Monday, August 4, 2014

Pakar-pakar cari cebisan daging



GAMBAR menunjukkan sejumlah serpihan pesawat MH17 yang berkecai di lokasi nahas dekat kampung Grabovo, kelmarin.


DONETSK - Anggota-anggota yang terdiri daripada pakar-pakar antarabangsa sekali lagi memasuki hutan dan padang semalam yang menjadi lokasi nahas sebuah pesawat Penerbangan Malaysia terhempas dekat kampung Grabovo.
Kira-kira 70 warga Belanda dan para penyiasat dari Australia menghabiskan masa pada hari ketiga memeriksa serpihan pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai lalu.
Van-van yang membawa peti sejuk dihantar ke lokasi kejadian untuk membawa cebisan daging manusia yang juga mangsa MH17 yang ditemui di lokasi nahas.
Usaha-usaha untuk mencari cebisan daging manusia dan barangan peribadi milik penumpang pesawat itu diteruskan di kawasan seluas 20 kilometer persegi.
Kelmarin, bedilan mortar memaksa pakar-pakar antarabangsa meninggalkan lokasi nahas itu.
"Kami mendengar tembakan artileri dua kilometer dari tempat kami berada," kata Timbalan Ketua Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) di Ukarine, Alexander Hug.
"Tembakan itu amat kuat dan tanah bergegar," tambahnya.
Tentera Ukraine dan golongan pemisah pro-Rusia bertempur dekat lokasi nahas pesawat MH17 itu.
Amerika Syarikat menuduh kumpulan pemisah pro-Rusia menembak jatuh pesawat MH17 itu pada 17 Julai lalu dengan menggunakan peluru berpandu.
Namun, kumpulan pemisah itu menuding jari ke arah tentera Ukraine yang menyebabkan pesawat itu berkecai di udara.
Lebih 220 keranda mengandungi mayat mangsa-mangsa pesawat MH17 telah dihantar ke Belanda untuk dibuat pengecaman identiti.
Seramai 298 orang termasuk kru menaiki pesawat itu yang dalam penerbangan dari Armsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur ketika ia ditembak jatuh. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0804&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz39NXd7QFb 
Hakcipta terpelihara 

Dron milik Ukraine ditembak jatuh dekat lokasi nahas



SEORANG anggota kumpulan pemisah pro-Rusia bergambar dengan dron milik Ukraine yang ditembak jatuh dekat kampung Grabovo yang merupakan lokasi nahas MH17.


DONETSK - Kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa pihaknya telah menembak jatuh sebuah dron perisikan Ukraine beberapa kilometer dari lokasi sebuah pesawat Penerbangan Malaysia MH17 ditembak jatuh, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Imej dron itu kemudian dimuat naik di laman YouTube oleh kumpulan pemisah yang mendakwa mewakili pihak Republik Rakyat Donetsk.
Kumpulan pemisah itu menyatakan dron tersebut pernah digunakan pada zaman Ke satuan Soviet yang kemudian dibubarkan menjadi Rusia.
Dron itu ditembak jatuh hanya 24.14 kilometer dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh dekat kampung Grabovo, timur Ukraine.
Tentera Ukraine melaporkan kumpulan pemisah itu menembak jatuh dron dengan menggunakan peluru berpandu.
Kumpulan pemisah pro-Rusia dan tentera Ukraine saling bertempur di sekitar kawasan lokasi nahas MH17.
Pesawat MAS itu dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan sebuah peluru berpandu ketika ia dalam penerbangan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.
Pesawat tersebut membawa 298 orang dan kru yang terkorban dalam nahas itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0804&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz39NXCsf6Y 
Hakcipta terpelihara 

9 orang awam terkorban sekitar bandar Luhansk, Donetsk



SEORANG askar Ukraine mengawal kereta kebalnya di sebuah pusat pemeriksaan di bandar di Debaltsevo, Donetsk semalam.


DONETSK - Sembilan orang awam terbunuh dalam satu pertempuran terbaharu melibatkan tentera kerajaan Ukraine dengan kumpulan pemisah pro-Rusia di sekitar bandar Luhansk dan Donetsk, timur Ukraine, kata seorang pegawai semalam.
Seramai enam orang terbunuh dalam bedilan dan tembakan di pinggir Donetsk manakala tiga lagi terkena tembakan artileri di Luhansk dalam tempoh 24 jam lalu.
Beberapa saksi berkata, beberapa buah bangunan terbakar di daerah Petrovsky termasuk sebuah sekolah.
Kebanyakan penduduk Luhansk yang bersempadan dengan Rusia tidak mempunyai bekalan elektrik dan sebahagian lagi tidak mendapat bekalan air.
Sebelum konflik itu berlaku, Luhansk mempunyai kira-kira 400,000 orang penduduk manakala Donetsk memiliki kira-kira satu juta penduduk. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0804&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz39NWlsRzC 
Hakcipta terpelihara 

Masuk lokasi nahas


Dalam satu kenyataan semalam berkata, Ahmad Zahid berkata, jika keadaan keselamatan mengizinkan, pasukan itu akan masuk untuk membuat pemeriksaan di kawasan nahas pesawat bersama-sama pasukan Belanda dan Australia.

“Satu Gabungan Pasukan Petugas di Kharkiv memutuskan pasukan Malaysia seramai 21 anggota digerakkan ke FOB (Pangkalan Operasi Hadapan) di Solidar, empat jam perjalanan dari Kharkiv pada jam 2 petang ini (semalam),” katanya.
Menurutnya, kawasan nahas pesawat itu satu jam perjalanan dari FOB dan Malaysia memberi kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan antarabangsa dalam misi siasatan nahas itu.

Semalam, Ahmad Zahid dalam rakaman video yang dihantar kepada Bernama meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan petugas pasukan negara untuk menjalankan siasatan di lokasi pesawat itu terhempas.

Hal itu kerana kawasan pesawat itu terhempas dilaporkan masih tegang dengan insiden perang antara tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak. Ahmad Zahid dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengetuai 68 anggota polis daripada pelbagai unit berlepas ke Ukraine, Rabu lalu untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa termasuk Belanda dan Australia bagi melakukan siasatan lanjut nahas berkenaan. Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan.
Foto
SEORANG penduduk berbasikal melalui serpihan pesawat penerbangan MH17 yang terhempas di Donetsk.
Pesawat penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Donetsk pada 17 Julai lalu. - BERNAMA
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/04

Mudah cam


Amidon Midon Anan, pakar forensik tempatan yang pernah berkhidmat hampir 25 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, jika elemen terbabit disentuh atau tercemar, proses pengecaman boleh memakan masa lama mencecah tiga minggu atau lebih. 
“Dalam kes MH17 ini, pendapat peribadi saya, proses pengecaman akan ambil masa lama, khasnya jika jasad tidak terjejas hasil daripada letupan kapal terbang itu. 

“Yang akan membantu penyiasat adalah mencari pakaian asal mayat walaupun berubah warna, barangan atau identiti milik peribadi hilang atau berubah seperti jenis jam, tatu, gigi emas atau cincin kahwin.
Foto

“Ini sekali gus antara cabaran besar penyiasat dan forensik untuk mengecam dan mengenal pasti identiti jasad dan mayat tersebut,” katanya.



Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03