Saturday, November 21, 2015

Pertemuan Izzah: Kerajaan serah kepada polis


Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
PUTRAJAYA - Kerajaan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan berhubung pertemuan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III.
Timbalan Perdana, Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kertas siasatan mengenainya kemudiannya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk sebarang tindakan lanjut.
"Dalam hal ini kerajaan berpendapat pertemuan itu sangat tidak dialu-alukan kerana seolah-olah mencabar dan meletakkan orang Sabah sebagai mangsa kepada perbuatan yang dilakukan Kesultanan Sulu, khususnya keluarga Jamalul Kiram," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, menerima kunjungan hormat Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia, Luhut Binsar Panjaitand.
Isu itu tercetus selepas beberapa keping gambar yang memaparkan pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel dimuat naik ke laman Faceboook yang kemudiannya menjadi viral.
Ahmad Zahid berkata, secara amnya kerajaan terbuka dan meraikan perbezaan pendapat di kalangan ahli politik yang berbeza pandangan dalam sesuatu isu, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan pertahanan negara.
Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai sangat tidak dialu-alukan, beliau berkata pertemuan itu juga seolah-olah satu 'pengiktirafan' oleh Nurul Izzah kepada Kesultanan Sulu yang berada di belakang tabir insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
Timbalan Perdana Menteri berkata, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu bukan kes terasing dan bukan hanya kes politik, sebaliknya melibatkan soal keselamatan, kedaulatan serta pertahanan negara.
"Jika ada mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi dalang dalam peristiwa Lahad Datu, ertinya secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan individu atau parti politik berkenaan terhadap mereka yang menceroboh negara," katanya.
Ahmad Zahid berkata, secara amnya kerajaan terbuka dan meraikan perbezaan pendapat di kalangan ahli politik yang berbeza pandangan dalam sesuatu isu, namun menegaskan perkara itu tidak seharusnya berlaku apabila melibatkan soal keselamatan dan kedaulatan pertahanan negara.
Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu sebagai sangat tidak dialu-alukan beliau berkata, pertemuan itu juga seolah-olah satu 'pengiktirafan' oleh Nurul Izzah kepada Kesultanan Sulu yang berada di belakang tabir insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.
Timbalan perdana menteri berkata, peristiwa pencerobohan di Lahad Datu bukan kes terasing dan bukan hanya kes politik, sebaliknya melibatkan soal keselamatan, kedaulatan serta pertahanan negara.
"Jika ada mana-mana ahli politik bertemu dengan pihak yang menjadi dalang dalam peristiwa Lahad Datu, ertinya secara tidak langsung menunjukkan pengiktirafan individu atau parti politik berkenaan terhadap mereka yang menceroboh negara," katanya. - Bernama

Salleh Man tidak dipecat kerana setia


Salleh Man Mat Aji
Salleh Man
GEORGETOWN - Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak akan memecat Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man daripada jawatan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang atas dasar kesetiaan wakil rakyat itu terhadap kerajaan Pakatan Harapan, walaupun beliau masih anggota Pas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak bersikap pilih kasih kerana wakil rakyat Pas itu bersedia dan setia berkhidmat untuk kerajaan yang diterajuinya.
"Ya, memang beliau masih anggota Pas tetapi beliau sudi sokong kerajaan negeri Pulau Pinang sungguhpun ia kerajaan negeri Pakatan Harapan.
"Beliau juga sedia membela kerajaan negeri Pakatan Harapan dan kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan. Saya rasa itu penting. Sekiranya sedia membuat kenyataan terbuka seperti ini, maka tidak timbul isu-isu sama ada beliau setia atau tidak.
"...selain Cekap, Bersih, Amanah, (wakil rakyat) mesti setia. Beliau telah pun menunjukkan kesetiaan dan menyokong dasar-dasar serta kepimpinan negeri termasuk menyokong saya sebagai ketua menteri," kata Lim pada persidangan Dun Pulau Pinang di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zain Ahmad (BN-Penaga) yang bertanya sama ada kerajaan Pulau Pinang mengamalkan pilih kasih dan akan mengambil tindakan memecat Salleh Man kerana beliau masih anggota Pas.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengisytiharkan parti itu sebagai pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan kerajaan DAP menamatkan perkhidmatan 300 anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dari Pas di kawasan Parlimen Kepala Batas.
Lim yang juga Adun Air Putih berkata, tindakan kerajaan Pulau Pinang memecat dan menamatkan perkhidmatan 300 daripada 1,083 anggota Pas kerana mereka tidak bersedia menyokong kerajaan negeri.
"Kena ingat, DAP tidak memutuskan hubungan dengan Pas. DAP putuskan hubungan dengan presiden Pas (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)...Pas yang putuskan hubungan dengan DAP.
Justeru, beliau meminta Pas menyatakan pendirian dan membuat keputusan berhubung 70 peratus lagi anggota Pas yang masih menjadi anggota JKKK. Di Dun Pulau Pinang, Mohd Salleh masih duduk di kerusi bahagian kerajaan negeri. - Bernama

