Konflik Syria, Turki, Lebanon
Sepasukan tentera Turki mengawal kawasan sempadan yang sering terkena tempias serangan.
ANKARA - Kumpulan pemberontak Syria mengebom bangunan keselamatan berhampiran sempadan Turki menyebabkan sekurang-kurangnya 11 orang cedera selain menakutkan puluhan pelarian yang di sempadan Syria, semalam.

Pegawai pejabat Datuk Bandar Ceylanpinar memberitahu, sebuah jet pejuang Syria telah menjatuhkan dua bom ke arah bangunan yang ditawan pemberontak kira-kira 300 meter dari sempadan Turki.

Sebelum itu, satu pertempuran melibatkan tentera Lubnan dan pemberontak Syria tercetus dalam kawasan sempadan sekali gus mengundang kebimbangan kemelut berpanjangan sejak tercetusnya revolusi kebangkitan rakyat di Timur Tengah pada tahun lalu.

Pertempuran berdarah tercetus sebaik sahaja Presiden Rusia, Vladimir Putin tiba di Turki, bagi menghadiri perbincangan yang diramal melibatkan dua negara yang terkena serpihan kemelut berdarah di Syria.

Sementara itu, Agensi Berita Kebangsaan Turki melaporkan, sepasukan tentera Lubnan di balai kawalan berhampiran perkampungan Qaa di Lembah Bekaa terpaksa melepaskan tembakan ke dalam Syria selepas seorang lelaki bersenjata menembak dari sempadan.

Sejak kebangkitan pemberontakan terhadap rejim Presiden Bashar Al-Assad, pergaduhan antara pemberontak Syria dan tentera kerajaan turut melibatkan negara-negara jiran termasuk Turki, Israel dan Lubnan. - AP