Tuesday, September 2, 2014

Adakah Sabah dan Sarawak betul-betul mahu meninggalkan Malaysia?


Dua ahli politik Malaysia Timur cuba meredakan keinginan Sabah dan Sarawak untuk meninggalkan Malaysia, tetapi seorang ahli akademik dan pakar dalam subjek tersebut berkata, sentimen tersebut sedang menjadi satu gerakan selepas 51 tahun negara ini bersatu.

Ahli politik Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing (gambar) dan ahli Parlimen Penampang Darell Leiking berkata keinginan tersebut sekadar sentimen sahaja, bukannya satu gerakan.
Leiking berkata keinginan pemuda Sabah untuk berpisah merupakan himpunan kemarahan mereka terhadap layanan daripada kerajaan Persekutuan.
Namun Profesor James Chin, seorang pakar dalam hubungan Malaysia Timur dan Barat, percaya bahawa gerakan untuk berpisah tersebut adalah benar. Ia cuma berselindung kerana pemisahan itu akan dianggap pengkhianatan dalam undang-undang Malaysia.
Beliau berkata, sukar untuk diketahui jika sentimen itu akan memberi impak kepada pilihan raya kerana walaupun sentimen tersebut kuat, ia hanya dapat diluahkan melalui media sosial dan jauh daripada pemerhatian kerajaan.
"Orang muda Sabah hari ini berkata mereka mahu merujuk semula kepada perjanjian asal. Apa yang mereka mahu ialah untuk mengkaji semula perjanjian Malaysia," kata Leiking di pelancaran buku "50 Years of Malaysia: Federalism Revisited”.
"Saya rasa ini bagus kerana dapat menunjukkan kesedaran orang muda tentang negeri Sabah,"  kata Leiking.
"Ia akan berterusan sehinggalah Putrajaya mengkaji semula perjanjian tersebut," katanya kepada hadirin di forum yang diadakan di Universiti Sunway, Subang Jaya baru-baru ini.
Keinginan untuk berpisah daripada penyatuan Persekutuan di kalangan rakyat Malaysia Timur ini kebanyakannya diluahkan di Internet melalui laman media sosial seperti SSKM (Sabah Sarawak Leave Malaysia).
Namun ahli akademik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia Timur pernah mengakui sentimen tersebut amat benar, terutamanya di kalangan generasi muda.

