Monday, February 18, 2013

Gambar ini mengambarkan orang yang pakai kereta mewah pun sudah mula minat dengan kuliah Alim Ulama

Ramai yang bertanya siapakah tuan kereta, yang UAI uji pandu di Kuala Lumpur malam Sabtu baru2 ini.

Kepada siapa yang hendak kenal ini lah tuan kereta itu. Gambar ini mengambarkan orang yang pakai kereta mewah pun sudah mula minat dengan kuliah Alim Ulama. kita yang pakai Viva janganlah pula sombong dengan Allah, sebab tidak mahu hadir kuliah dsb ya.

Perlahan2lah berubah ke arah kebaikan ya. Sesunggunnya Allah itu Maha Pengampun.

siapa yang sesat!!!

Mereka yang mudah lupa

KISAH WANG KERTAS RM1 DAN RM100

Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?" 

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet." 

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini. 

MORAL CERITA INI:
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.
Kredit : Khaidir Ahmad

-FA-

Mereka yang mudah lupa

beri gula kaca.. beri kain..pakai... beri pitih amik.

""..beri gula kaca..
beri kain..pakai...
beri pitih amik...kalau lebih,wee kawey ghetet...
time ngundi,kita Pakoh PAS...
dia boleh wat gapo ke kito ??? ""
k.g.b

LAGI GAMBAR SEBAGAI BUKTI BUKAN CAKAP PAKAI AIR LIUR BASI....UMNO MENGGUNAKAN MASJID DAN SURAU UNTUK POLITIK SEMPIT MEREKA!!!!

LAGI GAMBAR SEBAGAI BUKTI BUKAN CAKAP PAKAI AIR LIUR BASI....UMNO MENGGUNAKAN MASJID DAN SURAU UNTUK POLITIK SEMPIT MEREKA!!!!


BIAR GAMBAR BERBICARA SEBAGAI BUKTI UNTUK PENCERAHAN MINDA.
Para pemimpin UMNO sering mengatakan agar PARTI-PARTI POLITIK tidak menggunakan rumah ibadat masjid dan surau untuk tujuan politik.

NAH!!.. Sekarang lihat dengan mata kepala sendiri betapa parti mana yang menggunakan masjid dan surau bagi tujuan politik sempit mereka.

Mana pergi suara-suara NGO yang memperjuangakan agar masjid dan surau dilarang dari dijadikan premis berpolitik.

KATA DULANG PAKU SERPIH... PARTI LAIN DIHARAMKAN HANYA UMNO SAJA YANG BOLEH!!!!

Kanak-kanak dibunuh diSyria

 

Realiti kanak-kanak syria

 

BAYI LAHIR DARI DALAM TANAH.!



SubhanaAllah,

Aneh tapi Nyata - Bayi muncul dari dalam
tanah, ini benar-benar cerita nyata dan bukan cerita isapan jempol untuk menarik
pembaca. Mungkin anda menyimpulkan bahwa bayi tersebut adalah bayi jadi-jadian, bayi ajaib atau bayi yang di buang oleh orang tuanya karena berasal dari hubungan gelap mereka.

Ketika di temukanpun bayi ini memunculkan banyak pertanyaan,
bagaimana mungkin seorang bayi muncul dari dalam tanah Mungkinkah bumi
melahirkan seorang anak manusia secara
nyata? Berikut ini ceritanya. Seperti yang
dilansr TakasihTahu.
Kisah ini terjadi di Bangladesh.Suatu sore
seorang lelaki melintas pada sebuah jalan
yang rusak dan telah porak poranda di
gerus ganasnya banjir di kota Bangladesh.

Secara tidak sadar telinganya menangkap suara tangisan bayi, menurut lelaki ini suara bayi tersebut adalah sebuah keanehan karena disekitar tempat tersebut sudah tidak lagi di temukan rumah, karena bangunan-bangunan di daerah tersebut sudah rata dengan tanah. Yang membuat pria ini semakin penuh tanda tanya adalah
suara tersebut seolah-olah berasal dari
dalam tanah.

Tidak menunggu lama pria tersebut langsung mencari sumber suara bayi yang
sepertinya berasal dari dalam tanah.
.langkah
terkejutnya pria ini ketika melihat
pemandangan ganjil di depan matanya,
seorang bayi mungil masih merah ada di
antara belahan lumpur bekas banjir dan
seperti muncul dari dalam tanah.
Masyarakat setempat ketika itu diliputi
berbagai macam pertanyaan, bagaimana
mungkin bayi muncul dari dalam tanah.

