Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itu

Alhamdulillah..Selesai kita menjalani ibadah puasa bagi fasa yg pertama diharapnya kita dapat mengisi ramadhan kita dgn sebaiknya..Semoga ramadhan yg masih berbaki dimanfaatkan sepenuhnya..Buka shj muka buku melimpah berbagai2 berita & cerita.Yg pasti jgnlah kita terus menerima sebarang berita tanpa dikaji kesahihannya.Satu cerita yg ana kira juga menarik utk dibincangkan..Mengenai sebuah hadis yg diposting kemuka buku ini.Ingatan ana jgnlah kita menyebarkan sesebuah hadis yg bersandarkan kpd Rasulullah sebelum kita mengetahui kesahihannya.Kerana ini merupakan fitnah yg besar.Hadis yg dimaksudkan ialah- hadis dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)
Setelah meneliti &mengkaji hadis tersebut maka disini disertakan sedikit penjelasan
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan atau Maudu’. Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas
Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; “Tidak boleh seseorangpn berhujjah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar. Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari org2 yang tidak dikenali dan diragui.
Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).Wallahu a’lam…semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini..dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya…
Tujuan diberikan pencerahan disini bukanlah utk menafikan hadis2 berkenaan hari qiamat,sekadar perkongsian..sekiranya ada tambahan dari sahabt dialu2kan.kerana kita sedia maklum dunia kita semakin hampir dgn saat itu.Nanti insyaALLAH berkesempatan akn diupload tanda2 kecil dan besar qiamat spt yg disebutkan dlm Al quran utk kita sama2 ambil iktibar.Apa2 pun kita perlu beringat..telah banyak berlaku tanda2 kecil qiamat..manfaatkan ramadhan kali ini dgn menggandakan ibadah sebagai nilai tambah utk kita nanti.Beranggapan ramadhan ini yg terakhir bg kita juga adalah motivasi terbaik.Wallahu a’lam.
 

Kelebihan ramadhan

Wednesday, August 11, 2010

Akhirnya 25 dibenar berniaga Bazar Ramadan



PULAU PINANG 10 Ogos - Peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang sebelum ini tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga bangunan itu seperti tahun-tahun lalu, akhirnya dibenarkan berbuat demikian.
Kebenaran tersebut dicapai hasil perbincangan pihak peniaga dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Komtar di sini selama hampir dua jam bermula kira-kira pada pukul 2.30 petang hari ini.
Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman yang membuat pengumuman itu memberitahu, semua 25 peniaga yang dihalang berniaga sebelum ini boleh memulakan operasi mereka esok dengan kadar sewa RM50 sehari.
"Hasil perbincangan antara kami (dengan PDC) hari ini bersetuju apa yang berlaku adalah disebabkan kesilapan teknikal dan ia sudah pun diperbetulkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Mingguan Malaysia kelmarin melaporkan, pihak pengurusan Komtar, PDC iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.
Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan kelmarin.
Sebelum itu, kira-kira 200 orang terdiri daripada peniaga terbabit dan orang ramai berhimpun hampir sejam bagi membantah serta menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri.
Tambah Mohamed Ghani, pihak para peniaga juga telah membuat keputusan untuk mengurangkan jumlah peniaga daripada 27 kepada 25 gerai sahaja kerana mahu mengelak daripada berlaku kesesakan di bazar itu kelak.
Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa halangan untuk berniaga dibuat berikutan kegagalan KMA membayar sewa perniagaan di tempat itu, Mohamed Ghani berkata, dakwaan berkenaan tidak tepat.
"Bagaimanapun, perkara yang berlaku itu telah pun dijelas dan diperbetulkan pada mesyuarat sebentar tadi iaitu ia hanya sebahagian kesilapan teknikal dan salah faham yang berlaku sebelum ini," katanya.