk Ibrahim Ali ditarik
Oleh KHAIRI MOHAMAD
khairi.mohamad@kosmo.com.my
khairi.mohamad@kosmo.com.my
KOTA BHARU - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menarik balik anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan kepada empat individu termasuk dua orang kerabat diraja dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkuat kuasa semalam.
Tindakan tersebut dilakukan selepas baginda melucutkan gelaran Temenggong daripada adinda baginda, Tengku Muhammad Fakhry Petra pada hujung bulan lepas.
Baginda turut menarik balik semua darjah kebesaran termasuk Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan (SPSK) yang dianugerahkan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud dan Darjah Jiwa Mahkota Kelantan (DJMK) yang membawa gelaran Datuk Paduka daripada Ibrahim.
Penarikan balik bintang dan darjah kebesaran tersebut diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias pada satu sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurut Mohd. Aiseri, dua orang kerabat terbabit ialah Tengku Mohamed Shafiei Tengku Ibrahim, 65, dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor, 45, yang merupakan pegawai keselamatan di Istana Kelantan.
Beliau berkata, penarikan balik anugerah bintang Seri Mahkota Kelantan (SMK) daripada Tengku Mohamed Shafiei berkuat kuasa semalam manakala, penarikan balik anugerah Pingat Bakti (PB) dan Jaksa Pendamai (JP) daripada Tengku Abu Bakar pula berkuat kuasa 30 September lalu.
Kelantan diserang 95 minit awal dari Pearl Harbour
KOTA BHARU 13 Okt. - Umum mengetahui serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua bermula di Kelantan apabila mereka mendarat di Pantai Sabak, Pengkalan Chepa pada 8 Disember 1941.
Namun, mungkin ramai tidak menyedari bahawa serangan itu sebenarnya menandakan bermulanya Perang Dunia Kedua dan serangan Jepun ke atas negara-negara di Asia Pasifik setelah Eropah mula diserang pada 1939 oleh Jerman, salah satu negara pakatan 'Axis' selain Itali dan Jepun.
"Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula di Kelantan, bukan Thailand atau Pearl Harbour, Hawaii.
"Jepun mendarat paling awal di Pantai Sabak dari tempat-tempat lain," kata Pegawai Penyelidik Perbadanan Muzium Negeri, Datuk Salleh Mohd. Akib dalam satu pertemuan, baru-baru ini.
Salleh berkata, beberapa waktu selepas pukul 12 tengah malam 8 Disember 1941, tentera Jepun seramai 5,200 orang yang dipimpin Pemerintah Tentera Darat, Mejar Jeneral Hiroshi Takumi telah melepaskan tembakan pertama ke atas tentera British yang berkawal di kubu kebal Pantai Sabak.
Sebelum itu, kelibat lima kapal pengangkut dan pembinasa yang berlabuh beberapa kilometer dari pantai, dikesan tentera British berketurunan India-Punjab yang berkubu di kubu kebal tersebut.
Katanya, konvoi tentera Jepun yang lain juga pada masa sama bergerak ke Teluk Siam dan masuk ke wilayah Nakhon Sri Thamarat, Patani dan Sanggora.
Namun, kata beliau, serangan tentera Jepun di Thailand itu juga lewat dua jam daripada serangan mereka ke atas Pantai Sabak.
Katanya, walaupun laporan mengatakan pangkalan angkatan tentera Amerika Syarikat di Pearl Harbour, Hawaii diserang pada 7 Disember tahun itu, tentera Jepun menyerang Kelantan 95 minit lebih awal.
"Mengikut perkiraan 'international dateline', Kelantan sebenarnya lebih dahulu diserang dari Pearl Harbour sebanyak 95 minit lebih awal.
"Jepun yang cemburu melihat Jerman dan Itali menguasai negara di Eropah dan Afrika telah menyerang Tanah Melayu lebih dahulu dari tempat lain.
"Sama ada perlu dibanggakan atau tidak, Pantai Sabak menjadi saksi awal kepada sejarah Perang Dunia Kedua di rantau Asia Pasifik," katanya.
Salleh berkata, tentera Jepun menghadapi tentangan sengit daripada tentera British yang berkawal di kubu-kubu kebal di pantai dan kawasan lain sepanjang perjalanan ke Kota Bharu dan mereka terpaksa menunggu selama sehari sebelum dapat menawan ibu negeri Kelantan itu pada 9 Disember 1941.
"Kemudiannya tentera Jepun mara ke Machang pada 14 Disember 1941 dan menawan pula Kuala Krai pada 20 Disember 1941.
"Kejayaan di Kuala Krai yang menyaksikan tentera British terpaksa berundur ke Kuala Lipis bermakna Jepun berjaya menakluk Kelantan sepenuhnya," katanya.
Salleh berkata, menurut catatan buku-buku sejarah, dalam peperangan untuk menguasai Kelantan, Jepun menawan 27 meriam medan, 73 pucuk mesingan ringan dan berat, tujuh pesawat, 157 kereta dan trak serta 33 gerabak kereta api.
"Manakala kerugian bagi pihak Jepun pula, mereka kehilangan dua kapal pengangkut, 320 tentera terbunuh dan 538 orang lagi cedera," katanya.