Akhirnya salah seorang warga menemukan
sebuah ide yang didasari oleh perkiraannya. dia memperkirakan bayi
tersebut lahir dari perempuan korban
banjir yang belum lama menimpa daerah
tersebut. Ide penggalian tempat di
temukannya bayi tadipun muncul, ternyata
benar di tempat tersebut di temukan mayat yang di kenali oleh masyarakat setempat sebagai perempuan yang hampir
melahirkan sebelum terjadinya bencana
banjir di tempat tersebut. 

Saat mayat di temukan, pada mayat wanita malang ini
masih terdapat tanda-tanda seperti orang
baru melahirkan.
Sungguh menyedihkan , lahir di dunia dengan
keadaan yang tidak tepat tanpa kasih
sayang orang tua aslinya. 

semoga anak tersebut mendapat kasih sayang dan
menjadi anak yang berbakti kepada agama..

Aamiin

Kanak-kanak dibunuh tentera Hezbollah

Askar Diraja Sulu sedia pulang



HAMZA (baju merah) selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17, Pasukan Gerakan Am di Felda Sahabat 16, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini telah bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan untuk bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.
Beliau yang enggan mendedahkan nama personaliti berkenaan bagaimanapun memberitahu bahawa Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini.
“Ya tetapi tidak tahu bila.
“Tidak perlu saya kata lagi kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini, semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2LEwq3Pne 
Hakcipta terpelihara 

UMNO BN TIDAK AMANAH MEMERINTAH MALAYSIA

Jangan mudah termakan pujuk rayu UMNO... Diorang tengah mengidam untuk mengaut kembali kekayaan Selangor....

Pandai urus wang rakyat... Bila duit tersimpan lebih bole la digunakan sewaktu krisis..

Lagi kebijaksanaan Pentadbiran Pakatan Rakyat...

Majlis Maulidur Rasul di Masjid Sultan, Singapura 17.2.13 bersama UAI

No to UMNO

Golongan Syiah tuntut perlindungan


Bantahan tercetus di seluruh Pakistan semalam bagi menuntut perlindungan kepada golongan Syiah selepas satu letupan bom mensasarkan masyarakat minoriti itu membunuh 81 orang, insiden terbaru dalam beberapa siri serangan antara mazhab.

Bom mengandungi satu tan bahan letupan itu disembunyikan dalam tangki air meletup di pasar yang sesak di bandar Hazara, kawasan didominasi golongan Syiah di pinggir Quetta, ibu negeri wilayah Baluchistan di barat laut Pakistan petang kelmarin. Orang ramai berhimpun ketika yang lain menyelongkar sisa runtuhan, dengan beberapa yang lain menangis apabila menemui serpihan daging dan anggota tubuh akibat letupan yang turut mencederakan 178 orang itu.


Saksi, Zainab Bibi, 38, berkata, keadaan dis itu bagaikan “hari kiamat sudah tiba”.

“Pada awalnya, saya tidak boleh nampak apa-apa kerana debu yang tebal, tetapi saya dapat mendengar jeritan yang kuat. “Apabila debu beransur hilang, saya lihat darah, tubuh yang terputus bergelimpangan di mana saja tanpa baju,” katanya. Gabenor Baluchistan menyalahkan kegagalan agensi keselamatan dan perisikan ekoran serangan itu, mengatakan mereka terlalu takut untuk berunding dengan kumpulan yang bertanggungjawab di sebalik keganasan antara mazhab itu.


Baluchistan semakin menjadi pusat keganasan antara mazhab di kalangan kaum majoriti Sunni dan Syiah. Golongan Syiah mewakili satu perlima daripada 180 juta penduduk Pakistan. Serangan kelmarin menjadikan jumlah kematian akibat serangan antara mazhab di Pakistan tahun ini kepada hampir 200 orang, berbanding dengan lebih 400 tahun lalu - tahun di mana Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan menyifatkannya sebagai yang terburuk bagi rekod golongan Syiah di negara itu. Ia adalah serangan terbesar kedua terhadap golongan Syiah di Quetta tahun ini, selepas dua insiden pengeboman berani mati di kelab snooker pada 10 Januari lalu membunuh 92 orang, yang terburuk di negara itu.

Patung Buddha diharamkan di Iran


Teheran: Patung Buddha kini menjadi barang terbaru diharamkan di Iran selepas anak patung Barbie dan watak siri kartun televisyen, The Simpsons.

Akhbar bebas harian Arman melaporkan, pihak berkuasa merampas patung Buddha itu dari kedai di Teheran bagi menghentikan aktiviti mempromosi agama berkenaan.


