Showing posts with label batal. Show all posts
Showing posts with label batal. Show all posts
Saturday, January 26, 2013
Thursday, September 27, 2012
UIAM diminta beri penjelasan
KERATAN Kosmo! semalam.
KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi meminta Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan kepada umum punca sebenar pembatalan keputusan Pilihan Raya Kampus (PRK) universiti itu kelmarin.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima laporan rasmi daripada universiti berkenaan berhubung isu tersebut.
"Masalah ini tidak berlaku di universiti lain yang menggunakan sistem e-voting kecuali di UIAM.
"Saya percaya pihak universiti akan memaklumkan kepada umum bagi menjelaskan kedudukan sebenar perkara tersebut," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kepimpinan Islam di sini semalam.
Sunday, September 9, 2012
Sultan batal projek Laguna Mersing
Oleh RADIAH SAORI
radiah.saori@kosmo.com.my
radiah.saori@kosmo.com.my
MERSING - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semalam menitahkan bahawa projek pusat peranginan mega Laguna Mersing yang bernilai RM22 bilion telah terbatal dengan sendirinya berikutan kegagalan pihak pemaju memenuhi syarat asas perjanjian.
Dalam titahnya, baginda menegaskan, projek terbabit terbatal selepas pihak pemaju induk, Radiant Starfish Development Bhd. gagal meningkatkan modal berbayar sebanyak RM200 juta dalam masa enam bulan.
Syarat itu terkandung dalam perjanjian antara syarikat terbabit dengan Kerajaan Negeri Johor pada 25 Februari lalu.
"Namun sehingga hari ini, setelah tamat tempoh enam bulan, pihak pemaju masih gagal untuk memenuhi syarat asas tersebut. Ekoran kegagalan tersebut, maka projek ini dengan sendirinya adalah terbatal," titah baginda pada majlis Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-47 di Kem Iskandar Mersing di sini semalam.
Majlis pecah tanah projek Laguna Mersing itu yang berlangsung pada 14 April lalu dirasmikan sendiri oleh baginda.
Serentak dengan itu juga, Sultan Johor menasihatkan kerajaan agar sentiasa berhati-hati apabila menerima cadangan pembangunan dan menilainya dengan teliti agar pemaju yang benar-benar komited dan berkemampuan sahaja diberi kelulusan melaksanakan projek.
"Sekiranya ada mana-mana pihak yang cuba menangguk di air keruh dengan mencari jalan mudah untuk mengaut keuntungan, maka pergilah ke tempat lain kerana tiada tempat untuk orang seperti ini di negeri Johor," titahnya.
Laguna Mersing yang dijadual siap pada tahun 2019 meliputi kawasan seluas 809 hektar yang dipecahkan kepada 22 lot dan dijual kepada pemaju dari luar negara untuk dibangunkan dengan hotel atau taman tema.
Friday, May 18, 2012
Protes burger dan thosai batal
18 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Anggota kumpulan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) membatalkan hasrat untuk mengadakan protes di luar rumah Datuk S. Ambiga Sreenivasan di Bukit Damansara di sini pada 24 Mei ini.
Satu lagi kumpulan yang menggelar diri sebagai WargaAMAN, turut membatalkan hasrat membuka gerai thosai dan mengadakan demonstrasi membuat thosai di hadapan rumah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Ahad ini.
Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan 'protes burger' itu dibatalkan setelah pihaknya berpendapat berjaya 'mengajar' Ambiga yang mengetuai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April.
"Sehubungan itu, tidak akan ada satu lagi protes susulan. Kami tidak akan buka gerai di hadapan rumah Ambiga," katanya.
Pada 10 Mei lalu, beberapa ahli Ikhlas mengadakan 'protes burger' dengan mengedarkan burger daging percuma kepada orang ramai di luar rumah Ambiga setelah mendakwa mengalami kerugian pendapatan berjumlah RM200,000 berikutan perhimpunan Bersih 3.0.
