Penasihat Pilihan Raya Kecil DUN Datuk Wan Abdul Rahim mendakwa tindakan ini adalah serupa dengan menggunakan pelbagai jabatan kerajaan di Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai yang berpusat di Kuala Krai. Menurutnya, Pas sendiri tidak menggunakan sebarang jentera Kerajaan Negeri dan bendera parti dalam usaha untuk memperkenalkan calon parti kepada masyarakat Orang Asli. “Cuba anda lihat Dr Zulkefli sendiri tidak menggunakan logo Pas dalam lawatannya hari ini (semalam), tetapi pihak lawan lain pula ceritanya,” katanya ketika ditemui media, semalam. Beliau turut mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) dipergunakan untuk kepentingan politik BN, sedangkan Pas tidak menggunakan jentera kerajaan negeri Kelantan dalam berkempen. Menurutnya, pihaknya tidak terkejut dengan penyalahgunaan ini kerana di pilihan raya yang lalu, BN turut menggunakan taktik yang sama dalam memancing undi. “Sebagai contohnya di Kampung Ladui, JKOA sudah berkampung di sana hampir dua minggu, menyediakan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya. “Kononnya untuk mendapat undi bagi pihak BN, ini satu daripada tindakan oleh pihak lawan yang memperalatkan jabatan kerajaan untuk untuk mendapat undi,” katanya. Menurutnya, kehadiran calon Pas telah memberikan gambaran kepada pengundi Orang Asli tentang peribadi bakal pemimpin mereka kerana calon tersebut hadir bersalaman dengan masyarakat. “Kita sempat hadir dalam jamuan anjuran JKOA tersebut, Dr Zul sempat bersalam dengan pengundi dan juga petugas JKOA itu sendiri. “Ada pihak yang bertanya mana calon BN? calon Pas sudah ada, oleh yang demikian kita yakin pengundi Orang Asli ini tahu parti mana yang mereka akan undi,” katanya. |
Showing posts with label salah guna. Show all posts
Showing posts with label salah guna. Show all posts
Monday, October 25, 2010
BN salah guna jentera kerajaan
Friday, October 8, 2010
Pas minta BN tidak guna jentera kerajaan
Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, BN dikatakan tidak berkempen dengan cara adil apabila sentiasa menggunakan jentera kerajaan, media di samping mendakwa turut menggunakan politik wang setiap kali pilihan raya berlangsung.
“Kita minta UMNO bersikap ‘gentleman’ dengan tidak menggunakan peralatan kerajaan ke kawasan tersebut atau politik wang dan media dalam pilihan raya kecil,” katanya, semalam.
Berdasar pengalaman lalu katanya, walaupun BN sentiasa diingatkan adil dalam pilihan raya, namun mereka sentiasa menggunakan jentera kerajaan dan media untuk menghentam pembangkang selain menabur janji dan wang kepada rakyat melalui projek dan sebagainya.
“Mereka takut pada kekalahan dan perkara sedemikian biasa berlaku setiap kali pilihan raya dengan menggunakan sepenuh tenaga untuk ‘survival’ politik mereka,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan akan berpihak kepada BN sekiranya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi calon di DUN Galas, beliau menganggap sesiapa sahaja berhak membuat ramalan.
Bagi Pas katanya, mereka bersedia ‘bertempur’ di Galas bagi mengekalkan kerusi DUN tersebut dan tidak peduli siapa dicalonkan BN.
Subscribe to:
Posts (Atom)