Showing posts with label felda. Show all posts
Showing posts with label felda. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Anak ragui perjanjian pinjaman saham Felda

Mazlan Aliman
Mazlan Aliman

JENGKA - Perjanjian pinjaman yang dibuat peneroka sebagai jaminan membayar semula pinjaman saham sebanyak RM50 sebulan kepada Felda menimbulkan keraguan.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, terdapat beberapa keraguan dalam perjanjian tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya peneroka dijadikan galang ganti.

“Satu surat telah dikeluarkan kepada peneroka meminta mereka membayar semula wang pinjaman sebanyak RM3,812.23. Ini adalah pinjaman pokok yang perlu dibayar untuk 800 unit saham Felda Global Ventures Holdings Bhd dan belum diambil kira bunganya lagi.

“Apa yang menimbulkan keraguan ialah perjanjian yang dibuat terlalu tebal, sehingga 27 muka surat, dan mempunyai perkara-perkara yang menimbulkan kekeliruan,” katanya.

Mazlan berkata,  antara perkara yang meragukan dalam perjanjian tersebut ialah berkaitan dengan kuasa wakil dan tanggung rugi.

Katanya, pernah terjadi sebelum ini di Felda Cahaya Baru, Johor Bahru, di mana warganya hanya menerima pampasan sebanyak RM200,000 berbanding RM1.3 juta kerana melibatkan perjanjian yang mempunyai kuasa wakil.

“Perjanjian hanya melibatkan wang pinjaman sebanyak RM3,812.23, mengapa perlu diwujudkan perjanjian setebal ini? Adakah kerana mereka mahu menjadikan peneroka sebagai galang ganti sekiranya berlaku sebarang kerugian?” katanya.
Mazlan justeru meminta pihak Felda memberi penjelasan terhadap kekeliruan yang timbul kerana terma yang ditetapkan seperti mempunyai perkara tersirat di sebaliknya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya jumlah yang perlu dibayar peneroka cuma RM3,560 dan bukannya RM3,812.23.

“Peneroka terpaksa menanggung caj-caj yang saya rasa mungkin ada kaitan dengan perjanjian ini. Kita juga pelik kerana dalam perjanjian itu tertulis bahawa peneroka akan menanggung segala kos termasuk yang berkaitan dengan bank,” katanya.

Beliau berkata, apa yang membimbangkan pihaknya apabila pembiayaan Felda tidak mencukupi, kemungkinan mereka akan mendapatkan pembiayaan dengan pelbagai cara termasuk menjadikan peneroka sebagai galang ganti.

“Dahulu Felda mempunyai tabung untuk membuat pembiayaan tanam semula. Sekiranya saham gagal, Felda mungkin akan mengambil segala benda termasuk milik peneroka,” katanya.

Friday, December 28, 2012

2,000 sudah berhimpun di Wisma Felda

Muhammad Faizal,
28 Dis 2012
KUALA LUMPUR: 3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum. Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut. Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar. Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut. 2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak. Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'. Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir. 2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar. Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum. Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis. 2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda. Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda. Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda. 2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas. "Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda. "Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin. "Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda. "Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan. 2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini. Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad. Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad. Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.

Monday, December 24, 2012

Konvoi Jelajah Oren di NS kecoh

Konvoi Jelajah Oren di NS kecoh
Sebahagian besar penduduk Felda Bukit Rokan Utara berkumpul di jalan raya bagi menghalang penganjur dan peserta Jelajah Oren masuk ke kawasan penempatan mereka.
TAMPIN - Jelajah Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan Persatuan Felda Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) di sembilan penempatan Felda di negeri ini, semalam kecoh apabila ratusan orang ramai, sebahagian besar penduduk di situ, menghalang laluan konvoi.

Mereka berbuat demikian bagi menyekat perhimpunan yang dijadualkan menjelajah kawasan Felda menyebabkan penganjur gagal memasuki empat kawasan Felda iaitu Felda Kepis, Kuala Pilah; Bukit Rokan Barat, Jempol; Bukit Rokan Utara, Tampin dan Gugusan Jelai, Gemas.

Dalam kejadian bermula kira-kira 10.15 pagi itu, jelajah yang diketuai Mazlan Aliman tiba di Felda Bukit Rokan Utara, di sini dan disekat kira-kira 100 penduduk yang tidak mahu orang luar masuk ke penempatan mereka melakukan jelajah berkenaan.

Menurut sumber, kekecohan berkenaan berlaku apabila penganjur dan peserta jelajah tetap berkeras untuk masuk ke penempatan Felda di situ.

“Berlaku pertengkaran daripada kedua-dua belah pihak menyebabkan peserta jelajah berkenaan terpaksa beredar.  Bagaimanapun, ketika mereka mahu beredar, sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna oren terlanggar sebuah motosikal penduduk sehingga mencetuskan pertelingkahan.

