Monday, September 1, 2014

Pancaroba

King Jason
Bagaimana BN nak caver kerugian nih? Salah 1 caranya ialah.. 

Menaikkan harga tepung. Cukop la sposen sekilo.. setahun berapa bilion?

Pastu naikkan bla bla bla... ..kann..

Nampak tak?

Akibat jahil tentang Melayu


RIDHUAN TEE ABDULLAH
1 September 2014


NAMPAKNYA isu babi masih tidak kesudahan. Dalam artikel sebelum ini, terang-terang saya sebut, saya tidak pernah halang untuk sebahagian bukan Islam menternak dan memakan babi, malah menjadi hak mereka.

Tetapi biar berpada-pada. Ternak di kawasan mereka, jangan ternak berdekatan kawasan Melayu.

Oleh kerana pemakan babi tidak ramai, yang lebih ramai adalah pemakan lembu dan kambing, tidakkah lebih baik negara ini menjadi lebih banyak kambing dan lembu daripada babi?

Dalam ceramah, selalu saya katakan, babi tidak bersalah kerana ALLAH yang memberikan nyawa dan menjadikan babi. ALLAH tidak jadikan babi dan anjing untuk dihina. Berdosa kita melakukannya. Jangan jadikan babi (anjing) sebagai pemisah hubungan sesama manusia. Babi tidak boleh menjadi penghalang dakwah.

Malah, mengambil kira pandangan mazhab lain, tidak perlu samak, jika terkena babi. Isu ini sudah saya jelaskan.

Tetapi ultra kiasu tetap ultra kiasu. Sampai bila-bila pun ultra kiasu tidak akan setuju dengan Islam. Sebab itu, satu baris pendek artikel saya tentang darul babi, ‘digantung’ dalam media sosial mereka berminggu-minggu.

Terbaharu, saya amat teruja dengan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris melalui temu bual dengan Presiden Indonesia, Jokowi. Baca yang tersurat dan tersirat atau psikologi berbalik.

Publisiti muka depan dan dalam. Dalam banyak perkara penting yang disebut Jokowi, yang ditonjolkan (highlight) berkali-kali, pandangan Jokowi tentang Indonesia akan kekal sebagai negara sekular dan kehidupannya yang liberal.

Apa tujuannya? Saya amat yakin sasaran interview adalah untuk rakyat Malaysia. Ultra kiasu mahu kita mencontohi kepemimpinan Indonesia. Menjadi sebuah negara sekular. Memisahkan agama dari kehidupan dan politik. Itulah perjuangan mereka selama ini.

Saya tegaskan, Malaysia tidak akan menjadi negara sekular. Negara ini tetap negara Islam, dan akan terus mendaulatkan Islam, meskipun penganutnya kurang dari 60 peratus, berbanding Indonesia, lebih 85 peratus. Islam dan Melayu, berpisah tiada.

Kenapa? Malaysia dan Indonesia, sejarahnya berbeza. Perlembagaannya berbeza. Malah jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain, Malaysia jauh lebih baik.

Mana ada dalam dunia ini, perlembagaan negara yang melindungi umatnya, kecuali Malaysia. Mereka yang berada dalam Islam, mesti kekal, tidak boleh murtad.

Mungkin ada yang negatif. Tetapi saya melihat dalam ruang lingkup yang positif, walaupun mungkin dibenci bukan Islam.

Kenapa bila sudah masuk Islam tidak boleh keluar? Jawapannya, Islam bukan agama kedai kopi seperti agama lain, yang boleh keluar masuk. Suka masuk, tak suka keluar.

Islam adalah agama yang ada pendirian dan maruah. Tidak boleh dipermainkan sewenang-wenang, walaupun mungkin ada yang keluar secara diam-diam.

Ingatan saya, pertama, jaga sensitiviti orang Melayu, selaku Peribumi. Walaupun babi (anjing) itu makhluk ALLAH, tetapi orang Melayu tetap sensitif dengan makhluk ini. Kalau boleh tak mahu lihat langsung. Ia sudah menjadi sebahagian cara hidup Melayu. Hormatilah pendirian ini.

Sama juga isu kalimah ALLAH, Melayu dan ALLAH berpisah tiada. Sangat sensitif. Saya tidak tentang orang bukan Islam Semenanjung untuk menggunakannya. Tetapi itulah Melayu. Maka hormatilah pendirian ini.

Kedua, jika tidak faham cara hidup dan sensitiviti Melayu, tanyalah saya. Bukan bongkak atau tunjuk pandai. Tetapi saya amat memahami orang Melayu. Saya tidak pernah mengaku saya Melayu dan saya tidak pernah masuk Melayu. Tetapi kita perlu memahami Melayu, kerana mereka Peribumi dan majoriti. Melayu ada kelemahan, ada kelebihan.

Tetapi saya amat mengagumi toleransi orang Melayu, ketika bangsa (negara) lain menolak bukan Melayu.

