Saturday, March 17, 2012

SPR jangan khianati amanah negara !

 


SPR jangan khianati amanah negara !

KUALA TERENGGANU, 16 Mac: Dewan Ulama PAS Pusat mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menjadi pengkhianat terhadap ketelusan dan keadilan proses pilihan raya di negara ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, tindakan menukar alamat pengundi secara senyap-senyap tanpa kebenaran pengundi adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh badan yang diamanahkan mengurus pilihan raya.

"Tidak wajar menjadi pengkhianat kepada amanah negara dengan memindahkan tempat mengundi pengundi tanpa permohonan daripada pengundi dan tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan, iaitu Akta Pilihan Raya 1958," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada kes yang berlaku kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan juga sejumlah 31,294 pengundi yang didakwa dipindahkan tanpa kebenaran.

Dalam semakan di laman web SPR, tempat mengundi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa telah ditukar tanpa pengetahuannya.

Khalid kini merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan bukan lagi di Parlimen Petaling Jaya Selatan, Selangor seperti pada PRU 2008 lalu.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti Malaya di bawah daerah mengundi Universiti.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, urusan pilihan raya merupakan amanah terpenting negara kerana ia menentukan parti mana yang akan memerintah.

Sebagai sebuah badan yang diamanahkan untuk menguruskan pilihanraya sewajarnya SPR tidak melakukan pecah amanah, kata beliau lagi.

Menurutnya, Dewan Ulama PAS Pusat mahu memperingatkan semua petugas Suruhanjaya Pilihan Raya yang terlibat dengan firman Allah dalam surah al-Nisa' ayat 58 bermaksud: "Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menunaikan amanah kepada yang berhak".

Begitu juga peringatan Nabi saw kepada pengkhianat amanah seperti hadis baginda yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Hakim:

"Ketahuilah sesungguhnya setiap pengkhianat itu pasti memiliiki bendera di hari Qiamat berdasarkan kadar pengkhianatannya. Ketahuilah sebesar-besar pengkhianatan ialah pengkhianatan pemerintah kepada urusan awam".


Harakahdaily
 —

Zahid Hamidi, Jamil Khir, Awang Adek Bakal Di Gugurkan ??

 


17 Mac, 2012 - Zahid Hamidi, Jamil Khir, Awang Adek Bakal Di Gugurkan ??


Agensi berita perniagaan dalam talian, Bloomberg mendapat maklumat terbaru sumber yang rapat dengan Putrajaya bahawa Najib Altantuya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada akhir Mei sebelum pilihanraya umum bakal diadakan pada 3 Jun 2012.

Tarikh tersebut cuma sehari selepas Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung setiap Sabtu minggu pertama dalam bulan Jun setiap tahun.

Bloomberg juga mendapat maklumat dewan awam dan dewan serbaguna di seluruh negara telah dibekukan permohonan dari mana-mana pihak bagi membolehkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan pusat penjumlahan undi.

Najib Altantuya dijangka akan mengumpulkan seramai 4,000 pemimpin akar umbi Wanita Umno-APCO pada 26 Mac di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menjelaskan serta menyejukkan hati mereka susulan dari tempoh penggal sebagai Senator Ketua Wanita Umno-APCO, Shahrizat Jalil tidak disambung dalam kerajaan sebagai menteri.

Spekulasi terus tersebar dengan Putrajaya dijangka akan membuat keputusan beberapa lagi menteri kabinet yang terpalit dengan skandal seperti Zahid Hamidi dan Jamil Khir Baharom akan dijadikan sebagai kambing hitam bagi "membersihkan" Umno-APCO bagi melonjakkan popularitinya menjelang pilihanraya dalam tempoh kurang dari tiga bulan.

