Monday, April 1, 2013

jangan sokong UMNO

Pandangan yang tidak pernah terlintas oleh kebanyakan rakyat Malaysia .

Masuk Pas jangan tak masuk...

Arahan Presiden

Kronologi Memali @ Operasi Hapus



001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kumpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman 

Baca artikel penuh klik sini--->http://bit.ly/ZiVb0L

rupanya individu yg dikehendaki oleh pihak polis ni.. Dato Seri bla.. bla...pengerusi sebuah persatuan Pro UMNO yg sering berdemo menganggu ketenteraman awam diPenang

Setelah aku amati... rupanya individu yg dikehendaki oleh pihak polis ni.. Dato Seri bla.. bla...pengerusi sebuah persatuan Pro UMNO yg sering berdemo menganggu ketenteraman awam diPenang, saban minggu, tulah keja dorang... dan telah disahkan.. bahawa individu nilah yg memberi DANA pada militan Sulu..

Polis buru lelaki bertindak agresif rempuh kereta peronda di Batu Rakit




1 April 2013
KUALA TERENGGANU - Polis memburu seorang lelaki yang bertindak agresif merempuh kereta peronda ketika anggota polis terbabit menjalankan Ops Lejang dan kegiatan mencuri motor di Kampung Batu Rakit, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K Manoharan berkata, dalam kejadian pada kira-kira 3.50 pagi itu, kenderaan polis yang sedang meronda di sekitar kawasan berkenaan berjaya mengesan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan sebelum mengekorinya.

Beliau berkata, kereta itu berhenti di sebuah chalet di tepi pantai sebelum seorang lelaki dan seorang wanita keluar menuju ke rumah penginapan berkenaan.

"Curiga dengan tindak-tanduk pasangan itu, pihak polis menghampiri kereta berkenaan dan memperkenalkan diri sebelum pemandu kereta berkenaan mengundurkan kenderaan dan merempuh kereta polis.

"Akibat rempuhan itu, kereta pasukan polis kemek di bahagian kiri penumpang sebelum lelaki itu bertindak memecut kereta dan melanggar pintu hadapan chalet tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Manoharan berkata suspek kemudian terus melarikan diri menghala Kuala Terengganu dan pihaknya menghubungi balai berhampiran meminta bantuan untuk mengesan suspek.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam chalet itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 21 tahun yang berasal dari Kelantan bagi membantu siasatan.

"Kita percaya suspek yang berusia 20-an itu melarikan diri kerana terlibat dalam kes jenayah dan pengedaran dadah, ini kerana dua rakan suspek itu positif dadah jenis Methamphetamine," katanya.

Manoharan berkata setakat ini, pihaknya memperoleh maklumat lanjut berhubung suspek dan masih mengesan lelaki itu untuk tangkapan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian atau individu yang mencurigakan menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Ceroboh Sabah: Muhammad Ridzwan serah diri bantu siasatan




1 April 2013
 Muhammad Ridzwan Sulaiman
Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman (kiri) dikerumuni pihak media ketika tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di Kuala Kumpur, hari ini. - Foto Bernama
Muhammad Ridzwan Sulaiman
Muhammad Ridzwan Sulaiman
Hamza Taib
Hamzah Taib menunjukkan gambar Muhammad Ridzwan Sulaiman yang di cari pihak polis bagi membantu siasatan dalam Op Daulat semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.
Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.
Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.
Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.
"Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram," katanya.
Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.
Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas. - Bernama

Bertemu Azzumudie Kiram



ZULKHAIIL ZAINUDDIN & MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN
1 April 2013
Rody Kunsul
Rody Kunsul
LAHAD DATU – Salah seorang penduduk Kampung Tanjung Batu, Rody Kunsul, 36, mengaku pernah bertemu dengan ketua penceroboh, Azzumudie Kiram dan Jeneral Musa pada 4 Mac yang lalu.

Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 8 pagi apabila kira-kira 60 pengganas Kiram yang masuk ke kampung tersebut dan mengarahkan penduduk berkumpul di satu kawasan lapang.

Katanya, selepas penduduk berkumpul, Azzumudie Kiram membenarkan wanita dan kanak-kanak keluar dari kampung mungkin atas faktor keselamatan.

"Pengganas juga membuat dua sekatan di kampung itu, kami tiada jalan mahu keluar, semuanya sudah ditutup.

“Sebahagian besar daripada mereka membawa pelbagai jenis senjata dan barong (parang Sulu). Kami ketakutan pada waktu tersebut, kami berserah kepada ALLAH,” katanya.

Kata Rody lagi, sejurus selepas itu, Jeneral Musa mengarahkan dua penduduk kampung membeli beras dan barang makanan lain sambil menyerahkan RM400.

“Saya mengikut dua penduduk ini kerana saya ada kenderaan, selepas kami keluar, kami tidak balik-balik lagi, saya ditawan kira-kira 30 minit sahaja,” katanya.

Ditanya bagaimana penduduk lain boleh melepaskan diri, Rody memberitahu kepada Sinar Harian bahawa Azzumudie dan Musa membenarkan penduduk kampung menyelamatkan diri selepas meminta izin.

“Penduduk meminta izin mahu melarikan diri kerana pada 5 Mac, tentera mengebom kedudukan Kampung Tanduo, bunyi letupan amat kuat dari sini,” katanya.

Selain itu, Rody turut memberitahu kelibat Azzumudie dan Musa tidak lagi kelihatan selepas itu, namun dipercayai mereka melarikan diri ke arah utara dan meninggalkan sedikit pengganas di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian untuk bertempur dengan pasukan tentera.

Pada 5 Mac lalu, Op Daulat dilancarkan dengan serangan udara dari pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan Hawk 208. Ia disusuli dengan tembakan artileri dan kereta perisai memasuki kawasan tersebut.

Muhammad Ridhwan: Jamalul Kiram bukan keturunan sultan yang sah




1 April 2013
Muhammad Ridzwan Sulaiman
Muhammad Ridzwan Sulaiman
KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman mendakwa  Jamalul Kiram, yang dipercayai dalang pencerobohan pengganas di Sabah, bukan keturunan sultan Sulu sebenar.

Sebaliknya, Muhammad Ridhwan berkata keturunan kesultanan Sulu sebenar adalah Muedzul Lail Tan Kiram, iaitu anak kandung  kesultanan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina.

Beliau berkata atas faktor itu pertubuhannya menjalankan urusan transaksi kebajikan dengan Muedzul Lail.