"Salah seorang penduduk yang berang menyerang kenderaan berkenaan dan memecahkan cermin hadapan kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang peserta jelajah cedera ringan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kekecohan itu, bagaimanapun, reda selepas polis bertindak dengan menasihatkan mereka yang berkumpul supaya bersurai dengan segera.

Difahamkan, selepas kekecohan di Felda Bukit Rokan Utara, dekat sini, orang ramai turut berkumpul di setiap pintu masuk penempatan Felda lain, dekat sini menyebabkan penganjur mengambil keputusan membatalkan program jelajah terbabit, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan Mohd Isa Ujang mengesahkan menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Katanya, polis sedang menyiasat kejadian tersebut.

"Kejadian berkenaan menyebabkan pihak polis terpaksa mengerahkan 12 anggota membabitkan dua pasukan rusuhan kecil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin untuk berkawal di persimpangan Jelai bagi mengawal keadaan," katanya.

Difahamkan, kekecohan program Jelajah Oren, semalam, merupakan pertama kali berlaku di Negeri Sembilan.

Sebelum ini, kekecohan sama pernah berlaku pada Konvoi Oren Selamatkan Felda yang berlangsung pada 3 November lalu di Felda Lawin Selatan, Gerik, Perak.

Saturday, October 27, 2012

MP Umno dakwa individu terima 1 juta saham Felda

【"Bangang Mentadbir Si Bodoh"!】

《MP Umno dakwa individu terima 1 juta saham Felda》

Abdul Rahim Sabri
Malaysiakini 12:54PM Okt 24 2012

Seorang MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau "tiada kena mengena dengan pembangunan Felda".

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.

"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.

"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.

Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.

"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.

"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini.

"Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Dan saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan.

Link via:
http://www.malaysiakini.com/news/212543

Friday, September 7, 2012

saham FGVH jatuh

Kini bukan sahaja saham FGVH jatuh, isu syarikat judi beli saham seperti saya paparkan dlm FB ni pun, PM dan Isa Samad terkedu. Sudah tidak mampu menjaminnya. Peneroka dan pemegang saham tidak kira Ustaz, Imam, Bilal dan lain2 terpalit sama. Menanggung dosa!
Bukan sikit, 400 juta unit saham Genting Bhd dalam FGVH....~ Mazlan Aliman —

Thursday, September 6, 2012

Rahsia Najib dan isa samad akhirnya kantoi.. mereka kata saham naik sebab tengok terbalik rupanya!!!

nak UP saham felda guna duit PEMBAYAR CUKAI !!

Gua dapat maklumat,geng2 FELDA iaitu jiby dan kementot sedang loby nak UP saham felda guna duit PEMBAYAR CUKAI !!!! hope pemimpin2 PR alert isu nih.. tekan kat PARLIMEN besok soal mereka yg SEMBERONO guna wang pembayar cukai ni... jangan korek lobang,tutup lobang!!!DAH BUAT SILAP TU NGAKU JER!!! 

Wednesday, August 1, 2012

Saham FGV melonjak 19% dalam penampilan pertama


Malaysiakini.com9:40AM Jun 28 2012

Harga saham Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan peningkatan 19 peratus walaupun hanya selepas dua puluh minit mula didagangkan di Bursa Malaysia hari ini.

Dibuka pada harga RM4.55, harga saham FGV meningkat 18 peratus kepada RM5.41 pada jam 9.19 pagi - menjadikan ia saham syarikat paling laris didagangkan di pasaran.

FGV merupakan IPO terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia, selepas Facebook.

Syarikat gergasi minyak sawit Malaysia itu telah menarik senarai pelabur terkemuka, termasuk pelaburan global Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd

FGV menganggar akan mengumpul RM9.93 bilion (AS$3.12 bilion) daripada IPO, yang telah banyak terlebih dilanggan.

Merupakan pengendali ladang kelapa sawit ketiga terbesar di dunia, FGV adalah syarikat milik Felda - sebuah agensi kerajaan yang menyediakan tanah kepada golongan miskin di luar bandar.

FGV kini menjual buah kelapa atau minyak sawit mentah serta minyak sawit diproses kepada pihak ketiga.

Menurut FGV, dana yang diperoleh daripada penyenaraiannya itu akan digunakan untuk menanam semula pokok kelapa sawit yang sudah matang serta untuk mengembangkan lagi perniagaan hiliran untuk menjadi pemain global yang lebih lengkap.

Tuesday, July 31, 2012

Perkembangan terkini saham Felda FGVH?

Tuesday, July 31, 2012


Perkembangan terkini saham Felda FGVH?

Aku bukan orang ekonomi, dan jugak bukan kaki saham. Jadinya memang tak layak nak ulas pasai saham termasuk saham FGVH yang kontoversi tu.

Masa mula-mula nak senaraikan saham tu di Bursa Malaysia memang nampak betapa gahnya Najib cakap besar pasai keuntungan yang bakal peneroka Felda terima hasil penyenaraian saham FGVH tu.