DAP menang hasil kerjasama dengan Pas


Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
KOTA BHARU - Pemecatan 300 anggota Pas daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di Pulau Pinang tidak sepatutnya berlaku kerana kemenangan DAP di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13 adalah hasil gerak kerja bersama Pas.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berikutan itu Pas bertindak menjadi pembangkang di Pulau Pinang.
"Dari segi pentadbiran...kita lihat ini satu tindakan yang agresif yang dibuat oleh DAP.
"Pas melahirkan rasa dukacita dengan tragedi ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob di sini, hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas mengisytiharkan untuk menjadi pembangkang di Pulau Pinang berikutan tindakan pemecatan itu.
Mengulas mengenai tindakan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang lantang mengkritik pentadbiran kerajaan Kelantan dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Tuan Ibrahim menasihati Husam agar menggunakan saluran sedia ada untuk menyelesaikan masalah dalaman parti.
"Husam sebagai ahli parti masih boleh membuat sumbangan kepada parti, bukan menentang, mengganggu dan merosakkan parti," katanya.
Sementara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Husam yang juga Adun Salor sepatutnya menyuarakan kritikannya secara dalaman bagi mengelakkan pelbagai persepsi negatif daripada orang ramai. - Bernama

Zuhdi dakwa Husam mahu 'kocak' solidariti Pas


Zuhdi Marzuki
Zuhdi Marzuki
KUALA LUMPUR - Konflik yang membabitkan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa didakwa hanya untuk mengocakkan semula solidariti yang ada dalam Pas, namun ia dilihat tidak mampu menjejaskan parti.
Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki, Pas adalah sebuah parti paling kukuh meskipun parti lain dalam negara bergolak kerana permasalahan yang dihadapi dalam parti.
"Pas masih kekal solid (kukuh). Walaupun Pas (dahulu) berpecah dengan beberapa ahlinya telah keluar dari Pas dan menubuhkan parti baharu, Pas kini kekal sebagai sebuah parti yang kuat," katanya ketika ditemui di Himpunan Bantah TPP di Stesen LRT Ampang Park, di sini, hari ini.
Lebih kurang 52 NGO berkumpul bersama pada hari ini untuk menyatakan tentangan terhadap rundingan perjanjian perdagangan antara 12 negara yang melibatkan Amerika Syarikat (AS), Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.
Dalam sidang Dun Kelantan 8 Oktober lalu, Husam telah menarik perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkan tidak wajar dan menyimpang daripada konsep ketelusan.
Antara yang disentuh adalah permohonan aktiviti pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang oleh sebuah syarikat melalui proses rundingan terus dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Kerajaan perlu semak semula perjanjian dengan AS


 Kerajaan perlu semak semula perjanjian dengan AS
Mohd Azmi memberi ucapan dalam himpunan bantahan TPP, petang tadi. - Foto Sinar Online oleh ATIRAH HASLI

