Friday, October 24, 2014

Ayuh berhijrah tinggalkan kezaliman tajaan BN


MOHAMAD NOOR MOHAMAD | .
BADAN Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat menyambut ketibaan 1hb Muharram 1436H, dengan harapan semua warga Wilayah Persekutuan berada dalam keadaan diredhai oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukannya hanya sekadar fakta di dalam lipatan sejarah,  tetapi memberikan signifikan yang sangat besar kepada suatu perjuangan untuk membebaskan manusia daripada pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian kepada Allah SWT yang menciptakan sekalian alam ini.

Penghijrahan adalah suatu yang penting untuk mengubah kehidupan manusia dalam keadaan dan suasana yang biasa inikan pula dalam keadaan yang tertindas dan terdesak.

Sejak Malaysia diperintah oleh Umno-BN, kehidupan rakyat semakin tidak menjadi keutamaan pemerintah. Bukan sahaja sedikit demi sedikit bahkan kezaliman dan penindasan dilakukan dalam skala yang lebih besar dan lebih 'terancang'.

Yang terkini,  kenaikan harga minyak adalah satu rompakan dalam skala yang besar terhadap pemilikan rakyat dengan menggunakan istilah yang memukaukan 'rasionalisasi subsidi'. Ia datang dalam bentuk pakej rompakan yang menyelinap masuk setiap ruang liang roma kehidupan rakyat bermula daripada harga secawan teh sehinggalah sebesar-besar barangan. Ia adalah sebahagian kecil daripada timbunan permasalah yang melanda rakyat Malaysia sekarang ini.

Di Wilayah Persekutuan sahaja, senarai kezaliman menjadi semakin panjang termasuklah yang terbaru kezaliman ke atas penduduk kampung Chubadak (Sudah lupa isu Kg Berembang?). Itu masih lagi belum menyentuh berkenaan kemiskinan kota yang menghimpit hampir semua warga kota.

Isu-isu baru seumpama IWTAD dicipta bagi melekakan warga kota daripada penderitaan yang dialami yang mengakibatkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Dan isu yang paling terkini ialah isu bagaimana isu yang tidak pernah terlintas di benak pemikiran warga kota iaitu isu runtuhnya dinding flat Jalan Loke Yew yang memberikan isyarat kepada kebanyakan penghuni kediaman seumpamanya betapa 'istana' mereka tidak lagi berada dalam kondisi yang selamat strukturnya. DBKL perlu segera prihatin mengambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan warga kota.

Kezaliman seumpama ini tidak harus dibiarkan, 'Penghijrahan' minda dan kertas undi mesti dilakukan supaya kita tidak terus berada di dalam ' kubang kekotoran' yang lama.

Pensyair Arab pernah menukilkan "Panah yang berada dibusur tidak ada nilainya sehinggalah ia berhijrah ke sasarannya". Begitu juga "Air yang bertakung yang tidak  mengalir (berhijrah) pasti akan membiakkan penyakit dan kemudaratan".

PAS Wilayah Persekutuan amatlah berbesar hati sekiranya anda semua turut berhijrah bersama-sama kami untuk memerdekakan minda kita daripada terus dibelenggu oleh era taqlid buta kezaliman yang menjerumuskan kita ke lembah kegelapan. – HARAKAHDAILY 24/10/2014

Mohamad Noor Mohamad ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

PAS ucap takziah pemergian Prof Ghulam Azzam


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Amir Jamaat Islami Bangladesh Profesor Ghulam Azzam yang meninggal dunia dalam tahanan awal pagi tadi.

Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar bukan sahaja kepada gerakan Islam Bangladesh, tetapi dunia amnya.

"Beliau adalah seorang pemimpin dan juga ulama yang sangat disegani  di seluruh dunia. Kitab-kitab beliau menjadi rujukan oleh gerakan Islam dunia.

"PAS sangat merasai kehilangan beliau, dan sudah tentu kehilangan pejuang tulen seperti beliau sangat sukar dicari ganti," katanya kepada Harakahdaily.

Ghulam Azzam, 92, yang dipenjara seumur hidup oleh pemerintah regim negara itu meninggal dunia pagi ini di Hospital Perubatan Universiti Sheikh Mujibdi, Bangabandu di ibu negara Dhaka

Kematian Allahyarham disahkan anaknya Abdullah Mamoon Azam dan dua doktor yang terlibat.

Sebelum dari ini, beliau dijatuhkan hukuman mati sebelum diubah kepada penjara seumur hidup dan diserahkan kepada Tribunal Jenayah Antarabangsa, bagi menyiasat insiden kekacauan semasa perang kemerdekaan Bangladesh pada tahun 1971.

Allahyarham adalah seorang pemimpin politik terkenal di Bangladesh dah dihormati ramai rakyat Bangladesh.

Ramai yang percaya pendakwaan terhadap Allahyarham sebelum ini adalah bermotif politik.

Hampir 80 peratus pemimpin Jamaat Islami negara itu diperangi sama ada dibunuh mahupun dipenjara.

"Bagi PAS, beliau adalah pejuang contoh yang telah menghabiskan hanyatnya dalam memperjuangkan agama ini yang akhirnya syahid dalam tahanan," kata Syed Azman lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh ahli PAS untuk mengadakan solat ghaib selepas solat Jumaat hari ini. - HARAKAHDAILY 24/10/2014

Kerajaan laksana GST kerana Petronas kurang minyak


MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Naib Prseiden PAS, Salahuddin Ayub menyifatkan keputusan kerajaan yang bertegas melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah kerana Petronas telah mengalami kekurangan minyak untuk diguna pakai.

Jelasnya, melihat kepada senario tersebut kerajaan seharusnya mewujudkan satu suruhanjaya di dalam Petronas bagi tujuan membawa syarikat minyak itu bertapak lebih jauh.

"Kerajaan sepatutnya mempunyai satu fokus khusus untuk mengembangkan kepakaran yang ada di dalam Petronas sebagai usaha menambah pendapatan negara.

"Cara yang paling terbaik adalah mewujudkan satu suruhanjaya yang akan menentukan atau merealisasikan inovasi baru syarikat minyak itu melalui kepakaran yang ada.

"Ini secara tidak langsung kerajaan tidak perlu bergantung hidup melalui pelaksanaan GST yang membebani hidup rakyat," katanya pada program Bicara Harakah, Bajet 2015 'Di mana Pincangnya' petang semalam.

Menurut beliau lagi, dengan mewujudkan suruhanjaya ini juga Pertonas mampu berdepan dengan persaingan yang ada dan dapat bertapak lebih jauh lagi.

Beliau yang turut bersetuju dengan kepakaran yang dimiliki Petronas turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, namun kepakaran tersebut tidak dapat dikembangkan melainkan penubuhan suruhajaya.

"Ini yang perlu kerajaan kaji dalam melaksanakan bajet dan kita tidak mahu untuk tambah pendapatan negara rakyat menjadi mangsa.

