Monday, March 23, 2015

Majlis 'Kahwin Bogel' Jadi Viral


Diterbitkan: Isnin, 23 Mac 2015 5:50 PM

SEPULUH pasangan menyertai majlis perkahwinan dengan hanya memakai pakaian dalam dan 'menutupi' badan dengan pelbagai lukisan berwarna-warni.
Majlis yang diadakan di taman rekreasi Hangzhou Paradise pada Ahad yang dirakamkan itu kini menjadi viral di laman media sosial.
Kebiasaannya, mengikut tradisi rakyat China, 'perkahwinan bogel' adalah perkahwinan yang menyaksikan pasangan pengantin disatukan atas dasar cinta, namun tidak mempunyai rumah mahupun kereta yang didaftarkan atas nama mereka.
Ia sebagai lambang cinta terhadap pasangan masing-masing, bukannya kerana harta benda.

Berani kerana benar untuk ALLAH


RIDHUAN TEE ABDULLAH
23 Mac 2015


“SAYA sokong pelaksanaan hudud kerana ALLAH, bukan kerana Umno”. Kata Ketua Pembangkang Dun Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika membahaskan hudud di Dun Kelantan. Membaca kenyataan ini air mata bergenang tanpa disedari.

Inilah negarawan sebenar. Umno perlu meramaikan orang sebegini, barulah boleh menang banyak kerusi. Meletakkan Islam mengatasi segala-gala. Berani kerana benar. Menilai yang benar itu benar, walaupun mungkin datang daripada lawan. Kenal siapa lawan itu boleh dijadikan kawan. Bezakan dengan musuh sebenar, ultra kiasu, penentang Islam.

Mungkin ada yang sinis dengan berkata, ini semua strategi politik Umno. Tetapi pada saya, bukan mudah untuk pemimpin Umno bersetuju dengan hudud. Jika bukan ALLAH yang mengatur segalanya.

Bukan seperti PKR. Mengaku Islam, tetapi menolak hukum hudud dengan pelbagai alasan, seperti masih belum lengkap, belum dibincang, tidak sesuai, kemiskinan masih berleluasa dan macam-macam lagi.

Biarlah orang kafir sahaja yang beranggapan sedemikian. Sebagai umat Islam, kita bersangka baik dahulu. Jika ada yang tidak kena, sama-samalah kita perbaiki. Sampai bila kita harus menunggu dan memberikan alasan, kemiskinan dan keadilan harus diberikan keutamaan.

Selama ini kita mengamalkan sistem demokrasi, adakah kemiskinan dan ketidakadilan dapat dihapuskan? Tidak juga. Justeru, kenapa tidak beri peluang untuk hukum Islam itu berjalan?

Jangan jadi seperti parti Gerakan, MCA (BN) dan ultra kiasu (PR). Awal-awal lagi sudah mengugut untuk keluar parti, jika ada parti Melayu yang menyokong hudud. Silakanlah berbuat demikian jika berani.

Adapun Gerakan dan MCA, tidak menguntungkan Umno. Malah Umno terpaksa mengorbankan kerusi majoriti kawasan Melayu untuk memberikan laluan kepada mereka. Siapa untung, siapa rugi?

Pendek kata, kemenangan Gerakan dan MCA, adalah kerana ihsan undi Melayu. Parti ini ternyata gagal memenangi hati Cina, kerana majoriti Cina mengundi ultra kiasu.

Namun, Gerakan dan MCA terus mendapat kerusi menteri dan timbalan, walaupun tidak layak. Inilah kelebihan muafakat BN. Sanggup korban Melayu, meski Melayu telah lama terkorban.

Sama ada ultra kiasu berada dalam BN atau PR, ultra kiasu tetap menang dan untung. Ultra kiasu tetap menang. Bersatu dalam senyap. Kita sahaja yang tertipu. Kalau tak percaya, cuba usik SJKC, seperti untuk tambah pembelajaran BM, melompatlah mereka semuanya. Inikan pula hudud.

Sepatutnya ultra kiasu tidak perlu bising pun kerana tiada kaitan dengan mereka. Hudud adalah untuk orang Islam. Ultra kiasu berterima kasih kepada Islam, kerana dengan hikmah Islamlah, mereka dapat membina empayar hingga menjadi kaya-raya, sehingga Melayu ada yang merempat. Kenapa tidak bersyukur?

Jangan ingat, bila Islam dilaksanakan, keadaan akan menjadi lebih buruk. pelancong akan ketakutan. Lihatlah Brunei. Pelancong bertambah. Saya lihat di hotel mereka ada macam-macam manusia dari luar negara. Orang baik takkan takut dengan hudud, yang jahat sahaja terasa, takut kena.