Ketiga, orang Melayu tidak pernah minta hak orang bukan Melayu. Cuma orang Melayu memohonkan jangan habis dan kikis hak mereka. Kita tetap lakukan, tanpa memahami sensitiviti ini. Hari ini, orang Melayu mula bangkit. Kita tuduh Melayu itu rasis. Sebenarnya, Melayu tidak rasis. Melayu menjadi sedemikian apabila berasa terancam.

Kepada ultra kiasu, saya tetap Cina selama-lamanya. Saya tidak pernah masuk Melayu. Tetapi ingat, saya tetap mengutamakan Hari Raya Puasa (Haji), walaupun turut menyambut Tahun Baharu Cina.

Jika tulisan ini mengelirukan, mohon saudara sebangsa saya, Idham Lim perjelaskan kepada orang Cina.


* Untuk artikel penuh layari ridhuantee.blogspot.com

Pengganti Khalid perlu lebih baik

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM – Siapa pun Menteri Besar Selangor baharu yang dilantik selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim haruslah yang lebih baik dalam segenap pengurusan pentadbiran negeri.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, ia bagi memastikan kekurangan pengurusan pentadbiran dahulu mampu diselesaikan oleh ketua negeri baharu.

“Kelemahan-kelemahan pentadbiran yang dulu dari segi pengurusan kerajaan tempatan, pembangunan perumahan negeri dan apa-apa sahaja masalah rakyat mesti mampu diselesaikan oleh menteri besar,” katanya.

Beliau berkata, projek yang terikat secara sah semasa pentadbiran Abdul Khalid mestilah diteruskan bagi mengelakkan tindakan undang-undang dikenakan.

Jelasnya, sekiranya perjanjian yang sah di sisi undang-undang dibatalkan maka ada kos ganti rugi yang perlu ditanggung.

“Kalau ia projek atas dasar yang tidak terikat, ia boleh diteruskan ataupun dilupakan,” katanya.

Bagaimanapun, ia bergantung pada siapa pun menteri besar selepas ini yang mungkin mengambil keputusan nekad tentang beberapa perkara meskipun terpaksa berdepan urusan undang-undang.

Sementara itu, penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, menteri besar baharu mungkin akan meneruskan projek-projek yang tidak boleh dipinda namun akan memperkenalkan dasar baharu.

“Menteri besar itu akan memperkenalkan dasar baharu sebagai legasi pentadbiran beliau, "katanya.

PRK Pengkalan Kubor: Pas suara hasrat

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KUALA KRAI -  Pas Kelantan akan mengadakan perbincangan dengan PKR Kelantan untuk mengetengahkan hasrat akar umbi yang mahukan calon Pas bertanding pada PRK Dun Pengkalan Kubor.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perbincangan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau sedar kerusi Dun Pengkalan Kubor sebelum ini meletakkan calon PKR tetapi perjumpaan dengan pemimpin parti itu perlu untuk mengetengahkan hasrat akar umbi.

“Sehingga kini belum ada kata putus berkaitan calon di Dun Pengkalan Kubor dan kita tunggu mesyuarat sehari dua lagi, bila ada suara akar umbi kita akan sampaikan kepada PKR.

“Pas Kelantan akan mendengar respons PKR berhubung kerusi Dun Pengkalan Kubor,” katanya kepada pemberita sempena Sambutan Kemerdekaan Negara Kali Ke- 57 di Kem Sungai Durian, Kuala Krai, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim dan ketua- ketua jabatan.

Mohd Amar berkata, Pas Pusat  dimaklumkan mengenai pertemuan itu untuk membincangkan kehendak rakyat akar umbi, begitu juga PKR diberitahu secara tidak rasmi.

Menurutnya, walaupun kerusi Dun Pengkalan Kubor bukan milik Pas sebelum ini tetapi parti itu telah menyediakan jentera untuk membantu PR memenangi PRK kali ini.

Sementara itu, pada sidang media sama ketika ditanya mengenai calon Menteri Besar Selangor, Mohd Amar mahu semua pihak akur titah sultan.

Menurutnya sejarah membuktikan Sultan menentukan calon untuk mengisi jawatan itu seperti yang berlaku di beberapa negeri sebelum ini seperti Terengganu dan Perak.

Beliau menegaskan Pas tidak akan  menyenaraikan calon dari parti itu kerana kerusi Menteri Besar Selangor milik PKR.

Calon MB: PKR tak berhak halang Pas

 Mustafa Ali - Foto Sinar Harian
Mustafa Ali - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM - PKR tidak berhak menghalang Pas untuk menghantar dua nama calon Menteri Besar Selangor seperti yang diputuskan sebelum ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata tindakan itu adalah bagi memenuhi permintaan Sultan Selangor.

“Itu adalah keputusan muktamad kami. Nama-nama calon itu akan diserahkan pada 3 September ini.

“Kalau PKR tetap dengan keputusan mereka untuk hantar satu nama, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya sama ada tindakan Pas itu akan menambahkan kekeruhan hubungan antara parti itu dengan PKR, Mustafa berkata isu itu tidak berbangkit kerana setiap parti sudah membuat keputusan masing-masing.