Lagi bertambah panas bila Kerajaan Kedah pimpinan Ust Azizan rupa-rupanya ada jugak beli saham tu melalui PKNK. ANAK di bawah Lajnah Tanah PAS Pusat menentang penyenaraian FGVH PKNK di bawah KerajaanNegeri Kedah pulk beli saham FGVH.

Bukan saja puak-puak penchachai sedap belasah Ust Azizan, penyokong Pakatan Rakyat pun tumpang sama belasah.

Masa tu pun sebenarnya saham FGVH dah mula turun balik dah bila meningkat. Kat bawah ni saja aku salin tampal kedudukan terkini harga saham FGVH.

[Sumber: Bursa Malaysia]
Kalau bentuk graf macam ni, sapa pun boleh faham, dan istilah yang cukup sesuai cuma

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/07/perkembangan-terkini-saha-felda-fgvh.html#ixzz22Bc1B9c8
 

Saturday, July 28, 2012

Berita gembira!!!

saham menjunam nampaknya tu.. hehehe!!!

Nah kaw!!! .. cuba buat ayat dengan mengunakan istilah ni "untung secupak,rugi segantang" err... untung ker ? saham menjunam nampaknya tu.. hehehe!!!


Sumber info harga sawit terkini.. bapak Nur Qasihku dari felda...
Nur Qasihku King Jason Ori : sekarang 1tan tinggal 568 hengget... Ni kira secara kasar... Tapi bapak aku kata... ( sambil jerit kat fon ) sebelum apa menatang tu yang senarai2 tu.. 1tan lagi 5 ringgit nak 700 kihkihkih... Dia kata tgu hujung tahun ni jd mcm 2 tahun lps tgl 450 setan hahahaha bala bala...

Thursday, June 7, 2012

Peneroka terkilan terima 800 unit saham



Peneroka terkilan terima 800 unit saham
Dari kiri: Mokhtar, Ahmad dan Mohd Dasuki terkilan terima hanya 800 unit saham berbanding jumlah yang diperoleh kakitangan Felda.
BANDAR TUN RAZAK - Tiga peneroka dari Felda Jengka 20, di sini, terkilan sebaik mendapat tahu mereka hanya menerima 800 unit saham dengan harga RM4.55 seunit.

Peneroka, Mokhtar Mahmud, 64, berkata, lebih membuatkan mereka terkilan apabila jumlah itu kurang berbanding saham diterima kakitangan Felda.

“Sepatutnya kami menerima sebanyak 1,000 unit untuk satu lot dan bukan 800 sahaja. Mengapa perbezaan itu terlalu ketara?

Pengurusan juga tidak beri penjelasan berhubung perkara ini,” katanya.

Dia berkata, peneroka bukan tidak bersyukur, namun sedikit terkilan kerana apa istimewanya kakitangan Felda berbanding mereka, sedangkan peneroka mempunyai tanah.

“Kakitangan cuma bekerja dan tidak punya pulangan kepada Felda. Cuba buat macam Tenaga Nasional Bhd yang memberikan dua lot saham kepada kakitangan mereka, sedangkan kami cuma terima 800 unit,” katanya.

Sementara, Ahmad Karim, 64, berkata, kakitangan difahamkan mendapat saham mengikut gaji diterima mereka.

“Kami memang terkilan kerana begitu lama berkempen, kini timbul pula cakap-cakap belakang pembangkang mengatakan kami sebagai peneroka dianaktirikan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan, Mohd Dasuki Hassan pula berkata, masalah itu seolah-olah membuka peluang kepada pembangkang mengatakan peneroka dipermainkan.

“Pemberian ini seolah-olah mengiakan apa diperkatakan pembangkang selama ini sekali gus tidak membuktikan kebenaran Felda mengenai saham sebagaimana diuar-uarkan sebelum ini.

“Sepatutnya kami menikmati lebih daripada durian runtuh sebelum ini. Sekarang peneroka sudah mula bising. Kalau beri cukup 1,000 unit, mungkin peneroka akan tutup mulut,” katanya.

Beliau berkata, peneroka juga menyokong penuh permohonan Timbalan Pengerusi JKKR Felda Lakum untuk penambahan saham sebagaimana dilaporkan dalam Sinar Harian, sebelum ini.

Friday, May 18, 2012

Felda: Dakwaan PKR tidak berasas



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan
SHAH ALAM - Dakwaan bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia hanya mendapat sokongan 20 peratus pengurusan tertinggi Felda adalah tidak berasas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, dakwaan­ itu tidak disertai bukti kukuh malah kajian Boston Consulting Group (BCG) pada 18 Oktober 2011 yang dikemukakan PKR tidak mempunyai kredibiliti.

“Kalau mereka mahu dakwa, kemukakan bukti yang kukuh dan kajian terkini. Ini jelas menunjukkan pembangkang kini tiada kredibiliti untuk bercakap mengenai isu Felda.

