Sunday, November 28, 2010

Pakatan Politik Freemason di Malaysia


 by MacJay


By MEGAT ALI MEGAT ALANG
 
IPOH: “SAYA saorang pengkaji freemason dan dalam kajian saya mereka2 ini adalah suspek ahli freemason diMalaysia. Mahathir Mohamad, Khir Toyol, Najib Tun Razak, Mukriz Mahathir, Ananda Krisnan, Sultan Perak Azlan Shah, Sultan Selangor, Yang Dipetua Negeri Sembilan yang baru meninggal dan adiknya."

Demikian komen seorang pembaca blog Ibnu Hasyim pada Sabtu, February 21, 2009. Sunday, February 22, 2009. klik di sini

"Perhatikan bagaimana mereka menolong sesama mereka untuk dinaikkan pangkat, contoh bagaimana Mahathir menolong Azlan Shah menjadi ketua Hakim Negara dan kemudiannya menolong Azlan Shah naik tahta di Perak secara membelakangi kaedah yang diterima pakai untuk melantik pewaris Sultan Perak. Azlan Shah menolong Mahathir semasa krisis dengan Raja-raja melayu. 

Perhatikan bagaimana Mahathir menolong Ananda Krisnan dalam perniagaannya. Perhatikan bagaimana Mahathir menolong Najib naik dalam kerjaya politiknya. Perhatikan bagaimana Azlan Shah menolong untuk menaikkan imej Najib dalam krisis di Perak ini satelah imej Najib menjunam akibat kekalahan BN di KT.

Kepada semua, sama-sama kita perhatikan orang yang saya senaraikan dan sebarkan betapa bahayanya mereka ini kepada Islam dan Malaysia.” Sambungnya lagi.

Begitu juga kenyataan Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar (21 Feb (Hrkh)…

"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka. Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini.”

Blog Ibnu Hasyim juga melaporkan bahawa Sultan Perak adalah seorang ketua Lion Club and Rotary Club yakni sebuah pertubuhan di bawah naungan Freemason di Malaysia. Adakah, ini puncanya pihak istana Perak tidak begitu merestui kerajaan pimpinan PAS-DAP-PKR yang diterajui oleh seorang 'MUSUH UTAMA YAHUDI'. Siapakah 'MUSUH UTAMA YAHUDI' itu? klik di sini

Banjir: pendaftaran mangsa masih diterima


28/11/2010 5:50pm

ALOR SETAR 28 Nov. — Jawatankuasa Khas Banjir Negeri Kedah masih menerima borang pendaftaran mangsa banjir daripada mereka yang gagal berbuat demikian pada tarih tutup permohonan itu hari ini.
Pengerusinya, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, mungkin ada mangsa banjir yang berhadapan dengan masalah dalam proses mengisi borang dan menyerahkannya kepada jawatankuasa sebelum tarikh tutup permohonan.
Sehubungan itu pihaknya mengambil inisiatif untuk menerima borang pendaftaran bagi membolehkan semua mangsa banjir di negeri ini menerima bantuan yang disalurkan kerajaan persekutuan.
"Sehingga kini kita telah menerima kembali 40,000 borang yang diedarkan kepada mangsa banjir 14 Nov lalu dan ia mencapai sasaran.
“Ia bagi membolehkan kerajaan persekutuan menyalurkan bantuan dengan lebih teratur, selain memastikan tidak ada pihak yang tercicir daripada menerimanya,” katanya kepada pemberita pada program gotong-royong di Taman Muhibbah di sini hari ini.
Ahmad Bashah turut menasihatkan mangsa banjir yang belum menghantar borang supaya menyerahkan borang itu dengan segera bagi membolehkan bantuan disalurkan dengan cepat.
— Bernama

Ismail nafi RON95 punca kebakaran



28/11/2010 5:41pm


BERA 28 Nov. – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menafikan penggunaan minyak petrol RON95 menjadi punca kebakaran kenderaan yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Tegasnya, kenderaan yang terbakar dalam beberapa kemalangan berpunca daripada kesan hentakan atau hentaman yang kuat sehingga menyebabkan berlaku percikan api yang menyebabkan minyak terbakar.
"Minyak petrol RON95 telah diuji dalam semua peringkat ujian oleh jurutera syarikat-syarikat minyak dan pembuat enjin kenderaan termasuk ujian kemalangan yang ekstrem seperti hentaman serta hentakan, hasilnya ia didapati selamat.
"Saya harap orang ramai tidak bimbang untuk menggunakan petrol berkenaan kerana bahan bakar itu turut digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuk Eropah, benua Amerika dan Jepun,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan dan Keselamatan sempena program Juara Rakyat Parlimen Bera di Taman Kerayong Makmur di sini.
Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak sebelum ini kononnya kejadian kebakaran kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan berpunca daripada penggunaan minyak petrol RON95. - Utusan

