Saturday, July 7, 2012

Perlarian Rohinya

rohingya 1 Rohingya Refugees: The Case of the Burmese Boat Peoplerohingya refugees 4 Rohingya Refugees: The Case of the Burmese Boat Peoplerohingya boat people Rohingya Refugees: The Case of the Burmese Boat Peoplerohingya 3 Rohingya Refugees: The Case of the Burmese Boat People

Bangladesh menutup sempadan Myanmar bagi mengelak kemasukan pelarian Muslim Rohigya ke negara tersebut.

Bangladesh menutup sempadan Myanmar bagi mengelak kemasukan pelarian Muslim Rohigya ke negara tersebut.

Border Guard Bangladesh (BGB) semalam menahan beberapa buah bot membawa pelarian Rohigya melalui sungai Naf. 103 orang pelarian kesemuanya. Namun, bot tersebut diarah kembali menuju myanmar.

Menurut BGB lagi, sebanyak 11 bot sudah ditahan, dengan muatan seramai 400 orang sejak semalam.

Kerajaan Myanmar menganggap Rohingya sebagai pendatang asing.

-Mereka menjadi pendatang asing di tanah mereka sendiri!
 —

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

-Gambar menunjukkan kepenatan saudara kita berjuang survival kemanusiaan juga pada agama ISLAM tercinta.

Jadi, apakah sumbangan yang mampu kita lakukan?

http://trendsupdates.com/rohingya-refugees-the-case-of-the-burmese-boat-people/
 —

Sheikh Hasinah, Perdana Menteri Bangladesh hari ini membuat lawatan rasmi 3 hari ke Myanmar

Sheikh Hasinah, Perdana Menteri Bangladesh hari ini membuat lawatan rasmi 3 hari ke Myanmar bagi membincangkan isu penghantaran pulang pelarian Rohingya, kerjasama tenaga, pertikaian maritim, perdagangan dan hubungan dua hala.

Bangladesh mahu Myanmar untuk mempercepatkan penghantaran pulang kira-kira 28.000 Rohingya pelarian yang telah tinggal di kem kerajaan berdaftar di rantau sempadan Tekhnaf (Persisiran pantai Bangladesh).

Kami (Muslim Rohingya) hanya mempunyai 3 pilihan

Kami (Muslim Rohingya) hanya mempunyai 3 pilihan :

1-Kami kekal di sini dengan risiko terus dibunuh
2-Kami berlayar ke tengah lautan dengan risiko lemas
3-Kami menjadi pelarian jika diterima negara berkenaan

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membela mereka?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.
 

Rohingya | Mereka saudara kita yang kita sendiri lupakan

Rohingya | Mereka saudara kita yang kita sendiri lupakan. Seandainya Rasulullah sollaLLahu'alaihiwasallam masih ada, pasti bercucuran air mata Baginda mengalir. Baginda telah lama mengingatkan kita,

"Perumpamaan orang-orang yang beriman dari segi kasih sayang, belas kasihan dan kemesraan sesama mereka ialah umpama satu jasad, apabila satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh jasad akan turut berjaga malam dan demam." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari page Fattabiouni Malaysia
 

Dari Barat Burma, Ke Mana Hala..?

Dari Barat Burma, Ke Mana Hala..? - A. Gafar Mahdi

(mengenang nasib derita keganasan terhadap etnik Rohingya Muslim di Myanmar)



Sudah bertahun lama
di wilayah barat Burma
derita dan sengsara dirasa
bangsa yang sekelumit cuma
menjadi mangsa yang diperkosa
menjadi hamba yang dipaksa
di era dunia tanpa ehsan rasa
semuanya binasa.

Ke mana hala?
Pergi membawa diri
yang terasing di bumi sendiri
menangis sedih pada hak yang dinafi
Di tanah Arakan ini
tiada siapa peduli
tiada siapa mengerti
duka dan luka yang dilalui
peritnya pedih tak pulih, tercalar lagi.

Ke mana hala?
Timur, selatan, barat atau utara
Di atas gelombang samudera
Hanyut dalam bahtera kecil tiada nakhoda
Kelana bukan kerna kembara
Diri yang dihina tiada berharga
Demi sebutir nasi untuk dijamah keluarga
Demi setitis air untuk diteguk bersama
melangkah jejak di batasan negara
Siapa yang akan terima?

Ke mana hala?
Di mana saudara?
Yang sudi membela
berjuang atas kalimah agama
Tanah negeri ini milik Allah Yang Maha Perkasa
Di atas sempadan mana pun kita tetap saudara
Seaqidah bersama
kerna cinta pada-Nya Yang Maha Esa.


14 Jun 2012

Universiti Putra Malaysia
Serdang.
 

Doa Qunut Buat Rohingya.