Dalam satu tinjauan yang dilakukan The Malaysian Insider pada akhir minggu Julai, di antara 100 rakyat Malaysia Timur menunjukkan angka terbesar dalam tinjauan tersebut – 43% – merasa Sabah dan Sarawak hanya boleh menyelesaikan masalah mereka dengan berpisah daripada Persekutuan.
Kedua-dua tinjauan bandar dan luar bandar mendapati rakyat Sarawak lebih mahukan pemisahan berbanding Sabah.
Kuasa untuk memerintah sendiri merupakan pilihan yang paling disukai di kalangan rakyat Sabah dalam tinjauan. Pilihan pertama mereka adalah untuk bekerjasama dengan kerajaan Sabah untuk menyelesaikan masalah.
Punca utama kemarahan mereka adalah kerana perdana menteri negara berturut-turut yang berpangkalan Umno dari Semenanjung masih belum memenuhi 20 dan 18 persetujuan perjanjian yang dijanjikan kerajaan bagi menyelesaikan masalah Sabah dan Sarawak.
Perjanjian ini membenarkan Sabah dan Sarawak lebih kebebasan dalam menguruskan kewangan negeri, khidmat sivil dan pendidikan.
Pemimpin dan ahli akademik timur Malaysia berkata perjanjian itulah yang memujuk pemimpin Sabah dan Sarawak pada masa itu untuk bersetuju membentuk Malaysia dengan menyertai  Singapura dan Malaya.
Rakyat Malaysia Timur sudah lama merungut tentang Sarawak dan Sabah tidak mendapat peruntukan untuk pembangunan secukupnya meskipun ia memberikan berbilion kepada Putrajaya daripada sumber petroleumnya.
Bagaimanapun, Presiden Parti Rakyat Sarawak Masing yang juga menghadiri forum tersebut berkata sentimen itu tidak sekuat rakyat Sabah jika dibandingkan dengan rakyat Sarawak.
"Mereka mahukan kajian semula persetujuan tersebut, tetapi saya lebih sederhana dan akan meminta mereka sekadar merujuk semula persetujuan tersebut.
"Jika ada janji yang masih belum dipenuhi, marilah kita laksanakannya," kata Masing kepada The Malaysian Insider apabila ditemui selepas forum tersebut.
Leiking juga memberitahu The Malaysian Insider ugutan pemisahan tidaklah seteruk yang disangka.
"Saya dengar tentang (sentimen pemisahan) ini setiap hari di Sabah. Tetapi saya percaya ia lebih kepada keinginan untuk mencapai autonomi dan pengagihan kuasa pusat.
"Ia seperti penceraian. Pasangan mungkin masih marah dengan satu sama lain sehingga berfikir, kita tamatkan sajalah. Tetapi sentiasa ada pilihan untuk berbaik semula daripada terus bercerai."
Chin dari Universiti Monash Malaysia bagaimanapun mendakwa sememangnya ada usaha akar umbi di Sabah dan Sarawak yang menyalurkan kemarahan ini kepada tindakan konkrit.
Ini termasuklah kempen atas talian untuk mengumpul tandatangan bagi petisyen kepada Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu serta rancangan untuk menyaman Britain.
Prinsip saman terhadap Britain adalah berdasarkan cara Britain salah menguruskan penyatuan  pada 1960 tersebut, oleh itu memberi impak kepada masa depan rakyat Sabah dan Sarawak, kata Chin.
"Sama seperti saman Hindraf (Hindu Rights Action Front) terhadap kerajaan Britain," kata Chin.
Saman tersebut mendakwa Britain tidak menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk memastikan komuniti India akan selamat di bawah kerajaan Malaya baru.
Selain daripada saman tersebut, adalah kurang jelas bagaimana kemarahan ini akan memberi kesan kepada pilihan raya.
"Kita tidak boleh mengagak kerana tiada parti politik yang boleh berkempen untuk pemisahan. Itu menyalahi undang-undang.
"Tetapi masih kekal perasaan di antara generasi muda Sabah dan Sarawak bahawa eksperimen Persekutuan sudah pun menggagalkan mereka." – 23 Ogos, 2014.

Kenyataan Rasmi SSKM terhadap Tuduhan "Menghasut" daripada kerajaan persekutuan malaysia di Negara Sabah


Salam sejahtera kepada semua Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Saya Doris Jones ingin membuat kenyataan rasmi bagi mewakili sebuah Kumpulan dalam Facebook yang bernama Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM).

Melihat kepada keadaan semasa sekarang di Malaysia, Kerajaan "Malaya" yang telah menyamar menjadi "Malaysia" kini telah mengeluarkan ancaman berbentuk ugutan kepada Pejuang-Pejuang Bangsa Borneo daripada Negara Sabah dan Negara Sarawak. Saya, sebagai Rakyat Bangsa Negara Sabah sangat terkilan namun tidak terkejut dengan tindakan yang diambil oleh kerajaan "Malaysia" yang dipimpin oleh sebuah parti yang mempunyai dominasi besar di Negara Sabah melalui sokongan "Pendatang Tanpa Izin (PTI)" khususnya di Pantai Timur Negara Sabah yang mana kekuatan UMNO-BN lebih kukuh di bahagian ini.

Saya ingin menerangkan sedikit sebanyak secara ringkas mengenai perjuangan Kumpulan SSKM. 

Nama Kumpulan "SSKM" digunakan adalah bertujuan untuk melihat sejauh manakah rakyat Negara Sabah dan rakyat Negara Sarawak mempunyai sentimen ini dan nampaknya majoriti rakyat di kedua-dua Negara di kepulauan Borneo ini sememangnya mempunyai sentimen yang sama dengan kuat sekali.

SSKM merupakan sebuah Kumpulan yang terdiri daripada Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak. Tujuan SSKM ditubuhkan adalah untuk mendidik Bangsa Negara Sabah dan Bangsa Negara Sarawak mengenai kebenaran yang disembunyikan selama ini tanpa pengetahuan mereka terutama sekali kepada golongan Generasi Muda Negara Sabah dan Generasi Muda Negara Sarawak.

