Cyberita Online Luar Negara
KAHIRAH: Presiden Hosni Mubarak kelihatan semakin tersisih selepas ratusan ribu pembantah kembali ke Dataran Tahrir di sini semalam, sedang pentadbiran Presiden Barack Obama dan beberapa pemimpin elit tentera dan kumpulan awam terus mengatur rancangan untuk mendesak beliau melepaskan kuasanya.
Ini sedang sekumpulan pensabotaj dipercayai menyerang rangkaian paip yang membekalkan gas ke Jordan, hingga memaksa pihak berkuasa Mesir menutup bekalan gas pada rangkaian paip kembar yang turut membekalkan gas kepada Israel itu, menurut laporan-laporan media, semalam.Semalam hari ke-12 para pembantah Mesir menunjukkan kemarahan mereka terhadap Encik Mubarak.Naib Presiden baru Mesir, Encik Omar Suleiman, bersama beberapa pemimpin utama tentera dan sebuah 'kumpulan lelaki bijak' difahamkan sedang membincangkan langkah menyekat kuasa Encik Mubarak.Dalam satu perkembangan terbaru semalam, pemimpin-pemimpin utama para pembantah Mesir mengadakan rundingan dengan perdana menteri Mesir, Encik Ahmed Mohamed Shafiq, mengenai cara-cara memudahkan Encik Mubarak keluar dari jawatannya.Di bawah satu usul, presiden Mesir yang berusia 82 tahun itu akan menyerahkan kuasanya kepada naib presiden beliau, tanpa meletakkan jawatannya dengan segera, bagi memberikan beliau jalan keluar yang lebih 'sopan'.Sebuah kumpulan elit terdiri daripada orang awam, yang diberi gelaran sebagai 'kumpulan lelaki bijak', telah menyebarkan idea-idea untuk memecahkan kebuntuan antara Encik Mubarak dan ratusan ribu pembantah itu.Antaranya ialah agar Encik Mubarak menyerahkan kuasanya kepada Encik Suleiman dan, buat sementara ini, sekurang-kurangnya melucutkan kuasanya daripada semua tugas rasmi kecuali jawatan beliau sebagai presiden.Kumpulan 'lelaki bijak' itu, yang mengasingkan diri mereka daripada para pembantah, telah dua kali bertemu dengan Encik Suleiman dan perdana menteri Mesir sejak beberapa hari yang lalu, kata Encik Amr El-Shobaki, salah seorang anggota kumpulan tersebut.Saranan mereka juga menggesa agar dibubarkan parlimen yang dimonopoli oleh parti yang memerintah Mesir, serta membatalkan perintah darurat yang memberikan kuasa hampir mutlak kepada pasukan keselamatan negara itu.Lewat kelmarin, satu delegasi pembantah telah bertemu dengan Encik Shafiq untuk membincangkan cara-cara memecahkan kebuntuan yang dihadapi Mesir sekarang, kata Encik Abdel-Rahman Youssef, seorang aktivis belia yang menyertai pertemuan itu.Encik Youssef berkata, mesyuarat itu bagaimanapun bukannya permulaan bagi rundingan tersebut.'Ia satu mesej untuk melihat bagaimana krisis ini dapat diatasi. Mesejnya adalah bahawa mereka harus mengiktiraf kesahan revolusi ini dan bahawa presiden berkenaan harus meninggalkan salah satu daripada ini - peninggalan sebenar atau bersifat politik,' dedahnya.Awal dari itu, Presiden Obama telah menggesa Encik Mubarak supaya meletakkan jawatannya, sambil berkata bahawa 'patriot megah' itu seharusnya mendengar rakyat beliau dan membuat 'keputusan yang betul'.'Saya percaya Presiden Mubarak mengambil berat terhadap negaranya. Beliau megah tetapi beliau juga seorang patriot. Beliau perlu mendengar apa yang disuarakan rakyat Mesir, dan membuat keputusan mengenai satu laluan masa depan yang teratur, tetapi bermakna dan serius,' kata presiden Amerika itu.Para pemimpin negara Barat juga kelihatan melahirkan sokongan mereka terhadap para pembantah tetapi ada yang mengambil sikap berwaspada terhadap menjangkakan perubahan terlalu cepat.Sementara itu, salah seorang pemimpin kumpulan 'Ikhwanul Muslimin, yang amat berpengaruh di Mesir', semalam berkata ia tidak mahu melihat satu revolusi Islam di Mesir, dan akan terus tidak mahu menonjolkan pelibatannya.'Ia satu pemberontakan rakyat Mesir,' kata jurucakap kumpulan itu, Encik Rashad Al-Bayoumi, dalam satu wawancara dengan akhbar mingguan Jerman, Der Spiegel, di Berlin, yang bakal diterbitkan esok. -- Agensi.