Pengganas Rakhine membakar rumah Rohinga Muslim menggunakan minyak tanah.

(Gambar) Pengganas Rakhine membakar rumah Rohinga Muslim menggunakan minyak tanah. Tetapi Media tempatan mengatakan mereka merupakan Rohingya (Penggasan sebenar). Sangat memalukan mereka tidak mengenal bangsa mereka sendiri!

Atas nama Hak Asasi Manusia, Hentikan KEGANASAN!

Umat ISLAM Rohingya meninggalkan segalanya untuk mendapatkan perlindungan dari peperangan penghapusan etnik ini

(Gambar) Setiap 8 minit , Umat ISLAM Rohingya meninggalkan segalanya untuk mendapatkan perlindungan dari peperangan penghapusan etnik ini. Jika konflik ini berlaku pada diri kita dan keluarga kita, apakah yang akan kita lakukan? Terus menetap tetapi membahayakan nyawa sendiri? Atau cuba untuk keluar dan berhadapan dengan cubaan culik, rogol dan seksaan?

YaAllah selamatkanlah Rohinya

wanita Rohingya menangis di atas bot


(Gambar) pagi semalam 14/06/2012 wanita Rohingya menangis di atas bot. Apakah nasib mereka. Rakhine JAHAT!
 —

Mayat Syuhada' Rohingya di Sittwe Arakan sedang dipindahkan.

(Gambar) Mayat Syuhada' Rohingya di Sittwe Arakan sedang dipindahkan.

Teringat Hadis nab mafhumnya, Mayat Syuhada' tidak perlu dimandikan kerana mereka dibangkitkan dengan haruman kasturi.
 

(8Rakhine membawa pedang, parang, dan senjata tajam seperti buluh ke mana-mana

(Gambar) Rakhine membawa pedang, parang, dan senjata tajam seperti buluh ke mana-mana. Katanya mahu berlindung dari keganasan Rohingya sedang Rohingya tidak dibenarkan memiliki alatan tajam walaupun pisau dapur!

Ya ALLAH! selamatkanlah mereka


(Gambar) Ya ALLAH! Perempuan Rohingya, kanak-kanak dan bayi. Terpancar kepenatan dari riak wajah mereka. Dengan usaha yang ada, mereka membelah sungai mencari harapan baru yang belum pasti di tanah seberang ketika hujan.
 

Kami Bersama Umat Islam Rohigya

Jika hari ini, minoriti di Malaysia boleh hidup aman dan damai, namun mengapa minoriti Muslim di negara "mereka" hidup dinafikan hak, dibunuh dan dicerca sebegini rupa ?

Sebagaimana Islam agama rahmat, ia juga agama jihad.
kesabaran kami bukan seperti keldai, ia punyai had.

Lebih daripada 20 000 umat Islam telah dibunuh di Burma! (Myanmar)

Di mana Media? sungguh memalukan media...
Lebih daripada 20 000 umat Islam telah dibunuh di Burma! (Myanmar)
Tetapi ...
Media Elektronik senyap tanpa suara...

mayat seorang Muslim Rohingya yang telah dihumban ke dalam air kumbahan setelah dibunuh

Gambar mayat seorang Muslim Rohingya yang telah dihumban ke dalam air kumbahan setelah dibunuh. #Rohingya #SosArakan #أراكان #بورما

Hudud: Mashitah sokong syor Adun Kemelah

Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim
SHAH ALAM - Malaysia kini berada dalam landasan betul untuk melaksanakan perundangan Islam, namun negara masih lagi kekurangan prasarana untuk membolehkan ia menjadi realiti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, secara peribadi beliau menyokong cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang ingin menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hukum hudud.

“Namun kita kekurangan prasarana terdiri daripada mahkamah, hakim, pegawai pendakwa bagi melaksanakan perundangan Islam di negara ini.

“Jika usaha ini dapat dilaksanakan, Barisan Nasional (BN) akan menjadi pihak pertama melaksanakan hukum itu berbanding dengan Kelantan yang hanya bercakap kosong,” katanya.

Mashitah berkata, sekiranya Kerajaan Johor ingin laksana hudud, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu digubal kerana undang-undang syariah bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Pelaksanaan perlu dirancang teliti agar semua faham erti sebenar hukum hudud,” katanya.

Ratu Rok Ella, Azhar selamat diijab kabul

Hari bahagia Ella
Ella
KLANG - Ratu Rok Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, mengakhiri zaman bujang dan malam ini sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini yang berkenalan sejak sembilan tahun lalu sah bergelar pasangan suami isteri.
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di sini kira-kira jam 10.35 malam ini.
Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak.
Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan. Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim.
Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 1 Disember ini.

Ella dikatakan sudah mengenali Azhar sejak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.