"Saya pernah pergi tiga kali ke Jolo, selatan Filipina. Berdasarkan poster gambar terpampang wajah Muedzul Lail di setiap penjuru  jalanan dan reaksi masyarakat di sana menunjukkan Muedzul Lail adalah anak kandung sultan Sulu terakhir yang diiktiraf Filipina.

"Sebab itu saya bawakan satu buku kuning dan cek untuk menunjukkan bukti kepada polis bahawa saya tidak kenal Jamalul Kiram itu siapa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Ridhwan berkata berdasarkan pertemuan dengan Muedzul Lail, beliau dimaklumkan bahawa keturunan sultan Sulu tidak boleh menuntut semula Sabah dari Malaysia dan Muedzul Lail menunjukkan beberapa surat serta dokumentasi yang membuktikan tiada tuntutan boleh dibuat keturunan sultan Sulu terhadap Sabah.

Ditanya mengenai perjanjian pajakan Sabah itu tamat pada 2015 dan kedatangan penceroboh terbabit ingin memperbaharui  perjanjian itu, Muhammad Ridhwan menegaskan: "Tidak benar, dia (sultan Sulu ketika itu) tiada perjanjian dateline (tiada tempoh), dia (sultan Sulu ketika itu) serahkan pada British untuk dibangunkan".

Muhammad Ridhwan yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan di Sabah, menyerah diri di Ibu  Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridhwan, tidak terlibat dengan pengganas bersenjata  dari selatan Filipina tetapi boleh membantu polis dalam siasatan berhubung kes pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas. - Bernama

Aspirin kurangkan risiko kanser



BELFAST 31 Mac - Satu kajian saintis dari Universiti Queen's, di sini mendapati, pengambilan aspirin seminggu atau sebulan sekali mampu mengurangkan risiko menghidap penyakit kanser.
Menurut akhbar Daily Express yang memetik laporan kajian itu, risiko menghidap penyakit kanser leher dan kepala boleh dikurangkan sebanyak 22 peratus menerusi pengambilan dos biasa aspirin seminggu atau sebulan sekali.
Menurut laporan itu, golongan berusia antara 55 dan 74 tahun, merupakan kelompok paling cerah untuk menghindari penyakit terbabit dengan pengambilan aspirin secara teratur.
Pengambilan aspirin bagi golongan pertengahan usia pula disahkan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
Akhbar itu melaporkan, kajian berkenaan dijalankan bagi menguji kesan pengambilan aspirin dan ibuprofen terhadap risiko kanser kepala dan leher.
Hasil kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan, British Journal of Cancer mendapati, pengambilan dua jenis ubat berkenaan merupakan cara paling berkesan mengelak pertumbuhan kanser.
Saintis turut menyimpulkan bahawa aspirin mampu berfungsi sebagai agen chemopreventive, sejenis dadah untuk menghalang penyakit, dan kajian secara berterusan terhadap ubat berkenaan wajar dijalankan.
Setiap tahun, dianggarkan 16,000 orang di Britain berisiko menghidap kanser kepala dan leher.
Ketua Eksekutif Yayasan Kesihatan Pergigian Britain, Dr. Nigel Carter berkata: "Penggunaan aspirin dipercayai membantu menyekat pertumbuhan beberapa jenis kanser. Jika kaedah tersebut benar-benar berjaya untuk kanser mulut, ia boleh menjadi pemangkin untuk menjalankan lebih banyak kajian.
"Namun perlu diingatkan, pengambilan aspirin menjadi sia-sia jika orang ramai mengabaikan tentang bahaya merokok, alkohol dan amalan diet teruk kerana ketiga-tiga ancaman itu boleh menyebabkan kanser mulut," jelasnya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_13/Aspirin-kurangkan-risiko-kanser#ixzz2PBwj692K
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Nur Misuari pemimpin yang gagal