Perkongsian ilmu dan maklumat tersebut adalah mengenai sejarah Negara Sabah (dahulunya dikenali sebagai North Borneo) dan Sejarah Negara Sarawak sebelum perang Dunia Pertama, Kedua, Penjajahan British, Kerajaan Dirajah James Brooke, sebelum Pembentukkan Malaysia serta selepas Pembentukkan Malaysia.

Informasi sejarah berfakta dan dokumen yang direkodkan didedahkan kepada semua orang khususnya kepada ahli-ahli dalam kumpulan SSKM. Kepincangan dan salahlaku pemimpin-pemimpin Negara Sabah dan Negara Sarawak khususnya malaya didedahkan untuk Generasi Muda Borneo melihat, memahami dan membuat renungan sama ada mahu mengulangi sejarah yang salah atau memperbetulkan keadaan lalu dengan membuat satu Kebangkitan Nasionalisme secara menyeluruh di kedua-dua Negara ini iaitu di Negara Sabah dan Negara Sarawak yang tidak bermotifkan politik. Dalam erti kata yang lain, ia adalah Kebangkitan Semangat untuk berjuang mengembalikan Hak-hak mutlak yang selama ini telah dikhianati, dilanggari oleh pemimpin-pemimpin Malaya khususnya dan kerajaan persekutuan tanah melayu (malaya) amnya.

Perkara ini juga dengan sangat jelas dapat dilihat melalui satu penemuan sebuah buku yang ditulis oleh seorang Professor British yang berjudul "Malaysia". Saya sertakan "link"nya untuk anda semua "download" demi mengetahui sejarah sebenar pembentukkan Persekutuan Malaysia.

Selain itu juga, SSKM tidak pernah memaksa mana-mana individu untuk menyertai perjuangan ini tetapi ia adalah atas kerelaan diri mereka sendiri setelah mengetahui kebenaran ini yang selama ini disembunyikan oleh pemimpin-pemimpin malaya dengan memutar-belitkan sejarah Sabah dan Sarawak serta mencemarkan imej Pejuang-pejuang Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak selama ini. Salah satu contoh mangsa dalam permainan politik malaya dalam mendiamkan suara jati rakyat Borneo daripada Negara Sabah ialah Datuk Dr.Jeffrey G.Kitingan.

Teguran baik yang disampaikan oleh beliau telah diputar-belitkan dengan melabelkannya sebagai seorang yang berkepentingan diri-sendiri, membuat tuduhan palsu mengenai rasuah, serta menuduhnya ingin membawa Sabah keluar daripada Persekutuan Malaysia. Ia selari dengan kata-kata para ilmuan barat yang mengatakan "Untuk merosakkan satu pohon pokok, racunkan akarnya. Untuk merosakkan sebuah tamadun sesebuah bangsa, putar-belitkan sejarah mereka serta calarkan imej pemimpin mereka".

Perkongsian demi perkongsian secara individu sama ada melalui Facebook mahupun pertemuan secara bersemuka adalah antara usaha pihak kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara-perkara salahlaku yang selama ini dilakukan oleh kerajaan yang memerintah di Bumi Borneo ini khususnya di Negara Sabah melalui parti politik umno-bn.

Hasil kekayaan sumber asli seperti minyak dan gas, hasil pendapatan atas darat seperti kayu balak, kelapa sawit, segala macam cukai dalam kawalan kerajaan Negara Sabah dan Negara Sarawak diambil oleh kerajaan pusat atas dasar pengagihan sumber kekayaan kepada semua negeri-negeri khususnya dimalaya yang sememangnya ia bertentangan dengan Perjanjian yang terkandung dalam 18 dan 20 Perkara, Malaysia Agreement 1963, Laporan IGC dan juga Laporan Cobbold Commission.

SSKM dengan tegas sekali mengatakan bahawa perkataan dan tuduhan "hasutan" yang digunakan oleh kerajaan persekutuan yang memerintah sekarang terhadap kami (SSKM) adalah satu tuduhan untuk menampakkan pihak kami (SSKM) berada ditempat yang salah dan secara tidak langsung pihak kerajaan persekutuan ingin menyembunyikan Pengkhianatan mereka dan menampakkan diri mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang terbaik sedangkan semua orang tahu siapa diri mereka ini.