Beliau berkata, penawanan Jepun ke atas tentera darat dan udara British di Kelantan adalah kejayaan besar kepada negara Matahari Terbit tersebut kerana Kelantan dianggap sebagai pintu utara Tanah Melayu.
Aminulrasyid mati tertiarap
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 13 Okt. - Aminulrasyid Amzah, remaja yang mati akibat tertembak ketika dikejar oleh kereta peronda polis disahkan meninggal dunia semasa mangsa diperiksa oleh seorang petugas Bahagian Perkhidmatan Ambulans 999 pada pukul 2.23 pagi, 26 April lalu.
Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Muhamad Sahid Abdul Karim membuat pengesahan itu apabila tiada sebarang denyutan nadi serta degupan jantung dikesan selepas pemeriksaan dilakukan sebanyak dua kali.
Dia yang merupakan saksi pendakwa kesembilan berkata, mangsa ketika itu berada dalam keadaan tertiarap dengan muka tersembam pada tempat duduk pemandu manakala badannya berada di luar sebuah kereta Proton Iswara berwarna putih.
"Saya suluh mangsa dengan lampu kecil dan nampak mangsa memakai seluar pendek dan baju T. Saya rasa nadi di bahagian leher dan dapati tiada sebarang denyutan.
"Kemudian saya periksa gunakan stetoskop dan dapati tiada pernafasan dan degupan jantung. Ini menunjukkan mangsa sudah pun meninggal dunia," katanya semasa memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Dalam kes ini, Koperal Jenain Subi, 48, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid, 15, di Jalan Tarian, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu.
Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Menurut Muhamad Sahid yang berada di tempat kejadian selama 20 minit, dia tidak nampak sebarang kecederaan pada badan termasuk bahagian belakang apabila menyelak baju mangsa.
Bagaimanapun, jelas beliau, terdapat kesan darah pada sarung tangan yang dipakainya selepas dia memegang dahi mangsa.
"Saya pegang bahagian dahi mangsa untuk pusingkan kepala bagi melihat kecederaan, tetapi ada anggota polis melarang saya mengerakkan mangsa daripada kedudukan sebenar.
"Jadi saya pun berhenti dan saya tengok sarung tangan saya ada darah. Saya ada minta pengenalan mangsa, tetapi anggota polis yang berada di situ menjawab 'apa-apa tunggu pegawai penyiasat datang'.
"Saya juga ada bertanya siapa yang gerakkan dan letak mangsa di luar kereta dan saya dapat jawapan yang sama," katanya yang kemudian pulang ke HTAR tanpa membawa mayat Aminurasyid.
Muhammad Sahid sebelum itu memaklumkan, dia menerima panggilan kecemasan yang mengatakan ada sebuah kereta terbabas di Jalan Mak Yong, Seksyen 11 kawasan perumahan di Shah Alam pada pukul 2.02 pagi hari kejadian.
Apabila sampai, dia melihat sebuah kereta Proton Iswara putih tersadai antara dinding pagar rumah dan sebatang pokok dengan garisan kuning polis mengelilingi kawasan kemalangan itu.
Sementara itu, Konstabel Malkeet Singh pula memberitahu, dia melihat dua kereta peronda polis sedang mengejar sebuah kereta Proton Iswara putih ketika sedang berpusing di Bulatan Kayangan di sini.
Dalam kejadian antara pukul 1.20 dan 2 pagi, 26 April lalu, katanya, ketiga-tiga kereta yang dipandu laju itu hilang daripada pandangan sebelum ditemui berpandukan cahaya lampu siren.
Apabila sampai di tempat kejadian, Malkeet yang bertugas di Unit Kereta Peronda IPD Shah Alam memberitahu, dia nampak seseorang berada di tempat duduk pemandu dengan kaki terkeluar dari Proton Iswara putih yang terbabas.
Dia turut membuat pengecaman ke atas empat anggota polis yang berada dalam dua kereta peronda tersebut iaitu Jenain, Konstabel Mohamad Hafizd Mohd. Yusof, Koperal Azhar Hashim dan Konstabel Mohd. Izham Mahayadin.
Seorang lagi saksi, Sarjan Mohd. Sani Mohd. Hassan mengesahkan Jenain merupakan seorang yang mahir dalam menggunakan senjata api sub-mesingan Heckler & Koch MP5 dan pistol semi automatik Walther 99.
Beliau yang merupakan Ketua Cawangan Persenjataan IPD Shah Alam berkata, tertuduh memperoleh markah 90/100 dan 75/100 dalam satu latihan menembak yang diadakan pada 13 dan 15 Oktober tahun lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar, Adilla Ahmad dan Siti Rohaida Che Hamid manakala tertuduh diwakili peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.
Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar bersambung esok.
Ahli keluarga pelombong sediakan 'kejutan seksi'
LOMBONG SAN JOSE 13 Okt. - Terperangkap di dalam lombong bawah tanah di utara Chile selama 10 minggu bukan saja mengubah kehidupan 33 pelombong terlibat, malah turut memberi kesan kepada pasangan hidup mereka.
