Wednesday, December 4, 2013

KUANTAN HAMPIR LUMPUH ... TAPI PEMIMPIN UMNO/BN LANGSUNG TIDAK NAMPAK MUKA!!!



Bandar Kuantan,Pahang sudah lumpuh di landa banjir besar .. malahan tidak salah dikatakan antara yang terbesar pernah melanda Kuantan sekian lama.

dimanakah mereka tiada khabar berita betapa Menteri Besar Pahang dan Najib Razak langsung tidak nampak batang hidung... Mohon penjelasan dari pihak berwajib.

-omakkau

Parti Buruh Britain pilih remaja 18 tahun jadi calon Ahli Parlimen


Ollie Middleton
LONDON 3 Dis. - Parti Buruh Britain memilih seorang remaja berumur 18 tahun untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum 2015 bagi kawasan Bath.
Britain membenarkan rakyatnya berumur 18 tahun ke atas bertanding dalam pilihan raya umum dan Ollie Middleton akan berumur 20 tahun, apabila pilihan raya diadakan dua tahun lagi.
Middleton akan mencabar penyandang kerusi Parlimen tersebut, Don Foster dari Parti Liberal Demokrat jika Ahli Parlimen itu mempertahankan jawatannya tersebut.
Sumber Parti Buruh menyatakan, mereka pada awalnya terkejut dengan pemilihan Middleton, namun remaja tersebut telah menarik perhatian aktivis dengan ucapannya.
Middleton menewaskan pesaingnya yang lebih tua dan berpengalaman untuk dipilih sebagai calon parti itu.
Pemuda yang merupakan penuntut di Universiti Westminister di sini berkata, beliau teruja diberi peluang untuk mewakili Parti buruh dalam pilihan raya umum nanti.
"Kerja saya bermula sekarang. Parti Buruh di Bath kini berkempen mengenai isu kepentingan penduduk termasuk cadangan penutupan pusat kanak-kanak dan menawarkan pilihan lebih positif berbanding polisi Parti Liberal Demokratik," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131204/lu_05/Parti-Buruh-Britain-pilih-remaja-18-tahun-jadi-calon-Ahli-Parlimen#ixzz2mSRE4bb6
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kim Jong-un didakwa dalangi pemecatan bapa saudara


Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un (kanan), berjalan di hadapan bapa saudaranya Jang Song-thaek, semasa perarakan tentera menyambut ulang tahun kelahiran bapanya, Kim Jong-il di Pyongyang, pada 16 Februari tahun lalu. - REUTERS
SEOUL 3 Dis. - Bapa saudara pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Jang Song-thaek digugurkan daripada jawatannya dalam badan tertinggi tentera negara itu dan beberapa orang kenalan dan pembantunya dihukum mati.
Agensi perisikan Korea Selatan, Perkhidmatan Perisikan Nasional (NIS) memaklumkan satu jawatankuasa Parlimen bahawa Song-thaek yang merupakan antara lelaki paling berpengaruh di negara itu, dipecat sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Pertahanan Nasional.
Jika laporan itu disahkan, pemecatan Song-thaek, 67, merupakan penyingkiran pemimpin Korea Utara tertinggi sejak Jong-un menggantikan bapanya, Kim Jong-il sebagai pemimpin negara ini pada Disember 2011.
Menurut NIS, Song-thaek baru- baru ini dipecat daripada kedudukannya dan dua kenalan rapatnya, Ri Yong-ha dan Jang Soo-kil dihukum mati di khalayak ramai, kata Ahli Parlimen Korea Selatan, Jung Cheong-rae kepada wartawan.
Cheong-rae berkata, kakitangan tentera Korea Utara dimaklumkan mengenai hukuman mati tersebut dan Song-thaek 'hilang' sejak itu.
Song-thaek yang merupakan suami kepada adik perempuan Jong-il, Kim Kyong-hui dilihat sebagai orang yang membantu mengukuhkan pengaruh Jong-un selepas kematian bapanya.
Beliau sering dirujuk sebagai pemimpin nombor dua tidak rasmi dalam barisan kepimpinan Korea Utara dan dinamakan oleh sejumlah penganalisis sebagai orang yang berkuasa di belakang Jong-un. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131204/lu_04/Kim-Jong-un-didakwa-dalangi-pemecatan-bapa-saudara#ixzz2mSQ13s6f
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Isytihar ‘menang’


