Sunday, July 24, 2011

Ustaz Kau Memang Hero Aku Sekarang.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhg8xfnIO5YaoISlVNi-ORKogUK5b-XAgaZpTxBYzMv_QEpsqmsuUJfNZ9wryXi85uix_t6NeMvj0ZZgKvlmAOUZeFUYYA2P_Tv7aLCzbJXUPkqUPoBR7zJlHz7vBIy6LZ3of2zIgyrVwc/s1600/ustaz-zambri-di-bersih.jpg


Ustaz kau memang manusia yang berprinsip.
Ustaz kau memang tidak hipokrit.
Ustaz kau yakin rezeki datangnya daripada Allah S.W.T.
Ustaz dalam banyak-banyak Ustaz yang keluar dikaca TV kaulah yang paling aku hormati kerana kau tidak seperti sesetengah Ustaz yang sanggup gadaikan prinsip demi dunia dan ternyata kau berbeza daripada mereka.
Ya Ustaz selayaknya kau digelar Hero.

N'N:Ustaz Zambri memang manthop. Dan kalau betullah rancangan Ilmu Ustaz zambri dihentikan kerana beliau menyertai Bersih, aku doakan supaya Allah S.W.T membuka rezeki yang lebih besar untukmu Amin...
Na'im Nikmat @blog

Kedegilan Israel paksa Palestin ke PBB

ISTANBUL 23 Julai - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas hari ini menyatakan Palestin terpaksa mendapatkan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) untuk pembentukan sebuah negara baru berikutan keengganan Israel menghentikan pembinaan penempatan haram dan penjajahan.

"Ia bukan satu tindakan sebelah pihak. Kami terpaksa. Apa yang bersifat sebelah pihak adalah pembinaan penempatan haram Israel,'' katanya ketika berucap dalam pertemuan dengan diplomat Palestin dari seluruh dunia di sini.

Palestin akan mendapatkan sokongan PBB berhubung pembentukan sebuah negara baru pada Perhimpunan Agung PBB September ini.

Abbas berkata, rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak dapat diteruskan berikutan keengganan beliau mengenai perkara asas iaitu pembentukan sempadan 1967 dan menghentikan pembinaan penempatan haram.

"Pilihan pertama, kedua dan ketiga adalah untuk pulang ke meja rundingan,'' katanya.

Beliau menambah, keputusan untuk mendapatkan sokongan PBB telah mendapat persetujuan banyak pihak termasuk pergerakan Fatah dan Hamas. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Israel malukan wartawan

BAITULMAQDIS 23 Julai - Tiga wartawan wanita asing melahirkan rasa malu dan kecewa apabila diarah membuka baju dalam mereka untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan memasuki pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Wartawan berkenaan diarahkan berbuat demikian oleh kakitangan keselamatan dalam dua kejadian berbeza di pejabat Netanyahu di sini pada awal minggu ini.

Ketiga-tiga wanita itu mematuhi arahan tersebut walaupun malu melakukannya.

Kejadian itu dikecam oleh Persatuan Media Asing (FPA) yang menyifatkannya sebagai tidak perlu, memalukan dan tidak produktif. - AFP

Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Pas tetap sertai PRU-13: Hadi



TUMPAT – Pas akan tetap menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), sekalipun lapan permintaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dipenuhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas akan menentang sebarang bentuk penyelewengan jika berlaku ketika pilihan raya umum nanti atau selepas pilihan raya itu nanti.

“Kita akan bertanding pada PRU-13, selama ini pun kita boleh menang, kita akan lawan.

“Selama ini, walau pun pilihan raya tidak bersih seluruh negara, Kelantan boleh bertahan hingga 20 tahun,” katanya selepas menutup Ijtimak Pilihan Raya Pas Kelantan di Pantai Geting, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan.

Antara tuntutan Bersih 2,0 terbabit ialah membersihkan senarai daftar pengundi, mengkaji semula undi pos, menggunakan dakwat kekal, memberikan 21 hari minimum berkempen, peluang sama rata di media, memperkuatkan institusi awam, menghentikan rasuah dan memberhentikan permainan kotor politik.

Abdul Hadi turut mengulas bahawa Bersih 2.0 adalah lebih baik berbanding Bersih 1.0 kerana penyertaan Melayu Islam dan bukan Islam satu gabungan yang baik.

“Peserta Bersih baru-baru ini menunjukkan kesopanan, tiada seorang pun polis yang cedera,” katanya yang berharap negara ini berlaku perubahan secara bersopan.

Beliau berseloroh mengatakan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, beliau perlu menerima segala perubahan yang dituntut rakyat.
SH

PKR dakwa pendedahan polis cuba alih perhatian



KOTA BHARU – PKR mendakwa pendedahan video perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) oleh polis semata-mata untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kejadian sebenar pada perhimpunan 9 Julai lalu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Kelantan, Ab Aziz Ab Kadir berkata, pihak polis cuba mengubah fakta sebenar kejadian berkenaan dengan penayangan video berkenaan kepada media dan pihak tertentu.