Kami, SSKM berjuang berlandaskan kepada Kebenaran Fakta serta memliki dokumen-dokumen yang sah untuk menyokong perjuangan ini. Kami juga berjuang berlandaskan kepada undang-undang tanpa menimbulkan sebarang ancaman fizikal tetapi adalah dalam bentuk kesedaran sejati melalui pendedahan kebenaran sejarah. Dan jikalau tindakan yang dilakukan oleh pihak kami ini salah dimata pihak kerajaan persekutuan, itu adalah masalah anda dan bukan kami.

Kami juga percaya bahawa ancaman ugutan yang kini kian dimainkan oleh pihak media kerajaan sebenarnya sedang memperkukuhkan lagi kekuatan rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak untuk berdepan secara bersemuka di Makhamah dan berhujah berlandaskan kepada fakta yang sahih agar suara jati Bangsa Negara Sabah dan Negara Sarawak didengari secara rasmi sama ada dalam persekutuan malaysia mahupun diperingkat antarabangsa. Hakikatnya, seluruh kerajaan di dunia kini sedang memerhatikan kerajaan malaysia tentang perkara ketidakadilan yang telah dilakukan terhadap Kerajaan dan Rakyat Negara Sabah dan Negara Sarawak. Akhir kata daripada saya, "Pergo Et Perago" & "Dum Spiro Spero".

Doris Jones

2 September 2014

Sabah keluar dari Malaysia, polis kenal pasti individu


BERNAMA | .
LAHAD DATU: Pihak polis telah mengenal pasti individu yang mengeluarkan kenyataan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin.
  
Beliau berkata siasatan lebih lanjut akan dilakukan terhadap individu terbabit dalam tempoh terdekat kerana mengeluarkan kenyataan yang berunsur hasutan.
  
"Tindakan tegas akan ambil terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataaan mempertikai kedudukan Sabah dalam Malaysia.
  
"Polis akan mempastikan tindakan diambil selari dengan kenyataan yang dibuat yang boleh kita anggap sebagai menghasut masyarakat di Sabah supaya membenci negara sendiri," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu hari ini.
  
Sabtu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program di Sipitang berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mencadangkan usaha membawa Sabah keluar dari Malaysia yang disifatkan sebagai menjejaskan semangat kerjasama, keselamatan dan perpaduan rakyat.
  
Mohd Bakri berkata kenyataan itu dilihat sebagai sengaja mahu memporakperandakan negara dan meminta pihak berkenaan supaya menghentikan tindakan sedemikian.
  
Mengenai pelakasnaan perintah berkurung di perairan timur Sabah, beliau berkata ia akan dihentikan jika tahap keselamatan di kawasan itu pulih.
  
Beliau berkata tindakan yang diambil adalah berdasarkan kepada keperluan keselamatan dan anggota masyarakat sedia maklum ia berkesan dalam mengekang kegiatan yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan di Sabah.
  
"Setakat ini, perintah berkurung masih kekal dan orang ramai di kawasan terlibat perlu memberi kerjasama. Sekiranya keselamatan di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZOne) pulih sediakala, barulah kita fikirkan untuk tidak melanjutkannya," katanya. -Bernama

Zahid jangan anggap Unit Amal sebagai gengster


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya memberi komitmen kepada kumpulan keselamatan seperti Unit Amal bukannya menganggap mereka sebagai gengster.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, kumpulan seperti ini sewajarnya diberikan bantuan atau bajet sebagai suntikan semangat bukannya mengarahkan pasukan polis menangkap mereka.

"Sebagai seorang menteri beliau wajar melihat kumpulan yang berorientasikan kerja-kerja kebajikan, diberikan penambahbaikan supaya kumpulan ini dapat sama-sama bertanggungjawab terutama dalam isu keselamatan dan kebajikan," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Tegasnya, Zahid juga sepatutnya mendekati mereka yang majoritinya adalah dari kalangan anak muda dengan kasih sayang dan menegur jika ada yang tidak betul.

Salahuddin juga bersedia bersemuka dengan Zahid untuk membincangkan perkara ini.

Bahkan pihak Pemuda PAS bersedia menghadapi tindakan sekiranya anggota Unit Amal ditangkap polis.

"Kita akan sediakan pasukan peguam sekiranya mereka dikenakan tindakan, kita ambil pendekatan masih ada ruang untuk membuat rundingan.