KELANTANGAN bekas pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menyuarakan bantahan serta kritikan terhadap Malaysia berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini telah menimbulkan kemarahan rakyat di negara ini.
Ramai pihak mempersoalkan campur tangan Misuari dalam konflik di Sabah dan kenyataannya menyokong ketua penggans Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu menceroboh Sabah.
Kenyataan-kenyataannya itu jelas menggambarkan satu tindakan daripada seorang pemimpin yang gagal, kecewa dan dipinggirkan, bukan sahaja oleh masyarakat antarabangsa tetapi juga oleh kerajaan Filipina dan juga oleh bangsanya sendiri - BangsaMoro.
Kenyataan-kenyataannya juga jelas menunjukkan perasaan cemburunya terhadap kejayaan seterunya dalam Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang diketuai Murad Ebrahim mengadakan perjanjian damai dengan kerajaan Filipina, baru-baru ini.
Tindakan pengasas MNLF itu jelas sekadar mahu menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan BangsaMoro, serta cuba menebus kegagalannya membawa kemajuan di Mindanao, ketika menjadi gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM) di selatan Filipina selepas mengadakan perjanjian damai dengan kerajaan Filipina pada 1996.
Perjuangan Misuari bersama MNLF mula dipertikaikan apabila beliau secara rasmi menggugurkan tuntutan kemerdekaan Mindanao dalam Perjanjian Tripoli I pada 1976, sekali gus menunjukkan kegagalannya memperjuangkan nasib Bangsamoro di selatan Filipina.
MNLF di bawah pimpinannya mula mengalami perpecahan pertama pada 1976 apabila satu kumpulan dalam MNLF diketuai Hashim Salamat menubuhkan MILF dan perpecahan MNLF kali kedua berlaku pada 1991, apabila Khadaffy Janjalani pula menubuhkan kumpulan Abu Sayyaf.
Namun dengan sokongan Arab Saudi dan Libya, Misuari bijak mengambil kesempatan untuk menaikkan semula reputasinya apabila beliau sebagai pengerusi MNLF menandatangani perjanjian damai dengan kerajaan Filipina ketika itu di bawah pimpinan Fidel Ramos pada 1990-an.
Justifikasi perdamaian itu membolehkan Misuari dilantik sebagai Gabenor ARMM dari 1996 hingga 2002.
Sepanjang tempoh enam tahun bertugas sebagai Gabenor ARMM ketiga, pentadbiran Misuari diselubungi pelbagai kontroversi termasuk isu rasuah, nepotisme dan salah tadbir.
Malah dana yang disalurkan kerajaan Filipina tidak digunakan untuk pembangunan di Mindanao, meski pun banyak projek dalam kertas kerja ARMM telah diluluskan.
Ada laporan menyebut, banyak pelaburan daripada Malaysia juga lesap tanpa dikesan.
Bagi menyembunyikan kegagalannya memerintah ARMM, Misuari kembali melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan Filipina di Jolo, Sulu pada November 2001, selepas kerajaan Filipina ketika itu di bawah pimpinan Presiden Gloria Macapagal Arroyo melucutkan jawatannya sebagai Gabenor ARMM.
Misuari menghadapi tamparan hebat kali ini, apabila kerajaan Arab Saudi dan Libya dengan tegas menyatakan pendirian tidak mahu lagi membantu Misuari kerana menyifatkan konflik yang berlaku antara MNLF dan Filipina ketika itu merupakan isu dalaman negara terbabit.
Dendam Misuari terhadap Malaysia dikatakan bermula apabila kerajaan Malaysia menangkapnya dan menyerahkannya kepada kerajaan Filipina untuk dibicarakan atas kesalahan melakukan keganasan selepas beliau melancarkan pemberontakan dan melarikan diri dari negara itu.
Pasukan keselamatan Malaysia menangkap Misuari di perairan Sabah kerana memasuki negara ini secara haram.
Beliau cuba menggunakan nama beberapa anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), yang mengiktiraf MNLF sebagai badan pemerhati OIC, untuk memburukkan nama Malaysia kerana tidak memperjuangkan nasib umat Islam di Mindanao.
Namun taktik meraih simpatinya itu menemui kegagalan selepas duta negara-negara terbabit menafikan dakwaan Misuari.
Sejak itu, Misuari dilihat bersungguh-sungguh menuntut Sabah sebagai hak Kesultanan Sulu dan mencemburui kejayaan MILF dan kerajaan Filipina yang baru-baru ini, menandatangani rangka pelan damai, hasil usaha sama kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaik-baik sahaja perjanjian MILF- Manila ditandatangani, Misuari dengan lantang mengeluarkan kenyataan provokasi yang menyatakan perjanjian tersebut hanya akan mencetuskan lagi perang yang lebih besar.
Sikap itu jelas menunjukkan kekecewaan Misuari apabila beliau tidak dapat mencapai kejayaan seperti yang diperoleh pemimpin MILF untuk mewujudkan wilayah autonomi Islam yang lebih baik daripada pimpinannya sebelum ini.
Tidak hairanlah jika Misuari terus membabitkan dirinya dalam isu pencerobohan di Lahad Datu kerana ingin membalas dendam terhadap Malaysia yang menjayakan rundingan damai antara MILF dan Filipina.
Jika Misuari benar-benar ikhlas untuk mewujudkan wilayah Islam yang berdaulat, kenapa beliau tidak menyokong perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang ketika ini telah mencapai satu tahap yang lebih baik untuk merealisasikan impian BangsaMoro.
Sebaliknya, Misuari dilihat cuba mencari jalan untuk menggagalkan usaha damai tersebut dan menjadikan isu tuntutan Sabah sebagai batu loncatan untuk menaikkan semula reputasinya sebagai pemimpin MNLF yang disegani.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_10/Nur-Misuari-pemimpin-yang-gagal#ixzz2PBwWMGeQ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penduduk Britain bantah 'cukai bilik tidur'



LONDON 31 Mac - Kira-kira 4,000 penduduk Britain mengadakan demonstrasi di jalan-jalan utama di sini semalam, bagi membantah pelaksanaan cukai ke atas rumah-rumah yang mempunyai bilik tambahan.
Menurut polis, kira-kira 3,000 penduduk berhimpun di Dataran George di Glasgow, manakala hampir 1,000 lagi berkumpul di luar bangunan Parlimen Scotland di Edinburgh.
Penunjuk perasaan menyatakan bahawa polisi baharu yang digelar sebagai 'cukai bilik tidur' itu, akan memberi kesan kepada orang kurang upaya dan wanita serta mampu membawa kepada pengusiran dan kematian.
Cukai itu turut mengakibatkan seramai 660,000 isi rumah kerugian secara purata 14 pound (RM65.40) seminggu, lapor pusat kebajikan untuk golongan gelandangan Britain, Crisis.
Difahamkan, rancangan cukai itu disasarkan terhadap mereka yang menyewa rumah majlis perbandaran atau perumahan persatuan dan bukannya ke atas hartanah persendirian.
Aktivis Bill Scott daripada kumpulan kempen hilang upaya, Inclusion Scotland berkata, dua pertiga daripada hartanah Britain melibatkan sebuah rumah orang kurang upaya, sementara di Scotland jumlah itu meningkat kepada empat perlima.
"Amat memalukan apabila kerajaan memilih untuk menjadikan orang kurang upaya sebagai sasaran,'' katanya.
Sementara itu, penunjuk perasaan menjadikan Setiausaha Kerja dan Pencen Britain, Iain Duncan Smith sebagai mangsa kemarahan mereka dalam demonstrasi tersebut dengan memakai baju dan mempamerkan pelekat yang tertulis 'ratbag' yang merujuk kepadanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_12/Penduduk-Britain-bantah-cukai-bilik-tidur#ixzz2PBwNPIc5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Letupan motosikal, 2 tentera Thai maut



Anggota unit pemusnah bom, memeriksa lokasi kejadian dua renjer maut apabila satu serangan bom motosikal berlaku di daerah Mayo, Pattani, kelmarin. - AFP
PATTANI 31 Mac - Dua anggota tentera Thailand terbunuh dan empat lagi cedera dalam satu serangan bom motosikal di daerah Mayo, di sini semalam.
Serangan tersebut berlaku sehari selepas Komander Unit Rondaan, Kapten Siwat Sripuyo terbunuh dan 14 anggota unitnya cedera dalam serangan hendap di daerah Rueso, wilayah Narathiwat, kelmarin.
Sumber polis melaporkan, serangan bom berkenaan berlaku pada pukul 2.30 petang semalam ketika enam anggota tentera terbabit meronda di sebatang jalan di Ban Khaek Thao dekat Koh Chan dengan menaiki sebuah trak.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Maromalee Hama, 27, dan Nithi Chanowan, 25 tahun. Mereka meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital berdekatan.
Empat anggota tentera yang cedera dikenali sebagai Sompong Klanniam, 29, Thannandorn Kaeokhao, 28, Kriangsak Srikhet, 37, dan Mahamadarulee Malayu, 19 tahun.
Siasatan polis mendapati kira-kira 10 kilogram bahan letupan dipasang pada sebuah motosikal yang diletakkan di tepi jalan di situ sebelum ia diletupkan.
Pertempuran selama lima minit turut berlaku antara kumpulan penyerang dan tentera selepas bom terbabit meletup.
Di YALA, seorang suspek kumpulan pemisah yang dikehendaki polis atas dakwaan melakukan lima serangan pistol di daerah Than To antara 2005 dan 2009, ditahan polis, semalam.
Suspek, Abdullah Pula, 34, ditahan di sebuah tempat persembunyian di ladang getah di Ban Rae selepas polis mendapat maklumat daripada penduduk kampung. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_06/Letupan-motosikal-2-tentera-Thai-maut#ixzz2PBvBG3wu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

