Saturday, June 12, 2010

Celaka: "Arab Saudi Akan Benarkan Israel Guna Ruang Udara Serang Iran" - Sumber Pertahanan AS



Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya selepas membaca tajuk berita di atas ialah CELAKA! Celaka kepada boneka Amerika dan Israel di Timur Tengah. Celaka kepada boneka Amerika dan Israel di Mesir/Arab Saudi dan sebagainya.

Menurut berita yang disiarkan oleh Press TV, Arab Saudi dilaporkan telah melancarkan beberapa siri latihan ketenteraan yang bertujuan untuk membenarkan/memudahkan jet-jet Israel menggunakan ruang udara negara itu untuk menyerang tapak nuklear Iran.

Sumber Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menyatakan bahawa Israel telah mendapat kebenaran Arab Saudi untuk menggunakan ruang udara di sebelah barat negara itu untuk menyerang Iran.

Untuk memastikan laluan pesawat pengebom Israel ke Iran selamat dan lancar, Riyard dilaporkan telah menjalankan ujian untuk memastikan sistem peluru berpandu negara itu tidak diaktifkan dan memastikan jet-jet pejuang negara itu tidak mengganggu misi Israel

Anda boleh membaca berita lanjut di sini. 

Berkaitan:
Mesir, sebuah lagi negara yang dipimpin oleh boneka Amerika/Israel dilaporkan telah menghalang konvoi bantuan kemanusiaan Algeria daripada memasuki Gaza. Menurut akhbar Algeria, konvoi kapal yang membawa ubat-ubatan, susu tepung, dan sebagainya itu kini berlabuh di Perlabuhan Al Arish sejak Jumaat lalu. Konvoi itu disertai MP, ahli perniagaan, dan aktivis keamanan negara tersebut. Biarpun terdapat perjanjian antara kedua-dua buah negara berkaitan dengan hal ini, namun pihak berkuasa Mesir tetap menghalang konvoi tersebut memasuki Gaza. Hanya tiga MP Algeria dibenarkan masuk ke Gaza melalui pintu Sempadan di Rafah.

Berita lanjut boleh anda baca di sini. 

Bini mati setelah terpandang ‘anu’ suaminya!



http://oddityroom.files.wordpress.com/2009/11/malam-pertama-11.jpg?w=133&h=146Di sebuah kampung yang terpencil, tinggallah seorang lelaki miskin bersama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melansungkan perkahwinannya dengan gadis sekampung, tetapi malang kesemua pakaiannya koyak dan bertampal-tampal. Malah seluar dalamnya pun berlubang-lubang kerana terlalu lusuh!
Kehidupan dua beranak ini memang menyedihkan apatah lagi setelah kehilangan suami dan ayah mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan.
Kasihan melihat keadaan anak bujangnya itu, si ibu pun membuatkannya sehelai seluar dalam dengan menggunakan guni beras. Dipendekkan cerita pada malam pertama selepas bernikah dengan gadis sekampungnya, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut.
Sebab musabab kematian isteri lelaki tersebut adalah kerana terpandang kat seluar dalam suaminya tertulis perkataan: ‘Berat bersih: 50kg’ betul-betul terletak di bahagian ‘anunya’.
Untuk anda ambilah iktibar dari kisah ini, jangan sesekali buat seluar dalam menggunakan guni beras dan lagi satu yang paling tak sesuai digunakan ialah kain rentang Barisan Nasional yang ada lambang dacing tu. Yang itu lagi naya…
Akhirkata, cerita ini hanya rekaan semata-mata tak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah mati!

Kanak-kanak 20 bulan meninggal dunia, didera dan diperkosa



Siska Ramadhani, meninggal dunia dengan keadaan yang sangat memilukan, Isnin 7/6. Seluruh badannya penuh dengan kesan luka, bahkan bayi malang ini juga diduga diperkosa.
Ketika kejadian, Siska ditinggalkan di rumah Tugino, tetangganya, kerana ayah mangsa, Edi Sumanto, keluar bekerja. Edi telah bercerai dengan isterinya, setahun lalu.
Keterangan yang diperoleh PosMetro Medan dari salah satu sumber polis, pada bahagian tubuh kanak-kanak itu banyak ditemukan bekas luka yang diduga kuat akibat dianiaya.
Selain itu juga, pada bahagian kemaluan budak itu telah rosak dan ditemukan sperma. Begitu juga pada bahagian duburnya juga rosak. Dari keterangan itu, kuat dugaan budak tersebut diperkosa lalu dianiaya pelaku. Pihak polis masih memburu sipelaku kes pembunuhan ini.

