Sabah nafi keluar 40,000 sijil kelahiran kepada rakyat asing di Semporna - Sabah & Sarawak - Sinar Harian:
KOTA KINABALU - Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Sakaran menafikan dakwaan pemimpin pembangkang Sabah bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan sekitar 40,000 sijil kelahiran bagi kanak-kanak warga asing di Semporna.
Sijil kelahiran itu dikatakan dikeluarkan semasa operasi bergerak JPN yang diadakan di bahagian pantai timur Sabah itu.
Nasir berkata dakwaan itu tidak benar dan hanya bertujuan untuk memesongkan pemikiran rakyat Sabah bagi pembangkang meraih sokongan menjelang pilihan raya umum.
"Ini tidak betul kerana angka 40,000 orang ini hanya anggaran JPN untuk keseluruhan negeri Sabah dan bukan Semporna sahaja.
"Apa yang dibuat oleh JPN semasa pendaftaran bergerak (untuk sijil kelahiran) di kawasan itu, lima atau lebih bulan yang lepas, hanya melibatkan sekitar 1,000 orang sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penangguhan Bulan Bahasa Kebangsaan 2012 Peringkat Negeri Sabah di sini hari ini.
Pada 8 Dis lepas, pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS) Datuk Seri Lajim Ukin dipetik sebagai mendakwa terdapat 40,000 sijil kelahiran dikeluarkan untuk anak-anak pendatang tanpa izin di Semporna dan meminta pihak yang berwajib menangani masalah itu.
Dengan penjelasan itu, Nasir berharap isu berkenaan tidak lagi dipolitikkan seolah-olah "kerajaan tidak begitu berhati-hati atau teliti dalam proses pendokumentasian".
"Kalau pun kita mahu menyatakan sesuatu biarlah mempunyai fakta yang kukuh. Jangan semudah itu membuat andaian atau tuduhan. Jangan buat isu untuk mengelirukan rakyat," katanya.
Mengenai isu kad pengenalan merah di Sabah, Nasir berkata Malaysia mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi sebelum memberikan taraf warganegara kepada pemilik kad pengenalan merah.
"Kerajaan tidak akan memberikannya (taraf warganegara) dengan sewenang-wenangnya. Kita mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi dan harus dilaksanakan mengikut undang-undang," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan Sabah bersedia memberi pandangan semasa sesi pendengaran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah yang dijangka dimulakan pada Januari tahun depan, Nasir berkata kerajaan negeri sedia memberi kerjasama yang diperlukan.
"Isu PTI kini dibawah RCI yang sedang menjalankan siasatan, dan kita serahkan kepada anggota panel RCI membuat apa-apa penyiasatan atau tindakan yang sewajarnya untuk kebaikan semua," katanya. - Bernama
'via Blog this'
Thursday, December 13, 2012
Pyongyang berjaya lancar roket jarak jauh
Pyongyang berjaya lancar roket jarak jauh:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121213/lu_02/Pyongyang-berjaya-lancar-roket-jarak-jauh#ixzz2Ew5TUVF7
© Utusan Melayu (M) Bhd
'via Blog this'
SEOUL 12 Dis. - Korea Utara, hari ini berjaya melancarkan roket jarak jauh, sekali gus meningkatkan ancaman keselamatan di rantau ini dan membimbangkan China terhadap provokasi baharu itu serta kecaman global.
Menurut laporan tentera Korea Selatan dan Jepun, roket itu dilancarkan dari Stesen Pelancaran Satelit Sohae, Korea Utara pada kira-kira pukul 9.51 pagi (8.51 pagi waktu Malaysia).
Jepun yang menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu untuk memusnahkan roket itu jika memasuki wilayahnya berkata, roket itu melintasi Okinawa kira-kira 12 minit selepas dilancarkan.
Perpisahan pertama dan kedua jatuh di laut di bahagian barat dan barat daya Semenanjung Korea, sementra peringkat ketiga jatuh 300 kilometer ke timur Filipina.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergemparbagi membincangkan tindakan Pyongyang itu.
Korea Utara bertegas pelancaran itu bukanlah ujian peluru berpandu yang ditegah oleh PBB, tetapi untuk menempatkan satelit saintifik di orbit dan menyatakan telah mencapai kesemua objektifnya.
'Satelit itu telah memasuki orbit seperti yang dirancang," lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).
Baek Seung-Joo dari Institut Analisis Pertahanan Korea Selatan berkata, pelancaran itu membuktikan keazaman Pyongyang untuk menyempurnakan sistem senjata nuklear di bawah pemimpin baharu Kim Jong-Un.
Kejayaan kali ini turut membawa kesan mendalam kepada keselamatan dan membuktikan kemajuan dan kemampuan Korea Utara membina peluru berpandu antara benua (ICBM) dengan program senjata nuklear.