“Mereka hanya cakap ikut suka sahaja malah tuduhan kata Felda bankrap juga tidak benar. Saya minta supaya semua pihak usah percaya cakap pembangkang kerana mereka adalah pembohong dan hanya tahu merapu,” katanya pada Sinar Harian, semalam.

Ahmad berkata, pihaknya tidak berminat mengambil tindakan undang-undang terhadap semua dakwaan dikemukakan pembangkang.

“Tidak perlu ambil sebarang tindakan undang-undang kerana segala dakwaan pembangkang terhadap Felda tidak relevan. Mereka suka mereka-reka keterangan tanpa disusuli fakta betul.

“Idea kerajaan untuk berkongsi kemakmuran dengan rakyat adalah unik dan menarik. Mereka khuatir kalau orang Felda sokong Barisan Nasional (BN), sebab itu mereka cuba mengelirukan pemikiran rakyat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dakwaan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen bahawa urus niaga FGVH kini belum kukuh dan profil tanaman pokok matang hanya menunjukkan pertumbuhan 16 peratus berbanding syarikat maju yang memiliki 78 peratus, beliau menafikannya.

“Ini bukan dari fakta yang betul. Prospektus FGVHB akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kita akan lihat semua dakwaan pembangkang itu tidak benar.

“Ini semua usaha untuk memusnahkan niat baik yang dilaksanakan untuk rakyat,” katanya.

Thursday, January 26, 2012

Anak dedah isi perjanjian Felda Global-MB



KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendedahkan isi perjanjian yang dibuat antara Felda Global Ventures Holdings (FGVH) bersama Felda Holdings untuk ditandatangani oleh Menteri Besar di setiap negeri yang antara lainnya bertujuan untuk pajakan tanah peneroka.

Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, pendedahan dibuat berikutan suara mereka sebelum ini tidak diendahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila Anak menyarankan supaya mempertimbangkan semula usaha penyenaraian FGHV di Bursa Malaysia.

Tegasnya, penyenaraian tersebut tidak menguntungkan warga Felda sebaliknya akan memberi keuntungan kepada mereka yang berkepentingan.

"Perbincangan seolah-olah ditutup oleh pihak kerajaan dan mereka seolah-olah bersungguh-sungguh nak membuat penyenaraian yang bagi kami ini sesuatu yang tak boleh diterima sama sekali.

“Jadi memandangkan kami telah memberi masa secukupnya pada kerajaan untuk timbang pandangan kami,  maka kami akan membuat pendedahan mengenai apakah sebenarnya agenda di sebalik penyenaraian ini," katanya pada satu sidang media hari ini.

Pada 15 Januari lalu, Najib meminta peneroka Felda supaya tidak percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia akan merugikan peneroka tanah rancangan itu.

Perdana Menteri berkata, peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.

"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.

"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda," katanya.

Selain itu, Mazlan menegaskan, perjanjian itu juga meliputi kawasan seluas 360,067 hektar tanah Felda yang diurus oleh Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB) yang akan diberi kepada FGHV.

"Felda kini tidak ada apa-apa kekuatan lagi. Peranan Felda hanya sebagai simbol dan patung kerana segala urus niaga kini ditentukan oleh FGVH. Bahkan dalam perjanjian ini ada ditulis supaya Felda memberi keistimewaan kepada FGHV dengan memberi 'kenikmatan sentosa' kepada mereka. Begitu tinggi martabat mereka.

"Jika Perdana Menteri, (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Ahmad Maslan dan ( Pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPFB) Tan Sri Isa Samad anggap kami pengkhianat kerana mendedahkan perjanjian ini, kami (Anak) bersedia untuk menghadapi risiko dan akan sahut cabaran. Tujuan kita tampilkan perjanjian ini kerana ia adalah institusi terpenting orang Melayu," tegasnya.

Sunday, December 18, 2011

Felda dalam proses kehancuran - Aspan Alias


Aspan Alias

Sebagaimana pengakuan Muhyiddin dan Najib PRU kali ini adalah ibu kepada semua pilihanraya dalan sejarah negara kita. Apa tidaknya, pilihanraya kali ini seolah-olah piihanraya untuk memilih di antara UMNO atau pun memilih rakyat. Sekarang ini adalah pilihan di anatara mengekalkan kepimpinan UMNO yang mahukan segala agenda peribadi mereka disokong ramai.

Satu lagi pilihan ialah untuk memilih agenda perubahan untuk rakyat yang inginkan kesatuan di antara kaum dalam kehidupan seharian dan menolak keghairahan kepimpinan yang menyanyikan lagu-lagu rasis yang menebal. Pemimpn-pemimpin di atas mahukan rakyat berpecah kerana UMNO sekarang ini wujud di atas keadaan Melayu yang ber[pecah pada tahun 1988 dahulu.