Memetik pegawai perlindungan kebudayaan Iran, Saeed Jaberi Ansari, Arman melaporkan, patung Buddha melambangkan “penjajahan budaya” di negara itu.

“Kerajaan tidak membenarkan kepercayaan tertentu dipromosi melalui objek seperti patung berkenaan,” katanya. Bagaimanapun, tidak dinyatakan jumlah patung Buddha yang dirampas, tetapi Saeed berkata, usaha “pembersihan” itu akan diteruskan.


Sesetengah penduduk Iran membeli patung Buddha untuk menghias rumah dan kenderaan mereka. Kebanyakan patung itu dibuat di China yang dijual di zon perdagangan bebas Iran. - AP

Fitnah Dah Jadi Darah Daging Mereka. 20 Ahli PAS Buat Bantahan?...

Fitnah Dah Jadi Darah Daging Mereka. 20 Ahli PAS Buat Bantahan?... Bila Masa Pulak Ahli PAS Ada Yang "SkinHead" Nie?... Jawablah Mereka Yang Berkenaan Dari Pelakon, Penyiar Dan Penyampai Berita Di Akhirat Nanti... Dalam TV Bukan Main Warak Pakai Songkok Tinggi Mengaku Ahli PAS. Bila Buka Songkok, Terserlah Siapa Diri Sebenarnya. Kebenaran Pasti Terserlah... Allah Itu Maha Berkuasa... Bila-Bila Masa Allah Boleh Tunjukkan Kebenaran Kepada Kita...

Link : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=470541296328152&set=a.281664595215824.66104.281119761936974&type=1&theater 

Kumpul RM20,000 untuk penduduk Gaza



Kajang: Sejumlah RM20,000 berjaya dikutip pengurusan Surau An Nur, Country Heights Kajang, dekat sini, untuk membantu meringankan penderitaan saudara seagama di Gaza selain disumbangkan untuk program pembangunan semula di sana.

Ia hasil sumbangan penduduk di sekitar kawasan itu yang prihatin dengan nasib menimpa penduduk Gaza bersama badan bukan kerajaan, Islamic Relief Malaysia (IRM) membangunkan semula kawasan terjejas akibat pergolakan berkenaan.


Pengarah Negara IRM Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, selain dana itu, pihaknya turut menerima sumbangan persendirian iaitu tajaan berjumlah RM5,000 untuk dua anak yatim dikenali Al Yateem di Gaza selama setahun.

Katanya, semua sumbangan itu diuruskan IRM cawangan Palestin yang menyelia semua sumbangan untuk disalurkan selain mengaudit kesan pengeboman di kawasan ditaja sebelum ini bagi menilai jumlah bantuan diperlukan.


“Berdasarkan tinjauan yang dibuat di sana akhir tahun lalu, kami dapati masih banyak perkara perlu dibantu terutama dari aspek pembangunan semula, pendidikan serta perlindungan dan kebajikan kanak-kanak,” katanya pada majlis penyerahan dana itu, semalam.


Pada majlis itu, IRM mengajak orang ramai membantu sebagai tanda sokongan dan bantuan berterusan kepada mereka di Gaza, termasuk penajaan lebih ramai anak yatim yang kurang bernasib baik berikutan konflik di sana.

Hebahan Segera Isu YAB Najib Letak Jawatan

HIDUP BANGLA! HIDUP MELAYU CELUP! SOKONGLAH UMNO!

Kuliah UAI at Masjid Al Mukarramah Bandar Sri Damansara, PJ


Sila baca dalam nada yang sedih dan bayangkan di tengah Padang Masyar yang matahari 1 jengkal di atas kepala:

Di dunia.. Emak kita jatuh..kita boleh tolong angkat. Bini (isteri) kita jatuh dalam mesin basuh..boleh tolong angkat..

Tapi di Padang Masyar nanti.. saudara2 kita akan lari daripada kita...tiada ahli keluarga kita yang akan dapat tolong kita... (AllahuAkbar sedihnya...)

Kecuali RASULULLAH S.A.W...
Hendak dapatkan pertolongan (Syafaat) dari RASULULLAH. ..banyakkan lah
berselawat ke atasnya...

Kuliah UAI at Masjid Al
Mukarramah Bandar Sri Damansara, PJ

UAI dapat sambutan luarbiasa diSingapura



Suasana di luar Masjid dan di luar pagar Masjid Sultan, Singapura malam tadi. Kami di khabarkan ini adalah pecah rekod kehadiran jemaah Masjid itu sebab tidak pernah lagi, jemaah melimpah keluar Masjid, sehingga di Dataran berhampiran, lorong2 dan kedai2 makan yang berhampiran.

