Tuesday, December 20, 2011

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?

DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.

"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.

Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.

Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.

Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".

Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu.

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?:

Memali: Sejarah berdarah dan ISA

Genap 26 tahun lalu, terjadi satu peristiwa penting dalam sejarah politik negara. Sejarah berdarah menyayat hati dan tidak mungkin akan dilupakan.

Pada ketika itu, Malaysia dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri manakala Tun Musa Hitam adalah timbalannya dan menteri hal ehwal dalam negeri.

Peristiwa yang dikenali sebagai "Tragedi Memali" ini berlaku di Kampung Memali yang terletak di bawah mukim Siong, Baling, Kedah.

Daerah Baling merupakan satu daerah yang istimewa kerana banyak peristiwa bersejarah berlaku di situ, seperti Rundingan Baling pada 1955 antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Parti Komunis Malaya (PKM).

Demonstrasi Baling pada 1974 ekoran isu kemiskinan juga berlangsung di tempat sama.

As-Syahid Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya terkorban di tangan anggota keselamatan lengkap dengan pelbagai senjata termasuk senjata automatik dan kereta kebal.

Diberitakan lebih 3,500 anggota keselamatan dikerah oleh kerajaan Malaysia untuk berhadapan dengan Ibrahim Libya dan pengikutnya serta penduduk Kampung Memali.

Pada ketika itu, kerajaan Malaysia menjustifikasikan pembunuhan beramai-ramai itu dengan alasan Ibrahim Libya atau nama sebenarnya Ibrahim bin Mahmud membawa ajaran sesat.

Kemudian pertuduhan diubah - as-syahid dikatakan membawa fahaman subversif yang berniat untuk mencetuskan huru-hara.

Siapa Ibrahim Libya?

Almarhum Ibrahim dilahirkan pada tahun 1944 ketika Malaya masih lagi dalam genggaman Jepun di Kampung Carok Putih berhampiran dengan Kampung Memali.

Mendapat pendidikan awal tentang Islam dari ayahnya sendiri Tuan Haji Mahmud - seorang guru agama yang disegani di kampungnya.

Ibrahim kemudian melanjutkan pengajian Islamnya di India, Mesir dan Libya. Selepas tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air pada awal 1970-an.

Selepas pulang, beliau berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai pendakwah di Pusat Islam. Populariti beliau meningkat naik oleh kerana syarahan-syarahan agama yang diberikan dan seringkali diundang untuk berbicara mengenai Islam di RTM1.

Beliau kemudiannya berhenti dari JPM dan bekerja sebagai pegawai dakwah dengan kerajaan Libya. Selepas tamat berkhidmat dengan kerajaan Libya, beliau pulang ke Kampung Memali.

Madrasah didirikan untuk Ibrahim memulakan kelas pengajian agama. Bermulalah kariernya sebagai pendakwah bebas. Kepetahannya berceramah menyebabkan beliau sering diundang berceramah di sekitar negeri Kedah.

Ibrahim Libya kemudiannya menyertai PAS dan pernah bertanding dalam pilihan raya tahun 1978 di kawasan Bayu yang terletak dalam daerah Baling.

Beliau mendapat undi sebanyak 5,081 manakala calon BN mendapat 6,169 undi. Dalam pilihan raya tahun 1982 beliau turut bertanding di kawasan yang sama tetapi kalah.

'Dosa' Ibrahim Libya

Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada "pihak-pihak tertentu" yang risau dengan popularitinya. Jika dibiarkan terus berleluasa, beliau akan menjadi ancaman yang lebih besar.

Menurut Senator Yusuf Husin yang penulis temui berberapa tahun lalu, selepas menyertai PAS, Ibrahim Libya menjadi ancaman kepada pemerintah oleh kerana gesaannya dalam setiap ceramah agar perubahan dilakukan terhadap kepimpinan negara.

Inilah puncanya sehingga akhirnya Ibrahim Libya dikehendaki oleh kerajaan Malaysia untuk ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jika tidak menggunakan ISA, sudah pasti Ibrahim Libya akan memberikan kerjasama dengan syarat beliau dibicarakan di mahkamah.

Oleh kerana ISA menjadi pilihan kerajaan, beliau tidak mahu menyerah dan tunduk kepada undang-undang yang dianggap sebagai kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Pengikut-pengikut dan anak-anak murid Ibrahim Libya juga tidak mahu beliau menyerah diri dan bertindak mempertahankannya.

Kampung Memali di kepung oleh ribuan anggota keselamatan untuk menangkap Ibrahim Libya dan pengikutnya.

Pada 19 November 1985, akhirnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya gugur ke bumi sebagai syuhada selepas bertempur dengan anggota keselamatan.

Orang-orang kampung yang hidup ditahan oleh kerajaan Malaysia di bawah ISA termasuklah Yusuf Husin.

Simbol perlawanan terhadap ISA

Ibrahim Libya dan 13 orang lagi yang gugur di Kampung Memali merupakan simbol perlawanan terhebat terhadap ISA.

Seperti yang dikatakan oleh Editor Harakah, Ahmad Lutfi Othman dalam tulisannya sempena ulang tahun ke 25 tragedi Memali tahun lalu:

"Beliau (baca: Ibrahim Libya) menentang akta zalim itu bukan dengan memorandum atau demonstrasi, tetapi mempertaruhkan nyawanya. Dan ini merupakan satu rekod 'termahal' dalam usaha menyanggah ISA."

Benar apa yang dikatakan oleh Ahmad Lutfi itu, tindakan Ibrahim Libya dan para pengikutnya mengorbankan nyawa kerana tidak sujud kepada ISA adalah satu tindakan yang mulia.

Para syuhada Memali sebagai adalah simbol perlawanan terhebat rakyat Malaysia terhadap ISA.

Jika satu hari nanti ISA dimansuhkan, muzium bagi memperingati para syuhada Memali harus dibina agar generasi akan datang tahu bahawa ISA bukan sahaja telah merampas kebebasan ribuan orang tanpa dibicarakan di mahkamah, ISA juga telah menyebabkan nyawa melayang.

Secara peribadi, saya menganggap Tragedi Memali ini masih belum selesai.

Suruhanjaya Kebenaran dan Perdamaian atau Truth and Reconciliation Comission harus ditubuhkan untuk menyiasat kembali peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Memali yang berlaku pada tahun 1985 itu.

Hasil penyiasatan haruslah didedah kepada orang ramai dan pesalah-pesalah yang terlibat secara langsung dalam kezaliman ini harus diheret ke mahkamah untuk dibicarakan.

Selepas 26 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi Memali terus dikenang. Kampung tempat gugurnya 14 orang syuhada itu menerima pelawat yang ramai sepanjang tahun untuk melihat sendiri saki baki sejarah tragedi Memali yang masih tertinggal.

Begitulah hebatnya Ibrahim Libya dan 13 orang pengikutnya. Salut kepada para syuhada. Salut kerana melawan ISA. Salut kepada penduduk Kampung Memali yang berani.


Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia. Memblog dihttp://www.aminiskandar.blogspot.com/ dan berkicau di www.twitter.com/aminiskandar.Memali: Sejarah berdarah dan ISA:

'via Blog this'

Hendaklah Tuhan di tiap tabir ilmu

Alangkah baiknya jika kita memiliki bandar seperti Oxford ini. Sebuah Bandar yang penuh dengan pusat-pusat pengajian. Hampir setiap manusia yang bergerak di bandar ini mempunyai kaitan dengan pengajian.

Pelbagai tajuk yang pelik dan aneh dikaji. BBC Oxford juga ada kelainannya. Isu-isu yang dibincangkan sesuai dengan taraf keilmuan di bandar ini.

Seminar itu dan ini begitu banyak dalam pelbagai cabang ilmu pengetahuan. Hampir semuanya percuma. Mereka biasanya tidak memperuntukkan tempat yang canggih dan anggun untuk berseminar. Cukup dengan satu ruang dalam pepustakaan ataupun selainnya yang boleh memuatkan beberapa puluh orang.

Kebanyakannya tiada pembesar suara. Hanya kerusi, meja dan pembicara. Sebahagian seminar hanya beberapa belas orang. Ia tetap berlangsung dengan penuh diskusi pengetahuan. Saya sendiri cuba hadir dalam banyak seminar setiap minggu, samada yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan bidang saya.