Ketika tinggal beberapa jam sebelum ditemukan semula, isteri dan teman wanita pelombong-pelombong terbabit sibuk membuat rawatan kecantikan dan menyediakan 'kejutan seksi' buat pasangan masing-masing selepas terpisah selama dua setengah bulan.
Seolah-olah mendapat tenaga daripada harapan, wanita-wanita ini mendandan rambut, mewarnakan kuku dan memilih pakaian dalam seksi ketika tidak sabar menunggu kumpulan pelombong itu diselamatkan.
"Saya tidak pernah mencantikkan rambut tetapi kini saya telah memendek dan mewarnakannya sedikit perang. Saya menghias diri secara lengkap," kata Cristina Nunez, 26, sambil mengirai rambutnya.
Nunez juga mengaku merancang untuk memakai 'pakaian bayi renda merah' yang diberikan kepadanya untuk pertemuan semula pertama dengan teman lelakinya, Claudio Yanez yang tinggal bersamanya selama 10 tahun dengan dua anak berusia lapan dan satu tahun.
Katanya, dia merancang untuk menetapkan tarikh dengan pendaftar sivil dan melangsungkan perkahwinan sebelum membeli rumah.
Liliana Ramirez, isteri Mario Gomez yang berusia 63 tahun dan ketua kepada kumpulan pelombong itu pula berkata, dia bersedia untuk pertemuan penuh emosi itu.
Dia yang berusia dalam lingkungan 50-an dengan bangganya memberitahu bahawa dia tidak banyak bersolek kerana 'sentiasa kelihatan cantik', selain turut menyiapkan kejutan untuk Gomez.
Isteri dan teman wanita kepada pelombong lain turut membuat persiapan untuk bertemu kembali, namun perancangan mereka itu perlu ditunda sedikit masa lagi kerana kesemua pelombong itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.
Hanya pertemuan singkat dibenarkan selepas mereka diselamatkan sebelum mereka dibawa dengan helikopter ke bandar Copiapo untuk pemerhatian terperinci di hospital. - AFP
Zaid makin tersepit atas mainan Anwar-Azmin
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pencabar terkuat Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dilihat tidak mempunyai banyak pilihan selain bertanding jawatan presiden.
Ia berikutan perancangannya sebelum ini untuk berkompromi dengan Nurul Izzah Anwar tidak kesampaian.
Ini kerana, anak Datuk Seri Anwar Ibrahim itu gagal memenuhi syarat ditetapkan perlembagaan parti iaitu sekurang-kurangnya memperoleh dua pencalonan bagi membolehkan beliau bertanding jawatan nombor dua.
Nurul Izzah hanya memperoleh satu pencalonan daripada cabang Keningau, Sabah.
Menurut bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Zaid kini seolah-olah terperangkap dalam permainan politik serampang dua mata pakatan Anwar-Azmin.
Beliau berkata, pakatan Anwar-Azmin akan melalui apa cara sekali pun mahu mengekalkan dominasi pimpinan '3A' dalam PKR dan pada masa sama membunuh politik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, katanya, Zaid masih mempunyai pilihan iaitu dengan membentuk 'gandingan' baru bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan pendirian turut bertanding jawatan timbalan presiden kerana sudah menjadi 'rahsia umum' bahawa, musuh politik mereka berdua ialah Azmin.
"Sebenarnya, perancangan Zaid berkompromi dengan Nurul Izzah sudah cukup cantik dan merupakan strategi politik bijak, malangnya Nurul Izzah pula yang tidak cukup pencalonan.
"Saya tidak pasti sama ada wujud tangan ghaib dalam isu ini tetapi sekiranya menjadi kenyataan (layak), Azmin sudah pasti tertekan.
"Kini, langkah terbaik untuk Zaid adalah meneruskan kompromi itu dengan Khalid dan saya percaya pendekatan ini lebih mudah kerana musuh mereka adalah Azmin. Bagi tujuan itu Zaid perlu bertanding jawatan presiden dan memberi laluan kepada Khalid menentang Azmin bagi jawatan nombor dua," katanya.
Beliau dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas pengesahan Anggota Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Wong Hoy Cheong bahawa Nurul Izzah tidak layak untuk bertanding jawatan timbalan presiden kerana hanya memperoleh satu pencalonan walaupun sebelum ini dilaporkan sudah mendapat tiga pencalonan.
Sebelum ini, Zaid memberitahu, beliau bersedia memberi laluan malah, akan 'bekerja' bagi memastikan kemenangan Nurul Izzah jika, Ahli Parlimen Lembah Pantai berhasrat untuk bertanding timbalan presiden kerana dakwanya, anak pengasas PKR itu mempunyai kemampuan untuk mentransformasi parti tersebut.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, sekarang adalah masa terbaik Zaid menjayakan hasrat dan cita-citanya melakukan perubahan dalam PKR terutama membuktikan kepada ahli akar umbi bahawa jawatan presiden yang disandang Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bukan sekadar boneka seperti yang berlaku kini.
"Zaid membawa imej berbeza kerana beliau seorang yang berprinsip di samping lantang mengkritik dasar dan gaya politik PKR yang dilihat semakin jauh tersasar. Jadi beliau harus mengambil tanggungjawab bertanding presiden, ini bukan soal tidak menghormati Wan Azizah tetapi Zaid perlu buktikan bahawa presiden bukan boneka.