"Setiao Unit Amal yang ditangkap kita tidak teragak-agak untuk saman pihak kerajaan kerana kita tidak lakukan apa-apa kesalahan,"katanya.

Unit Amal ditubuhkan pada tahin 1991 di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin antara individu yang bertanggungjawab ke atas penubuhan Unit Amal.

Unit Amal mempunyai lebih 6,000 anggota yang berdaftar di bawah Pemuda PAS di seluruh negara, mereka melakukan kerja-kerja kebajikan dan kerja sosial termasuklah membantu mangsa banjir, kemalangan, tanah runtuh dan banyak lagi. - HARAKAHDAILY 2/9/2014  

Krisis Selangor: PKR dan DAP tetap mahu Wan Azizah calon tunggal

Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
KUALA LUMPUR : PKR dan DAP mengesahkan sudah mengemukakan nama calon Menteri Besar baharu kepada istana, namun dilihat 'tidak menepati kehendak' baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ini berikutan, kedua-dua parti itu masih tidak berganjak untuk terus mencalonkan wakil tunggal mereka, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengisi jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
PAS pula mengesahkan kekal dengan keputusan awal parti itu pada pagi 17 Ogos lalu iaitu menamakan dua calon, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hari ini memaklumkan akan mengemukakan dua nama itu kepada baginda Tuanku, esok.
Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Phua dan Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesahkan nama Wan Azizah sudah dihantar ke istana.
"Oleh kerana beliau sudah mendapat sokongan 30 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Selangor, hanya Wan Azizah dikemukakan," kata Tony kepada BH Online.
Perkembangan terbaharu itu dijangka menyaksikan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor itu akan terus berlanjutan berikutan titah Tuanku meminta sekurang-kurangnya dua nama dipersembahkan untuk jawatan itu tidak diendahkan.
Baginda Tuanku dalam satu kenyataan media yang dibacakan Abdul Khalid sebelum ini memberi tempoh sehingga esok kepada setiap parti dalam Pakatan Rakyat agar mengemukakan dua nama atau lebih untuk dipertimbangkan sebagai pengganti Menteri Besar sedia ada.
Pada 26 Ogos lalu, baginda Tuanku juga menangguhkan peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

10 masjid tercantik di dunia

Majid Zahir, Kedah, Malaysia
Majid Zahir, Kedah, Malaysia
1) Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi

Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia terletak di kota suci Makkah dan berada di sekitar Kaabah. Masjid ini merupakan tempat paling suci bagi umat Islam dan sebagai penunjuk arah kiblat. Ketika ini, luas Masjidil Haram ialah 39.6 hektar termasuk ruang solat luar dan dalam. Ketika musim Haji, ia mampu menampung sehingga 4 juta Jemaah.

2) Masjid Nabawi

Masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjidil Haram dan kedua paling suci bagi umat Islam. Salah satu tempat paling penting pada masjid ini adalah Kubah Hijau di mana ia menempatkan makam Nabi
Muhammad SAW.

3) Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis, Palestin

Majid Al-Aqsa bermaksud masjid paling jauh, dan ia merupakan tempat suci bagi kota lama Baitulmaqdis. Bagi umat Islam, masjid ini adalah masjid ketiga paling suci selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

4) Majid Zahir, Kedah, Malaysia

Dibina pada 1912 dan dibiayai Tunku Mahmud iaitu anak Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Di sini juga terletaknya makam pahlawan Kedah yang maut ketika mempertahankan negeri itu dari Siam pada 1981. Seni binanya diilhamkan dari Masjid Azizi di Langkat, utara Sumatera di Indonesia. Terdapat lima kubah melambangkan rukun Islam.

5) Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei

Masjid Sultan Omar Ali Saifudin, Brunei adalah masjid diraja Kesultanan Brunei terletak di Bandar Seri Begawan. Masjid ini diklasifikasikan sebagai masjid paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi
antara tarikan utama pelancong. Bagi masyarakat tempatan, masjid ini adalah mercu tanda negara mereka.

6) Masjid Taj’ul, Bhopal, India

Terletak di Bhopal, India, masjid ini adalah salah satu masjid terbesar di Asia. Pada sebelah petang, ia digunakan sebagai sekolah agama.

7) Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Indonesia

Dahulu, masjid ini adalah masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang Banda Aceh pada 1873, masjid ini dibakar dan Belanda membina sebuah masjid baharu sebagai pengganti. Kubah pertama masjid disiapkan pada 27 Disember 1883, dan tiga lagi kubah ditambah pada 1935. Kini, ia dikembangkan kepada lima kubah pada 1959 hingga 1968.

8) Masjid Sultan, Singapura

Terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampung Glam Rochor. Sejak ia dibina, masjid ini tidak banyak berubah. Hanya penambahbaikan kecil sahaja dilakukan di ruang utama pada 1960 dan ruang tambahan dibina pada 1993. Pada 14 Mac 1975, ia diiktiraf sebagai monumen kebangsaan.

9) Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan

Ia masjid terbesar di selatan timur dan selatan Asia serta keempat terbesar di dunia. Pada 1986 hingga 1993, ia merupakan masjid terbesar di dunia sebelum selesainya pembinaan Masjid Hassan II di Casablanca, Maghribi dan pembesaran Masjidil Haram serta Masjid Nabawi pada 1990-an.


10) Masjid Qol Shariff, Rusia

Ia adalah salah satu masjid terkenal di Rusia. Nama masjid ini diambil sempena nama Imam Qol Shariff pada abad keenam.


- SUMBER: www.indiatvnews.com

Isu PPS: Kertas siasatan sedang disiapkan

Anggota PPS ketika menyertai perbarisan merdeka pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
Anggota PPS ketika menyertai perbarisan merdeka pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
GEORGETOWN - Kertas siasatan penuh penahanan 157 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) termasuk Adun Seri Delima , RSN Rayer dan Pengerusi PPS negeri, Phee Boon Poh sedang disiapkan untuk diserahkan kepada Ketua Unit Pendakwaan (KUP).

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan selewat-lewatnya esok.

"Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan yakin dapat menyiapkannya dalam tempoh terdekat. Polis sudah membebaskan kesemua anggota PPS yang ditahan termasuk Rayer yang dibebaskan jam 7 pagi tadi.

"Polis juga sudah merekodkan kesemua keterangan termasuk empat anggota PPS yang positif dadah. Walau bagaimanapun, mereka akan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut  Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966," katanya kepada media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang tadi.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Hina: Tiada maaf lagi, kata KPN

Khalid Abu Bakar. - Foto Bernama
Khalid Abu Bakar. - Foto Bernama
SHAH ALAM – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras kepada mana-mana pengguna yang menyalahgunakan media sosial untuk tujuan menghina atau menghasut.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pelaku kesalahan itu dan akan mengenakan tindakan tegas ke atas mereka.

“Tiada maaf lagi kepada sesiapa juga yang menyalahgunakan rangkaian media untuk menghina atau mengutuk dan menghasut.

“Tunggu tindakan polis,” katanya yang dipetik melalui kemaskini status Twitternya, semalam.

Sebelum ini,  pemilik akaun yang menggunakan nama Nasrul Omar, menulis di Twitter dengan kata-kata makian terhadap Khalid.

Twitter itu ditulis dipercayai susulan penahanan 154 ahli Unit Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh pihak berkuasa pada Ahad.

Selain Nasrul, seorang lagi pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada PDRM dan menyamakan Khalid seperti pemerintahan Nazi di Jerman.

Susulan dua kenyataan biadab itu, Khalid menerusi Twitternya Ahad lalu telah mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis PDRM supaya mengenal pasti individu di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan dan Perundangan) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh, polis sedang menunggu masa untuk menahan suspek dalam masa terdekat.

Pas: Unit Amal tak perlu daftar dengan ROS

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk pasukan Unit Amal Pas berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), demikian kata Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Jelasnya, adalah kerana pasukan itu ditubuhkan di bawah Dewan Pemuda Pas Pusat melalui perlembagaanya mengikut fasa 54 (9)(d).

"Dalam perundangan, Unit Amal tidak perlu berdaftar dengan ROS kerana ia dibentuk di bawah Dewan Pemuda Pas.

"Mengikut fasa 54 (9)(d), Dewan Pemuda Pas boleh membentuk lajnah yang difikirkan perlu dan pelantikan ahli pula dibuat dengan persetujuan dalam mesyuarat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang mengatakan Unit Amal Pas bakal berdepan tindakan undang-undang kerana unit itu tidak berdaftar secara sah dengan ROS.