Beberapa seminar di School of Anthropology umpamanya memberikan saya pengetahuan baru di luar bidang. Semalam di Muslim-Christian Studies, ada pembentangan oleh Martin Whittingham, seorang Kristian dengan tajuk: Ezra as the Corrupter of the Old Testament Text? Ibn Hazm and the Long History of an idea.

Seorang Kristian yang memperkatakan tentang idea al-Imam Ibn Hazm. Ya, banyak yang boleh dimanfaatkan jika kita ingin mencari pengetahuan di sini. Jika kita buru pengetahuan memang hidup akan sibuk. Sehingga saya kadang-kala terfikir untuk berhenti menulis setiap minggu yang sentiasa menekan waktu saya sejak hampir lima tahun lalu.

Dahulu ketika di Mingguan Malaysia, deadline saya pada hari sabtu amat mendesak. Sekarang di Sinar Harian deadline saya pada hari khamis untuk edisi Jumaat. Waktu Malaysia pula awal lapan jam dari UK.

Namun, oleh kerana tulisan menghubungkan saya dengan ramai manusia, di akhbar dan internet maka saya teruskan. Dengan harapan ada kebaikan yang mendatangkan pahala di sebalik setiap artikel yang dikeluarkan.

Ilmu untuk apa?

Di sebalik kesibukan manusia memburu ilmu di bandar seperti Cambridge dan Oxford ini, saya tertanya ke manakah ilmu pengetahuan yang penuh sarat ini akan membawa manusia? Apakah tujuan ilmu? Apakah ilmu untuk ilmu, atau ilmu hanya jambatan kepada satu tujuan lain yang lebih murni.

Apakah cukup seorang insan memegang gelaran ilmu kemudian hidup dalam lingkungan sendiri tanpa menjadikan pengetahuannya memberikan sumbangan kepada pembangunan insan? Lebih buruk lagi, apabila apa yang dianggap ‘ilmu' itu menyumbang kepada kemusnahan kehidupan manusia.

Sebelum saya pergi lebih jauh, saya teringat hari pertama saya sampai di bilik penginapan, saya bertanya arah kiblat kepada jiran bilik saya yang juga seorang ilmuwan muslim. Beliau berkata beliau tidak tahu. Saya terdiam dan berfikir apakah peranan ilmu dalam kehidupan seorang individu Muslim?

Apakah makna bagi sebuah perbahasan agama yang kononnya mencapai ketinggian falsafah sehingga ke langit tinggi jika pembahasnya gagal untuk meletakkan dahi ke bumi untuk sujud kepada Tuhan Maha Tinggi? Ilmu itu ada ruh dan tuntutannya.

Kita tidak menafikan betapa malunya dunia Islam yang ketinggalan dalam pembangunan ilmu. Sedangkan dahulu, dunia Islam telah ke hadapan dalam hal ini. Museum History Science di Oxford yang bersebelahan dengan tempat tinggal saya ini, mengiktiraf sumbangan dunia Islam terhadap perkembangan sains serta mengakui bahawa Barat mengambil manfaat dari kaum Muslimin.

Barat yang pada mulanya mengambil ilmu dari dunia Muslim lalu mengembangkannya sehingga mereka maju ke hadapan dalam pelbagai bidang kehidupan. Kita pula ketinggalan, bahkan ramai yang hidup dalam kejumudan. Ada memusuhi ilmu pengetahuan dengan menganggap pengajian selain ilmu-ilmu langsung berkaitan agama hanyalah sia-sia.

Bahkan ada yang melarang menuntut ilmu dengan orang kafir atau di ‘negara kafir'. Golongan literalist ini melupai bahawa sebahagian kemudahan beragama adalah hasil sumbangan ilmu dalam pelbagai bidang.

Perkara asas dalam kehidupan seperti jam untuk solat, kompas untuk arah kiblat, kenderaan untuk ke Mekah, pembesar suara, mesin cetak, internet dan pelbagai lagi yang membolehkan Islam tersebar adalah hasil sumbangan ilmu dalam pelbagai bidang yang secara zahirnya tidak kelihatan berkaitan agama. Namun, ramai manusia kembali kepada Tuhan hasil perantaraan ilmu dari bidang yang lain.

Permasalahan utama para penuntut ilmu di Barat ataupun Timur adalah mereka gagal menghubungkan ilmu pengetahuan dengan Tuhan semesta alam. Apabila mereka terlupa, ataupun syaitan melupakan mereka bahawa segala falsafah dan penemuan dalam pembukaan ilmu hanyalah usaha menemui rahsia ciptaan Tuhan di alam maya ini.

Umpamanya, kehairanan saintis tentang ‘black holes' yang akan menelan kehidupan maya pada ini, tidak dapat dirungkaikan tanpa menyelak lembaran-lembaran tentang kiamat dan kehidupan baru selepas kemusnahan alam.

Islam tidak pernah memusuhi ilmu. Walaupun ada pandangan-pandangan jumud seperti konservatif agama dahulu di Indonesia dan Malaya yang menentang Kiyai Ahmad Dahlan dan ‘Kaum Muda', atau golongan literalis hari ini yang menentang pengajian falsafah, namun sejarah umat Islam tidaklah seburuk Kristian yang membakar hidup ribuan ilmuan dalam rekod sejarah mereka.

Dalam dunia Islam, walaupun ada kezaliman disebabkan aliran mazhab dan school of thought yang berbeza, tetapi ruang ilmu tetap luas. Al-Ghazali, Ibn Rusyd, Ibn Taimiyyah dan selain mereka yang berbahas tentang falsafah Greek dan Yunan secara pro dan kontra, kesemua mereka mendalami ilmu tersebut secara masak dan dalam.

Mereka bukan terus mengharamkan tanpa berkenalan. Dalam apa sahaja bidang, tidak sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui (maksudnya):

"Katakanlah: apakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui?" (Al-Zumar: 9)

Tuntutan ilmu

Apa yang Islam tuntut agar ilmu sentiasa dikaitkan dengan kebesaran Allah, Tuhan pencipta alam. Allah itu di sebalik segala ilmu pengetahuan. Apa yang manusia temui hanya cebisan dari penciptaan alam yang maha luas.

Samada penemuan dalam bentuk kebendaan ataupun pemikiran dan falsafah kehidupan, semuanya hanyalah debu dari ilmu Tuhan yang tiada tepiannya.

Inilah yang Allah nyatakan (maksudnya): "Tidaklah kamu semua diberikan ilmu melainkan sedikit" (Al-Isra: 85).

Dengan ilmu yang sedikit itulah manusia berjaya menghasilkan pelbagai kemajuan yang mengkagumkan. Dengan ilmu yang sedikit itulah manusia berbangga antara satu sama lain. Dengan ilmu yang sedikit itu juga manusia boleh menzalimi antara satu sama lain.

Namun, dengan ilmu yang sedikit itulah satu-satunya jalan untuk manusia mengenali Tuhan dan tunduk kepada-ya. Justeru, Allah mengajar manusia manusia sejak awal penurunan wahyu agar ilmu pengetahuan dibaca dengan nama-Nya Yang Maha Pemurah yang mengurniakan ilmu kepada insan.

Firman Allah (maksudnya): "Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (segalanya). Dia menciptakan insan dari ‘alaq. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah . Yang mengajar dengan pena. Dia mengajarkan insan apa yang tidak diketahuinya" (Al-‘Alaq :1-5).

Demikian sejak hari awal penurunan wahyu kepada Nabi SAW, asas ini telah dipasak. Tuhan itu berada di setiap tabir ilmu. Kesimpulan seorang pengkaji ilmu akan kembali kepada kebesaran Tuhan. Apa sahaja ilmu yang dikaji, Tuhan jua yang akan ditemuinya.

Jika dia berjaya atau gagal, dia hanya berjaya atau gagal membongkar rahsia ciptaan Tuhan. Namun dia tetap akur, segala ilmu hakiki berada di sisi Tuhan. Apa yang ditemui, hanya debuan dari kebesaranNya. Maka ilmu akan membawa insan mengenali Ilahi. Mengenali Tuhan menerusi ilmu membawa kepada cinta yang hakiki. Cinta itu pula membawa kepada kebahagiaan nurani.

Ilmuan yang berpaksikan Tuhan sentiasa akan menyimpulkan jawapan akhir bagi segala pencarian iaitu "Hanyalah Allah Yang Mengetahui hakikat setiap perkara".