Zahid Hamidi yang juga Menteri Pertahanan dan ahli parlimen Bagan Datoh telah mula berasa bakal diketepikan susulan kegagalannya mencabar keputusan mahkamah siang tadi manakala Jamil Khir pula dengan skandal penyalahgunaan wang zakat sehingga RM3 juta bagi membantu kempennya di parlimen Baling dan juga bersekongkol dengan Ketua Pengarah JAWI, Che Mat Che Ali menggunakan dana zakat bagi menghalang tuntutan qazaf yang difailkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Dikhabarkan juga, Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin juga akan digugurkan dari bertanding bagi kerusi parlimen Bachok dan akan digantikan dengan salah seorang pegawai khas Najib Altantuya bagi membolehkan Umno-APCO Kelantan mencabar kedudukan Kerajaan PAS Kelantan.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, lebih separuh daripada penyandang jawatan akan digugurkan bagi memberi laluan kepada muka baru termasuklah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh dan ahli parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin. ~jalanpulang
 

PAS berjaya gempur Pekan, umno gila meroyan

Sabtu, 17 Mac 2012 - PAS berjaya gempur Pekan, umno gila meroyan - Dicatat oleh Tuk Kiyai


[HD] PEKAN, 17 Mac: Provokasi Umno dengan mengadakan ceramah bersebelahan ceramah PAS dan perbuatan memekik-melolong tidak sepatutnya berlaku di kawasan yang diketuai Presiden Umno yang juga Perdana Menteri jika penyokong parti itu berpolitik dengan matang.

Malangnya setelah pelbagai slogan dilaungkan seperti transformasi, wasatiyah dan rakyat didahulukan cara berpolitik kuno juga menjadi pilihan konco-konco Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Serentak dengan itu, PAS Pahang melahirkan rasa kesal, kecewa dan tidak puas hati yang tidak terhingga dengan kejadian gangguan ceramah di Sungai Miang di sini kelmarin yang melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Turut berceramah ialah bekas Adun (BN) Pulau Manis yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan Datuk Mohd Ariff Sabri, bekas bloger Umno Aspan Alias dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kasim Manaf.


(Antara yang membuat kacau di majlis ceramah PAS)

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Saad yang turut berada di pentas ceramah berkata, bukan sahaja ceramah Umno dibuat saat akhir dalam jarak tidak sampai 100 meter dari lokasi ceramah PAS, pembesar suara pula dihalakan dengan kuat walaupun ceramah mereka tidak ramai yang hadir.

“Malah sekumpulan pemuda Umno yang diketuai timbalan ketua pemudanya sendiri memekik dan melolong macam orang gila dan disampuk hantu mengganggu ceramah Mat Sabu.

“Lebih mengecewakan kami, pihak polis yang sepatutnya bertindak menjaga keamanan hanya melihat aksi provokasi melampau itu seolah-olah mahu melihat pergaduhan sesama Melayu pada malam itu,” ujarnya kesal.

Tambah Suhaimi, pihak keselamatan sepatutnya bertindak profesional dan mesti berani bertindak demi keamanan, bukan dilihat "takut" apabila berhadapan dengan samseng Umno.

Serentak dengan itu, Suhaimi berkata PAS Pahang akan menghantar surat bantahan mengenai perangai Umno dan pasukan polis Pekan kepada Perdana Menteri dan menteri berkaitan dalam masa terdekat ini.

(Ceramah Umno yang kosong tetapi pembesar suara dipasang secara maksima)

“PAS Pahang juga memuji penyokong Pakatan Rakyat dan Unit Amal yang dilihat tenang berhadapan dengan provokasi itu dan mujurlah tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

“PAS beranggapan gangguan ini hasil daripada ketakutan Umno yang sarat dengan masalah dan rasuah sehingga amat takut apabila mahu dibuat pendedahan walaupun mereka sudah menguasai media cetak dan elektronik.

“Jadi gangguan dan provokasi melampau ini berlaku kerana Umno Pekan dilihat semakin terdesak untuk mempertahankan kuasa sebab kalau Umno cukup kuat di Pekan apa perlunya ceramah PAS diganggu,” jelasnya.

sementara itu seorang ahli PAS Pekan yang dikenali sebagai Rahim, berpendapat sudah sampai masanya pimpinan tertinggi PAS Pahang bertemu dengan pemimpin Umno negeri ini bagi membincangkan supaya tidak akan terjadi lagi gangguan yang sedemikian rupa kerana boleh mendatangkan kesan yang amat negatif kepada demokrasi dan keharmonian penduduk setempat.