Allahuakbar.
Beruntunglah sesiapa yang Allah pilih untuk hadir malam tadi. Amin




Subhanallah penuh sehingga ke luar juga jemaah di Taman2 Syurga, Kuliah UAI di Masjid Sultan, Singapura malam tadi.

Di khabarkan jam 6.30 petang tadi dewan solat utama, Masjid itu telah penuh. Allahuakbar.

Kami di maklumkan juga bahawa dalam Masjid ini ada 6k makmum dan 9k makmum di luar Masjid (iaitu di kaki lima, di dataran dan dsb). Maka jumlah yang hadir malam tadi di anggarkah lebih dari 15,000 makmum...

Terbaiklah orang Singapura.

Ada sesiapa dari KP UAI ini yang hadir tadi ya..
 

HIDUP BANGLA!

HIDUP BANGLA!

Jag-jaga

HIDUP BANGLA!

Liputan akhbar Republika dari Indonesia ttg kekecewaan PM Australia terhadap tindakan kerajaan Malaysia

Liputan akhbar Republika dari Indonesia ttg kekecewaan PM Australia terhadap tindakan kerajaan Malaysia yg menghalang kemasukan Senator Nick Xenophon ke negara ini.

Baca dan faham baik-baik apakah Fatwa dari Mufti ini ya.

Abby Abadi ajak wanita buat perubahan



18 Februari 2013

Abby (kanan) menyampaikan sumbangan kepada penduduk pada Program Pentas Wanita bersama Selebriti di Kampung Sungai Sireh.

TANJONG KARANG - Selebriti dan pelakon, Abby Abadi mengajak golongan wanita membuat perubahan ke arah lebih baik dalam memilih pemimpin yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan juga meminta orang ramai memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas sekali gus terus mempertahankan Selangor.

“Kita lihat banyak kebajikan dapat dinikmati rakyat apabila PR mentadbir berbanding sebelum ini dan membuktikan keberanian rakyat dalam melakukan perubahan pada pilihan raya umum lalu.

“Rakyat sendiri dapat menikmati pelbagai program yang baik demi untuk kesenangan rakyat termasuk Program Jom Shopping Skim Mesra Usia Emas (SMUE), air percuma dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas),” katanya ketika hadir memeriahkan Program Pentas Wanita bersama Selebriti di Balairaya Lorong 7 Ban 1, Kampung Sungai Sireh, Tanjong Karang di sini.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Negeri (BPPN) Selangor, Mariam Abdul Rashid yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Mohamad Judi Sarjo.

Dua maut, lapan cedera dalam letupan di Pattani



BANGKOK 17 Feb. - Kumpulan pemberontak memperhebat tindakan balas dendam mereka mengakibatkan dua anggota pertahanan sukarela terkorban dan lapan yang lain cedera dalam satu lagi serangan bom di Pattani hari ini.
Ketua Polis Pattani Maj Jen Ek-Kapop Prasit-Tiwattanachai berkata sebutir bom meletup dekat sederet rumah kedai di bandaraya Pattani pada 11.50 pagi.
Beberapa buah kedai dan kenderaan rosak akibat letupan itu.
Katanya, mereka yang cedera terdiri daripada seorang anggota pertahanan sukarela, dua pekerja kedai dan lima orang awam.
Terdahulu, empat butir bom menggegar bandaraya Pattani enam jam selepas 7 malam semalam, mengakibatkan seorang awam cedera dan empat unit bangunan perniagaan dijilat api.
Maj Jen Ek-Kapop percaya letupan bom itu merupakan tindak balas pemberontak berikutan kematian 16 rakan mereka ketika menyerang hendap sebuah kem tentera laut di Narathiwat pada 13 Februari. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130217/lu_09/Dua-maut-lapan-cedera-dalam-letupan-di-Pattani#ixzz2LD5DY9OE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Perasaan seorang ibu yang anaknya cacat