3 maut dalam pertempuran di Bangladesh



DHAKA 1 April - Tiga maut dalam satu pertempuran melibatkan polis dan penyokong sebuah parti di Bangladesh, kelmarin ketika tunjuk perasaan bagi menyatakan bantahan berhubung perbicaraan jenayah perang.
Tunjuk perasaan tersebut dianjurkan oleh aktivis Parti Jamaat-e-Islami sejak beberapa bulan lalu bagi menyatakan bantahan terhadap perbicaraan yang melibatkan hampir kesemua kepemimpinan utama parti itu, dalam kes berkaitan perang saudara bagi mencapai kemerdekaan pada 1971.
Insiden tersebut berlaku selepas anggota-anggota Parlimen memasuki perkampungan di daerah Chapainawabganj, untuk menahan aktivis parti yang dituduh membakar stesen janakuasa dalam tunjuk perasaan yang diadakan pada bulan lalu.
Kira-kira 6,000 penduduk berkumpul cuba menghalang penahanan tersebut, menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_03/3-maut-dalam-pertempuran-di-Bangladesh#ixzz2PBuwFntK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Satirawan Mesir dibebas dengan ikat jamin



KAHERAH 1 April - Satirawan Mesir, Bassem Youssef dibebaskan dengan ikat jamin semalam, selepas hampir lima jam disoal siasat berhubung dakwaan menghina Presiden Mohammed Mursi dan agama Islam.
Menurut pihak berkuasa, Bassem diarah membayar ikat jamin sebanyak AS$2,200 (RM6,820) atas siasatan yang dijalankan berhubung dakwaan tersebut.
Menerusi akaun Twitternya, Bassem mengesahkan syarat ikat jamin tersebut, sambil menyatakan ikat jamin itu untuk tiga kes yang difailkan sebelum ini.
Bagaimanapun, Bassem menyatakan tarikh siasatan untuk kes keempatnya masih belum ditetapkan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130401/lu_04/Satirawan-Mesir-dibebas-dengan-ikat-jamin#ixzz2PBrZbd6F
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Muka macam haram jadah !

Bongkak vs Bangang: SPR pilih untuk jadi 'si anjing Umno



Dan macam biasa, SPR memilih untuk beraksi macam 'si anjing Umno' walaupun terpaksa jadi bongok. Apa sangat kut kalau takat jadi bongok demi untuk berkhidmat kepada tuan depa demi emastikan tuan depa terus berkuasa.


MalaysianInsider melaporkan:
SHAH ALAM, 30 Mac ― Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Sikap angkuh pembangkang itu sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Biasanya apabila orang berbudi kita berbahasa, tetapi bagi pembangkang, mereka berkata kami tidak mahu, kami tolak, alasan-alasan yang diberi tidak cukup,” katanya. - TMI.

Macam yang aku dah ulas sebelum ni, tawaran Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan ni adalah tawaran yang terbit dari otak orang yang bangang.

Dah la cuma 10 minit, rakaman pulak, dan rakaman tu pulak Rais Yatim yang akan tentukan sesuai ataupun tidak. Orang bongok saja kut yang sanggup terima tawaran bangang macam tu.

Dan memang tujuan Rais bagi tawaran yang bangang macam tu supaya Pakatan Rakyat tak terima tawaran tu, supaya Rais Yatim boleh kata Pakatan Rakyat bongkak.

Biarlah Pakatan Rakyat dianggap bongkak oleh menteri bangang macam Rais Yatin ni dari dianggap bongok oleh rakyat.

Dan macam biasa, SPR memilih untuk beraksi macam 'si anjing Umno' walaupun terpaksa jadi bongok. Apa sangat kut kalau takat jadi bongok demi untuk berkhidmat kepada tuan depa demi emastikan tuan depa terus berkuasa.

MalaysianInsider juga melaporkan:

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal tawaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan manifesto parti politik selama 10 minit sempena Pilihan Raya 2013 ditolak mentah-mentah pemimpin Pakatan Rakyat (PR), kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz berkata, tawaran yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu, yang membenarkan semua parti politik membentangkan manifesto menerusi siaran RTM selama 10 minit, perlu diteliti terlebih dahulu.

"Mereka (Pakatan Rakyat) tuduh kita tak beri ruang, SPR usahakan bersungguh-sungguh kepada semua parti politik supaya dasar politik mereka dapat didengar dan dilihat rakyat.

"Memang betul disebut 10 minit, tapi perincian syarat itu kami belum terima lagi, mungkin 10 minit itu berkali-kali, namun pada dasarnya kita dan dapatkan ruang untuk mereka bercakap," katanya dipetik dari portal berita Sinar Harian Online, hari ini.

mangkuk hayun umno

Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

semakin menarik.. kahkahkah
Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 Sept tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

“Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram,” katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri hari ini berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Feb lepas.

Komen Anda...Mengenai Politik Jakun Puak-puak Yang Takut Kalah

Hiburan Diutamakan..Akhlak Di Ketepikan....

Dalam Sibuk "Mempertahankan Kalimah Allah". Kerajaan umno Bina Gereja Paling Besar Di Asia Tenggara....Lu Ada Otak..Lu Fikir Sendiri !! Gereja terbesar Asia Tenggara dibuka di Bukit Jalil hari ini... satu lagi kejayaan Barisan Nasional Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam. Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe. Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang. "Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya. Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam. Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata: "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim" Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000 yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras. Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus. "Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya. Apa pentingnya gereja sebesar ini didirikan di Malaysia sedangkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian adalah begitu kecil berbanding penganut kristian di Indonesia. Mengapa tidak didirikan di Indonesia? Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara.


Dalam Sibuk "Mempertahankan Kalimah Allah". Kerajaan umno Bina Gereja Paling Besar Di Asia Tenggara....Lu Ada Otak..Lu Fikir Sendiri !!