Tambahnya, cukuplah Umno Melaka yang suka mengganggu ceramah PAS dan kejelekan itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini dengan berpolitik secara matang apatah lagi di kawasan Perdana Menteri.

Bulan lalu ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di Felda Lepar, Kuantan kecoh setelah diserbu oleh samseng Umno tempatan sehingga hampir mencederakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Sebelum itu beberapa ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pahang turut diganggu oleh penceramah Umno Umi Hafilda Ali.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/03/pas-berjaya-gempur-pekan-umno-gila.html#ixzz1pPIJ4WNM

Isu Kadir: Umno sedang kumpul bukti

Isu Kadir: Umno sedang kumpul bukti - Politik - Sinar Harian:PUTRAJAYA - Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung isu Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang dilapor mendakwa Barisan Nasional (BN) membayar pengundi kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada pilihan raya umum lepas.

Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata siasatan dibuat bagi memastikan sama ada benar atau tidak veteran Umno itu mengeluarkan kenyataan tersebut.

"...kalau betul kita (lembaga disiplin) akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini hari ini.

Tengku Adnan diminta mengulas mengenai laporan media kelmarin yang antara lain menyebut bekas Menteri Penerangan itu menafikan beliau mengeluarkan dakwaan tersebut.

Pada Januari lepas, Abdul Kadir dilapor mendakwa BN membayar antara RM200 dan RM1,000 kepada pengundi di kawasan berkenaan agar memilih calon BN pada pilihan raya umum itu.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata selaku bekas pemimpin Umno yang masih memegang jawatan Bendahari Umno Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan imej parti.

"Jika beliau berasakan Umno tidak betul, mengapa beliau tidak keluar parti?" kata Tengku Adnan yang juga Anggota Parlimen Putrajaya.

Katanya BN dan Umno tidak pernah dan tidak perlu membeli undi pada pilihan raya umum.

Beliau juga menasihatkan Abdul Kadir agar berbincang dengan parti sekiranya ada perkara yang tidak disenanginya.- Bernama
'via Blog this'

Hadi perjelas sebab Pas tidak bersama Umno

Hadi perjelas sebab Pas tidak bersama Umno - Politik - Sinar Harian:
Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi menjelaskan sebab parti itu tidak boleh bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti teras Barisan Nasional (BN) itu beberapa kali sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Menurut Abdul Hadi, perkembangan sejak Pas mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 adalah antara punca ia tidak boleh bersama dengan Umno.

Pada muktamar-muktamar sejak PRU 2008, Pas membuat pendirian akan bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apabila Pas memerintah Kelantan, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan 'capitation grant' kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera Pas.

"Apabila Pas menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, Kerajaan Pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.

"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini China ke India... bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Abdul Hadi berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin anjuran Muslimat Pas Pusat di sini, malam tadi.

Pas memimpin Kerajaan Terengganu antara 1999 dan 2004.

Kerajaan Kelantan berada di bawah kepimpinan Pas sejak 1990 dengan Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz juga hadir pada majlis makan malam semalam.

Abdul Hadi seterusnya berkata: "Semasa Kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, Kerajaan Pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah." 

Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu memberitahu bahawa bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.

Ahli Parlimen Marang ini juga membangkitkan hubungan Pas dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika ia menyertai BN susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh Pas.

"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.

"Hasilnya Pas ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila Pas ditendang keluar dari BN.

Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa Pas tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama Pas.