Oliver (kiri) sangat menyayangi pasangan kembarnya, Harry dan akan mempertahankan abangnya itu daripada dibuli kerana dilahirkan cacat di bahagian muka. - AGENSI
LONDON 17 Feb. - Bagi kebanyakan ibu, sebaik melihat anak yang baru dilahirkan, ia akan menimbulkan rasa kasih sayang yang menebal terhadap bayi mereka.
Bagaimanapun, keadaan itu berbeza buat Charlene Machin yang hanya merasa takut apabila seorang daripada anak lelakinya dilahirkan dengan mempunyai kecacatan di muka.
Machin, 40, dari Stoke-on-Trent mengimbau kembali ingatan apabila melahirkan sepasang anak kembar, Harry dan Oliver pada tujuh tahun lalu.
Wanita itu berkata, dia merasa sedih apabila kali pertama memegang anaknya itu selepas melihat Harry tidak mempunyai separuh daripada mukanya.
''Saya hanya merasa terkejut. Perasaan saya adalah bagaimana saya hendak menyayangi bayi ini jika dia kelihatan seperti ini. Apabila saya memegang Harry, saya hanya melemparkan senyuman tanpa sebarang perasaan.
''Saya tidak membawa anak-anak saya ke mana-mana kerana orang dewasa akan memberi renungan pelik dan berbisik-bisik selain adakalanya kanak-kanak yang melihat Harry akan menjerit dan lari,'' katanya.
Bagaimanapun katanya, dia mengubah perasaannya itu dan mula menerima keadaan Harry apabila bayi itu berusia 18 bulan.
''Saya tidak mahu lagi menyembunyikan anak saya dan mahu menghadapi keadaan dengan tabah kerana Harry akan memerlukan bantuan saya apabila sudah dewasa.
''Saya juga melihat Oliver sangat sayang kembarnya dan akan mempertahankan Harry,'' katanya.
Harry akan menjalani tiga pembedahan bagi merawat mukanya dan di jangka mata palsu dipasang pada tahun ini.
Machin berkata, dia tidak berasa malu apabila orang ramai tahu mengenai ceritanya yang tidak mampu menyayangi anaknya.
Dia juga mahu orang ramai faham situasi seorang ibu bila berhadapan dengan kecacatan anak selain menjadikan kisahnya sebagai teladan. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130218/lu_07/Perasaan-seorang-ibu-yang-anaknya-cacat#ixzz2LD51VnOY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Belia baling batu, bom petrol pada polis


Sebuah bom petrol yang dilempar penunjuk perasaan, meletup di depan sepasukan polis antirusuhan di kampung Sanabis, barat Manama, kelmarin. - REUTERS
ABU DHABI 17 Feb. - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah beratus-ratus golongan belia yang membaling batu dalam demonstrasi di Bahrain semalam, keadaan huru-hara yang menyukarkan usaha baharu untuk menamatkan kebuntuan politik di negara itu.
Saksi berkata, beratus-ratus penunjuk perasaan daripada parti pembangkang turut melempar bom petrol ke arah polis selepas majlis pengkebumian seorang remaja yang didakwa pembangkang, terbunuh ketika bertempur dengan pasukan keselamatan empat hari lalu.
Pertempuran di kampung Sabanis, barat Manama merupakan yang terbaharu antara belia Syiah dan polis sejak empat hari lalu apabila aktivis pembangkang menyambut ulang tahun kedua kebangkitan rakyat yang berjaya dipatahkan oleh kerajaan.
Keganasan terbaharu itu akan membayangi rundingan di antara pembangkang daripada puak Syiah dan kerajaan yang didominasi puak Sunnah.
Rundingan tersebut akan mencari penyelesaian berhubung desakan puak Syiah untuk mendapatkan lebih banyak kebebasan berdemokrasi.
Dalam pada itu, polis menangkap lapan anggota dipercayai anggota pengganas yang mempunyai kaitan dengan Iran, Iraq dan Lebanon ekoran demonstrasi sempena sambutan ulang tahun kedua kebangkitan rakyat itu.
Menteri Dalam Negeri Bahrain, Sheikh Rashid Abdullah al-Khalifa berkata, lapan suspek tersebut dipercayai bergerak di antara Iran, Iraq dan Lebanon selain menerima latihan ketenteraan serta bantuan kewangan.
''Dengan kerjasama negara jiran, Bahrain berjaya menangkap kelapan-lapan suspek tersebut,'' katanya yang dipetik oleh agensi berita BNA, semalam. - REUTERS/AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130218/lu_04/Belia-baling-batu-bom-petrol-pada-polis#ixzz2LD3voC1A
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiga orang maut di selatan Thailand