"Kenapa GST perlu dilaksanakan sedangkan Petronas dapat pergi lebih jauh, melainkan kerajaan lemah dalam memikirkan cara untuk mengendalikan hasil pendapatan negara," katanya.

Tambah beliau, jika Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah negara ini, suatu pelan inovasi akan dilaksanakan sebagai usaha baru untuk menambah pendapatan dan tidak bergantung kepada poket rakyat  seperti GST untuk sumber pendapatan negara. -HARAKAHDAILY 24/10/2014

Fitnah: Video lucah UAI, NGO buat laporan polis


MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR:NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama Malaysia (Panglima Malaysia) membuat satu laporan polis semalam berhubung penyebaran video lucah di laman sosial yang dikaitkan dengan seorang yang mirip pendakwah dan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Presidennya, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang wangi pada jam 4 petang semalam.

Beliau yang menyedari penyebaran video tersebut pada 13 Oktober lalu kira-kira jam 2.30 petang ketika berada di kawasan Masjid India.

"Saya menyedari penyebaran video itu ketika melayari laman sosial facebook dan whatapp dan mendapati ada video lucah melibatkan tokoh agama dan pendakwah.

"Saya merasakan ini satu penyebaran fitnah yang tidak sewajarnya dilakukan terhadap individu yang dikenali ramai apatah lagi mempunyai latar belakang agama yang cukup baik.

"Atas dasar itu, saya mewakili Panglima Malaysia membuat laporan polis dan mengesa agar siasatan segera dilakukan terhadap penyebaran video tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut mengutuk tindakan tersebut yang dilihat mengaibkan individu dan agama Islam itu sendiri.

"Saya berharapan pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius dan mengambil tindakan kerana ia melibatkan isu agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Tanpa tindakan tegas serta pemantauan saya khuatir gejala ini akan terus berleluasa dan jangan hanya memantau isu politik sahaja, penyebaran fitnah vidoe lucah perlu diberi perhatian," sambung beliau lagi.

Tambah beliau lagi, jika tiada sebarang siasatan atau tindakan diambil oleh pihak berkuasa, Panglima Malaysia akan mengadakan satu himpunan protes besar-besaran di hadapan pejabat SKMM. –HARAKAHDAILY 23/20/2014

Hijrah dari politik sekular kepada politik Islam


. | .

بسم الله الرحمن الرحيم

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: “Orang-orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah daripada melakukannya” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sempena memperingati Hijrah Al-Rasul, kenangilah perjuangan Baginda SAW  yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi menegakkan hukum Allah di muka bumi. Allah telah mengurniakan  kekuasaan kepada Baginda dan seluruh umat Islam setelah mereka berhijrah bukan setakat dari meninggalkan tanah air mereka akan tetapi meninggalkan segala larangan Allah termasuk kehendak nafsu syahwat.

Saya mengajak semua agar berhijrahlah ke arah kebaikan dalam semua aspek termasuklah  ekonomi, pendidikan, pentadbiran negeri dan negara juga dalam bidang politik agar kita meninggalkan politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam yang mengambil kira soal dosa dan pahala di dalam gerak kerja.

Keberkatan - Kemakmuran - Kebajikan

SELAMAT MENYAMBUT HIJRAH AL-RASUL 1436H

USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan

10 beranak hidup daif


Faitullah (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Nor Azhar ketika melawat keluarga ini di Kampung Bukit Bay Route, semalam
Faitullah (tiga, kanan) menyampaikan sumbangan kepada Nor Azhar ketika melawat keluarga ini di Kampung Bukit Bay Route, semalam
KUANTAN - Sepasang suami isteri bersama lapan anak mereka terpaksa hidup dalam serba kekurangan di sebuah pondok dekat Kampung Bukit Bay Route di sini.

Nor Azhar Zulkarnain, 42, yang bekerja sebagai buruh binaan tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap terpaksa mencatu makanan untuk mereka sekeluarga.

Menurutnya yang sebelum ini menyewa di Jaga Gading terpaksa keluar daripada rumah tersebut kerana tidak mampu membayar sewa bulanan.

“Mujur ada orang yang prihatin dengan nasib kami dengan menumpangkan keluarga saya di sini.

“Walaupun dinding rumah tidak kukuh dan atap yang bocor saya sedaya upaya akan membaiki kerosakan ini agar isteri dan anak-anak ada tempat berlindung,” katanya.

Tiga daripada anak Nor Azhar tidak bersekolah, manakala tiga lagi bersekolah di Sekolah Menengah Cenderawasih dan Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol dan dua masih kecil.

Selain itu, Nor Azhar juga berharap agar dapat bantuan tempat tinggal yang lebih sempurna untuk keselesaan dan keselamatan isteri serta anak-anaknya.

“Pernah beberapa kali rumah kami dimasuki haiwan berbisa seperti ular senduk dan kala jengking setiap kali selepas hujan. Bimbang juga kerana haiwan berbisa ini boleh mengancam nyawa kami semua,” katanya.

Sementara itu, nasib keluarga Nor Azhar mendapat perhatian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip).

Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Kuantan, Faitullah Saadon berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan permohonan untuk keluarga ini tinggal di Flat Pak Mahat.

“Selain itu, pihak kami juga akan beri bantuan bulanan sebagai pendapatan tambahan kepada keluarga ini.

“Semoga nasib mereka berubah selepas ini kerana pihak kami cuma bantu apa termampu,” katanya selepas menyampaikan sumbangan berbentuk makanan dan wang tunai dari Muip, semalam.

Hadir sama, Ketua Kampung Bukit Bay Route, Adnan Idris.

Jokowi enggan terburu-buru


Gandingan Jokowi dan Jusuf mahu memilih barisan Kabinet yang selari dengan kehendak rakyat.
Gandingan Jokowi dan Jusuf mahu memilih barisan Kabinet yang selari dengan kehendak rakyat.
JAKARTA - INDONESIA. Pengerusi Populi Center Indonesia, Nico Harjanto, semalam menyambut baik keputusan Presiden Joko Widodo atau Jokowi dan timbalannya, Jusuf Kalla menangguhkan pengumuman barisan Kabinet baharu negara itu.

Menurut Nico, penangguhan itu jelas menunjukkan gandingan tersebut tidak mahu terburu-buru dalam pemilihan tersebut.

"Saya percaya Jokowi dan Jusuf mengambil langkah berhati-hati dalam proses terbabit kerana mereka bukan hanya mahu melantik individu yang bebas dari tuduhan rasuah malah mempunyai kemampuan dan integriti.

"Mereka sememangnya serius untuk memilih barisan Kabinet yang selari dengan kehendak rakyat walaupun ada beberapa pihak melihat ia sebagai permainan politik," jelasnya.

Menurut Jakarta Post, kelmarin, Jusuf memberitahu penangguhan tersebut dibuat kerana mereka berdepan kesukaran mengenal pasti individu yang ada kredibiliti, bersifat kepimpinan, berpengalaman dan mempunyai rekod bersih untuk menjadi menteri.