Isu itu timbul selepas polis menahan kira-kira 154 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang selepas menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 26 Ogos lalu berkata PPS tidak berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan oleh itu dianggap pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Mengulas lanjut, Salahuddin menambah, pasukan Unit Amal yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Pas itu bagaimanapun perlu menghantar laporan tahunan kepada ROS mengenai aktiviti mereka.

"Setiap tahun aktiviti Unit Amal akan dimasukkan dalam laporan tahunan dan dibentangkan ke dalam Muktamar Pemuda Pas.

"Kemudian setiap tahun, Pemuda Pas akan menghantar laporan tahunannya itu kepada ROS," ujarnya.

Menurut Salahuddin, pasukan Unit Amal Pas telah ditubuhkan pada 1991 di bawah Pemuda Pas Pusat, yang ketika itu beliau di antara individu yang bertanggungjawab menubuhkannya.

"Lebih 23 tahun Unit Amal ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan bukan kerja kebajikan dalam parti tetapi terbukti ia berikan sumbangan kepada rakyat Malaysia dan antarabangsa dalam kerja kebajikan.

"Unit amal juga terlibat membantu dalam bencana alam seperti banjir, kemalangan, kerja sosial termasuk gempa bumi di Pakistan, bantuan kemanusiaan di Palestin dan Aceh," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap dapat bersemuka dengan Ahmad Zahid bagi memberikan penjelasan lanjut tentang Unit Amal untuk mengelakkan daripada salah faham.

Pas juga katanya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada kerajaan sekiranya Unit Amal terus dianggap unit tidak berdaftar dan dilayan seperti kumpulan samseng.

"Pas akan beri khidmat guaman semaksima mungkin, kita tidak teragak-agak saman kerajaan sebab kita tidak buat jenayah dan lakukan apa-apa yang boleh ditangkap oleh pihak polis," katanya lagi.

Sehingga kini Pas mempunyai seramai lebih 6,000 anggota pasukan Unit Amal di seluruh negara.

(KISAH BENAR) Luahan Hati Seorang Suami Apabila Isterinya Curang Ditempat Kerja

Gambar sekadar hiasan

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya. Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera.

Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita.

Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata.

Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN
Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati. Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab.

Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’.


sumber : Facebook Warga Prihatin

2 pengguna Twitter maki PDRM diburu


KUALA LUMPUR: Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, dengan seorang daripada mereka menggelar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebagai "anjing Barisan Nasional".
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.
"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.
Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.
Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia."
Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."
Heinrich Himmler adalah antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman.
- BERNAMA


Senarai jenazah mangsa MH17 yang tiba di Malaysia esok


SEPANG: Berikut ialah senarai jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, esok, untuk istiadat penghormatan.
Warga Malaysia:
1) Kapt Wan Amran Wan Hussin (L)
2) Subashni Jretnam (P)
3) Kaelamayajay Goes (P)
4) Kapt Eugene Choo Jin Leong (L)
5) Sanjid Singh Sandhu (L)
6) Muhd Firdaus Abdul Rahim (L)
7) Loh Yan Hwa (P)
Warga Belanda:
1) Paul Goes (L)
2) Fan Shun Po (L)
- BERNAMA

MH17: Pesawat bawa 9 jenazah tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya


ANGGOTA pengiring Tentera Diraja Malaysia yang lengkap berseragam putih mengiringi keranda jenazah ke kenderaan jenazah dengan penuh adat istiadat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini. - Foto Effendy Rashid
SEPANG: Pesawat komersial MH19 bawa sembilan 9 jenazah mangsa nahas MH17 tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya jam 8.30 pagi selepas selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), jam 6.37 pagi tadi.
Ketibaan sembilan jenazah - tujuh rakyat Malaysia dan dua warga Belanda itu - akan disambut dalam satu Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menteri-menteri Kabinet dan orang kenamaan antara yang hadir.
Ketibaan sembilan jenazah itu termasuk dua juruterbang pesawat MH17 iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dan Kapten Eugene Choo Jin Leong.
Dua jenazah warga Belanda iaitu Paul Goes serta Fan Shun Po adalah penumpang dan bendera Belanda diletak masing-masing di atas keranda serta bekas abu mereka.
Lima jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan dan tempat persemadian menggunakan kenderaan jenazah manakala empat jenazah lagi akan diterbangkan menggunakan dua buah helikopter EC725.
Dua jenazah akan diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang manakala masing-masing satu jenazah ke Bukit Mertajam dan Teluk Intan.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liong Tiow Lai dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi ini.
PESAWAT Malaysia Airlines (MAS) MH19 yang membawa tujuh jenazah rakyat Malaysia dan dua jenazah rakyat Belanda tiba di pekarangan Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi ini. - Foto BHOnline
Bagi penerbangan ke Bukit Mertajam, jenazah terlebih dahulu dibawa ke Taman Skyline, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dengan kenderaan jenazah sebelum diterbangkan ke Bukit Mertajam.