“Pendedahan itu untuk menipu rakyat kerana ramai peserta yang turut serta dalam perhimpunan itu melihat sendiri apa yang dilakukan pihak polis.

“Saya sendiri melihat provokasi pihak berkenaan seperti menakut-nakutkan peserta perhimpunan dengan menawarkan terajang dan mengherdik golongan tua yang turut serta ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan polis mendedahkan video kepada wartawan bagi menangkis tohmahan pihak tertentu terhadap pihak berkuasa berkenaan ketika perhimpunan Bersih.

Menurutnya, polis sebenarnya cuba mengelirukan rakyat dengan pendedahan video berkenaan kerana beliau sendiri mengalaminya ketika polis cuba membuat provokasi dan terkena gas pemedih mata.

Katanya, gas berkenaan memang diakui membahayakan dan menyakitkan apabila terkena dan demonstrasi semula yang dilakukan polis ketika menguraikan perhimpunan itu tidak seperti kejadian sebenar.
SH

Pembangkang tetap mahu dakwat kekal



KUALA LUMPUR – Bukan sistem biometrik tetapi dakwat kekal.

Itulah reaksi dua pemimpin kanan pembangkang susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan sudah menyediakan peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan sistem itu yang dijangka bermula pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya tidak yakin terhadap sistem biometrik kerana tidak ada jaminan pengundi akan mengundi sekali sahaja.

“Sistem ini setakat mengesahkan maklumat warganegara tetapi kemungkinan pengundian dua kali tetap berlaku. Selain itu, adakah mereka (SPR) mampu meletakkan sistem itu di setiap pusat pengundian?” katanya.

Bagi pastikan pelaksanaan pilihan raya yang telus dan adil, kata Salahuddin, SPR perlu penuhi tuntutan Bersih 2.0) terutama dalam penggunaan dakwat kekal.

“SPR jangan berdolak-dalih kerana dakwat kekal terbukti efektif yang digunakan sebahagian negara Komanwel. Itu lebih terjamin,” katanya.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, sistem biometrik yang akan dilaksanakan SPR tidak dilakukan secara menyeluruh terhadap daftar pemilih sedia ada.
SH

Remaja disekat ke masjid

DUSHANBE: Kebimbangan kerajaan Tajikistan terhadap perkembangan syiar Islam di negara itu kian terserlah apabila Parlimen negara bekas Soviet itu meluluskan Undang-Undang Tanggung Jawab Ibu Bapa.

Menerusi undang-undang itu, mereka yang berusia bawah 18 tahun secara automatik dilarang mengunjungi masjid dan diwajibkan belajar di sekolah sekular kerajaan.


Pelaksanaan undang-undang itu kini hanya memerlukan tandatangan Presiden Emomali Rahmon.

Ulama terkenal Tajikistan, Turadzhonzoda Akbar menyifatkan perkembangan itu sebagai ‘hari yang gelap’ bagi umat Islam. “Ia lebih teruk daripada ketika pemerintahan komunis Soviet. Kerajaan Soviet dulu tidak pernah mengarah penganiayaan terhadap agama,” katanya.


Menurutnya, kerajaan tidak mempunyai alasan untuk bimbang dengan perkembangan syiar Islam.


“Mereka (kerajaan) kelihatan tidak suka jika rakyat beriman.,” Turadzhonzoda. — Reuters

myMetroRemaja disekat ke masjid

Terselamat kerana tingkap

SHANGHAI: Seorang wanita yang terjun dari tingkat lima sebuah bangunan di sini terselamat selepas terkena beberapa tingkap yang memperlahankan kejatuhannya.

Saksi melihat dia terjun selepas ada orang dipercayai mengancamnya.


Dia terkena beberapa tingkap yang terbuka di tingkat bawah, menyebabkan dia berpusing-pusing sebelum jatuh di tingkat bawah.

Wanita itu yang namanya tidak disiarkan, dilapor tidak mengalami kecederaan teruk.


Ia berlaku beberapa hari selepas dia disahkan menghidap gangguan mental. - Agensi

myMetroTerselamat kerana tingkap

Anggota Parlimen dituduh mencuri

SYDNEY: Seorang anggota Parlimen Australia yang terkenal kerana menyindir kerajaan dengan menari di Dewan, semalam dituduh mencuri dan menyerang seorang pengawal keselamatan.

Mary Jo Fisher didakwa mencuri barangan bernilai Aus$100 (RM324) dari sebuah pasar raya Disember lalu. Dia menafikan dakwaan itu. - AP

myMetroAnggota Parlimen dituduh mencuri

Pencari suaka politik kelar leher

SYDNEY: Seorang lelaki yang mencari perlindungan politik mengelar lehernya sementara berpuluh-puluh rakan senegaranya meneruskan mogok lapar, semalam.

Dua lelaki mencederakan diri mereka, seorang di lengan dan seorang di leher, di pusat tahanan Scherger, utara negeri Queensland, kata aktivis pelarian, Pamela Curr dari Pusat Sumber Pencari Suaka Politik.


Mereka adalah di antara 80 lelaki dari puak minoriti Hazara yang berasal dari Afghanistan.