“Kami (Pas, PKR) tidak mengadakan perjumpaan pun kerana kita sudah ada keputusan. Pas tetap dengan keputusan mesyuarat yang diputuskan pada 17 Ogos lalu.

“Perkara ini sudah jelas, kita tunggu sahaja pada 3 September ini,” ujarnya.

Pada 17 Ogos lalu, Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu dan menamakan seorang lagi iaitu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Keputusan Pas itu dilihat bercanggah dengan pendirian PKR yang mahu mencadangkan nama Dr Wan Azizah sahaja sebagai calon menteri besar.

Bagaimanapun pada 26 Ogos lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan setiap parti dalam PR perlu mencadangkan lebih daripada dua nama untuk dipilih sebagai menteri besar baharu sebelum atau pada 3 September ini.

Titah itu dikeluarkan selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersembahkan hasrat meletak jawatan sebagai menteri besar kepada baginda.

Sehingga kini, PKR dan DAP berkeras tidak akan mengubah pendirian untuk mempersembahkan hanya satu nama kepada Sultan Selangor di sebalik titah baginda untuk pakatan itu mencadangkan lebih banyak nama.

KDN sahkan ada anggota PPS terlibat peras ugut

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan ada anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditahan semalam dikesan pernah melakukan jenayah kekerasan dan peras ugut orang awam.

"Kita dapat laporan ada anggota PPS yang bukan jaga keselamatan tetapi mereka bertindak pukul orang. Ada yang bertindak di luar daripada perundangan seolah-olah melangkaui bidang kuasa polis," katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Segambut di ibu negara.

Ahmad Zahid antara lain berkata, pihaknya menyokong penuh tindakan tegas polis ke atas anggota PPS kerana penahanan mereka adalah bersandarkan kepada undang-undang.

Walaupun tidak terlibat secara langsung kerana perkara itu melibatkan operasi polis, namun KDN memuji ketegasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam isu terbabit.

Rusia berperang dengan Eropah


1 September 2014


BRUSSELS - BELGIUM. Tindakan Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine dianggap pencerobohan atau lebih tepat negara itu sedang 'berperang' dengan Eropah.

Presiden Lithuania Dalia Grybauskaite yang berada di Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah (EU) di Belgium secara terang-terangan melontarkan tuduhan itu ketika berucap pada persidangan tersebut, semalam.

"Pemimpin EU mengancam untuk meningkatkan sekatan terhadap Rusia selepas Kiev menuduh Moscow meletakkan puluhan kereta kebal di sempadan Novosvitlivka," katanya kepada Reuters.

Menurutnya, Presiden Rusia, Vladimir Putin harus mengeluarkan lebih 1,000 askar dari timur negara Ukraine dengan segera sebelum EU mengenakan lebih banyak lagi sekatan.

"Rusia sebenarnya berada dalam keadaan berperang bukan sahaja dengan Ukraine tetapi dengan semua negara Eropah," katanya. 

Protes lebih 15 jam tercetus di Islamabad

Polis meningkatkan kawalan di luar kediaman Nawas Sharif dan sekitar ibu negara. Foto: APF
Polis meningkatkan kawalan di luar kediaman Nawas Sharif dan sekitar ibu negara. Foto: APF
ISLAMABAD - PAKISTAN. Pemimpin pembangkang Pakistan, Imran Khan berikrar akan terus bertempur dengan polis di luar kediaman perdana menteri sejak malam kelmarin.

"Saya minta rakyat bangkit. Ini bukan kerajaan berperlembagaan, mereka adalah pembunuh. Saya seru semua rakyat untuk keluar.

"Kami sedia memfailkan tuduhan membunuh terhadap Perdana Menteri, Nawaz Sharif susulan insiden ini," katanya kepada AFP.

Pada kejadian itu, sekurang-kurangnya tiga dilaporkan maut dan lebih 400  orang cedera.

Keganasan tercetus selepas ribuan penyokong Khan dan pengikut Tahir ul Qadri cuba menyerbu kediaman Sharif.

Sehingga semalam, pertempuran yang memasuki tempoh 15 jam itu makin ganas apabila jumlah penunjuk perasaan mula meningkat.

Pengadang jalan dan kenderaan dibakar hingga polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

Keganasan itu tercetus selepas kumpulan pembangkang menuntut Syarif meletak jawatan pada 15 Ogos lalu.

Mereka juga mendakwa, Pilihan Raya 2013 yang dimenangi pemimpin itu mempunyai unsur penipuan.

Terdahulu, Menteri Penerangan, Pervaiz Rashid berkata, kerajaan sedia berunding dengan kumpulan itu. Namun, ia bertukar ganas selepas polis mula melepaskan gas pemedih mata. 

Amanat akhir Abdul Khalid

Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Abdul Khalid Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
SHAH ALAM – Perutusan ulang tahun ke-57 kemerdekaan negara oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sarat dengan amanat kepada rakyat agar menghormati institusi Raja Berperlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Abdul Khalid berkata, dalam perjalanan berdepan kemelut politik yang  berlarutan sehingga lapan bulan ini, beliau mengingatkan semua pihak supaya menghormati pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dengan baik, adil dan berintegriti.