Berlainan dengan UMNO yang di tubuhkan pada 11hb Mei 1946 dahulu. UMNO dahulu wujud di atas penyatuan rakyat Melayu yang ramai dengan matlamat mencapai kemerdekaan dan seterusnya untuk mengisi kemerdekaan negara. UMNO yang baru ini wujud di atas perpecahan umat Melayu dan ada pemimpin yang sedang memegang kuasa mengambil kesempatan untuk membawa puaknya jauh dari UMNO yng dibiarnya mati itu.

UMNO sebenarnya tidak boleh langsung enyalahkan mana-mana pihka termasuk pembangkang kerana kelemahan yang mereka alami sekarang. UMNO itu mempunyai infrastruktor yang sangat besar untuk mempertahankan benteng mereka krana telah menjadi pemerintah begitu lama. Tetapi yang menyebabkan parti itu menjunam ialah kerana ‘culture’ yang terbentuk sejak dua tiga dekad yang lalu yang telah memecahkan segala benteng pertahanan parti itu.

D imana sahaj UMNO masuk campur yang baik akan menjadi lemah, yang teratur akan menjadi lintang pukang dan yang telah teguh dan berjaya akan mengalami kerosakan dan kerugian yang besar. Contoh-contohnya banyak. Di antara contohnya ialah apa yang berlaku ke atas Felda sekarang. Sebelum itu kita telah lihat bagaimana MAS telah kerugian berbillion billion ringgit setelah ia mula di serahkan kepada Tajuddin Ramli dahulu. Banyak lagi contoh yang kita boleh lihat dalam mana konsept pengswastaan serta ‘corporatization’ ciptaan Dr Mahathir dahulu.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan yang gagah yang dipegang oleh kerajaan dahulu telah rosak kerana budaya tadbiran negara yang tidak jujur. Sekarang ramai yang meminta, bukan sahaja saya dan ramai lagi untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku di Felda sekarang ini.

Sebenarnya apa yang berlaku di dalam Felda ini memang sudah dijangkan apabila perbedanan ini telah di pindahkan dari Kemeneterian Kemajuan Tanah dan Wilayah kepada Jabatan Perdana Menteri dahulu. Felda yang begitu mantap yang telah dikembangkan dan dimajukan di bawah Raja Tan Sri Alias dahulu menjadi tempat pemipin yang kelaparan untuk mengambil alih. Ramai yang telah melihat Felda dengan air lior yang meleleh seperti anjing nampak tulang.

Mereka-mereka ini kalau di suruh untuk membina sesuatu dengan baik tidak ada kemampuan dan kepandaian. Tetapi bila sudah maju merekalah yang masuk campur dan ingin menjadi hero dan ada pula yang ingin ‘topple’ menople dalam badan yang sangat kaya itu.

Apabila pengerusi kepada Lembaga Pengarah Felda sudah masuk campur dan menggunakan pengaruh untuk mengambil alih KPF baru-baru ini ramai yang berfikir telah menjangkakan yang situasi yang sedang di hadapi Felda dan peneroka sekarang ini akan berlaku.

Saya ingin menulis dengan detail apa yang berlaku di dalam Felda ini. Hanya saya hendak menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian. Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Pengurus Besar perbadanan ini, Dato Zulkifli Wahab yang sudah di arah untuk bercuti selama lapan bulan ini.

Apabila sudah berlaku perkara seperti ini saya jangkakan Felda tidak akan menjadi Felda lagi. Kerajaan pimpinan Najib memang terkenal dengan tidak mampu untuk membina kemajuan, tetapi beliau terkenal dengan menjahanamkan apa yang sudah kuat hasil kemampuan pimpinan dahulu dan etika pentadbiran yang tinggi yang sudah tiada di zaman ini.

Di tambah pula dengan kemasukan TS Isa Samad kedalamnya…..peneroka akan di porak perandakan dan apa yang peneroka dapat ialah elemen kuku besi yang sedang terbentuk di dalam Felda sekarang. Nak membangunkan tidak ada kemampuan…maka kerja mereka ini hanyalah untuk meruntuhkan sahaja.

Insyaallah saya akan menulis tentang apa yang berlaku dalam Felda ini serta implikasi yang akan akan di hadapi oleh peneroka serta implikasi yang akan di hadapi oleh FELDA keseluruhannya.

Buat setekat ini, peneroka hanya hafalkan satu perbilangan, iaitu ‘ibarat menanam pohon yang condong, pohonnya berada di halaman peneroka, buahnya jatuh ke halaman orang lain.

ATAU pun ingat kepada satu lagi, ‘peneroka di jadikan seperti kerbau untuk membajak sawah pagi dan petang, tetapi hasilnya di baham oleh tikus-tikus yang gemuk di kepuk padi’.
-----------------------------------------------------------
Source: http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/12/felda-sedang-dalam-proses-kehancuran.html
Felda dalam proses kehancuran - Aspan Alias:

'via Blog this'

'Durian runtuh' hanya sekali, rugi RM2b setahun



Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 17 Dis: Jaminan Perdana Menteri untuk memberikan "durian runtuh" kepada para peneroka dari usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holding ke bursa saham ternyata hanyalah sebagai "gula-gula" kerana pemberian itu hanyalah dalam bentuk "one off", berbanding kerugian yang akan dialami Felda sebanyak RM1.5 hingga RM2 bilion setahun.