Kumpulan berkenaan melancarkan tunjuk perasaan empat hari lalu dan sebahagian mereka tidak makan atau minum sejak 48 jam lepas, kata Pamela.


“Terdapat 80 lelaki menunjuk perasaan di pusat itu dan menimbang untuk membunuh diri,” katanya. Bagaimanapun, pegawai imigresen berkata, kira-kira 50 tahanan menunjuk perasaan secara aman dan mengaku berlaku cubaan mencederakan diri tetapi menyifatkannya sebagai tidak serius.


“Dua tahanan mencederakan diri mereka tetapi kecederaan hanya kecil dan mereka diawasi oleh kakitangan perubatan,” kata jurucakap jabatan itu.

Pamela berkata, beberapa tahanan itu sudah berada di pusat berkenaan sejak 22 bulan lalu, menyebabkan mereka hilang keyakinan diri dan bertindak menunjuk perasaan, satu-satunya cara untuk menarik tumpuan pihak bertanggungjawab.

Selain enggan minum dan makan, sebahagian lelaki itu yang menghidap kencing manis, batu karang dan tekanan darah tinggi juga menolak ubat yang diberikan pihak berkuasa.

“Dua lelaki sudah tidak sedarkan diri dan seorang lagi memanjat pokok serta mengancam untuk terjun.


“Mereka sudah buntu kerana berada begitu lama dalam tahanan itu,” kata Pamela.


Dalam surat tuntutan mereka, kumpulan itu berkata, tindakan memenjarakan mereka memusnahkan kesihatan fizikal dan mental mereka yang sebelum ini sudahpun terjejas kerana bertahun-tahun menderita di bawah pemerintahan pelbagai rejim di Afghanistan. - AFP

myMetroPencari suaka politik kelar leher

84 remaja mati ditembak

pix_middle



DUA wanita melintasi kawasan yang menjadi sasaran serangan bom di Oslo.
DUA wanita melintasi kawasan yang menjadi sasaran serangan bom di Oslo.


OSLO: Seorang lelaki bersenjata yang berpakaian seragam polis menembak mati sekurang-kurangnya 84 orang di satu perkhemahan musim panas anjuran parti yang memerintah Norway, beberapa jam selepas letupan bom meragut tujuh nyawa di di bandar raya ini.
Saksi berkata, lelaki itu yang dikenalpasti warga tempatan berusia 32 tahun yang dipercayai terbabit dalam pengeboman di tengah Oslo, pergi ke pulau percutian Utaoya dan melepaskan tembakan rambang ke arah remaja.

Polis berkata, mereka sudah mendakwa lelaki berkenaan atas tuduhan serangan bom dan menembak itu.

“Sebuah pulau peranginan bertukar menjadi neraka,” kata Perdana Menteri, Jens Stoltenberg pada sidang akhbar semalam.

Remaja di perkhemahan tepi tasik berkenaan bertempiaran lari sambil menjerit ketakutan, ramai yang terjun ke dalam air untuk menyelamatkan diri apabila penyerang itu mula melepaskan tembakan.


“Saya melihat ramai yang terjun ke dalam air, kira-kira 50 berenang ke tebing. Ramai yang menangis. Mereka ketakutan,” kata Anita Lien, 42, yang tinggal di tepi Tasik Tyrifjord, beberapa ratus meter dari Utoeya.

“Mereka begitu muda, antara 14 dan 19 tahun.” Seorang mangsa yang terselamat, Jorgen Benone berkata: “Keadaan menjadi begitu kelam kabut. Saya yakin beberapa orang mati ketika cuba berenang menyelamatkan diri.

“Saya melihat orang ditembak. Saya cuba mendiamkan diri. Saya bersembunyi di sebalik batu, beberapa meter dari penyerang itu.
“Sejurus sebelum serangan itu, kami berkumpul di dewan utama, berbincang mengenai pengeboman di Oslo. Tiba-tiba kami mendengar tembakan. Mulanya kami menganggap tidak ada apa-apa buruk berlaku.

“Tidak lama selepas itu, semua orang berlari, kata Hana, 16.

“Saya melihat seorang anggota polis. Dia berkata: ‘ Saya mahu semua orang berkumpul.’ “Dia kemudian berlari dan mula menembak. Kami berlari ke arah pantai dan berenang. Dia tetap menembak kami,” kata gadis itu.

Ramai peserta perkhemahan itu berlindung di bangunan sementara bunyi tembakan bergema di seluruh pulau berkenaan yang menganjurkan perkhemahan tahunan untuk sayap belia Parti Buruh.

Polis yang tiba d tempat kejadian 30 minit selepas bunyi tembakan pertama, turut menemui bahan letupan di pulau berkenaan.

Bom yang meletup di pusat pentadbiran kerajaan di Oslo beberapa jam sebelum itu menyebabkan kersosakan pada bangunan pejabat perdana menteri dan beberapa kementerian. - Agensi
myMetro84 remaja mati ditembak

Suspek pelampau Kristian, minat memburu

OSLO: Lelaki Norway berusia 32 tahun yang ditangkap kerana menembak mati kira-kira 84 remaja di pulau percutian Utaoya dikenal pasti oleh penduduk tempatan sebagai Anders Behring Breivik, pengurus sebuah syarikat pertanian.