“Saya perlu menyentuh hal ini kerana akhir-akhir ini terdapat pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mempersoalkan hak mutlak sultan atau institusi beraja Selangor dan Raja-raja Melayu,” katanya ketika berucap pada Malam Ulang tahun ke-57 Kemerdekaan di Dataran Shah Alam, malam kelmarin.

Dalam perutusan berkenaan, Abdul Khalid menyatakan ucapan penghargaan kepada rakyat Selangor yang memberi kepercayaan kepadanya mentadbir negeri ini sejak 2008.

“Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam dan seluruh lapisan rakyat yang bekerjasama bersama saya sejak Mac 2008 untuk mentadbir urus kerajaan negeri ini dengan penuh berhemat, berhemah dan berintegriti bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri kita.

“Saya memohon maaf atas segala tindakan dan tutur kata sepanjang mengemudi pentadbiran Selangor,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat Selangor supaya sentiasa menjalin hubungan baik sesama kaum sebagai usaha mengukuhkan perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negeri ini.

Katanya, hubungan kukuh masyarakat secara tidak langsung mampu menghindar sikap menghina atau mencela agama dan amalan budaya kaum lain.

Abdul Khalid menyatakan kurang pengetahuan dan kefahaman sebilangan rakyat terhadap agama dan budaya antara kaum boleh menyebabkan perpaduan sukar dicapai.

“Dalam masyarakat majmuk perpaduan adalah tunjangnya, hubungan baik antara kaum adalah keutamaannya, kerjasama dan tolak ansur adalah syaratnya manakala menghina bangsa, agama dan budaya adalah pantangnya,''katanya.

Selain sambutan merdeka, kerajaan negeri turut menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan sambutan Hari Belia.

Rumah Guan Eng dibaling bom petrol


Kejadian berlaku pada jam 11.45 malam apabila suspek bertindak membaling bom petrol ke arah tempat parkir kereta lalu meletup dan terbakar. 
Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan awal mendapati satu botol yang diisi dengan minyak tanah serta mempunyai sumbu ditemui di lokasi kejadian. 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kerosakan harta benda atau kecederaan dilaporkan dan siasatan lanjut akan dilakukan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediaman itu.
Foto
ABDUL Rahim (empat dari kanan) dan Guan Eng (tiga dari kiri) melihat kesan tumpahan minyak tanah dibaling suspek.

“Kami akan mendapatkan keterangan anggota polis ditugaskan mengawal kediaman Ketua Menteri. Kejadian berlaku dengan pantas dan suspek dikatakan terus melarikan diri selepas melontar bom.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

JKM cari waris bayi ditinggalkan ibu


Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah sedang mengesan waris bayi perempuan berusia sebulan yang ditinggalkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak sebulan lalu.
Bayi perempuan itu, Ainul Mardhiah ditinggalkan ibunya yang dikenali sebagai Aifah sejak 18 Julai lalu. 
Pegawai JKM Daerah Kamaruddin Karim berkata, ibu kandung bayi berkenaan dikatakan melarikan diri dari wad berkenaan dipercayai selepas melahirkannya. 

Menurutnya, pihak hospital kemudiannya merujuk bayi berkenaan kepada JKM.
Foto
caption image1

Katanya, tiada sebarang maklumat mengenai waris atau ibu kandung bayi terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta dapat berhubung dengan JKM Daerah bagi membantu mengesan ahli keluarganya," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/29

Imran ‘ikrar’ terus protes


Islamabad: Pemimpin pembangkang Pakistan, Imran Khan semalam berikrar meneruskan protes terhadap kerajaan negara itu ‘sehingga titisan darah terakhir’.

Dalam pada itu, pertempuran berterusan membabitkan penyokong pemimpin itu dan polis di perkarangan kediaman perdana menteri menyebabkan tiga terbunuh manakala ratusan lagi cedera.


Keganasan tercetus malam kelmarin apabila ribuan penyokong Imran dan ulama pembangkang, Tahir ul Qadri cuba menyerbu kediaman Perdana Menteri Nawaz Sharif menggunakan kren untuk mengalihkan penghadang yang dibina.

Menjelang tengah hari semalam, pertempuran berterusan membabitkan polis antirusuhan dengan ratusan penunjuk perasaan.


Ramai dikalangan penunjuk perasaan yang hadir membawa senjata seperti kayu dan lastik.


Beberapa kenderaan dan kontena dibakar serta ratusan tembakan gas pemedih mata dilepaskan bagi menyuraikan perusuh yang berlarutan lebih 15 jam.

Tindakan penyokong pembangkang berarak ke Islamabad pada 15 Ogos lalu bagi menuntut Nawaz meletakkan jawatan mencetuskan krisis yang meningkatakan kemungkinan campurtangan tentera.

Mereka mendakwa berlaku penipuan pada pilihan raya 2013 yang membolehkan Nawaz dilantik menjadi perdana menteri, walaupun pemerhati tempatan dan antarabangsa menyifatkan pilihan raya itu sah dan adil.