"MAHATHIR TAKUT SAYA RAMPAS HARTA DIA" - ANWAR

Anwar: Mahathir takut saya ‘rampas’ harta dia
Jamilah Kamarudin

July 7, 2012

Katanya, beliau bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas.

SELAYANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad yang mahu beliau segera bersara daripada politik.

Anwar berkata, kenyataan Dr Mahathir itu sebaliknya menunjukkan beliau bimbang kehilangan pegangan syarikat-syarikat miliknya dan kroni yang sekian lama menguasai ekonomi negara termasuk Esso Malaysia (kini Petron Malaysia) sekiranya Putrajaya ditadbir Pakatan Rakyat.

“Dia (Dr Mahathir) takut saya rampas harta dia dan anak-anak dia.

“Saya bukan benci, nak lawan sebab dia kaya tapi tak adil sebab rakyat lain ditindas.

“Ini negeri bapa Umno atau rakyat punya?” katanya di hadapan kira-kira 3,000 hadirin yang membanjiri padang Kampung Selayang Indah di sini malam tadi.

Katanya, Dr Mahathir tidak lagi perlu menghalangnya sekalipun beliau memegang jawatan Perdana Menteri kelak.

“Saya tak kacau dia…yang kena pukul saya, yang masuk penjara saya, yang kena bogel pun saya. Sudahlah, saya dah maafkan dia,” katanya.

Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata hasrat untuk bersara itu cuma retorik politik sahaja dan berpendapat Anwar perlu tidak perlu melengahkannya lagi.

Beliau turut mencadangkan supaya diwujudkan jawatan Perdana Menteri ‘terhormat’ selama lima hari untuk diisi Anwar bagi memenuhi impian beliau sebelum bersara.

Perdana Menteri ke 7

Disambut kehadirannya sebagai Perdana Menteri ke-7 di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat, Ketua Umum PKR itu juga berjanji tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat selama ini.

“(Kaum) Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban saya tak mahu khianati sebab saya tahu apa erti susah, saya tahu apa erti sakit, dihina.

“Kerana semasa saya jatuh di bawah rakyatlah yang tolong saya bangkit,” katanya.

Beliau turut mengulangi pendiriannya untuk menurunkan harga minyak petrol dalam tempoh 24 jam sekiranya Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Katanya, perkara itu pasti membimbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sewenangnya membenarkan Petron, syarikat yang didakwa milik Datuk Mirzan Mahathir memonopoli bekalan bahan api kepada Malaysia Airlines System (MAS) selama enam bulan bermula 1 Julai lalu.

Selain itu, katanya janji untuk menanggung kos pendidikan percuma sebanyak RM5 bilion setahun serta pelaksanaan gaji minimum akan tetap dikotakan segera mulai tahun menangnya pilihan raya.

Turut berceramah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Timbalan Pengerusi DAP Perak A Sivanesan, Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, Adun Teja Chang Lih Kang, serta Ketua Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin.
 



"MAHATHIR TAKUT SAYA RAMPAS HARTA DIA" - ANWAR:

'Isteri tahanan ISA 'diugut', diminta tarik laporan'



Gerakan Mansuhkan ISA mendakwa, isteri seorang tahanan ISA diminta pegawai Bukit Aman supaya menarik balik laporan polis berhubung dakwaan suaminya dipukul dalam kem Kamunting kerana mengadakan mogok lapar.

NONESetiausaha GMI Ahmad Syukri Ab Razab mendakwa, polis "mengugut" dengan warganegara Indonesia itu Nunurheni Onim dengan memperingatkan bahawa visanya akan tamat tempoh pada September ini.

"Sebab apa kita kata ugut, dia (polis) kata, Puan Nunurheni ini warga Indonesia, datang ke Malaysia menggunakan visa, ikut suami. Dan visa ikut suami akan tamat pada bulan September ini.

"Dia (polis) kata, sila beri kerjasama, visa puan akan tamat bulan September ini," kata Ahmad Syukri (atas, sedang berucap).

Bagaimanapun, perkara itu tidak boleh didiamkan kerana seolah-olah membiarkan kezaliman, kata Ahmad Syukri kepada pemberita selepas berucap dalam acara pidato anti-ISA di Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas solat Jumaat hari ini.

Suaminya Razali Kasan antara 45 orang yang masih ditahan di Kamunting. Walaupun ISA dimansuhkan April lalu, perintah tahanannya masih berkuatkuasa dan hanya boleh dibatalkan menggunakan kuasa menteri berkenaan.

Demo siswa Ahad ini

Ahmad Syukri kemudiannya memberitahu Malaysiakini, GMI mengetahui perkara tersebut selepas menghubungi Nunurheni petang semalam.