Suspek berkenaan dilapor tiba di pulau itu dan melepaskan tembakan selepas menegur beberapa remaja.


Menurut laporan, dia juga kelihatan berada di tempat letupan bom di Oslo, dua jam sebelum kejadian di Pulau Utaoya.

Dalam laman Facebooknya, lelaki berusia 32 tahun itu menyifatkan dirinya sebagai ‘bujang’ dan beragama Kristian serta menyenaraikan drama pembunuhan bersiri, Dexter dan siri pontianak, True Blood, sebagai rancangan televisyen yang diminatinya.


Mengenai politik, Anders menyenaraikan dirinya sebagai ‘Konservatif.’ Bagaimanapun, Televisyen Norway melaporkan dia mempunyai hubungan dengan pelampau berhaluan kanan.


Seorang rakan berkata, dia juga anti-Islam dan menentang keras dasar pelbagai budaya. Antara minatnya ialah memburu, bina badan serta gerakan Freemason.

Anders dikatakan memiliki mesingan dan sepucuk pistol Glock.

Selaku pengurus syarikat pertanian Breivik Geofarm, dia mudah memperoleh baja untuk menghasilkan bom.

Dalam laman Twitter atas namanya, hanya terdapat satu mesej yang ditulisnya pada 17 Julai lalu.


Mesej itu berbunyi: “Seorang dengan kepercayaan adalah sama kuatnya dengan 100,000 orang yang hanya mempunyai minat.” - Agensi

myMetroSuspek pelampau Kristian, minat memburu

Milik siapa sebenarnya

KUALA LUMPUR: Walaupun ada spekulasi mengatakan individu terkaya di Malaysia, Robert Kuok, 80, adalah pemilik kapal mewah paling mahal di dunia, History Supreme yang berharga 3 bilion paun (RM15 bilion), namun beberapa nama lagi disebut-sebut berpotensi memilikinya.

Berdasarkan laman web sebuah akhbar dalam talian yang berpangkalan Ireland, hanya tiga nama tersenarai dalam senarai Forbes Billionaires yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM14.88 bilion) ke atas.


Antara nama yang mempunyai kemungkinan itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication Bhd, Tan Sri Ananda Krishnan yang memiliki kekayaan RM28.3 bilion dan Pengarah IOI Corporation Bhd, Tan Sri Lee Shin Cheng RM14.88 bilion.

Kuok yang mempunyai kekayaan berjumlah RM37.2 bilion buat masa ini adalah lelaki terkaya di negara ini dan digelar sebagai Raja Gula selain pengasas kumpulan rangkaian Hotel Shangri-la yang beroperasi di seluruh Asia.


Ananda Krishnan adalah usahawan kedua terkaya di Malaysia dan ke-138 di dunia yang juga pemilik Maxis Communication Bhd dan pengendali perkhidmatan televisyen berbayar, ASTRO All Asia Networks Plc.


Beliau terbabit dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuk minyak, studio kartun Hollywood, multimedia, perkapalan, tenaga dan harta tanah.

Lee adalah pemilik syarikat konglomerat yang menguruskan ladang kelapa sawit dan aktiviti pembangunan hartanah di Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Malah, kilang penapisan miliknya di Rotterdam, Belanda adalah kilang penapisan minyak sawit terbesar di Eropah.

Kapal History Supreme direka oleh pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk menyiapkannya.


Keseluruhan badan kapal itu disaluti emas padu dan platinum seberat 100,000 kilogram, termasuk ruang makan, bilik tidur dan sauh.


Kebanyakan laman web dan akhbar dalam talian di Internet tidak menyatakan secara terperinci nama pemilik kapal berkenaan, sebaliknya hanya menggunakan gelaran ‘anonymous leading Malaysian businessman’.


Bagaimanapun, ada mengaitkannya dengan tiga nama individu paling kaya di negara ini berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh majalah Forbes Asia.


Kapal sepanjang kira-kira 30 meter itu dibuat di Itali, namun disiapkan di Malaysia dua minggu lalu.


Lebih menarik, dinding di bilik tidur utama yang dibuat dari batu meteor dan artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex, malah ada akuarium yang dibuat daripada 68 kg emas 24 karat.

myMetroMilik siapa sebenarnya

Undang-undang syariah tidak benar lelaki tukar status jantina

KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan dalam undang-undang syariah yang membenarkan lelaki menukar status kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain berkata, ini kerana undang-undang syariah yang ada adalah kepada berdasarkan hukum syarak iaitu ketetapan dalam Islam yang bukan ditentukan manusia, sebaliknya oleh Allah menerusi al-Quran serta hadis Nabi.


“Disebabkan itu, dalam mana-mana negara Islam sekalipun, undang-undangnya tidak ada pengiktirafan bagi golongan pondan.