Imran dalam ucapannya ketika protes berlangsung berkata: “Kini saya menyeru semua rakyat Pakistan bangkit dan menentang kerajaan pimpinan Nawaz.

Ia bukan kerajaan berdasarkan perlembagaan, mereka pembunuh. Kita akan teruskannya sehingga titisan darah terakhir, Saya seru seluruh rakyat Pakistan untuk bersama kami.”

Selain itu,Imran juga berkata, dia akan memfailkan tuduhan membunuh ke atas Nawaz berikutan keganasan kelmarin. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

Khidmat kekasih alam maya


Beijing: Laman web e-dagang terkemuka di China menemui cara terbaru untuk mengeksploitasi kesepian seseorang apabila menawarkan khidmat ‘kekasih maya’ kepada pelanggan menerusi telefon bimbit.

Syarikat berkenaan, Taobao menyediakan perkhidmatan berharga 20 hingga 30 yuan (RM10-RM15) dan mengupah beberapa pekerja untuk menghantar mesej dan menelefon pelanggan di waktu pagi, mendengar rungutan, mengucap selamat malam, dan secara umumnya membuat pelanggan merasakan mereka bukan orang paling sunyi di dunia.


‘Kekasih maya’ datang dalam pelbagai personaliti, antaranya ‘perempuan seperti patung’ hingga ke ‘wanita matang.’

Wanita bujang juga boleh memperoleh teman lelaki maya yang memenuhi kehendak mereka termasuk ‘lelaki berpakaian seragam’, ‘ketua pegawai eksekutif’, dan ‘lelaki yang menenangkan.’


Syarikat yang menawarkan perkhidmatan itu berkata, ia cara berkesan untuk meningkatkan perniagaan mereka. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/01

2 pengguna Twitter maki PDRM diburu

Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.

KUALA LUMPUR: Dua pengguna laman sosial Twitter dikesan mengeluarkan kenyataan biadap terhadap polis, dengan seorang daripada mereka menggelar Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebagai "anjing Barisan Nasional".
Sehubungan itu, Khalid mengarahkan Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya mengenal pasti individu tidak bertanggungjawab di sebalik dua akaun Twitter berkenaan untuk dikenakan tindakan.
"PCIRC@PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yang menggelar IGP 'Anjing BN'," kata Khalid dalam catatan di laman Twitternya hari ini.
Akaun yang menghina Khalid itu menggunakan akaun Twitter Nasrul Omar.
Pada satu lagi akaun Twitter atas nama Viktor Wong, tertera mesej mencemuh berikut: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless@KBAB51. Henrich Himmler of Malaysia."
Merujuk kepada akaun Twitter kedua itu, Khalid berkata: "PCIRC@PDRMsia, juga kesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."
Heinrich Himmler adalah antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman.
- BERNAMA

Keistimewaan za'faran yang perlu kita tahu


http://detikislam.blogspot.com | .

Kitab  suci  Al-Quran terkandung di dalamnya rahsia bagi segala rahsia hikmat bagi segala hikmat, penawar bagi segala penawar sebagaimana disebutkan didalam surah Al-Israk  ayat 82 yang bermaksud "...dan kami turunkan dari Al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman...".

Saffron atau Za'faran berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning (yellow), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' (Gold of the Desert) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love'. Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya (excellent stimulant) sejak dari dulu lagi. Justeru itu di samping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan.

Tumbuhan dengan nama saintifiknya 'Crocus Sativus Linneaus' telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah (spice) yang paling benilai dan berharga. Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi: 'Za'afaran', Jepun: 'Safuran', Hindi: 'Kesar', China: 'Fan Hong Hua', Tamil: 'Kungumappu' dan Bahasa Melayu 'Koma-Koma'.

Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek (Prehistoric Greek). Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian (Sepanyol) sehingga ke Asia (India dan China). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan (Mexico dan Argentina).

Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih dari 85 peratus (kira-kira 400 tan metrik) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India (Jammu dan Kashmir) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia (sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan.

KEISTIMEWAAN ZA'FARAN

Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna. Zafaran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.

Bagi menghasilkan 10 grams stigma (filament) za’faran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal di dunia.

Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

* Sumber dari qalamislami.blogspot.com

Kami ada bukti Umno BN sekat pembangunan Kelantan


http://greenboc.blogspot.com | .

[VIDEO] Kami Ada Bukti Pengakuan UMNO BN Sekat Pembangunan Di Kelantan


Kerajaan Pusat tidak pernah pinggirkan Kelantan

TUMPAT - Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan Kelantanmeskipun negeri itu berada di bawah pentadbiran pembangkang Pas, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata sejak 2004, sebanyak RM590 juta telah disalurkan oleh kerajaan Pusat untuk menampung defisit perbelanjaan akaun mengurus negeri ini.

"Perbelanjaan akaun mengurus antaranya untuk pembayaran gaji penjawat awam negeri. Tahun lepas, kerajaan negeri ada defisit dalam akaun mengurus, maka kerajaan Pusat meluluskan RM86 juta ringgit untuk membantu kerajaan negeri.