"Memang diakui ranjau yang terpaksa dihadapi beliau cukup hebat kerana dalam PKR, kata pemutus terletak pada tangan Anwar dan bukannya Wan Azizah.
"Tapi saya percaya tidak sedikit mereka yang sudah muak dengan Anwar dan Azmin, kelompok ini akan memberi sokongan kepada Zaid, jadi dia perlu mengambil peluang ini," katanya.
Mengenai peluang Zaid untuk menang jika beliau bertanding jawatan presiden, Anuar berkata, peluang itu terlalu tipis namun menegaskan, ia bukan isu kerana Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu belum tentu berjaya bagi jawatan nombor dua kerana percaya, Anwar akan melakukan apa sahaja bagi memastikan Azmin menang.
Kertas lulus balak dijual kepada pihak ketiga
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mendedahkan berlaku penyelewengan dalam pengagihan konsesi balak di Kelantan apabila ada pihak yang dianugerahkan kawasan pembalakan menjual kertas kelulusan kepada pihak ketiga.
Beliau berkata, tindakan itu membolehkan pihak berkenaan mendapat keuntungan sehingga RM250,000 bagi setiap kawasan seluas 20 hingga 50 hektar walaupun lokasi pembalakan masih belum diketahui.
"Begitulah nilai balak di Kelantan. Banyak kawasan sudah diluluskan kononnya untuk projek pembangunan dan pertanian.
"Mereka tebang balak tetapi tidak membangunkan kawasan itu untuk projek pertanian yang dijanjikan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2010 di Dewan Rakyat hari ini.
Ibrahim mencadangkan supaya Kerajaan Pusat mengkaji semula undang-undang pembalakan sedia ada termasuk terlibat sama dalam aktiviti jawatankuasa kelulusan pembalakan yang diwujudkan oleh setiap kerajaan negeri.
Katanya, langkah itu bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam proses kelulusan kawasan dan pengambilan balak serta mengatasi masalah kecurian balak.
"Saya kira sudah sampai masanya undang-undang sedia ada dikaji balik. Walaupun pembalakan ini tanggungjawab kerajaan negeri, kita perlu pinda undang-undang supaya kerajaan Pusat turut mempunyai kuasa dalam jawatankuasa yang meluluskan kawasan balak.
"Sama ada kerajaan Pusat atau kementerian mahupun lembaga tertentu perlu ada sama dalam jawatankuasa kelulusan di setiap negeri," katanya.
Menurut Ibrahim, langkah itu juga bagi menjamin proses kelulusan kawasan pembalakan di setiap negeri dilakukan dengan telus.
Anwar kemaruk jadi Perdana Menteri - Zahid
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau mampu menyelesaikan pertikaian antara Malaysia dan Indonesia dengan segera jika menjadi Perdana Menteri membuktikan beliau seorang yang kemaruk kuasa selain cuba untuk mengalih isu.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, Anwar kini tertekan kerana hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri semakin kelam selepas beberapa siri pendedahan menelanjangkan dirinya termasuk yang terbaru, pengakuan Muhamad Rahimi Osman.
Menurutnya, Ketua Pembangkang itu cuba untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pendedahan bekas setiausaha sulitnya itu.
"Anwar sepatutnya malu pada diri sendiri sebelum bercakap besar kerana masalah dalaman PKR sendiri pun gagal ditangani.
"Macam mana pemimpin yang tidak mampu menyelesaikan isu parti sendiri boleh mendabik dada kononnya berupaya menyelesaikan pertikaian yang lebih rumit membabitkan dua negara dalam masa yang singkat. Dakwaan ini sangat melucukan," katanya dalam kenyataan kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Zahid mengulas dakwaan Anwar kononnya beliau hanya memerlukan beberapa minggu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku antara Malaysia dan Indonesia jika menjadi Perdana Menteri, semasa diwawancara oleh stesen televisyen Indonesia, TVOne di Jakarta semalam.
Dalam wawancara itu juga, Anwar secara angkuh memberitahu, tujuannya ke Indonesia buat kali kedua dalam tempoh tidak sampai dua minggu adalah bagi menyatakan tidak ada sentimen memusuhi serta menghina negara tersebut, melainkan di kalangan mereka yang jahil, dangkal atau sombong sahaja.
Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, Anwar tersilap jika berasakan rakyat di kedua-dua negara mudah termakan 'gula-gula' terbarunya itu kerana semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu pun, pertikaian antara Malaysia, Indonesia sering timbul dan tidak dapat diselesaikan olehnya.
"Kenapa tidak selesaikan masalah ini semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri yang sangat berkuasa, bahkan pernah memangku jawatan Perdana Menteri suatu ketika dahulu? Dakwaan ini tidak lebih cubaan untuk menangguk di air keruh," ujarnya.
Mengenai tindakan 'menyerang' Utusan Malaysia di Indonesia, beliau berkata, itulah demokrasi yang diperjuangkan Anwar iaitu sistem demokrasi mesti berpihak kepadanya sahaja.
dan mana-mana media yang cuba mendedahkan kepincangan terutama dalam PKR akan dianggap sebagai musuh.
