Lebih 1,000 sertai protes di Bangkok
Lebih 1,000 peserta protes berhimpun di pekarangan pusat membeli-belah utama di Bangkok.
BANGKOK - THAILAND . Kira-kira 1,000 penunjuk perasaan anti kerajaan Thailand bertindak berhimpun di pekarangan pusat membeli-belah di ibu negara, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis, Pariya Jansuriya berkata, kumpulan protes melakukan demonstrasi sambil memakai topeng putih daripada buku komik wira V di luar bangunan kompleks itu.

Setakat ini, Thailand berhadapan masalah perpecahan politik termasuk protes jalanan membabitkan kumpulan penyokong pemimpin Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan Thaksin.

Sementara itu, di wilayah selatan Thailand, seorang askar dilaporkan parah selepas terkena letupan bom sewaktu mengiringi sekumpulan guru di daerah Muang, Pattani, semalam dipetik dari media tempatan BangkokPost.

Menurut pegawai, penyerang dipercayai meletupkan bom seberat 20 kilogram yang disembunyikan di bawah pokok dengan dengan dikawal menerusi telefon bimbit.