Gereja terbesar Asia Tenggara dibuka di Bukit Jalil hari ini... satu lagi kejayaan Barisan Nasional

Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.

Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe.

Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

"Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya.

Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam.

Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata: "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim"

Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000 yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras.

Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus.

"Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya.

Apa pentingnya gereja sebesar ini didirikan di Malaysia sedangkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian adalah begitu kecil berbanding penganut kristian di Indonesia. Mengapa tidak didirikan di Indonesia?

Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara.
 ..Lu Ada Otak..Lu Fikir Sendiri !!

Gereja terbesar Asia Tenggara dibuka di Bukit Jalil hari ini... satu lagi kejayaan Barisan Nasional

Gereja terbesar di Asia Tenggara membuka pintunya hari ini berlatarbelakangkan perdebatan tentang kebebasan beragama di Malaysia dan dakwaan diskriminasi halus terhadap orang bukan Islam.

Bangunan berkeluasan 600,000 kaki persegi dan berhargac RM200 juta digelar Calvary Convention Centre (CCC) di Bukit Jalil mempunyai sebuah auditorium 5,000 kerusi, serta dewan serbaguna, bilik darjah, dewan kuliah, nurseri dan kawasan lain terdiri daripada kedai-kedai runcit dan kafe.

Ia adalah satu mercu tanda yang menunjukkan Malaysia adalah benar-benar tanah yang pelbagai budaya, "Calvary Church bersekutu paderi David Seah memberitahu The Malaysian Insider hari ini, perkhidmatan selepas Easter pagi ini yang dihadiri oleh kira-kira 3,000 orang.

"Saya tidak menjangka sebarang tindak balas yang berpotensi ," katanya.

Sesetengah orang Islam menyatakan di blog mereka dalam 2011 keresahan dengan saiz CCC, mengatakan bahawa ia adalah satu ancaman kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan ia boleh digunakan untuk menukar umat Islam.

Tetapi Seah menegaskan bahawa Gereja Calvary tidak mualaf Islam, berkata: "Apabila kita memberikan keluar kawasan, kita memberitahu ahli tidak meletakkan mereka di rumah-rumah Muslim"

Para paderi gereja Pentecostal berkata bahawa pembinaan CCC di atas tanah komersil bermula pada tahun 2007 dan telah siap pada tahun ini, mencatatkan bahawa ia akan dapat menampung jemaah 3,000 yang sebelum ini tersebar di Damansara Heights, Damansara Perdana dan Cheras.

Paderi Kanan Calvary Church Rev Dr Tan Sri Putera Guneratnam menangis apabila beliau mengambil podium untuk menyampaikan khutbah beliau pada Easter, hari yang paling penting pada kalendar Kristian iaitu meraikan kebangkitan Yesus Kristus.

"Kami berada di sini. Kami jadikan ia kenyataan, "kata Guneratnam dengan suara yang menggeletar, sebelum mengelap matanya.

Apa pentingnya gereja sebesar ini didirikan di Malaysia sedangkan jumlah penduduk Malaysia yang beragama Kristian adalah begitu kecil berbanding penganut kristian di Indonesia. Mengapa tidak didirikan di Indonesia?

Malaysia gah lagi kerana kini satu lagi rekod berjaya dicipta. Selepas bangunan tertinggi di dunia kini kita ada gereja terbesar di Asia Tenggara. 

Guna Fakta Bukan Kepala Lutut !!!Bersama Tolak Umno/BN !!

Dulu Masa BN Kuat Tahun 2004..Kerusi Melayu Cikit...
Tapi Masa PR Kuat 2008....Kerusi Melayu Jadi Banyak...


Individu dikehendaki polis bergambar besama kawan2nya

Individu yang dikehendaki polis bersama kawan2nya

JENG JENG JENG Ooh siapa plak ni yg duduk makan bersama2 dgn individu yg dikehendaki polis (Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman) berhubung dgn pencerobohan militan2 Sulu di Lahad Datu? Dari wall Clifford Tan

Pas serah polis siasat dalang insiden Phahrolrazi ‘dikurung’



WARTAWAN SINAR HARIAN
1 April 2013
Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
ALOR SETAR - Pas Kedah menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dalang di sebalik insiden membabitkan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi ‘dikurung’ selama dua jam di sebuah sekolah agama di Yan, 16 Mac lalu.
Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihak lain tidak wajar campur tangan berikutan kes itu kini dalam siasatan polis.

“Polis sudah siasat. Biar polis buat kerja mereka. Siasatlah saya tak halang,” katanya.

Menurutnya, pihaknya sudah malas mahu melayan karenah segelintir ahli yang suka memperbesar-besarkan isu, kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita mahu hadapi PRU13 tidak lama lagi, ini keutamaan saya,” katanya.

Azizan berkata demikian bagi mengulas cadangan beberapa akar umbi dari Unit Peti Undi (UPU) Megat Dewa, Kuala Sanglang, Kampung Sanglang, Kandis dan Kampung Pering, kelmarin, yang mahu Pas Pusat menubuhkan jawatankuasa menyiasat insiden terbabit kerana
mencemarkan nama baik parti selain ia pertama kali berlaku dalam Pas Kedah.

Rabu lalu, Azizan menafikan beliau terlibat dalam kejadian itu apabila ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan insiden terbabit.

Pada 16 Mac lalu, Phahrolrazi dipercayai dikurung pihak tertentu bagi menghalang beliau mengadakan ceramah di Kampung Kabu, Sungai Limau.

Phahrolrazi yang juga Exco Kerajaan Negeri didakwa ‘dikunci’ selama dua jam di Sekolah Agama Nahdzah Bukit Besar, dalam perjalanan ke lokasi ceramah, yang merupakan kubu kuat Azizan.
Rentetan itu, Pemuda Gerakan Kedah membuat satu laporan polis berhubung kejadian pada 20 Mac, selain laporan polis oleh ahli Pas kawasan Sungai Limau pada 17 Mac.
Bagaimanapun, bekas pengetua sekolah itu, Nasir Othman menafikan dakwaan, sebaliknya menegaskan beliau hanya menasihati Phahrolrazi tidak hadir ke lokasi ceramah anjuran persendirian itu kerana bimbang berlaku kekecohan. 
Sementara itu, mengulas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU13, Azizan sependapat Pengerusi DAP, Karpal Singh, mereka mampu tawan lebih banyak negeri dalam PRU13, namun menyasarkan tambahan lima negeri.

Katanya, berdasarkan mood rakyat, pihaknya yakin hasrat itu mampu dicapai dan bukan angan kosong.