Apa yang manusia bahas dan bincangkan hanyalah zahir ilmu, batinnya tetap dalam pengetahuan Tuhan. Benar dan salah, hanya tafsiran dan takwilan fakta dan nas; hakikatnya Tuhan jua yang mengetahui.

Manusia yang memburu ilmu dengan penuh kejujuran, menemui Tuhan di setiap penjuru ilmu. Firman Allah (maksudnya):

"Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan warnanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur putih dan Merah, yang berlainan warnanya dan ada juga yang hitam legam.

"Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun" (Fatir: 27-28).

Ayat ini sering dijadikan dalil bahawa golongan ulama yang paling takutkan Allah. Lalu, ditonjol ulama yang berserban dan berjubah, atau ahli fekah, lebai atau ustaz sebagai golongan yang takutkan Allah.

Namun, jika kita perhatikan ayat ini ia membicarakan tentang mereka yang memerhati kejadian alam dengan segala keajaiban, selepas itulah diikuti dengan penegasan "yang takutkan Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu (ulama)".
Jika berserban dan jubah tanpa meneroka rahsia alam, atau menelaah penemuan keajaiban ciptaan Tuhan tidak akan menimbulkan rasa kegerunan. Maka, tidak salah untuk kita katakan bahawa saintis itulah yang paling dimaksudkan mereka yang takutkan Allah.

Saintis itulah ulama dalam konteks ayat ini. Sesiapa mengkaji alam dalam segala bidang kebendaan dan pemikiran, merekalah ulama dalam bidang mereka. Adapun yang mendaftarkan diri dalam persatuan ulama, atau badan ulama belum tentu terangkum dalam ayat ini.

Apapun, dalam apa pengetahuan perasaan itu tidak akan hadir, jika ilmu dibaca secara berasingan dari nama Tuhan. Hendaklah Tuhan berada di setiap tabir ilmu.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti Perlis dan felo pelawat di Universiti Oxford, United Kingdom.Hendaklah Tuhan di tiap tabir ilmu:

'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut

Umno Cheras hari ini menuntut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberikan penjelasan berhubung dakwaan kehadiran dua pegawainya bersama kumpulan yang didakwa membuat kecoh di pejabat mereka.

cheras umno deputy chief mahadi abdul shukorTimbalan ketua bahagian Datuk Mahadi Abdul Shukor (kiri) berkata, Shahrizat perlu bertanggungjawab terhadap kejadian pada 15 Disember yang didakwa cuba mencederakan ketua bahagian Datuk Syed Ali Alhabshee.

"(Kami) melahirkan rasa dukacita dengan penglibatan secara langsung dua orang pegawai khas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang turut serta bersama mereka yang mendakwa kononnya sebagai NGO," kata Mahadi.

Menurutnya, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat khas bahagian dan kesemua sayapnya petang ini.

Syed Ali pada 13 Disember lalu, Syed Ali mengingatkan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya tidak membebankan Umno dengan tampil menjawab segala tuduhan pembangkang.

Katanya: "Mengapa pula Umno, Najib dan Muhyiddin yang jadi sasaran, takkan kerana isu NFC dan Shahrizat pula pegang jawatan Ketua Wanita Umno, mereka berdua dipaksa memikul biawak hidup, tentulah tidak adil dan kejam persepsi sedemikian."

Syed Ali bagaimanapun kemudiannya menjelaskan bahawa maksud sebenar "seperti memikul biawak hidup" ditujukan kepada isu NFC dan bukannya kepada peribadi Shahrizat atau pun keluarga beliau.

Terpaksa hubungi polis

Dalam kenyataannya petang ini, Mahadi berkata walaupun dikatakan mahu menyerahkan memorandum berhubung kenyataannya dan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), kumpulan itu didakwa membuat kecoh dan mengeluarkan kata-kata kesat.

"Mereka juga tidak mahu mendengar langsung penjelasan Datuk Wira Syed Ali berhubung kenyataan beliau sebelum itu, malah fotokopi kenyataan akhbar dan blog umnobahagiancheras juga mereka koyak.

azlan"Ketegangan mula berlaku apabila salah seorang daripada mereka mula bertindak kurang ajar dengan cuba mencederakan Datuk Wira Syed Ali tetapi dapat dihalang, bagaimanapun butang baju Datuk Wira Syed Ali telah tertanggal kerana ditarik oleh mereka yang tidak dikenali," dakwanya.

Menceritakan semula kejadian pada hari itu, Mahadi berkata, insiden itu menjadi tidak terkawal sehingga memaksa kakitangan pejabat menghubungi pihak polis yang tiba tidak lama kemudian.

Sementara itu, ketetapan lain yang dicapai dalam mesyuarat tergempar Umno Cheras bersama sayapnya hari ini ialah:

(1) Bertegas dan mendesak pengurusan NFC supaya segala isu berbangkit diselesaikan secara telus demi memelihara kredibiliti perdana menteri, timbalannya, serta survival Umno menjelang pilihan raya ke-13.

(2) Umno Cheras tetap menentang apa jua penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan amalan kronisme yang dibimbangi akan menghakis keyakinan rakyat dan dalam masa yang sama tetap memperjuangkan nasib rakyat, terutama diperingkat akar umbi.

(3) Kesal dengan inisden tersebut yang dilihat seperti ada dalang yang merancang untuk melakukan kekecohan di pejabat Umno Cheras.

'Serang' bahagian: Penjelasan Shahrizat dituntut:

Dr M: Saya nak tanya Bank Dunia, betulkah?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.

Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

"Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.

"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," katanya.

Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.

Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.

Program realiti Adik-Adikku merupakan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencari bakat si cilik dalam berdakwah. Episod akhir program itu akan diadakan pada Mac tahun depan dengan hanya lima orang peserta akan terpilih.

- Bernama

Dr M: Saya nak tanya Bank Dunia, betulkah?:

Dokumen Bank Dunia bukti Tun Mahathir ambil pinjaman

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Dis: PKR hari ini menunjukkan tiga dokumen Bank Dunia bagi membukti Tun Dr Mahathir membuat pinjaman kepada Bank Dunia bagi menangani kemelut krisis kewangan 1997/1998.

Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia semasa menangani kemelut krisis tersebut.

PKR mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku “menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]”.

Bukti ini dikemukakan oleh PKR melalui kenyataan tiga pemimpin mereka iaitu Mohd Rafizi Ramli (Pengarah Strategik), Nik Nazmi Ahmad (Pengarah Komunikasi) dan Wong Chen (Biro Perdagangan PKR).

Bukti ini dikemukakan mereka ekoran cabaran Dr Mahathir agar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan bukti dakwaannya.

Anwar, ketika bercakap dalam satu majlis di sebuah hotel baru-baru ini mendakwa, Dr Mahathir telah meminjam wang dari bank dunia ketika dia menuduh Anwar alat Amerika dan Bank Dunia serta IMF.

Ketiga-tiga bukti yang mereka kemukakan adalah:

PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN

Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO.

KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA

Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia.

Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi.

KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD

Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

"Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia.

"Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia," kata kenyatan tiga pemimpin PKR itu.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Anwar.

Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

(Nik Nazmi, Rafizi dan Wong Cheng dalam sidang media mereka)

Menurut mereka, Anwar juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.

"Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya," kata pemimpin PKR itu.

Mereka juga mencadangkan, Tun Mahathir membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau.

"Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia.

"Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion," dakwa mereka.

Dokumen Bank Dunia bukti Tun Mahathir ambil pinjaman:

Umno lemah hadapi ugutan komponen BN

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 19 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan kerajaan yang diteraju Umno berada dalam keadaan lemah sehingga sesuatu keputusan menjadi berubah-ubah apabila diugut oleh beberapa pihak.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu mendakwa, ini terbukti dalam isu novel Interlok di mana akhirnya kerajaan mengalah dengan tidak lagi menggunakan buku tersebut mulai tahun hadapan hanya kerana mahukan undi kaum India.

Katanya, novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sepatutnya tidak mencetuskan kontroversi jika kerajaan mengambil kira semua aspek sejak daripada mula.

“Namun begitu perkembangan terbaru seperti diumumkan oleh Presiden MIC Datuk G. Palanivel, kabinet memutuskan untuk menarik balik novel Interlok daripada silibus sastera tingkatan lima kerana dibantah parti komponen BN itu menunjukkan kelemahan Umno sendiri.

“Apa faedahnya kerajaan berbelanja sehingga berjuta untuk mencetak, kemudian menampal beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India tetapi akhirnya ditarik balik selepas novel sudah dirosakkan,” katanya.