Sehubungan itu, Felda pasti akan mengalami masa depan yang cukup gelap selepas itu kerana pasti gagal melaksanakan pelbagai kebajikannya kepada para peneroka ekoran kerugian seteruk itu setiap tahun.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Dr Syed Husin Ali berkata, sebaliknya janji tersebut hanyalah dibuat sebagai langkah bagi memudahkan rancangan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd di bursa saham pada separuh pertama tahun 2012.

Menurutnya, dalam masa yang sama, jaminan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad bahawa Felda bakal dibayar RM1 bilion setahun selama 99 tahun bagi meneruskan aktiviti pertanian dan pembangunan sosio-ekonomi peneroka amat disangsikan.

Katanya, kesangsian itu mempunyai asas yang cukup kuat kerana tidak ada jaminan bertulis mengenai perkara tersebut dalam Perjanjian Pajakan tanah antara Felda dan Felda Global Ventures.

"Rekod buruk Felda Global Ventures itu sendiri pun sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai. Felda Global Ventures bukanlah sebuah syarikat yang diurus dengan baik.

"Syarikat itu telah mengalami kerugian sehingga ratusan juta ringgit dalam pelaburan luar negara seperti pelaburan dalam Twin Rivers Technologies dan pembelian apartment di Mekah," katanya ketika dihubungi.

Ketua Eksekutif syarikat itu pula, menurut beliau, pernah disyaki terlibat dalam salah laku yang mengakibatkan kerugian RM120 juta di Syarikat Golden Hope Plantation Bhd.

"Setelah disiasat oleh KPMG Forensics, Ketua Eksekutif syarikat itu akhirnya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Penasihat Intergrasi Kumpulan Sime Darby, seperti dilaporkan dalam Straits Times bertarikh 11 Jun 2008 lalu," jelasnya.

Sehingga kini, tambahnya, Felda Global Ventures hanya memiliki 42,000 hektar tanah di Kalimantan yang masih dalam peringkat penanaman dan semaian.

"Jadi, untuk tujuan penyenaraian ini, Felda berhasrat untuk memajakkan 350,000 hektar tanahnya kepada Global Ventures. Memajakkan tanah Felda dengan tujuan penyenaraian ini adalah bertentangan dengan semangat Akta Kemajuan Tanah yang dihasratkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Razak," ujarnya.

Di peringkat ini, tegasnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi perlu meneruskan segala perancangan yang telah dibuat ke arah penyenaraian itu, sebaliknya perlu dengan telus memberikan penjelasan yang lengkap kenapa Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Wahab diarahkan untuk mengambil cuti belajar selama lapan bulan?

"Sebelum ini, semasa Datuk Dzulkifli sedang melakukan umrah, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad merampas kuasa Pengerusi Permodalan Felda dengan melanggar Akta Koperasi melalui Agenda Khas Mesyuarat Lembaga Pengarah Felda. Mengikut maklumat, perubahan struktur ini dirancang oleh Ketua Eksekutif Felda, Datuk Sabri Ahmad," katanya.

Beliau difahamkan tujuan perubahan itu dilakukan adalah untuk memungkinkan Isa mengambil tindakan meluluskan pelepasan pegangangan ekuiti Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holdings dan merombak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, mengetuai jawatankuasa pelaburan dan merubah polisi sedia ada yang menjaga kepentingan ahli koperasi.

Ia juga, tambahnya, untuk menutup mata kakitangan Felda yang menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda dari mengetahui bahawa mereka bakal kehilangan majoriti 55 peratus dalam saham Felda Holdings Bhd.

"Struktur selepas penyenaraian akan menyaksikan penguasaan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Anak-anak Syarikat Felda susut kepada 30 peratus sahaja dan baki 70 peratus lagi ditawarkan kepada pelabur luar," jelasnya. 'Durian runtuh' hanya sekali, rugi RM2b setahun:

'via Blog this'

Friday, December 2, 2011

Anak sokong Pak Sam saman Isa Samad



Aziz Muda

 KUALA LUMPUR, 2 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Ketua Peneroka, Shamsuddin Othman untuk menyaman Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, sekiranya enggan memenuhi tuntutan warga Felda.

Menerusi perbincangan yang diadakan, Shamsuddin yang juga Ahli Lembaga Pengarah Felda tetap bersama-sama dengan warga Felda lain di seluruh negara mendesak Isa tidak menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

Pengerusi Anak Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata, Shamsuddin yang telah mengetuai peneroka sejak 15 tahun lalu dan berada dalam barisan Ahli Lembaga Pengarah Felda sejak 5 tahun lalu telah memberi masa sehingga 15 hari kepada ISA untuk tunduk kepada desakan itu.