"Kalau ada rakyat kata kerajaan Pusat pinggir Kelantan, ini tidak benar," katanya kepada pemberita selepas Taklimat Penerangan Isu Semasa di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dan Ketua Umno Bahagian Kuala Krai Datuk Ramzi Ab Rahman.

Mustapa berkata tanpa bantuan daripada kerajaan Pusat, kerajaan Kelantan berdepan kesukaran menguruskan kewangannya.

"Ini penting dan ia tidak diketahui ramai. Ini jelas menunjukkan betapa prihatin kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan kerana walaupun di bawah pembangkang tetapi kita tetap bantu," katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata gerak kerja dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor pada 25 September ini akan diketuai Mohd Rosdi.

PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat barah hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas. - Bernama

ULASAN GB

Betulkah kerajaan Pusat tak pernah meminggirkan Kelantan?

Sedangkan Tok Pa sendiri pernah mengakui bahawa semasa beliau menjadi anggota kabinet berliau pernah berlaku khianat terhadap Kelantan dengan menyekat peruntukan pembangunan ke Kelantan?

"Saya nak mengakui hari ini satu masa dahulu, puak-puak kita ni adalah sedikit sebanyak situ sekat sana sekat. Itu hakikat. Saya mengaku wat salah, kita royak salah, ada sedikit sebanyak…saya mengaku, saya mengaku“

Demikian pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang menjelaskan kepada umum bahawa Kerajaan Pusat memang telah melakukan sekatan pembangunan untuk negeri Kelantan.

Ia juga diakui sendiri oleh Perdana Menteri waktu itu, Mahathir Mohamaad naman, dengan menyatakan bahawa sekatan pembangunan dilakukan ke Kelantan kerana sebab politik. Cuba tonton kembali:

Video 1
Video 2
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Mencari roh yang hilang, roh siapa?


http://tikaqbuloh.blogspot.com | .

Pemuda Ini Mencari Roh Yang Telah Hilang. Roh Siapa???

 
 Makan dalam perkataan yang tertera kat baju pemuda nih. Roh UMNO memang dah hilang lama dah sebab itulah orang-orang lama dalam UMNO ramai yang beranggapan UMNO sekarang tidak seperti UMNO yang dulu.

UMNO zaman ini lebih mementingkan diri sendiri, pangkat atau jawatan. Rakyat letak nombor dua, yang penting periuk nasi sendiri diutamakan.

Rasuah menjadi amalan dalam pentadbiran, bukan aku cakap perwakilan dan Mahathir sendiri sahkan memang rasuah dalam UMNO wujud. Jadi fikirlah sendiri makna tersirat kembalikan roh UMNO itu.

Dari mana RM6 bilion untuk selamatkan MAS


MUHAMMAD FAIZAL | .
KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan sumber RM6 bilion yang diberikan Khazanah Nasional kepada Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta agar kerajaan menjelaskan sumber kewangan tersebut agar diketahui oleh rakyat.

"RM6 bilion dari mana sumber tersebut diperolehi, kita mahu kerajaan perjelaskannya.

"Kita tidak mahu berlaku seperti sebelum ini Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) yang menjadi mangsa. Kerajaan perlu telus dalam apa yang mereka lakukakan ini," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berharap walaupun kerajaan mempunyai usaha untuk memulihkan MAS, namun dalam memberikan suntikan modal itu, harus diperjelaskan kerana melibatkan wang rakyat.

Dalam pada itu beliau turut menggesa agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya DiRaja (RCI) bagi menyiasat secara menyeluruh apa yang berlaku ke atas MAS.

Katanya, walaupun kerajaan memberi suntikan modal yang besar tetapi kelemahan masih belum diketahui yang hanya mengulangi kesilapan yang berlaku kepada MAS sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyifatkan, suntikan itu lebih berbentuk pelaburan di mana ia perlu dijana semula.

Menurut Najib, MAS mungkin memerlukan lebih daripada tiga tahun bagi pelan pemulihannya, namun akan ada pertumbuhan positif dalam tempoh berkenaan. - HARAKAHDAILY 31/8/2014

Isu MB Selangor: Khalid umum Rabu depan


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan memberikan beberapa kenyataan berhubung jawatan Menteri Besar Selangor, Rabu depan.

Bagaimanapun, Khalid enggan mengulas lanjut berhubung kenyataan itu, lapor Selangor Kini.

“Saya tidak mahu komen apa-apa buat masa ini. Saya akan membuat beberapa kenyataan berhubung isu ini Rabu depan,” katanya ketika ditemui di Majlis Perasmian Pesta Buku Selangor 2014 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam

Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September.

Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY 31/8/2014

Isu MB: 2 Adun Pas berdepan tindakan disiplin

 Pas Selangor
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas Selangor sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut satu kenyataan, nasib Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin akan diserahkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas Negeri Selangor Kali Ke-26 tahun 2014 yang bersidang pada hari ini telah bersetuju sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan  YB Saari Sungib dan YB Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Dato' Seri Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti.

"... menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib Pas Pusat untuk mengambil tindakan ke atas Adun berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," kata kenyataan itu.