Logiknya mudah, mereka mahu tahu cara hidup Islam. Mereka mahu merasai cendol, abuyat dan lain-lain makanan alam Melayu.

Saya amat hairan kenapa parti ultra kiasu dibenarkan beroperasi di Sarawak. Parti ini bukan sahaja perosak Islam malah menggugat keharmonian di sana. Hasutan demi hasutan sedang berjalan, nak bawa Sarawak keluar dari Malaysialah. Umat Islam yang faham Islam, tidak akan melakukan sedemikian.

Lebih menghairankan lagi, Ahli Parlimen Pas Kuala Terengganu begitu marah dengan saya kerana artikel saya yang sering mensasarkan ultra kiasu. Saya dituduh lebih Melayu dari Melayu, menghina kaum sendiri dan sebagainya. Menjauhkan bukan Islam dari Islam.

Saya hanya melondehkan kebobrokan ultra kiasu yang menjadi musuh kepada Islam. Saya tidak merujuk semua orang Cina itu ultra kiasu. Tetapi saya merujuk kepada semua bangsa, yang menentang Islam dan Perlembagaan negara.

Hari ini terbukti apabila menentang hudud yang dibawa oleh Pas sendiri. Kenapa ahli parlimen tersebut berdiam diri? Apa beliau buat apabila Islam dipijak dan dihina ultra kiasu?

Terus-terang, saya amat bangga dengan kerajaan Brunei, ketika ultra kiasu seluruh dunia, mengutuk dan mengejinya kerana melaksanakan Islam, rakyatnya bersatu hati mempertahankan tindakan pemimpin mereka.

Pesanan Sultan Brunei, “Siapakah kita di hadapan ALLAH untuk berkata TIDAK atau TUNGGU DULU sedang undang-undang itu bukanlah baru digubal tetapi telah termaktub dalam al-Quran dan al-Hadis semenjak dari 1400 tahun lebih lagi.

Apabila undang-undang syariah terlaksana maka barulah bumi yang permai ini dapat diungkap sebagai “Baldatun Thayyibatunwa Rabbun Ghafur” iaitu Negeri Yang Baik dan Tuhan Maha Pengasih”.

Sejak syariat Islam dilaksanakan, belum ada lagi orang yang dipotong tangan. Bukan Islam terus membina empayar. Inilah hebatnya Islam. Bersatulah wahai umatku sebelum terlambat.

* Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, INSPIRE/PPI, UniSZA

Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'




Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud mahu dibentangkan PAS di Parlimen sebagai “hudud politik”.

Ditanya pendirian BN  berhubung hasrat PAS itu, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu tidak lama lagi.

Bercakap kepada media selepas sebuah acara di Putrajaya hari ini, Tengku Adnan, yang juga menteri Wilayah Persekutuan, menegaskan bahawa PAS harus mengikuti Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya sama ada usaha PAS bertentangan dengan perlembagaan, beliau hanya menjawab “hudud PAS hudud politiklah”.

Menteri BN dan perdana menteri setakat ini masih belum menyentuh berhubung pendirian mereka dalam isu itu walaupun anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Kelantan menyatakan sokongan pada usaha PAS itu.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii mendakwa Tengku Adnan diifitnah portal berita ini dalam laporannya.

“Sasaran mereka kali ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula difitnah apabila editor portal terbabit sengaja menggunakan tajuk artikel yang berbunyi 'Ku Nan: Hudud PAS 'hudud politiklah'.

“Portal Malaysiakini menjadi seperti ular kena sawan apabila melihat bibit-bibit penyatuan umat Islam semakin ketara hari ini dan mereka sengaja mencari perkataan yang boleh mewujudkan ketegangan hubungan sesama Islam.

“Hasilnya sebuah artikel provokasi yang seakan tergantung kenyataan menteri Wilayah Persekutuan ini telah diterbitkan,” katanya.[Baca berita asal]

MIC Tolak Hudud - Palanivel


Diterbitkan: Ahad, 22 Mac 2015 8:27 PM

G. Palanivel.

BUTTERWORTH: MIC pada Ahad membuat pendirian untuk tidak menyokong usul PAS membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi membuka jalan terhadap pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presidennya, Datuk Seri G. Palanivel berkata, rang undang-undang hudud itu disifatkan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, parti itu sealiran dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain iaitu MCA dan Gerakan yang tegas menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

"Kita menentang, tidak boleh sokong (hukum hudud). Saya akan keluarkan kenyataan tentang hukum hudud ini selepas persidangan Dewan Rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama pemimpin dan anggota MIC Pulau Pinang di sini.