Pasukan penyelamat Thailand mengangkat seorang mangsa yang cedera dalam serangan letupan bom yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pemisah di Pattani, kelmarin. - AFP
BANGKOK 17 Feb. - Sebanyak tiga orang maut dan 18 orang lagi cedera dalam beberapa kejadian letupan bom di wilayah selatan Thailand, kata pihak berkuasa hari ini.
Sebanyak tiga butir bom meletup di Pattani malam tadi, manakala empat butir lagi bom buatan sendiri berjaya dimatikan.
Jurucakap Kawalan Barisan Hadapan Wilayah Keempat, Kawalan Operasi Keselamatan Dalam Negeri, Kolonel Pramote Promin berkata, sebanyak lapan butir bom buatan sendiri ditemukan di sekitar wilayah Pattani sejak malam tadi.
‘‘Letupan pada tengah hari ini di bandar Pattani menyebabkan seorang sukarelawan keselamatan tempatan maut di tempat kejadian,’’ katanya.
Kakitangan hospital berkata, seorang lagi sukarelawan maut ketika menerima rawatan di hospital manakala kira-kira 18 orang lagi cedera.
Beliau berkata, pejuang pemisah cuba mewujudkan keadaan huru-hara dengan meletupkan bom-bom yang disembunyikan di kedai-kedai yang berbeza.
‘‘Penyerang memakai hijab untuk menipu orang ramai dan pihak berkuasa, namun dengan kerjasama orang ramai, polis berjaya mematikan kebanyakan bahan letupan,’’ katanya.
Promin berkata, Ketua Tentera Nasional, Jeneral Prayuth Chan-ocha mengarahkan askar untuk memantau kawasan perumahan awam dan lokasi perniagaan di wilayah selatan negara ini.
‘‘Kumpulan pemisah mungkin ingin membalas dendam ekoran pertempuran antara 60 askar marin dan 80 anggota kumpulan pemisah di Narathiwat yang menyaksikan 16 pejuang pemisah maut dan empat lagi ditangkap,’’ katanya.
Dalam pada itu, situasi di Yala awal pagi ini tenang selepas kebanyakan penduduk tidak berani keluar rumah ekoran bimbang akan keselamatan mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130218/lu_02/Tiga-orang-maut-di-selatan-Thailand#ixzz2LD3nzFwL
© Utusan Melayu (M) Bhd 

35 maut dalam letupan bom kereta



Orang ramai mengerumuni lokasi serangan bom kereta yang menyebabkan lebih 30 orang terbunuh di kawasan perumahan al-Amin, timur Baghdad semalam. - REUTERS
BAGHDAD 17 Feb, - Sekurang-kurangnya 35 orang maut dan berpuluh-puluh orang lagi cedera dalam beberapa siri letupan bom kereta yang berlaku secara berturut-turut di kawasan penduduk Syiah di ibu negara Iraq.
Letupan pertama berlaku apabila kereta yang diletakkan dengan bom meletup di Sadr City pada awal pagi ini.
Letupan berikutnya berlaku di kawasan perumahan penduduk miskin berhampiran apabila dua buah kereta yang diletakkan dengan bom meletup.
Letupan lain turut dilaporkan di kawasan perumahan al-Amin, sebuah pasar terbuka di Husseiniya, timur laut ibu negara dan Kamaliya, kawasan luar bandar di timur Baghdad.
Pegawai polis dan perubatan menyatakan lebih 30 orang maut manakala lebih 80 orang cedera.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut, namun serangan sama sebelum ini didalangi oleh kumpulan pelampau Sunnah seperti sayap bersenjata al-Qaeda.
Serangan berkenaan sering menjadikan anggota puak Syiah sebagai sasaran.
Ketika pertempuran puak semakin meningkat, penunjuk perasaan daripada puak Sunnah mengadakan demonstrasi pada setiap minggu sejak lewat Disember lalu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki yang merupakan anggota puak Syiah. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130218/lu_01/35-maut-dalam-letupan-bom-kereta#ixzz2LD3Je2rl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Militan Nigeria serang tapak pembinaan, culik tujuh pekerja asing



KANO 18 Feb. - Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah tapak pembinaan milik Lebanon di utara Nigeria, sebelum bertindak menculik tujuh pekerja asing dan membunuh seorang pengawal keselamatan, semalam.
Jurucakap polis, Hassan Auyo berkata, empat pekerja Lebanon dan masing-masing seorang pekerja Itali, Britain dan Greece disahkan diculik oleh kumpulan berkenaan dalam serangan yang berlaku di tapak pembinaan Setraco di pekan Jama’are.
“Pihak kedutaan masing-masing telah mengesahkan bahawa rakyat mereka diculik kumpulan militan, kecuali kerajaan Britain yang masih belum membuat pengesahan," katanya.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu, namun ia dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan Boko Haram. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130218/lu_08/Militan-Nigeria-serang-tapak-pembinaan-culik-tujuh-pekerja-asing#ixzz2LD38RB6F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Impi wakili negara dalam bola keranjang



