Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

Monday, August 6, 2012

PERIHAL NUZUL AL-QURAN


Memperingati Waktu-Waktu Al-Quran Diturunkan adalah BAIK untuk dijadikan PERINGATAN kepada kita.
AKAN TETAPI ia bukan untuk DIRAYAKAN seperti HARI RAYA kerana TUJUAN AL-QURAN Diturunkan BERTUJUAN untuk memberikan PETUNJUK kepada UMAT MANUSIA Agar Menuruti Apa yang DIAJARKAN Oleh Allah Swt supaya Seluruh Kehidupan kita akan DIBERKATI dan DIREDHAI OlehNya.

Disini disediakan Link-Link untuk dijadikan bahan rujukan untuk lebih memahami
http://mykhilafah.com/sautun_nahdhah/SN091_Nuzul%20Quran_1427%20H.pdf

http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/455-nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar.html
 

Saturday, July 28, 2012

Let's get closer to Al Qur'an this Ramadan...



♥ So close... that a day without it, leaves you feeling empty & deprived.
♥ So close that, you can't imagine the idea of dying without having memorized & practiced it. 
♥ So close, that you can't see yourself standing in front of Allah in complete ignorance of His Book, His Verses, His Words. :')

Are you willing to do this, dear Muslims?

Sunday, April 3, 2011

Tujuh petugas PBB terkorban dalam tunjuk perasaan bantah pembakaran Quran



MAZAR-I-SHARIF (Afghanistan): Sekurang-kurangnya tujuh petugas asing Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terkorban kelmarin dalam satu demonstrasi membantah pembakaran Al-Quran oleh paderi Amerika Syarikat.
Ia merupakan serangan terburuk ke atas PBB sejak 2001.Lima warga Afghanistan turut terkorban kelmarin.Dalam kejadian itu, beribu-ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan utama bandar Mazar-i-Sharif, selepas selesai solat Jumaat.Mereka membantah tindakan sebuah gereja di Florida, Dove World Outreach Center, membakar Al-Quran bulan lalu, dan menyerbu bangunan serta membakar bangunan PBB di situ.Empat pengawal warga Nepal yang cuba melawan para penunjuk perasaan terkorban.Tiga lagi pegawai asing PBB, yang terdiri daripada warga Norway, Sweden dan Romania, turut meninggal dunia.Kumpulan Taleban semalam menafikan ia bertanggungjawab atas serangan itu.Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, mengecam serangan itu sementara Setiausaha Agung PBB, Encik Ban Ki-moon berkata ia merupakan satu serangan yang 'mengejutkan.' - AFP, AP, Reuters.

Tuesday, March 22, 2011

Paderi Wayne Sapp bakar al-Quran



GAINESVILLE, Florida 21 Mac - Satu naskhah al-Quran dibakar di sebuah gereja kecil di Florida semalam selepas kitab suci Islam itu didakwa 'bersalah' atas kesalahan jenayah.
Dalam kejadian itu, paderi Wayne Sapp membakar al-Quran tersebut sebagai 'hukuman' apabila kitab suci itu 'disabit kesalahan' atas pertuduhan jenayah selepas satu 'perbicaraan' diadakan.
Kejadian tersebut disaksikan paderi kontroversi Terry Jones, yang sebelum ini dikecam berhubung hasratnya membakar al-Quran semasa ulang tahun serangan 11 September 2001.
Satu barisan juri mengadakan perbincangan selama lapan minit sebelum al-Quran itu dibakar.
Kitab suci itu direndam selama sejam di dalam minyak tanah dan diletak di atas dulang logam di bahagian tengah gereja sebelum Sapp membakarnya menggunakan pemetik api.
Al-Quran itu terbakar selama 10 minit sementara beberapa orang yang berada di tempat kejadian turut mengambil gambar.
Jones berkata, dia telah memberi peluang kepada dunia Islam supaya mempertahankan kitab suci itu, tetapi tidak menerima sebagai reaksi.
Kejadian penghinaan terbaru terhadap Islam semalam dibuka kepada orang ramai, tetapi hanya kurang 30 orang hadir. - AFP

Tuesday, November 16, 2010

Baca al-Quran mampu tangkis sifat negatif

KUALA LUMPUR: Pembacaan al-Quran sebelum memulakan sesi pembelajaran di setiap sekolah satu usaha tepat menerapkan nilai murni di kalangan pelajar, sekali gus dapat menangkis sifat negatif kian menular dalam diri pelajar Islam.
Pensyarah Kanan Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mohd Farid Mohd Shahran, berkata langkah bakal dijalankan di Terengganu mulai tahun depan yang menghendaki sesi persekolahan harian dimulakan dengan 10 minit bacaan al-Quran inisiatif terbaik dan wajar diseragamkan di seluruh negara.

Menurutnya, dengan memulakan sesi pembelajaran dengan bacaan al-Quran dipandu tenaga pengajar yang mempunyai pengetahuan bukan saja dalam bacaan, malah memahami setiap maksud ayat akan memberikan ketenangan emosi dalam menimba ilmu yang menjadi tuntutan agama.

“Apa yang penting pelajar memahami maksud bacaan ayat al-Quran kerana melalui kaedah terbabit akan lahir pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan berpengetahuan tinggi dalam aspek agama,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Sunday, November 14, 2010

Dikehendaki baca Al-Quran tiap hari mulai tahun depan


14/11/2010 1:34pm

BESUT 14 Nov. – Setiap pelajar Muslim di Terengganu akan dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca Al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.
Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu, Razali Daud berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya memberi penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.
Beliau berkata, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu.
"Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula, tenaga ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan,” katanya kepada pemberita, di sini.
Selain itu, katanya, semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan akan dilaksanakan di dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau di hotel sebagaimana yang diamalkan sebelum ini. – Bernama