Turut hadir Pengerusi MIC Pulau Pinang, M. Karuppanan.

Palanivel, yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu selepas Dewan Rakyat selesai bersidang pada 9 April ini.

Aktivis letak keranda depan White House


WARTAWAN SINAR HARIAN
23 Mac 2015

 Aktivis letak keranda depan White House
Aktivis letak keranda depan White House Puluhan aktivis berhimpun di hadapan Rumah Putih sambil membawa sepanduk dan keranda. Foto: AFP

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Aktivis  anti perang dilaporkan mengadakan protes di hadapan White House sebelum bergerak ke Capitol sempena ulang tahun ke-12 pencerobohan Iraq dan perang yang tidak berkesudahan di negara itu.

Penunjuk perasaan turut meletakkan keranda palsu di hadapan White House dan berhampiran pejabat Ahli Parlimen serta beberapa syarikat kontraktor keselamatan di sekitar Washington.

Difahamkan, perhimpunan dikenali sebagai Spring Rising itu dianjurkan ANSWER Coalition, sebuah kumpulan terdiri daripada pelbagai organisasi hak anti perang dan awam khusus untuk memerangi perkauman serta imperialisme.

Aktivis mengutuk keras peperangan di Iraq dan Afghanistan, serangan jet pejuang yang menyasarkan orang awam di Pakistan, Yaman, dan Somalia serta provokasi Amerika Syarikat di Rusia, Ukraine dan Eropah Timur.

Salah seorang penganjur Cindy Sheehan mengkritik Presiden Barack Obama kerana meluaskan perang AS ke lebih banyak negara, berbanding pemimpin sebelumnya George W Bush.

Perhimpunan sama juga diadakan di Los Angeles di mana mereka menyelar penglibatan tentera AS di Iraq, Syria dan Afghanistan. - Press TV

Kurang arif agama jangan komen di media sosial


22 Mac 2015

 Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar Khalid Abu Bakar. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati individu atau pihak tertentu, yang kurang arif mengenai agama, agar tidak mengeluarkan komen di laman sosial mereka sehingga menyinggung perasaan pihak lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis tidak mahu perbuatan seumpama itu membawa kepada keadaan tegang dalam aspek ketenteraman awam.

"@PDRM memandang serius komen-komen terhadap agama oleh mereka yang tidak arif mengenainya. PDRM tiada pilihan selain mengambil tindakan terhadap mereka," kata Khalid melalui laman Twitter rasminya.

Baru-baru ini, sebuah klip video bertajuk 'Hudud Isi Periuk Nasi' yang berdurasi 1 minit 55 saat menerima banyak kecaman oleh pelbagai pihak di media sosial.

Pengacara dalam video berkenaan turut menerima ugutan rogol dan bunuh. - Bernama

Pas menang sebab tiada pesaing sebenar


KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu berkata kemenangan besar parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) Dun‎ Chempaka disebabkan tiada saingan dari parti besar seperti Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
Beliau berkata kemenangan itu juga menunjukkan sokongan berterusan pengundi kepada Pas walaupun setelah ketiadaan bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, penyandang kerusi Dun itu.

"Pas bersyukur kerana mendapat majoriti yang lebih besar," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRK Dun tersebut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, malam ini.

Pas berjaya mengekalkan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad mengalahkan empat calon bebas, dengan majoriti 10,092 undi.

Sementara itu, Ahmad Fathan berkata beliau tidak menjangka mendapat kemenangan dengan majoriti yang besar.

"Alhamdulillah syukur kepada Allah swt, doakan saya dapat menjalankan tugas sebaik mungkin untuk rakyat," katanya.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan kemenangan itu sebagai kejayaan besar bagi parti tersebut. - Bernama

Peguam ditahan berhubung kenyataan mengenai hudud


Peguam, Eric Paulsen. - Foto Abdullah Yusof
KUALA LUMPUR: Peguam, Eric Paulsen hari ini ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau di media sosial mengenai hukum hudud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata Paulsen ditahan di ibu negara pada kira-kira 5.30 petang dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.
Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau undang-undang hudud yang terpakai kepada hanya orang Islam mukallaf jika ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan Parlimen. - BERNAMA