'via Blog this'

Kemaluan membengkak, dakwa pihak klinik lepas tangan

Kemaluan membengkak, dakwa pihak klinik lepas tangan - Utara - Sinar Harian:KANGAR, Perlis – Seorang lelaki terkilan apabila pihak yang diamanahkan untuk menjalankan prosedur berkhatan seolah-olah lepas tangan setelah kemaluan anak saudaranya mula membengkak Jumaat lalu.
Razali Husin, 57, berkata, pada mulanya anak saudaranya yang berusia lapan tahun dibawa ke sebuah klinik di Kaki Bukit untuk memeriksa sama ada dia boleh menjalankan prosedur terbabit mahupun tidak.
Namun, setelah diperiksa dimaklumkan bahawa anak saudaranya dalam keadaan baik.
“Pembantu perubatan telah menyuntiknya, namun sejurus selepas itu pihak klinik memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menjalankan prosedur terbabit, kerana beberapa masalah dan menyarankan saya membawanya berjumpa pakar. Selepas kejadian itu, pada petang itu juga ia mula membengkak dan saya cuba mendapatkan rawatan ke klinik lain di Kangar, namun jawapan masih sama kerana bengkaknya semakin membesar,” katanya, semalam.
Menurutnya, selepas itu dia membawa anak saudaranya berjumpa pakar dan doktor memaklumkan anak saudaranya boleh menjalankan prosedur terbabit mengikut giliran.
“Sepatutnya pihak klinik berkenaan memberikan surat ataupun memaklumkan kami untuk membawa anak saudara saya ke hospital ataupun klinik yang sepatutnya. Saya kecewa apabila diperlakukan begini seperti melepaskan batuk di tangga,” katanya.

'via Blog this'

Bapa tiri: Tunggu keadaan reda

Bapa tiri: Tunggu keadaan reda - Nasional - Sinar Harian:
Dirang
PASIR GUDANG – Bapa tiri, Dirang menghargai bantuan dihulurkan banyak pihak termasuk tawaran kerja untuknya.
Lima Medeng, 26, berkata, ada pihak menawarkannya bekerja di ladang kelapa sawit termasuk penginapan di Kota Tinggi, tetapi terpaksa ditolak kerana memikirkan keselamatan keluarganya.

Menurutnya, dia lebih cenderung bekerja di pelabuhan kerana berpengalaman dalam bidang itu sejak 2009.

“Saya sebelum ini bekerja di Pelabuhan Klang sejak 2009, sebelum terpaksa berpindah ke sini kerana kontrak kerja tidak dapat disambung lagi.

“Kalau ada rezeki saya memang mahu meneruskan pekerjaan dalam bidang ini, tetapi terpaksa menunggu sehingga keadaan reda dan semuanya selesai,” katanya ketika menerima sumbangan daripada pihak Econsave di sini, semalam.

LIma berkata, dia berhasrat memiliki pengangkutan sendiri seperti motosikal untuk memudahkannya pergerakkannya-ke tempat kerja.

Dalam pada itu, Pengurus Operasi Econsave Cash and Carry Sendirian Berhad Negeri, Mas Imran Adam berkata, pihaknya bersedia menawarkan pekerjaan kerana mempunyai tiga kekosongan pelbagai jawatan.

Menurutnya, pihaknya mengikuti perkembangan sejak mula Dirang dilaporkan hilang sehingga turut berusaha menampal poster kanak-kanak itu di Econsave Pasir Gudang.

“Kita boleh menawarkan pekerjaan secara sepenuh masa atau sambilan me­ngikut kesesuaian, ” katanya.

'via Blog this'

'Jangan sampai adat susahkan urusan kahwin'

'Jangan sampai adat susahkan urusan kahwin' - Nasional - Sinar Harian:
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang Melayu tidak terlalu memberi tumpuan pada soal adat dan budaya sehingga menyusahkan urusan perkahwinan termasuk "terpaksa berhutang."

