Sunday, November 24, 2013

FAKTA DAN MISTERI DISEBALIK RUNTUHNYA WTC



:: Para pelancong tidak dibenarkan mengunjungi bekas runtuhan bangunan 7. Ini adalah satu-satunya tempat yang masih ditutup hingga akhir tahun 2002. Para pekerja persekutuan terus menerus menjaga tempat itu supaya tidak dimasuki orang. Apakah alasannya? Adakah kerana mereka takut debu-debu dan serpihan dikaji untuk membongkar konspirasi yang mereka cipta?

:: Bangunan WTC runtuh dengan drastik. Tidak ada retakan atau sebarang kerosakan sebelum tragedi berlaku. Bahkan tiada hadangan yang dapat menahan runtuhan ini.

:: WTC 7 runtuh tanpa meninggalkan sebarang bongkahan batu yang besar. Bangunan hancur luluh menjadi debu.

:: Tidak pernah terjadi sebelum ini, sebuah bangunan tinggi runtuh akibat kebakaran. Kehancuran bangunan berkembar ini berlaku dengan cepat dan tiba-tiba. Semua ini hanya boleh berlaku dengan perancangan dan bukan secara kebetulan.

:: Lebih 4000 pekerja di WTC yang berbangsa Yahudi tidak bekerja di hari berlakunya kejadian. Membuktikan bahawa mereka telah diingatkan terlebih dahulu tentang perancangan ini.

:: Pemilik WTC 7 Larry Silverstein mengaku dalam sebuah rancangan TV, menyatakan kejadian itu sudah dirancang. Dan dia mengatakan, "Kami berjaya melakukannya."

:: Sesuatu yang gila dan tidak masuk akal. 25 minit sebelum bangunan WTC 7 runtuh, BBC NEWS sudah melaporkan peristiwa itu dalam TV. Adakah Tuhan sudah membocorkan rahsia dan maklumat mengenai perkara ini? BBC pasti sudah dimaklumkan berkenaan kejadian itu sebelum ini.

:: Jawatankuasa Penyelidikan Peristiwa 11 September 2001 menolak melakukan penyiasatan kepada WTC 7 dan tidak memasukkan peristiwa itu dalam laporan mereka.

Wallahu A'lam
 

Serangan di Pattani, Songkhla

Serangan di Pattani, SongkhlaBeberapa kawasan sekitar masjid musnah dalam kejadian bom tepi jalan di Ban Nikhom Thepha.

PATTANI - THAILAND. Seorang penduduk tempatan maut selepas ditembak dalam serangan hendap di daerah Saiburi, selatan Thailand.

Ketua Polis Saiburi, Jirasate Dao Ngern berkata, mangsa dikenali sebagai Samilee Maming, 37 tahun.
“Mangsa ditembak sejurus keluar dari rumahnya di bandar Trohborn. Penyerang dipercayai bersembunyi di tepi jalan sebelum melepaskan tembakan yang mengenai kepala dan dadanya.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya pada Bangkok Post.

Sementara itu, empat anggota tentera cedera parah selepas terkena letupan tepi jalan di daerah Thepha wilayah Songkhla.

Media tempatan melaporkan, mangsa Abyuth Dorrawtae, Phisuth Inprom, Rattanachote Rattana dan Suthichai Buathong kini keadaan kritikal dan sedang dirawat di hospital Thepha.

“Letupan berlaku di hadapan sebuah masjid di Ban Nikhom Thepha daerah Thepha ketika kesemua anggota berkenaan sedang melakukan kawalan keselamatan,” menurut laporan itu.

Mat Sabu kekal Timbalan Presiden Pas




SHAH ALAM - Mohamad Sabu mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Pas selepas menewaskan pencabar tunggalnya yang dikatakan golongan ulama iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada Pemilihan Pas Pusat kali ini.
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu meraih sebanyak 588 undi, manakala Mohd. Amar mendapat 490 undi.
Kemenangan Mohamad itu adalah kali kedua selepas menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Pusat, Asmuni Awi pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-59 di Stadium Shah Alam di sini lewat petang semalam.
Bagaimanapun keputusan bagi jawatan Naib Presiden Pas akan diumumkan hari ini selepas proses pengiraan semula siap dijalankan.
Lima calon yang bertanding ialah tiga penyandang jawatan tersebut iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa yang dicabar oleh Tuan Ibrahim dan Datuk Abu Bakar Chik.
Sementara itu, Asmuni berkata, pihaknya terpaksa mengira semula undian bagi jawatan Naib Presidan kerana terdapat pertindihan jumlah undi hampir sama diperoleh calon-calon.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1124&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2lXTWPbOO 
Hakcipta terpelihara