“Pengiktirafan dalam Islam hanya sebagaimana termaktub bahawa Allah SWT hanya mencipta dua golongan manusia iaitu lelaki dan perempuan dan tidak wujud istilah pondan,” katanya.


Menyentuh mengenai isu lelaki yang ingin menukar status kepada perempuan atau dipanggil pondan, ia tidak dibolehkan serta tidak diluluskan syariah kerana hukum berkenaan sudah jelas, dan tiada istilah bahawa ada kelompongan atau kekurangan undang-undang.


“Undang-undang syarak adalah lengkap, jadi mana-mana manusia memang tidak boleh mengubah undang-undang Allah ini.

“Jika melanggarnya, bermakna kita cuba mengubah sesuatu yang sempurna dan sudah ditetapkan atau lebih tepat, mengubah hukum Allah,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd Zaidi berkata, penukaran status jantina itu hanya dibolehkan kepada golongan ‘khunsa’ iaitu individu yang dilahirkan dengan dua alat kelamin lelaki dan wanita.

Namun, ia masih perlu disahkan oleh pakar perubatan menerusi pemeriksaan secara lanjut mengenai hormon dalam diri individu terbabit bagi mengenal pasti ia lebih kepada lelaki mahupun perempuan.


“Jika pemeriksaan perubatan membuktikan diri seseorang itu sebenarnya lebih cenderung kepada hormon wanita serta dengan fungsi anggota dalam badannya lebih kepada anggota dalaman wanita, tidak ada sebab pula penukaran status itu tidak diluluskan.


“Yang utama adalah, bukti itu bukan berdasarkan kenyataan lisan, sebaliknya dengan bukti bertulis hasil pemeriksaan lanjut pakar perubatan dan hanya dengan itu satu keputusan lain boleh dicapai,” katanya.

myMetroUndang-undang syariah tidak benar lelaki tukar status jantina

5 ‘anu’ dikebumi tanpa nesan

KUALA LUMPUR: Umpama benci tapi sayang, segelintir mak nyah yang ‘membuang’ alat sulit bagi mencapai impian menjadi wanita tidak rela alat sulit mereka terbiar begitu saja, sebaliknya meminta diuruskan dengan cara terhormat.

Seperti jenazah yang disemadikan di tanah perkuburan, begitulah ‘perjalanan terakhir’ alat sulit golongan berkenaan yang dibuang menerusi pembedahan penukaran jantina.


Mendedahkan perkara itu, bekas presiden Persatuan Mak Nyah Wilayah Persekutuan, Mimi Zarina, 62, berkata sehingga hari ini ada sekurang-kurangnya 15 pusara ‘anu’ tanpa batu nesan di tanah perkuburan sekitar ibu kota, Mimi mengakui semua alat sulit itu diserahkan kepadanya dari 1980-an hinggalah yang terbaru tahun lalu untuk diuruskan.

“Daripada dipotong dan dibuang tak tentu hala, biarlah ia (alat sulit yang dibuang itu) diuruskan dengan cara elok. Saya secara sukarela membantu menguruskannya.


“Bagi yang mengenali saya, mereka menyerahkan alat sulit untuk diuruskan. Hakikatnya, mak nyah yang mempunyai impian menjadi wanita sejati dengan melakukan pembedahan penukaran jantina tidak ambil kisah dengan alat sulit yang ‘dipotong’.


“Namun tidak semua begitu kerana ada juga yang sedar ia perlu diuruskan dengan cara yang elok,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, baru-baru ini.

Menurut Mimi, 15 alat sulit yang diterima untuk diuruskan itu siap ‘dibungkus’ di dalam botol mengandungi cecair kimia dan dibaluti dengan beg plastik khas.

“Bungkusan itu bukan dibuat sendiri, sebaliknya disediakan oleh doktor di hospital tempat melakukan pembedahan. Saya hanya menerima dan menguruskannya dengan bantuan seorang ‘Pak Sheikh’.

“Seperti menguruskan jenazah, bungkusan berkenaan ditalkin dan dikebumikan. Semua 15 alat sulit itu ditanam di tanah perkuburan berbeza sekitar Kuala Lumpur,” katanya.


Ketika ditanya milik siapa semua alat sulit itu, Mimi enggan mendedahkannya kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa.


Bagaimanapun, Mimi berkata, 15 alat sulit itu hanya sebilangan kecil milik mak nyah yang melakukan pembedahan penukaran jantina kerana dia yakin ramai lagi membuang saja.


“Yang mahu alat sulit disempurnakan dengan cara elok, mereka berjumpa saya, manakala yang tidak ambil kisah tinggalkan saja di hospital tempat mereka melakukan pembedahan atau buang ikut suka.


“Sudahnya, ada yang datang berjumpa saya meminta tolong kerana ‘anunya’ datang dalam mimpi dan mengganggu tidur setiap malam,” katanya yang terkenal dan dihormati di kalangan mak nyah, malah menjadi tempat rujukan golongan berkenaan.


Mimi mengakui tidak bersetuju dengan tindakan mak nyah melakukan pembedahan menukar jantina kerana kesan jangka panjang yang diterima bakal menyeksa diri.


