Showing posts with label Pengganas. Show all posts
Showing posts with label Pengganas. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Laman web punca jadi pengganas




DI bandar raya Beirut inilah lokasi Razif dan Razin ditangkap ketika cuba menyeludup masuk ke Syria dan berjihad.


KUALA LUMPUR – Razif Mohd. Ariff dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal dipercayai terpengaruh untuk menyertai kumpulan pengganas selepas kerap melayari laman web yang dikendalikan puak militan.
Siasatan mendapati, dua laman web yang kerap dilayari kedua-dua sahabat itu ialah www.amsar1.info dan www.al-qimmah.net.
Topik utama kedua-dua laman web yang masih boleh dilayari itu ialah menggalakkan para pengunjung berkongsi fahaman mengenai Islam, jihad dan pengaruh Mujahidin.
Bagaimanapun, topik forum yang paling mendapat sambutan dalam kedua-dua laman web tersebut ialah mengenai tentangan umat Islam terhadap isu pemberontakan di Syria.
Satu sumber memberitahu, selepas beberapa bulan berkongsi pengetahuan di laman web tersebut, kedua-dua sahabat itu kemudian memutuskan untuk menyertai kumpulan pemberontak di Syria kononnya bagi membantu menegakkan demokrasi.
Sebelum itu, Razif, 32, dari Sungai Buloh manakala Razin, 22, dari Beranang, Selangor dikesan mengenali antara satu sama lain melalui laman sosial Facebook secara individu pada awal tahun 2012.

Sunday, October 28, 2012

11 suspek pengganas ditahan



JAKARTA 27 Okt. - Polis Indonesia hari ini, menahan 11 suspek pengganas yang disyaki terlibat dalam plot untuk menyerang bangunan kedutaan dan pejabat konsulat Amerika Syarikat (AS).
Menurut jurucakap polis, Suhardi Alius, kesemua suspek tersebut merancang untuk menyerang bangunan kedutaan AS di sini dan pejabat Jeneral Konsulat di timur Surabaya.
"Kumpulan tersebut turut merancang untuk menyerang sebuah bangunan yang menempatkan pejabat syarikat perlombongan milik AS, iaitu Freeport-McMoran.
"Polis juga menemui peralatan membuat bom di sebuah kediaman di pekan Madiun di timur Jawa," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121028/lu_05/11-suspek-pengganas-ditahan#ixzz2AY4S2RN4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, September 26, 2012

Pengganas kian bahaya

JAKARTA: Rangkaian pengganas menggelar diri mereka al-Qaeda Indonesia memasang bom dengan kekuatan amat besar berbanding bom sebelum ini tetapi tidak sempat digunakan apabila diserbu pihak berkuasa.

Jurucakap polis Indonesia, Boy Rafli Amar, berkata bom berkenaan berbeza antara satu sama lain kerana dibuat bergantung kepada sasaran dikenal pasti.


Menurut Boy Rafli, bom itu sepatutnya disembunyikan dalam periuk elektrik atau periuk automatik. “Mereka menyiapkan bom paip dan bom botol yang memberi kesan berbeza antara satu sama lain,” katanya kepada media, semalam.

Boy Rafli berkata, polis menemui bom itu ketika menggeledah rumah lapan suspek pengganas diketuai Badri Hatono yang juga dikenali sebagai Toni, 45. Mereka ditangkap di Solo, Jawa Tengah dalam operasi khas skuad elit antipengganas pada Sabtu lalu.


Kata Boy Rafli, di rumah Badri, polis menemui 11 suis peledak, baja urea, belerang serta pelbagai bahan untuk membuat bom.


“Di lokasi lain, polis merampas bom cecair nitroglycerin, empat bom paip aktif, serbuk hitam dan bahan peledak lain,” katanya. Berdasarkan penemuan itu, kata Boy Rafli, polis percaya pengganas kini membuat bom bukan hanya dengan bahan kimia pepejal, sebaliknya mengembangkan kebolehan itu menggunakan cecair nitroglycerin.

“Campuran bahan kimia itu memberi kesan bakar yang lebih dahsyat berbanding bom sebelum ini.