Pengerusi WargaAMAN, A. Rajaretinam ketika dihubungi Bernama berkata: "Ya, kami akan batalkan setelah mengambil kira pandangan Ambiga dan beberapa pemimpin politik supaya tidak berbuat demikian." -- Bernama

Wednesday, April 13, 2011
Mahkamah batal saman fitnah Ummi Hafilda terhadap rakanya dan Malaysiakini
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan saman fitnah dengan tuntutan ganti rugi RM100 juta yang difailkan ahli perniagaan Umi Hafilda Ali terhadap bekas rakan perniagaannya dan portal berita Malaysiakini.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamar berikutan peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah.
Saman itu, yang difailkan pada 17 Mac lalu, dijadualkan untuk sebutan hari ini.
Ummi Hafilda, 43, memfailkan saman itu melalui Tetuan Sahrihan & Hamdan di kaunter Mahkamah Sivil dengan menamakan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda sebagai defendan pertama dan Mkini Dotcom Sdn Bhd yang menyelenggarakan laman berita Malaysiakini sebagai defendan kedua.
Ummi Hafilda dalam saman pemula itu mendakwa defendan dalam satu temu ramah di lobi Bangunan Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah dan menyerangnya secara peribadi.
Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.
Beliau mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh Nor Azman adalah semata-mata untuk memalukannya dan bermotifkan niat jahat.
Ummi Hafilda juga mendakwa kenyataan Nor Azman seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal dan amat tidak jujur, serta terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Beliau mendakwa defendan kedua pula telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah tersebut di web portal www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.
Selain menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, plaintif memohon satu injunksi untuk melarang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan-kenyataan berbaur fitnah terhadapnya.
Ummi Hafilda juga turut memohon ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. - Bernama
Saturday, March 19, 2011
Pelajar batal parti kerana 180,000 orang mahu hadir
MELBOURNE, Australia - Seorang remaja yang hanya dikenali sebagai Jess terpaksa melupakan hasrat untuk mengadakan majlis ulang tahun kelahirannya akibat menerima respons bahawa 180,000 orang akan hadir selepas dia membuat undangan di laman jaringan Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut laporan media, undangan majlis hari jadi ke-15 Jess secara kecil-kecilan itu yang akan diadakan di rumahnya tersebar meluas sehingga dia menerima maklum balas mengejutkan selepas disiarkan di laman tersebut.
Remaja itu difahamkan mengambil keputusan untuk membatalkan majlisnya selepas maklumat jemputan itu dapat dilihat oleh semua pengguna Facebook.
Pelajar itu pada awalnya membuat jemputan tersebut hanya kepada rakan-rakan sekelasnya tanpa menyedari mesej yang dihantarnya boleh dibaca oleh orang lain dalam Facebook.
Undangan itu juga telah digodam oleh sebuah kumpulan sembang di laman sosial tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Anonymous sehingga majlis itu boleh diketahui di seluruh dunia.
Sebuah laman web mengambil kesempatan mendapatkan wang ekoran populariti segera Jess dengan menjual baju berharga AS$15.50 (RM47.32) yang tertera nama Jess dan tarikh majlis tersebut. - Agensi
Friday, March 18, 2011
Tuntutan saman Tian Chua ke atas Ketua Polis Negara, kerajaan Malaysia dibatalkan
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk V. T. Singham memutuskan demikian hari ini setelah membenarkan permohonan Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia selaku pihak responden untuk membatalkan saman tersebut.
Keputusan itu dibuat setelah hakim tersebut bersetuju dengan hujah pihak responden yang menyatakan bahawa tuntutan itu wajar dibatalkan kerana pegawai polis yang bertanggungjawab menangkap dan menahan mereka tidak dinamakan sebagai responden dalam tuntutan saman tersebut.
Hakim Singham menetapkan demikian selepas beliau selesai mendengar hujah daripada kedua-dua pihak terhadap permohonan yang difailkan oleh pihak responden pada 6 Januari lalu.
Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang dan Abdul Razak diwakili oleh peguam Jason Tan manakala pihak responden diwakili oleh Peguam-Peguam Kanan Persekutuan, Habibah Haron dan Yusaini Amer Abd. Karim.
Tian Chua dan Abdul Razak memfailkan saman tersebut pada 17 Disember 2007 bagi menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am dan teruk serta ganti rugi teladan selepas mereka ditahan ketika dalam dalam perjalanan ke bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007.
Mereka mendakwa, tindakan tersebut melanggar Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 23 Kanun Tatacara Jenayah kerana tiada waran atau alasan tangkapan diberikan walaupun mereka telah berkali-kali memintanya.
Menurut mereka lagi, polis selanjutnya telah melakukan pencerobohan, serangan dan serang sentuh terhadap mereka dengan menggunakan kekerasan.
Monday, March 14, 2011
Pembinaan loji nuklear diminta dibatalkan bagi mengelak risiko kebocoran
KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran membatalkan cadangan membina loji nuklear bagi mengelak kesan buruk kebocoran loji nuklear seperti yang berlaku di Jepun.
Anggota Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago berkata ancaman kebocoran tenaga nuklear boleh berlaku kepada mana-mana negara tidak terkecuali Jepun, sungguhpun negara itu mempunyai teknologi canggih serta berpengalaman dalam teknologi tenaga nuklear lebih 60 tahun.
Justeru katanya kerajaan perlu mengambil iktibar daripada kejadian tersebut memandangkan risiko bahaya kebocoran tenaga nuklear kepada negara ini adalah lebih besar jika pembinaan tersebut terus dilaksanakan.
"Kejadian yang berlaku terhadap loji nuklear Fukushima yang terletak 150 kilometer dari Tokyo memperlihatkan loji nuklear membawa risiko yang amat buruk kepada orang ramai dan alam sekitar.
"Walaupun ia mempunyai protokol keselamatan dan pakar pengurusan khusus bagi menghadapi kejadian tersebut tetapi tetap tidak terlepas daripada ancaman nuklear," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Santiago mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui semalam bahawa kerajaan akan mengambil kira semua aspek termasuk keselamatan dan penerimaan rakyat bagi menjayakan rancangan pembinaan loji nuklear pertama Malaysia.
Sabtu lepas, loji nuklear kepunyaan Tokyo Electric Power Company (Tepco), Fukushima Daiichi meletup dan melebur ekoran gempa bumi pada 8.9 skala Richter yang melanda wilayah Miyagi, Jepun pada 1.46 petang (waktu tempatan) Jumaat lepas.
Berikutan letupan itu, amaran kebocoran nuklear terhadap kawasan tersebut dikeluarkan kerajaan Jepun dan kira-kira 200,000 penduduk terpaksa berpindah ke lingkungan lebih 10 kilometer jauh dari kawasan loji tersebut bagi mengelak bahaya radiasi yang mungkin terbabas keluar dari letupan berkenaan.

Tuesday, November 30, 2010
Bapa Nurin batal saman, selesai kes luar mahkamah
2010/11/30
KUALA LUMPUR: Bapa kanak-kanak, Nurin Jazlin yang mati dibunuh kejam tiga tahun lalu, semalam menarik balik samannya terhadap Ketua Polis Negara dan tiga pihak lain atas dakwaan cuai berikutan gambar bedah siasat anaknya disebar melalui internet selepas kedua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah. Peguam Kanan Persekutuan, Zureen Elina Mohd Dom, berkata selepas melalui proses perantaraan, Jazimin Abdul Jalil bersetuju menarik balik saman itu tanpa kebebasan memfailkan semula.
Beliau berkata, saman itu juga ditarik balik tanpa sebarang perintah berhubung kos, bagaimanapun enggan dedahkan syarat penyelesaian dipersetujui kedua-dua pihak.Penyelesaian itu direkodkan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal dalam kamar beliau semalam yang turut dihadiri peguam Siti Natasha Basheer Hassan yang mewakili Jazimin.