Saari Sungib dan Hasnul mengejutkan Pas apabila menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu sedangkan Pas ketika itu menyokong Abdul Khalid kekal.

Sebelum ini, Pas Terengganu dan Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu mendesak agar dua Adun itu dipecat.

Shah Rukh Khan dilantik duta Interpol


LYON 31 Ogos - Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi pelakon India pertama dilantik sebagai Duta Polis Antarabangsa (Interpol), Rabu lalu sempena kempen global 'Turn Back Crime' yang diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang jenayah di Ibu Pejabat Interpol, di sini baru-baru ini.
Sumber, indianexpress.com melaporkan, Shah Rukh dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan satu penghormatan istimewa buat dirinya untuk menjadi sebahagian daripada usaha kempen tersebut.
"Seperti yang dikatakan oleh Mahatma Gandhi sebelum ini, saya tidak akan tunduk kepada ketidakadilan dan akan menegakkan kebenaran walaupun mendapat tentangan.
"Kita perlu percaya di atas prinsip berkenaan dan melakukan yang terbaik bagi menghalang pihak-pihak bertanggungjawab daripada mengancam usaha kita. Saya percaya kita mesti berganding bahu dalam menentang jenayah," katanya.
Aktor tersebut turut bergandingan bersama beberapa selebriti lain, antaranya aktor Hong Kong, Jackie Chan, pemain bola sepak antarabangsa, Lionel Messi dan pelumba kereta Formula 1, Fernando Alonso dalam kempen tersebut.
Setiausaha Agung Interpol, Ronald K Noble berkata, Shah Rukh telah berbakti dalam industri perfileman Bollywood dan dia membuktikan tahap profesionalisme dan komitmennya yang tinggi terhadap jutaan peminat filem India dan seluruh dunia.
"Interpol berbesar hati dengan pemilihan Shah Rukh sebagai Duta kempen Turn Back Crime dan kami menantikan bagaimana dia menggunakan bakat seninya dalam kempen tersebut," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_07/Shah-Rukh-Khan-dilantik-duta-Interpol#ixzz3C0R3i3Rw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Situasi di Pakistan meruncing


POLIS rusuhan Pakistan mengejar penyokong Imran Khan dalam pertempuran berhampiran kediaman Nawaz Sharif di Islamabad, semalam. - AFP
ISLAMABAD 31 Ogos - Seku­rang-kurangnya tiga dilaporkan maut, manakala lebih 400 lagi cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di ibu negara Pakistan selepas kebuntuan politik selama dua minggu, bertukar menjadi ganas.
Keganasan itu yang bermula lewat petang semalam, berterusan awal hari ini selepas kira-kira 25,000 orang mula berarak dari bangunan Parlimen ke kediaman Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif selain mengalihkan sekatan pasukan keselamatan dengan menggunakan kren.
Tindakan penunjuk perasaan itu mengakibatkan polis bertindak balas dengan menembak gas pemedih mata dan peluru getah,
Ketua Polis Islamabad, Khalid Khattak berkata, polis melaksanakan sekatan namun penunjuk perasaan bersenjatakan kapak, pemotong wayar dan tukul besi.
"Malah mereka turut mempunyai sebuah kren dan membawanya sehingga pintu masuk kediaman Perdana Menteri. Kami pula hanya menggunakan gas pemedih mata dan melepaskan peluru getah bila diperlukan," kata Khalid.
Menteri Kereta Api Pakistan, Khawaja Saad Rafique berkata, penunjuk perasaan yang diketuai bekas bintang kriket negara ini yang menceburi politik, Imran Khan dan ulama terkemuka, Tahir-ul-Qadri cuba memecahkan pintu masuk kediaman Nawaz.
Penunjuk perasaan mula 'berkampung' di luar bangunan Parlimen sejak 15 Ogos lalu bagi menuntut Nawaz meletak jawatan berikutan dakwaan penipuan undi.
Krisis itu memasuki fasa baharu pada awal minggu ini, apabila kerajaan meminta tentera menjadi orang tengah hingga menimbulkan kebimbangan bahawa tentera akan menggunakan situasi itu untuk 'melakukan rampasan kuasa secara perlahan' dan meningkatkan lagi pengaruhnya ke atas pentadbiran orang awam.
"Terdapat 1,600 hingga 2,000 pengganas terlatih. Mereka mempunyai 200 wanita yang dilatih menggunakan senjata dan datang dengan niat untuk menawan bangunan negara," kata Menteri Pertahanan, Khawaja Asif selepas pertempuran itu meletus, semalam.
Khawaja menambah, pasukan keselamatan akan mempertahankan bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi lambang kepada negara itu serta mengawal tunjuk perasaan dengan penggunaan aset penuh. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_03/Situasi-di-Pakistan-meruncing#ixzz3C0QZ5000
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1,000 guru agama, jurubahasa bantu jemaah haji


