Showing posts with label Ehud Barak. Show all posts
Showing posts with label Ehud Barak. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Ehud Barak umum bersara daripada politik Israel



2012/11/26 - 17:54:33 PM
BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak membuat kejutan terhadap sistem politik Israel apabila mengumumkan untuk mengundurkan diri daripada politik dan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum Januari depan.

Barak yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau bagaimanapun tetap kekal dalam jawatannya sekarang sehingga kerajaan baru dibentuk selepas pengundian pada 22 Januari ini.
Beliau membuat pengumuman mengejut itu selepas tinjauan mendapati parti diwakilinya, Parti Kemerdekaan memperoleh momentum berikutan kempen ketenteraan di Semenanjung Gaza, baru-baru ini.

Katanya, beliau sudah memikirkan keputusan itu sejak beberapa minggu lalu dan mahu memperuntukkan lebih masa bersama keluarga. - AP

Wednesday, September 1, 2010

Mahmud Abbas, Ehud adakan mesyuarat rahsia



BAITULMAQDIS - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Menteri Pertahanan Isra:el, Ehud Barak dilaporkan mengadakan mesyuarat rahsia di Amman sebelum rundingan damai bermula di Washington pada Khamis ini. 

Mahmoud Abbas dan Ehud bertemu di rumahnya di ibu negara itu, kelmarin, di mana beliau turut mengadakan pertemuan bersama Raja Abdullah II. 

Raja Abdullah dan Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan menyertai mesyuarat sulung mereka di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Abbas di Washington, hari ini. 

Benjamin dan Abbas akan memulakan rundingan damai pertama di antara dua negara itu sejak Palestin membatalkan rundingan pada 2008, selepas Israel melancarkan serangan terhadap Genting Gaza.