Ahmad Syukri juga berkata Nunurheni juga tidak akan menarik balik laporan polis tersebut.

Menurut Ahmad Syukri, tiga anggota polis datang ke rumah Nunurheni di Johor Bahru tengah hari kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Mohd Safwan Anang dalam ucapannya mengumumkan pihaknya akan terus mendesak kerajaan membebaskan tahanan ISA.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan demonstrasi di hadapan kem Kamunting pada Ahad ini, jam 11 pagi.

"Mahasiswa akan turun dan mengajak seluruh rakyat turun menunjukkan solidariti (kepada tahanan)," katanya.


'Isteri tahanan ISA 'diugut', diminta tarik laporan' - Malaysiakini:

'Skandal LRT: Siasatan polis untuk lindungi PM'

Polis sepatutnya menyiasat Perdana Menteri yang didakwa memberikan tender projek tambahan LRT kepada pihak tidak layak dan bukannya Pengarah Strategi PKRRafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu, kata presiden PKR.
NONE
"Polis seolah-olah tidak berminat dalam pendedahan ini, satu tender penting yang diberikan kepada pembida tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan perdana menteri.

"Tidak satu pun di antara mereka dipanggil dan disiasat polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (atas).

Rafizi sebelum ini mendakwa projek tambahan LRT Laluan Ampang yang pada asalnya diberikan kepada Balfour Beatty-Invensys Consortium (Balfour) jatuh ke tangan Konsortium George Kent atas campur tangan Datuk Seri Najib Razak.

azlanSusulan pendedahan itu, Rafizi kini disiasat sepasukan polis dari Bukit Aman di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Dalam kenyataannya semalam, Wan Azizah berkata, siasatan itu seolah-olah bertujuan menghalang Rafizi daripada terus bercakap tentang dakwaannya sebelum ini.

"Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi polis terhadap Rafizi bertujuan melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

"Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas," katanya sambil menggesa polis menghentikan siasatan pada Rafizi itu.

"Sebaliknya, siasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang," katanya.

Skandal LRT: Siasatan polis untuk lindungi PM' - Malaysiakini:

Tangan melekat jika khianati harta awam

Tangan melekat jika khianati harta awam:


Nik Muhammad Nasri Nik Malek,15 Jun 2012





Berlaku benar dalam semua perkara adalah tuntutan Islam. Di antaranya benar dalam menguruskan harta awam. Lawannya ialah khianat atau menipu. Di zaman kita ada audit. Di zaman dahulu ada cara audit tersendiri. Tangan akan melekat kepada tangan Nabi jika ada harta yang dikhianati. Kalau ia berlaku di zaman kita, adakah tangan para pembesar, penguasa, raja, PM, para menteri kabinet, MB atau mereka yang diamanahkan menguruskan harta awam itu semuanya akan melekat? WallahuA’lam. Namun, ia tetap menjadi AMARAN dari Khaliq kepada makhluk.   (Huraian hadis ini di dalam kuliah audio riadhussalihin bilangan ke 108, 28 Nov 2011)





Daripada Abu Hurairah, katanya: Nabi SAW bersabda, bermaksud: Salah seorang dari para Nabi terdahulu berperang (ada yang mengatakan beliau adalah Yusha’ bin Nuun). Dia berkata kepada kaumnya: ‘Tidak boleh mengikutku lelaki yang baharu berkahwin dan belum bersatu, sedangkan dia ingin bersatu (dalam riwayat hadis itu menyebut ‘membina qubah dari jerami gandum-satu adat di zaman dahulu apabila berkahwin), atau seorang yang membina rumah dan belum menyiapkan atap, atau seorang yang membeli kambing atau unta dan menunggu kelahiran anaknya.





Lalu Nabi itu berperang, mendekati sebuah kampung (ada ulama mengatakan Ariha/Jericho) pada waktu Asar atau hampir terbenam matahari. Nabi itu berkata kepada matahari: ‘Sesungguhnya engkau diperintah (oleh Allah) dan aku juga diperintah (oleh Allah). Ya Allah! Tahanlah matahari untuk kami.’ Lalu matahari itu tertahan sehingga Allah memberikan kemenangan kepadanya.





Mereka mengumpulkan harta rampasan perang lalu datang api memakannya ( harta rampasan perang tidak dihalalkan bagi umat terdahulu. Api datang memakan harta itu bagi menunjukkan ia diterima Allah). Tetapi kali ini api tidak memakannya. Nabi itu berkata: ‘Sesungguhnya di kalangan kamu ada orang yang mengkhianat/mengelat dalam harta yang dirampas. Setiap kabilah mesti diwakili seorang lelaki dan berjanji setia denganku. Tiba-tiba tangan seorang lelaki melekat. Nabi berkata: ‘Di kalangan kamu ada yang mengkhianati. Setiap orang dari kabilah kamu mesti berjanji setia denganku. Mereka bersalaman lalu melekat tangan 2 orang atau 3 orang di tangan Nabi itu. Nabi berkata: ‘Di kalangan kamu ada pengkhianat.’ Mereka datang membawa emas sebesar kepala lembu lalu diletakkan bersama harta rampasan perang yang lain. Api datang memakannya.