Dalam perkembangan lain, Jokowi dilaporkan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad, namun beliau telah mengadakan pertemuan tertutup dengan beberapa individu di Istana Presiden di ibu negara.

Penjawat awam sokong protes di Hong Kong


Bantahan diteruskan selepas kumpulan protes gagal mencapai sebarang kata sepakat dalam rundingan bersama kerajaan.
Bantahan diteruskan selepas kumpulan protes gagal mencapai sebarang kata sepakat dalam rundingan bersama kerajaan.
HONG KONG -  Kakitangan awam di sini menggunakan laman sosial, Facebook sebagai medium untuk menyuarakan sokongan terhadap protes kumpulan prodemokrasi yang masih berterusan di bandar hab perdagangan serantau itu.

Menurut AFP, birokrat dari pelbagai jabatan termasuk perkhidmatan maklumat kerajaan, polis dan badan kehakiman telah menghantar gambar kad ID rasmi mereka berserta nama dan slogan mengkritik penyokong Beijing.

Sokongan dibuat selepas kira-kira 1,300 kakitangan awam tampil mengkritik gerakan protes berkenaan awal minggu lalu.

Satu tinjauan oleh Universiti Hong Kong semalam menunjukkan sokongan terhadap gerakan prodemokrasi itu telah meningkat kepada 38 peratus berbanding 31 peratus pada bulan lalu.

TPPA: Kajian PBB buktikan Malaysia rugi


NIZAM MAHSHAR | .
SATU kertas kajian baru oleh seorang pakar ekonomi kanan PBB telah membuktikan Malaysia secara terang tidak akan mendapat manfaat besar dari segi nilai tambah perdagangan domestik sekiranya menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan mungkin merugikan buat beberapa industri tertentu.

Dalam laporannya, Rashmi Banga dari Unit Kerjasama Ekonomi dan Integrasi di kalangan Negara-negara Membangun (ECIDC) mengatakan Malaysia akan mempunyai kelemahan imbangan dagangan (BOT, didefinisikan sebagai eksport tolak import) dari AS$300 juta setahun, kira-kira RM900 juta setahun ke Amerika Syarikat.

Ini adalah rendah berbanding dengan apa yang sedia ada sekarang.

Ini bermakna walaupun kerajaan menegaskan TPPA sebuah perjanjian di mana “keuntungan melebihi kos” dan sering menguar-uarkan ini kepada media, ia sebenarnya adalah separuh benar.

Menurut akhbar, sekiranya Malaysia menyertai TPPA, eksport negara akan berkembang ke negara-negara TPPA yang lain, tetapi import dari negara-negara TPPA ini akan meningkat lebih banyak, menyebabkan negara-negara ini menanggung kerugian bersih dalam imbangan perdagangan. Imbangan perdagangan ialah perbezaan antara nilai barangan eksport dan import.

Pada tahun 2013, eksport Malaysia ke 11 negara TPPA bernilai AS$93.7 bilion dan import barangan AS$73.9 bilion. Malaysia dengan itu menikmati lebihan dalam imbangan perdagangan dengan 11 negara sebanyak AS$19.8 bilion.

Kajian terbaru dalam kertas ini menunjukkan sebaik sahaja TPPA dilaksanakan, eksport Malaysia ke 11 negara akan meningkat sebanyak AS$1.5 bilion (daripada AS$93.7 bilion kepada AS$95.2 bilion). Tetapi nilai import akan meningkat lebih banyak daripada itu, dengan sebanyak AS$2.9 bilion (daripada AS$73.9 bilion kepada AS$76.8 bilion).

Oleh itu, BOT untuk Malaysia dengan 11 negara-negara rakan TPPA akan merundum sebanyak AS$1.465 bilion (atau RM4.79 bilion). Lebihan dagangan akan jatuh daripada AS$19.84 bilion kepada AS$18.37 bilion.

Ini bermakna Malaysia tidak akan mempunyai keuntungan bersih daripada peningkatan perdagangan yang terhasil dari TPPA. Oleh kerana import akan meningkat lebih pantas daripada eksport, Malaysia akan mengalami kerugian bersih dalam imbangan perdagangan. Kerugian ini nyata, iaitu AS$1.465 bilion atau RM4.79 bilion setahun (kadar pertukaran pada 17 Oktober AS$1 = RM3.27).

Krisis keseimbangan perdagangan negara mungkin akan menjadi lebih goyah daripada apa yang dibayangkan kertas kerja ini kerana Malaysia akan berupaya mengeksport lebih banyak tekstil dan pakaian ke Amerika Syarikat pada kadar tarif sifar tanpa halangan lain.

Amerika Syarikat sebenarnya menggesa satu peraturan “Yarn-Forward”, di mana negara-negara TPPA seperti Malaysia hanya boleh menggunakan benang dari negara-negara TPPA sahaja untuk menghasilkan tekstil dan pakaian. Ini membuatkan kos pengeluaran beberapa tekstil dan pakaian dari Malaysia melonjak menjadi lebih mahal kerana tidak mendapat kebenaran menggunakan benang dari negara-negara kos rendah seperti China atau Indonesia.

Oleh itu anggaran peningkatan eksport tekstil dan pakaian Malaysia ke Amerika Syarikat dengan sebanyak kira-kira RM 454 juta (AS$139 juta) boleh dianggap sebagai sensasi penambahan keuntungan negara. Jika peningkatan eksport tekstil adalah kurang dari RM454 juta ini, maka kerugian dalam imbangan perdagangan Malaysia akan menjadi lebih dari RM4.79 bilion setahun.

Kerugian boleh mencecah lebih daripada RM5 bilion setahun.

Walaupun benar jumlah ini dianggap kecil, tetapi secara keseluruhan ia mempunyai kesan yang lebih besar ke atas rakyat Malaysia dari segi pekerjaan.

Di samping itu, Rashmi menambah sekiranya TPPA ditandatangani, Malaysia akan melihat lonjakan dalam dari Amerika Syarikat dan Jepun.

Di dalam sektor jentera elektrik, 61% import negara akan didapati dari Amerika Syarikat. Dan sebanyak 97% import kenderaan serta 90% dalam besi dan keluli akan didapati dari Jepun.

Semua industri-industri ini ada di Malaysia dan mereka bakal hadapi persaingan secara langsung – industri besi kita, mesin elektrik dan sektor automotif.

Kita semua tahu bahawa sektor-sektor ini mengambil kerja berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia, sedang tenat, amat bergantung kepada dana dan dasar-dasar kerajaan dan kini perlu bersaing di peringkat global pula.

Di samping itu, Malaysia kini merupakan pengimport kenderaan skala besar seperti kereta api dan trak pengangkut dari China.

Malaysia juga pengeluar alat ganti automotif yang merupakan sebahagian daripada Dasar Automotif Nasional yang diumumkan baru-baru ini.