“Kami mahu tambah lima lagi, bukan empat. Mana-mana negeri boleh tapi jumlahnya biarlah lima,” katanya tanpa menamakan negeri yang bakal jatuh ke tangan PR.

Kelmarin, Karpal Singh berkata, PR yakin dapat mengekalkan kemenangan di empat negeri, iaitu Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang, selain akan menawan semula Perak, serta merampas Perlis, Negeri Sembilan dan Johor.

Azizan berkata, sokongan rakyat terhadap PR sudah meningkat, namun pemimpinnya hendaklah bijak mengambil peluang itu melalui pendekatan berkesan.

“Kita sebagai wakil rakyat boleh baca pergerakan akar umbi dan mood rakyat, jadi kita tahu sejauh mana sokongan itu. Contohnya, dalam telaga ada banyak jenis ikan, tetapi terpulang pada kita untuk guna kaedah terbaik sama ada pancing, pukat, jala atau bubu,” katanya.

Lelaki bersenjata serang sekolah




1 April 2013
Lelaki bersenjata serang sekolah
Seorang mangsa menerima rawatan di Hospital Karachi.
KARACHI - Seorang guru besar dilaporkan terbunuh, manakala sekurang-kurangnya enam orang termasuk empat murid sebuah sekolah di tengah Pakistan cedera, selepas dua lelaki bersenjata yang menyerang sekolah itu secara mengejut, kelmarin.

Dipetik Al-Jazeera, jurucakap polis memberitahu, kedua-dua penyerang menaiki motosikal bertindak melempar sebutir bom tangan ke arah bangunan sekolah itu sebelum menyerbu masuk dan melepaskan tembakan.

"Polis menjumpai lebih 30 kelongsong peluru selain guru besar, Abdur Rasheed disahkan meninggal dunia dan kira-kira lima kanak-kanak parah," katanya.

Seorang mangsa berkata, kejadian tercetus ketika puluhan murid sekolah sedang menunggu pengumuman keputusan peperiksaan mereka.

Setakat ini, tiada mana-mana pihak tampil mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Sementara itu, pemangku Perdana Menteri Pakistan, Mir Hazar Khan Khoso mengutuk serangan berkenaan dan mengarahkan pentadbiran tempatan membantu keluarga mangsa. -

hoi...bila mau daaa...

Bloggers umno ke ni? Blog apa ek? Hehe

takut nak bubar....



Hahaha... BN 'gila talak' takut nak bubar parlimen sebab 'telur' dah hilang... Cakap di Kuantan macam nak rak, rupanya pengecut.. - Apek

bubar jangan tak bubar

BN pembohong



Komposisi kedudukan calon berasaskan melayu dan bukan melayu.

Bn menang banyak, calon melayu kurang.

Bn menang sikit, calon melayu bertambah.

Apa maksudnya ini? Jawapan nya bn pembohong.

Kiki..

Takut Penjara 1Malaysia

Anggaran harga kereta jika cukai eksais dihapuskan. Tapi macai kata jika dihapuskan, maka bankrap la negara, bankrap la proton dan perodua.

Wajah sebenar pejuang agama dan bangsa. Siapa nak ikut pemimpin begini silakan, umno tetap dulu kini dan selamanya tak akan berubah. - Apek

Lihat la sendiri prestasi Menteri Kewangan dalam pengawalan hutang negara

Lihat la sendiri prestasi Menteri Kewangan dalam pengawalan hutang negara. Siapa yg paling PERFORM dalam pengumpulan hutang negara 

Lihat hujah yang dibalas oleh penyokong Mahathir.


Aku nak bangkitkan soalan: 
1. Saya nak statistik sebenar inflasi negara, biar betul inflasi hanya 1.5%? Sumber? Sekadar tb3 dari Najib hari tu bek tak payah
2. Jika benar inflasi di Venezuela hanya meningkat 19.90%. Bagaimana dgn pendapatan perkapita disana jika dibandingkan dengan sini? 
3. Bagaimana pula kemudahan disana jika dibandingkan dengan Malaysia??

Pendapat admin, yang Najib kata inflasi "1.5%" tu, rakyat masih dapat RASA(mungkin bagi najib dan penyokongnya x dpt rasa kot sbb masing2 kaya). Dan peningkatan harga minyak juga memberi impak kesan besar pada rakyat SEBAB pengangkutan awam teruk (contohnya x ikut masa dan sebagainya, caj mahal), jadi ramai terpaksa naik kereta. NAIK kereta kena isi minyak, kalau dari seremban kerja KL kena bayar tol hari2. 

Inflasi 19.90% mungkin rakyat Venezuela dapat rasa, tapi kalau kemudahan2 bagus, pengangkutan awam bagus, ada free2, gaji bagus2, takde masalah. 

Dan sebelum ni penyokong2 bn kata jangan bandingkan Malaysia dengan negara lain. 

- Alang

"Saya pantang orang mungkir janji" - Kata Najib



#salah satu projek BN janji ditepati

Tanya bigboss dimana kawan dia pi....

Apa susah sangat polis nak cari individu bernama Datuk Seri Mohd Ridzwan Sulaiman, tanya Najib mana individu tu berada... - Apek 

Bila mau pilihanraya daa...

Beri Rasuah 1 Malaysia

Agak2nya dari golongan mana la yg ada kecenderungan mencetuskan huru hara masa PRU nanti???



Agak2nya dari golongan mana la yg ada kecenderungan mencetuskan huru hara masa PRU nanti???
Nampaknya perisik umno...bloggers umno lagi hebat dari Polis Cawangan Khas...

Pi mai pi mai muka depa juga yang keluaq....memang sah depa ni penyamun!!!

CACAI2 UMNO...TOLONG BUKA MATA TU LUAS2...
Lelaki yg di sebelah kiri itu Dato Sri Muhammad Ridzuan Sulaiman di kehendaki Polis bagi membantu siasatan dalam isu Lahad Datu.
Beliau yang kini amat dikehendaki pihak polis kerana dikatakan terlibat dalam menghulurkan dana kewangan kepada penceroboh Sulu di Lahad Datu, Sabah.
CUBA PERHATIKAN BETUL2...DGN SIAPA DIA BERGAMBAR ITU???
DGN ANWAR KAH?DGN TIAN CHUA KAH??ATAU DGN NIK AZIZ KAH??? 

