19 Oktober 2012
LONDON - Aktivis Pakistan yang ditembak Taliban minggu lalu, dilaporkan mula menunjukkan perubahan positif dengan menggerakkan anggota badannya selepas dirawat di Hospital Ratu Elizabeth Birmingham, kelmarin.
Menurut pegawai Pakistan, tahap peningkatan fizikal Malala Yusafzai, 14, sukar dipastikan kerana bahagian otak gadis itu, disahkan masih belum pulih sepenuhnya.
"Sebarang perubahan pada Malala adalah harapan buat kami. Ini adalah tindak balas pemulihan biasa yang dijangkakan berlaku," kata ketua pegawai sains Yayasan Penyelidikan Otak Antarabangsa yang berpusat di New Jersey.
Pegawai Pakistan berkata, menerusi taklimat harian kumpulan pakar merawat Malala, keadaan aktivis yang memperjuangkan pendidikan wanita itu semakin baik dan telah menggerakkan anggota badannya.
Sementara itu, pihak hospital mengeluarkan kenyataan kepada agensi akhbar tempatan, bahawa Malala kini dalam keadaan baik dan bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.
Minggu lalu, Malala dilaporkan telah ditembak di bahagian leher dan kepala oleh lelaki dipercayai ahli Taliban semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
Kerajaan Pakistan mendedahkan serangan itu dilakukan apabila Taliban mengetahui anak gadis itu memperjuangkan hak wanita yang dianggap berhaluan Barat. -AP