KUALA LUMPUR - Kerajaan dinasihatkan supaya meneliti semula sebarang kerjasama membabitkan keselamatan, ketenteraan, ekonomi dan budaya dengan negara barat itu.
Ini kerana, menurut Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid, Amerika Syarikat (AS) adalah negara yang mempunyai agenda yang tersendiri.
Mohd Azmi berkata, meskipun AS merupakan kuasa besar dunia, kerajaan harus sedar bahawa AS terlibat dalam peperangan di Timur Tengah.
"Sebarang perjanjian yang dimeterai antara kerajaan dan AS hendaklah disemak semula. Bagi kami, AS adalah lambang kuasa imperialis dunia yang mengetuai kuasa Barat untuk menguasai dunia dan menjadikan Islam serta umatnya sebagai sasaran," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Azmi turut mengutuk lawatan Presiden AS, Barack Obama yang mengunjungi negara sempena Persidangan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) pada kali ini.
Mohd Azmi berkata, kehadiran Obama di negara ini pasti membawa tujuan untuk mendesak kerajaan menandatangani rundingan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP).
Tambahnya, sekiranya kerajaan menandatangani TPP, ia akan memudahkan AS memperkukuh pengaruhnya di rantau ini, selain daripada mendominasi 40 peratus perdagangan dunia.
Kira-kira 52 NGO hadir melakukan bantahan terhadap TPP di hadapan stesen LRT Ampang Park, petang tadi.
Rundingan TPP adalah rundingan perdagangan yang melibatkan 12 negara termasuk Amerika Syarikat, Peru, Singapura, Mexico, Chile, Brunei, Vietnam, Jepun, Kanada, Malaysia, New Zealand dan Australia.

Kerajaan Pulau Pinang semakin goyah?


Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
SANGAT menarik untuk diperhatikan apabila 5 Adun PKR mengambil sikap berkecuali ketika Adun Umno Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mengemukakan usul bahawa semua projek penambakkan tanah di Pulau Pinang perlulah melalui proses bantahan awam sebelum kelulusan diberikan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Projek tebus guna: BN gesa dedah perjanjian]
Ketua Menteri Pulau Pinang menganggap mereka yang berkecuali ini sebagai "bersama Umno", lalu mendesak Presiden PKR "menilai dengan teliti" keputusan lima Adun parti itu yang berkecuali.
Sebelum ini Lim Guan Eng sangat lantang mengkritik Pas yang mengambil sikap berkecuali dalam undian kelulusan Bajet 2016 di Parlimen.
Adun Penanti daripada PKR pula dalam tangisan meluahkan rasa terkilan dan kekecewaannya terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam sidang Dun kerana tidak menjawab banyak persoalan yang beliau bangkitkan berkaitan pembangunan di Dun Penanti yang berada dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili Presiden PKR.
Usahlah disangka cerah hingga ke petang. Ingatlah juga kebarangkalian hujan di tengahari. Usahlah sombong dan angkuh apabila berkuasa sedang kuasa itu diperolehi bukan hanya dengan dokongan bersendiri.
Adakah ini tanda-tanda awal Pulau Pinang semakin goyah dan bakal terlepas daripada tangan DAP pada PRU14 di saat undi ahli-ahli Pas sudah pasti tidak akan dinikmati oleh DAP lagi?
DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
Ahli Parlimen Kuala Nerus

Beg Hermes Maira untuk kenduri Daniyar, Nooryana?




Dokumen mahkamah di Manhattan, New York, menyatakan beg tangan Hermes yang dibeli - dan tidak dibayar - Daniyar Kessikbayev dan ibunya Maira Nazarbayeva digunakan
sebagai hadiah di majlis perkahwinannya dengan Noryaana Najwa Najib.
Maklumat yang terkandung dalam saman sivil difailkan Presiden Samilor Enterprise, Bella Belkin pada 18 November lalu menyatakan, Daniyar dan Maira sudah membeli tujuh beg Hermes dari kedai mereka tetapi enggan membayarnya.
Dokumen mahkamah yang diperoleh Malaysiakini menyebut: "Berdasarkan maklumat dipercayai, defendan (Maira dan Daniyar) menggunakan barang disenaraikan dalam perjanjian itu untuk kegunaan peribadi. Secara khusus, mereka menyimpan sebahagian daripada barangan itu untuk kegunaan sendiri dan yang lain diberikan sebagai hadiah semasa majlis perkahwinan Daniyar."
Daniyar berkahwin dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Rosmah Mansor itu pada 28 Mac lalu di Kuala Lumpur, manakala majlis bertandang sebelah pengantin lelaki berlangsung pada 18 April di Almaty, Kazakhstan.
Dokumen mahkamah itu menyatakan, dengan mengambil beg tangan mahal tanpa membayarnya, defendan bertindak tidak adil terhadap Bella.
Justeru, Bella memohon pampasan daripada defendan, termasuk menuntut ganti rugi serta bayaran tertunggak bernilai AS$401,912.50 (RM1.72 juta) bagi tujuh beg Hermes yang dimiliki pasangan anak beranak itu.