Parah…! Sepasang Kanak-Kanak Melakukan Hubungan Seks!



Tentu korang semua geleng kepala dan beristighfar panjang bila tengok gambar aksi kanak-kanak ini. Usia mereka mungkin sekitar 3 ke 4 tahun tapi dengan apa yang mereka lakukan cukup untuk buat kita mengaru kepala yang tak gatal.
Di usia semuda ini pun mereka dah pandai meniru aksi hubungan pasangan suami isteri tak taulah bila mereka dah besar nanti.
Dengan keruntuhan moral yang semakin membimbangkan sekarang ini tak mustahil perlakuan kanak-kanak ini akan dapat kita saksikan di Malaysia suatu hari nanti jika tiada tindakan PALING WAJAR dari rakyat dan pihak pemerintah. Apa pendapat anda.

MPSPK roboh lima gerai haram



LIMA gerai yang dibina di bahu jalan dirobohkan di Taman Kempas, Sungai Petani, semalam.


SUNGAI PETANI 11 Jun - Sebanyak lima buah gerai tanpa lesen yang dibina di bahu jalan di Taman Kempas di sini dirobohkan dalam operasi di sekitar bandar ini hari ini.
Dalam operasi tersebut, gerai yang dimiliki oleh lima pemilik dirobohkan anggota Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) berikutan kedegilan mereka berpindah ke kawasan yang dibenarkan.
Operasi yang bermula pada pukul 10 pagi itu disertai oleh 40 orang pegawai penguat kuasa dan 10 polis dengan dibantu oleh sebuah jentolak dan dua lori untuk mengangkut barang yang disita oleh MPSPK.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa MPSPK, Anil Arif berkata, tindakan merobohkan gerai terbabit terpaksa dilakukan kerana peniaga-peniaga berkenaan masih berdegil walaupun telah diberi beberapa notis sejak dua minggu lalu.
"Sebelum ini kita sudah keluarkan notis, malangnya, ada di antara mereka tidak mengendahkan arahan dikeluarkan itu.
"Jadi, kami tiada pilihan selain daripada merobohkan gerai terbabit bagi memastikan undang-undang dipatuhi," katanya di sini.
Tambah Anil, tindakan berkenaan juga terpaksa diambil ekoran banyak aduan yang dikemukakan penduduk berhubung kewujudan gerai di bahu jalan.
"Ia telah menimbulkan kesesakan dan membahayakan penjual dan pembeli sendiri," jelasnya.
Beliau memberitahu, pihaknya akan terus membuat pemantauan di kawasan terbabit bagi mengelakkan gerai haram beroperasi semula.
Sementara itu, seorang pemilik gerai, Mohd. Noor Osman, 60, dari Kampung Belukar mendakwa, dia kerugian lebih RM3,000 bila gerai makanannya dirobohkan MPSPK.
Katanya, dia tidak mempunyai pilihan menjalankan perniagaan di situ memandangkan kadar sewa di tempat lain adalah tinggi.
"Saya mengumpul modal hasil daripada sebahagian duit persaraan saya sebagai kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Namun, tempat mencari nafkah untuk keluarga kini musnah setelah diroboh pihak berkuasa," katanya.

100 orang bantah kapal Israel berlabuh di Malaysia



12/06/2010 2:28pm



PELABUHAN KLANG 12 Jun - Kira-kira 100 ahli Kesatuan kakitangan NorthPort Malaysia Sdn. Bhd., hari ini melancarkan bantahan secara aman mendesak kerajaan supaya tidak membenarkan kapal dagang milik Israel bukan sahaja tidak berlabuh di sini tetapi juga di perairan Malaysia.
Bantahan pada pukul 12 tengah hari di hadapan pintu utama kontena Terminal 1 itu juga berharap kebenaran tidak diberikan kepada sebuah kapal dagang Israel yang dijadual berlabuh di perairan di sini pada 20 Jun ini. - Utusan