Lee Kuan Yew meninggal dunia



BEKAS Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia pada usia 91 tahun di Hospital Besar Singapura pada kira-kira jam 3.18 pagi tadi. - Foto AFP
SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew dan pemimpin yang bertanggungjawab mengubah sebuah negara kerdil di Asia Tenggara kepada pusat perdagangan dan kewangan global meninggal dunia pada usia 91 tahun, kata Pejabat Perdana Menteri.
"Encik Lee meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada kira-kira jam 3.18 pagi tadi," kata kenyataan itu.
Lee, seorang peguam lulusan Cambridge disifatkan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan Singapura sebagai salah sebuah negara terkaya berdasarkan pendapatan per kapita yang tinggi.
Mendiang adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965. - Reuters

Polis KL nafi pembabitan perhimpunan bantah hudud


Oleh Asmah Rusman

asmah_rusman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menafikan dakwaan portal berita mengenai pembabitan pasukan itu dalam perhimpunan bantahan Gerakan Pemuda MCA di depan Ibu Pejabat DAP pusat Jalan Yew mengenai isu Hudud di Kelantan Jumaat lalu.
Timbalan Ketua Polis, Datuk Law Hong Soon dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis dan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan itu mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.
"Kehadiran pasukan polis dalam pehimpunan itu adalah untuk tugas jaga aman atas dasar kawalan keselamatan awam semata-mata sebagaimana kawalan terhadap perhimpunan lain.
"Polis memandang serius perkara ini dan sudah membuat laporan melalui Ketua Polis Balai Setapak kerana tuduhan itu tidak benar dan berunsur fitnah terhadap polis malah kertas siasatan juga sudah dibuka," katanya.
Beliau berkata, orang ramai diminta menghubungi Ketua Polis Daerah bagi mendapatkan maklumat berhubung penugasan polis di tempat awam dan jangan membuat andaian atau mengeluarkan kenyataan sendiri sehingga boleh menimbulkan kegusaran.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38619#sthash.kgcYDPln.dpuf

Hudud: DAP beku kerjasama dengan PAS di Sabah


Oleh Junaidi Ladjana

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: DAP Sabah bertindak memutuskan untuk membekukan sebarang kerjasama dengan PAS Sabah berikutan tindakan PAS yang didakwa mengkhianati dan membelakangi perjanjian kesefahaman bersama pakatan pembangkang apabila meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) 2015 sebelum ini, berkuat kuasa hari ini.
Pengerusinya, Jimmy Wong Sze Phin berkata, DAP Sabah melihat senario di Kelantan sebagai kegagalan terbesar PAS berpegang pada janji dalam kerjasamanya dengan pakatan pembangkang
"Selari dengan pendirian parti, DAP Sabah tegas membantah pelaksanaan undang-undang hudud bukan kerana ia undang-undang Islam tetapi kerana hudud bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Merujuk Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan, ia menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara yang menjadi sumber kepada semua undang-undang.
"Perkara 75 pula menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal.
"Apabila Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah dengan mendapat restu dan sokongan wakil UMNO negeri itu, ia memberi tamparan hebat kepada rakyat Sabah yang dikuasai BN dengan memenangi 48 dari 60 kerusi DUN yang pada Pilihan Raya Umum lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38634#sthash.f9RyP48m.dpuf

Ahmad Fathan menang PRK Chempaka

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
Kota Bharu: PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka apabila calonnya Ahmad Fathan diumum menang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu, sebentar tadi.

Pengumuman dibuat Pengurus PRK DUN Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris di pusat penjumlahan undi di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Chepa, malam tadi.

Ahmad Fathan menang dengan majoriti 10,092 undi mengalahkan empat calon Bebas, Sharif Mahmood yang memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary (51), Fadzillah Hussin (89) dan Aslah Mamat (27).

DUN Chempaka mempunyai 21,890 pengundi dengan 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan tiga pengundi luar negara.

Sehingga pusat pengundian ditutup pada 5 petang, 55 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab berbanding 85 peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Penyandang DUN itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memenangi PRU lalu menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 9:28 PM

CALON PAS, Ahmad Fathan Mahmood @ Mahamad (tengah) diraikan penyokongnya sebaik diumumkan memenangi PRK DUN Chempaka di MRSM Pengkalan Chepa, Kota Bharu. FOTO Fathil Asri/Syamsi Suhaimi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/38645#sthash.LnHgRXfc.dpuf

PM akan umum pendirian hudud



TENGKU ADNAN (tengah) melihat pameran denggi dan nyamuk aedes pada majlis perasmian pasukan Combi dan Kelab Rukun Tetangga Komuniti Suria di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan pendirian Barisan Nasional (BN) berhubung pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 atau hukum hudud di Kelantan selewat-lewatnya esok.
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pelaksanaan undang-undang itu bagaimanapun perlu sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN akan memberi kenyataan (berhubung hudud) pada esok (hari ini) atau Selasa.
“Perjumpaan dengan semua parti komponen bagi meminta pandangan telah pun diadakan dan seperti yang dipersetujui, pelaksanaan hukum hudud perlu mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pusat komuniti Kawasan Rukun Tetangga Suria di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3VAB367TH 
Hakcipta terpelihara 

Sultan Johor dimahkota hari ini



SULTAN IBRAHIM dan isteri baginda, Raja Zarith Sofiah.