“Baru-baru ini, tiga mak nyah yang mahu menukar jantina meminta pendapat saya. Saya beri mereka ‘syarahan’, termasuk kesan buruk akibat perbuatan itu.


“Mereka yang tergamak menjalani pembedahan itu kerana terikut-ikut dan kadangkala melakukannya demi teman lelaki,” katanya.


Mimi berkata, ada beberapa mak nyah yang melakukan pembedahan berjumpanya semula selepas beberapa tahun.


“Ada yang mengadu sakit di kemaluan, malah ada yang bernanah. Tidak kurang bercakap seperti orang gila dan ada juga menyatakan hasrat membunuh diri.


“Semua itu berlaku kerana kesan buang kemaluan. Lelaki tetap lelaki dan apabila melakukan pembedahan seperti itu ia bukan saja berisiko didatangi penyakit, tetapi pada masa sama psikologi terganggu,” katanya.


Mimi turut mendedahkan ada mak nyah menukar jantina yang terlepas berkahwin dengan lelaki satu ketika dulu, namun berpisah selepas diketahui keluarga.


“Paling menyedihkan, ada yang berhijrah ke luar negara, apabila pulang tidak tahu berselawat dan al-Fatihah. Memilukan bila usianya bukan lagi muda,” katanya.

myMetro15 ‘anu’ dikebumi tanpa nesan

Makmal mini dadah diserbu

IPOH: Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah apabila sebuah rumah teres setingkat dipercayai dijadikan makmal mini diserbu di Lengkok Hillview, Gunung Rapat, di sini, pagi semalam.

Serbuan jam 5 pagi itu membabitkan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hasil maklumat awam.


Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika dihubungi semalam berkata, dalam serbuan itu empat suspek iaitu tiga lelaki dan seorang wanita ditahan ketika leka memproses dadah di rumah berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya masih belum memperoleh berat sebenar dadah yang dirampas.


“Kami mengesyaki ia dadah jenis syabu dan heroin. Selain itu, kami merampas beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.


“Polis turut menyita dua kereta dipercayai milik suspek yang diletakkan di depan rumah berkenaan,” katanya.

Katanya, pihaknya turut memanggil Unit Forensik bagi membuat pemantauan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA).

Beliau berkata, mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 40 tahun dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak (IPK) serta direman hari ini untuk membantu siasatan.

Katanya, sabit kesalahan mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

myMetroMakmal mini dadah diserbu

Terkilan sikap ‘lepas tangan’

KOTA BHARU: Hanya dua harapan ditagih pasangan Mek Wook Kundor, 108, bersama suaminya, Mohd Noor Musa, 39, iaitu agensi pelancongan yang menganjurkan pakej umrah kepada mereka memberi peluang kedua untuk menunaikan haji tahun ini atau mengembalikan wang berjumlah RM34,000.

Mohd Noor berkata, dia terkilan tindakan agensi terbabit yang bersikap ‘lepas tangan’ hingga mereka berdua terpaksa pulang ke Kampung Chat Rimau, Tanah Merah untuk menenangkan fikiran.


“Saya tidak menolak mungkin kenyataan saya di sebuah akhbar baru-baru ini mengenai hasrat kami untuk tinggal di Makkah selama empat bulan menjadi punca permohonan visa kami tidak dikeluarkan.

“Sedangkan saya menjawab atas dasar niat saja, tetapi tidak tahu pula menjadi kesalahan di pihak sana (agensi pelancongan) hingga hajat kami terhalang sama sekali.


“Akibatnya kami terpaksa pulang dengan hampa meskipun persediaan sudah dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Katanya, lima bulan lalu dia dan isteri mendaftarkan diri untuk menunaikan umrah sebelum bertemu seorang ejen pelancongan dekat Pasir Tumbor, di sini.

“Kami tertarik untuk ke sana (Makkah) dan membayar kira-kira RM34,000. Semua wang itu hasil simpanan isteri (Mek Wook) sejak sekian lama, selain beribadat kepada Tuhan berikutan usianya semakin meningkat.

“Bagaimanapun, harapan untuk ke sana semakin kabur selepas insiden itu berlaku. Memang mereka tidak menipu kami, tetapi tindakan mereka menyebabkan kami dalam dilema,” katanya.

Mohd Noor yang menikahi Mek Wook pada 2006 berkata, besar harapan mereka untuk ke sana, selain luahan isterinya sejak mereka diijab kabul dan akan ke Makkah jika wang dikumpulkan mencukupi.


“Sebagai suami, saya mahu hajat isteri termakbul ketika umurnya masih panjang. Bila ini berlaku, saya rasa bersalah dan tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepadanya yang semakin hari semakin uzur.


“Hanya harapan saya, beri kami peluang untuk ke sana. Disebabkan kegagalan untuk ke Makkah, fikiran saya menjadi tidak tenteram,” katanya.


Katanya, sehingga kini agensi berkenaan belum menghubunginya sejak pulang dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah pagi kelmarin, termasuk memberi penjelasan atau memulangkan wang mereka.