Tambahnya, keputusan berubah-ubah itu turut melibatkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang pada mulanya setuju dimansuh tetapi kemudiannya ditangguh apabila dibantah sesetengah pihak.

“Jadi secara jelas sikap flip-flop ini menunjukkan betapa lemahnya Umno,” kata Tuan Ibrahim ketika berucap merasmikan Seminar Penerangan PAS Pahang di Darul Amin Sungai Gau, dekat sini hari ini.

Kira-kira 300 peserta hadir. Turut membentangkan kertas kerja Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Anuar Hashim dan Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) kali ini, Tuan Ibrahim berkata ia merupakan yang paling sengit sehingga diakui dalam Perhimpunan Agung Umno yang baru-baru ini sebagai PRU menentukan hidup mati Umno.

Tambahnya, selepas PRU 2008 yang menimbulkan kejutan, sudah ada mood rakyat untuk melakukan perubahan.

“Pemerhati meramalkan jika tsunami dulu berpusat di Kedah sehingga membuatkan negeri di utara Semenanjung jatuh ke tangan PR, kali ini dijangka berpusat di Negeri Sembilan di mana akan menjatuhkan negeri-negeri di selatan tanah air pula,” katanya.

Mengenai Pahang, beliau berkata pergantungan kepada pengundi Felda menjadi penentu kerana di negeri ini terdapat 27 kerusi Dun melibatkan kawasan Felda daripada 42 kesemuanya.

Tambahnya, dengan perkembangan terbaru isu-isu Felda PR mungkin menerima lonjakan undi luar biasa asalkan kerja-kerja penerangan dilakukan secara berterusan.

Serentak itu, beliau mahu saluran maklumat melalui dunia internet dipergunakan semaksimum mungkin dalam penyebaran maklumat termasuk melalui portal berita, blog, facebook dan twitter.

Umno lemah hadapi ugutan komponen BN:

AMK kecam pihak ugut mahasiswa

Harakahdaily
Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia ingin mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno, samseng-samseng dan pihak universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli menegaskan sejarah Indonesia pada Reformasi 98 telah membuktikan gerakan mahasiswa mampu menumbang sesebuah regim.

Tambahnya, tindakan pemerintah yang mengasari mahasiswa sehinggakan 3 orang mahasiswa Universitas Trisakti meninggal dunia mengakibatkan kebangkitan anak muda dan rakyat menentang kerajaan yang zalim.

Justeru, tegasnya lagi Biro Mahasiswa Angkatan Muda ingin memberi amaran bahawa bangkitan anak muda di Indonesia itu bakal berlangsung di Malaysia natijah daripada kebobrokan dan keangkuhan pemerintah Umno Barisan Nasional mentadbir Negara.

“Bebaskan mahasiswa dari segala ugutan dan berikan kebebasan mereka dengan mansuhkan Auku,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada Adam Adli Halim, pimpinan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) yang bertindak menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi yang tertutup dan menyekat para akademik dan mahasiswa yang telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan caci maki yang menjatuhkan maruah.

Katanya, ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada blogger-blogger pro Umno seperti Papagomo, PAS Beruk, Azmy Kelana Jaya, kiriman SMS malah video melalui Youtube yang dihantar oleh Pemuda Umno Petaling Jaya Utara yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa itu.

“Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng melebar dalam Umno,” katanya.

Menruutnya, Umno cuba mewujudkan politik takut, politic of fear di kalangan mahasiswa yang pada hari ini celik menolak corak kepemimpinan Umno yang zalim dan jumud sebagai langkah untuk membentung mereka terus bangkit.

Katanya beliau, mahasiswa yang kini bangun menuntut agar diberi kebebasan dan keterbukaan untuk para mahasiswa bergerak dan berakademik.

Tambahnya lagi, tindakan menutup ruang mahasiswa jelas menunjukkan bahawa Umno tidak memahami hasrat dan inspirasi mahasiswa untuk melihat masa depan Malaysia yang lebih cerah.

AMK kecam pihak ugut mahasiswa:

Hasan, Nasharuddin terperangkap agenda Umno

Wawancara wakil Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB dan Harakahdaily HAZAYANI ZAKARIA bersama Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di Pejabat Urusan Harakah pada 15 Disember lalu.

WARTAWAN: Dua hari kebelakangan ini, dua bekas pemimpin PAS (Datuk Dr Hasan Mohd Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa) telah mengeluarkan kenyataan menghentam PAS dan membayangkan kononnya PAS lari daripada dasar Islam. Bagaimana pendirian PAS dan Datuk selaku Setiausaha Agung parti dalam hal ini?

DATUK MUSTAFA ALI: Saya menerima maklumat laporan dari pelbagai pihak berkaitan dengan
perjalanan parti termasuk tindakan pemimpin yang dirasakan tidak selari dengan hasrat dan aspirasi perjuangan PAS. Oleh kerana itu menjadi tanggungjawab saya memantau keadaan ini sepanjang masa.

Ada pun isu yang berkaitan dengan Hasan Ali dan juga Ustaz Nasharuddin Mat Isa, bukan sehari dua sahaja saya pantau, tetapi sejak sekian lamanya perkembangan itu dan sejauh mana maklumat yang disampaikan kepada saya sama ada bertulis atau lisan juga melalui telefon, dan saya tidak buat apa-apa komen pada waktu saya mendapat maklumat itu, tetapi kini telah sampai masa saya menjelaskan apa yang dinyatakan oleh dua pemimpin ini.

Dua pemimpin ini iaitu Datuk Hasan dan Nasharuddin telah menjadi AJK PAS sejak sekian
lama. Hasan Ali sendiri pernah menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, pernah menjadi Naib Presiden PAS dan sementara Nasharuddin pula pernah menjadi Timbalan Presiden PAS sekain lama.

Mereka berdua ini duduk dalam jawatankuasa PAS Pusat. Hasan sendiri selepas digugurkan daripada menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, beliau dilantik semula menjadi AJK Perhubungan PAS Selangor, sementara Nasharuddin Mat Isa pula dilantik selaku AJK Pusat yang dilantik.

Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS
Selangor, Nasharuddin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang
dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat AJK PAS Pusat.

Sementara Hasan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor satu kali pun beliau tidak hadir (mesyuarat).

Walaupun telah dinasihati supaya hadir dan saya sendiri menghubungi Nasharuddin Mat Isa
supaya datang mesyuarat walaupun sanggup awalnya (untuk hadir), tetapi akhirnya tidak hadir.

Sebagai seorang pemimpin tak bolehlah beliau tidak hadir kerana ini menjadi kewajipan setiap orang pimpinan (hadir mesyuarat).

Memang berlaku dalam mana-mana parti politik atau gerakan Islam sekalipun, terkadang mereka rasa kecewa dengan apa yang berlaku terhadap diri mereka, tetapi jika mereka tidak hadir kerana kalah bertanding tak dipilih dan hanya dilantik ke jawatan rendah maka ini tidak wajar (berlaku).

Ini boleh kita sebutkan sebagai bad looser orang yang tidak boleh terima realiti kekalahan walaupun dalam pemilihan yang sangat demokrasi.

Bila individu ini kecewa dalam hal itu (jawatan) ia mudah terperangkap dengan perkaraperkara yang barangkali boleh sebabkan dia terheret dengan agenda yang boleh menjejaskan parti.

Jadi sebab itu saya buat kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya terima dari pelbagai pihak sama ada sedar atau tidak kedua-dua mereka ini terperangkap dalam agenda musuh politik PAS, dan sebab itu, ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS.

Apakah ada agenda pihak tertentu menjatuhkan PAS dengan menggunakan mereka ini?

Agenda untuk lemahkan dan rosakkan PAS, jadi ini kesimpulan berdasarkan maklumat yang saya
terima. Saya ada maklumat yang banyak mengenai mereka, tetapi hari ini saya dedahkan sedikit.

Katanya kes ini berpunca daripada kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip yang menyatakan hal pencalonan, apa pandangan Datuk?


Memang betul Hasan Ali rujuk kenyataan Saari. Saya akui Saari tiada hak untuk sebutkan hal itu, ini bukan hal isu yang baharu. tetapi isu ini dibesarkan (dengan kenyataan balas Hasan) bagi merosakkan imej PAS.