Harta rampasan perang tidak halal bagi seorangpun di kalangan mereka sebelum kita. Kemudian Allah menghalalkan harta rampasan perang itu untuk kita tatkala Allah melihat kelemahan dan ketidakmampuan kita, lalu dihalalkan untuk kita.





Muttafaqun alaih.





(Riadhussalihin jilid 1 ms 86-88)





http://www.niknasri.com



'via Blog this'

Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz

Pecat Mahathir dari Petronas - Mahfuz:


Muhammad Faizal,07 Jul 2012




KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.

Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia.

Mahfuz yang merujuk kepada perjanjian khas antara Petron dan MAS yang ditandatangani pada 29 Jun bagi membekalkan dan membeli bahan api Airbus A380 syarikat penerbangan negara selama enam bulan, bermula 1 Julai lalu.

"Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.

"Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau," jelasnya.

Tambahnya lagi, tindakan Mahathir itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab beliau selaku Penasihat Petronas kerana lebih mengutamakan syarikat minyak milik keluarganya dari syarikat milik negara.

"Sepatutnya Petronas diberi peluang kerana kedua-duanya iaitu MAS dan Petronas adalah syarikat milik negara namun disebabkan kepentingan peribadi lebih diutamakan maka syarikat kroni diberi peluang," sambungnya lagi.

Pada Ogos tahun lalu, syarikat konglomerat San Miguel yang turut dikuasai Mokhzani Mahathir telah menandatangani perjanjian untuk membeli 65 peratus kepentingan ExxonMobil pada harga AS$610 juta (RM1.89 bilion).

Sebahagian daripada perundingan itu, San Miguel akan menguasai anak-anak syarikat perniagaan hiliran ExxonMobil di Malaysia iaitu Malaysia Sdn. Bhd. dan Exxon Mobil Borneo Sdn. Bhd.

Serang Pakatan


Ahli Parlimen Pokok Sena itu (gambar)juga turut berpendapat, serangan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Pakatan Rakyat adalah sebagai agenda peribadi beliau bukannya agenda politiknya.

"Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau.

"Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan disambung lagi," tegasnya.

Sebelum itu, pada 5 Jun, MAS juga menikmati bekalan bahan api daripada Petron apabila ia membawa kakitangan dan tetamu untuk mencuba penerbangan A380, termasuk Dr Mahathir.

MAS menerima pesawat A380 pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada Jumaat.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS Group Ahmad Jauhari Yahya dilapor berkata syarikat penerbangan itu gembira mendapat rakan yang sama komited kepada keperluan mesra alam Airbus A380.

Bagi meraikan hubungan baru itu, Petron menyediakan bahan api percuma bagi penerbangan sulung pesawat A380 MAS, penerbangan MH2 dari Kuala Lumpur ke London pada malam Ahad sebelum ini.


'via Blog this'

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. Tun Razak dari Pahang..jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.

see more : http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/07/skandal-genting-ketahui-siapa-punya-hak.html

Ingatlah kepada yang dalam kesusahan



Kalau kita masih mampu bersarapan pagi ini, minum-minum di mamak menonton bola sepak atau ketika tengah bulan sekalipun masih mampu makan sebungkus maggie, sentiasalah bersyukur kerana mereka tidak merasa semua itu. Ucapkanlah, Alhamdulillah :)


Astahgfirullah hal a'zim...

Astahgfirullah hal a'zim... ceteknya tahap pemikiran kamu wahai peng 'edit photo' laknatullah. Kenapa ulama' dihina sedemikian rupa. Sudah hilangkah kewarasan kamu? atau sudah jemukah kamu menjadi manusia?

Kemalangan Ngeri – Kepala Hancur Tembus Besi



Sebuah kereta Proton yang dipandu warga China telah terbabas sebelum melanggar penghadang tepi jalan dan menembusi kereta sehingga bahagian belakang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...







Kemalangan Ngeri – Kepala Hancur Tembus Besi | Seorang wanita maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur ditembusi besi pengadang dalam kemalangan ngeri di Kilometer 14.7, Lebuhraya Kajang – Seremban Sdn Bhd (Lekas), arah selatan berhampiran Pajam, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang, wanita dipercayai warga China itumati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.