Bagaimana Menyangkal Tuduhan Apabila Islam Dituduh Pengganas?


Pierre Vogel, seorang ulama muda yang berasal dari Jerman, memiliki cara tersendiri bagaimana untuk membantah tuduhan bahawa Islam adalah agama pengganas.

Pierre Vogel

Ulama mu’alaf yang bersyahadat pada tahun 2001 itu, membantah lawan dengan jawapan yang mudah, logik dan amat mengena hingga mampu membuatkan mulut musuh bungkam tak terkata-kata.

Dalam sebuah ceramahnya, dia menyampaikan bagaimana caranya menyangkal tuduhan itu. Ketika Islam dituduh sebagai agama pengganas, anda tanyakan semula:

1. Siapa yang memulakan perang dunia pertama?

2. Siapa yang memulakan perang dunia kedua?

3. Siapa yang selalu menjajah sebuah negara yang aman damai serta tenteram hanya untuk kepentingan perluasan wilayah?

4. Siapa yang menyebarkan agama dengan cara menjajahnya terlebih dahulu?

5. Siapa yang menjatuhkan bom atom ke atas Hiroshima dan Nagasaki dengan sangat keji, tidak berperikemanusiaan dan mengorbankan ratusan ribu nyawa rakyat awam?

6. Siapa yang membunuh 20 juta suku Aborigin di Australia?

7. Siapa yang membunuh lebih dari 2 hingga 18 juta orang suku kaum Red Indian di Benua Amerika Utara?

8. Siapa yang membunuh lebih dari 50 juta suku kaum Red Indian di benua Amerika Selatan?

9. Siapa yang menjadikan lebih dari 150 juta manusia dari Afrika sebagai hamba (apartheid). Dikatakan, 77% dari mereka mati ketika di dalam perjalanan dan dikubur di lautan Atlantik?

10. Siapa yang selalu berusaha secara berterusan untuk menguasai serta “merampas” minyak sesebuah negara dengan cara melaga-lagakan negara tersebut, membiayai pembangkang, menyebar fitnah kononnya ada bom, menyebabkan negara tersebut kucar-kacir serta menghantar tentera untuk melakukan pembunuhan, pemerkosaan, pengeboman dan banyak lagi perkara keji dan kejam?

11. Siapa yang menubuhkan (IMF/TPPA) yang menyebabkan negara yang terlibat menjadi tambah sengsara dengan sistem kejinya?

12. Siapa pelaku dan pendukung penjajahan, perampasan negara, pembantaian warga Palestin dari tahun 1948 hingga sekarang?

13. Siapa pelaku dan pendukung krisis dibeberapa negara dengan cara menaikkan nilai dolar (dengan cara licik) menjadi tinggi hingga negara tersebut tidak mampu membayar hutang dolar dan harus menjual pelbagai asetnya?

14. Siapa pelaku yang selalu menghina dan melecehkan sebuah ajaran agama baik dengan menghina tokoh agamanya atau membakar kitabnya?

JAWAPANNYA

Mereka sama sekali bukan negara Islam mahupun orang Islam.

Itulah antara hanya sebahagian dari kejahatan pengganas sebenar dunia.

Bukalah mata hati anda, dan fahami siapa sesungguhnya PENGGANAS di dunia kita ini!


