Sunday, November 3, 2013
Gelandangan ‘mewah’ makan
Kuala Lumpur: “Kalau tak ada epal, saya tak mahulah. Nasi lemak pun saya tak mahu,” kata seorang gelandangan dengan bersahaja kepada kakitangan lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk Pertubuhan Penggerak Wanita Muda (PEWADA) yang mengedar bantuan makanan kepada golongan itu di sekitar Pudu Sentral, di sini, malam hujung minggu lalu.
Seorang gelandangan yang memperkenalkan dirinya sebagai Azli, 37, berkata, pada malam itu saja mereka menerima stok makanan yang mencukupi hingga keesokan hari.
Lelaki itu bersikap pemilih disebabkan gelandangan di kawasan berkenaan sentiasa mewah makanan berikutan keprihatinan warga kota dan pelbagai NGO yang kerap turun padang mengedar makanan pada malam minggu.
Dalam kata lain, mereka boleh memilih makanan disukai, manakala yang lain ditolak secara baik.
Situasi itu disaksikan wartawan Metro Ahad yang dipelawa NGO berkenaan menyaksikan program penyerahan makanan kepada gelandangan sekitar Pudu Sentral.
Situasi itu disaksikan wartawan Metro Ahad yang dipelawa NGO berkenaan menyaksikan program penyerahan makanan kepada gelandangan sekitar Pudu Sentral.
RASHIRULEMMA menghulur makanan kepada gelandangan yang berehat di kaki lima jalaan.
Seorang gelandangan yang memperkenalkan dirinya sebagai Azli, 37, berkata, pada malam itu saja mereka menerima stok makanan yang mencukupi hingga keesokan hari.
Ketua Taliban Pakistan dibunuh
|
DERA ISMAIL KHAN, Pakistan - Beberapa anggota pejuang pergerakan Taliban di Pakistan mengebumikan secara rahsia pemimpin mereka, Hakimullah Mehsud selepas dia mati dibunuh dalam satu serangan dron milik tentera Amerika Syarikat (AS).
Puak Taliban itu juga berikrar akan melakukan satu siri serangan pengebom berani mati selepas Hakimullah mati kelmarin di kubu kuat pergerakan tersebut di Miranshah, barat laut Pakistan.
Kerajaan Pakistan turut mengutuk pembunuhan itu.
Seorang pejuang Taliban berkata, serangan dron itu berlaku semasa Hakimullah menaiki sebuah kenderaan setelah menghadiri satu mesyuarat dengan para pemimpin pergerakan tersebut.
Menurutnya, mayat Hakimullah dapat dikenal pasti selepas serangan tersebut berlaku.
Dia berkata, seorang pengawal peribadi dan pemandu Hakimullah turut terbunuh.
Sumber-sumber keselamatan Pakistan menyatakan, beberapa anggota Taliban mengebumikan ketua mereka secara rahsia pada waktu malam kerana takut tentera AS akan menghantar dron untuk melakukan serangan di kawasan pengebumian itu.
"Setiap darah yang mengalir dari tubuh Hakimullah akan diganti dengan satu serangan pengebom berani mati," kata seorang jurucakap Taliban, Azam Tariq.
"Amerika dan rakan-rakannya tidak sepatutnya gembira kerana kami akan melakukan serangan balas untuk darah pejuang syahid kami," tambahnya.
Hakimullah mengambil alih sebagai ketua pergerakan tersebut yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda pada tahun 2009.
Dua ketua pergerakan itu terbunuh dalam serangan dron milik tentera AS sebelum ini.
Beberapa komander Taliban akan mengundi untuk memilih timbalan Hakimullah, Khan Said sebagai ketua yang baharu.
Khan dipercayai dalang dalam satu serangan ke atas sbeuah penjara di barat laut Pakistan yang menyebabkan 400 orang banduan dibebaskan pada tahun 2012 serta serangan terhadap sebuah pangkalan tentera laut Pakistan. - Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2jWQHazKR
Hakcipta terpelihara
Subscribe to:
Posts (Atom)