Pakar ekonomi mengatakan eksport kasar perkhidmatan perniagaan kita – yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mendapat sokongan untuk pertumbuhan dalam Bajet 2015 – hanya menyumbang eksport tambah nilai domestik (DVA) sebanyak 3.8% sahaja.

Selain dari keseimbangan negatif dari nilai tambah perdagangan yang ketara ini, terdapat juga unsur negatif tersembunyi dari segi hak harta intelek yang akan mempengaruhi harga ubat-ubatan dan juga penyelesaian pertikaian pelabur (ISDS), lantas membuktikan perjanjian ini tidak memberi manfaat kepada Malaysia dari apa-apa jua perspektif.

Jadi, sekali lagi, Perdana Menteri kita telah memberi gambaran fakta yang tidak benar. Bantah TPPA menyeru Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, dan juga Perdana Menteri Najib Razak untuk menjelaskan pendirian mereka.

Di manakah fakta-fakta yang berbicara tentang “keuntungan melebihi kos” dalam TPPA? Di manakah janji terbitan laporan analisis kos faedah yang tertunggak sejak Mei 2014?

Kami di Bantah TPPA akan terus menyeru orang ramai untuk memprotes perjanjian ini sehinggalah semua soalan-soalan kami dijawab dan segala fakta, angka dan penglibatan secara langsung untuk berdebat mengenai perjanjian ini disediakan kepada masyarakat awam dan pihak-pihak berkepentingan.

Pakar-pakar ekonomi dari PBB seperti Rashmi, pemenang Hadiah Keamanan Nobel seperti Joseph Stiglitz dan juga ahli-ahli ekonomi tempatan juga telah sebulat suara mengatakan perjanjian perkongsian ini satu idea yang buruk.

Malah, Jean Pierre Lehmann dari Institut Pengajian Pengurusan yang berpusat di Switzerland (yang menawarkan program MBA terbaik di dunia) telah pun memberitahu Simposium Ekonomi Global (GES), bahawa ia (TPPA) satu “idea bodoh”. Jadi kami minta kerajaan kita untuk menjelaskan siapakah orang-orang bijak yang mengatakan sebaliknya.

Penulis ialah Pengerusi Bantah TPPA.

Bilawal Bhutto ingin kembali dalam politik Pakistan


Susunan Razak Ghows

BILAWAL Bhutto Zardari, Pengerusi Parti Rakyat Pakistan (PPP) bercakap dalam temu ramah dengan Reuters di rumah keluarganya di Naudero, kira-kira 21 kilometer dari Larkana. - Foto Reuters
TUJUH tahun selepas ibunya, Benazir mati ditembak, waris dinasti politik Pakistan, Bilawal Bhutto Zardari kini sudah bersedia untuk bergiat aktif dalam politik dan berikrar memulihkan Parti Rakyat Pakistan (PPP) yang pernah dipimpin ibunya.
Semangat perjuangannya terserlah membara terutama dalam temu ramah pertama sejak kemunculannya pada perhimpunan mingguan yang dihadiri ratusan ribu penyokong, baru-baru ini.
Bilawal yang mendapat pendidikan di Oxford berkata beliau merancang untuk mengadakan beberapa siri perhimpunan bagi mencabar Perdana Menteri, Nawaz Sharif.
"Seperti ahli politik lain, seperti ketua mana-mana parti politik, kami bercadang untuk memperluaskan sokongan dan mendapat lebih banyak kerusi," kata pemimpin parti berusia 26 tahun itu.
PPP memerintah Pakistan dari 2008 hingga 2013. Parti itu kemudian menghadapi beberapa kes di mahkamah berhubung rasuah.
Ia dipinggirkan dalam pilihan raya umum tahun lalu berikutan imej dan dasarnya yang tidak disenangi rakyat.
Kemunculan Bilawal sebagai ketua pembangkang memberi nafas baharu kepada PPP dan membimbangkan Sharif.
Kerajaan yang ada sekarang juga kini menghadapi bantahan diketuai bekas bintang kriket, Imran Khan dan ulama, Tahir ul-Qadri.
"Kumpulan ini mahu mewujudkan pemerintahan diktator di Pakistan," katanya merujuk kepada bantahan Khan dan Qadri.
Tegasnya, Pakistan sudah melalui zaman berkenaan dan kini sebuah demokrasi dan memerlukan peralihan kuasa awam.
Bilawal tidak bertanding dalam pilihan raya 2008 kerana usianya yang masih muda dan bergantung pada pengundi muda untuk menyokongnya.
"Kira-kira 60 peratus penduduk Pakistan adalah muda ...dan sudah tentunya saya, pada usia 26 tahun, fikiran saya adalah selari dengan mereka, lebih daripada mana-mana pemimpin Pakistan lain," katanya.
Bilawal juga menegaskan bahawa perjuangannya berkisar pada usaha untuk membasmi kemiskinan.
Selain usianya yang muda, Bilawal mempunyai latar belakang sejarah kekeluargaan yang masih menjadi ingatan ramai di Pakistan.
Ibunya, Benazir dibunuh pada satu perhimpunan ketika kempen pilihan raya pada 2007, dan datuknya, Zulfikar Ali Bhutto digantung oleh diktator tentera pada 1979.
Sehingga kini pembunuh Benazir tidak dapat dikesan dan siasatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati pihak berkuasa Pakistan gagal melindungi Benazir atau menyiasat kematiannya dengan sempurna.
Namun Benazir kekal sebagai simbol yang kuat dan ramai menganggap beliau mati syahid. Lapangan terbang ibu negara Pakistan itu dan skim bantuan kewangan kepada keluarga miskin dinamakan mengambil sempena namanya.
Selepas ibunya terbunuh, ayahnya, Asif Ali Zardari, kembali dari pembuangan diri pilihan sendiri dan bertanding dalam pilihan raya.
Beliau kekal sebagai pengerusi bersama PPP dengan anaknya.

Pemeriksaan Ebola Di KLIA, Lapangan Terbang Changi


Diterbitkan: Jumaat, 24 Oktober 2014 7:57 AM

KUALA LUMPUR: Ketika ramai penumpang udara yang mempersoalkan tentang apa yang mereka anggap sebagai 'kelonggaran' dalam usaha menyekat penyebaran virus Ebola, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura sebenarnya sedang melakukan sesuatu.

Pemeriksaan di lapangan terbang kedua-dua negara, mengesahkan perkara ini.

Tetapi banyak langkah untuk mengesan potensi pembawa virus Ebola itu tersembunyi daripada pandangan umum. Ia seolah-olah pihak berkuasa tidak mahu sesiapa pun menyedarinya.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebuah 'booth' kecil dapat dilihat berhampiran tiang kaunter Imigresen dengan dua kamera thermographic dihalakan ke laluan pejalan kaki yang bergerak.

Dua pegawai daripada Kementerian Kesihatan sedang memantau penumpang di skrin negatif ungu. Mereka mencari cahaya hijau pada badan penumpang yang menandakan badan penumpang itu bersuhu tinggi dan demam.