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/11/bagaimana-menyangkal-tuduhan-apabila.html#ixzz3s7Vs7vxV
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

Jika Agama Adalah Keganasan, Agama Mana Yang Paling Ganas?


Orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) bukan sekadar memendamkan perasaan tidak rela kepada umat Islam di dalam hati mereka, bahkan melakukan usaha-usaha untuk memadamkan agama Allah Taala dan menghancurkan umat Islam dengan melancarkan permusuhan ke atas umat Islam.

Keganasan Amerika dan kekejaman Israel

Penjajahan mental dan spiritual yang sedang berlaku ke atas umat Islam oleh pengganas Barat kini, adalah hasil perjuangan yang terancang rapi sejak lama. Kejayaannya sedang mereka kecapi sekarang.

Alangkah bangganya mereka melihat keadaan umat Islam kini yang bukan sahaja tidak menegakkan Islam, malah prasangka dengan agama anutan mereka.

Suasana inilah yaang mereka idam-idamkan sebagaimana yang telah diingatkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya, "Akan tiba masanya umat Islam dikeronyok oleh musuh seperti si pelahap menghadapi makanan dalam hidangan."

Malangnya, hari ini, apabila ada sebahagian kecil umat Islam yang terlibat dalam jenayah mahupun peperangan untuk mempertahankan diri, mereka akan segera dilabel sebagai pengganas.

Sebaliknya apabila keganasan dilakukan oleh penganut agama lain, mereka hanya dikatakan sebagai kurang waras ataupun penjenayah biasa.

Persoalannya, jika agama adalah keganasan, agama manakah yang paling ganas dan jahat di dunia? Dibawah merupakan fakta yang menunjukkan kekejaman Amerika Syarikat yang sanggup membunuh berjuta-juta manusia lain diseluruh dunia.

Dengan hanya mengambil kira satu negara sahaja iaitu AS, yang ditadbir disebalik tabir oleh Zionis Yahudi, mari kita bersama perhatikan.

Kekejaman Amerika Syarikat terhadap kaum asli Amerika 

Kaum Red Indian yang menjadi penduduk asli Amerika telah dibunuh untuk menghalalkan bangsa kulit putih itu bertapak sebagai sebuah kerajaan. Begitu juga dengan keganasan terhadap kaum berkulit hitam dalam amalan sistem hamba.

Serangan ke atas Filipina 

Pembunuhan beramai-ramai wanita, orang awam dan kanak-kanak di Filipina. Diantara tahun 1899–1902 melibatkan pembunuhan 200,000 rakyat Filipina.

Serangan dan pembunuhan ini dilakukan untuk menjadikan Filipina sebagai pengkalan untuk mengeksploitasi China. Presiden William Mc Kinley lalu merumuskan pertumpahan darah itu sebagai “takdir dari tuhan” (god’s will).

Serangan ke atas Hiroshima dan Nagasaki (6 Ogos 1945) 

Ratusan ribu rakyat Jepun di kedua-dua pulau telah dibom menggunakan bom atom. Ini sebuah aksi keganasan bertaraf antarabangsa.

Sehingga ke hari ini, sisa bahan radioaktif bom berkenaan masih mengancam nyawa. Melalui peristiwa ini, Amerika Syarikat telah dengan angkuhnya memperkenalkan kepada kerajaan seluruh dunia bahawa dialah ketua yang akan menentukan segala sesuatu.

Pembunuhan kejam besar-besaran Amerika di Vietnam, Laos, Kampuchea dan Korea (tahun 1951–1953 dan 1965–1974) 

Perang Korea antara tahun 1951–1953 melibatkan puluhan ribu korban. Bukan hanya rakyat Korea yang mati tetapi orang-orang China turut terkorban kerana berpihak kepada Korea Utara.

Dalam Perang Vietnam walaupun seramai 60,000 askar AS terkorban, tetapi dunia tidak lupa pembunuhan keatas 3 juta rakyat Vietnam.

