Monday, January 6, 2014

Tunisia tolak undang-undang Islam

Tunisia tolak undang-undang Islam6 Januari 2014

Ahli Parlimen bersepakat menolak perundangan Islam bagi mengelakkan kebangkitan rakyat.

TUNIS - TUNISIA. Ahli Parlimen Tunisia semalam sebulat suara menolak undang-undang syariah sebagai undang-undang rasmi negara itu selepas gagal mendapat pungutan suara sebelum Perlembagaan diwartakan.

Media tempatan melaporkan dalm AFP, Islam masih kekal sebagai agama rasmi dengan menjanjikan kebebasan bersuara.

“Seorang ahli Parlimen menolak cadangan itu apabila tetap berkeras ingin menjadikan perundangan Islam sebagai undang-undang rasmi,” menurut laporan itu.

Kelmarin, Majlis Perlembagaan Negara menerima pakai 12 daripada 146 artikel untuk kelulusan piagam 14 Januari ini.

Tunisia mengalami krisis politik dan kebangkitan rakyat hingga tercetusnya Arab Spring sejak tahun lalu. 

Jasad bayi masih sempurna

Alor Gajah: Beberapa penduduk terkejut apabila jasad dipercayai seorang bayi perempuan masih sempurna biarpun sudah disemadikan puluhan tahun lalu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama yang terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, pagi kelmarin.
Difahamkan, jasad bayi berkenaan antara tujuh pusara dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan yang diwartakan itu.>Naib Pengerusi Masjid Al-Syakirin Padang Sebang Rambeli Md Taha, 73, berkata, tujuh pusara lama itu dipindahkan ke kawasan tanah perkuburan kerana ia membabitkan maruah Islam.

“Saya dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid mengambil masa hampir lapan bulan bagi memastikan perpindahan pusara lama ini dapat dilaksanakan dengan sempurna sebelum mendapat persetujuan daripada Mufti Melaka, baru-baru ini.
Foto
SEORANG penggali kubur Abdul Ghani Ibrahim mengangkat jasad yang ditemui dan dikafankan semula sebelum dipindah serta disemadi.

“Jika dikenal pasti dan diteliti, masih banyak lagi pusara lama tidak ditempatkan dalam kawasan tanah perkuburan, namun ia memerlukan masa agak panjang untuk dipindahkan kerana prosedur yang ketat,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06

:::KEBIADABAN DENSUS 88 ANTI ISLAM:::



ISLAM Bersatu Muallaf Berseru-Densus 88 Kelewat Batas, Jenazah Syuhada Ciputat Matanya Dicongkel Kepalanya Hancur

Jakarta – Jenazah kelima korban tembak mati Densus 88 dalam penggerebekan Ciputat, Selasa lalu dirasa tidak wajar oleh para keluarga dan aktifis Islam yang membantu dalam proses pengurusan jenazah.

Salah seorang aktifis Islam yang ditunjuk oleh perwakilan kelima keluarga korban, Abu Azzam kepada Kiblat.net mengutarakan bahwa tindakan yang dilakukan oleh Densus 88 dan kepolisian sudah di luar batas prosedur standar tugas mereka. Bahkan, ada unsur penganiayaan sebelum kelima syuhada -kama nahsabuhu- dieksekusi mati.

“Perlu antum beritakan, apa yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara kita ini diluar SOP (prosedur standar pelaksanaan, red). Artinya mereka menyiksa terlebih dahulu baru menghabisi. Dari bukti-bukti semuanya tidak wajar. Contohnya, Edo hancur kepalanya. Di sebelah (kanan, red) badannya juga hancur bekas penyiksaan,” ujar Abu Azzam kepada Kiblat.net seusai pemakaman kelima jenazah di TPU Pondok Rangon, Sabtu (4/01).

Abu Azzam yang mengikuti proses pengurusan jenazah kelima syuhada sejak dari RS Polri Kramat jati ini juga menyaksikan bahwa dari jenazah kelimanya terlihat luka-luka bekas penyiksaan. Ia menduga mereka disiksa terlebih dahulu sebelum dihabisi.

Ia juga melihat adanya keganjilan dari pernyataan polisi yang menyatakan kelimanya terbunuh akibat luka tembak.

“Logikanya, ketika ditembak itu hanya luka satu. Ini enggak, memar semua sekujur badan. Terutama si Edo, hancur kepalanya, habis tidak berbentuk. Yang kedua si Rizal, matanya dicongkel seperti dipopor. Matanya sebelah kanan gak ada, tegasnya

Via Kiblat.Net

Berita terkait:

:::KEJANGGALAN PENGEREBEKAN "TERDUGA" TERORIS:::
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=419750421490888&set=a.246256625506936.63535.246241695508429&type=1&relevant_count=1

:::ADA APA DENSUS 88 (YANG KATANYA ANTI TERORIS) DENGAN OPM PAPUA:::
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=419740061491924&set=a.246256625506936.63535.246241695508429&type=1&relevant_count=1

:::SUDAH 100 TERDUGA TERORIS TEWAS DIBUNUH DENSUS 88 MUNAFIQ LAKNATULLOH:::
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=419114591554471&set=a.246256625506936.63535.246241695508429&type=1&relevant_count=1

:::TAMPAK DARI DEPAN MUKA ALARHUM DAYAT:::
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=419104284888835&set=a.246256625506936.63535.246241695508429&type=1&relevant_count=1

:::MUSLIMIN JATENG BERSERU : "TOLAK,LAWAN KEZOLIMAN DENSUS 88 MUNAFIQ LAKNATULLOH":::
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=419079194891344&set=a.246256625506936.63535.246241695508429&type=1&relevant_count=1