Hanya tinggal tangga

Foto
JUHRAH (kanan) bersama Betty menangis di atas tangga rumah mereka, semalam.
Lahad Datu: “Tiada apa lagi yang saya miliki sekarang melainkan hanya tangga di rumah ini. Semuanya musnah menjadi arang,” kata suri rumah, Juhrah Jowak, 48, yang meratap kesedihan apabila rumah papan didudukinya sejak 10 tahun lalu musnah terbakar akibat insiden pencerobohan pengganas.
Dia yang dibawa masuk pasukan keselamatan bagi melihat keadaan rumahnya di Kampung Tanjung Labian, di sini, semalam, hanya mampu menangis dan berpelukan bersama adiknya, Betty, 39, di atas tangga kayu rumahnya, satu-satu bahagian rumahnya yang terselamat.
Juhrah dan Betty tidak mampu menahan emosi dan hanya menangis teresak-esak meratapi igauan ngeri dalam hidup mereka apabila kehilangan rumah yang menjadi tempat berlindung selama ini.

Menurut Juhrah, dia terkedu sehingga tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat hanya tangga yang tinggal selain tiang rumah yang hangus selepas meninggalkan kampung itu, 4 Mac lalu.


“Semuanya jadi arang. Banyak barangan saya musnah... wang tunai, katil, mesin jahit, televisyen, peti ais, sofa, mesin basuh dan dokumen diri... semuanya terbakar,” katanya.

Disambut 3 das tembakan




Lahad Datu: Kegembiraan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian, di sini yang dibawa memasuki perkampungan mereka semalam, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi tiga das tembakan.

Ini menyebabkan sebahagian penduduk yang memasuki rumah masing-masing bertempiaran lari untuk berkumpul di kawasan lapang berhampiran dengan masjid yang ada di Kampung Tanjung Batu.

Bunyi tembakan dari arah penempatan tepi laut dipercayai 500 meter dari masjid itu kedengaran sekitar jam 12 tengah hari, kira-kira 30 minit selepas pasukan keselamatan membenarkan mereka memasuki penempatan itu.

Susulan itu, anggota pasukan keselamatan yang bertugas mengawal kedua-dua kampung bersebelahan dikerah menyiasat kejadian itu.

Foto
ABD Jabbar Bavotty dan isterinya, Norhaya Rusman hilang kata-kata melihat rumah mereka yang musnah di Tanjung Labian.
Foto
PENDUDUK Kampung Tanjung Labian membaca doa sebelum membuat penilaian kerosakan ke atas rumah mereka.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang berada di tempat kejadian menjelaskan, tembakan itu dilepaskan oleh pasukan keselamatan sebagai amaran.

Sayu lihat kampung umpama dilanda bencana



Lahad Datu: “Pulanglah... sini bukan tempat kamu. Jika kamu mahu berbuat jahat, buatlah di negara kamu, bukan di tanah tempat tumpah darah kami.

“Kamu tiada hak di sini,” kata Aminah Halis, 40, antara 50 penduduk Kampung Tanjung Batu yang memasuki rumah mereka, semalam.


Suri rumah itu tidak dapat menahan emosi ketika kali pertama melihat suasana kampungnya yang disifatkan umpama dilanda bencana.

Ibu kepada lima anak itu berkata, dia sangat marah apabila mengenangkan tindakan kumpulan pengganas yang menceroboh sebelum membunuh anggota pasukan keselamatan negara.


“Saya tidak pernah menduga pengganas akan membolosi perairan negara dan mengganggu gugat perjalanan hidup kami.


“Memang pilu apabila mengenangkan ramai perajurit negara terkorban ketika menentang pengganas,” katanya.

Mata kena serpihan peluru



Gaza: Selain menjadi mangsa sasaran serangan tentera Israel, penduduk di bandar ini juga ada ketikanya tersepit dalam pertempuran dalaman yang berlaku di Palestin sendiri.

Natijah daripada pertempuran yang berlaku sesama sendiri itu turut mengorban atau mencederakan orang awam tidak berdosa.


Wartawan dan kumpulan sukarelawan Misi Perubatan Aman Palestin yang dibawa ke sebuah rumah golongan miskin terdiri daripada pelarian Palestin di perkampungan Khanyouni berkesempatan bertemu Hussein Arafat Abu Ghali, 16, antara individu yang menjadi mangsa pertempuran berkenaan.

Menurut Hussein, pertempuran antara kumpulan Fatah dan Hamas pada 1998 tidak akan dapat dilupakannya.


“Dalam pertempuran itu saya antara yang cedera apabila mata kanan terkena serpihan peluru. Ketika itu saya baru berusia sembilan tahun,” katanya yang hanya sedar ketika berada di hospital dan mengalami kesakitan teramat sangat.


Mengimbau detik hitam itu, Hussein berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, dia dalam perjalanan ke sekolah.

“Tiba-tiba mata kanan saya sakit bagaikan dicucuk benda tajam sebelum saya rebah tidak sedarkan diri,” katanya yang cuba melupakan kejadian itu tetapi gagal kerana matanya kini tidak dapat berfungsi dengan sempurna.


Katanya, dia bagaimanapun bersyukur kerana terselamat selain diberi bantuan perubatan oleh kerajaan Palestin untuk merawat mata kanannya itu.

Dalam lawatan berkenaan, Ketua Delegasi Misi Perubatan Aman Palestin, Uztaz Anas Abdul Wahab turut menyampaikan sumbangan wang bagi meringankan beban Hussein yang sudah kematian bapa.


“Saya harap sumbangan ini dapat meringankan beban ditanggung keluarga Hussein,” katanya.


Menurut Anas, selepas kematian bapa, Hussein dan enam lagi saudaranya kini bergantung harap kepada ibunya, Najah Abu Lahali bagi membesarkan mereka.

Bedah siasat mayat pengganas



Lahad Datu: Mayat seorang anggota kumpulan pengganas yang ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini, pada 6 Mac lalu, berjaya dikeluarkan pagi semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mayat itu menjadikan 46 daripada 68 mayat pengganas yang ditembak mati berjaya dikeluarkan sehingga kini.


“Mayat dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat,” katanya pada sidang media Ops Daulat di Pusat Media Felda Residence Sahabat, di sini.

Hamza berkata, operasi pembersihan dan penggeledahan pihak berkuasa bagi menumpaskan saki-baki pengganas yang kini berpecah kepada kumpulan kecil diteruskan di Kampung Sungai Bilis dan Kampung Lok Buani.


Beliau berkata, pihaknya akan menutup pusat pemindahan sebaik semua lapan kampung yang sebelum ini diletakkan dalam zon merah bebas daripada pengganas.