MOHD. AZLI bersama kakaknya, Rohaida (kiri) dan abangnya, Rothman di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Remaja yang dipercayai manusia paling tinggi di Malaysia, Mohd. Azli Hisham Abdul Ghafar memasang impian untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa dalam sukan bola keranjang.
Menurut Mohd. Azli Hisham, 18, dia yakin ketinggian luar biasa yang dimilikinya boleh digunakan untuk menyumbang sesuatu kepada negara terutamanya dalam sukan berkenaan.
"Sesetengah orang menganggap ketinggian luar biasa yang saya miliki adalah satu kekurangan kerana sukar untuk melakukan sesuatu perkara seperti memilih baju, kasut dan sebagainya.
"Bagaimanapun, saya tidak menjadikan ketinggian sebagai halangan dan menganggap ia satu kelebihan untuk saya mencapai impian menjadi seorang pemain bola keranjang profesional satu hari nanti," katanya ketika ditemui selepas ditemu bual dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia di Angkasapuri di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2LCncE1GF 
Hakcipta terpelihara 

Parti sulit dadah diserbu




SEBAHAGIAN peserta parti liar yang diberkas di servis apartmen Regalia Residence di Jalan Sultan Ismail semalam.


KUALA LUMPUR – Seramai 38 pengunjung dan seorang penganjur parti sulit dengan mengambil dadah serta minum minuman keras diberkas dalam serbuan di sebuah apartmen servis Regalia Residence di Jalan Sultan Ismail di sini semalam.
Ketika serbuan pada pukul 2.30 pagi, semua pengunjung berketurunan Melayu berusia 18 hingga 31 tahun berada dalam keadaan khayal dipercayai mengambil dadah sedang berseronok di tingkat 18 daripada 37 tingkat apartmen itu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, mereka yang ditahan membabitkan 26 pengunjung lelaki dan 12 pengunjung perempuan manakala penganjurnya pula seorang lelaki juga berketurunan Melayu.
“Bertindak atas maklumat ada parti sulit dadah disertai sekumpulan lelaki dan wanita, sepasukan anggota polis Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menyerbu apartmen tersebut.
“Pemeriksaan di kediaman itu, polis menahan 38 orang termasuk penganjurnya yang ketika itu sedang khayal dipercayai mengambil ganja dan pil ekstasi sambil mendengar muzik kuat,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2LCn8C6jZ 
Hakcipta terpelihara 

Bapa tukar kenduri kahwin jadi majlis kesyukuran




ISMAIL bersama isteri, Salmiah menunjukkan laporan polis dan gambar Nor Azlina sambil diperhatikan oleh Nor Syamira di Taman Pekatra, Nibong Tebal semalam.


NIBONG TEBAL - Hasrat seorang bapa, Ismail Saad untuk melihat anak perempuannya bersanding semalam bukan sahaja tidak kesampaian malah, anaknya itu didakwa telah melarikan diri sejak Rabu lalu dari rumah mereka di Taman Pekatra di sini.
Menurut Ismail, 59, anaknya itu, Nor Azlina, 23, sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan majlis akad nikah yang telah diatur pada Jumaat lalu manakala majlis persandingan berlangsung semalam namun, dia didapati hilang dari rumah dipercayai mengikut seorang lelaki yang dikenali sebagai Zulhelmi.
Lebih menyedihkan katanya, majlis persandingan untuk Nor Azlina yang sepatutnya berlangsung semalam telah bertukar menjadi majlis kenduri kesyukuran kerana majlis tersebut terpaksa diteruskan kerana segala persiapan perkahwinan termasuk jemputan kahwin dan tempahan katering sudah dibuat oleh pihak keluarga.
Antara tetamu yang hadir pada majlis itu ialah saudara-mara terdekat serta rakan-rakan Nor Azlina terbabit.
Cerita Ismail, kehilangan Nor Azlina yang merupakan bekas pekerja kilang bermula pada pukul 10 pagi Rabu lalu ketika dia dan isteri tiada di rumah sementara anaknya itu tinggal di rumah bersama adiknya, Nor Syamira, 16.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2LCmyqnaA 
Hakcipta terpelihara 

Askar Diraja Sulu sedia pulang



HAMZA (baju merah) selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17, Pasukan Gerakan Am di Felda Sahabat 16, Lahad Datu semalam.