"Apabila kita mengesan seseorang yang demam, kita akan mendekati dan mengarahkan penumpang pergi ke kawasan kuarantin untuk pemeriksaan.

"Kami akan bertanyakan beberapa soalan jika mereka telah pergi ke Afrika Barat dalam tempoh tiga minggu terakhir atau jika mereka telah berhubung dengan sesiapa sahaja yang menghidap Ebola," kata salah seorang pegawai.

Beliau berkata booth tersebut dikendalikan sepanjang masa dan sebelum ini telah dijalankan untuk mengesan demam kuning dan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).

Ketika ditanya mengenai potensi pembawa Ebola yang tidak menunjukkan tanda-tanda demam memandangkan Ebola biasanya mempunyai tempoh inkubasi sehingga 21 hari, pegawai-pegawai tidak dapat memberikan jawapan.

Wartawan kemudian dibawa ke unit kuarantin yang kelihatan seperti klinik, kira-kira 100 meter dari booth di mana terdapat dua orang doktor di situ.

Tempat tersebut memiliki ruang untuk doktor untuk membuat pemeriksaan dan sebuah lagi bilik yang boleh menampung kira-kira tujuh pesakit pada satu masa.

Unit ini telah mengkuarantin 26 orang untuk demam kuning pada tahun 2013 dan 17 orang dari Januari hingga Mac tahun ini.

Walaupun bunting mengenai MERS dan Ebola serta rak dengan risalah maklumat ditempatkan di sekitar booth pemeriksaan, penumpang yang tiba dan ditemuramah gagal menyedarinya.

Dwight Cosgrove dari Sydney berkata dia tidak tahu bahawa dia telah diperiksa.

"Saya melalui Imigresen seperti biasa. Tidak ada apa-apa yang berbeza di sana yang membuatkan saya berfikir mereka membuat pemeriksaan Ebola. Bagaimanapun orang-orang Imigresen memakai topeng," katanya.

Seorang pelajar dari Pulau Pinang berkata dia menyedari adanya booth itu tetapi tidak tahu apa fungsinya.

Ketika dihubungi, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata pegawai beliau yang bertugas di pintu masuk telah ditugaskan untuk mengenal pasti mereka yang datang dari negara-negara Afrika Barat yang terjejas dengan wabak ini.

"Kami membantu dalam mengenal pasti penumpang manakala pemeriksaan dilakukan oleh pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam Ebola," katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa kakitangan kesihatan awam telah menjalankan latihan simulasi untuk mempersiapkan diri mereka untuk kes Ebola yang disahkan di negara ini.

Di Singapura, stesen pemeriksaan dilihat berada di di setiap satu daripada tiga terminal di Lapangan Terbang Changi, tetapi disembunyikan di bawah 'escalator' menuju ke pusat pemeriksaan Imigresen.

Dua hingga tiga sukarelawan dilihat berada di setiap stesen.

Kamera thermographic bagaimanapun tidak dilihat oleh wartawan di lapangan terbang.

Seorang jururawat, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata stesen-stesen telah dibuka selama kira-kira dua minggu lalu dan secara khusus menyasarkan penumpang dengan pasport dari negara-negara yang dilanda Ebola.

Pegawai-pegawai imigresen akan mengarahkan semua penumpang ini ke stesen-stesen di mana mereka akan diperiksa sama ada demam atau tidak dan diberi soal selidik, sama seperti di KLIA, tetapi terdapat beberapa pendatang Afrika Barat, katanya.

Kementerian Kesihatan Singapura dan Lapangan Terbang Changi menjalankan latihan kecemasan untuk kes Ebola pada bulan Ogos.

Video Seks Ustaz: Niat Jahat Pihak Tertentu - Zulkifli


Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 9:24 PM

PETALING JAYA: Penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

"Bukan... jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja Ustaz Azhar tetapi juga golongan ulama di negara ini.

"Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

"Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

"Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

"Ia termasuklah program 'I Want To Touch A Dog' di ibu kota baru-baru ini.

"Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam," katanya pada Khamis.

Ditanya penerimaan Uztaz Azhar mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, beliau masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.

Ini sudah lebih


Kuala Nerus: Penyebaran gambar memakaikan anjing dengan serban dan jubah harus dihentikan kerana ia menyinggung hati masyarakat Islam yang menghormati golongan ulama di negara ini, kata Mufti Selangor Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.

Beliau berkata, gambar anjing berserban serta berjubah disiarkan di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama ulama di negara ini.

“Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

“Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina,” katanya.


Beliau berkata, demikian ketika ditemui selepas majlis penutupan Multaqa’ Anggota Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di sini, hari ini.

Mohamad Tamyes berkata, umat Islam sebenarnya tidak boleh membelai anjing kerana ia bukan haiwan peliharaan, kecuali untuk menjadi binatang buruan, menjaga keselamatan atau mengesan barangan.

“Tetapi, kalau kita membelanya dengan membelai seperti kucing dengan membawanya masuk ke dalam rumah, itu adalah haram dan malaikat rahmat tidak akan masuk ke rumah yang ada anjing,” katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 8:25 PM


GAMBAR yang tersebar di Facebook dapat perhatian orang ramai dan meminta PDRM membuat siasatan. FOTO ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3640#sthash.Xfbd2eNo.dpuf

Kanada tak gentar


Ottawa: Perdana Menteri Stephen Harper berikrar menggandakan usaha menumpaskan kumpulan pengganas di luar negara selepas seorang lelaki yang baru memeluk Islam menyerang Parlimen, kelmarin.

Selepas lelaki bersenjata menembak mati seorang askar di Memorial Perang Negara di Ottawa, satu lagi serangan dilakukan suspek yang meluru masuk ke Parlimen dengan membawa senapang patah.

Bagaimanapun serangan suspek itu sempat dipatahkan oleh polis yang mengejarnya masuk hingga ke parlimen.

Tembakan bertubi-tubi oleh polis akhirnya menumpaskan lelaki terbabit yang mati di tempat kejadian beberapa meter dari tempat Harper mengadakan perbincangan dengan ahli parlimen.

Setakat ini polis Ottawa masih belum dapat memastikan sama ada kedua-dua serangan dilakukan suspek yang sama.

Pembunuhan askar di memorial terbabit adalah serangan kedua minggu ini yang dikaitkan dengan militan Islam.

Harper berkata, setakat ini masih terlalu awal untuk menentukan sama ada suspek itu mempunyai rakan subahat, namun menegaskan Kanada tidak gentar dengan serangan seumpama itu.

“Ini akan melipatgandakan semangat kami dan agensi pengawal kebangsaan untuk mengambil langkah sewajarnya bagi mengenal pasti dan mematahkan ancaman,” katanya.

Dalam satu lagi kejadian Isnin lalu seorang suspek yang juga mualaf merempuh dua askar dengan keretanya mengakibatkan seorang daripada maut berhampiran Montreal.