Menurutnya, namun Isa dalam ucapannya enggan tunduk dengan desakan itu dan ini pasti memaksa Shamsuddin mengambil tindakan saman di mahkamah terhadap pengerusi Felda yang penuh kontroversi itu.

Katanya, Shamsuddin yang mesra dengan panggilan Pak Sam ternyata telah mengambil tindakan yang tepat untuk kepentingan warga Felda dan Anak telah mengambil tindakan menyokong penuh dengan sebarang tindakannya untuk mendesak Isa tidak menandantangi atau membatalkan perjanjian itu.

"Sekiranya Isa tetap enggan tunduk dengan desakan itu, Anak turut menyokong penuh langkah yang akan diambil oleh Shamsuddin untuk menyaman Isa," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Menurut beliau, sekiranya Isa terus berdegil dan enggan tunduk pada desakan itu, Anak turut merancang langkah tersendiri untuk mendedahkan perkara itu dan mendesak Isa, Perdana Menteri dan kerajaan-kerajaan negeri membatalkan perjanjian tersebut, termasuk dengan mengadakan road show di seluruh negara bermula 8 Disember ini di Pahang.

"Pada keesokan harinya pula, 9 Disember, Anak turut merancang untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacub bagi mendesak Kerajaan Pahang membatalkan perjanjian tersebut," katanya.

Sekiranya tuntutan itu juga tidak diberikan perhatian oleh Perdana Menteri, tegasnya, pihaknya akan turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Disember ini di Putrajaya.

Menurut beliau, tindakan Isa untuk menandatangani perjanjian dengan FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhdberhubung perkara itu jelas satu pengkhianatan terhadap Felda dan warga Felda di seluruh negara.

Langkah tersebut, tambahnya, tidak ubah seperti menguburkan masa depan Felda serta para peneroka dan jelas mempunyai motif kepentingan peribadi dari pihak Isa dan kroni-kroni pemimpin Umno BN.

Katanya, menerusi perjanjian pajakan yang awalnya hanya 60 tahun dan kemudiannya bertambah kepada 99 tahun itu, tanah-tanah Felda ternyata akan semakin berkurangan kerana akan diambil alih dan dikuasai sepenuhnya secara beransur-ansur oleh FeIda Global Ventures Holdings Sdn Bhd.

"Tanah-tanah Felda yang terhakis itu sekitar 30 hingga 3,000 hektar bagi setiap kawasan Felda di seluruh negara. Sekiranya perjanjian pajakan itu dimetrai, jumlah tanah Felda Plantations yang terkorban berjumlah 360,000 ekar semuanya," jelasnya.

Kerugian-kerugian yang akan ditanggung oleh Felda sekiranya perjanjian itu dimetrai, menurut beliau, berupa kadar bayaran pajakan yang terlalu rendah hanya RM251 juta setahun, manakala bayaran itu pula adalah secara tetap atau bukan mengikut kadar semasa.

Katanya, dengan kadar bayaran serendah itu, Felda akan mengalami defisit RM1.3 juta sekiranya perjanjian itu dimetrai dan ia ternyata akan menjejaskan masa depan warga Felda yang berjumlah 1.6 juta di seluruh negara.

"Keperluan tahunan Felda tidak boleh kurang RM1,500 juta setahun, tetapi berdasarkan perkiraan yang dibuat dengan mengambil kira pendapatan dan perbelanjaan tahunan Felda pada tahun 2010, didapati Felda akan mengalami defisit sedemikian tinggi sekiranya perjanjian itu dimetrai," tegasnya.

Motif sebenarnya Isa menandatangai perjanjian itu, untuk membolehkan Felda disenaraikan di dalam Bursa Saham Malaysia menerusi Felda Global Vantures dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang pasti akan mendatangkan keuntungan amat besar kepada beliau dan kroni-kroni pemimpin Umno BN.

"Untuk kepentingan peribadi, Isa dan koncu-koncunya ternyata sanggup mengorbankan kepentingan Felda dan seluruh warga peneroka. Inilah sikap para pemimpin Umno BN terhadap rakyat sekarang dan selama ini.

"Sikap buruk mereka itu ternyata masih mampu disembunyikan kepada sebahagian rakyat. Anak pasti akan mendedahkan semua itu menerusi road show kami nanti untuk membolehkan orang ramai tahu kejahatan pemimpin-pemimpin Umno BN terhadap rakyat selama ini, khususnya mengenai Felda yang kini menjadi semakin parah sejak berada di bawah Isa," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Timbalan Presiden Anak Kebangsaan, Aris Fezul Ismail dan bekas Naib Presiden Felcra, Datuk Ramli Buyung. Anak sokong Pak Sam saman Isa Samad:

'via Blog this'

Tuesday, November 29, 2011

Anak sokong JKPP Felda saman Isa Samad



Nazri Abdullah
 AMPANG, 28 Nov: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman (gambar) menyokong penuh tindakan Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKKP) Felda untuk memfailkan saman ke atas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.