Perwakilan mahu Pas terajui pakatan pembangkang



12/06/2010 4:59pm

KOTA BHARU 12 Jun — Selepas Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut parti itu menjadi peneraju pakatan pembangkang bulan lalu, kini perwakilan Pas pula menuntut supaya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi peneraju pakatan Pas, DAP dan PKR.
Perwakilan Perlis, Wan Khaisal Wan Khazim berkata Menteri Besar Kelantan itu seharusnya dilantik sebagai Mursyidul Am pakatan pembangkang kerana kejayaannya menerajui kerajaan negeri Kelantan selama 20 tahun dan penerimaan baik rakyat daripada pelbagai kaum terhadap pimpinannya.
"Saya merasakan beliau patut menjadi Mursyidul Am kepada Pakatan Rakyat,” katanya semasa membahaskan ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas ke-56, di sini hari ini.
Dalam hierarki Pas, Mursyidul Am merupakan jawatan tertinggi di dalam parti yang bertindak sebagai penasihat dengan diikuti Timbalan Mursyidul Am dan Presiden.
Kemelut parti mana yang seharusnya menerajui pakatan pembangkang timbul di peringkat akar umbi parti sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli pakatan pembangkang namun kepimpinan tiga parti komponen cuba menutup perkara itu dengan mengatakan ia perlu mendapat persetujuan yang kolektif biarpun sudah dua tahun pilihan raya umum 2008 berlalu. - Bernama

Pemimpin Hindraf ditahan 2 jam timbulkan kekecohan lawatan PM



12/06/2010 5:27pm



KUALA LUMPUR 12 Jun – Polis menahan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang merupakan pemimpin Hindraf, T. Vasanthakumar selama dua jam selepas dia menimbulkan kekecohan ketika lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Brickfields hari ini.
Vasanthakumar ditahan pada pukul 12.30 tengah hari ini setelah dia bertindak menjerit dan melaungkan kata-kata “lebih biasiswa JPA untuk kaum India” sambil cuba mendekati Perdana Menteri yang ketika baru sahaja selesai menghadiri lawatan itu. – Utusan.

Amerika ikut telunjuk rejim Zionis

SEORANG aktivis Korea Selatan mengangkat sepanduk mengutuk kekejaman Israel terhadap   anggota misi bantuan Gaza.




SEORANG aktivis Korea Selatan mengangkat sepanduk mengutuk kekejaman Israel terhadap anggota misi bantuan Gaza.
Panel siasat pembunuhan aktivis Gaza tiada kuasa menghukum

BAITULMAQDIS: Amerika Syarikat memberi persetujuan kepada cara Israel menyiasat insiden komandonya menyerang dan membunuh sembilan aktivis Gaza, seorang daripadanya warga Amerika, berhubung pembentukan jawatankuasa menyiasat kematian mangsa di perairan antarabangsa.
Kemarahan antarabangsa terhadap Israel dalam kejadian itu juga menyaksikan Presiden Shimon Peres disambut dengan laungan ‘pembunuh’ ketika lawatannya ke Korea Selatan, semalam.
Akhbar Haaretz melaporkan, Israel merancang membentuk jawatankuasa diketuai bekas hakim mahkamah agung termasuk pemerhati Amerika dan Eropah untuk menyiasat serbuan maut 31 Mei lalu ke atas kapal membawa misi bantuan ke Gaza, Mavi Marmara, lapor media.

Komando tentera laut menembak mati sembilan aktivis Turki, termasuk seorang yang memegang kerakyatan Amerika.

Presiden Amerika Barack Obama Rabu lalu berkata mana-mana siasatan perlu memenuhi standard yang ditetapkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa ‘siasatan telus, segera, adil dan boleh dipercayai mengikut standard antarabangsa.’

Netanyahu dan pegawai atasan lain dijangka memberi keterangan di hadapan jawatankuasa itu, namun perdana menteri terbabit menegaskan bahawa tentera yang melakukan serbuan hanya akan disoal oleh satu panel tentera berasingan.
Akhbar Haaretz Israel, berkata Israel dan Amerika bersetuju dengan jawatankuasa itu, namun media Israel lain berkata Washington masih belum memberi kelulusan akhir.