Katanya, Anwar seorang ahli politik yang mudah lupa kerana akhbar yang dianggap sebagai musuh itulah suatu masa dahulu membantu cita-cita politiknya sehingga membolehkan beliau bergelar Timbalan Perdana Menteri.
"Prinsip demokrasi bagi Anwar adalah kepincangan beliau, PKR dan pembangkang tidak boleh didedah. Bagi Anwar hanya beliau seorang boleh menyerang, menuduh dan melemparkan fitnah, sebab itu beliau marah apabila Utusan Malaysia membuka mata rakyat untuk mengenali siapa sebenarnya Anwar," katanya.
habis.
Nur Dhiya Ain ada peluang dibebaskan
PUTRAJAYA 13 Okt. - Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO yakin gadis tempatan, Nur Dhiya Ain Rosman (gambar), 19, yang akan menghadapi perbicaraan atas kesalahan menyeludup dadah di Afrika Selatan, Jumaat ini, mempunyai peluang untuk dibebaskan.
Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, berdasarkan bukti yang dikumpulkan oleh peguam dilantik oleh biro itu menunjukkan mangsa tidak berniat untuk memiliki dan mengedar dadah di negara itu sebaliknya telah diperdayakan oleh satu sindiket yang dipercayai beroperasi di Nigeria.
''Nur Dhiya Ain menjadi mangsa kerana ditipu dengan tawaran pekerjaan yang secara kasarnya dilihat tidak menyalahi undang-undang.
''Malah inilah asas utama yang akan diperjuangkan bagi memastikan mangsa memperoleh keadilan yang sewajarnya dalam perbicaraan itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nur Dhiya Ain akan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Majistret Belleville, Cape Town pada Jumaat ini.
Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO yang sebelum ini menggerakkan usaha menyelamatkan gadis itu telah mengambil langkah menghantar dua peguam bagi menghadapi perbicaraan itu.
Nur Dhiya yang dikenali dengan panggilan 'Baby' dilapor menghilangkan diri dipercayai mengikuti kenalannya, seorang warga Afrika telah ditahan di Lapangan Terbang Cape Town atas kesalahan menyeludup dadah jenis syabu seberat 1.2 kilogram pada 14 Ogos lalu dan kini ditahan di pusat tahanan Ravensmead sementara menunggu perbicaraan.
Nur Dhiya Ain telah diperdaya dengan janji pekerjaan sebagai operator pelancongan bergaji lumayan setibanya di Afrika Selatan.
Muhd. Khairun memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa hasil siasatan oleh pihak berkuasa negara berkenaan menunjukkan Nur Dhiya Ain menjadi mangsa penipuan.
''Hasil siasatan ke atas mangsa telah membolehkan mereka mengesan penipuan itu dilaksanakan oleh satu sindiket yang beroperasi di Nigeria.
''Peguam kami di sana juga tidak menolak kemungkinan Nur Dhiya Ain akan menjadi saksi kepada pihak polis di sana," katanya.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan usaha tersebut bukan hanya untuk membela Nur Dhiya Ain dan keluarganya tetapi sebagai pengajaran kepada seluruh masyarakat di negara ini.
Katanya, rakyat negara ini perlu diberikan kesedaran tentang kewujudan pihak tertentu yang ingin memperalatkan gadis-gadis tempatan sebagai 'keldai dadah'.
''Memang wujud satu sindiket dadah yang bertopengkan pelbagai taktik bagi memerangkap gadis tempatan," katanya.
Abdul Rahman ditukar ke KDN
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Desas-desus yang mengatakan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman, bakal 'ditukarkan' akhirnya terbukti benar apabila beliau hari ini mengesahkan menerima surat rasmi mengenai pertukaran jawatan itu.
Abdul Rahman, 53, ditukarkan sebagai Setiausaha Bahagian Imigresen di Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkuat kuasa Jumaat ini.
Kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Abdul Rahman akan diisi oleh Datuk Alias Ahmad yang kini merupakan Setiausaha Bahagian Keselamatan di KDN.
Majlis penyerahan tugas dijangka diadakan pukul 9 pagi Jumaat ini.
Abdul Rahman yang dihubungi Utusan Malaysia di sini memberitahu, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu surat yang dihantar oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pagi ini.
"Saya tidak terkejut dengan perkara ini kerana sebelum ini pun saya sudah dimaklumkan mengenai pertukaran jawatan saya.
"Sebagai seorang pegawai kerajaan yang diberi amanah berkhidmat untuk negara, saya akur dengan setiap keputusan yang dibuat oleh menteri terbabit.
"Saya sentiasa mengamalkan keterbukaan, tidak pernah menyembunyikan apa-apa fakta dan memberi kerjasama sebaik mungkin demi kepentingan negara," katanya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Abdul Rahman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ogos lalu.
Beliau berkata, teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung perkara itu adalah berasas kerana insiden itu membabitkan maruah negara.
Abdul Rahman yang dilantik Ketua Pengarah Imigresen sejak 21 Julai 2008 pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (2003-2006).
Beliau sebelum ini pernah menjadi Pengarah, Bahagian Pekerja Asing, KDN (2006-2008).