Gambar kereta Proton yang melanggar penghadang tepi jalan – 1 mati 1 parah


Jurucakap polis berkata, mangsa bersama rakannya, Thai Yin Sei, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga BLM itu dipercayai dalam perjalanan ke Seremban dari arah Kajang. “Kereta yang dipandu Yin Sei dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh pengadang besi di kiri lebuh raya.


“Rempuhan kuat menyebabkan besi pengadang jalan menembusi cermin depan kereta sebelah pemandu hingga ke belakang kereta,” katanya, semalam. Menurutnya, rakan mangsa yang parah di kepala di hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk rawatan.


Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Abd Manan Munaji berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan wanita terbabit. “Sejurus tiba, kami mendapati seorang lelaki yang juga pemandu kereta sudah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar.


“Bagaimanapun, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Mantin dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Bangi terpaksa ambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong pe­ngadang besi berkenaan untuk mengeluarkan mayat wanita terbabit,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awangmengesahkan menerima laporan kemalangan ngeri ini. Saksi kejadian diminta hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Najib Zamuri di talian 06-7991222 atau balai polis berhampiran.


Melayukini.net – Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Mati datang tanpa disapa, mati datang tidak menunggu, mati datang tiada tanda, mati datang sangat tepat waktunya. Takziah kepada keluarga mangsa.

SubhanAllah! Gambar menyentuh perasaan ramai

 SubhanAllah! Gambar menyentuh perasaan ramai warga Internet ini menunjukkan kanak-kanak berumur 10 tahun, di kawasan luar bandar China mendodoi adik lelakinya semasa pembelajaran sedang berjalan di sebuah sekolah rendah.


Menurut jurugambar yang merakamkan detik itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan bernama Long Zhanghuan itu bekerja jauh dari kawasan perumahan mereka, menyebabkan Zhanghuan tidak mempunyai pilihan selain membawa bersama adiknya ke sekolah.

Baca lagi -> http://www.harian-metro-online.com/dukung-adik-dalam-kelas


 —

SubhanAllah! Sungguh cantik ciptaan Allah SWT.

SubhanAllah! Sungguh cantik ciptaan Allah SWT. Rama-rama ini mempunyai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Antara keunikan yang jelas kelihatan adalah sayapnya yang lutsinar sehingga menampakkan imej di bahagian sana. Ketika inilah kita perlu sentiasa memuji kebesaran Allah SWT. Rama-rama yang sungguh luar biasa.


 

Daging Babi Diharamkan Kerana Sex Bebas?


Pada suatu ketika, Syeikh Muhammad Abduh telah bersafari ke Eropah. Sesampai di Perancis beliau telah diundang kesuatu majlis forum yang dihadiri oleh ummat islam dan bukan islam di sebuah bandar.

Diantara perkara yang dibangkitkan oleh bukan islam kepada Tuan Syeikh Abduh dalam forum itu ialah tentang pengharaman mengkomsumsi daging babi dalam Islam.

Mereka mengatakan kepada Abduh, bahawa perusahaan pengeluaran daging babi di perancis melalui proses pemantauan, rawatan dan teknologi yang sangat moden, saintifik, hegenik dan teliti pada semua peringkat perladangan lagi, penyediaan bahan makanan babi, pemotongan daging, pembungkusan dan pemasakan di restoran.

Semua proses rawatan dan pemantauan moden ini telah menyebabkan memakan daging babi menjadi selamat kerana semua bentuk cacing, mikrorgasma, ulat, kuman dan bakteria dalam daging babi telah musnah melalui teknologi ini. Pengharaman daging babi menjadi tidak berasas lagi.

Bagi menjawab tantangan ini, Abduh telah meminta disediakan dua ekor babi jantan dan seekor babi betina serta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina.

Kemudian Tuan Syeikh Abduh meminta dua ekor ayam jantan dan seekor ayam betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku ialah dua ayam jantan itu telah berlawan dan bertarung antara satu sama lain berebut untuk mendapatkan ayam betina itu. Mereka berlawan dan saling luka melukai hanya untuk mengawan seekor ayam betina. Mereka bertarung bermati-matian demi harga diri dan maruah kejantanan.

Kemudian Abduh meminta dua ekor babi jantan dan seekor babi betina itu dilepaskan di dalam satu sangkar. Apa yang berlaku sangat menjijikkan. Dua ekor babi jantan itu saling tolong menolong dan bergilir mengawan babi betina itu tanpa ada kekecuhan atau perlawanan.

Lalu Abduh mengatakan (lebih kurang) “ Tuan-tuan saksikan sifat binatang yang bernama babi tidak mempunyai maruah dan harga diri sebagai kejantanan. Bacul dan hilang harga diri. Sifat inilah yang telah meresap dan mendarahdaging dalam diri kamu semua yang memakan daging babi. Kamu tidak merasa apa-apa, tidak merasa cemburu, tidak merasa marah dan tidak merasa hilang maruah melihat isteri kamu atau anak perempuan kamu bersama lelaki lain, hatta dijimak oleh lelaki lain.( sex bebas)”.