Kedua-dua serangan berlaku selepas Kanada mengumumkan bulan ini ia akan menghantar enam jet pejuang untuk mengambil bahagian dalam serangan ke atas kumpulan militan Negara Islam yang kini mengusai sebahagian Iraq dan Syria.

Berikutan itu, Menteri Pertahanan Rob Nicholson Kanada tetap akan meneruskan perancangannya itu.

Sementara itu, polis mengesahkan Michael Zehaf-Bibeu sebagai suspek yang terbabit dalam serangan Rabu lalu.

Rekod mahkamah menunjukkan Zehaf-Bibeu pernah dituduh atas tuduhan merompak di Vancouver dan beberapa tuduhan berkaitan dadah di Montreal. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:05 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3760#sthash.wsk8acyr.dpuf

Kembali ke rumah usang


Nibong Tebal: “Saya hanya mampu berdoa supaya tiada kejadian buruk berlaku apabila tinggal dalam rumah yang usang, tambahan pula saya hanya berseorangan,” kata Asiah Ariffin, 57.

Ibu tunggal itu kembali tinggal di rumah pusaka ibunya di Jalan Hutan Lipur, Sungai Buaya di sini, sejak lima tahun lalu.

“Sebelum ini, saya tinggal di Ijok, Perak bersama anak bongsu, manakala rumah pusaka ini disewakan kepada orang lain. Tetapi, selepas suami meninggal dunia dan rumah pusaka ini tiada penyewa, saya kembali tinggal di sini sejak lima tahun lalu kerana tidak sanggup membiarkan ia kosong walaupun keadaannya semakin uzur.

“Apabila hujan lebat dan ribut, saya selalu kesejukan kerana bumbung bocor dan tidak dapat tidur lena waktu malam,” katanya.

Mengimbas kisah hidupnya, dia dianugerahkan 10 anak hasil perkahwinan dengan suami pertamanya, tetapi mereka berpisah sejak 20 tahun lalu, manakala suami keduanya meninggal dunia.

Semua anaknya yang berusia antara 22 dan 38 tahun kini tidak lagi tinggal sebumbung memandangkan mereka sudah berumahtangga serta mempunyai komitmen sendiri.

Disebabkan dia hanya tinggal bersendirian, segala makan minum serta pengurusan dirinya diuruskan sendiri memandangkan keadaannya masih mampu berdikari.

Untuk menyara kehidupannya, Asiah bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kampung Sungai Kechil di sini, dengan upah RM35 sehari dengan waktu bekerja dari jam 7 pagi hingga 3 petang dan menggunakan basikal sebagai pengangkutannya.

“Untuk ke tempat kerja, saya perlu mengayuh basikal selama 30 minit sehala. Walaupun hujan, saya tetap berkayuh ke kedai berkenaan demi mencari rezeki kerana itu saja mata pencarian yang mampu saya lakukan dalam usia sebegini.

“Memang agak memenatkan kerana mengayuh basikal ke tempat kerja yang agak jauh dari rumah, namun saya bersyukur mempunyai basikal ini yang membolehkan saya terus bergerak.

“Saya kini menghidap kencing manis, tetapi kerana faktor kewangan tidak mencukupi saya hanya membeli ubat sebanyak RM60 untuk dua bulan sekali,” katanya.

Asiah tetap bersyukur kerana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan barangan kering setiap kali menjelang musim perayaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:11 AM


ASIAH tinggal bersendirian di rumah pusaka usang milik ibu sejak lima tahun lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3813#sthash.eJJfB2Ks.dpuf

Rela tak kahwin jaga kakak, adik OKU


Butterworth: Dua beradik sanggup mengetepikan kepentingan diri dengan tidak berkahwin semata-mata mahu memastikan adik dan dua kakak mereka yang juga orang kurang upaya (OKU) mendapat penjagaan rapi.

Setiap hari, Azizah Mohamad, 51, dari Kampung Telok, Sungai Dua, dekat sini, dibantu adiknya, Abidin, 50, akan menguruskan tiga saudara mereka yang lumpuh sejak kecil akibat demam panas iaitu Zaiton, 60, Habesah, 55, dan Noorlia, 47.

Sebelum ini, ibu mereka, Zainab Othman, 78, menguruskan keperluan tiga beradik itu, namun warga emas berkenaan kini sudah terlantar sejak setahun lalu akibat uzur dan turut memerlukan penjagaan rapi.

Tiga beradik OKU berkenaan mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM900 sebulan selain bantuan zakat RM500 sebulan serta sumbangan Restoran Nasi Kandar Nasmir, RM600 sebulan.

Azizah berkata, wang bantuan itu digunakan bagi membeli lampin pakai buang untuk ibu, adik serta dua kakaknya yang mencecah RM700 sebulan.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua Mohamad Yusoff Mohd Noor bersama Penolong Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Shah Inor Shahbudin melawat dan memberi sumbangan kepada tiga beradik OKU berkenaan.

Mohamad Yusoff berkata, pihaknya simpati dengan tiga beradik berkenaan kerana tidak mampu menguruskan diri sendiri dan terpaksa bergantung pada dua beradik lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:13 AM


MOHAMAD Yusoff melawat keluarga berkenaan di Kampung Telok, Sungai Dua, Butterworth, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3823#sthash.KhUt9nQz.dpuf

‘Bukan UAI...usah percaya’


Kuala Terengganu: Penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Bukan...jangan percaya..itu usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI, tetapi golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini seperti sudah wujud ‘trend’ untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.
“Ini kerana, pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang,” katanya.
Justeru, katanya, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.
“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-baru ini. Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau yang turut bimbang menyaksikan trend berniat jahat pihak tidak bertanggungjawab dalam melemahkan agama Islam di negara ini.
Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan belum ada laporan diterima pihaknya berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.
Sementara itu, UAI enggan mengulas berhubung isu penyebaran gambar dan video lucah yang dikaitkan dengannya di laman sosial.
UAI juga enggan menemui media yang menunggunya di Masjid Taqwa, di sini sejak jam 8 malam tadi.
Beliau cuba mengelak daripada berjumpa media dengan keluar dari pintu belakang masjid sebelum bergegas ke sebuah rumah salah seorang penduduk di kawasan Batu 6, di sini sebaik selesai menunaikan solat Isyak.
Bagaimanapun, rumah itu dikawal rapi oleh penyokongnya termasuk Unit Amal Pas Kawasan Batu 6 yang tidak membenarkan media masuk.
Malah, Unit Amal PAS kawasan Batu 6 turut meminta media beredar meninggalkan lokasi itu dan memaklumkan UAI enggan memberi sebarang komen.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:14 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3825#sthash.zNCsVhiJ.dpuf