Bercakap kepada Harakahdaily hari ini, Mazlan berkata, tindakan tersebut wajar memandangkan Isa telah menghina para peneroka yang selama ini memerah keringat kepada Felda.

"Kita sangat dukacita dengan penghinaan Isa Samad terhadap peneroka Felda.

"Bagi anak ucapannya itu menghina seluruh warga Felda dan kita mintak dia tarik balik," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau mengulas pendirian JKPP dalam satu sidang media hari ini yang mahu menyaman Isa Samad jika pengerusi Felda itu tidak mahu memohon maaf secara terbuka dalam masa 14 hari.

Ianya ekoran kata-kata penghinaannya terhadap Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman.

Penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

Dalam ucapan itu Isa didakwa mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk kepala) dia".

Kenyataan itu didakwa dutujukan kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

Bagaimanapun tindakan Isa itu dianggap menghina seluruh peneroka kerana Shamsuddin adalah ketua peneroka Felda kebangsaan yang mewakili seluruh peneroka.

"Kehadiran Isa Samad bermasalah seperti mahu berperang dengan warga Felda," kata Mazlan lagi.

Sementara itu, beliau memaklumkan, satu laporan polis akan dibuat terhadap Isa Samad pada Selasa ini di balai polis Central Johor Bahru berhubung perkara sama. Anak sokong JKPP Felda saman Isa Samad:

'via Blog this'

Tuesday, May 24, 2011

Anak dakwa Felda peroleh pinjaman KWSP RM6 bilion, tuntut penjelasan ~ Kembara Jr @Blogspot


KUALA LUMPUR, 24 Mei — Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) meminta Felda memberikan penjelasan berhubung dakwaan bahawa agensi persekutuan itu memperoleh pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dipercayai mahu menampung masalah kewangan dialami.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, pihaknya mendapat maklumat Felda telah berbuat demikian dan oleh itu mahu pengurusan Felda dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menjelaskan sama ada benar atau tidak perkara itu.
Beliau berkata mendapat maklumat itu daripada minit mesyuarat daripada Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang menyebut “permohonan sara hidup yang dibincangkan untuk dinaikkan telah dibawa ke mesyuarat gabungan JKKR dan telah dipersetujui tetapi setelah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Perunding Peneroka, jawapannya adalah dukacita, tidak dapat dipertimbangkan kerana Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.”
Bagaimanapun katanya, beliau tidak tahu bila pinjaman sejumlah itu diperoleh.
Justeru tambah Mazlan, pihaknya mempersoalkan tindakan Felda itu sambil menyifatkan ia tidak wajar selain menuntut penjelasan.
“Belum pun reda isu kemerosotan rizab Felda, terdapat pula laporan yang menyebut bahawa Felda telah meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 bilion. Dakwaan Anak ini jika benar, ia satu perkara amat memeranjatkan.
“Untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya,” katanya pada sidang media di sini.
Sebelum ini Mazlan mendakwa Felda mengalami kemerosotan rizab tetapi telah dinafikan oleh Ahmad dan kerajaan.
“Alasan-alasan yang digunakan Datuk Ahmad Maslan berhubung kemerosotan rizab Felda yang merosot dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 ialah ia telah digunakan untuk menampung kos peneroka.
“RM2 bilion digunakan untuk pembangunan tanam semula termasuk sara hidup dan pendahuluan hasil, RM603 juta untuk pinjaman rumah, RM253 juta untuk Tabung Kemiskinan Sabah dan RM662 juta untuk bangunan baru Felda, namun laporan Felda meminjam daripada KWSP, ini amat mengejutkan dan kita mahu tahu apa yang berlaku,” kata Mazlan.
Tegas ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu, sekiranya dakwaan itu tidak benar satu penafian perlu dibuat pengurusan Felda dan Ahmad.
“Kita mahu tahu kebenaran,” kata beliau.
Pada sidang media hari ini, Mazlan meminta agar Felda menjelaskan tentang status anak-anak peneroka yang meneruskan pengajian di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC).
“Anak menerima aduan mengenai status anak peneroka yang belajar di METC, walaupun peluang belajar di sana satu langkah yang dialu-alukan tetapi ia mesti telus dan Felda mesti jawab persoalan ini.
“Yang pertama apakah status terkini program itu? Berapa kos sebenar untuk seorang pelajar? Apakah jenis lesen yang akan mereka dapat? Adakah benar dakwaan kos yang dibayar Felda terlalu mahal? Setakat manakah pelajar METC ini mendapat pentauliahan yang melayakkan mereka untuk pergi lebih jauh,” soalnya.
Anak dakwa Felda peroleh pinjaman KWSP RM6 bilion, tuntut penjelasan ~ Kembara Jr @Blogspot