GAMBAR :-
Lemak khinzir mahupun khinzir sendiri adalah haram bagi umat Islam! Oleh sebab larangan agama kita ini pasti setiap umat islam menjauhi perkara dilarang ini. Namun begitu, perasan atau tidak dalam kita menjauhi makanan haram ini, semakin pula dia mendekati.

Berita terbaru adalah berita mengenai lemak khinzir yang ada dalam makanan yang dipasarkan di market Malaysia.

Aried tak dapat nak cakap banyak. Tergamam tengok entri ini. Terus tak jadi minum air Laici!!
 —

Kekurangan bukan halangan untuk solat

Subhanallah...!!


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin disekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Firman Allah yang bermaksud: ""Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Join us for more video and info
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ►
https://www.facebook.com/layarMinda
 

Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Dari Allah


"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)."
Q.S Hud : 6


Gambar lebih menarik, Kambing yang memnjat temok tinggi di sini :https://www.facebook.com/photo.php?fbid=171812176181292&set=a.159324440763399.39833.128378787191298&type=3&theater
 

Siapa nak kena dakwah sila masuk

Mereka semua telah pun berhijrah....kita???


1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)
'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'

(sekadar menampilkan beberapa wajah ramai lagi termasuk wanita)

:: Hidayah itu milik Allah ::

Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripada-Nya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya -melainkan apa yang dikehendaki-Nya- walau kunci pernah berada di tangannya

Join us for more video and info
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ►
https://www.facebook.com/layarMinda
 —

UNTA MEMBAWA TANGKI AIR DI BELAKANGNYA

 Unta adalah haiwan yang dijadikan untuk hidup di cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan sebagai kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 50C.

Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 30C. Di dalam suhu begini sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar bermain.

Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar 50C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya.

Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana padang pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan. Hanya terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.

Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar.

Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir.

Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang pasir. Memandangkan ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai untuk keadaan padang pasir, penguin akan mati serta merta di padang pasir. Begitu juga, unta tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya. Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang penciptaan unta di dalam Al-Quran:

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah Al-Ghasyiyah:17)

Join us for more video and info
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ►
https://www.facebook.com/layarMinda

Kuasa Allah memang luar biasa dan Maha Hebat.


Sungai Terpendek Di Dunia, Terdapat 2 Jenis Air

SUNGAI terpendek di dunia, di mana? Di Indonesia. Tepatnya di Sulawesi Tenggara, Kecamatan Tamborasi, Kabupaten Kolaka. Namanya Sungai Tamborasi. Mengapa dikatakan sungai terpendek di dunia, kerana panjang +20 meter dan lebar +15 meter. Terletak +90 km dari kota Kolaka ke arah utara, tepatnya di Desa Tamborasi, Kecamatan Wolo.

Untuk menuju kesana, pengunjung boleh menempuh jalan darat ataupun jalan laut +1-2 jam. Sepanjang jalan menuju Sungai Tamborasi, pengunjung juga dapat menikmati keindahan gunung yang mengandung batu marmer. Hulu sungai dimana tempat mata air keluar, mengalir langsung dan berhubungan dengan laut yang berpasir putih, membuat Sungai Tamborasi kian mempesona dan sayang untuk dilewatkan keindahannya. 

Pesona lain.. Sungai ini unik jenis airnya. Ada 2 macam air. Air dingin yang keluar terus dari mata airnya. Dan air laut yang berbatasan langsung, dan terasa hangat pula. Jadi, pengunjung ada 2 pilihan, hendak mandi air hangat panas pun boleh, air sejuk dingin pun boleh.

Bagi seorang pakar jurutera, apabila melihat suatu binaan yang hebat, binaan purba atau moden yang teguh indah, bukan ia lihat kehebatan itu sahaja, bahkan ia melihat kehebatan penciptanya. Bahkan penciptanya lebih hebat lagi.

Begitulah sepatutnya, bila kita melihat keindahan dan ungkapan rahsia alam, sehingga tidak terselubung lagi kehebatan Penciptanya Yang Maha Agung. Allahu Akbar! (Sumber, kaskus. US)

http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=News&file=article&sid=5033

Join us for more video and info
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ►
https://www.facebook.com/layarMinda

KAMERA RAKYAT 1 MALAYSIA,JAGA JAGA DENGAN POKET ANDA

KAMERA RAKYAT 1 MALAYSIA,JAGA JAGA DENGAN POKET ANDA

DISETIAP TRAFICLIGHT

Panas!! Umno-BN pertahan sekolah bawah "kolong" SK Seri Perak Sentul, bangga dengan papan tanda kantoi


Umno-BN makin terbukti hanya pandai buat janji tetapi tak bijak tunai janji. Walaupun mereka turun padang atas nama "Janji Ditepati" tetapi hakikatnya Umno-BN tetap mungkir janji dan membelakangkan orang-orang Melayu yang hauskan pendidikan sisitematik.

