Showing posts with label melampau. Show all posts
Showing posts with label melampau. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Sambutan Krismas melampau

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) berkata, hiasan dipasang pemilik kompleks beli-belah, pusat hiburan dan tempat awam sempena Krismas kini keterlaluan dan bersifat provokatif.
Pengerusi MUI, Muhyidin Junaedi, berkata walaupun Islam tidak menghalang sesuatu perayaan agama lain diraikan penganutnya, sambutan itu perlu diadakan secara terkawal dan mengambil kira sensitiviti orang lain.

“Hiasan sempena Krismas mesti dibuat mengikut kesesuaian kerana majoriti penduduk Indonesia beragama Islam.

“Jika tidak, hiasan perayaan itu akan menyinggung pihak lain,” katanya kepada media, semalam.

Bagi menjaga sensitiviti semua pihak, kata Muhyidin, MUI mengeluarkan saranan kepada pemilik kompleks beli-belah dan pusat rekreasi supaya lebih berhati-hati menghias premis masing-masing.

Katanya, MUI menerima aduan daripada ramai kakitangan pusat beli-belah di negara itu yang kurang senang kerana dipaksa mengenakan pakaian Santa Claus.

“Kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

“MUI perlu menjaga umat Islam daripada terbabit secara langsung menyertai sebarang perayaan agama lain,” katanya.
Bagaimanapun, setakat ini, kata Muhyidin, MUI tidak bercadang menjadikan saranan dikeluarkan Selasa lalu itu sebagai fatwa. - AFP

Tuesday, October 26, 2010

Tuduh Pas tidak bawa kemajuan melampau




SHAH ALAM – Kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mengharapkan Pas membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba adalah kenyataan yang penuh emosi dan melampau. 

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, kenyataan itu tidak seharusnya keluar daripada pemimpin seperti Muhyiddin kerana seolah-olah menggambarkan beliau baru keluar bertapa dari gua serta tidak pernah melihat kemajuan Kelantan di bawah Kerajaan Pas. 

Menurutnya, kenyataan itu hanya untuk menutup kelemahan UMNO ketika berjanji pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tahun lalu yang masih belum ditunaikan. 

“Ia adalah mimpi menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula PRK di Kelantan, kebetulan tidak jauh dari Manek Urai. Insya-Allah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada hari mengundi di Galas, 4 November ini. 

“Kali ini kita akan buktikan kuasa sebenar berada di tangan rakyat dan semestinya mereka bijak memilih,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. 

Idris berkata, UMNO seharusnya pergi ke Parlimen Batu Sapi kerana Sabah di bawah UMNO dikenali sebagai negeri yang paling miskin, diikuti Terengganu, sedangkan kedua-dua negeri itu mempunyai hasil petroleum. 

“Kedua-dua negeri ini UMNO yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak, tetapi Kelantan yang diperintah Pas, lebih baik. 

“Pas nasihatkan Muhyiddin pergi ke Batu Sapi, janjilah biar banyak sikit, kerana Batu Sapi di bawah negeri yang UMNO perintah. Berapa ramai rakyat Batu Sapi yang perlukan rumah dan keperluan asas yang lain. Usah buang masa di Galas,” katanya. 

Katanya, sejak 1991, Kerajaan Pusat yang dipimpin UMNO tidak menghormati konsep Persekutuan Malaysia apabila tidak melaksanakan 118 projek yang diperuntukkan untuk Kelantan. 

Menurut Idris, projek ini diluluskan sejak dalam Rancangan Malaysia ke-6 (RMK-6) , tetapi sehingga hari ini terus terbengkalai, malah dihentikan tanpa sebab.