• Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli ZakiRafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki

KUALA LUMPUR - Dua bekas Adun BN Selangor didakwa memonopoli konsesi penswastaan UiTM Jasin, Melaka dan projek itu didakwa diperolehi menerusi 'amalan melobi' sebelum dianugerahkan secara rundingan terus.

Rafizi Ramli (Pandan-PKR), berkata, dua wakil rakyat terbabit mendapat projek tersebut selepas gagal memperolehi projek membina UiTM Cawangan Serendah pada 2010.

"Sebelum ini bekas wakil rakyat itu terlibat dalam satu kontroversi berkenaan cadangan pembinaan UiTM Cawangan Serendah di atas tanah yang pernah dianugerahkan oleh pentadbiran Umno kepada yayasan tersebut.

"Selepas gagal membina kampus itu, syarikat yang dikawal oleh dua bekas Adun itu melalui Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) terlibat pula dalam konsesi penswastaan UiTM Cawangan Jasin," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.