Jazimin, 35, pekerja sebuah syarikat keselamatan memfail saman terhadap Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Petaling Jaya dan Kerajaan Malaysia pada 21 Ogos 2008 atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan gambar bedah siasat anaknya disebar di internet.
Beliau menuntut daripada defendan antaranya ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk kerana mendakwa gambar itu sulit dan peribadi serta bukan bagi tatapan umum.
Thursday, November 18, 2010
Konsert Namewee batal
Pemilik pusat hiburan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Wong ketika dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dan menyatakan ia berlaku akibat salah faham.
Beliau berkata, pengelola pertunjukan berkenaan sebelum ini datang menemuinya untuk menyewa premis berkenaan bagi pertunjukan seorang artisnya.
“Dia menawarkan harga yang tinggi, saya pun tidak tanya siapa artis itu,” katanya.
Wong berkata, dia hanya menyedari artis berkenaan ialah Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee setelah kain rentang pertunjukan itu digantung di premisnya, Isnin lalu.
Lebih 30 badan bukan kerajaan (NGO) di Pahang membantah pertunjukan individu itu yang pernah mencetuskan kontroversi mempersendakan lagu Negaraku dalam sebuah laman sesawang pada 2007 selain menghasilkan klip video yang mencerca guru serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Wong berkata, dia juga dinasihatkan polis dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) supaya membatalkan pertunjukan itu.
Pemilik pusat hiburan itu juga mempamerkan kain rentang memaklumkan pembatalan pertunjukan berkenaan.
Sementara itu di Temerloh, Pergerakan Pemuda UMNO Pahang membantah sekeras-kerasnya pertunjukan itu kerana bimbang akan mencetuskan perkara tidak diingini.:
Ketua Pemuda UMNO Pahang, Abu Jimmi Samat berkata, bantahan itu bukan bersifat perkauman, tetapi bagi menjaga keamanan kerana sebelum ini pemuda terbabit pernah mengguris perasaan rakyat negara ini.
“Kita mahukan penghibur yang baik, bersih dan berakhlak mulia serta boleh menjadi idola kepada semua kaum,” katanya. - Bernama
Friday, October 22, 2010
Elaun nelayan batal jika tipu diesel, petrol
2010/10/22
Jawatankuasa pastikan agihan subsidi, sara hidup ikut dasar KUALA LUMPUR: Nelayan boleh hilang kelayakan menerima elaun sara hidup jika mereka menyeleweng atau menyalahgunakan diesel dan petrol subsidi, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong.Beliau berkata, kelayakan menerima elaun bagi sesuatu bulan atau tempoh tertentu juga boleh ditarik balik sekiranya pemilik bot dan pemegang kad e-Petrol serta e-Diesel disenarai hitam kerana melanggar peraturan.“Ia termasuk lesen vesel perikanan atau kad berkenaan tamat tempoh dan belum atau tidak diperbaharui, vesel perikanan rosak, tenggelam atau tidak beroperasi menangkap ikan atau pemilik vesel menjual vesel mereka kepada nelayan lain,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) di Dewan Rakyat, semalam.
Wee ingin tahu langkah kerajaan untuk mengatasi masalah ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel dan elaun sara hidup yang menyebabkan nelayan hilang kelayakan atau tidak menerima bantuan pada bulan tertentu.
Chua berkata, Jawatankuasa Induk Pelaksana Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan yang ditubuhkan bagi memastikan pelaksanaan skim pemberian subsidi lancar dan mengikut dasar ditetapkan kerajaan.
Katanya, pemberian subsidi adalah mengikut kuota yang ditetapkan berdasarkan jenis perkakasan yang digunakan, kelas muatan vesel dan zon operasi menangkap ikan.
“Kementerian juga menetapkan syarat layak terima subsidi seperti memiliki lesen sah Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah atau Jabatan Laut Sabah dan perlu mempunyai vesel perikanan yang selamat dan masih beroperasi untuk menangkap ikan,” kata Chua. – Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)