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, urusan perkahwinan sepatutnya dipermudahkan dan tidak wajar membiarkan diri dibebani pelbagai 'gangguan' budaya Melayu.
“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'.
“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut,” katanya.
Nik Abdul Aziz berkata, bakal pengantin dan keluarga sepatutnya hanya memikirkan belanja mas kahwin dan jamuan untuk tetamu sahaja.
Budaya Melayu yang mahu ditonjolkan katanya, menunjukkan banyak duit tapi pada hakikatnya banyak antara masyarakat yang terpaksa berhutang.
"Kita lihat banyak pameran perhiasan, pintu gerbang perkahwinan yang sengaja dibuat-buat sedangkan ia memakan banyak belanja," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini, hari ini.
Beliau berkata, jika tidak kena caranya, si suami mungkin terpaksa mengambil semula mas kahwin dan berhutang dengan isteri kerana mahu melangsaikan pinjaman persiapan majlis perkahwinan.
"Padahal mas kahwin itu seratus peratus milik isteri, tetapi akhirnya habis di tangan suami dek kerana hutang yang banyak," katanya.
Dalam perkembangan lain, Nik Abdul Aziz menyelar pihak yang mendakwa Kelantan sebagai negeri termiskin di negara ini.
Katanya, sindiran sedemikian tidak sepatutnya timbul kerana Kelantan juga negeri dalam persekutuan Malaysia yang sepatutnya dilayan serupa dengan negeri-negeri lain.
"Kalau kita berkereta ke sempadan Terengganu di Bukit Yong, Pasir Puteh, kita dapat lihat dengan jelas perbezaan keadaan jalan antara dua negeri. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana duit yang dibelanjakan kerajaan persekutuan bukannya milik 'mak bapak' mereka.
"Sebab tu saya tidak akan halalkan sedikitpun harta Kelantan seperti royalti minyak yang dinafikan sekian lama, saya tidak akan halal sesenpun dan mengajak semua rakyat menuntutnya di hadapan Allah di akhirat nanti," katanya.

'via Blog this'

Najib timbang 3 Jun tarikh PRU13?

Najib timbang 3 Jun tarikh PRU13? - Politik - Sinar Harian:
Najib Tun Razak
SHAH ALAM - Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.

Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

"Ia adalah masa yang sesuai bagi Najib," katanya.

Kian Ming juga berkata, "jika beliau menunggu lebih lama, skandal-skandal lain akan muncul."

Sehubungan itu katanya, jika keadaan sedemikian wujud, ia sudah pasti akan menjejaskan segala 'suasana mesra' BN yang wujud sekarang, yang antara lain disumbangkan  oleh pengagihan bantuan dijanjikan dalam Bajet 2012.

Dalam kenyataan kepada Sinar Harian Online awal minggu ini, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pada pandangan beliau tempoh yang sesuai yang ada sebelum sesi Parlimen Julai ini ialah dua minggu pertama Mei dan dua minggu kedua Jun.

Penemuan kajian Merdeka Center yang dikeluarkan minggu lalu menyebut populariti Najib telah mengalami peningkatan semula berbanding kedudukan Ogos lalu.

Kajian terbaru firma itu menunjukkan kadar populariti beliau meningkat kepada 69 peratus berbanding 59 peratus Ogos lalu, selepas ia mengalami penurunan jika dibandingkan dengan kedudukan tahun 2010.

Kajian Ogos lalu dikendalikan kira-kira sebulan selepas Perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara. Sejak itu Najib mengumumkan beberapa pembaharuan sosiopolitik.

Populariti Najib, hasil kajian berkala Merdeka Center, telah menurun ke paras 59 peratus pada Ogos lalu selepas mencatat paras paling tinggi iaitu 72 peratus pada Mei 2010.

Populariti 69 peratus kali ini sama dengan paras yang direkodkan pada Mac 2010 iaitu 14 bulan selepas menjadi Perdana Menteri.

Pada Mei 2009, lebih sebulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri yang keenam, populariti Najib adalah sekitar 45 peratus.

Di sebalik peningkatan populariti itu, Najib juga dilihat telah menyelesaikan dua isu besar iaitu skim gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam dan projek Pusat Fidlot Kebangsaan.

Mandat semasa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) hanya akan berakhir pada April 2013.