10 wanita didera sehari



Oleh Sophia Ahmad
sophia@bharian.com.my
2010/11/28

Ramai mangsa enggan buat laporan

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, mendedahkan purata 10 wanita negara ini dilaporkan menjadi mangsa kes keganasan setiap hari, mencakupi keganasan seksual, fizikal dan emosi.
Jumlah sebenar mangsa, katanya, bagaimanapun dipercayai lebih daripada itu kerana angka yang diberikan hanya membabitkan jumlah kes yang dilaporkan.
“Statistik ini diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kita percaya jumlah sebenar (mangsa) lebih banyak lagi, cuma tidak dilaporkan. Pada peringkat global pula, sekurang-kurangnya seorang daripada tiga wanita di seluruh dunia dipukul, dipaksa melakukan aktiviti seksual atau didera sepanjang hayatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Timbalannya, Senator Heng Sei Kei pada majlis pelancaran Kelab Youth Orbit-Circle of Influence (YO!), di sini semalam.

Shahrizat berkata, apa yang lebih malang ialah pendera atau penjenayah itu lazimnya terdiri daripada individu yang dikenali atau sangat rapat dengan mangsa dan angka yang dilaporkan oleh PDRM itu hanya sebahagian kecil daripada keadaan sebenar yang berlaku.

“Realitinya, saya percaya lebih ramai wanita berdiam diri dan enggan melaporkan atau malu untuk melaporkan keganasan serta penderaan ke atas mereka. Situasi ini semakin membimbangkan kerana ia bukan saja mengancam nyawa dan kesejahteraan mangsa, bahkan boleh menggugat pertumbuhan moral masyarakat khususnya generasi muda negara.
“Keganasan terhadap wanita adalah isu global yang masih menghantui kebanyakan negara termasuk negara maju. ini membuktikan isu ini tiada kaitan dengan faktor kaum, kepercayaan agama, status ekonomi dan sosial.

“Pendek kata keganasan terhadap wanita boleh berlaku kepada sesiapa saja dan di mana saja,” katanya.

Katanya, semua pihak perlu sedar zaman kian moden tidak menghalang keganasan terhadap wanita terus berlaku sama ada secara terang atau tersembunyi dengan keganasan dalam rumah tangga dan sumbang mahram lazimnya disorokkan daripada pengetahuan umum dan mungkin tidak dilaporkan kerana membabitkan maruah keluarga.

“Konotasi ini menyebabkan keganasan terus berlarutan, mangsa menderita untuk tempoh yang lama dan akhirnya menyebabkan kecederaan fizikal serta gangguan mental dan emosi,” katanya.

Antara kes dera isteri


  •  14 Februari 2005, Seremban, Negeri Sembilan — Seorang guru sekolah menengah di Rantau berusia 43 tahun membuat laporan polis kerana sering didera suaminya yang juga pegawai kastam berusia 47 tahun selama dua tahun. Mangsa yang berasal dari Kelantan didera suaminya di rumah mereka di Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Lelaki itu menolak isterinya ke lantai beberapa kali hingga mencederakan badan mangsa.



  •  6 April 2000, Cheras, Kuala Lumpur — Seorang suami memperlakukan isterinya seperti binatang apabila mengikat leher dan kaki mangsa menggunakan rantai besi sepanjang tiga meter dan dikunci dengan mangga besar. Mangsa turut diikat pada dinding rumah. Kadangkala suaminya mengheret keluar rumah dan mengikatnya pada tiang pagar di depan rumah di depan anak serta jiran.


  •  1 Februari 1997, Kuala Terengganu — Seorang wanita hamil terpaksa melarikan diri ke rumah ibunya bersama anak sulung berusia 13 bulan selepas dikatakan tidak tahan sikap panas baran suaminya yang kerap memukul dan menderanya hampir setahun. Hadarulyani Shamsi, 20, dipercayai mengandung anak kedua, berlindung di rumah ibunya di Kampung Rahmat Felda Chalok, Setiu.