Serangan George Bush di Granada pada 20 Disember 1989 

Serangan ini melibatkan banyak korban. Amerika akhirnya berjaya menangkap Presiden Noriega untuk dipenjarakan. George Bush iaitu bapa kepada Presiden George W. Bush telah menangkap dan memenjarakan Noriega tanpa pengadilan sehingga ke hari ini. Dunia membisu seribu bahasa.

Pembunuhan di Yugoslavia di tahun 1999 

Bersama-sama dengan 18 anggota negara NATO, AS telah membunuh 3 ribu penduduk Yugoslavia dalam sebuah misi pemusnahan disepanjang 78 hari yang tidak putus-putus menggunakan senjata-senjata maut seperti uranium missiles, cluster bombs, cruise missiles dan bom-bom pintar (smart bombs).

Kebanyakan yang dibunuh adalah orang Islam. Soalnya kenapa Slobadan Milosevic tidak diburu sebagaimana AS memburu Ben Laden?

Pembunuhan di Yugoslavia bukan kerana mahu membawa keamanan tetapi dilihat lebih kepada faktor ekonomi untuk menguasai logam-logam berharga seperti lead, zinc, codnium, perak dan emas di lombong Trepca, Kosovo yang bernilai US$5 billion. 
Terdapat juga 17 billion tan rezab arang batu di Kosovo yang menjadi rebutan Amerika. Dari perkiraan strategik pula, AS mahu mengekalkan hegemony kekuasaan dan dominasi di negara-negara Eropah melalui pertapakannya di Yugoslavia.

Pemusnahan Amerika di Perang Teluk di Iraq (1990–2000) 

Serangan tidak berperikemanusiaan yang memusnahkan sekolah, hospital, tempat awam dan lain-lain kemudahan infrastruktur telah melibatkan pembunuhan seramai 1.5 juta rakyat Iraq disepanjang tempoh 10 tahun.

Bayangkan pembunuhan yang zalim dalam tempoh sedemikian lama, dunia tidak berbuat apa-apa dalam melihat aksi pengganas Kristian Amerika yang biadap dan serba ganas.

Serangan Ke atas Tripoli dan Benghazi (15 April 1978) 

Beratus-ratus orang awam telah terkorban termasuk anak perempuan kepada bekas Presiden Muammar Gadafi iaitu Presiden Libya.

Kezaliman di Palestin 

Keganasan Amerika dan kekejaman Israel [3]
Kanak-kanak Palestin dibunuh pengganas Yahudi dan Kristian.

Sejak bumi Palestin dibelah dua pada tahun 1948, dengan pengiktirafan Amerika melalui Presiden Truman, 5 minit setelah negara haram Israel diisytiharkan, bumi Palestin tidak pernah kering dengan darah hingga ke hari ini.

Salah satu puncak peristiwa ngeri adalah pembunuhan kejam beramai-ramai umat Islam di kem-kem pelarian Shabra dan Shatila oleh pengganas Yahudi dan Kristian.

Sebuah kegilaan dan keganasan yang tidak ada tolok bandingnya.

Penutup 

Nampaknya definisi pengganas hanyalah mengikut telunjuk dan selera Amerika dan Yahudi semata-mata. Seluruh dunia lalu dikerah untuk bersama-sama membasmi pengganas, kononnya.

Tidakkah dengan ini Amerika boleh diiktiraf sebagai pengganas kelas 1 melalui contoh-contoh di atas. Masihkah dunia yakin dengan sikap durjana Amerika mahupun pihak Yahudi dan Kristian dalam misi besar untuk kononnya mengamankan dunia?

Tidakkah dengan ini secara rasminya agama Kristian dan Yahudi sememangnya diiktiraf sebagai pengganas NOMBOR 1, jika agama dijadikan ukuran keganasan?

Bagi mereka yang mencari kebenaran, tidak perlulah lagi untuk bertanyakan siapakah pengganas dunia yang sebenar.

Ia tidak lain melainkan; Kerajaan Kristian Amerika dan Zionis Yahudi yang berselindung disebalik tabir dan sesiapa jua yang bersekutu dengannya.