'via Blog this'

Presiden Pas: Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis

Presiden Pas: Niaga dengan Yahudi OK, tapi bukan Zionis - Politik - Sinar Harian:
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Aktiviti berniaga dengan bangsa Yahudi dibolehkan tetapi bukan dengan Zionis, tegas Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi.

Sehubungan itu kata beliau, berniaga dengan Yahudi dibolehkan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah berurusan dalam perniagaan dengan bangsa itu ketika berada di Madinah.

"Yahudi ada dua. Satu Yahudi satu lagi Zionis. Satu bangsa dan satu lagi kefahaman.

"Walaupun boleh berniaga dengan Yahudi, tetapi Pas tetap menentang sekeras-kerasnya (aktiviti) berniaga dengan Zionis," kata beliau ketika berucap dalam pada Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Pas di sini.

Turut hadir pada majlis itu, Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Dalam satu pandangan awal bulan lalu, Abdu Hadi menulis, 

Pas tegas dengan pendiriannya menolak formula penyelesaian dua negara bagi mengatasi konflik Asia Barat membabitkan Israel dan Palestin sambil menyifatkan adalah "haram menerima kewujudan negara haram."

Justeru menurut Abdul Hadi, bagi pihaknya hanya ada satu negara Palestin bagi penduduknya yang berhak manakala Israel tidak wujud sama sekali.

Beliau melahirkan pendirian ini ketika kenyataan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Israel, dalam satu temu bual bersama Wall Street Journal (WSJ) menjadi isu kontroversi.

Pandangan Anwar itu berhadapan dengan kritikan dan kecaman pemimpin-pemimpin BN dan sebahagian pertubuhan bukan kerajaan.

Malah, Nik Abdul Aziz juga pernah menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

Kemudian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan pendiriannya yang disiarkan oleh WSJ.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas tidak bersetuju dengan penyelesaian dua negara bagi mengatasi tuntutan rakyat Palestin.

"Kalau dua negara ini perang tidak akan selesai, kita mahukan negara Palestin yang orang Islam, Yahudi dan Kristian hidup bersam harmoni seperti negara Islam Madinah dahulu," katanya.

'via Blog this'

KL tak setuju

Berita Harian Online | KL tak setuju:Amah buat satu kerja gaji RM700 tiada dalam perjanjian

IPOH: Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam menafikan Malaysia bersetuju supaya pembantu rumah Indonesia yang akan dihantar ke negara ini hanya perlu melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700.
Beliau berkata, perkara itu tiada dalam rangka perjanjian persefahaman (MoU) kedua-dua negara, sebaliknya pembantu rumah diperlukan melakukan tugasan am atau tugas khusus seperti menjaga bayi atau orang tua berdasarkan keperluan majikan.

“Sebenarnya apa yang kita sudah putuskan dalam MoU kekal. Memang mereka mendapat latihan tetapi keseluruhannya mereka boleh buat semua kerja tetapi ada pembantu rumah yang mungkin ada pengkhususan tugas yang memerlukan mereka menjalani latihan pengkhususan berkenaan.

“Contohnya, mungkin ada ibu muda baru bersalin mahu seorang berpengalaman dalam bidang itu. Jadi, Indonesia maklumkan mereka akan menyediakan pembantu rumah dengan pengkhususan mengikut keperluan itu.

“Jadi, ini tidak bererti pembantu rumah yang biasanya melakukan kerja keseluruhan atau am tidak ada. Kita telah pastikan dan telah minta mereka diberikan latihan secara meluas dalam semua bidang supaya boleh melakukan banyak kerja,” katanya selepas menyerahkan sijil kewarganegaraan dan kelulusan sijil kewarganegaraan kepada 212 penerima, sempena Program My Daftar peringkat negeri Perak, di sini semalam.