Bangkok: Pemimpin antikerajaan semalam mengisytiharkan ‘kemenangan’ apabila ribuan penunjuk perasaan dibenarkan memasuki Ibu Pejabat Biro Polis Metropolitan (MPB) dan pekarangan Rumah Kerajaan selepas polis mengalihkan kawat berduri serta penghadang konkrit di situ.
Bekas Ahli Parlimen Parti Demokrat yang juga anggota Jawatankuasa Pembaharuan Demokrasi Rakyat, Thavorn Senniam mengumumkan ‘kemenangan’ itu selepas berunding dengan pegawai di ibu pejabat MPB untuk membolehkan penunjuk perasaan dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.

Pihak polis kemudian dilihat memotong kawat berduri dan mengalihkan penghadang konkrit.
Bagaimanapun, orang ramai yang masih teragak-agak mengambil masa hampir sejam sebelum memberanikan diri memasuki kawasan itu.

Satu lagi kumpulan penunjuk perasaan turut dibenarkan memasuki pekarangan Rumah Kerajaan secara aman.

Keadaan itu jauh berbeza daripada Isnin lalu apabila polis menggunakan gas pemedih mata dan dan peluru getah terhadap penunjuk perasaan.
Foto
PENUNJUK perasaan menolak penghadang konkrit selepas polis membenarkan mereka memasuki pekarangan Rumah Kerajaan dan Ibu Pejabat polis Metropolitan.
Perdana Menteri Yingluck Shinawatra bagaimanapun enggan mengulas perkara itu.

Sementara itu, Ketua Tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha merayu semua rakyat Thailand berganding bahu mengembalikan keamanan di Thailand.
Prayuth turut meminta penunjuk perasaan meninggalkan Rumah Kerajaan selepas dibenarkan membuat demonstrasi aman berkenaan.

Jurucakap tentera Kolonal Winthai Suvaree berkata, Chan-ocha berharap semua pihak tidak keterlaluan dalam menyampaikan mesej mereka serta sentiasa memikirkan hak semua pihak. - Agensi

Bangkok kembali tenang buat seketika


BEBERAPA anggota polis berjabat tangan dengan penentang Yingluck selepas tunjuk perasaan di Bangkok dihentikan buat sementara waktu semalam.


BANGKOK - Polis Thai semalam tidak melakukan halangan di bebe- rapa pejabat kerajaan semalam, sekali gus tiada pertempuran berlaku dengan para penunjuk perasaan antikerajaan.
Polis menyatakan, pihaknya tidak lagi menggunakan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan yang mahu menggulingkan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.
Perubahan taktik itu dibuat sele- pas berlaku pertempuran ganas antara kedua-dua pihak sehingga polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air serta peluru getah.
Keadaan tenang itu berlaku ketika negara ini bersedia untuk meraikan ulang tahun keputeraan Raja Bhumibol Adulyadej yang ke-86.
"Terdapat persefahaman bahawa keadaan mesti tenang pada hari bertuah itu," kata Ketua Majlis Keselamatan Kebangsaan, Paradorn Pattanatabut kepada agensi berita AFP.
"Ia merupakan tanda-tanda yang positif dan perbincangan akan dibuat selepas ulang tahun keputeraan itu berakhir.
"Masalah yang berlaku di negara ini akan mengambil masa menerusi perundingan," tambahnya.
Tunjuk perasaan anti-Yingluck itu berlangsung sejak 24 November lalu.
Para penunjuk perasaan mahu menggantikan kerajaan pimpinan Yingluck dengan satu majlis rakyat.
Empat orang terbunuh dan 250 orang cedera dalam pertempuran ganas yang berlaku sejak Sabtu lalu.
Ketua penunjuk perasaan, Suthep Thuegsuban berikrar akan menggulingkan Yingluck yang dianggap boneka kepada bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra.
Thaksin merupakan abang Yingluck.
Yingluck merupakan pemimpin parti Pheu Thai.
Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 sebelum didapati bersalah atas tuduhan rasuah dua tahun kemudian. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2mSHdlIue 
Hakcipta terpelihara 