Saya tak nafi Saari tidak harus buat kenyataan itu tetapi dua pimpinan ini patutnya arif bahawa persoalan pilih calon (mewakili PAS) ini adalah hak PAS Pusat, tiada hak oleh negeri untuk buat (keputusan akhir).

Walaupun pemilihan PAS demokratik dengan dengar kita mendengar suara akar umbi bagi
memilih calon, namun saya mahu jelaskan di sini bagaimana prosedur pemilihan calon yang membuatkan PAS Pusat akhirnya membuat keputusan yang muktamad.

Pertamanya Setiausaha Agung akan pinta negeri-negeri menyediakan nama-nama calon itu
bagi setiap wakil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang ditandingi paling kurang tiga orang. Sementara negeri pula dalam proses pilih calon akan ambil pandangan kawasan, dan kawasan ambil pandangan daripada cawangan.

Proses itu bermula dari bawah, namun tidak semestinya orang yang tiada nama di kawasan tidak menjadi calon kerana tapisan akhir akan dibuat PAS Pusat.

Ada berlaku keadaan di mana seseorang itu bukan memegang jawatan di cawangan tersebut,
tetapi PAS Pusat buat keputusan orang tertentu dicalonkan mewakili PAS bukan sahaja kerana
pencalonan tetapi ada faktor lain.

Ini seperi bukan sahaja dalam kes Ibrahim Ali (pilihan raya umum 2008 di Parlimen Pasir Mas) ada orang yang tidak pegang jawatan kawasan tetapi tercalon dalam pilihan raya itu. Saya sendiri jalani proses itu pada tahun 1974, saya tidak pegang jawatan tetapi terpilih.

Apa kriteria yang dititikberatkan oleh PAS Pusat dalam persoalan calon ini Datuk?

Menyebut soal kriteria ini, bila PAS Pusat terima seluruh senarai dan akan diserah kepada Majlis Syura Ulama untuk pastikan calon ini layak menjadi calon PAS. Layak kerana ada kriteria meletakkan calon PAS ini mestilah orang yang tidak terlibat dengan dosa-dosa besar stakat yang diketahui. Jika ada laporan dan diyakini ada dosa besar memang tak layak menjadi calon PAS.

Selesai Majlis Syura buat tapisan, Majlis ini akan hantar kepada PAS Pusat dan PAS Pusat
akan meletakkan keputusan siapa calon dan di mana calon itu layak bertanding.

Negeri bukan muktamad, semua orang tahu dan kepimpinan tahu. Bagi saya kesilapan yang Saari buat itu bukan isu yang besar, kerana Hasan dan Nasharuddin tahu PAS Pusat yang pilih calon akhirnya.

Apa kriteria calon?

Antara kriterianya ialah, capability iaitu kebolehan dan keupayaan seseorang itu menjadi
calon dan boleh menjadi calon. Seterusnya ialah acceptability iaitu persoalan penerimaan ahli PAS, kawasan dan juga masyarakat setempat.

Ketiganya winnablility iaitu selain penerimaan dan kebolehan, ada ‘x-factor’ kepada calon untuk mendapatkan sokongan yang lebih bagi memenangi.

Kelebihan seseorang itu berbanding calon-calon yang lain seperti faktor kenalan besar, keluarga besar dan pengaruh besar pada masa itu, mungkin mendapat sokongan bukan sekadar PAS tetapi luar PAS.

Sebab itu banyak calon kita letak orang tempatan sebabnya persoalan yang saya sebutkan tadi.Ini yang kita mahukan,Ini yang PAS Pusat timbangkan dalam menentukan seseorang calon bertanding.

Jadi bagaimana dengan kenyataan Saari itu?


Jadi tidak timbul soal apa yang disebutkan oleh Saari Sungip itu sebagai isu yang besar, kerana seharusnya mereka ini (Hasan dan Nasharuddin) faham akan bagaimana pemilihan calon dalam PAS.

Saya melihat, kenyataankenyataan yang dibuat mereka berdua (Hasan dan Nasharuddin)
ini biasanya dilapor Utusan Malaysia, TV1, dan TV3, jadi ahli boleh menilainya.

Hasan sendiri patut tahu dalam PAS ini tidak boleh ada seseorang yang merasakan dirinya lebih tinggi daripada jemaah, siapa pun dia, mereka tertakluk kepada apabila sesuatu telah diputuskan kepada Syura setiap orang walau ada perbezaan pendapat, dia kena patuh kepada keputusan itu.

Dalam perbincangan boleh kritik, bukannya dengan cara yang tidak beradab, itu tak kena, tak ada seorangpun sempurna.

Saya nak sebutkan, kita bukan tidak mahu tegur, tetapi jika tak hadir mesyuarat nak tegur macam mana? Sedangkan kegiatan lain boleh mereka teruskan ini tak betul.

Ada usaha pihak mereka berdua mempengaruhi mana-mana ahli dalam parti?

Saya dimaklumkan dan saya boleh mengesahkan Hasan ada menemui orang tertentu termasuk
beberapa tokoh dalam PAS untuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS
sudah tidak boleh diyakini lagi.

Saya tak nak dedahkan lagi siapa orang ini, cuma saya mahu sebutkan apa yang dilakukan
Hasan ini dalam ruang-lingkup agenda musuh politik PAS.

Kesannya besarkah kepada perpaduan dalam PAS?


Setakat ini ia sangat kecil, kita boleh selesaikannya dengan mudah sahaja.Tetapi saya mahu tegaskan bahawa tindakan Hasan ini daripada seorang pemimpin tak betul, walaupun bagi saya kesannya tidaklah besar kita masih boleh selesaikan benda ini.

PAS ada kekuatan tersendiri yang tak boleh digugat oleh seorang individu, PAS pernah kehilangan presidennya sebelum ini, dan ahli PAS terus ikut dasar parti, selama dasar parti ini Islam orang PAS dah faham mereka tak akan ikut individu.

Isu Hasan dan Nasharuddin Mat Isa ini tak jejaskan kedudukan parti tetapi kita nak elakkan individu ini jika boleh selamatkan, agar tak terlajak. Namun, saya tak tahulah
boleh selamatkan atau tidak mereka ini.

Adakah sebarang perbincangan dibuat dengan mereka ini untuk menasihatkan agar tidak meneruskan agenda memburukkan parti ini?


Telah ada pihak yang diarahkan PAS Pusat untuk menemui dan berbincang dengan mereka berdua,
namun nampaknya macam terus jugalah (hasrat mereka berdua), sebab itu saya dapat maklumat
dari mereka yang bertemu, Hasan nampaknya ada persepsi lain sebab itu saya nak dedahkan hal ini supaya ahli fahami senario yang ada ini.

Sebagai seorang pemimpin yang senior dalam PAS, bagaimana Datuk melihat senario yang
berlaku terhadap mereka berdua.

Apa yang menyebabkan mereka berdua ini mahu bercakap mengenai hal-hal dalaman parti yang memburukkan nama parti?


Saya rasa kekecewaan yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Ini kerana mereka
tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat yang mereka rasakan tempat asalnya seperti Nasharuddin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS dan Hasan selaku Pesuruhjaya PAS Selangor.

Tetapi dalam sejarah PAS ini sepatutnya mereka ini tidak boleh menjadi seorang yang bad looser.

Saya memberi contoh, Mohammad Sabu (Mat Sabu) pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS (pada tahun 2009) tetapi kalah kepada Ustaz Nasharuddin Mat Isa ketika itu, namun Mohd Sabu dipilih semula masuk selaku AJK PAS Pusat dan menjalankan tugas dengan baik, hadir mesyuarat dan menjalankan amanah selaku pemimpin. Mohd Sabu tidak pernah kecewa dengan kekalahan.

Seterusnya kita selalu sebutkan tentang kepimpinan dan teladan Khalid al-Walid, yang digugurkan selaku Panglima Perang, kita selalu sebutkan hal ini tetapi kita tidak mengikut teladan Khalid al-Walid ini.

PAS parti yang sangat demokrasi, kalah menang mereka pun akan dilantik semula menjawat
jawatan tertentu.Sebenarnya kalah menang sesuatu jawatan adalah kerana sebab-sebab tertentu pada waktu itu, mungkin ahli mahukan perubahan tertentu mengikut keadaan.