Nafi pergi kelab lucah


Agensi
Tokyo: Menteri perdagangan baru Jepun terpaksa mempertahankan dirinya daripada tuduhan skandal dilemparkan terhadapnya menggunakan wang dana politik di sebuah kelab lucah.
Yoichi Miyazawa, 64, mengaku pekerjanya membuat tuntutan bagi perbelanjaan itu selepas melawat sebuah bar yang mempamerkan aksi seksual ekstrem di Hiroshima namun menegaskan dia sendiri turut berada di situ.
“Memang benar perbelanjaan itu dibuat, tetapi saya tidak pergi ke tempat itu,” katanya.
Pengakuan itu memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri Shinzo Abe berikutan dua menteri Kabinet wanita - Yuko Obuchi dan Menteri Kehakiman Midori Matsushima - baru saja meletakkan jawatan atas tuduhan menyalahgunakan dana politik, Isnin lalu.
Miyazawa dilantik menggantikan Yuko sehari selepas itu manakala jawatan Midori diambil alih Yoko Kamikawa.
Tuduhan terbabit mendedahkan kumpulan sokongan Miyazawa-kai yang bertanggungjawab menguruskan dana menteri itu membelanjakan 18,230 yuan (RM555) di kelab itu pada September 2010.
Perbelanjaan itu disenaraikan sebagai “perbelanjaan hiburan” dalam laporan dana kumpulan politik tahun berkenaan.
Miyazawa berazam untuk membersihkan namanya yang dikatakan “menyalahgunakan wang.”
“Memang perbelanjaan itu wujud namun saya sendiri tidak ke sana langsung,” kata Yoichi.
Bar terbabit menyediakan wanita seksi dengan hanya berpakaian seluar dalam dan diikat dengan tali untuk disebat, lapor media.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3762#sthash.Rjm45OKS.dpuf

Revolusi payung terus marak


Hong Kong: Kakitangan awam Hong Kong menggunakan Facebook untuk menyatakan sokongan mereka kepada protes prodemokrasi yang sedang berlangsung di bandar raya itu.

Birokat dari pelbagai jabatan-termasuk perkhidmatan penerangan kerajaan, polis dan institusi kehakiman-mengepos gambar kad pengenalan rasmi masing-masing di rangkaian sosial itu dengan diiringi kritikan terhadap Beijing.

Langkah itu dibuat ketika sekumpulan 1,300 kakitangan awam yang mengecam pemimpin kesatuan sekerja yang sebelum ini mengutuk gerakan prodemokrasi.

Menggunakan halaman akhbar Ming Pao, kumpulan kakitangan awam itu berkata, mereka percaya gerakan prodemokrasi itu dijalankan secara aman.

Satu mesej dimuat naik di Facebook menyatakan: "Tubuhku terkurung dalam perut haiwan namun hatiku bersama rakyat."

Sehingga tengah hari semalam, pos itu menarik hampir 6,000 'like' dan dikongsi kira-kira 600 pengguna lain Facebook.

Satu lagi gambar memaparkan mesej bertulis tangan yang dirakam bersebelahan kad pengenalan pegawai polis yang menyatakan: "Saya mahu hak mengundi universal. Terima kasih kepada anda yang berjuang untuk demokrasi Hong Kong lebih 20 hari.

"Kakitangan awam juga manusia biasa apabila mereka menamatkan tugas harian," kata seorang lagi kakitangan awam.

Sebahagian daripada Hong Kong kini lumpuh apabila kumpulan prodemokrasi dan pelajar mengadakan protes bagi menuntut reformasi dijalankan sebelum pilihan raya umum berlangsung pada 2017.

Bagaimanapun tuntutan itu setakat ini tidak dilayan Beijing.

Sementara itu pemimpin pelajar berkata, mereka belum memutuskan sama ada mahu menyambung rundingan dengan wakil kerajaan.-AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:06 AM


DUA aktivis prodemokrasi berselisih faham mengenai penghadang jalan raya di Mong Kok, Kowloon.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3777#sthash.cZNw7Q3Q.dpuf

517 Kemalangan Dalam Masa 24 jam di Moscow Gara-gara Iklan P@yud@ra.


Foto p@yudara besar yang dilekatkan di 30 trak box berjaya membuat kekacauan di Ibu Kota Rusia, Moscow. Gambar yang dimaksudkan untuk menarik syarikat memasang iklan itu terus membuat 517 kemalangan dalam masa 24 jam.

Pada gambar iklan itu, payudara besar hanya ditutup dengan tulisan "They attrack (mereka menarik)". Gambar ini pun membuat para pemandu kenderaan hilang tumpuan dan mengalami kemalangan.

"Aku sedang memandu motor menuju ke pejabat untuk mesyuarat penting, sampai aku lihat trak dengan iklan dada besar," jelas Ildar Yuriev, salah satu mangsa kemalangan. "Lalu aku dilanggar kereta dari belakang dan pemandunya mengaku bersalah kerana lihat pemandangan itu."

Sejumlah mangsa meminta pampasan kemalangan pada agensi iklan Sarafan Advertising. Mereka pun berjanji memberikan ganti rugi bagi mangsa yang tidak mempunyai insurans.

Untuk mengelakkan kemalangan lebih teruk, syarikat itu akan menutup gambar-gambar iklan tersebut. Polis juga melarang trak berjalan jika masih terdapat iklan ini.
http://zamrispoon.blogspot.com/2014/10/517-kemalangan-dalam-masa-24-jam-di.html

100 ibu muda di sekolah


Bungoma, Kenya: Sesi peperiksaan sekolah menengah di daerah Bungoma kali ini sama sekali berbeza daripada biasa apabila pihak berkuasa mengarahkan pihak pentadbiran menyediakan kenderaan khas dan meletakkannya dalam keadaan berjaga-jaga.
Alasannya-sebahagian daripada pelajar terbabit sedang hamil dan sesetengahnya sarat.
Pegawai pendidikan daerah berkata, sekurang-kurangnya 53 pelajar yang menduduki peperiksaan itu sedang hamil.
Menurut Charles Anyika, pihaknya percaya jumlah sebenar pelajar hamil adalah lebih tinggi daripada data dikumpul.
"Sesetengah guru enggan mendedahkan maklumat mengenai perkara ini kepada pihak jabatan pendidikan.
"Tahun ini, kami menganggarkan ada sehingga 100 pelajar perempuan hamil," katanya, semalam.
Kehamilan dalam kalangan pelajar adalah perkara agak lumrah di daerah itu.
Kata Anyika, antara puncanya ialah faktor kemiskinan.
Selain itu, katanya, pergaulan remaja dengan pengendali boda boda (teksi basikal atau motosikal) dan lelaki hidung belang turut menyumbang kepada gejala berkenaan.
"Kami mengarahkan ibu bapa dan sekolah berhati-hati bagi membendung masalah ini," katanya.
Berdasarkan keadaan semasa, kata Anyika, perkembangan itu membimbangkan dan pejabat pendidikan tidak boleh bertolak ansur mengenainya.
Mengenai peperiksaan terkini, Anyika berkata, sekolah dinasihati supaya tidak menghalang pelajar terbabit menduduki peperiksaan.
"Pihak sekolah perlu membiarkan proses itu berjalan seperti biasa.
"Jika ada pelajar yang tiba-tiba sakit mahu bersalin, mereka mesti dihantar segera ke hospital," katanya.-Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 5:01 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3706#sthash.dGDQOc3Y.dpuf

Video lucah lelaki mirip Azhar Idrus



AZHAR enggan memberi sebarang komen kepada wartawan selepas berceramah di Masjid At-Taqwa, Batu Enam, Kuala Terengganu malam tadi.