4 Ketua Polis negeri naik pangkat pengarah PDRM
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengumumkan kenaikan pangkat dan pelantikan pegawai-pegawai atasan bagi mengisi kekosongan empat jawatan pengarah jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa serta-merta.
Mereka yang dinaikkan pangkat itu merupakan Ketua-Ketua Polis negeri iaitu Datuk Khalid Abu Bakar (Selangor), Datuk Robiah Abdul Ghani (Pahang), Datuk Noor Rashid Ibrahim (Sabah) dan Datuk Syed Ismail Syed Azizan (Kedah).
Dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini, Ismail mengumumkan, Khalid dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) menggantikan Datuk Hussin Ismail yang dilantik Timbalan Ketua Polis Negara pada 13 September lalu.
Menurutnya, Robiah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pengurusan menggantikan penyandangnya, Datuk Abdul Razak Bokhari manakala Noor Rashid sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang baru menggantikan Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin.
"Selain itu, Syed Ismail pula dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menggantikan Datuk Koh Hong Sun.
"Abdul Razak, Zul Hasnan dan Hong Sun telah bersara wajib," katanya.
Pengumuman Ismail itu melakar sejarah kerana Robiah merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan pengarah jabatan, sekali gus menunjukkan kemampuan polis wanita diiktiraf pada tahap tertinggi oleh PDRM.
Sementara itu, Ismail turut mengumumkan, kerajaan meluluskan kenaikan pangkat 265 pegawai polis daripada pangkat asisten supritendan (ASP) kepada deputi supritendan (DSP), berkuat kuasa serta-merta.
Beliau berkata, kenaikan pangkat itu merupakan satu usaha PDRM untuk memperkemaskan struktur pentadbiran dan pengurusan pasukan itu.
Mengenai calon yang bakal mengisi kekosongan empat jawatan Ketua Polis Negeri, jelas Ismail, ia akan diputuskan dalam satu mesyuarat Suruhanjaya PDRM pada 29 Oktober ini.
"Mesyuarat itu akan membincangkan beberapa perkara seperti pengesahan (jawatan), pengisian gred dan jawatan lain. Keputusannya akan diumumkan kelak," ujar beliau.
Ahi Parlimen bidas tindakan Anwar burukkan nama negara
KUALA LUMPUR 13 Okt. - Ahli-ahli Parlimen hari ini membidas tindakan tidak bertanggungjawab Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup tidak menghadiri sesi sidang Dewan Rakyat semata-mata untuk ke Indonesia bagi memburukkan nama negara.
Menurut mereka, tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuktikan beliau hanya berjuang untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan kesan perbuatannya itu kepada rakyat negara ini keseluruhannya.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk mencapai matlamatnya bagi menjadi Perdana Menteri.
"Saya tidak hairan sebab fokus dia adalah hendak menjadi Perdana Menteri dan akan melakukan apa sahaja termasuk ke Indonesia atau mana-mana negara untuk memburukkan Malaysia.
"Kalau dia puji Malaysia, susahlah dia nak mencapai matlamatnya untuk mendapat jawatan berkenaan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anwar ketika diwawancara dengan stesen televisyen TVOne di republik itu semalam yang memperlekeh kemampuan kepimpinan negara untuk menyelesaikan segala pertikaian dan masalah antara kedua-dua negara dengan mendakwa jika beliau menjadi Perdana Menteri, ia boleh diselesaikan dengan segera.
Dakwanya, beliau hanya memerlukan beberapa minggu untuk mencari jalan penyelesaian terhadap segala kemelut yang berlaku melibatkan kedua-dua negara.
Sementara itu, Anwar pada sidang akhbarnya selepas pertemuan dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Indonesia, Priyo Budi Santosa pula mendakwa pertumbuhan ekonomi dan pelaburan di Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia.
Menurut Ibrahim, Anwar tidak akan berhenti memburuk-burukkan negara selagi dia tidak mendapat jawatan Perdana Menteri.
"Saya cukup kesal, sepatutnya jangan sampai kita pergi ke luar negara memburukkan nama Malaysia kerana ia adalah seperti kita memburukkan keluarga dan rumah tangga kita sendiri," katanya.
Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan Anwar yang memburukkan negara adalah berpunca kerana sakit hati dengan kejayaan yang telah dicapai kepimpinan sekarang.
"Apa yang dia cakap di republik berkenaan adalah tidak betul dan saya juga terkejut apabila menerima panggilan daripada rakan-rakan di Indonesia bagi memaklumkan perbuatannya.
"Saya juga sangat sedih kerana dia sanggup tinggalkan sidang Dewan. Saya yakin rakyat akhirnya akan tahu 'belang' sebenar siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, sesiapa sahaja tidak sepatutnya memburuk-burukkan negara semata-mata kerana mempunyai perbezaan pandangan dari segi politik.
"Segala pertikaian ataupun perbalahan ini harus diselesaikan sesama kita dan bukannya didedah kepada pihak-pihak di luar negara.
"Bagi saya Anwar tidak harus membawa keluar segala perbalahan ini untuk memburuk-burukkan nama negara kerana kita sepatutnya mempunyai perasaan bertanggungjawab," katanya.