Perbicaraan warga Malaysia dilarang naiki pesawat bermula


SAN FRANCISCO - Perbicaraan seorang profesor universiti Malaysia untuk membersihkan namanya daripada senarai yang dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat (AS) berhubung orang yang tidak boleh menaiki pesawat bermula di sebuah mahkamah di sini kelmarin.
Profesor Rahinah Ibrahim mendakwa, beliau telah diletakkan dalam senarai itu secara silap kerana agama yang dianutinya.
Rahinah ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada Januari 2005 oleh pihak berkuasa AS.
Pihak pendakwa raya, Lily Farel memberitahu hakim bahawa kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan Rahinah atas sebab-sebab keselamatan.
Pada suatu ketika, perbicaraan itu berlangsung secara tertutup atas arahan Hakim William Al- sup.
Arahan itu dibuat bagi membolehkan maklumat sulit dibentangkan di dalam mahkamah. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2mSHQDnvQ 
Hakcipta terpelihara 

Pengunjung buta dibenarkan sentuh artifak



SEORANG pemuda cacat penglihatan menyentuh sebuah pasu yang terdapat di Muzium Penn.


PHILADELPHIA, Amerika Syarikat - Para pengunjung buta dibenarkan memegang artifak-artifak yang dipamerkan di Muzium Penn di sini sejak bulan lalu.
Program khas itu membenarkan golongan tersebut merasa dengan tangan artifak yang berusia ribuan tahun seperti keranda pada zaman firaun.
Tujuan kebenaran itu diberikan adalah untuk membantu para pengunjung buta mengalami pengalaman yang sama seperti manusia normal.
Sebelum ini, para pengunjung buta tidak dibenarkan menyentuh artifak yang dipamerkan itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2mSGvpfoE 
Hakcipta terpelihara 

Lelaki tabur wang kertas ditangkap



PULUHAN keping wang kertas bertaburan di atas pentas ketika sebuah kumpulan membuat persembahan di pasar raya Mall of America di Bloomington pada Jumaat lalu. Gambar kanan Vorobyov.


BLOOMINGTON, Amerika Syarikat - Seorang lelaki, Serge Vorobyov menaburkan puluhan keping wang kertas berjumlah AS$1,000 (RM3,215) dari tingkat empat pasar raya Mall of America di sini pada Jumaat lalu.
Dia kemudian ditangkap polis dan didakwa melakukan perbuatan yang tidak senonoh kerana tindakannya itu boleh menyebabkan orang ramai cedera kerana merebut wang tersebut.
Vorobyov turut menyiarkan rakaman video yang menunjukkan dia membuang wang itu.
Lelaki berkenaan memberitahu di laman sosial itu bahawa dia kini dilanda krisis perceraian dengan isterinya menyebabkan perbuatan tersebut dilakukan.
Vorobyov menganggap nasibnya pada tahun depan akan bertambah baik selepas dia membuang wang itu ketika sebuah band sedang membuat persembahan.
Lelaki itu yang berusia 29 tahun menyatakan tujuannya berbuat demikian untuk mewujudkan perasaan gembira dalam kalangan orang ramai.
Selain bercerai, dia juga gagal dalam perniagaan mengangkut kereta dengan trak.
Dia turut menyatakan perasaan gembiranya dengan perbuatannya itu.
Ketika menceritakan tentang perceraian itu, lelaki berkenaan memberitahu: "Saya tidak mempunyai banyak wang untuk membeli banyak barang. Saya kini mengharungi perceraian yang dahsyat. Dia (isterinya) turut mengambil kucing kami. Dia enggan memberitahu di mana kucing itu kini."
Polis berkata, Vorobyov melakukan perbuatan itu sebagai salah satu cara untuk memujuk bekas isterinya kembali kepadanya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2mSGPllX5 
Hakcipta terpelihara