Panel itu tiada kuasa termasuk hak untuk mengeluarkan sapina dan kes tidak akan dibukukan.

Ia menyebabkan Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, Israel sepatutnya tidak dibiarkan menjalankan siasatan ke atas serbuan komandonya ke atas Mavi Marmara.

“Siasatan tidak seharusnya dibiarkan ke tangan Israel,” kata Mahmud kepada kumpulan pemikir Washington.

“Israel tidak boleh menyiasat diri sendiri.” kata Mahmud yang ada di sini untuk berunding dengan Obama.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad menggesa sempadan di Gaza dibuka selaras dengan perjanjian yang memberi peranan kepada kerajaan Tebing Barat pimpinannya mentadbir kawasan berkenaan.

Fayyad berkata, pembukaan kawasan sempadan itu seperti perjanjian 2005, akan membantu menyatukan semula Tebing Barat dan Gaza – yang ditadbir kerajaan berasingan sejak Hamas memperoleh kuasa di Gaza pada 2007.

“Pembukaan semula sempadan mewujudkan persekitaran lebih baik bagi menyatukan semula negara ini dan institusi Palestin,” kata Fay-yad. – Agensi

'PAS tak jalin kerjasama dengan UMNO'



KOTA BHARU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, berkata PAS tidak menjalinkan kerjasama dengan UMNO disebabkan parti Kerajaan Pusat itu tidak pernah berusaha untuk mengenali PAS dengan lebih mendalam, berbanding DAP.

Beliau berkata, kerjasama berjaya dijalinkan dengan DAP dalam pakatan pembangkang disebabkan parti itu kini sudah mengenali PAS secara lebih mendalam sehingga tidak ragu untuk terus menjalin kerjasama.
"Ketika DAP bersama dengan kita dalam Barisan Alternatif (BA) dulu, mereka keluar selepas itu kerana tidak faham terhadap beberapa isu. Namun, kini mereka kembali untuk bersama lagi kerana sudah memahami PAS, berbeza dengan UMNO yang tidak pernah cuba mengenali PAS.
"PAS dalam sejarahnya tidak pernah mengkhianati persahabatan dengan mana-mana pihak, malah terbukti parti itu tidak pernah meninggalkan rakan, kecuali rakan meninggalkan kita," katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar Presiden Muktamar Tahunan PAS ke-56, di sini, semalam.

Ditanya mengenai tindakan PAS yang akan meletakkan calon bukan Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, Nik Abduh berkata, persaingan seperti itu adalah lumrah dalam politik dan ia berlaku dalam keadaan yang sihat.

PAS letak calon bukan Islam

SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyerahkan telefon GSM Mobile al-Quran kepada Nik  Aziz pada Muktamar PAS di Kota Bharu, semalam.
SETIAUSAHA Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyerahkan telefon GSM Mobile al-Quran kepada Nik Aziz pada Muktamar PAS di Kota Bharu, semalam.


Parti kenakan syarat bertanding Pilihan Raya Umum Ke-13

KOTA BHARU: PAS membenarkan calon bukan Islam yang bertanding atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti menggunakan simbol parti itu tetapi bersyarat, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, perkara ini sudah dipersetujui Majlis Syura Ulama PAS berdasarkan kepada konsep kerjasama antara komponen dalam pakatan pembangkang, selain ada calon bukan Islam dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Katanya, calon bukan Islam yang akan diberi peluang itu nanti mesti memenuhi kriteria termasuk menerima konsep perjuangan PAS, bermoral tinggi, berakhlak baik serta setia dengan perjuangan PAS.

"Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan membenarkan simbol parti ini digunakan untuk calon bukan Islam yang akan dilantik pada pilihan raya umum akan datang dan ini dibuat berpandukan konsep kerjasama kita (PAS) dalam pakatan pembangkang.

"Keutamaan akan diberikan kepada DHPP kerana sudah tentu ada calon bukan Islam dalamnya dan kita meluluskan untuk mereka menggunakan simbol parti (PAS)," katanya selepas menyampaikan ucapan dasar serta merasmikan Muktamar Tahunan PAS Ke-56, di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), di sini, semalam.

Turut hadir dalam perasmian itu ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Tindakan PAS membenarkan calon bukan ahli parti itu menggunakan simbolnya bukan perkara baru kerana pada Pilihan Raya Umum 2008, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Bebas, dibenarkan menggunakan lambang parti itu ketika bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas.