4 kampung akan dapat elektrik
Oleh Ali Mahmood
utusanpahang@utusan.com.my
utusanpahang@utusan.com.my
BERA 13 Okt. - Berita gembira buat lebih 600 keluarga di empat kampung termasuk penempatan Orang Asli dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayan di sini apabila mereka bakal menikmati bekalan elektrik tidak lama lagi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Padil Osman berkata, kerja memasang tiang dan kabel elektrik di Kampung Lubuk Tembangau, Kampung Pasal, Kampung Suba Serting dan Kampung Durian Kuning dimulakan baru-baru ini.
Katanya, apabila siap sepenuhnya nanti, penduduk kampung berkenaan tidak lagi hidup dalam serba kekurangan apabila terpaksa menggunakan pelita dan generator sebelum ini.
"Bagaimanapun bekalan elektrik untuk Kampung Pasal yang bersempadan dengan Negeri Sembilan akan disalurkan melalui kabel bawah tanah kerana pemilik ladang tidak membenarkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membina tiang di kawasan tanahnya itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Bakti Siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di penempatan semula Orang Asli di Pos Iskandar dekat sini, hari ini.
Mohd. Padil memberitahu, selain bekalan elektrik, pemilik ladang itu juga tidak membenarkan tanahnya digunakan untuk menyalurkan paip air ke Kampung Pasal.
Beliau berkata, Kampung Pasal didiami 70 keluarga dan mereka tidak pernah menikmati bekalan air bersih sejak negara mula mencapai kemerdekaan 53 tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, beliau meminta pihak universiti yang menjayakan projek bakti siswa supaya lebih proaktif dan meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk yang dipilih menyertai program itu.
Selain projek gotong-royong dan motivasi, beliau berharap mahasiswa dapat mengaplikasikan ilmu yang mereka pelajari di kuliah untuk dimanfaatkan kepada penduduk kampung.
"Sebagai contohnya, penuntut jurusan kejuruteraan berkaitan geografi, alam semulajadi dan sumber asli dapat membantu penduduk kampung memanfaatkan sumber air bawah tanah atau penggunaan tenaga solar di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
"Secara tidak langsung, ia dapat membantu penduduk yang menghadapi kedua-dua kemudahan asas itu mengatasi masalah mereka untuk kegunaan jangka panjang," katanya.
biasalah nak pilihanraya
Lagi laporan polis terhadap Anwar
Oleh NOR SEDEK ISMAIL dan METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 13 Okt. - Seorang lagi bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan polis hari ini, atas dakwaan beliau telah dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah pada Jun 2008.
Mohd. Rasid Mohd. Rosdi, 31, membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada pukul 12.30 tengah hari dan dipercayai ada kaitan dengan kes liwat membabitkan Anwar dengan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Dia turut membuat akuan bersumpah untuk menarik balik akuan terdahulu yang menceritakan hubungannya dengan Anwar dan bagaimana ia disediakan oleh peguam Anwar.
Sebelum ini, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman, 25, membuat laporan polis berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya berkaitan kes itu dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mohd. Rasid dalam akuan bersumpah itu yang diedarkan kepada media mendakwa mengenali Anwar ketika menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh pada 2001 selama setahun atas kesalahan cubaan samun bersenjata di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Semasa di dalam penjara, dia mendakwa, telah diberikan kerja untuk menjaga kebersihan bilik Anwar, menghantar pakaian ke dobi dan mengambil makanannya dari dapur.
Dakwanya, dia juga menemankan Anwar untuk membuat senaman ringan di sebelah petang dan menyediakan air panas ketika pintu sel hendak dikunci.
''Selepas keluar dari penjara, atas cadangan Anwar saya diberikan kerja sebagai penghantar surat di pejabat peguam beliau, Sankara Nair selama setahun. Selepas Anwar dibebaskan pada 2004, saya dipanggil untuk bekerja dengan beliau sendiri sebagai pembantu di kediamannya di Bukit Damansara.
''Selepas bekerja lebih kurang tiga tahun di kediamannya, saya berhenti seketika dan kemudiannya menyambung kembali tugasan di pejabat peribadi Anwar di Petaling Jaya selepas Pilihan Raya Umum 2008,'' dakwanya dalam akuan bersumpah itu.
Mohd. Rasid mendakwa, tugasnya ketika itu adalah sebagai pembantu am yang melakukan pelbagai tugas yang diamanahkan oleh Anwar.
Dakwanya, ketika bertugas sebagai pembantu am Anwar, beliau mengenai Mohd. Saiful Bukhari dan beberapa staf lain seperti Muhamad Rahimi dan Ibrahim Yaacob.
Dalam akuan bersumpah itu, Mohd. Rasid mendakwa, dia mendapat panggilan telefon daripada peguam Anwar, Saiful Izham Ramli pada malam 28 Jun 2008 tetapi tidak dijawab.
''Kemudian saya menerima panggilan daripada Anwar sendiri serta meminta saya datang ke Hotel Quality, Shah Alam. Saya pergi ke sana dihantar oleh isteri dan anak. Apabila sampai di hotel, saya melihat ramai penyokong PKR termasuk pemimpin-pemimpin parti berada di lobi.