“Sekarang ni macam-macam saya terpaksa fikirkan, kesihatan isteri, hasrat berdoa di Makkah untuk dijauhi dmasalah, melaporkan diri di balai polis berikutan masih di bawah pengawasan,” katanya.


Harian Metro melaporkan mengenai perasaan terkilan Mohd Noor dan Mek Wook berikutan tidak dapat menunaikan umrah ke Makkah tanpa sebab musabab, walaupun membayar wang RM34,000.


Lebih memilukan, pasangan suami isteri itu hanya diberitahu tidak boleh mengikut rombongan menunaikan umrah ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) beberapa jam sebelum ahli kumpulan lain berlepas jam 9.30 pagi semalam.


Sementara itu, usaha wartawan Metro Ahad untuk menghubungi individu yang menguruskan pakej umrah kepada pasangan berkenaan gagal berikutan sudah berangkat ke tanah suci bersama rombongannya, Khamis lalu.


Perkara itu disahkan anak kepada wakil agensi itu, selain tidak tahu mengenai kegagalan Mek Wook dan suaminya menunaikan umrah ke Makkah.

myMetroTerkilan sikap ‘lepas tangan’

Lantaran cinta, nafsu

KONGSI... Baby berkongsi sebahagian ceritanya dengan wartawan Metro Ahad.
KONGSI... Baby berkongsi sebahagian ceritanya dengan wartawan Metro Ahad.

KUALA LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih songsangnya.

Namun, disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.


“Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri.

“Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian,” katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan.


Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara.


“Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.

“Namun bila kita sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan ‘sealam’ juga saya kembali,” katanya.

Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi ‘isteri’, Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.

“Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya.


“Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram.


“Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura,” katanya.


Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan.


“Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama.


“Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan.


“Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, ‘kerjaya’ di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang.


“Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita.


“Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti,” katanya.

myMetroLantaran cinta, nafsu

Amy Winehouse ditemui mati di pangsapuri

LONDON: Penyanyi Britain yang terkenal dengan lagu Rehab, Amy Winehouse, 27, ditemui mati di dalam pangsapurinya di utara London di mana punca di sebalik kejadian itu tidak diketahui.

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans London (LAS), berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk alamat di Camden Square pada jam 3.54 petang (waktu tempatan).
“Kami menghantar dua krew ambulans, alat kitaran tindak balas dan pengurus bertugas ke tempat kejadian.
“Malangnya, sejurus tiba di lokasi, pesakit meninggal dunia. Kedua-dua ambulans tiba di tempat kejadian dalam tempoh lima minit,” katanya.

Pegawai forensik kelihatan memasuki bangunan kediaman Winehouse. - AFP
Berita Harian Online | Amy Winehouse ditemui mati di pangsapuri

22 maut, 100 cedera kemalangan kereta api di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 22 terbunuh manakala 100 yang lain cedera apabila kereta api di China bertembung dengan sebuah kereta api lain yang tidak bergerak akibat dipanah petir.

Beberapa laporan rasmi berkata, kemalangan itu menyebabkan kereta api yang tidak bergerak itu tergelincir sehingga menyebabkan dua gerabaknya terkeluar daripada landasan di bandar Wenzhou di timur wilayah Zhejiang.
Agensi berita Xinhua, berkata angka kematian meningkat daripada 16 mangsa selepas ramai di antara mereka maut akibat kecederaan dalam perjalanan ke hospital. - AFP
Berita Harian Online | 22 maut, 100 cedera kemalangan kereta api di China

Kenapa polis tak tayang insiden langgar Mat Sabu sepenuhnya?

Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai 2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat. Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.

Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.
Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.

Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat
Buletin Online - Media Informasi Terkini

Hisham: Pihak buat laporan palsu akan didakwa - Malaysiakini

Pihak yang membuat laporan palsu mengenai tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada perhimpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu perlu diheret ke muka pengadilan sebagai pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya melontarkan pelbagai tuduhan terhadap pihak berkuasa.

NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihak yang membuat laporan palsu kepada polis perlu bertanggungjawab dengan tindakan mereka.

Sehubungan itu beliau mahu polis dan Pejabat Peguam Negara menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang membuat laporan palsu berkenaan.

"Jelas apa yang mereka buat ini (laporan palsu) merupakan taktik politik sempit hanya nak mencemarkan nama baik pihak PDRM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Kemasyarakatan Kem Batu 10 di Kuantan, hari ini.

Beliau berkata, tindakan undang-undang tersebut boleh menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak agar tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan terhadap pihak berkuasa.

NONEHishammuddin berkata PDRM mempunyai bahan-bahan dan rakaman mengenai situasi sebenar pada perhimpunan itu untuk mematahkan pelbagai tuduhan, seperti yang didedahkan kepada hampir 200 wakil media dan badan bukan kerajaan (NGO) kelmarin.

"Mereka (penganjur perhimpunan BERSIH 2.0) tidak ikhlas dalam tuntutan untuk pilihan raya yang kononnya lebih adil, kalau tidak apa sebabnya mesti lakukan lakonan-lakonan tertentu, tuduhan-tuduhan tidak berasas yang disebarkan di dalam blog dan media asing.