Mengulas risiko calon bukan Islam bertindak melompat parti, Abdul Hadi berkata, untuk mengelak kejadian itu berlaku, PAS akan mengenakan syarat kepada mereka untuk berikrar tidak melakukan perbuatan terbabit kerana mereka yang bermoral tidak akan lompat parti.

"Sebagai jaminan, kita akan buat ikrar. Kita percaya kalau mereka bermoral, sudah tidak akan melanggar ikrar ini (melompat parti)," katanya yang mengakui PAS membuat persefahaman dengan rakan dalam pakatan pembangkang bagi memastikan pertandingan dua penjuru dengan BN pada pilihan raya umum kelak.

Remaja perempuan merokok atasi lelaki



Oleh Sukhairi Abd Thani
bhnews@bharian.com.my
2010/06/12

Pengaruh iklan antara punca tabiat buruk berleluasa 

KUALA LUMPUR: Jumlah remaja perempuan merokok terutama yang berusia bawah 10 tahun semakin membimbangkan kerana jumlahnya kini pada tahap 28.8 peratus berbanding remaja lelaki pada umur yang sama sebanyak 14.1 peratus.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada 2003 itu amat membimbangkan dan menunjukkan tabiat merokok perlu dibendung segera pada peringkat awal.
Beliau berkata, antara punca tabiat merokok di kalangan remaja perempuan berleluasa ialah pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan. 

“Angka ini amat membimbangkan. Walaupun ia kajian pada 2003, saya yakin jumlahnya sudah meningkat. Kita harap ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan lebih proaktif untuk memastikan trend berkenaan dibendung. 

“Mereka terpengaruh dengan idea yang mengatakan rokok boleh melangsingkan badan, boleh menghilangkan tekanan dan sebagainya. Ini yang menyebabkan ramai anak gadis kita memilih untuk merokok. 

“Pendapat ini salah, merokok tidak menjanjikan kecantikan fizikal atau kecanggihan. Yang ada hanyalah keburukan dan bahaya kepada kesihatan selain menambah risiko keguguran dan kelahiran bayi pramatang,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010, peringkat Institut Perubatan Respiratori, di sini semalam. 
Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama erat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan kempen kesedaran dan pendidikan. 

Katanya, perhatian ibu bapa saja tidak mencukupi kerana banyak masa remaja dihabiskan di sekolah atau bersama rakan dan tindakan menghukum remaja merokok kurang efektif kerana menyebabkan mereka memberontak.

Kembar belikan ibu mesin basuh



MOKHTAR KAMIS melihat mesin basuh yang dibeli oleh adik kembarnya untuk ibu mereka di Kampung Tok Kaya Kayang, Kuala Perlis semalam.


KUALA PERLIS - Pasangan kembar, Fatimah dan Aishah Kamis yang maut dalam kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi di Kangar pada Rabu lalu, sempat membelikan sebuah mesin basuh baru untuk kegunaan ibu mereka.
Ibu pasangan itu, Nirat Shafie, 67, (gambar) berkata, kedua-dua anaknya telah pergi membayar deposit barangan tersebut di sebuah kedai elektrik pada petang kemalangan yang meragut nyawa mereka.
"Mereka belikan mesin basuh yang baru bagi meringankan penat saya mencuci pakaian dengan tangan selama ini dan mesin itu dihantar ke rumah saya kelmarin.
"Selain itu, mereka pernah memberitahu mahu menukar lantai rumah dan membuat beranda selain memberi wang saku kepada saya setiap bulan hasil gaji mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Kaya Kayang, di sini semalam.
Kosmo! semalam melaporkan pasangan kembar berusia 22 tahun itu maut apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kereta semasa dalam perjalanan pulang selepas membeli barangan untuk hantaran perkahwinan ibu saudara mereka.
Kemalangan itu mengakibatkan motosikal mangsa dan kereta tersebut terhumban ke dalam petak sawah menyebabkan Aishah mati di tempat kejadian manakala Fatimah yang mengandung tiga bulan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar.

