Showing posts with label dedah. Show all posts
Showing posts with label dedah. Show all posts

Thursday, June 17, 2010

Anwar Tetap Dedah Klip Video RM2 Juta

Harakah DailyOleh Dzulfikar Mashoor
Gara-gara mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan klip video berhubung sogokan RM2 juta yang membabitkan beberapa Ahli Parlimen Bebas sebagaimana yang dicabar oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohammed Hashim, seorang wartawan RTM yang dikenali sebagai Tukimin dinasihatkan supaya bersikap lebih profesional.
“Kamu (Tukimin) tak jadi menteri lagi pun, kamu sudah begini. Sudah habis bertanya soalan, sudah habis tanya soalan, ok…kamu diam,” kata Anwar pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang beliau kenali secara peribadi jauh lebih berakhlak dan beradab ketika berkomunikasi dengan beliau jika dibandingkan dengan wartawan terbabit.
Disebabkan nasihat Anwar itu, wartawan terbabit terus berlagak agresif dan memperkecilkan nasihat Anwar lalu meninggalkan sidang media tersebut.
Sebelum pada itu, Anwar didesak bertalu-talu untuk menjelaskan secara spesifik bila beliau bersedia menyahut cabaran Zahrain sebagaimana dibuat di Dewan Rakyat, semalam.
Menjawab soalan itu, Anwar meminta wartawan terbabit mendedak RTM menyiarkan dahulu klip video konspirasi melantik hakim yang membabitkan Peguam VK Linggam sebelum ini.
Ini kerana, menurut Anwar, RTM tidak pernah profesional dalam mendedahkan kepincangan para pemimpin Umno BN dalam mentadbir negara.
Sehubungan itu, beliau berkata, soalan berunsur provokasi oleh wartawan terbabit tidak seharusnya dilayan.
“Saya yang menentukannya (klip video RM2 juta), saya akan tetap mendedahkannya kelak. Kamu diam dan saya tidak perlu layan provokasi RTM,” tegasnya.
Turut menyertai Anwar ialah Datuk Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS/Ahli Parlimen Pokok Sena), Datuk Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat) dan Yusmadi Yusoff (Ahli Parlimen Balik Pulau).

Wednesday, June 9, 2010

Berjaya dedah keburukan Israel

SEPANG: “Mereka (aktivis) amat berjaya kerana bersama rakan lain berjaya mendedahkan pada dunia betapa buruknya orang Israel, yang bukan saja bersedia untuk membunuh musuh tetapi juga rakyat negara yang berbaik dengan mereka pun sanggup di bunuh, dengan cara cukup buruk kerana menembak dari belakang”.
Demikian luahan Pengerusi Perdana Global Peace Organisation (PGPO), Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media malam tadi.

Beliau berkata, secara umumnya ramai berpendapat mereka gagal dalam misi membawa bantuan kepada rakyat Gaza, tetapi hakikatnya mereka berjaya kerana berjaya mendedahkan kepada dunia betapa buruknya orang Israel.

“Tindakan mereka menawan kapal yang datang secara aman menunjukkan Israel pengganas dan kejayaan aktivis kita mendedahkan pada dunia apa yang kita kata mengenai Israel memang benar,” katanya.

Tuesday, April 13, 2010

BN mahu dedah kelemahan kerajaan negeri


SHAH ALAM 12 April - Empat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang dibenarkan kembali ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) setelah digantung enam bulan, hari ini berikrar untuk terus bertindak sebagai pembangkang yang cemerlang.
Menurut mereka, banyak kepincangan dan kelemahan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang akan didedahkan oleh mereka sepanjang sidang DUN kali ini.
Kumpulan empat wakil rakyat tersebut terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Mohd. Isa Abu Kasim; ADUN Sabak, Datuk Warno Dogol; ADUN Hulu Bernam, Datuk Mohd. Idris Abu Bakar dan ADUN Dengkil, Datuk Marsum Paing.
Mohd. Isa berkata, beliau memang menunggu peluang untuk bercakap semula di DUN kerana banyak perkara mahu ditanyakan kepada kerajaan negeri.
"Banyak soalan dan isu hendak dibangkitkan nanti," katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Annex DUN di sini hari ini.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan merasmikan Sidang DUN ke-12 itu yang dijadual berlangsung selama seminggu.
Kesemua mereka digantung sejak 15 Julai lalu kerana kesalahan menghina Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dalam media.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamed Khir Toyo yang juga ADUN Sungai Panjang masih belum melepasi tempoh penggantungan tersebut kerana hukuman ke atasnya berjalan selama 12 bulan.
Sementara itu, ADUN Tanjung Sepat, Datuk Dr. Karim Mansor menegaskan, semua wakil rakyat BN, kecuali Mohamad Khir, hadir pada sidang DUN kali ini.
"Kita semua sepakat hadir walaupun ia bertembung dengan persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini," ujarnya.