"Nasib baik kali ini polis lebih peka dan tahu apa niat sebenar mereka dalam demonstrasi itu dan rakaman-rakaman telahpun dibuat...bayangkan kalau tidak ada rakaman, mereka bebas menuduh polis macam-macam," katanya.

NONEHishammuddin berkata tindakan tersebut sebenarnya bertujuan mengalihkan kelemahan pembangkang termasuk isu video seks melibatkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dengan menimbulkan isu-isu lain mereka harap itu (video seks) dilupakan, kita tidak lupa, jangan ingat dengan menimbulkan isu lain, perkara lama kita lupakan," katanya.

Ditanya kenapa polis mengambil masa hampir dua minggu untuk mendedahkan rakaman video perhimpunan haram itu, Hishammuddin berkata: "Biar lambat sedikit tetapi terperinci supaya tidak ada mana-mana pihak boleh memutarbelitkan apa yang didedahkan".

- Bernama
Hisham: Pihak buat laporan palsu akan didakwa - Malaysiakini

Isteri mahu RCI siasat punca kematian Sarbaini - Malaysiakini

Kecewa dengan siasatan polis, Maziah Manap, isteri allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, yang dijumpai mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KualalLumpur mahu kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian suaminya itu.

sarbani wife lodge police report 230711 maziah manap and mokhtar mansur"Inkues tidak menyiasat secara serius kemungkinan ada unsur jenayah. Saya mahu Suruhanjaya Diraja. Ini kali pertama saya tuntut Suruhajanya Diraja,” katanya selepas membuatlaporan di balai polis Kelana Jaya pagi ini.

Maziah juga meminta polis menyiasat semula kes itu berikutan pendedahan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menulis di blognya bahawa seorang pegawai SPRM mengarahkan penolong pengarah Kastam itu berdiri di kaki lima tingkap bilik pantri sebagai 'hukuman' kerana menukar pengakuannya dalam kes rasuah yang disiasat.

Dakwanya, apa yang berlaku semasa inkues sekarang sama seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

Raja Petra mendakwa pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

NONEKata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulisnya lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

[Baca berita penuh]
Isteri mahu RCI siasat punca kematian Sarbaini - Malaysiakini

Tanpa Bourdon, majlis 'Scorpene' tetap berjaya - Malaysiakini

Pengusiran pulang peguam Perancis William Bourdon malam semalam tidak berjaya menggagalkan majlis makan malam yang yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya dengan tujuan mengutup derma bagi perbicaraan kes 'Scorpene' di Paris, September ini.

suaram submarine dinner 230711 03Kira-kira 500 orang hadir bagi membuktikan solidariti mereka kepada peguam berusia 55 tahun yang diupah oleh Suaram dan NGO hak asasi manusia yang lain.

Bourdon dan pasukannya diupah bagi membawa kes pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin kerajaan Malaysia di mahkamah di Perancis.

Antara penceramah pada majlis makan malam semalam adalah ahli parlimen PKR - Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Tian Chua (Batu) - dan juga kartunis Zunar.

Semua mereka membidas tindakan kerajaan BN yang mengusir peguam itu pulang malam semalam selepas menahannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Nurul Izzah berkata pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Najib Razak.

azlan“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil (mengusir Bourdon).

"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan transformasi," katanya.

Seperti Burma

Beliau bagaimanapun kesal kerana tidak berpeluang bersemuka dengan peguam hak asasi yang tersohor itu.

Bagi Tian Chua, tahanan ke atas Bourdon mengimbas semula ingatannya terhadap apa yang terjadi kepada bintang Hollywood Malaysia Datuk Michelle Yeoh. Pelakon itu pernah disenarai-hitamkan oleh junta tentera Myanmar kerana berlakon sebagai pejuang pro-demokrasi negara Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya.

“Sedih saya katakan, tindakan (kerajaan Malaysia) ini telah membawa kita ke tahap seperti Burma,” katanya.

suaram submarine dinner 230711 02Sementara itu, Zunar pula mempersoalkan mengapa Bourdon dilarang masuk ke negara ini untuk bercakap mengenai kebenaran sedangkan Najib pula bebas ke luar negara menyampaikan maklumat yang tidaktepat.

“Mengapa Bourdon tidak boleh ke mari dan memberitahu kita perkara yang sebenarnya, sedangkan perdana menteri kita boleh ke luar negara menyebarkan pembohongan?” soalnya.

Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang didakwanya tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

NONEMalah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama tiga hari,” katanya.

Kutip RM200,000

Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.

Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrivalBayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.

Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis.

suaram submarine dinner 230711 yellow submarineWalaupun tanpa kehadiran Bourdon, majlis makan malam itu berjaya mengumpulkan lebih RM200,000.

Wang itu antaranya diperolehi melalui lelongan lukisan Zunar bertajuk 'Scorpene in Yellow Land' yang berjaya mengutip RM4,000 dan sebuah kek berupa kapal selam yang dijual pada harga RM650.

[Baca berita penuh]

Tanpa Bourdon, majlis 'Scorpene' tetap berjaya - Malaysiakini