"Menempatkan satelit di orbit bermakna negara itu mempunyai teknologi untuk memastikan peluru berpandu mengenai sasarannya dan ini menyebabkan Korea Utara kini bukan setakat memberi ancaman kepada negara jiran, tetapi kepada Amerika Syarikat (AS)," kata Profesor Masao Okonogi dari Universiti Keio di Jepun.
China yang merupakan sekutu kuat dan rakan dagang terbesar Korea Utara turut mengeluarkan kenyataan keras menggesa Pyongyang mematuhi resolusi PBB. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121213/lu_02/Pyongyang-berjaya-lancar-roket-jarak-jauh#ixzz2Ew5TUVF7
© Utusan Melayu (M) Bhd
'via Blog this'
Filem Nabi Muhammad dikecam
Filem Nabi Muhammad dikecam:
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121213/lu_01/Filem-Nabi-Muhammad-dikecam#ixzz2Ew5JSVOK
© Utusan Melayu (M) Bhd
'via Blog this'
BRUSSELS 12 Dis. - Belgium meningkatkan ancaman keganasan ke tahap tiga, menjelang tayangan filem baharu yang menghina Nabi Muhammad SAW di negara ini, Jumaat ini.
Filem berjudul The Innocent Prophet: Life of Muhammad from the Point of View of an Ex-Muslim itu diarahkan oleh rakyat Pakistan, Imran Firasat, seorang penganut Islam yang kini menetap di Sepanyol.
Firasat dilaporkan bekerjasama dengan paderi Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan tindakannya membakar al-Quran, Terry Jones.
Dalam sedutan filem itu, Firasat berkata, jika mahu mengenali kebenaran Islam, anda harus mengetahui kehidupan Nabi Muhammad untuk mengenal pasti sama ada beliau adalah Nabi sebenar yang dihantar oleh Tuhan atau hanya seorang pencabul kanak-kanak, pembunuh dan secara sendiri mengaku seorang Nabi.
Pembuat filem itu turut menganggap Jones sebagai sumber inspirasinya.
"Adalah harapan kami untuk mempersembahkan kisah Nabi Muhammad yang mungkin belum pernah didedahkan sebelum ini untuk membantu orang Barat dan penganut Islam memahami beliau," tulis Jones dalam laman webnya.
Menteri Dalam Negeri Belgium, Joelle Milquet berkata, keputusan yang dibuat oleh unit penganalisis dan penyelaras pengganas itu hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga. - AGENSI
Filem berjudul The Innocent Prophet: Life of Muhammad from the Point of View of an Ex-Muslim itu diarahkan oleh rakyat Pakistan, Imran Firasat, seorang penganut Islam yang kini menetap di Sepanyol.
Firasat dilaporkan bekerjasama dengan paderi Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan tindakannya membakar al-Quran, Terry Jones.
Dalam sedutan filem itu, Firasat berkata, jika mahu mengenali kebenaran Islam, anda harus mengetahui kehidupan Nabi Muhammad untuk mengenal pasti sama ada beliau adalah Nabi sebenar yang dihantar oleh Tuhan atau hanya seorang pencabul kanak-kanak, pembunuh dan secara sendiri mengaku seorang Nabi.
Pembuat filem itu turut menganggap Jones sebagai sumber inspirasinya.
"Adalah harapan kami untuk mempersembahkan kisah Nabi Muhammad yang mungkin belum pernah didedahkan sebelum ini untuk membantu orang Barat dan penganut Islam memahami beliau," tulis Jones dalam laman webnya.
Menteri Dalam Negeri Belgium, Joelle Milquet berkata, keputusan yang dibuat oleh unit penganalisis dan penyelaras pengganas itu hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121213/lu_01/Filem-Nabi-Muhammad-dikecam#ixzz2Ew5JSVOK
© Utusan Melayu (M) Bhd
'via Blog this'
Dalang pembersihan etnik Bosnia dipenjara seumur hidup
Dalang pembersihan etnik Bosnia dipenjara seumur hidup: "THE HAGUE 13 Dis. - Mahkamah tribunal jenayah perang Yugoslavia semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas staf tentera Bosnia Serb, Zdravko Tolimir atas atas peranannya melakukan pembersihan etnik Islam Bosnia di Srebrenica pada 1995.
Para hakim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, Tolimir, 64, yang merupakan ketua perisikan dan orang kanan kepada komander tentera Bosnia Serb, Ratko Mladic, telah merancang dan membunuh kira-kira 8,000 penduduk yang terdiri daripada lelaki dan kanak-kanak Islam ketika menawan pekan Srebrenica pada Julai tahun tersebut.