KDN sokong tindakan polis tahan anggota PPS - Zahid



DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Segambut, di sini hari ini. - Foto Asyraf Hamzah
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyokong penuh tindakan polis menahan lebih 150 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang semalam, selepas pasukan itu ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti kerana PPS adalah pertubuhan haram.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penahanan anggota PPS itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengeluarkan surat rasmi yang menyatakan bahawa pertubuhan itu tidak berdaftar dengan ROS.
"Walaupun pihak polis mengalu-alukan semua individu dan organisasi serta pihak tertentu untuk membantu polis di dalam menjaga keamaan, tetapi pendekatan untuk mencabar polis bukan sesuatu yang bijak.
"Tentu sekali apa yang sedang berlaku itu (penahanan anggota PPS) adalah akibat daripada tindakan mencabar undang-undang yang sedia ada," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Segambut, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penahanan 154 orang anggota pasukan itu di kawasan Padang Kota, Pulau Pinang, semalam.
Ahmad Zahid berkata, kementeriannya dan beberapa kementerian lain telah mempunyai badan-badan sukarela yang ditubuhkan untuk membantu pihak polis menjaga keamanan negara.
Katanya, di bawah KDN, pasukan seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan selain Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
"Kalau mahu menjaga soal keselamatan kita ada RELA, ada program Community Policing, kita ada Rakan Cop yang boleh membantu dan pasukan Rukun Tetangga...tidak perlu menubuhkan pertubuhan lain," katanya.
Beliau menambah, soal menjaga keselamatan terletak di bawah kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam perundangan dan perlembagaan negara dan bukannya bidang kuasa kerajaan negeri.
Ahmad Zahid berkata, berdasarkan laporan yang diterima pihak polis, terdapat di kalangan anggota PPS yang melakukan tindakan di luar batas seperti memukul, mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang ramai.
"Tindakan ini di luar perundangan kerana seolah-olah mereka menggunakan kuasa polis...itu bukan tugas sukarelawan. Saya harap masyarakat dapat melihat tindakan yang dilakukan polis kerana adanya laporan mengenai tindakan negatif mereka," katanya.
Beliau berkata, tindakan sama turut akan dikenakan terhadap mana-mana pasukan atau pertubuhan yang tidak berdaftar dengan ROS.
Khamis lepas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa kerajaan Persekutuan tidak membenarkan mana-mana negeri menubuhkan pasukan keselamatan mereka sendiri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa PPS dianggap sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS). - BERNAMA

Tindakan tahan anggota PPS wajar - Dr Mahathir

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan penahanan 156 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) di Pulau Pinang oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tindakan yang wajar diambil.
Malah, beliau turut menyifatkan pilihan dibuat PDRM itu sebagai tepat selepas cabaran terbuka dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berhubung isu berkaitan status PPS.
"Di negara ini kita sudah beri tanggungjawab kepada PDRM untuk menjaga keselamatan... bagaimanapun sesetengah badan dan organisasi juga dibenarkan memohon lesen khas daripada polis untuk memantau keselamatan sesuatu kawasan, namun masih tertakluk kepada undang-undang dan peraturan ditetapkan.
"Mengandaikan bahawa peraturan kawalan keselamatan adalah di tangan mereka, itu tidak betul dan mereka tidak patut melakukan perkara sebegitu... malah mereka mencabar Ketua Polis Negara (KPN) untuk menahan mereka, maka KPN tidak ada pilihan lain selain menguatkuasakan undang-undang yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penahanan 156 ahli PPS di Pulau Pinang oleh PDRM kelmarin.