  •  25 Julai 1997, Petaling Jaya — Akibat terlalu mengikut perasaan, seorang pekerja binaan berusia 33 tahun menerima padah apabila ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan polis selepas mendera isterinya di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara. Lelaki berkenaan enggan memberi wang diminta isteri untuk membeli beras dan keperluan dapur, sebaliknya menyepak serta menumbuk isterinya.


  •  9 Ogos 1996, Kampung Baru, Kuala Lumpur — Jamilah Hassan dari Kampung Baru, Kuala Lumpur, membuat pengakuan mengalami tekanan jiwa berikutan sering didera suaminya yang kaki mabuk dan judi selama tujuh tahun. “Dia sering memukul dan mencaci saya selain memaksa saya melakukan hubungan seks,” katanya.



  •  21 Februari 1995, Pontian, Johor — Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis kerana disyaki mendera isterinya berusia 61 tahun sehingga mati di Kampung Belokok, Peradin. Siasatan polis mendapati lelaki itu dipercayai mencekik isterinya sebelum menolaknya sehingga jatuh di tangga rumah. Mangsa cedera teruk di kepala dan dada manakala leher dan mukanya lebam.




  •  2 Mac 1995, Klang — Polis menahan suami seorang pekerja kilang kerana dipercayai memukul isterinya hingga parah di rumahnya di Jalan Young, Pandamaran, Klang, Selangor. Isteri lelaki itu yang berusia 35 tahun luka pergelangan tangan kanannya dipercayai terkena benda tajam serta bengkak pada mata, belakang badan, pipi dan punggung.




  •  27 Disember 1995, Kuantan — Harapan seorang suri rumah untuk hidup bahagia bersama suami hingga ke akhir hayat punah apabila dia didera sehingga memaksanya meninggalkan rumah untuk mendapatkan pertolongan. Sarimah Suan, 17, cedera di dada dan perut dipercayai didera suami, terpaksa menahan sakit untuk pulang ke rumah bapanya di Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang.




  •  22 Ogos 1994, Hulu Klang — Wanita berusia 30-an dan isteri kedua seorang imam dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur oleh ibunya selepas tidak sedarkan diri dipercayai menghadapi tekanan jiwa berpunca daripada perbuatan suaminya.
    Wanita itu kemudian membuat satu laporan bahawa ada beberapa tanda kecederaan pada tubuhnya berpunca daripada penderaan.
  • AS lancar 'permainan perang'

    SEOUL: Angkatan tentera laut Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan merancang untuk melancarkan ‘permainan perang’ empat hari mulai hari ini berikutan ketegangan yang tercetus di Semenanjung Korea, beberapa hari selepas Korea Utara menyerang wilayah diKorea Selatan itu.
    AS menghantar kapal pengangkut pesawat pejuang yang dilengkapi senjata nuklear iaitu USS George Washington disertai kapal perang dan pemusnah milik Korea Selatan. USS George Washington berlepas dari pelabuhan Jepun Rabu lalu, sehari selepas Korea Utara menggemparkan dunia apabila menyerang pulau di Korea Selatan hingga mengorbankan dua anggota marin dan dua orang awam. China yang menjadi sekutu Korea Utara tidak memberi sebarang ulasan mengenai tindakan Pyongyang itu, bagaimanapun, menentang tindakan AS membabitkan diri dengan isu ketegangan yang berlaku di dua negara Korea terbabit. Pentagon berkata, penghantaran kapal USS George Washington di perairan antarabangsa bertujuan sebagai pertahanan dan sudah dirancang sejak beberapa bulan lalu sebelum serangan Korea Utara itu. Kapal berkenaan turut melakukan operasi sama pada Oktober 2009 di perairan barat Semenanjung Korea. Berita agensi Yonhap memetik kenyataan pegawai tentera Korea Selatan sebagai berkata: “Latihan ketenteraan ini akan menjadi lebih hebat daripada dirancang. Tentera dari kedua-dua negara akan melakukan latihan pengeboman dan tembakan.” Pyongyang mendakwa serangan yang dibuat Selasa lalu sebagai tindak balas terhadap tembakan yang dimulakan Korea Selatan dan memberi amaran permainan perang di semenanjung itu bermakna ‘ia semakin hampir dengan peperangan sebenar’. - AFP