Atau adakah ada mana-mana ajaran agama yang menyuruh umatnya untuk melakukan keganasan atau menyeru kepada pembunuhan orang lain atau semua ini adalah permainan politik yang kotor peringkat tertinggi demi kepentingan pengikut-pengikut Dajjal?

Namun, sebagai peringatan buat umat Islam, sepatah ayat al-Quran yang mendedahkan tekad orang Yahudi dan Nasrani yang tidak akan selama-lamanya berpuas hati selagi umat Islam tidak mengikut telunjuk mereka dari petikan maksud surah Al-Baqarah 120 amat wajar di jadikan asas renungan.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/11/jika-agama-adalah-keganasan-agama-mana.html#ixzz3s7VA5GxW
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook

Terus istiqamah bersama Pas walaupun diuji


 Terus istiqamah bersama Pas walaupun diuji
Ahmad (empat, kanan) merakamkan gambar kenangan bersama pimpinan Pas. - Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR
KOTA BHARU - Biarpun diuji pelbagai cabaran, namun Pas Kelantan mengharapkan penyokong dan kepimpinan yang ada dapat bertenang, di samping terus beristiqamah dengan perjuangan Islam.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sepanjang tempoh 60 tahun Pas di Kelantan, pelbagai perkara dihadapi dan ia ujian untuk menjadi lebih matang, sekali gus memastikan parti Islam itu terus berkubu di negeri ini.
“Kita telah melalui ujian demi ujian, selepas Muktamar baru-baru ini, beberapa orang tidak terpilih keluar meninggalkan Pas dan bentuk parti baharu. Kita tidak rasa tergugat.
“Kita mesti tenang, kita kena bersabar kerana ia baru sahaja bercambah sebagai benih dan belum diletakkan di suatu tempat untuk membesar. Kita perlu berikhtiar untuk meneruskan tanggungjawab yang kita pangku hari ini. Ini bukan pilihan tetapi kewajiban,” katanya.
Terdahulu beliau merasmikan Sambutan 60 Tahun Pas Kelantan di Medan Ilmu yang turut dihadiri Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Pas negeri, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi yang juga pengarah program serta barisan kepimpinan Pas negeri.
Ahmad berkata, sambutan itu sangat penting khususnya di Kelantan untuk mengenang jasa pejuang yang bertungkus-lumus membentuk pentadbiran berlandaskan Islam.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan turut menghargai sokongan dan kepercayaan diberikan oleh rakyat selama ini untuk meneruskan legasi kepimpinan ulama yang ditinggalkan Allahyarham  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam keadaan parti dan negeri menghadapi cabaran.
“Apa yang saya ingin tekankan, perancangan kita atur tidak akan berjaya tanpa adanya ikatan ketakwaan kepada ALLAH SWT, kepatuhan kepada keputusan yang telah digariskan sama ada oleh Majlis Syura Ulama, Pas
Pusat atau mana-mana keputusan dibuat perlu difahami secara teliti, dan diterima dengan hati lapang, walaupun kadang-kadang ia tidak secocok dengan kita.
“Bersabarlah dengan keputusan, khususnya dalam situasi mutakhir ini kita diuji dengan parti baharu, bersabarlah dan yakinlah ALLAH SWT akan memberikan laluan mudah kepada kita. Perkara-perkara sebegini kita perlu tekankan dalam parti,” katanya.
Tambahnya, merujuk kepada apa berlaku mutakhir ini, banyak isu agak panas dan pandangan yang boleh menatijahkan sesuatu tidak baik kepada parti.
“Bagi mengurus hal ini, semua ahli wajib mendokong konsep dengar dan patuh kepada pimpinan tertinggi. Parti ada Majlis Syura Ulama dan Presiden. Ia persoalan asas dan adat tertinggi di dalam Pas  wajib difahami dan diamalkan semua ahli parti,” katanya.