Kerajaan Umno-BN yang menguasai Kementerian Pelajaran dituntut agar membina segera Sekolah Kebangsaan Seri Perak di Bandar Baru Sentul, di Bandar Baru Sentul, bagi menggantikan sekolah bawah "kolong" Flat DBKL 17 tingkat, seperti yang telah dijanjikan sejak lebih 25 tahun lalu.

Sekiranya projek ini tidak mahu dilaksanakan oleh kementerian terbabit, pihak Kerajaan Umno-BN dituntut agar menghentikan segera penipuannya dengan pemasangan papan tanda projek tanpa tarikh yang tidak memberikan sebarang erti kepada rakyat. Setakat naikkan papan tanda, kemudian membiarkan rakyat menunggu dan menunggu, lebih baik jangan jadi kerajaan. Jadilah pembangkang.

Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Ishak Surin menyifatkan penipuan pihak Kerajaan Umno-BN terhadap rakyat amat jelas apabila pada papan tanda tidak mencatatkan maklumat penting berkenaan projek, melainkan untuk menagih undi dalam PRU13 nanti.

Pada papan tanda itu juga tidak dicatatkan nombor rujukan permit, nombor kelulusan permit iklan, meskipun dicatatkan fakta-fakta lain termasuk nama kontraktornya. Inilah penipuan terkini sebagai satu lagi projek Umno-BN.

Papan tanda begini telah beberapa kali dipasang dan diturunkan, manakala pemasangan terkininya berlaku sejak lebih setahun lalu, susulan kunjungan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yaasin ke kawasan itu beberapa tahun lalu. Muhyiddin macam biasa... berjanji akan membina sekolah berkenaan. Maka tidak laa kemudian, ia seolah-olah akan mnejadi kenyataan apabila bangunan kantin sekolah diruntuhkan dan pagar zink dibina di tapak pembinaan. Tetapi habukpun tarak. Sehingga kini, pemandangan yang terpampang hanyalah sebuah projek terbengkalai.

Sepatutnya tiada sekolah di bawah "kolong" lagi di negara ini setelah Umno-BN yang memperjuangkan nasib orang Melayu sejak 54 tahun lalu prihtain dengan masalah rakyat. Tetapi nampaknya, Umno hanya bijak berjanji gagal menyelami kehendak rakyat. Bercakap soal pendidikan tinggi, sekolah pintar, sekolah bestari tetapi dibawah Umno-BN masih ada sekolah bawah "kolong" dengan persekitaran tak kondusif disediakan untuk rakyat.

Pilihanraya Memilih Anggota Kongres Kebangsaan; Cabaran Pertama Menegakkan Libya Baru


Rakyat Libya akan keluar mengundi Sabtu ini 7 Julai bagi memilih anggota dewan perhimpunan, badan pertama yang dipilih sejak penyingkiran diktator Muammar Gaddafi untuk melaksanakan bagi tugasan sukar membawa negara itu melalui proses peralihan yang kritikal.

Proses undi akan memilih Kongres Kebangsaan Am, yang dianggotai 200 orang yang kemudiannya akan melantik pemerintah sementara dan panel bagi merangka perlembagaan baru negara itu.

Sebaik kongres itu memulakan sesi persidangan nanti, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang memerintah Libya selepas penyingkiran Gaddafi tahun lalu perlu meletak jawatan.

[Gambar kiri atas - Calon wanita parti Islam, Parti Keadilan dan Pembangunan Majdah al-Fallah (kanan) sedang berkempen dalam pilihanraya yang akan diadakan pada Sabtu 7 Julai]

Menurut Alexander Graf Lambsdorff, ketua misi pemerhati Kesatuan Eropah, pilihanraya umum itu telah ditunda dari 19 Jun lalu, atas sebab-sebab teknikal.

Oleh itu, katanya, rakyat Libya akan berpeluang mencipta sejarah setelah berdekad dibawah pemerintahan ‘kuku besi’.

"Pilihan raya ini adalah peluang pertama untuk Libya untuk memilih wakil rakyat dalam pilihan raya kebangsaan selepas berdekad-dekad,

"Ia menandakan satu langkah bersejarah bagi negara dan rakyatnya. Memandangkan peranan penting Ketua Kongres Nasional telah melantik badan untuk merangka perlembagaan ... pilihan raya adalah amat penting."ujarnya kepada Agensi AFP.