LAHAD DATU – Kumpulan penceroboh yang mahu digelar sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini telah bersetuju untuk keluar daripada kawasan berkenaan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, kumpulan dari keturunan Sultan Sulu, Selatan Filipina itu meminta untuk bertemu personaliti tertentu sebelum mereka pulang ke negara asal.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan untuk bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.
Beliau yang enggan mendedahkan nama personaliti berkenaan bagaimanapun memberitahu bahawa Sultan Sulu, Datu Esmail Datu Kiram akan ke negeri ini.
“Ya tetapi tidak tahu bila.
“Tidak perlu saya kata lagi kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mengusir kumpulan ini balik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas taklimat tertutup di Kem Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat 16 di sini, semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2LCmX1TFW 
Hakcipta terpelihara 

63 terbunuh serangan bom di pasar Pakistan




ORANG RAMAI melihat lokasi serangan bom ke atas pengikut Syiah dekat bandar Quetta, dalam wilayah Baluchistan di Pakistan semalam.


QUETTA - Sebutir bom yang disasarkan terhadap penduduk Syiah di sebuah pasar di barat daya Pakistan meragut sekurang-kurangnya 63 nyawa kelmarin termasuk wanita dan kanak-kanak, kata beberapa pegawai.
"Seramai 180 orang cedera dalam letupan itu dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada komuniti Syiah," kata ketua polis di sini, Zubair Mehmood.
Menurutnya, bom yang dipasang di dalam sebuah tangki air itu meletup di bandar Hazara, pinggir bandar raya ini, dalam wilayah Baluchistan sekitar pukul 6 petang (waktu Pakistan).
Zubair berkata, tangki air berisi bahan letupan itu diletakkan berhampiran sebatang tiang bangunan dua tingkat yang runtuh ekoran letupan kuat.
"Kami khuatir beberapa orang masih terperangkap dalam timbunan runtuhan. Kerja-kerja menyelamat sedang dilakukan tetapi peluang mereka selamat tipis," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai kanan polis, Wazir Khan Nasir berkata, pengeboman tersebut merupakan serangan antara mazhab.
Seorang jurucakap kumpulan militan Sunnah yang diharamkan di Pakistan, Lashkar-e-Jangvi mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan kejam itu.
Baluchistan yang bersempadan dengan Iran dan Afghanistan semakin dihimpit keganasan antara pengikut Sunnah dan Syiah.
Satu perlima daripada 180 juta penduduk Pakistan terdiri daripada pengikut Syiah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz2LClxyjTh 
Hakcipta terpelihara 

Polis Mesir dapat pistol baharu



PROTES ganas yang sering tercetus di Mesir membuatkan anggota polis menuntut supaya mereka dibekalkan dengan senjata sepanjang masa untuk mempertahankan diri.


KAHERAH - Kementerian Dalam Negeri Mesir semalam bersetuju membeli 100,000 pucuk pistol 9mm baharu selepas anggota polis berpangkat rendah mengadakan tunjuk perasaan menuntut senjata yang lebih baik untuk mempertahankan diri mereka.
Pengumuman itu menamatkan tunjuk perasaan selama lima hari melibatkan beribu-ribu anggota polis.
Ia juga dilihat bakal mencetuskan provokasi daripada kumpulan hak asasi manusia dan aktivis yang mendakwa polis menggunakan senjata api ke atas penunjuk perasaan yang tidak bersenjata.
Sejak tiga minggu lalu, kira-kira 70 orang penunjuk perasaan maut.
Seorang pegawai keselamatan memberitahu, keputusan membeli pistol baharu itu dibuat selepas mengkaji rungutan anggota polis yang tidak mampu mempertahankan diri apabila berlakunya serangan ke atas pusat keselamatan dan balai polis. Mereka juga diserang sewaktu demonstrasi.
Kolonel polis yang telah bersara, Ihab Youssef berkata, anggota polis berpangkat rendah, dikenali sebagai afrad dan omana dibenarkan untuk membawa senjata ketika bertugas.
Mereka kemudian perlu memulangkan senjata tersebut selepas waktu kerja.
Namun, mereka kini menuntut supaya boleh membawa senjata sepanjang masa. "Keadaan akan menimbulkan masalah kerana mereka tidak terlatih dan tidak tahu menggunakan senjata ini. Lebih buruk lagi jika polis boleh menjadi samseng selepas tamat waktu kerja," kata Youssef.
Anggota polis mahukan gaji tinggi dan kondisi kerja yang lebih baik.
Mereka juga kecewa kerana polis boleh dibicarakan di mahkamah tentera.
Selain pistol, kementerian sama turut bersetuju untuk mengkaji kenaikan pencen, jumlah rumah, hospital dan klinik untuk kegunaan anggota polis di seluruh Mesir. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2LCkxaHwi 
Hakcipta terpelihara