“Selain itu, kesan kerosakan juga boleh mencapai keluasan ukur lilit 100 meter,” katanya. Bagaimanapun, polis berkata, sasaran sebenar bom itu belum diketahui setakat ini. - Kompas

Friday, December 3, 2010

Suspek pengganas Indonesia dikenakan tahanan ISA: KPN





2010/12/03

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menangkap seorang suspek pengganas Indonesia di Malaysia dan kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata penahanan Fadli Sadama, salah seorang daripada beberapa orang yang ditahan baru-baru ini menunjukkan kejayaan kerjasama pihak keselamatan Malaysia-Indonesia dalam memerangi jenayah keganasan di rantau ini.
Ismail berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Indonesia, Timur Pradopo.
Media tempatan di sini sebelum ini melaporkan Fadli ditahan pada 13 Oktober lalu. 

Pada 13 Oktober lalu, Fadzli, 27, ditahan dalam bas ketika cuba menyeludup keluar sejumlah senjata api ke republik itu melalui Johor, dipercayai untuk kegunaan kumpulan pengganas.

Dia juga dipercayai terbabit kes rompakan bersenjata sebuah bank antarabangsa di Medan, Sumatera membabitkan kerugian RM139 juta, selain merancang menyerang sebuah penjara di negara itu bagi membebaskan rakan baiknya, Toni Togar, perancang utama pengeboman Hotel JW Marriot di Jakarta, tujuh tahun lalu. - AP

Tuesday, September 28, 2010

Arab Saudi gagalkan 230 serangan pengganas



RIYADH - Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Nayef bin Abdul Aziz memberitahu, pihak berkuasa negara itu telah berjaya menggagalkan 230 serangan yang dirancang oleh pengganas. Menurutnya, hanya sepuluh serangan dapat dilakukan oleh pengganas dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
"Arab Saudi menangani ancaman keganasan dengan sedaya upaya dan pihak berkuasa setakat ini berjaya menggagalkan 230 serangan daripada 240 percubaan pengganas," lapor akhbar Saudi Gazette.
Bercakap pada pembukaan persidangan Pendekatan Sederhana Arab Saudi di Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah kelmarin, Putera Nayef yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Kedua menegaskan ekstremis dan keganasan adalah bertentangan dengan pegangan serta tradisi Islam. - AFP

Friday, September 17, 2010

Pengganas jual nasi lemak



TAUFIK dan isterinya Ikawati yang dinikahi dalam penjara.


KUALA LUMPUR – Nama Taufik Ab. Halim dalam Kumpulan Militan Malaysia (KMM) pada tahun 2000 dan 2001 cukup popular kerana dia dianggap memberi ancaman kepada keselamatan negara.
Impian besar Taufik yang berasal dari Muar, Johor ketika itu adalah untuk berjihad menerusi perjuangan organisasi pengganas KMM yang dianggotainya.
Namun perjuangan terlalu ekstrem pemuda itu berakhir dengan dia kehilangan kaki kanannya ketika melakukan keganasan mengebom Plaza Atrium di Jakarta, Indonesia pada 1 Ogos 2001.
Detik kejadian itu juga telah menjadi noktah kepada perjuangannya apabila dalam keadaan cedera parah Taufik ditahan sebelum dijatuhi hukuman mati.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Jakarta pada tahun 2002 meringankan hukuman mati kepada penjara 20 tahun selepas Taufik mengemukakan rayuan. Sejak itu dia menjalani hukuman di Penjara LP Cipinang di Jakarta.
Sejak hidup dalam penjara, nama Taufik yang merupakan adik ipar kepada seorang lagi pengganas, Zulkifli Khir yang masih menjadi buruan kerana terlibat dalam KMM tidak lagi menjadi sebutan.
Satu sumber keselamatan berkata, selepas hampir lapan tahun menjalani kehidupan sebagai banduan, Taufik yang merupakan bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam membuka warung dan menjual makanan termasuk nasi lemak, nasi uduk, mee serta beras di penjara itu.
“Taufik berniaga sejak mula dia dimasukkan penjara Cipinang dengan bantuan modal keluarganya di Malaysia.
“Makanan itu dijual kepada banduan di penjara sama,” kata sumber itu kepada Kosmo!.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.