MEKAH 31 Ogos - Khidmat lebih 1,000 orang guru agama dan jurubahasa akan digunakan untuk membimbing jemaah haji dalam melaksanakan rukun Islam kelima itu tahun ini.
Laman web, arabnews.com memetik wakil Kementerian Hal Ehwal Islam, Tawfiq Al-Sudairy yang berkata, bantuan kesemua individu itu akan digunakan dalam beberapa program dirancang kementerian bagi memastikan para jemaah dapat menunaikan ibadah haji dengan betul.
"Kementerian kini sedang merekrut 1,000 guru agama dan jurubahasa untuk program ini yang diuruskan oleh Suruhanjaya Kesedaran Islam untuk Ibadah Haji," katanya.
Program kesedaran ibadah haji itu melibatkan beberapa aktiviti termasuk sesi soal jawab dengan jemaah haji tentang pelbagai isu agama di Mekah dan Madinah serta di beberapa lokasi lain yang menjadi tumpuan jemaah.
"Mereka akan menggunakan banyak bahan dalam pelbagai bahasa bagi memastikan bimbingan yang berkesan ke atas para jemaah tentang ibadah yang betul," ujarnya.
Antara ahli suruhanjaya terbabit adalah wakil Kementerian Hal Ehwal Islam, Lembaga Penyelidikan Ilmu dan Ifta, Kementerian Haji, Universiti Islam Muhammad ibn Saud, Universiti Islam Madinah dan Universiti Umm Al-Qura.
Suruhanjaya berkenaan akan menilai peserta yang terlibat dari segi pencapaian akademik, kemahiran berkomunikasi dan pengalaman mereka.
Bagi peserta yang tidak mempunyai pengalaman, kelayakan dan kemahiran lain akan dipertimbangkan, manakala jurubahasa akan menemani guru agama ketika berurusan dengan jemaah haji dari negara luar.
Kementerian Hal Ehwal Islam turut menyediakan talian telefon percuma 24 jam bagi menjawab pertanyaan dalam aspek agama menggunakan pelbagai bahasa termasuk bahasa Perancis, bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_05/1000-guru-agama-jurubahasa-bantu-jemaah-haji#ixzz3C0QOZFBU
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Peta baharu pencarian MH370 didedahkan


SYDNEY 31 Ogos - Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, akan tertumpu di lokasi penting berdasarkan maklumat pemetaan baharu yang disediakan kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) ketika pasukan pencari menyuarakan keyakinan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat terbabit dalam tempoh setahun.
Laporan akhbar Sydney Morning Herald menyebut, proses pemetaan di selatan Lautan Hindi menggunakan dua kapal yang dilengkapi teknologi sonar, hampir selesai dan peta dasar laut yang tepat akan disediakan untuk kegunaan ATSB mencari pesawat MH370.
Jelas laporan berkenaan, berdasarkan kontrak ATSB kepada tiga kapal peninjau iaitu Equator dan Discovery milik syarikat Fugro Survey Australia dan sebuah kapal milik syarikat Malaysia, GO Phoenix, misi pencarian pesawat MH370 bermula hujung September ini akan dilaksanakan mengikut peta baharu yang disediakan.
Ketiga-tiga kapal berkenaan akan menggunakan teknologi pengesan bunyi yang dikenali sebagai towfish yang turut dilengkapi alat pengesan minyak, kamera dan lampu selain mampu bergerak sejauh 100 meter di permukaan dasar laut dan disambung pada kabel besi yang tebal sepanjang 10 kilometer.
Imej dan maklumat lain yang dikumpul melalui peralatan itu akan dihantar ke ibu pejabat Fugro di Perth untuk dianalisis.
Dalam wawancara kali pertama dengan Pengarah Fugro Survey Australia, Steve Duffield berkata, pihaknya mempunyai kontrak selama setahun untuk mencari pesawat MH370 di kawasan lautan seluas 60,000 kilometer persegi.
Menurut Duffield, kontrak Fugro hanya mencari dan mengenal pasti serpihan pesawat dan siasatan untuk mengetahui apa yang berlaku kepada MH370 akan dilakukan oleh pihak lain.
Tambahnya, misi pencarian pesawat MAS itu sama seperti kerja yang syarikatnya lakukan pada setiap hari, tetapi saiz kawasan yang perlu diterokai dan kedalaman laut akan mengambil masa yang lama untuk menemukan serpihan pesawat berkenaan.
Sementara itu, jurucakap ATSB, Daniel O'Malley berkata, misi pencarian bergantung sepenuhnya kepada analisis teknikal yang rumit berdasarkan maklumat komunikasi terhad dan data penerbangan pesawat MH370.
Katanya, berdasarkan analisis berkenaan, pihaknya boleh mengenal pasti lokasi penting di Lautan Hindi untuk mencari pesawat terbabit.
"Saya perlu mengingatkan bahawa pasukan penyelamat mengambil masa dua tahun untuk mencari pesawat Air France AF447 melalui maklumat yang lebih banyak.
"Dalam kes MH370, kita berdepan situasi yang lebih sukar dan mencabar," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140901/lu_06/Peta-baharu-pencarian-MH370-didedahkan#ixzz3C0QCeGlE
© Utusan Melayu (M) Bhd