Dr Subramaniam mengulas laporan yang memetik Ketua Pengarah Pembinaan dan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr Reyna Usman bahawa pembantu rumah yang akan dihantar ke Malaysia akan melakukan satu tugas khusus saja sama ada tukang masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua atau pengemas rumah dengan gaji minimum RM700. 
Dr Reyna dipetik sebagai berkata ia antara persetujuan yang dicapai dalam pertemuan Pasukan Petugas Bersama (JTF) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan, penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia serta majikan Malaysia di republik itu, kelmarin.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata: “Kenyataan itu tidak mengikut MoU dan kita memang setuju bahawa latihan dijalankan dan mereka ada buat latihan bidang pengkhususan bagi (majikan) yang mahu pengkhususan. Mereka yang mahu pembantu rumah am, akan dapat pembantu rumah am.” 

Beliau berkata, pihaknya akan menjelaskan perkara itu dan menegaskan apa yang JTF persetujui mesti dilaksanakan dan pihak Indonesia bersetuju latihan pengkhususan seperti menjaga bayi atau orang tua diberikan berdasarkan keperluan.

“Sebenarnya hari ini (semalam) Ketua Pengarah (Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed) berada di Jakarta dan mereka bermesyuarat untuk menyelesaikan masalah ini dan selepas itu pihak Indonesia kena datang (ke Malaysia) dan kita akan selesaikan di sini. Saya juga sudah minta pihak Indonesia supaya jangan setiap orang keluarkan kenyataan masing-masing.

“Dua minggu lalu, ada Kaunselor Menteri (Penerangan, Sosial dan Hubungan Budaya Kedutaan Indonesia, Suryana Sastradiredja) keluarkan kenyataan satu kes penderaan membabitkan VVIP tetapi apabila kita periksa, tiada kebenaran tetapi sudah membuat kenyataan. Hari ini ada pula kenyataan lain,” katanya.
'via Blog this'

PAPA mahu henti ambil amah Indonesia

Berita Harian Online | PAPA mahu henti ambil amah Indonesia:PAPA bercadang mengambil pembantu rumah dari negara lain yang tidak meletakkan sebarang pengkhususan kerja.
PAPA bercadang mengambil pembantu rumah dari negara lain yang tidak meletakkan sebarang pengkhususan kerja.
KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (PAPA) mungkin menghentikan pengambilan pembantu rumah dari Indonesia kerana tidak bersetuju dengan penetapan gaji minimum RM700 sebulan dengan hanya melakukan satu tugas khusus saja. 

Presidennya, Jeffrey Foo, berkata peraturan baru itu amat keterlaluan dan tidak masuk akal, sebaliknya akan membebankan majikan yang terpaksa membayar upah tinggi.
Beliau berkata, ketika memorandum persefahaman (MoU) mengenai pengambilan dan penempatan pembantu rumah Indonesia 2006 yang ditandatangani dua negara itu pada Mei tahun lalu, syarat baru itu langsung tidak ada.
“Jika kini ada pula syarat baru ditetapkan, maka ia jelas melanggar perjanjian yang ditetapkan sebelum ini, kami berharap perkara ini akan diteliti semula dan jika tiada perubahan PAPA tiada cara, selain mencari alternatif baru untuk memenuhi keperluan rakyat kita,” katanya kepada Berita Harian semalam. 

Jeffrey berkata, berikutan peraturan baru itu, PAPA juga dalam pertimbangan untuk mengambil pembantu rumah dari negara lain, antaranya Filipina dan Kemboja yang tidak meletakkan sebarang pengkhususan kerja. 

Beliau berkata, sejak pembekuan sementara pembantu rumah dari Indonesia pada 2009, PAPA kini menerima lebih 3,000 permohonan baru untuk mendapatkan khidmat mereka. 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, tidak adil kepada majikan yang perlu membayar gaji bulanan RM700 tetapi pembantu rumah hanya melakukan satu tugas khusus saja. 
“Ini membebankan majikan yang kemudian terpaksa melakukan tugas lain sebaik mereka pulang ke rumah selepas bekerja. MEF melihat keputusan kerajaan Indonesia itu amat tidak logik,” katanya. 

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata jika keputusan itu tidak dikaji semula, pihaknya bimbang lebih ramai wanita terpaksa berhenti kerja dan menjadi suri rumah.
'via Blog this'