Tidak terpilihnya Hasan Ali selaku PJ waktu itu adalah kerana keadaan yang sama juga. Ini bukan hal baharu walaupun pelbagai pihak kononnya nak kaitkan PAS tunduk kepada DAP, ini sama sekali tidak betul, ini rubbish. Saya mahu tegaskan di sini, PAS tidak akan tunduk kepada sesiapa pun sebab PAS ada prinsip sendiri, tahaluf (tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat) ini bukan dasar tetapi strategi, kita berjalan sejauh mana dalam kita lihat tak menghalang tugas kita.

Hasan sebutkan dalam satu kenyataannya sebelum ini, dia akan teruskan kerjasama dengan PAS atau Pakatan Rakyat selagi mana PAS masih memperjuangkan Raja-raja Melayu, dasar Islam dan Hak Bumiputera, bagaimana Datuk melihat kenyataan ini dan apakah dia mengikut rentak rasis Umno-BN?

Saya tidak sebutkan dia (Hasan) rasis. Pada saya kenyataan (Hasan) itu sendiri mempersoalkan dasar PAS. Ertinya dia kononnya seorang Islam, dia bercakap sebenarnya ada agenda, mahu menunjukkan kononnya PAS ini lari daripada Islam, sedangkan hakikatnya tidak.

Hanya PAS sahaja satu-satunya parti yang wujud di negara ini mempunyai dasar Islam.Umno jauh
sama sekali.

Kerana dia ini telah terheret dengan agenda musuh politik PAS, dan saya percaya dia akan teruskan kenyataan seperti ini kerana lebihlebih lagi sekarang ini dah dekat pilihan raya ini bukan fenomena baru, sepanjang masa berlaku.


Ada usaha pancing Hasan oleh pihak musuh?


Ini dah buat pun, dan dia dah masuk dalam perangkap itu. Terus terang saya katakan, jika nak sebutkan Umno sebagai musuh politik PAS, Umno ini saya kenal lama.

Saya ini antara kepimpinan PAS ini saya yang paling mengenali Umno. Sewaktu tahun 1974, saya ini sebahagian kepimpinan PAS yang ada dalam kabinet BN sewaktu PAS bersama dengan Umno-BN ketika itu.

Saya sendiri memegang jawatan Timbalan Menteri ketika itu.Saya kenal sangat dan banyak bergaul dengan kepimpinan Umno, dan saya tahu amalannya. Dari segi politiknya Umno amalkan
politik Machiavelli iaitu politik menghalalkan cara.

Ini kaedah Umno sebenarnya, dan perlu diingat suatu ketika dahulu, saya bukan nak besarkan
diri, saya menjadi Timbalan Menteri tetapi saya letak jawatan kerana menentang isu berkaitan dengan kerajaan me’Mageran’kan Kelantan pada tahun 1977.

Krisis ketika itu dan saya bersama rakan-rakan melepaskan jawatan selaku Timbalan Menteri
kerana memegang prinsip perjuangan.

Walaupun ketika itu ada kalangan Umno memujuk saya agar tidak meletakkan jawatan dan
menyatakan kononnya saya masih muda dan perjalanan politik masih jauh, tetapi kerana dasar parti dan prinsip, saya melepaskan jawatan.


Mengapa Datuk tidak terima?


Saya katakan tidak kerana prinsip perjuangan. Saya tidak dedahkan siapa orang itu.Ini kerja Umno, mereka akan cari peluang melemahkan PAS. Memang PAS terpaksa hadapi kesan besar hingga hilang Kelantan waktu itu.

Tetapi PAS dapat dipulihkan semula. Umno akan buat apa sahaja untuk kepentingan politiknya.
Umno ini seperti ‘Orang Tua Mata Keranjang’, orang muda normal mata keranjang, sebab orang muda tak kahwin lagi, tetapi Umno ini Mata Keranjang ini buktinya, PBS dahulu, ‘sworn enemy of Umno’ tetapi Umno boleh bersama PBS.

Terbaharu, dengan MCA kawan lebih 50 tahun, tetapi ada maklumat kata perbincangan
pimpinan Umno, MCA tidak mendapat sokongan masyarakat Cina, mereka nak dekati DAP pula.

Saya tidak fikir DAP akan terima pelawaan itu walaupun ada. Saya ada maklumat ini, mereka
mahu singkirkan MCA. Mereka mahu ambil DAP untuk selesaikan masalah. Mereka mahukan PAS
bersama mereka juga agar tiada tentangan Melayu Islam lagi.

Tahun 1977 dahulu waktu Umno tendang PAS keluar ini PAS yang sama, Umno atas kepentingan politik. Merujuk kepada kenyataan kononnya Hasan Ali mahu menjadi orang tengah bagi rundingan penggabungan Umno-PAS ini bukan saja-saja ini, ini ada agendanya.

Tetapi saya katakan tidak kerana pendirian PAS ketika ini tetap bertahaluf dengan Pakatan
Rakyat bersama menghadapi pilihan raya ke-13. Kita tak tahu perkembangan macam mana, pada
waktu ini tiada kerjasama politik dengan Umno.Bukan kata dalam PR ini 100 peratus kita sama, kita ada perbezaan dengan DAP dan KeADILan, tetapi kebersamaan lebih banyak daripada perbezaan. Iaitu antaranya menentang kezaliman, menentang rasuah dan jauh berbeza dengan Umno. Musuh politik akan memainkan isu-isu ketidaksamaan yang sedikit sahaja. Kita ada kekuatan tersendiri.


Ada kepentingan Hasan di peringkat pihak tertentu hingga bercakap memburukkan PAS?


Saya tak mahu sebut pada waktu ini terlalu jauh. Cukup saya sebutkan dia terperangkap dengan agenda musuh politik PAS.Ini bukan satu, ini harus disedari, kiat sedang pantau kerana dia masih ahli PAS dan pimpinan, tetapi jika dia berterusan seperti ini, biasanya orang sebegini tak tahan lama dalam PAS. Bukan kerana dipecat tetapi dia tak akan dapat teruskan.

Ada sebarang tindakan?


Hal tindakan ini kita belum sebutkan lagi.Tak akan buat lagi kita akan lihat sejauh mana tindakan dia, kita sedang memantau. Tetapi Nasharuddin tak buat macam Hasanlah, dia tak jumpa mana-mana pimpinan.

Bagaimana musuh mudah pengaruhi mereka ini?


Saya nak tambah, Umno boleh masuk dalam hal ini kerana Umno tahu kelemahan orang-orang ini, dia masuk melalui kelemahan dua tokoh ini yang mana Umno telah tahu.

Saya tahu kelemahan mereka saya tak hendak sebut, namun jika dia sebut kelemahan saya saya akan sebutkan kelemahan dia. Umno ini cukup tahu masalah kedua-dua mereka ini. Mereka ada APCO sebagai penasihat, APCO ada di luar, di dalam ini ada juga. Ada kaedah atau seni mendepani orang ini.

Pada saya, saya tak risau sangat, berbanding dengan isu sebelum ini. Isu ini kecil sangatlah. Mereka sahaja kata besar. Kita yakin akan atasi.

Boleh disimpulkan mereka ini kecewa kerana tidak dapat jawatan?


Maknanya mereka ini nakjawatan nak duduk di atas daripada jawatan yang ada sebelum ini.
Kekecewaan yang dirasai, Umno guna kelemahan lain mereka ini, Mereka terperangkap dengan mainan Umno kata Mustafa dalam wawancara Harakah. Dia tahu mereka ini kecewa.

Hasan, Nasharuddin terperangkap agenda Umno:

'via Blog this'

Pinjaman: Mahathir wajar buat pengakuan terbuka

Harakahdaily
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) percaya rakyat Malaysia tidak boleh menerima jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus berbohong buat kesekian kalinya.

Justeru, DPP Malaysia memandang berat dakwaan bahawa Malaysia pernah meminjam dari Bank Dunia pada tahun 1997/1998 ketika di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu.

“Dakwaan ini berdasarkan kepada dokumen lengkap yang dikemukakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia,” ujar Ketua Penerangan DPP Malaysia, Riduan Mohd Nor kepada harakahdaily.

Katanya, ketiga-tiga dokumen yang didedahkan mendakwa pinjaman sebanyak US$60 juta telah dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap Bank Dunia.

Tambahnya, jika pinjaman itu benar-benar berlaku, DPP Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia merasa kesal kerana bekas Perdana Menteri itu tidak pernah mengaku pernah membuat pinjaman dengan Bank Dunia sebelum ini.

Malah, ujarnya sehingga kini Mahathir membuat penafian dengan cabaran agar pihak menuduhnya mengemukakan bukti beliau ada membuat pinjaman.