Cut Tari bercerai dengan suami


Cut Tari (kiri) bersama suaminya, Yusuf
JAKARTA 5 Jan. - Artis wanita terkenal Indonesia, Cut Tari yang pernah menggemparkan industri hiburan negara ini kerana terlibat dalam skandal video seks dengan vokalis Noah, Ariel, diceraikan suaminya dengan talak satu.
Yusuf dilapor menjatuhkan talak ke atas Cut Tari pada 18 Disember lalu dan kes perceraian pasangan itu akan didengar di mahkamah pada 22 Januari ini.
Cut Tari dan Yusuf, masing-masing ketika ditemubual wartawan memberitahu, punca kemusnahan rumah tangga yang dibina atas dasar cinta itu ialah kerana tiada persefahaman.
“Kalau sudah namanya perkahwinan, tentu sekali persefahaman antara pasangan itu penting. Sudah lama saya berhasrat untuk menceraikannya, tetapi saya hanya menunggu masa yang sesuai. Lalu, selepas menjatuhkan talak satu, saya keluar dari rumah," kata Yusuf kepada wartawan.
Bagi Cut Tari, persetujuan untuk bercerai dengan Yusuf dicapai secara harmoni.
“Kami berdua sepakat ke arah ini (bercerai)," katanya ringkas.
Berita perpisahan Cut Tari atau nama sebenarnya Cut Tari Aminah Anasya, 36, dengan suaminya, Ricco Tirtaputra Gani atau Johannes Yusuf Subrata, 41, mendapat liputan meluas media tempatan hari ini dengan pelbagai spekulasi diberitakan.
Kebanyakan media melaporkan, hubungan rumah tangga mereka mulai retak selepas tercetus skandal hubungan seks antara artis wanita terkenal itu dengan Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham pada 2010.
Bagaimanapun, ketika kes itu hangat diperkatakan, Yusuf sentiasa berada di samping aktres tersebut dan memberi sokongan sekalipun ketika berurusan dengan polis dan mahkamah.
Pada masa sama, Cut Tari juga didakwa mempunyai hubungan intim dengan lelaki lain, namun, Yusuf menafikan perceraian itu disebabkan kehadiran orang ketiga seperti yang dilaporkan media-media Indonesia.
“Punca (perceraian) tidak ada kaitan dengan orang ketiga. Kami tiada persefahaman dalam rumah tangga," tegasnya.
Pasangan tersebut yang berkahwin hampir 10 tahun, mempunyai seorang anak lelaki bernama Sidney Azkassyah Yusuf. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140106/lu_08/Cut-Tari-bercerai-dengan-suami#ixzz2pZKRd7Yf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Lelaki buta akibat simbahan asid berkahwin



MUHAMAD HANIF (tiga dari kanan) bersama isteri, Intan Norfariehan Iliana beramah mesra dengan tetamu di Padang Besar semalam.


PADANG BESAR – Seorang bekas pemandu lori yang menjadi mangsa simbahan asid tiga tahun lalu memulakan tirai 2014 dengan penuh bahagia apabila melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihannya di Kampung Lubok Machang, Batu Bertangkup dekat sini semalam.
Muhamad Hanif Sunaid @ Shuib, 27, mengambil keputusan berkahwin dengan Intan Norfariehan Iliana Razali, 22, yang merupakan seorang tukang masak di sebuah restoran di sini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz2pYzpwSGi 
Hakcipta terpelihara 

18 maut keganasan hari mengundi


POLIS menendang seorang suspek yang disyaki menyerang sebuah pusat membuang undi di bandar Bogra, utara Bangladesh semalam.


DHAKA - Beribu-ribu penunjuk perasaan membaling bom api ke arah sejumlah pusat mengundi manakala 18 orang mati dalam keganasan yang tercetus di seluruh Bangladesh semalam.
Kekacauan itu berlaku semasa orang ramai keluar mengundi dalam pilihan raya umum yang dipulaukan oleh pihak pembangkang.
Polis melepaskan tembakan ke arah kumpulan penunjuk perasaan ketika mereka cuba membakar lebih 200 pusat mengundi dan mencuri kertas undi dalam usaha mensabotaj pilihan raya itu.
"Kami melihat beribu-ribu penunjuk perasaan menyerang pusat mengundi dan anggota kami di banyak lokasi menggunakan bom petrol," kata ketua polis daerah Bogra di utara Bangladesh, Syed Abu Sayem.
"Situasi kini amat tidak stabil," tambahnya.
Dalam pada itu di ibu kota Bangladesh di sini, polis mengesahkan terdapat tiga insiden pusat mengundi diserang menggunakan bom api.
Kerajaan mengerahkan puluhan ribu askar ke seluruh negara untuk mengawal keselamatan selepas kira-kira 150 orang maut dalam kekacauan menjelang pilihan raya itu tetapi mereka gagal mengekang pertumpahan darah daripada terus berlaku.
Parti pemerintah, Liga Awami menuduh pembangkang utama, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) sebagai mendalangi keganasan tersebut.
Setakat ini, pemimpin parti tersebut Khaleda Zia dikenakan tahanan dalam rumah.
Pihak pembangkang menuntut Perdana Menteri Sheikh Hasina supaya memberi laluan kepada pembentukan sebuah kerajaan sementara yang neutral sebelum pilihan raya diadakan bagi memastikan insiden penipuan kertas undi yang pernah berlaku sebelum ini tidak berulang.
Namun, tuntutan pembangkang itu tidak dipedulikan oleh kerajaan yang meneruskan pilihan raya tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0106&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2pYvpenDf 
Hakcipta terpelihara