Pembunuhan itu merupakan satu daripada proses pembersihan etnik yang dilakukan oleh kumpulan nasionalis Serb untuk membentuk negara Serbia di Bosnia dengan menghapuskan penduduk Islam dan Croatia yang menguasai beberapa wilayah. - REUTERS"

Sidang Parlimen Ukraine kecoh
Kosmo! Online - Dunia:
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2EvxGqKxH
Hakcipta terpelihara
'via Blog this'
KIEV - Beberapa aktivis pertubuhan Femen yang memperjuangkan hak-hak wanita mendedahkan payudara mereka dalam satu protes antirasuah di luar bangunan Parlimen di sini semalam.
Bantahan itu diadakan ketika satu pergaduhan melibatkan beberapa wakil rakyat tercetus di Parlimen Ukraine.
Sesi Parlimen yang dikenali sebagai Verkhkovna Rada bermula agak kelam-kabut semalam selepas pilihan raya Parlimen diadakan pada 28 Oktober lalu.
Seramai empat wanita muda melompat pagar Parlimen dan menanggalkan pakaian untuk mengadakan protes di pekarangan bangunan itu.
Seorang jurugambar agensi berita AFP menyatakan, mereka cuma memakai seluar dalam berwarna hitam dalam protes tersebut.
Keempat-empat aktivis berkenaan kemudian ditahan oleh beberapa anggota pengawal keselamatan.
Sebelum itu, mereka menyatakan di laman akaun Facebook Femen bahawa tunjuk perasaan itu diadakan untuk membantah amalan rasuah dalam kalangan wakil rakyat.
Parlimen kali ini bersidang selepas parti politik pimpinan Presiden Viktor Yanukovych menang tipis pada pilihan raya dua bulan lalu.
Para pemerhati mengkritik proses pengundian pilihan raya itu termasuk tindakan pemerintah memenjarakan ketua pembangkang yang juga bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko.
Proses pengiraan undi yang berlangsung lebih seminggu turut dicemari pelbagai insiden seperti pergaduhan di pusat-pusat mengundi, penggunaan gas pemedih mata di sebuah kawasan pilihan raya dan tindakan polis pencegah rusuhan menyerbu pejabat suruhanjaya pilihan raya.
Selepas keputusan pilihan raya diumumkan, sebanyak lima daripada 450 kerusi Parlimen masih kosong ekoran dakwaan penipuan yang mendorong pegawai-pegawai pilihan raya mengadakan proses pengundian baharu di lima buah daerah yang dipertikai.
Semalam, para wakil rakyat daripada parti pimpinan Tymoshenko hadir di Parlimen dengan memakai pakaian berwarna hitam.
Bahagian hadapan baju itu tertera potret Tymoshenko.
Pergaduhan bermula apabila anggota-anggota Parlimen daripada pihak pembangkang menjerit kata-kata membenci rakan-rakan mereka yang membelot dengan menyertai parti pemerintah.
Mereka menyerang dua wakil rakyat yang menang atas tiket pembangkang tetapi dipercayai mahu menyertai parti pimpinan Yanukovych.
Insiden itu menyaksikan wakil rakyat iaitu Oleksandr Tabalov dan anak lelakinya, Andrei Tabalov ditolak keluar dari Dewan Parlimen dan dihalang daripada mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen.
Pihak pembangkang kemudian mendakwa tanpa majlis angkat sumpah tersebut, kedua-dua wakil rakyat itu tidak boleh melaksanakan tugas sebagai anggota Parlimen.
Setakat ini, status mereka masih tidak jelas.
Sidang Parlimen dijadualkan disambung semula lewat semalam bagi memilih seorang Speaker dan mengundi calon pilihan Presiden untuk jawatan Perdana Menteri Ukraine.
Yanukovych mencalonkan Perdana Menteri sedia ada yang juga sekutu rapatnya, Mykola Azarov untuk jawatan tersebut. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2EvxGqKxH
Hakcipta terpelihara
'via Blog this'
Empat kamera AES di Perak dirosakkan
Kosmo! Online - Negara:
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2EvvIDrUf
Hakcipta terpelihara
'via Blog this'
IPOH - Empat kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri ini menjadi sasaran perbuatan khianat termasuk dua daripadanya ditumbangkan pada Oktober dan November lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Ramli Awang Seberang, dua daripada kamera AES itu terletak di Lebuh Raya Utara-Selatan iaitu di Kilometer 376 Slim River dan Kilometer 205.6 Taiping.
Dua lagi kamera yang dirosakkan terletak di Jalan Pasir Putih di sini dan Kilometer 85.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Sungkai.
"Kesemua kejadian dikesan berlaku pada awal Oktober lalu kecuali di Taiping pada awal bulan lepas," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
Mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan berhadapan hukuman penjara maksimum dua tahun serta denda jika sabit kesalahan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2EvvIDrUf
Hakcipta terpelihara
'via Blog this'
Subscribe to:
Posts (Atom)