1MDB : Di Parlimen pun kerajaan asyik 'corner'


Rafizi Ramli
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akui bahawa meskipun sesi debat secara terbuka mengenai 1MDB yang disebut-sebut sebelum ini berjaya dilaksanakan, ia tetap tidak akan merungkai segala persoalan yang dibangkitkan sebelum ini.
Menurutnya, debat bukan cara sesuai untuk menyelesaikan persoalan itu ekoran format debat itu sendiri.
"Sebab itu dari awal lagi YB Tony Pua (Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) sebut nak tanya soalan. Kerana ada banyak soalan yang belum berjawab.
"Saya rasa debat lebih terkongkong, lebih kepada hujah yang umum. Jadi, kalau debat, memang tak berjawablah soalan-soalan itu.
"Malah kalau YB Tony dapat tanya 10 soalan itu pun , ia tetap tak akan berjawab.  Soalan itu sudah lima tahun kita tanya. Daripada Parlimen pun kami tak pernah dapat jawapan. Mereka ‘corner’ dan terus ‘corner’," katanya kepada Sinar Online, semalam.
Sebelum ini, Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda menolak untuk berdebat selepas calon debat asal, Tony Pua ditukar dengan Rafizi kerana Parlimen menolak penglibatan Tony Pua susulan kedudukannya dalam PAC.
Namun pada sesi penerangan perdana kepada ahli-ahli Umno baru-baru ini, Arul memberitahu beliau bersedia untuk memberi penjelasan kepada sesiapa sahaja mengenai 1MDB.
Ketika ditanya perkembangan debat itu, Rafizi memberitahu sehingga hari ini masih belum mendengar sebarang maklum balas dari Arul.
"Saya tak hantar lagi surat. Saya bolehlah e-mel semula tapi saya tak yakin beliau akan terima. Cuma kenyataan yang saya keluarkan sebelum ini kerana bagi saya agak bongkak untuk (Arul) buat kenyataan secara terbuka di hadapan orang-orang Umno.
"Tapi tak apa, saya akan boleh terus buat ‘follow up’ dengan dia. Cuma, ya lah, saya yakin dia tidak akan berani untuk berdebat secara terbuka. Sampai ke sudah," katanya.
Tegasnya, persoalan 1MDB tidak akan terungkai sampai bila-bila sehingga berlaku pertukaran kerajaan.
"Kita boleh tubuhkan satu Suruhanjaya Diraja. Jika tidak, apabila ditanya begini, sudah tentu ada helah yang tidak semua akan didedahkan kepada rakyat," katanya.

Jasa Yapeim bukan tiket buat program tiada nilai


Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

SHAH ALAM – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) perlu sedar bahawa sumbangannya selama ini bukan tiket mutlak untuk membiayai program tanpa melihat nilai yang sewajarnya.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, walaupun mungkin prosedurnya itu betul tetapi moralnya tidak tepat dan urus tadbirnya juga harus diteliti dengan cermat serta bertanggungjawab.
“Pas berpendapat urus tadbir Yapeim harus disemak semula bagi memastikan institusi Islam itu bebas daripada dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
“Pas mahu pihak kerajaan segera melihat semula polisi serta urus tadbir Yapeim bagi memastikan ia berada pada landasan yang betul,” katanya dalam satu kenyataan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu Yapeim: Jamil Khir fail saman Akmal]
Beberapa pendedahan berkaitan program yang dibiayai Yapeim dibuat Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now) baru-baru ini melibatkan dana bernilai jutaan ringgit.
Dalam pada itu, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh memberitahu pihaknya juga mengalu-alukan laporan audit tahunan Yapeim didedahkan supaya ia dapat dipertimbangkan oleh rakyat.
“Pas dan rakyat tidak akan berkompromi jika berlaku sebarang penyelewengan dan korupsi terhadap Yapeim,” katanya.
Katanya lagi, meskipun Yapeim adalah perbadanan di bawah ikatan amanah, namun ia juga merupakan sebahagian daripada milik rakyat yang menyumbang melalui skim caruman gaji pekerja.
Tambahnya, “oleh itu, ia wajib bertanggungjawab terhadap isu-isu yang dipersoalkan oleh rakyat. Pas menggesa pihak kerajaan mengambil iktibar kes Lembaga Tabung Haji dan kes pelaburan dana daripada anak syarikat pelaburan Majlis Agama Islam Pulau Pinang.