''Dari situ, ada penyokong PKR memberitahu saya bahawa Mohd. Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat oleh Anwar. Saya memperkenalkan diri dan dibawa ke lif oleh beberapa orang yang saya tidak kenali dan dibawa naik ke tingkat atas,'' dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid lagi, dia turut melihat hampir 20 pemimpin parti termasuk Anwar, pengawal peribadi, peguamnya dan beberapa individu tidak dikenali.
''Saya melihat peguam Latheefa Koya sedang sibuk menyediakan satu dokumen yang saya tidak tahu apa sebenarnya. Saya bertemu dengan Anwar dan bertanyakan apa yang sedang berlaku. Anwar menceritakan kepada saya bahawa Mohd. Saiful Bukhari telah membuat laporan polis mengatakan dia telah diliwat.
''Anwar menyuruh salah seorang staf yang saya tidak ingat siapa, menyediakan saya sebuah bilik di hotel dan memesan kepada staf tersebut untuk mengelakkan saya daripada bertembung dengan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Saya telah memanggil isteri dan anak ketika itu yang sedang menunggu di dalam kereta untuk naik ke bilik bersama dengan saya,'' dakwanya.
Bagaimanapun, jelas Mohd. Rasid, dia tidak dapat tidur kerana beberapa kali dipanggil oleh peguam Anwar iaitu Latheefa dan R.Sivarasa.
''Pada keesokannya, saya dipindahkan ke sebuah bilik bersebelahan dengan bilik di mana seorang lagi rakan saya, Muhamad Rahimi ditahan. Isteri dan anak saya dibenarkan pulang ke rumah tetapi saya diarahkan untuk berada di bilik tersebut. Saya tidak dibenarkan ke mana-mana ataupun kembali ke rumah saya.
''Ketika saya sedang berbual dengan Muhamad Rahimi di biliknya, dua orang lelaki masuk ke bilik dan tiba-tiba salah seorang daripada mereka menyerangnya. Ketika cuba meleraikan, salah seorang daripada pengawal peribadi Anwar telah menghalang dan kemudian menolak serta menengking saya.
''Dari situ, saya dapat merasakan bahawa saya dan Muhamad Rahimi berada di dalam keadaan tidak selamat dan sedar bahawa saya perlu akur dengan apa jua permintaan mereka demi keselamatan saya, Muhamad Rahimi dan juga keluarga,'' dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid, sepanjang empat atau lima hari di hotel tersebut, dia dikawal oleh dua lelaki yang tidak dikenali daripada Angkatan Muda PKR Negeri Sembilan.
''Demi keselamatan, saya memberikan sepenuh kerjasama kepada mereka. Beberapa hari kemudian, saya dan Muhamad Rahimi dibenarkan pulang tetapi sebelumnya, kami dikehendaki mengikut Latheefa ke sebuah pejabat Pesuruhjaya Sumpah di Petaling Jaya dan diminta menandatangani satu dokumen akuan bersumpah yang saya sendiri tidak memahami apakah sebenarnya isi kandungan dan tujuan dokumen tersebut.
''Akuan bersumpah tersebut tidak pernah dikarang oleh saya malah Latheefa sendiri tidak menceritakan kepada saya apa sebenarnya dokumen tersebut serta tujuannya. Apabila melihat sepintas lalu, saya mendapati akuan bersumpah tersebut disediakan untuk menceritakan bahawa Anwar tidak pernah melakukan gangguan seksual kepada mana-mana stafnya termasuk saya,'' dakwanya.
Dakwa Mohd. Rasid, walaupun tidak faham sepenuhnya dan tidak setuju dengan apa kandungan dokumen itu, dengan berat hati dia tetap menurunkan tandatangan.
''Ini kerana saya memikirkan perkara-perkara buruk yang boleh terjadi kepada saya dan keluarga jika tidak bekerjasama dengan mereka. Saya juga tidak mahu mereka menggunakan latar belakang saya untuk mengaibkan saya dan keluarga jika enggan bekerjasama.
''Lebih-lebih lagi saya diarahkan agar tidak bekerja dan juga agar tidak menonjolkan diri sehingga perbicaraan Anwar tamat," dakwanya.
Mohd. Rasid berkata, dia telah menanggung satu perasaan tidak selamat dan takut kerana berasakan akan dikenakan hukuman jika menarik balik akuan bersumpah itu.
"Setelah melihat Muhamad Rahimi membuat laporan polis untuk menarik balik akuan bersumpahnya, timbul rasa keinsafan dalam diri dan sedikit keberanian untuk saya memperbetulkan kesilapan dahulu,'' jelasnya.
Katanya, akuan bersumpah untuk menarik balik akuan bersumpah terdahulu dibuat dan disebut olehnya dalam keadaan sedar dan memahami isi kandungannya.
''Saya dibantu seorang rakan sebagai penaip dan semasa menyediakan akuan ini, saya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau dipaksa.
''Saya membuat akuan bersumpah ini dengan kepercayaan bahawa apa- apa yang tersebut di dalamnya adalah benar menurut Akta Akuan Berkanun 1960,'' katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh Mohd. Rasid.
Subscribe to:
Posts (Atom)