“Namun dengan dokumen yang lengkap dari Bank Dunia yang dikemukakan, apakah dalih lagi Tun Dr Mahathir mahu menafikan segala maklumat tersebut?” tanya Riduan.

Beliau berkata, rakyat di negara ini merasa tidak selesa kerana jumlah pinjaman yang didakwa itu terlalu besar, iaitu sebanyak US$60 juta.

Menurutnya lagi, meskipun perisitiwa itu berlangsung sudah 13 tahun lamanya, namun kesannya masih ada terhadap kedudukan ekonomi dan kewangan negara.

Persoalannya, kata beliau ke manakah duit hasil pinjaman tersebut digunakan dan mengapakah kerajaan Malaysia ketika itu terlalu terdesak sehingga terpaksa meminjam dari Bank Dunia sedangkan diketahui bahawa ada kesan negatif terhadap keselamatan dan kestabilan negara hasil dari perjanjian tersebut.

“Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam memastikan pinjaman itu dibayar sepenuhnya?” soalnya lagi.

Oleh itu, tegasnya DPP Malaysia mendesak Tun Dr Mahathir membuat penjelasan dan pengakuan sejujurnya berhubung dakwaan itu.

“Sekiranya benar pinjaman itu berlaku, beliau perlu menjelaskan satu persatu kemanakah duit itu digunakan, langkah kerajaan dalam membayar balik pinjaman tersebut dan apakah terma perjanjian antara Bank Dunia dengan kerajaan Malaysia.

“Jangan sampai penafian beliau boleh menghilangkan penghormatan rakyat terhadap beliau seperti yang beliau nikmati selama ini,” ujarnya.

Pinjaman: Mahathir wajar buat pengakuan terbuka:

Umno hidup atas tipu helah

Ahmad Lutfi Othman

Meskipun Umno menjadikan DAP sebagai sasaran utamanya dalam perhimpunan agung Umno 2011, target sebenarnya adalah untuk melemahkan PAS atau sekurang-kurangnya terus meletakkan parti Islam itu dilihat sebagai komponen terkecil dalam Pakatan Rakyat. Ia bagi memudahkan Umno memainkan emosi dan sentimen pengundi Melayu, serta menyuntik keraguan tentang keupayaan PAS untuk "menggantikan Umno" sebagai teras dalam kerajaan baru nanti.

Melalui kolum ini, agak kerap juga saya mengingatkan bahawa seteru politik Umno yang utama, daripada dahulu hingga sekarang, tetap sama, iaitu PAS. Justeru, walaupun ada suara pemimpin tertinggi Umno untuk mengajak PAS mengadakan persefahaman politik, seperti pada 1999 dan 2008 -- setiap kali sebaik saja keputusan pilihan raya yang menjejaskan Umno -- ia lebih kepada usaha terdesak parti itu bagi mengekalkan kuasa. (Menjelang pilihan raya 1990, yang menyaksikan persefahaman politik pembangkang yang menggusarkan Dr Mahathir Mohamad, PAS juga didekati dengan motif menggagalkan barisan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, yang diketuai tengku Razaleigh Hamzah).

Demi survival kuasa, Umno bersedia melakukan apa jua, termasuk menyembah dan mengemis individu atau parti yang dimusuhinya sejak lama. Pada 1999, Dr Mahathir beberapa kali beria-ia memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor, untuk membincangkan isu-isu "perpaduan ummah". Ya, kita tidak boleh bayangkan bagaimana wajah Umno tanpa singgahsana kuasa. Benar, Umno tewas beberapa kali, di beberapa negeri, tetapi ia tetap dapat berpaut erat dengan kuasa kerajaan persekutuan, yang masih menjanjikan pelbagai "keasyikan". Kekayaan, prestij dan pengaruh terus terpelihara.

Apabila kedudukan Umno yang tergugat teruk dalam pilihan raya 1999, sehingga mencalarkan imejnya sebagai parti terbesar orang Melayu, telah dapat dipulihkan dalam pilihan raya 2004, maka tawaran atas nama "perpaduan ummah" itu tidak timbul lagi. PAS kembali digasak dan diasak. Pelbagai istilah dan label negatif yang dilemparkan sebelum itu timbul kembali. Aktivisnya seolah-olah menjadi warganegara kelas kedua, ditekan dan ditindas jika ada peluang berbuat demikian.

Sebaik saja kuasa Umno kembali terancam, seperti berlaku pada 2008, maka kedengaran kembali suara-suara merintih dan merayu untuk menjalin kerjasama dan muafakat, atas nama kepentingan bangsa dan memartabatkan agama. Seolah-olah selama ini Umno begitu prihatin dengan degup jantung penderitaan umat ... Didengungkan bahawa Melayu akan kehilangan kuasa politik sedangkan yang panik menanti saat-saat kejatuhan adalah Umno.

Namun, selepas ajakan atau pelawaan ditolak, secara tiba-tiba PAS akan dituduh sudah terpesong jauh, serta menyeleweng daripada prinsip dan perjuangannya yang asal, walhal selama ini Umno tidak pernah pula menghormati dasar Islam yang diasaskan sejak penubuhan PAS 60 tahun lalu itu.

Oleh kerana imej buruk DAP di kalangan masyarakat Melayu-Islam dikira masih belum dapat dibersihkan, maka wajah PAS akan dihodohkan dengan bermacam-macam dakwaan dan tohmahan seperti "PAS alat DAP", "PAS menjadi biro agama DAP", "PAS diperkudakan DAP". Segala perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS -- sesuatu yang lazim bagi mana-mana parti politik yang dinamik -- akan dikaitkan dengan "ketamakan untuk berkuasa" dan "keghairahan untuk mendakap Putrajaya".

Kebetulan pula dalam PRU12, DAP menunjukkan prestasi paling cemerlang berbanding PAS dan KeADILan. Dalam masa sama, politik sering dikaitkan dengan bilangan atau nombor. Meskipun diakui bahawa dalam Pakatan Rakyat, tiada mana-mana parti, walaupun mempunyai kerusi lebih banyak, boleh memaksa kehendaknya kepada pihak lain, sepertimana Umno sering bertindak kepada komponen BN, namun real politik harus diambil kira.

Apa pun, tohmahan Umno tidak akan berhenti di situ. Misalnya, apabila PAS melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan baru-baru ini, susulan daripada tema muktamar tahunan Jun lalu, strategis Umno terus menuduh bahawa DAP menjadi faktor utama PAS beralih daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Dalam berita Bernama TV, malam Jumaat lalu, Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi melemparkan tuduhan sama. Katanya, perubahan dasar dalam PAS ditentukan oleh taukeh politiknya, DAP. Sedangkan tema Negara Berkebajikan ini bukan perkara baru. Model negara yang diiktibarkan daripada al-Quran dan Sunnah ini terakam sejak penubuhan PAS lagi, dengan ungkapan "Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur", bermaksud "Negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan Yang Maha Pengampun".

Malah, tema manifesto PAS dalam pilihan raya 2008, yang dilancarkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 2008 adalah "Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih: Menuju Negara Berkebajikan". Harus diingat bahawa ketika itu belum lagi ditubuhkan Pakatan Rakyat, dan PAS juga tidak mengadakan kerjasama politik secara langsung dengan DAP, selepas parti itu keluar daripada Barisan Alternatif sebelum pilihan raya 2004.

Dalam ucapan pelancaran manifesto itu, Ustaz Hadio berkata, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state'. "Walaupun sebahagiannya dilaksana oleh negara-negara Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas. Bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah, adil dan bersih," katanya.

Ternyata Umno bertungkus-lumus berusaha menyambung talian hayatnya di atas siri pembohongan dan penipuan .Umno hidup atas tipu helah:

Nasib Khir Toyo Diputuskan Jumaat


SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Tinggi di sini Datuk Wira Mohtaruddin Baki menetapkan Jumaat untuk menyampaikan keputusannya dalam perbicaraan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo selepas pihak pembelaan menutup hujah mereka pada Isnin.

Terdahulu, pihak pembelaan berhujah bahawa tidak terdapat bukti yang Khir telah memberi layanan istimewa kepada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni.

Peguam bela Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, oleh yang demikian tidak terdapat campurtangan tidak sah oleh tertuduh terhadap sebarang projek ahli perniagaan Shamsuddin.