Agong rasmi Masjid Tuanku Mizan




SULTAN MIZAN (tiga dari kiri) berangkat pulang setelah merasmikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam berkenan merasmikan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini.
Masjid bernilai RM200 juta yang mula dibina pada 5 April tahun 2004 menggunakan 70 peratus besi dan selebihnya daripada konkrit itu siap sepenuhnya pada 19 Ogos tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, masjid tersebut merupakan masjid pertama di negara ini yang menggunakan 6,000 tan besi dalam pembinaannya.
"Masjid ini mampu menampung sehingga 20,000 jemaah dan dilengkapi dengan dewan solat utama, tiga unit kuarters dua tingkat, 10 unit kedai, dewan orang ramai dan kemudahan WiFi," katanya pada majlis perasmian masjid tersebut semalam.
Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut bersolat Jumaat bersama Tuanku Mizan dan jemaah lain.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga merupakan salah satu mercu tanda baru bagi pusat pentadbiran di Putrajaya serta lambang kebanggaan umat Islam Malaysia.

Kelantan bawa isu royalti minyak ke mahkamah 30 Ogos


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan membawa isu royalti minyak ke mahkamah pada 30 Ogos ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Exco kerajaan negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Royalti Datuk Husam Musa semasa berucap pada demonstrasi menuntut royalti minyak yang diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) selepas majlis perasmian Muktamar PAS kali ke-56, hari ini.
Kira-kira 3,000 anggota dan pemimpin parti berkenaan menyertai demonstrasi yang dianjurkan Dewan Pemuda PAS Kelantan.
“Kita akan membawa tuntutan royalti negeri itu ke mahkamah 30 Ogos nanti selepas beberapa tindakan secara rundingan dilihat tidak membuahkan hasil,” katanya dengan disambut laungan takbir oleh anggota dan pemimpin parti itu.
Kerajaan Kelantan yang diterajui PAS bertegas mahukan Kerajaan Pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ihsan walaupun mengikut peraturan, negeri berkenaan tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.
Kerajaan pusat setakat ini telah menyerahkan wang ihsan sebanyak RM20 juta kepada penduduk Kelantan. – BERNAMA
Sumber : Bharian.com.my

Anakku cucuku

Bapa kurung, rogol anak

Jose Agostinho Pereira

Jose Agostinho Pereira
Perbuatan keji selama 12 tahun berterusan hingga lahir 7 orang
RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan terpencil di Brazil mengurung dan memenjarakan anak perempuannya selama 12 tahun, merogolnya berulang kali sehingga melahirkan tujuh orang anak, kata polis semalam.
Lelaki terbabit juga didakwa mendera salah seorang kanak-kanak perempuan yang dilahirkan hasil hubungan mereka.
Polis mendapati Jose Agostinho Pereira, 54, mengurung anak perempuannya yang kini berusia 28 tahun, dengan menjadikannya sebagai tahanan dalam rumah di sebuah pondok dua bilik di perkampungan kecil nelayan di timur laut Brazil.
Seorang pegawai yang membantu penahanannya berkata rumah Pereira terletak di kawasan hutan terpencil dan satu-satunya cara untuk sampai ke situ ialah dengan menaiki sampan.
Pihak berkuasa berkata, ketika ditemui, semua kanak-kanak terbabit mengalami masalah kurang zat makanan dan tidak tahu bercakap, manakala kebanyakannya tidak berpakaian.
Pegawai kanan polis, Inspektor Jair Lima de Paiva berkata Pereira mula mencabul dan merogol anak perempuannya selepas dia ditinggalkan isterinya pada 1998.
Pereira ditahan di penjara bandaraya Pinheiro di negeri Maranhao, kira-kira 2,250 kilometer ke utara Rio de Jeneiro, sejak tiga hari lalu.
Dakwaan belum dikemukakan ke atasnya kerana di bawah undang-undang Brazil, pendakwa hanya boleh memfailkan tuduhan selepas polis menyelesaikan siasatan. Tidak dapat dipastikan sama ada Pereira mempunyai peguam.
Paiva berkata Pereira mengurung anak perempuannya dan anak hasil hubungan mereka di sebuah kawasan paling terpencil dan terasing sepenuhnya di kawasan berhampiran perkampungan Experimento kira-kira 80 kilometer di luar Pinheiro. AP
Sumber : Bharian.com.my