KUALA LUMPUR – Beberapa pihak menyarankan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 50, tampil membuat laporan polis bagi membersihkan nama beliau ekoran penyebaran rakaman video lucah seorang lelaki mirip wajahnya di internet semalam.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, Azhar juga perlu melaporkan kejadian itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kerana pihak berkenaan memiliki kepakaran untuk mengesan dalang yang mula-mula menyebarkan video tersebut.
“Jika video itu palsu, pihak yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah Khairul Anwar, Azhar tidak perlu teragak-agak membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana beliau merupakan seorang tokoh masyarakat serta pendakwah yang berpengaruh. Tindakan membuat laporan berkenaan dapat membersihkan nama beliau, terang Khairul Anwar.
Katanya lagi, penyebaran video tidak bermoral itu bukan melibatkan aspek undang-undang atau dosa pahala semata-mata, malah memberi kesan sosial kepada generasi muda yang mungkin cuba menirunya.
Gambar-gambar daripada klip video seks yang didakwa melibatkan lelaki mirip pendakwah itu dikatakan mula dimuat naik dalam sebuah blog kira-kira pukul 1 pagi semalam. Ia diikuti penyebaran video perlakuan seks berkenaan ke laman sosial termasuk WhatsApp. Video itu turut dimuat naik ke laman YouTube sejak petang semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3H0brUR4G 
Hakcipta terpelihara 

SPRM banteras rasuah habis-habisan 10 individu ditahan, 30 akaun bernilai RM18 juta dibeku


“Tiada lagi maaf’’ - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membanteras habis-habisan kegiatan rasuah melibatkan anggota agensi penguat kuasa di seluruh negara dalam memastikan perbuatan haram itu tidak berakar umbi dalam mana-mana jabatan kerajaan.
Selain itu turut menjadi sasaran ialah orang awam yang cuba mera­suah atau memberi habuan kepada anggota penguat kuasa bagi melin­dungi perbuatan jenayah mereka.
Langkah tersebut berikutan amalan rasuah yang dikatakan semakin serius dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa sehingga menyebabkan kerajaan kerugian berbilion-bilion ringgit.
Terbaharu, SPRM menahan 10 individu termasuk seorang pegawai kanan polis dalam satu operasi di Sarawak, sejak minggu lalu kerana terlibat dalam pembalakan haram yang mengakibatkan kerugian RM43 juta dalam tempoh sembilan bulan.
MOHD. SHUKRI ABDULL
Operasi bersepadu yang dina­makan Ops Tukul itu telah dijalankan SPRM dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA), polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Jabatan Perhutanan Sarawak.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, dalam operasi yang dijalankan sejak 20 Oktober itu sebanyak 30 akaun pemilik syarikat balak bernilai lebih RM18 juta turut dibekukan.
Beliau berkata, pegawai kanan polis yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Sarawak itu ditahan kerana me­nerima rasuah berjumlah RM16,000 daripada pembalak haram.
“Bahagian Perisikan SPRM sudah membuat pemerhatian dan pemantauan selama sembilan bulan di 12 lokasi di Sarawak termasuk Kuching, Limbang, Sibu, Ulu Ba­ram, Lundu, Kapit dan Miri. Risikan kami mengesahkan bahawa kecurian balak di kawasan yang dipantau memang berlaku.
“Mereka yang ditahan berumur 28 hingga 70 tahun itu terdiri daripada pengarah urusan syarikat, pemilik syarikat dan pengurus kem. Nilai rasuah yang diberi adalah RM300 hingga RM10,000,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Pada Selasa lalu, Utusan Malaysia dalam laporannya mendedahkan kegiatan pembalakan haram di seluruh negara semakin serius angkara perbuatan rasuah yang berleluasa dan turut melibatkan anggota penguat kuasa.
Kegiatan yang dinaungi sindiket serta kumpulan mafia bersenjata api telah mengakibatkan negara kerugian ratusan juta ringgit de­ngan Sarawak sahaja pada tahun lalu mencatatkan RM100 juta.
Mohd. Shukri seterusnya memberitahu, daripada jumlah yang ditahan, lima individu telah didakwa manakala selebihnya masih ditahan reman bagi membantu siasatan.
“Empat individu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Limbang hari ini manakala seorang lagi di Mahkamah Sesyen Kuching semalam. Selebih­nya masih ditahan termasuk pegawai kanan polis berkenaan hingga 26 Oktober ini,” ujarnya.
Kesemua individu yang ditahan boleh didakwa mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika disabitkan kesalahan akan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sprm-banteras-rasuah-habis-habisan-1.16225#sthash.HQZLb8xS.dpuf

Mufti Selangor kesal anjing berjubah, serban


Mohd. Tamyes Abd. Wahid
Mohd. Tamyes Abd. Wahid
Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid melahirkan kekesalan dengan penyebaran gambar seekor anjing memakai jubah dan serban dalam laman sosial yang merupakan satu penghinaan kepada umat Islam selain mempersendakan para ulama.
Lebih dikesali katanya, penyebaran gambar itu berlaku selepas kontroversi kempen ‘Saya Mahu Sentuh Anjing’ di Petaling Jaya yang dikritik hebat pelbagai pihak.
“Saya percaya ini adalah satu perkara yang betul-betul menghina umat Islam. Sewaktu isu belai anjing belum reda, tiba-tiba isu kedua pula timbul iaitu anjing dipakai serban dan jubah.
“Tujuan mereka ini nak hina ulama. Para ulama yang sentiasa beri pandangan yang baik kepada masyarakat, tiba-tiba dihina sebegitu rupa. Saya percaya ini agenda cukup menjijikkan dan langsung tak hormati para ulama,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Multaqa' Ahli Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia 2014 yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di sini hari ini.
Mengenai kempen menyentuh anjing, Mohd. Tamyes berharap kerajaan Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berwaspada bagi memastikan program seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.
Beliau tidak menolak kemungkinan isu terbabit sengaja ditimbulkan pihak tertentu bagi menutup beberapa isu terdahulu termasuk kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan Oktoberfest.
Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kelulusan kepada penganjur terbabit mengadakan program seumpama itu.
Sebaliknya, kata beliau, apa juga keputusan mengenainya adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan PBT.
Beliau seterusnya menegaskan, perbuatan menyentuh atau membelai anjing adalah haram bagi umat Islam melainkan haiwan itu dilatih bagi tujuan kebaikan termasuk untuk memburu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mufti-selangor-kesal-anjing-berjubah-serban-1.16253#sthash.4cKxLUez.dpuf