JOHOR BAHRU – Selepas 55 tahun, rakyat Malaysia terutamanya penduduk negeri Johor berpeluang menyaksikan satu catatan sejarah baharu terpahat hari ini dengan berlangsungnya Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor yang kelima, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas hampir empat tahun menaiki takhta pada 23 Januari 2010.
Hari ini merupakan saat yang dinanti-nantikan kerana dalam istiadat kemahkotaan kali ini juga isteri Sultan Ibrahim iaitu Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah juga akan dikurniakan gelaran Permaisuri Johor.
Kali terakhir istiadat kemahkotaan berlangsung adalah pada 10 Februari 1960 iaitu ketika Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dan Almarhum Sultanah Aminah dimahkotakan.
Johor merupakan negeri Melayu pertama yang mengadakan istiadat kemahkotaan iaitu pada tahun 1886 diikuti oleh Selangor pada tahun 1903, Terengganu (1920) dan Kelantan (1921).
Pada istiadat tersebut, mufti akan meletakkan mahkota di kepala Sultan dan Sultanah dengan bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad serta doa.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3VAAx4cJS 
Hakcipta terpelihara 

11 banduan diberi pengampunan khas





JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberi pengampunan dan pembebasan seorang banduan serta meringankan hukuman 10 banduan bersempena Istiadat Kemahkotaan baginda hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim (gambar) berkata, banduan yang dibebaskan itu merupakan juvana ketika melakukan kesalahan bunuh pada tahun 2004 yang dilepaskan pada 19 Mac lalu selepas menghadap Sultan Johor.
“Sultan Ibrahim berkenan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor pada 5 Mac lepas.
“Mesyuarat terbabit telah menimbangkan 10 kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dan 13 kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000,” katanya kepada pemberita di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0323&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3VAAo7clt 
Hakcipta terpelihara 

Gambar asap bukti MH17 ditembak BUK


Pelancar Roket BUK dibina Rusia yang dipercayai digunakan untuk
Pelancar Roket BUK dibina Rusia yang dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17. AGENSI
LONDON 22 Mac - Pasukan penyiasat percaya, gambar asap putih yang diambil beberapa minit selepas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 terhempas di Ukraine, menjadi bukti penting kapal terbang itu ditembak jatuh oleh pelancar roket Rusia.
Mail Online melaporkan, gambar yang diterbitkan oleh akhbar berkenaan tahun lalu merupakan kunci kepada segala jawapan bagi merungkai misteri siapa menembak pesawat berkenaan sehingga mengakibatkan 298 orang penumpang dan anak kapalnya terkorban.
Penyiasat Belanda dan Australia percaya, gambar itu merupakan bukti kukuh bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pelancar Roket BUK yang dibina oleh Rusia.
Pasukan penyiasat turut menemubual jurugambar yang mengambil gambar tersebut dari atas bumbung pangsapurinya di Torez, kira-kira 4.8 kilometer dari kawasan di mana roket itu dipercayai dilancarkan.
“Jurugambar itu kini berada dalam jagaan pasukan keselamatan Ukraine selepas bimbang nyawanya diancam bahaya. Kami turut mengambil kameranya untuk dijadikan sebagai bahan bukti,” kata seorang penyiasat.
Hasil analisis yang dijalankan mendapati, gambar berkenaan dirakam pukul 4.25 petang pada 17 Julai lalu, dengan pesawat MH17 dilaporkan ditembak pada 4.21 petang.
Jurugambar itu yang enggan mendedahkan namanya berkata, ketika kejadian dia mendengar bunyi bom yang sangat kuat.
“Ketika itu saya berada di rumah. Saya terdengar bunyi yang sangat kuat dan kebetulan kamera ada di sebelah saya. Saya tidak sangka gambar asap yang saya ambil datangnya dari sebuah pelancar roket,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/gambar-asap-bukti-mh17-ditembak-buk-1.72466#sthash.P1smycgz.dpuf