    Obama disiku kena 12 jahitan



    WASHINGTON 27 Nov. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama terpaksa menerima 12 jahitan di bahagian atas bibir selepas disiku semasa bermain bola keranjang pagi semalam bersama keluarga dan rakan-rakannya yang berkumpul sempena cuti Hari Kesyukuran.
    Setiausaha Media White House, Robert Gibbs berkata, kecederaan tersebut berpunca dari tindakan Pengarah Program Institut Kongres Hispanik Kokus, Rey Decerega yang tidak sengaja menyiku Obama pada mulutnya semasa set kelima dan terakhir permainan.
    "Decerega cuba menjaringkan bola tetapi terlanggar Obama yang bermain di posisi pertahanan," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hampir tiga jam selepas insiden berlaku.
    Berikutan kecederaan tersebut, Obama terpaksa menerima jahitan dengan bantuan pakar bius di tingkat bawah White House selepas beliau pulang ke kediaman rasminya itu.
    Doktor menggunakan benang khas filamen halus berbanding yang biasa digunakan kerana ia boleh menghasilkan jahitan lebih kemas, kuat dan meninggalkan parut yang tidak ketara.
    Presiden tersebut sebelum itu pergi ke Fort McNair bagi menyertai permainan tersebut yang juga satu daripada sukan kegemarannya.
    Turut bersama beliau dalam perlawanan lima lawan lima itu ialah anak saudara lelakinya, Avery Robinson; Setiausaha Pendidikan, Arne Duncan dan Reggie Love iaitu pembantu peribadinya, yang sebelum ini pernah mewakili pasukan Universiti Duke.
    Selepas kira-kira 90 minit bermain, Presiden itu dilihat keluar dari bangunan berkenaan sambil memegang gumpalan kapas di bahagian mulutnya.
    Beberapa jam kemudian, pemberita yang berkumpul di laluan masuk ke White House, ternampak Obama berdiri di tepi tingkap tingkat atas sambil menekap pek ais ke mulutnya sebelum duduk dan berlalu pergi. - Agensi

    ‘Anwar anugerah Tuhan’




    SEORANG petugas mengarahkan ahli parti yang mengadakan demonstrasi bersurai semasa kongres PKR di Petaling Jaya, semalam.


    PETALING JAYA 27 Nov. – Dalam tindakan yang dilihat sebagai cubaan untuk mengembalikan keyakinan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini.
    Menurut Wan Azizah, suaminya yang merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.
    Selain itu, katanya, Anwar juga pernah melalui pelbagai cabaran seperti ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan dipenjarakan.
    “Apakah rahsia sehingga beliau tetap kental sehingga ke hari ini. Jawapan saya, saudara Anwar Ibrahim adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat.
    “Jika beliau insan biasa seperti kita, sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlalu,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di sini hari ini.
    Sementara itu pada sidang akhbar selepas ucapan dasarnya, Wan Azizah menegaskan jawatan Ketua Umum PKR tidak perlu diwujudkan secara rasmi untuk Anwar.
    “Buat masa ini perjalanan parti berjalan baik (dengan kedudukan Anwar sebagai ‘de facto’), beliau melaksanakan tugasnya dan kita tidak perlu menukarnya (sistem PKR),” jelasnya.
    PETUGAS keselamatan PKR mengawal keadaan pada Kongres Nasional parti itu di MPPJ, Petaling Jaya, semalam.


    Bagaimanapun, katanya, beliau menghormati cadangan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mahukan jawatan itu diwujudkan dan digubal dalam perlembagaan parti.
    Semalam, Zuraida ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Wanita PKR mencadangkan agar jawatan ketua umum yang akan ditubuhkan itu tidak boleh dipertandingkan dengan Anwar sahaja yang berhak menjawatnya.
    Dalam perkembangan lain, Wan Azizah berikrar untuk tidak meneruskan konsep ‘ketuanan Melayu’ supaya golongan muda kaum itu membesar dengan bermaruah.
    Katanya, konsep itu hanya slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan kaum itu demi kepentingan diri sendiri.
    “Justeru, konsep ‘ketuanan Melayu’ tidak perlu diteruskan supaya anak-anak kita membesar dengan visi bangsa bermaruah atau Melayu bermaruah,” jelasnya.