Dalam pada itu, beliau berkata, Ops Daulat yang dilancarkan sejak 5 Mac lalu tidak akan dihentikan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, ini kerana operasi ketenteraan itu tidak hanya membabitkan Lahad Datu, malah membabitkan kawasan lain, termasuk Semporna dan Sandakan.


“Ia bergantung kepada keadaan keselamatan di kawasan terbabit,” katanya.

Hamza berkata, sehingga hari ke-26 Ops Daulat, pasukan keselamatan menahan 126 individu mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Angka itu termasuk isteri dan anak perempuan seorang pengganas dipercayai pembantu dan pengawal kepada imam tua, yang ditembak mati di Kampung Sri Jaya, Simunul, kelmarin.


Selain itu, katanya, operasi bersepadu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu menyaksikan 443 ditahan mengikut akta lain.


Insiden pencerobohan pengganas yang mendakwa diri sebagai tentera Kesultanan Sulu sejak 12 Februari lalu, sehingga kini mengorbankan sembilan anggota pasukan keselamatan. Seorang lagi anggota maut dalam kemalangan jalan raya ketika mengikuti konvoi ketika bertugas di Lahad Datu.

Musharraf dilarang keluar Pakistan

Karachi/Islamabad: Bekas Presiden Pakistan, Pervez Musharraf (gambar) dilarang meninggalkan negaranya kelmarin atas arahan mahkamah, yang memerlukannya berada, di sini, sehingga perbicaraan ke atasnya selesai.

Agensi Siasatan Persekutuan (FIA) kelmarin memaklumkan semua lapangan terbang dan pusat imigresen negara itu tidak membenarkan bekas presiden terbabit meninggalkan Pakistan.
Mahkamah Tinggi Sindh melanjutkan tempoh jaminan sebelum Musharraf ditahan Jumaat lalu berhubung tiga perbicaraan ke atasnya, selama tiga minggu lagi. 



Beliau juga diminta hadir dalam perbicaraan mahkamah untuk menuntut ikat jamin kekal.

Hidup dalam buangan

Pelbagai waran dikeluarkan mahkamah ketika Musharraf hidup dalam buangan selama lebih empat tahun.
Bagaimanapun sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Karachi 24 Mac lalu, anak perempuannya mendapat jaminan mahkamah menghalang Musharraf ditahan.

Jumaat lalu, Musharraf hadir di Mahkamah Tinggi Sindh untuk menuntut lanjutan tempoh jaminan dalam tiga kes berbeza.

Mahkamah memberinya lanjutan maksimum tiga minggu, namun mengarahkan pihak berkuasa meletakkan namanya dalam senarai kawalan supaya beliau tidak meninggalkan negara itu sehingga kes ke atasnya digugurkan.

Bekas diktator itu berdepan tuduhan berhubung peranannya dalam pembunuhan bekas Perdana Menteri, Benzir Bhutto.

Benazir maut dalam satu pengeboman bunuh diri dan tembakan pada satu perhimpunan awam di Rawalpindi. - AGENSI

Krisis Sabah, rakyat Filipina marah




ANGGOTA polis yang membuat serbuan di Simunul, Semporna bagi memburu saki-baki pengganas Sulu yang bersembunyi di perkampungan atas air baru-baru ini.


SEMPORNA - Tindakan pemimpin puak pengganas Sulu Jamalul Kiram III yang menceroboh Sabah dan menyerang pasukan keselamatan bermula 12 Februari lalu bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini tetapi juga kepada penduduk di selatan Filipina.
Satu sumber berkata, penduduk yang kebanyakannya beragama Islam di selatan Filipina dan bekerja sebagai nelayan mula terjejas kerana tidak boleh lagi menyusup masuk ke perairan Sabah untuk menangkap ikan.
Sejak tercetus krisis itu, pasukan keselamatan Malaysia mempertingkatkan kawalan di perairan negara dan tidak membenarkan nelayan dari negara jiran itu mendekati perairan Sabah.
"Kawalan keselamatan di perairan negara dipertingkat sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghalang puak pengganas melarikan diri dari Sabah atau masuk ke negara ini.
"Tindakan pasukan keselamatan itu sekali gus menjejaskan nelayan Filipina yang sebelum ini lebih mudah mencari rezeki di sekitar perairan Sabah," kata sumber itu lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2PA6DXV3v 
Hakcipta terpelihara 

Pengganas menyamar jadi orang tempatan




PIHAK berkuasa menghadapi cabaran mencari saki-baki pengganas yang menyamar sebagai penduduk tempatan di Sabah.


SEMPORNA - Saki-baki pengganas Sulu yang diburu pasukan keselamatan dikesan menukar strategi apabila kebanyakan mereka kini didakwa mengaku sebagai orang tempatan dan bercakap dalam loghat Bajau.
Pengganas Sulu juga tidak akan membawa senjata ketika keluar di tempat awam seperti pasar dan pekan bagi menggelak mereka diketahui oleh orang awam dan juga pihak berkuasa yang kerap melakukan pemeriksaan.
"Strategi baharu pengganas Sulu itu menyukarkan pihak berkuasa mengesan saki-baki pengganas Sulu," kata sumber itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2PA5xohKE 
Hakcipta terpelihara 

Datuk Seri salur dana dicari



HAMZA menunjukkan gambar Muhammad Ridhwan yang dicari polis bagi membantu siasatan Ops Daulat pada sidang akhbar di Lahad Datu semalam.


cari seorang lelaki bergelar Datuk Seri dari Pulau Pinang bagi membantu pasukan keselamatan menyiasat kes kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mengikut maklumat lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman beralamat terakhir di George Town dan dikatakan memegang jawatan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia yang berpangkalan di Pulau Pinang.
“Lelaki ini dikehendaki berhubung siasatan Ops Daulat dan pasukan keselamatan percaya dia boleh membantu dalam operasi ini. Kita harap lelaki ini tampil,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, hasil siasatan, polis mengesyaki lelaki berkenaan mungkin berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau di Sabah.
Sehubungan itu, kata beliau, orang ramai yang mengenali Muhammad Ridhwan diminta menghubungi polis bagi mempercepat siasatan.
“Kita mengharapkan kerjasama orang ramai dan mereka boleh hubungi pihak polis sama ada melalui Rakan Cop melalui nombor 03-2052 5999 atau menghubungi mana-mana balai polis berdekatan di seluruh negeri,” kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2PA5bnDi8 
Hakcipta terpelihara