Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, August 31, 2011

Indonesia, Brunei isytihar sambut raya hari ini

JAKARTA 30 Ogos - Kerajaan Indonesia mengisytiharkan bulan tidak berada di kedudukan tepat untuk mengakhiri bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri ditangguhkan sehari kepada esok.
Kerajaan Brunei turut mengisytiharkan 1 Syawal bermula esok.
Di Indonesia menimbulkan kekeliruan pada umat Islam di republik itu yang menjangka Aidilfitri disambut hari ini.
Seorang suri rumah, Nur Arifah tidak menjangkakan pengisytiharan kerajaan tersebut yang diumumkan lewat Isnin dan telah bangun awal untuk memasak daging bagi keluarganya di Jakarta.
"Anak saudara saya semua sudah berkumpul di rumah bapa saya untuk menyambut Aidilfitri dengan pakaian baru tetapi ia salah hari.
''Pasar sudah pun tutup, jadi saya tidak dapat menyediakan masakan baru. Kami mungkin kena makan mi segera pada Aidilfitri esok,'' ujarnya.
Ahli falak dan badan-badan agama menasihatkan kerajaan Indonesia bahawa bulan terlalu rendah untuk diisytiharkan Aidilfitri.
Bagaimanapun, ahli Muhammadiyah, kumpulan agama kedua terbesar di Indonesia, menyambut Aidilfitri hari ini, memandangkan ahli falak menyatakan ia disambut hari ini. Negara-negara lain seperti Arab Saudi, merayakan Aidilfitri hari ini.
"Keadaan agak kelam-kabut. Orang ramai terpaksa menukar jadual yang mereka telah tetapkan banyak hari sebelum ini,'' kata Icha Susanto, pengurus akaun di sebuah firma swasta di republik itu.
"Kami kecewa kerana adalah sukar bagi anggota keluarga untuk berkumpul di satu tempa disebabkan pertukaran Hari Lebaran,'' ujarnya.
Susanto, 31, berkata, dia juga kasihan kepada keluarga dan penjaja makanan yang terpaksa membuang makanan yang telah mereka sediakan untuk hari pertama daripada tiga hari sambutan Aidilfitri. - REUTERS/ AFP, utusan

Masyarakat Islam Indonesia bingung

JAKARTA: Perbezaan penetapan 1 Syawal 1432 Hijrah oleh Menteri Agama dengan beberapa pertubuhan Islam lain negara itu membingungkan sebahagian kaum Muslimin Indonesia.
Keputusan mesyuarat Kementerian Agama kelmarin menetapkan Aidilfitri jatuh hari ini (Rabu). Suri rumah, Nunung, berkata, dia bingung dengan keputusan itu.

Pengumuman Menteri Agama, Suryadharma Ali bermakna kerajaan Indonesia secara rasmi menyambut hari raya hari ini, begitu juga dengan anggota Nahdlatul Ulama, pertubuhan Islam terbesar negara itu.

Bagi pengikut Muhammadiyah, mereka sepakat menyambutnya semalam.

Keadaan itu menyebabkan ada sebahagian umat Islam Indonesia masih berpuasa semalam dan ada sudah berhari raya dengan menunaikan solat Aidilfitri.

Ada juga yang sudah tidak berpuasa semalam tetapi akan menunaikan solat sunat itu hari ini kerana tidak ada masjid berhampiran kediaman mereka yang melakukan solat itu semalam. - Agensi

Sunday, August 28, 2011

Ahli falak Arab yakin raya Rabu





2011/08/28

BEBERAPA lelaki  menunggu giliran untuk membeli juadah bersahur di sebuah gerai di Jeddah, semalam.
BEBERAPA lelaki menunggu giliran untuk membeli juadah bersahur di sebuah gerai di Jeddah, semalam.
Mahkamah Agung Riyadh arah lihat anak bulan petang 29 Ramadan

JEDDAH: Mahkamah Agung Arab Saudi meminta umat Islam di negara itu untuk melihat anak bulan Syawal pada petang Isnin yang jatuh pada hari ke-29 Ramadan (29 Ogos) dan melaporkan perkara itu kepada mahkamah terdekat jika sesiapa melihat anak bulan sama ada dengan mata kasar atau bantuan teropong.
Mahkamah mengarahkan mereka yang mahu melihat anak bulan terbabit menyertai jawatankuasa itu di setiap wilayah.
Anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini. - Majed Abu Zahra, Pengerusi Persatuan Astronomi Arab Saudi
Tamatnya berpuasa dan Hari Raya Aidilfitri diputuskan dengan melihat anak bulan Syawal.

Bagaimanapun, pakar kaji bintang yang berselisih pendapat berhubung permulaan bulan suci Ramadan berdasarkan pengiraan astronomi, berdebat sekali lagi mengenai permulaan Syawal.

Mereka kini berhujah sama ada Aidilfitri, yang menandakan tamatnya bulan Ramadan, jatuh sama ada Selasa atau Rabu. Kontroversi berhubung permulaan Ramadan juga mencetuskan perdebatan.

Persatuan Astronomi Arab Saudi menjangka Ramadan berlanjutan selama 30 hari tahun ini dan dalam kes itu, ia akan berakhir pada Selasa, 30 Ogos, dengan lebaran jatuh pada Rabu, 31 Ogos. 
Persatuan itu berkata anak bulan tidak akan dilihat pada malam Isnin, 29 Ramadan, justeru Aidilfitri tidak akan disambut Selasa ini.
Pengerusi persatuan itu, Majed Abu Zahra berkata anak bulan pada Isnin, 29 Ogos, akan kelihatan sebelum matahari terbenam, justeru tiada sesiapa dapat melihatnya.

Beliau menjelaskan pada hari berkenaan, bulan akan bertukar gerhana di semua bahagian pentadbiran kerajaan sebelum matahari terbenam sekurang-kurangnya tiga hingga enam minit justeru menjadikannya mustahil untuk melihat anak bulan terbabit.

Katanya pada malam Selasa, 30 Ogos, bulan dapat dilihat dengan jelas tanpa bantuan teleskop sekali gus memberi petunjuk Aidilfitri akan jatuh pada hari berikutnya, Rabu, 31 Ogos.

Abu Zahra berkata ada dua pilihan yang diambil pihak berkuasa Arab Saudi iaitu pertama menjadikan Selasa, 30 Ogos hari pertama Aidilfitri dengan penduduk berpuasa selama 29 hari menurut kiraan astronomi.

Kedua, menjadikan Rabu, 31 Ogos, hari pertama lebaran ketika bulan dapat dilihat dengan mata kasar pada malam Selasa. – Agensi