"Jika saksi pendakwaan kedua (Shamsuddin) mengharapkan sesuatu keistimewaan dalam bentuk layanan khas, itu tidak boleh dianggap paksaan dalam sebarang bentuk kerana ia didorong oleh perasaan tamak.

"Mesti wujud paksaan yang jelas...apakah ada secebis bukti untuk menunjukkan yang dituduh ada menyatakan sesuatu yang tidak wajar? Tidak ada langsung pada masa lalu, kini dan masa depan," katanya.

Dr Khir diminta membela diri atas tuduhan menerima bagi diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada Shamsuddin pada harga RM3.5 juta, lebih rendah dari harga RM6.5 juta yang dibayar Ditamas pada 2004.

Dr Khir dikatakan mengadakan transaksi itu dengan pengetahuan bahawa Shamsuddin mempunyai urusan dengannya dalam kapasiti rasminya sebagai menteri besar Selangor pada masa itu.

ADUN Sungai Panjang itu dikatakan melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, di sini pada 29 Mei, 2007.

Mengakui bahawa tuduhan pendakwa terhadap Dr Khir berkisar pada keterangan Shamsuddin, Kamarul Hisham berkata Shamsuddin telah gagal menunjukkan bukti yang beliau telah diarah oleh bekas menteri besar itu untuk membeli banglo itu di dua plot tanah berkenaan pada 2004.

Peguam itu menarik perhatian bahawa Shamsuddin dituduh bersubahat dengan Dr Khir dan kemudian dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 6 Jun selepas dakwaan terhadapnya ditarik balik.

Beliau berkata Shamsuddin selepas itu menjadi saksi bagi pendakwaan hasil daripada tuduhan terhadapnya ditarik balik.

"Undang-undang biasa melihat testimoni saksi seumpama itu dengan penuh syak," kata beliau.

Kamarul Hisham juga menarik perhatian mahkamah bahawa Shamsuddin ada memberitahu mahkamah bahawa beliau telah memberikan tiga kenyataan bercanggah dalam dua rakaman kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) pada 2009 dan 7 Jun tahun ini selepas dipujuk oleh Dr Khir.

Shamsuddin berkata beliau telah dipaksa banyak kali oleh Dr Khir jangan melibatkan dirinya selepas beliau (Shamsuddin) dipanggil oleh MACC memberikan kenyataannya.

Kamarul Hisham berkata satu daripada percanggahan dalam kenyataan diberikan kepada MACC pada 2009 ialah beliau (Shamsuddin) tidak menyatakan kepada MACC bahawa beliau tidak mempunyai pilihan tetapi membeli harta itu bagi pihak tertuduh.

"Tetapi beliau mengubah keterangannya di mahkamah dengan mendakwa beliau telah membeli harta itu dengan paksaan," kata Kamarul Hisham.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed mengetuai barisan pendakwaan. - BERNAMA

mStar Online : Nasib Khir Toyo Diputuskan Jumaat:

'via Blog this'

Tun M Sekali Lagi Nafi Pernah Minta Bantuan Bank Dunia


PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin, sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.

Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR)Mohd Rafizi Ramli hari ini yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

"Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.

"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," katanya.

Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.

Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.

Program realiti Adik-Adikku merupakan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencari bakat si cilik dalam berdakwah.

Episod akhir program itu akan diadakan pada Mac tahun depan dengan hanya lima orang peserta akan terpilih. - BERNAMA

mStar Online : Tun M Sekali Lagi Nafi Pernah Minta Bantuan Bank Dunia:

'via Blog this'

SPR cuba alih perhatian


Oleh : NORHASRAM MOHAMAD
Tarikh : December 20, 2011
Abdul Fatah Harun

KOTA BHARU – Penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) seperti yang dinyatakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof belum ada hitam putih.

Pengarah Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Wan Nik Wan Yusof berkata, walaupun SPR menyatakan persetujuan untuk menggunakan kaedah tersebut, ia belum ada kata putus daripada pihak kerajaan.
Menurutnya, pengumuman itu mungkin hanya untuk mengalih perhatian orang ramai kepada isu lain yang lebih serius seperti pertindihan daftar pemilih yang masih belum diselesaikan sepenuhnya.
“Setakat ini, kita lihat SPR akan bersandarkan kepada kabinet, menteri atau Parlimen, kita hanya boleh mempercayainya selepas ia diumumkan secara rasmi oleh kerajaan. Mungkin juga ia hanya untuk memberitahu kepada rakyat bahawa SPR melakukan sesuatu untuk menjadikan pilihan raya lebih adil,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Aziz yang bersetuju memenuhi salah satu tuntutan Bersih 2.0 itu semalam.
Contoh dakwat kekal yang akan digunakan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pengesahan kandungan sebelum dikemukakan kepada kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan susulan.
Dakwat kekal ‘silver nitrate’ yang akan digunakan digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan secara adil dan ianya berbeza dengan dakwat kekal yang disyorkan pada PRU 12.
Sementara itu, Timbalan Exco Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, rakyat mahukan PRU 13 berjalan adil dan bebas daripada sebarang bentuk keraguan.
“Buatlah apa saja asalkan rakyat berpuas hati dan penggunaan dakwat kekal hanya salah satu daripadanya sedangkan SPR sewajarnya terlebih dahulu menyelesaikan isu lain yang lebih besar,” katanya.
Katanya, aduan mengenai wujudnya pengundi hantu dalam daftar pemilih sehingga ke hari ini belum ada jawapan meyakinkan sehingga rakyat menilai sendiri kredibiliti SPR itu sendiri.
SPR cuba alih perhatian - Politik - Sinar Harian:

'via Blog this'

Perlis hutang RM413.4j


Oleh : WARTAWAN SINAR HARIAN
Tarikh : December 20, 2011
Md Isa Sabu & Shahidan Kassim

KANGAR - Kerajaan Negeri mencatatkan RM413.4 juta dengan Kerajaan Pusat membabitkan kos projek perumahan, bekalan air, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan pelbagai kos lain sehingga kini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu (BN-Bintong) berkata, hutang Kerajaan Negeri itu membabitkan kos pembiayaan projek perumahan berjumlah RM73 juta, bekalan air (RM215 juta), PKEN (RM115 juta) dan pelbagai kos lain (RM10 juta).
Menurutnya, Kerajaan Negeri membayar hutang mengikut keupayaan kewangan dan sebanyak RM6.35 juta dibayar pada 2011 dan RM2.5 juta pada 2010 daripada tunggakan hutang berjumlah RM120 juta tidak termasuk faedah dan tunggakan bayaran pinjaman bekalan air.
“Pengurangan hutang Kerajaan Negeri berikutan penstrukturan semula bekalan air, Kerajaan Pusat hanya mengambil alih RM75 juta atau 36 peratus daripada RM210.1 juta nilai hutang untuk projek bekalan air Perlis,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2012 Sidang Dun Perlis semalam.
Menyentuh isu sumbangan Yayasan Pok dan Kassim (YPK) untuk pembinaan masjid sebagaimana dibangkitkan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Tambun Tulang), Md Isa menegaskan jumlah sumbangan diterima daripada yayasan itu melalui JKR adalah sebanyak RM2.66 juta dan dimasukkan ke dalam Akaun Penyelesaian Utama.
Menurutnya, tujuan asal sumbangan itu bagi pembinaan Masjid Ammeer Fawwaz, Kuala Sungai baru dan setelah mengambil kira perbelanjaan masjid berjumlah RM1.639 juta, sumbangan masih berbaki RM1.02 juta.
“Dalam 2009, Jabatan Audit Negara membuat teguran bahawa Akaun Penyelesaian Utama sepatutnya tidak berbaki pada penghujung tahun.
“Satu akaun amanah khas iaitu Akaun Amanah Penyelenggaraan Masjid diwujudkan dan baki sumbangan RM1.02 juta dipindahkan ke akaun itu.
“Wang dalam akaun amanah ini hanya boleh digunakan bagi tujuan perbelanjaan untuk melaksanakan projek seperti disyaratkan penyumbang secara bertulis selain membiayai penyelenggaraan masjid seluruh Perlis,” katanya.
Md Isa berkata, berdasarkan arahan amanah, dalam tahun 2011 JKR menggunakan RM216,821.31 daripada baki akaun amanah itu untuk penyelenggaraan Masjid Alwi, Masjid Arau, Masjid Negeri Arau dan Masjid Putra.
Perlis hutang RM413.4j - Utara - Sinar Harian:

'via Blog this'